Peluh dingin
menitik laju ke dahi. Aku terus berlari meredah apa saja didepan. Malam yang
pekat dengan angin kuat menyukarkan kaki aku melangkah. Sesekali kaki aku
tersadung. Hampir terjatuh. Beg sandang aku ikat kuat-kuat di pinggang.
Angin kuat masih
menggila. Aku sapu peluh dengan sapu tangan. Mata aku melilau mencari arah.
Arghh!! Aku kat mana ni???
Suasana gelap
dengan bunyi cengkerik dan sesekali burung hantu bernyanyi cukup menaikkan bulu
roma. Aku berlari lagi meredah pokok-pokok kecil. Penat berlari, aku sandar di
batang pokok besar. Tercungap-cungap menahan nafas. Dum!! Aku berpaling ke
kiri. Bunyi seperti benda besar jatuh ke tanah! Aku terus berlari lagi.
Dari jauh aku
melihat cahaya berbalam-balam. Aku segera mengayun langkah ke arah cahaya itu.
Kelihatan sebuah pondok usang terselindung di celah-celah pokok.
Kriikkk....aku
menolak daun pintu. Ada sebuah pelita dengan api kecil dan sebidang tikar
usang. Aku lihat sekitar pondok. Tiada orang! Ah! Lantaklah! Aku pun dah penat
berlari tanpa arah tuju. Baik aku tidur di sini sementara me nunggu hari siang.
Fikir aku sendiri.
Beg sandang aku
alsa sebagai bantal. Malam itu aku tisur beralaskan tikat usang dan
berbantalkan beg sandang. Bunyi unggas hutan menyebabkan tidur aku terganggu.
Sekejap aku mengiring ke kiri. Sekejap ke kanan. Aku mengerekot menahan
kesejukan malam. Angin kuat menghemtam daun pintu yang sudah berlubang.
Tiba-tiba...Dum!!
Sekali lagi aku terdengar satu benda besar jatuh ke tanah!
"Takkanlah!
Bunyi ni serupa macam aku dengar tadi!" Aku bangun dan duduk di penjuru
pondok. Lutut dirapatkan. Tangan aku memeluk tubuh sendiri menahan sejuk.
Mata aku tepat
memandang ke arah pintu pondok. Kali ini pintu terkuak sendiri. Sesusuk tubuh
berdiri kaku di depan pintu. Aku semakin rapat ke dinding pondok.
"Sapa pulak
ni?" Aku cuba mengamati wajahnya. Tak nampak apa-apa.
Dalam kegelapan
malam bertemankan cahaya pelita hanya cukup menerangi ruang dalam pondok. Aku
tak dapat melihat dengan jelas gerangan tubuh yang tercegat di depan pintu.
"Kau
siapa??" Aku beranikan diri. Beg sandang aku ambil dan diikat kemas di
belakang. Bersiap sedia kalau-kalau makhluk itu cuba merapati aku.
Diam.
"Hoi! Kalau
berani cakaplah!" Aku semakin berani.
Masih diam.
Tiba-tiba benda
itu mula melangkah masuk ke dalam pondok. BUnyi dengusannya sungguh menyeramkan
aku. Aku segera bangun. Bersedia untuk lari.
Api pelita
terpadam bila angin kuat dari luar menerpa masuk. Aku mula panik! Benda itu
semakin dekat menghampiri aku. Aku segera berlari keluar menghayun langkah
seribu. Kali ini lebih hebat dari tadi. Sesekali aku berpaling ke belakang.
Benda itu masih di dalam pondok. HUjan renyai mula menitik. Aku teruskan
langkahku berlari.
Gedebuk! Pap! Aku
tersadung akar pokok besar dan terus terjatuh. Terasa sejuk muka aku bila aku
raba sesuatu yang lembik. Baunya sungguh meloyakan. Aku cepat-cepat bangun.
Benda lembik yang memenuhi muka aku tidak dihiraukan. Dalam hati, aku hanya
ingat nak menyelamatkan diri saja.
Puas aku berlari
tapi aku seperti berada di tempat yang sama. Pondok usang tadi aku jumpa lagi!
Argh!!! Tak mungkin! Rasanya aku sudah berlari laju tadi kalau masuk
pertandingan lari pecut, sah-sah aku boleh menang bergaya! Aku garu kepala yang
mula basah dengan hujan rintik sebentar tadi.
*******************************************************************************************
AKU GENYEH MATA.
Perlahan-lahan aku buka mata. Cahaya matahari sudah mula menerjah masuk ke
celah-celah pokok. Aku lihat sekeliling. Rupanya aku tertisur di sebatang pokok
besar setelah penat berlari malam tadi. Aku bangun perlahan-lahan.
Aku panjangkan
tengkuk melihat arah pondok malam tadi. Masih ada. Aku terus meredah
pokok-pokok menuju ke arah pondok. Hati aku membuak ingin tahu benda yang aku
jumpa malam tadi yang juga mengacau aku tidur. Bial dekat dengan pondok, aku
berlajan berdingkit-dingkit, takut benda itu tersedar.
Aku intai dicelah
lubang pintu. Gelap. Kriikkk....aku menolak daun pintu yang sedikit terbuka.
Aku terlopong! Tak percaya apa yang aku lihat! Aku genyeh mata berkali-kali!
"Aik! Malam
tadi aku tengok lain!" Aku berkata sendiri. Aku beranikan diri masuk ke
dalam pondok.
Aku raba pula
benda lembik yang memenuhi muka. Aku calit sedikit dengan hujung jari telunjuk.
Aku cium... Aku hidu..sah!
Aku mula ketawa
sendiri. Aku lihat benda itu sedang enak tidur atas tikar usang. Aku getus daun
di tepi pondok dan sapu benda lembik di muka.
"Man!!!!"
Aku berpaling.
Adam sudah tercegat di belakang.
"Kau kat mana
malam tadi? Puas aku dan Malik cari kau!"
"Aku sesat la
bro!"
Tiba-tiba Adam
ketawa terAbahak-bahak. Jarinya menuding ke muka aku.
"Kenapa kau
ketawa?"
Hahahaha!!! Adam
masih ketawa. Terguling-guling.
"Mana kau
dapat krim muka?" Adam ketawa berdekah-dekah.
Aku senyum.
"Ni! Dari mamat ni!"
Aku tunjuk ke arah
pomdok. Adam jenguk ke dalam pondok.
Ketawanya semakin
menjadi-jadi! Aku senyum kelat!
"Oi! Man! Kau
ni pagi-pagi dah buat lawak!" Adam menekan perutnya menahan ketawa.
"Malam tadi
aku ingat aku jumpa makhluk asing! Tercegat depan pintu ni! Apa lagi, aku cabut
la bila dia mula mendengus!!"
"Takkan kau
tak boleh beza antara makhluk asing dengan lembu!!!" Adam masih ketawa.
Aku senyum lagi.
Mungkin kerana terlalu takut.........