rss


Peluh dingin menitik laju ke dahi. Aku terus berlari meredah apa saja didepan. Malam yang pekat dengan angin kuat menyukarkan kaki aku melangkah. Sesekali kaki aku tersadung. Hampir terjatuh. Beg sandang aku ikat kuat-kuat di pinggang.

Angin kuat masih menggila. Aku sapu peluh dengan sapu tangan. Mata aku melilau mencari arah. Arghh!! Aku kat mana ni???

Suasana gelap dengan bunyi cengkerik dan sesekali burung hantu bernyanyi cukup menaikkan bulu roma. Aku berlari lagi meredah pokok-pokok kecil. Penat berlari, aku sandar di batang pokok besar. Tercungap-cungap menahan nafas. Dum!! Aku berpaling ke kiri. Bunyi seperti benda besar jatuh ke tanah! Aku terus berlari lagi.

Dari jauh aku melihat cahaya berbalam-balam. Aku segera mengayun langkah ke arah cahaya itu. Kelihatan sebuah pondok usang terselindung di celah-celah pokok.

Kriikkk....aku menolak daun pintu. Ada sebuah pelita dengan api kecil dan sebidang tikar usang. Aku lihat sekitar pondok. Tiada orang! Ah! Lantaklah! Aku pun dah penat berlari tanpa arah tuju. Baik aku tidur di sini sementara me nunggu hari siang. Fikir aku sendiri.

Beg sandang aku alsa sebagai bantal. Malam itu aku tisur beralaskan tikat usang dan berbantalkan beg sandang. Bunyi unggas hutan menyebabkan tidur aku terganggu. Sekejap aku mengiring ke kiri. Sekejap ke kanan. Aku mengerekot menahan kesejukan malam. Angin kuat menghemtam daun pintu yang sudah berlubang.

Tiba-tiba...Dum!! Sekali lagi aku terdengar satu benda besar jatuh ke tanah!

"Takkanlah! Bunyi ni serupa macam aku dengar tadi!" Aku bangun dan duduk di penjuru pondok. Lutut dirapatkan. Tangan aku memeluk tubuh sendiri menahan sejuk.

Mata aku tepat memandang ke arah pintu pondok. Kali ini pintu terkuak sendiri. Sesusuk tubuh berdiri kaku di depan pintu. Aku semakin rapat ke dinding pondok.

"Sapa pulak ni?" Aku cuba mengamati wajahnya. Tak nampak apa-apa.

Dalam kegelapan malam bertemankan cahaya pelita hanya cukup menerangi ruang dalam pondok. Aku tak dapat melihat dengan jelas gerangan tubuh yang tercegat di depan pintu.

"Kau siapa??" Aku beranikan diri. Beg sandang aku ambil dan diikat kemas di belakang. Bersiap sedia kalau-kalau makhluk itu cuba merapati aku.

Diam.

"Hoi! Kalau berani cakaplah!" Aku semakin berani.

Masih diam.

Tiba-tiba benda itu mula melangkah masuk ke dalam pondok. BUnyi dengusannya sungguh menyeramkan aku. Aku segera bangun. Bersedia untuk lari.

Api pelita terpadam bila angin kuat dari luar menerpa masuk. Aku mula panik! Benda itu semakin dekat menghampiri aku. Aku segera berlari keluar menghayun langkah seribu. Kali ini lebih hebat dari tadi. Sesekali aku berpaling ke belakang. Benda itu masih di dalam pondok. HUjan renyai mula menitik. Aku teruskan langkahku berlari.

Gedebuk! Pap! Aku tersadung akar pokok besar dan terus terjatuh. Terasa sejuk muka aku bila aku raba sesuatu yang lembik. Baunya sungguh meloyakan. Aku cepat-cepat bangun. Benda lembik yang memenuhi muka aku tidak dihiraukan. Dalam hati, aku hanya ingat nak menyelamatkan diri saja.

Puas aku berlari tapi aku seperti berada di tempat yang sama. Pondok usang tadi aku jumpa lagi! Argh!!! Tak mungkin! Rasanya aku sudah berlari laju tadi kalau masuk pertandingan lari pecut, sah-sah aku boleh menang bergaya! Aku garu kepala yang mula basah dengan hujan rintik sebentar tadi.

*******************************************************************************************

AKU GENYEH MATA. Perlahan-lahan aku buka mata. Cahaya matahari sudah mula menerjah masuk ke celah-celah pokok. Aku lihat sekeliling. Rupanya aku tertisur di sebatang pokok besar setelah penat berlari malam tadi. Aku bangun perlahan-lahan.

Aku panjangkan tengkuk melihat arah pondok malam tadi. Masih ada. Aku terus meredah pokok-pokok menuju ke arah pondok. Hati aku membuak ingin tahu benda yang aku jumpa malam tadi yang juga mengacau aku tidur. Bial dekat dengan pondok, aku berlajan berdingkit-dingkit, takut benda itu tersedar.

Aku intai dicelah lubang pintu. Gelap. Kriikkk....aku menolak daun pintu yang sedikit terbuka. Aku terlopong! Tak percaya apa yang aku lihat! Aku genyeh mata berkali-kali!

"Aik! Malam tadi aku tengok lain!" Aku berkata sendiri. Aku beranikan diri masuk ke dalam pondok.

Aku raba pula benda lembik yang memenuhi muka. Aku calit sedikit dengan hujung jari telunjuk. Aku cium... Aku hidu..sah!

Aku mula ketawa sendiri. Aku lihat benda itu sedang enak tidur atas tikar usang. Aku getus daun di tepi pondok dan sapu benda lembik di muka.

"Man!!!!"

Aku berpaling. Adam sudah tercegat di belakang.

"Kau kat mana malam tadi? Puas aku dan Malik cari kau!"

"Aku sesat la bro!"

Tiba-tiba Adam ketawa terAbahak-bahak. Jarinya menuding ke muka aku.

"Kenapa kau ketawa?"

Hahahaha!!! Adam masih ketawa. Terguling-guling.

"Mana kau dapat krim muka?" Adam ketawa berdekah-dekah.

Aku senyum. "Ni! Dari mamat ni!"

Aku tunjuk ke arah pomdok. Adam jenguk ke dalam pondok.

Ketawanya semakin menjadi-jadi! Aku senyum kelat!

"Oi! Man! Kau ni pagi-pagi dah buat lawak!" Adam menekan perutnya menahan ketawa.

"Malam tadi aku ingat aku jumpa makhluk asing! Tercegat depan pintu ni! Apa lagi, aku cabut la bila dia mula mendengus!!"

"Takkan kau tak boleh beza antara makhluk asing dengan lembu!!!" Adam masih ketawa.

Aku senyum lagi. Mungkin kerana terlalu takut.........



Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Yuhana baru pulang daripada tempat kerjanya selepas lebih kurang setengah jam memandu seorang diri ke rumahnya di Serdang. Hatinya masih lagi panas kerana terpaksa balik lewat hari itu gara-gara pengurusnya yang suka memberi kerja di saat akhir.

Kunci kereta dibaling ke atas meja sejurus sahaja Yuhana membuka pintu biliknya. Tudung ditarik, dan tubuh mongel Yuhana terus dilabuhkan ke atas katil. Peluh di dahi diseka, rambut panjang Yuhana masih diikat dengan gelang getah. Baju kurung yang dipakai sejak pagi dibiarkan. Rasa malas untuk mandi. Yang pentingnya Yuhana mahu berehat untuk seketika.

Cahaya bulan yang menyinari daripada tingkap bilik Yuhana sudah cukup terang untuk Yuhana nampak barang-barang di sekelilingnya, maka Yuhana membiarkan lampu bilik tidak dibuka. Alat kawalan jauh untuk penghawa dingin dicapai daripada tepi bantal dan terus sahaja dihidupkan. Yuhana mengeluh. Blackberrynya senyap. Tiada apa-apa mesej daripada teman lelakinya Haris, maka pantas sahaja jari-jemari runcing Yuhana menekan-nekan punat Blackberry tersebut melepaskan kata-kata rindu.

Muka Yuhana kelihatan letih dalam balam warna putih hasil lampu LED Blackberrynya. Leka melayan BBM dengan Haris, Yuhana tidak sedar ada lembaga berbulu sedang duduk di sudut biliknya; bergerak-gerak dalam gelap. Kelihatan seperti ia meronta-ronta untuk melepaskan diri daripada ikatan. Seketika kemudian lembaga itu kelihatan berjaya meloloskan diri daripada ikatannya di tangan dan kaki; dan ia berdiri tegak dalam gelap. Hampir semeter tingginya.

Lembaga tersebut mendekati kaki Yuhana yang terlunjur dan mengusapnya dengan tangannya yang berbulu. Yuhana masih lagi tidak sedar dan hanya menggerakkan kaki sedikit, refleks daripada efek kegelian dgn bulu lembaga tersebut. Kelihatan wajah lembaga tersebut sedikit mengerikan, dengan calar yang panjang di pipi serta mata yang hampir tercabut daripada soketnya.

Perlahan-lahan beruang itu pergi ke meja solek Yuhana, dan dia ternampak dua jenis alat yang boleh dijadikan senjata. Gunting, dan pisau cukur bulu kaki. Kedua-duanya diambil dan dipegang di tangan kiri dan kanan. Ketika itulah baru Yuhana tersedar adanya sesuatu yang bergerak-gerak di meja soleknya. Cahaya daripada telefon pintar itu dihalakan ke arah meja solek..dan....

“Ahhhhhhhhhhhhhhhhh!”

Yuhana menjerit sekuat hati apabila melihatkan ada seekor beruang permainan yang hidup di dalam biliknya. Seekor teddy bear berwarna perang, berbulu lebat, dengan muka yang bercalar dan mata yang tersembul keluar, kini sedang memegang gunting bulu mata dan juga pisau cukur bulu kaki. Yuhana tidak pernah melihat teddy bear tersebut, dan dia menggigil; sehinggakan telefon pintarnya itu terjatuh daripada genggaman.

Serentak dengan itu teddy bear tersebut melompat ke arah Yuhana dan menyerangnya dengan gunting. Apa yang dapat Yuhana rasakan hanyalah darah yang terpercik daripada perutnya sendiri akibat dirodok oleh gunting tersebut...

**************************************************************************

“Urgh!!!”

Yuhana terduduk. Tangannya refleks memegang perut. Tiada darah, tiada kesan rodokan. Malam masih lagi tenang. Terus Yuhana bangun dan memetik suis lampu, menyalakan lampu kalimantang. Tiada beruang berwarna perang. Gunting dan pisau cukurnya masih tercatuk elok di atas meja.

“Astaghfirullah....”

Yuhana hanya mengurut dada. Kenapakah pelik sangat mimpi yang tiba dalam tidurnya? Adakah petanda? Atau apa?

Sudahlah aku memang takut dengan teddy bear..” bisik Yuhana sendirian.

Yuhana bangkit daripada katil dan terus ke bilik mandi untuk membersihkan diri, lalu menunaikan solat Isyak untuk menenangkan diri. Usai menunaikan tanggungjawab terhadap Yang Maha Esa, terus dia menyimpan gunting dan pencukur di dalam laci gobok. Yuhana berbaring kembali di kamar dan cuba melelapkan mata, namun kali ini lampu dibiarkan hidup. Yuhana terkebil kebil buat masa yang lama dan kali terakhir mata Yuhana tidak terkatup, jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi.

**************************************************************************

Jam loceng Yuhana berdering pada pukul 7 pagi, namun akibat tidur lewat malam sebelumnya, Yuhana hanya bangun pada pukul 8 sambil memaki-maki diri sendiri. Jam loceng ditekan dan Yuhana bersiap sedia untuk ke pejabat dengan perasaan berat hati. Yuhana tiba pada pukul 9, lewat setengah jam daripada biasa.


Mood Yuhana pagi itu memang tidak baik. BBM dihantar kepada Harris, tapi tiada balasan, menambahkan lagi kebengangan di pagi hari. Terasa hendak marah sahaja pagi ini. Surat yang diterima pagi itu di atas meja pejabat pun masih berlambak yang belum dibaca.

Perlahan-lahan Yuhana membuka satu demi satu surat dengan pembuka surat. Sedang leka membaca surat dan mengasingkan mana yang penting dan mana yang patut ke tong sampah, satu suara menegurnya.

“Cik, ada bungkusan untuk cik.” Penghantar bungkusan itu memakai baju seolah posmen, siap dengan topi besbol berlogo Federal Express. Tangan Yuhana laju sahaja menandatangan dokumen yang berkaitan, dan penghantar bungkusan itu berlalu pergi. Sebuah kotak siap dengan sekuntum bunga ros terlekat di atasnya, dengan sisipan kad kecil. Yuhana mengambil kad tersebut dan membaca isi kandungan yang ditulis.

May your day become better than yesterday. Love you – Harris.

Senyuman manis terukir di wajah Yuhana, dan bunga ros sekuntum itu diambil lalu dihidu. Wangi. Pembuka surat dicapai, dan kotak besar berwarna merah jambu itu dibuka. Seraya itu wajah Yuhana berubah.

“Ahhhhhhhhhhh!!!”

Yuhana menjerit. Tangannya yang masih memegang pembuka surat itu terus merodok isi kandungan dalam kotak tersebut berkali-kali, dan kotak itu dicampak ke tingkap. Tergolek sebuah teddy bear sebesar satu meter berwarna perang daripada kotak tersebut, dengan isi perutnya terburai mengeluarkan kapas-kapas putih.

Di mata Yuhana, beruang tersebut terlalu menyerupai dengan apa yang datang dalam mimpinya semalam, walaupun beruang itu comel, tiada calar di muka mahupun tersembul biji mata.

Seorang rakan pejabatnya yang kebetulan lalu di muka pintu pejabat Yuhana terperanjat melihatkan aksi Yuhana yang berserta jeritan. Beberapa orang rakan pejabat yang lain juga berkumpul di muka pintu.

“Woi! Kau meroyan ke apa? Apa salah teddy bear tu kena rodok begitu?” tegur seorang rakan pejabatnya, Cik Mah.

“DIAMLAH!” tempelak Yuhana, dan terus dia pergi ke pintu dan menghempasnya. Yuhana kembali ke meja pejabatnya, mencapai Blackberry dan terus BBM Harris.

“Kita putus!”

Dan rakan-rakan pejabat Yuhana masih termangu-mangu dengan tindak-tanduk Yuhana sebentar tadi. Ada yang mengangkat bahu, ada yang menggeleng kepala, ada yang bergossip sesama sendiri. Kesemua mereka berasa aneh dengan perangai Yuhana.

Yuhana pula, terduduk di kerusi empuknya, namun nafasnya terus berderau laju tiap kali menjelingkan mata ke arah beruang yang kini tergolek dan terburai isi perutnya itu. Telefonnya berdering, panggilan masuk daripada Harris, namun tidak diangkat. Dalam hati Yuhana menyumpah seranah.

“Celaka punya beruang!”



Malam semakin lewat. Namun, mata Aereene masih terasa segar. Selalunya dialah yang terawal tidur berbanding dengan rakannya yang dua orang lagi tu. Seketika dia menoleh ke arah Vyana dan Hani. Nyenyaknya mereka tidur. Terasa cemburu pula. Serentak dengan itu, Aereene terus mencapai handphonenya. Mana tau kalau dengar muzik nanti aku akan tertidur, fikirnya. Suara Dj Lyn kedengaran begitu ceria menerpa ke telinganya tatkala dia membuka siaran Muzik FM. Dia tersenyum sendiri mendengar celoteh juruhebah kesayangannya itu. Menarik! Namun, tatkala lagu berkumandang, Aereene terpaku seketika. Lagu itu mengingatkan dia kepada seseorang yang pernah menarik minatnya dulu.

Ku tak bisa menebak
Ku tak bisa membaca
Tentang kamu
Tentang kamu
Kau buat ku bertanya
S’lalu dalam hatiku
Tentang kamu
Tentang kamu
Bagaimana bila akhirnya ku cinta kau
Dari kekuranganmu hingga lebihmu
Bagaimana bila semua benar terjadi
Mungkin inilah yang terindah
Begitu banyak bintang
Seperti pertanyaanku
Tentang kamu
Tentang kamu

Habis saja lagu itu, namun tidak seperti fikiran Aereene. Segala memori kembali menerpa ke dalam ingatannya. Segalanya bagaikan sebuah wayang. Suara juruhebah kesayangannya itu sudah tidak kedengaran lagi. Yang ada cuma memori silam yang ingin dilupakan.

*****************************************************

“Aereene tolong saya bawa buku ni,” pinta Cikgu Christine sambil menyerahkan sebahagian daripada buku-buku nota yang dipegangnya itu kepada Aereene. Aereene menyambut tanpa banyak soal. Mereka berjalan beriringan menuju bilik guru.

Ketika hendak melangkah masuk ke dalam bilik guru, Aereene terpaku seketika saat matanya terpandang akan seseorang. Mak oi! Cutenyeeeeee! Tanpa diduga mata mereka bertentangan. Oh my God! Aku jatuh cinta.

“Aereene!” panggil Cikgu Christine. Apa kena dengan anak murid aku ni tetiba je berhenti melangkah?? Aereene tersedar.

“Hah! Apa cikgu?”tanyanya. Moga-moga cikgu tak perasan. Dia kalut sendiri.

“Tak ada apa. Cikgu pelik tengok kamu tetiba berhenti tadi, jadi cikgu panggillah.” Aereene hanya menganggukkan kepalanya. Nasib baik cikgu tak tahu aku terleka memandang seseorang, bisiknya di dalam hati. Sapalah agaknya budak tu? Comel giler beb!

Sampai saja di meja Cikgu Christine, Aereene terus menghulurkan buku yang dibawanya kepada cikgunya. Aereene terus berlalu setelah membalas ucapan terima kasih daripada gurunya itu.

Ketika hendak melangkah keluar dari bilik guru, dia tercari-cari kelibat seseorang yang telah menarik perhatiannya sebentar tadi. Manalah agaknya dia?? Cepat betul menghilang, rungut Aereene.

“Excuse! Boleh bagi laluan tak?” Tanya satu suara dari belakangnya.

“Er…sorry! Sorry!” ucap Aereene kalut sambil melangkah keluar dari bilik guru untuk memberi laluan agar orang yang menyapanya tadi dapat keluar. Aiyo! Kenapalah aku tak sedar aku menghalang laluan orang keluar masuk? Malunya!

“It’s ok!” katanya. Serentak dengan itu, Aereene menoleh ke arah suara yang sedang bercakap dengannya itu. Budak lelaki itu hanya tersenyum dan mula mengatur langkah untuk pergi dari situ. Alamak! Dialah yang ku cari tadi. Kalaulah dia tau aku cari dia tadi alangkah malunya.

*****************************************************

Sampai saja di kelas, Aereene terus menerpa ke arah Rose. Tak sabar rasanya nak bagitau Rose.

“Weh! Nak dengar citer tak?”Tanya Aereene sambil tersenyum nakal. Rose yang melihatnya hanya mengangguk kepala.

“Tadi aku terserempak ngan seorang budak. Cute beb! Macam dah jatuh cinta pula rasanya,”kata Aereene sambil tersenyum-senyum. Di matanya masih terbayang wajah comel budak itu tadi. Entah siapalah gerangan budak itu…?

“Kau tau nama dia tak? Kat mana kau jumpa dia, Reen?”Tanya Rose penuh minat. Teringin juga dia hendak mengenali budak yang berjaya menarik perhatian rakannya itu. Selama ni tak ada yang berjaya menarik minat Aereene. Entah anak siapalah yang berjaya memikat hati Aereene agaknya.

“Tak tau ar. Mungkin budak upper 6 kot.” Kemudian Aereene menceritakan tentang pertemuan secara tidak sengaja dia dengan budak yang telah menarik minatnya sebentar tadi kepada Rose.

“Aiya kau tok! Yang kau tak tanya nama dia kenapa?” Aereene menggaru-garukan kepalanya.

“Kau gilakah apa? Tak tau malu betullah. Takkan aku nak tanya straight to the point kot. Dahla baru kali pertama terserempak, tetiba tanya nama dia, mesti dia ingat aku ni muka tak malu.”

“Ala kau ni. Aku gurau ajelah. Tapi kalau kau dah suka sangat, tak salahkan kalau sekadar tanya nama,”usik Rose sambil tersenyum nakal.

“Wah! Seronok nampak. Berbual pasal apa kau dua?”sampuk Farid dari belakang. Aereene dan Rose hanya tersenyum memandang Farid, si penyibuk nombor satu di kelas mereka.

“Tak ada apalah wak. Perkara biasa bah,”kata Aereene mewakili rakannya untuk menjawab pertanyaan Farid.

*****************************************************

Sebulan kemudian…

Bunyi yang bising di dalam kelas mereka menyebabkan Aereene mengambil keputusan untuk lepak di luar kelas. Sambil-sambil tu, boleh jugak ambil angin pagi yang segar, fikirnya. Sesekali dia tersenyum sendirian melihat gelagat pelajar yang lalu lalang di laluan berjalan kaki. Kelas mereka yang terletak di tingkat 3 itu membolehkannya melihat pelbagai ragam pelajar yang sedang berjalan.

Tiba-tiba matanya terpandang akan seseorang yang memakai sweater grey yang berpetak-petak. Wau! So sweet. Itulah orang yang disukainya. Jeff Kenneth, seindah nama begitulah rupanya. Walaupun bukanlah tergolong dalam orang yang terhandsome, namun wajahnya yang comel tetap menarik perhatian ramai pelajar di sekolahnya.

“Dia dah ada girlfriendlah Reen. Budak form 5. Si Zack yang bagitau kat aku masa aku tanya dia kelmarin.” Bagaikan angin, kata-kata Vyana kelmarin kembali terngiang-ngiang di telinganya. Ah! Banyak lagi orang lain yang lebih cute Reen, bisiknya di dalam hati untuk memujuk hatinya sendiri.

“Adek buat apa kat sini?” Aereene menoleh ke sebelahnya. Aik! Sejak bila pula Kak Dhiya ada kat sebelah aku ni??? Aereene menggaru kepalanya sendiri.

“Saje je ambil angin pagi. Best apa. Akak pulak buat apa kat sini?”

“Nak join adeklah. Boringlah kat dalam kelas, cikgu lom gik masuk. Pesal cikgu tu suka masuk lambat ow?”

“Sebab ya lah adek lepak kat sini. Lagipun kat dalam tu bising sangat. Biasalah tu kak. Kalau masuk awal pun, gerenti ada pelajar yang masuk lambat.”

“Yalah dek. Benar juga.”

“Sape yang selalu datang lambat?” sampuk satu suara dari belakang. Macam kenal je bunyi suara tu. Jangan-jangan…………

Aereene dan Nadhiya berbalas pandang sebelum menoleh ke belakang.

“Cikguuuu…,” kata mereka serentak separuh menjerit.

“Er…cikgu. Tak da apalah. Tu…aaa…Fia cikgu. Entah kenapa sejak akhir-akhir ni dia selalu datang lambat,”katanya sambil menarik nafas lega selepas berjaya menjawab pertanyaan daripada gurunya itu. Mujurlah ada idea tok jawab,kalau tak nahaslah. Dhiya tersenyum lebar memandang Aereene. Pandai betul kelentong Cikgu Milt.

*****************************************************

“Reen cepatlah!”

“Dah cepatlah ni. Yang kau tergesa-gesa sangat ni kenapa?” kata Aereene geram. Kalau dah lambat, laju macam mana pun bukannya boleh putarkan balik jam.

“Gila apa kau! Cikgu Dacey ada sekali dengan kita meeting petang ni.”

Aereene berlari-lari anak untuk menyaingi langkah Vyana yang semakin laju itu. Budak ni nak masuk pertandingan berjalan kaki agaknya. Laju betul, rungutnya di dalam hati.

“Hey Vyana! Dia ke?”sapa seseorang. Aereene menghentikan langkahnya setelah berjaya mengejar Vyana.

“Aaa? Aok!” jawab Vyana sambil memandang ke arah Aereene sambil tersenyum nakal. Aereene mengangkat mukanya untuk melihat gerangan manusia yang sedang bercakap dengan rakannya itu. Hah! Dialah. Seperti dijanjikan, Jeff menoleh ke arah Aereene. Dia tersenyum. Aereene terpaku. Mak oi! Kacaknya, puji Aereene di dalam hati.

“Jalan lok!” pintanya sambil berlalu.

“Ok!”jawab Vyana. Aereene masih terpaku.

“Hoi!” jerit Vyana di telinga Aereene. Aereene terkejut.

“Hey! Gila kau.”

“Tu lah kau. Sapa suruh berangan-angan kat tengah jalan. Jom cepat!”

*****************************************************

Kedinginan malam tidak menghalang Aereene untuk terus melepak di kerusi di hadapan asrama mereka. Vyana melangkah perlahan merapati Aereene. Pelik juga dia tengok, sejak akhir-akhir ini rakannya itu sering termenung. Sepertinya ada masalah.

“Kau ada masalah ke Reen?” Tanya Vyana perlahan sambil melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Aereene. Aereene menoleh sekilas sebelum menggelengkan kepalanya.

“Habis tu, kenapa sejak akhir-akhir ini kau selalu je termenung?” Tanya Vyana prihatin.

“Tak ada apalah Vy. Saja je. Eh. Jeff tanya apa tadi dari kau?”Tanya Aereene untuk mengalih topik perbualan mereka. Sebelum Vyana mengorek lebih dalam, lebih baik aku tukar topik dulu.

“Dia tanya kaulah. Dia nak pastikan sapa yang aku citer kat dia kot. Kau tau tak, dia pun sebenarnya pernah terniat nak minta nombor handphone kau. Tapi dia takut, kau tak nak bagi,” kata Vyana. Begitu bersemangat dia bercerita.

“Entah betul, entah tidak yang kau ceritakan ni,” jawab Aereene tidak percaya.

“Oi kawan! Tak ada faedahnya aku nak tipu kau. Oh ya! Nah! Ni nombor handphone dia,”kata Vyana. Dia mencapai handphonenya lalu mencari nama Jeff di buku telefon. Kemudian dia memberikannya kepada Aereene.

“Nahaslah kalau kau tipu aku,”ugut Aereene.

*****************************************************

Seperti biasa, setiap pagi Aereene akan melepak di koridor kelasnya. Dari situ dia akan dapat melihat Jeff berjalan menuju ke kelasnya. Best juga, pagi-pagi dah tatap wajah orang yang kita suka. Mengingatkan itu dia tersenyum sendirian. Macam orang gila pula rasanya. Namun apa yang pastinya, sejak akhir-akhir ini dia rasa bersemangat untuk ke sekolah. Bersemangat untuk menatap wajah dia kot, fikir Aereene sambil tersenyum sendirian.

Seperti yang diduganya, kelihatan Jeff sedang berjalan menuju ke arah kelasnya. Apa yang membezakannya, hari ini dia memakai sweater merah.

“Kau tengok apa Reen?”

“Hah! Tak ada apalah.” Aereene menoleh ke arah Farid. Sibuk betul budak ni. Suka hati akulah nak tengok siapa, gerutunya di dalam hati.

“MUET kau dah siap lom?”Tanya Farid. Aereene sekadar menganggukkan kepalanya. Wah! Ini dah dikira bagus.

“Pinjam Reen!” selamba saja dia bertanya.

“Ambik kat dalam beg. Kalau tak jumpa, mintak dari Rose. Tadi dia ada pinjam.”

Kemudian Farid terus masuk ke dalam kelas. Nak buat MUETlah tu. Kenapalah mereka tu nak sangat tiru kerja orang ho? Aku main hentam je buat pun mereka nak tiru. Agaknya mereka ingat betul semua kot. Aereene tersenyum sendirian.

“Senyum sendiri nampak,”tegur satu suara. Macam tak pernah dengar je suara tu. Sape agaknya melaun yang tegur aku ni, rungut Aereene di hatinya. Serentak dia menoleh ke sebelah. Hah! Biar salah! Betul ke apa yang aku tengok ne? Ke mata aku salah? Aereene mencubit tangannya.

“Aw!”jeritnya, kuat sangat aku cubit tangan tadi. Ada rasa sakit, maksudnya bukan mimpilah ni, fikirnya.

“Kenapa?”Tanya Jeff, terkejut mendengar jeritan Aereene.

“Er..tak da apa. Semut gigit kaki.”selamba saja Aereene berbohong. Syukur ada idea tadi. Serentak dengan itu dia terus membongkokkan badannya dan menggosok kakinya. Nak legakan kesakitanlah kononnya.

“Oh! Ingatkan apa tadi. Awak selalu lepak kat sini ya setiap pagi? Selalu saya tengok awak dari sana,” kata Jeff sambil menunjukkan lorong jalan kaki yang sering digunakan oleh pelajar lalu lalang.

“Yupz! Saja ambil angin pagi,”jawabnya sambil tersenyum. Perasan juga si Jeff ni aku lepak kat sini setiap pagi. Kau ni Jeff, lurus bendul betullah. Aku saja nak tengok kau, bukannya suka-suka pun. Lenguh tau kaki ni berdiri lama-lama, tapi nak buat macam mana. Dah mata ni nak tengok kau, terpaksalah jadi guard kat tepi koridor setiap pagi.

“Betul juga. Pemandangan kat sini pun best.” Kalau macam tu, lepaklah dengan aku kat sini hari-hari Jeff, kata Aereene. Namun hanya terluah di hati saja.

“Awak ni ada boyfriend ke?”Tanya Jeff selamba. Terkejut Aereene mendengar soalan itu. Straight to the point betullah soalan mamat ni. Tapi nape dia tanya ho? Dia suka aku ke? Memikirkan itu hati Aereene kembang setaman. Kalaulah dia suka aku……

“Tak da,”jawab Aereene ringkas. Teringin pula dia nak tanya soalan itu kembali kepada Jeff. Namun takut disalah anggap.

“Oh! Patutlah tak pernah tengok awak dating,”kata Jeff. Memanglah! Dah tak ada boyfriend, macam mana nak dating. Aku tunggu kaulah mangkuk! Rungut Aereene di hatinya.

“Awak pula mana girlfriend?”Tanya Aereene. Aku pun nak tau juga. Harap-harap tak ada, doanya.

“Hai Bie! Lama tunggu?”tegur seseorang dari belakang. Macam suara Kak Dhiya je. Aereene menoleh ke belakangnya. Betul pun!

“Taklah. Baru sampai. Pergi mana tadi Ney?”Tanya Jeff sambil tersenyum lebar. Sempat lagi dia mencuit pipi Kak Dhiya. Aereene terpaku menonton drama yang entah siapa pengarahnya. Salah skrip ke apa ni? Neh! Heroin kat tepi pun buat-buat tak nampak, sampuk Aereene di hatinya.

“Buang sampah. Berbual dengan Aereene ya?”Tanya Kak Dhiya sambil melemparkan senyuman kepada Aereene.

“Yea Ney. Oh ya Reen, kenalkan nilah girlfriend saya. Awak pun nanti jangan lupa kenalkan boyfriend awak kat saya key kalau dah jumpa yang berkenan di hati,”kata Jeff sambil tersenyum manis. Bahagia ler tu. Hati aku? Oh my God! Hancur lebur. Berkenan di hati? Aku dah jumpa pun yang berkenan di hati, tapi kepunyaan oranglah pulak…..

“Okeyh! Small matter Jeff. Pasti punya,”jawab Aereene sambil mengenyitkan matanya. Nakal! Dia tersenyum hambar. Harap-harap mereka tak perasan.

“Okeylah Jeff! Kak Dhiya! Chow lowk k!” selesai saja berkata demikian, dia terus melangkah pergi. Jeff dan Dhiya hanya mengangguk.

*****************************************************

Setahun berlalu…

Deringan handphone yang beriramakan lagu Dia Milikku nyanyian Yovie & Nuno telah mematikan lamunannya. Seketika dia menoleh ke skrin handphonenya, nak tengok sapalah melaun yang mengganggunya waktu itu. Aik! Aku tak ada save nombor ni lah.

“Hello.”

“Hai!” Laa….? Mamat mana pulak yang kacau aku malam-malam buta ni?

“Yea! Awak cari siapa?”

“Nie Areene kah?”

“Yea saya.”

“Sorry ganggu awak. Saya Jeff. Jeff Kenneth. Ingat tak? Kan kita pernah satu sekolah?” Aereene terkaku. Benarkah??????

“Oh! Yang kelas K3 tu ya?”Tanya Aereene. Buat-buat confuselah katakan.

“Yupz! Kuat juga daya ingatan awak. Awak sekarang ni apa khabar? Lama tak dengar berita,”komen Jeff selamba. Aiee mamat ni! Dah aku suka kat kau dulu, mestila aku dapat ingat semua tentang kau yang aku tau. Lagipun mana ada lagi kenalan aku yang sama nama ngan kau.

“Biasalah. Selalu makan vitamin bah. Awak pun kena amalkan juga, baik untuk daya ingatan awak. Well! Macam biasa sajalah. Awak pula apa khabar? Apa cerita awak sekarang?”Aku pun nak juga tau tentang kau. Cerita panjang-panjang pun tak kisah.

“Tak usahla awak promote kebaikan vitamin yang awak makan tu, dah lama dah saya tau khasiatnya. Awak lupa ke, saya yang lahir dulu dari awak? Awak nak dengar cerita panjang ke cerita pendek?”

“Awak ni kan! Saya taulah awak tu tua lagi dari saya. Dependlah pada awak. Saya dengar je.”

“Ok! Saya sekarang ni tengah tanam buah anggur. Takkan tak tau.”

“Perkara biasa bah tu bagi yang tengah tunggu result.”

“Memanglah. Tapi saya teringin juga nak kerja. Cuma parent tak bagi.”

“Yaka? Pelik juga kan. Selalunya perempuan yang kena kongkong kat rumah time tunggu result. Rupanya lelaki pun ada jugakla,”komen Aereene selamba.

“Well! Tak kisah sangatlah pasal tu. Oh ya, mana special boyfriend awak? Bila nak kenalkan pada saya?”

“Macam mana saya nak kenalkan pada awak, bukannya saya ada boyfriend pun.”

“Baguslah kalau macam tu,”katanya tanpa disedari. Aereene terkejut mendengarnya. Apa maksud Jeff??

“Apa maksud awak?”

“Hah! Er..tak ada apalah. Alamak Reen! Nanti saya call awak lagi. Sakit perut ni. Bye!”katanya sambil mematikan telefonnya tanpa sempat Aereene berkata sesuatu.

*****************************************************

Sejak hari itu, Aereene dan Jeff menjadi semakin rapat. Setiap pagi, Jeff akan menelefon Aereene semata-mata untuk membangunkan Aereene dan mengucapkan selamat pagi. Seperti biasa, kedengaran handphone Aereene berdering pada pukul 6.00 pagi. Deringan itu mengejutkannya. Perlahan dia bangun dan mencapai handphonenya.

“Hello!”

“Hai sweetie! Good morning! Baru bangun ya?” Kedengaran suara ceria Jeff menyapa telinganya. Aereene tersenyum bahagia. Bestnya ada orang bangunkan aku. Cuma apa yang dia perasan, nama panggilannya sejak kebelakangan ini sering bertukar ganti. Main sedap mulut je Jeff memanggilnya. Kadang-kadang terfikir juga dia, sayangkah Jeff padaku?

“Morning too pak cik! Baru bangunlah ni,”jawab Aereene selamba. Sengaja memanggil Jeff pak cik.

“Apalah awak ni! Bagus-bagus kita panggil dia sweetie, dia pula panggil kita pak cik. Panggillah sayang ke? Hubby ke?”usik Jeff. Aereene ketawa kecil.

“Whateverlah. Oklah wak! Nak mandi ni,”kata Aereene untuk menamatkan perbualan mereka.

“Wait! Wait! Wait!”jerit Jeff sebelum sempat Aereene mematikan talian.

“Napa Jeff?”Tanya Aereene. Hairan!

“Esok berapa hari bulan?”Tanya Jeff.

“Laa budak ni? Kat situ tak ada calendar ke?”

“Apalah awak ni. Lain ditanya, lain pula yang awak jawab.”

“Esok 14 Februarilah. Birthday awak ke?”

“Bukanlah! Hari valentinelah.”

“So? Apa masalahnya?”

“Jumpa esok ya. Kat depan dewan sekolah.”

“Nak buat apa?”

“Ada hal sikit. Awak datang ya. Saya tunggu awak. Kira-kira pukul 11.00 pagi,”kata Jeff.

“Ok. Jangan lupa tunggu saya.”Aereene tersenyum. Kesian kau Jeff, kau tunggu sampai malam pun aku takkan datang punya, bisik hatinya nakal. Sengaja hendak mengenakan Jeff.

*****************************************************

14 Februari…

Aereene masih berbaring di atas katilnya. Seketika dia menoleh ke arah jam dinding di biliknya. 10.30 pagi! Dia terasa kehilangan. Pagi itu, Jeff tidak menelefonnya seperti biasa. Selepas Jeff menetapkan pertemuan mereka pada hari ini, tidak sekalipun Jeff menghubunginya. Menghantar mesej seperti biasa pun tidak. Ada juga dia menghantar mesej, namun tiada balasan. Dan, hanya mailbox yang berkata-kata semasa dia cuba membuat panggilan.

Seketika kedengaran ketukan pintunya. Aereene bangun dan terus menuju ke pintu untuk membukanya. Entah siapalah yang mengganggunya awal-awal pagi.

“Akak! Nak tengok cd ni tak?”Tanya adiknya setelah dia membukakan pintu. Aereene mencapai cd yang berada di tangan adiknya. Wow! Citer For You In Full Blossom.

“Bestlah. Mana kau dapat cd ni?”

“Pinjam dari kawan.”

“Ok jom kita tengok kat bilik akak!” ajak Aereene. Tak sabar rasanya dia untuk melihat cerita itu. Hal Jeff terus hilang dari ingatannya.

*****************************************************

Aereene termenung panjang. Ketiadaan keluarganya di rumah menyebabkannya berasa sangat sunyi. Salah dia juga, tak nak ikut pergi kenduri kahwin cousinnya. Terlintas di fikirannya akan seseorang yang telah berjaya mencuri hatinya suatu ketika dahulu. Entah apa khabar agaknya sekarang? Sejak hari terakhir sebelum valentine day bulan-bulan lepas, tak pernah sekalipun Jeff menghubunginya. Lupakah dia padaku??

Entah kenapa hari itu Aereene berasa sangat merindui lelaki itu. Ingin saja dia terbang kalau boleh. Akan dicarinya walau di mana berada. Bunyi loceng mengejutkan Aereene. Serentak dengan itu, dia menoleh ke arah pagar rumahnya. Seorang kanak-kanak sedang melambai-lambaikan tangan kepadanya. Aereene mengatur langkah perlahan menuju ke arah budak itu.

“Akak ni Aereene ya? Ni ada hadiah untuk akak! Dari abang Jeff.”katanya sambil menghulurkan kotak hadiah yang telah dibalut cantik. Kemudian dia terus berlari tanpa sempat Aereene bertanya apa-apa. Aereene membelek hadiah itu seketika sebelum mengatur langkah masuk ke dalam rumahnya.

Sampai saja di biliknya, dia terus membuka balutan kertas itu. Tak sabar dia hendak melihat apakah isinya. Wah! Novel lah. Kasihku Abadi tajuk dia. Berdebar juga hati Aereene membaca tajuk novel tersebut. Sedang asyik membelek novel, sekeping kertas jatuh. Perlahan dia mencapai dan membacanya.

Aereene Dyalissa..

Aku mencintai baik dan burukmu..

Dengan kata lain, engkau sentiasa di hatiku..

My love for you is eternity; even it just was a broken promise for you.
Selamanya mencintaimu,
Jeff Kenneth Kimberly.

Aereene terpaku.

*****************************************************

Kesibukan pasar malam itu sungguh merimaskan Aereene. Kenapalah aku nak ikut tadi??? Baik duduk kat rumah. Dia merungut di dalam hati.

“Hey! Reen!” panggil suatu suara. Macam kenal je. Spontan dia menoleh ke belakang. Bibirnya terus mengukir senyuman.

“Vyanaaaaaaaaa! Rindunya aku kat aku,”kata Aereene ceria. Mereka berpelukan tanpa mengambil kira pandangan orang di sekeliling.

“Aku pun rindulah Reen. Tak sangka kita jumpa malam ni.”

“Yala Vyana. Patutlah hati aku tergerak hendak keluar malam ni. Selalunya, aku lebih suka pesan makanan dekat adik aku.”

“Eh, kau dah tau ka?”Tanya Vyana. Aereene mengerutkan dahinya. Hairan dengan soalanVyana.

“Tau apa pula Vy?”Tanya Aereene balik.

“Pasal Jeff.” Jeff??????? Aereene terkejut mendengar soalan Vyana. Jantungnya berdegup kencang tatkala nama itu menyapa telinganya.

“Maksud kau apa Vy? Straight to the point tak boleh ka?”kata Aereene. Entah kenapa dia terasa tidak sedap hati.

“Kau belum tau ke?”

“Boleh tak kau bagitau cepat? Kalau kau tak bagitau, macam mana aku nak tau,”kata Aereene geram.

“Reen, dia dah meninggal. Aku dengar dari kawan dia. Dia kemalangan on the way balik dari sekolah malam 14 Februari lepas. Kira-kira pukul 11.00 malam. Aku dengar orang cakap dia ada date haritu. Tapi, orang yang ditunggunya tidak datang. Kebetulan pula hujan lebat time tu. Jalan pula tengah licin, dia pula guna motosikal. Orang tu langgar dia dari belakang. Habis remuk motosikal dia. Dia pun cuma dapat bertahan selama tiga jam saja di ICU,”terang Vyana panjang lebar.

“Hah!”Aereene terkejut. Khabar yang tidak diduga itu membuatkannya terkaku.



Semalam, aku minta mak duit lagi. Entah berapa kali aku minta duit pada mak. Mak pun aku rasa dah tak larat nak kira. Dulu, ada juga dia selitkan berapa kali aku pinjam duit daripada dia setiap kali dia membebel fasal aku minta duit. Tapi sejak dua minggu lepas, dia dah berhenti mengira. Mungkin dia dah sedar kut yang tak ada gunanya kalau dia kira. Tak ada faedah. Duit tetap keluar. Aku pula tetap akan minta lagi.

Pagi ni, dia ajak satu keluarga makan sekali. Katanya, dah lama tak makan beramai-ramai. Lebih meriah, lebih ramai katanya. Nampak sangat terjemah daripada lirik lagu Britney Spears. Macam aku tak tahu. Urban juga mak aku. Jadi, aku dan Gugu duduk di kerusi masing-masing sambil memandang ke arah makanan yang terhidang. Nampak berasap. Teori aku mudah; makanan yang berasap semestinya sedap.

Mak berjalan masuk ke ruang makan sambil bawa satu jag air sirap selasih dan letakkannya di atas meja. Dia hulurkan Gugu semangkuk makanan 'biji-biji' dan susu. Gugu mesti kecewa sebab ingat makanan berasap yang ada atas meja tu dia ada peluang untuk makan. Mungkin dia belum sedar yang dia bukan manusia. Tapi duduk di meja makan, adabnya kalah manusia. Gugu tanpa aku dengar dia baca bismillah terus melahap.

Aku ni pula yang masih lagi kena tunggu mak duduk di meja untuk mula bersantap. Masa ni juga mak sibuk nak nyalakan lilin aroma terapi. Apalah niat mak aku malam ni ya? Aku harap tak adalah dia nak bagi kejutan apa-apa sebab aku ni lemah semangat sikit.

Mak akhirnya duduk. Dia mula tadah tangan dan aku mula baca doa makan dengan lancarnya. Selesai saja baca doa, aku terus makan dengan lahapnya. Satu, aku memang lapar. Dua, aku memang gelojoh. Tak boleh nak buat apa. Tapi dalam gelojoh-gelojoh aku, aku sempat kerling ke arah mak. Mak duduk umpama patung lilin yang tak cukup sempurna sebab muka mak agak berkedut. Tak bercakap, tak bergerak. Hanya duduk dan pandang ke arah aku.

"Mak, makan." Aku cuba ingatkan mak. Mana tahu tiba-tiba mak lupa apa yang perlu dia buat sekarang.

"Bila kau nak cari kerja ni, Wahid?"

Aku dah agak. Soalan sama yang juga diselitkan ketika membebel pada aku setiap kali aku minta duit. Aku pun macam biasa akan jawab benda yang sama. Baru adil.

"Nanti."

Dan mak terus membebel.


* * *


"Kau ni asyik-asyik lepak kat kedai aku? Cuba kau pandang sekeliling. Ada ke budak muda macam kau ni yang tengah lepak?" tanya Pak Teh tengah hari tu waktu aku datang lepak di warung dia.

Aku geleng. Dengan tenang, aku hirup teh tarik buih lebih.

"Kau tahu sebab apa tak ada budak muda macam kau lepak kat warung aku tengah-tengah hari rembang macam ni?"

Aku geleng. Aku gigit pula karipap pusing buatan tangan Mak Teh.

Pak Teh tampar meja depan aku dengan kuat. "Sebab dia orang semua pergi kerja! Tahu?"

Aku angguk. Aku hirup kembali teh tarik buih lebih.

"Aku tak fahamlah dengan kau. Kesian aku tengok mak kau kat rumah tu. Setiap hari dia mengadu pada Mak Teh kau tu fasal kau yang tak nak kerja. Apa kena dengan kau ni, Wahid oi?" Pak Teh lap meja yang ada kesan tumpahan teh tarik buih lebih aku lepas dia tampar meja tadi.

"Nanti orang carilah."

Dan aku terus angkat kaki.


* * *


Dengan mudah, bola yang aku sepak masuk gol. Aku nak sorak pun rasanya tak perlu sebab malam ni saja, markah aku dah cecah angka 20. Mudah. Kacang. Aku bukan hebat sangat main bola sepak, tapi aku perasan, kawan-kawan aku macam tak bermaya saja malam ni.

"Rehat kejap," kawan aku jerit dari jauh.

Aku ikut dia orang pergi ke tepi padang. Aku tengok bergelen-gelen air mineral dia orang minum. Kalah pemain bola sepak kebangsaan gayanya. Aku juga yang belum minum-minum dari tadi.

"Esok pulalah sambung main. Aku kena balik ni," kata Ghani.

Aku kerling jam di tangan. "Kau biar betul, Ghani. Baru pukul 10 kut. Aku berpeluh pun tak."

"Penat ah." Ghani kibas-kibaskan bajunya. "Lagipun, esok aku kena masuk pejabat awal sikit."

Aku lihat yang lain turut angguk setuju dengan Ghani. Aku tak puas hati sebab aku tak ada siapa nak sokong. "Tapi awal lagilah..."

"Bagi kau. Bagi kami, dah lewat ni." Ghani dah mula berdiri. "Kau bila nak kerja? Hari tu, syarikat yang aku kerja ada nak pakai orang. Kau tak nak. Apa masalah kau sebenarnya ni?"

Buat kali yang ketiga dalam hari ni, aku dah tak larat nak jawab benda yang sama pada soalan yang sama. Baik aku tulis atas dahi aku saja jawapannya. Mungkin orang tak akan tanya aku dah soalan tu.

Tapi aku rasa, kalau aku tulis 'Sebab aku takut ditemuduga' kat dahi, sumpah aku akan jadi bahan gelak orang kampung.

Lalu aku pun jawab, "Nantilah."



Aku pun tertidur di perdu pohon cemara. Lepaskan penat lelah mencarimu, yang entah di mana hilangnya. Cuma khabar yang kudapat, dirimu terlihat di balik rimbunan bambu dihujung denai sana, itu kali yang terakhir. Lama juga imaginasiku mengintai, cuba menilik di mana hilangmu bakal ditemui, sehinggalah aku benar-benar terlelap beralaskan sehelai daun pisang.



"Kanda... ke marilah”

“Dinda menunggu kanda di puncak berembun ini”

“Dinda akan setia menunggu kanda di sini"

"Kanda... jiwa dan raga dinda hanya untuk kanda, seluruh rasa cinta ini hanya demi kanda".



"Dindaa...!!! "



Sekali lagi mimpi ini mengganggu lenaku. Aku menyapu muka sambil cuba mengingati mimpiku sebentar tadi. Gelora rindukah atau satu lagi petunjuk seperti mimpi-mimpi sebelumnya.



"Kanda akan menuju ke tempatmu, dinda."

"Kanda akan satukan janji-janji kita yang tergantung di langit."

"Kanda akan cantumkan setiap kelopak asmara yang terlerai di sepanjang cinta kita."


Mentari sudah pun melebihi kepala, dan aku perlu meneruskan semula pencarian menemuimu, si dara cintaku.

Aku selusuri denai tenang ini yang mana airnya pernah berkocak dulu kerana injakkan telapak kakimu. Riak-riak dipermukaannya apabila digomoli sekawan anak ikan tatkala kau taburi dengan bertih padi masih lagi beralun. Bahkan lumut hijau yang pernah kau carikkan di atas batu besar tempat kita bercanda dulu, masih berbekas dengan namaku. Helaian demi helaian kenangan aku dan dirimu terpancar dari kilauan airnya yang jernih. Kemudian, tanpa tertangguh, semua kenangan ini dibawa lari oleh arusnya yang kejam. Ah, mataku bergenang lagi.



“Tengoklah dinda, arjunamu menangis lagi. Hilang dirimu membawa seluruh cahaya kehidupanku”

Aku biarkan arus yang mengalir itu membawa titis air mataku jauh ke hulu sana, biar semuanya saling bersebati dan terus diam bersemadi.

Selewatnya petang itu, telah aku sampai ke puncak berembun. Warna merah dan jingga di hujung barat seakan meraikan kehadiranku. Begitu indah awan dan mentari itu apabila saling mengucupi, seperti cintaku dan rindumu. Ya, seperti aku dan dirimu yang saling melengkapi.

Kekasih,

usah dikau sembunyi lagi

arjunamu datang menuntut janji

hadirlah kekasih dambaan hati

bersama kita sehidup semati

kekasih,

usah dikau merajuk lagi

arjunamu merana sengsara diri

lupakah dikau pada janji

bercinta berkasih sehidup semati

kekasih,

usah dikau menghilang lagi

arjunamu datang membawa hati

hadirlah kasih lestarikan janji

di puncak berembun cinta abadi.



"Dindaaa..."

"Dindaaa... kanda datang ni"

"Marilah ketemu kanda, kanda terlalu rindu padamu".



Berkali aku memanggil namamu, namun hanya gema kosong yang bersahutan. Aku yakin dirimu ada di sini. Sepanjang cinta kita bertaut, dirimu tidak pernah memungkiri janji, jauh sekali membuat hatiku terguris atau merajuk. Kata-katamu sentiasa segar dan mekar di dalam hatiku.



"Dinda, mengapa tidak sekalipun dinda meragui cinta kanda?"

"Adakah dinda tidak menaruh sepenuh kepercayaan dinda pada kanda?"



"Tiada gunanya dinda menguji kanda, kerna tiada satu pun rahsia di dalam

hidup kanda menjadi rahsia kepada dinda."

"Di setiap jejak langkah kanda, hanya cinta dinda menjadi destinasinya"

"Di setiap kerdip mata kanda, hanya senyum dinda menjadi cahayanya"

"Di setiap desah nafas kanda, hanya rindu dinda menjadi debarnya."

"Mahukah dinda melukai hati kanda, sedangkan yang berdenyut di dada

kanda itu adalah cinta dan nyawa dinda?".



Lembut dan merdu sekali bicaramu. Manakan tidak hati aku terusik, tiada pernah gadis lain mencuri hatiku, selain dirimu. Mendengar pula jawapan ikhlas darimu, hatiku benar-benar tersentuh.

Semua itu hanya dulu, yang tertinggal hanyalah kenangan aku bersamamu, yang terbawa adalah hati dan kehidupanku. Sekarang aku datang mencarimu, di puncak berembun Gunung Jerai, puncak mahligai cinta kita.



“Dindaaa…”

“Dindaaaaa…”

“Muncullah…!”

“Kenapa tinggalkan kanda?”

“Kenapa mesti pergi tinggalkan kanda?”

“Kenapa harus mungkiri janji?”

“Kenapa…?!”



Aku sudah tidak mampu mengawal perasaanku lagi. Semuanya terasa hancur luluh. Aku menangis sepuasnya. Apakah benar dirimu sudah tiada? Apakah benar omongan orang kampung tentang kematianmu? Aku sudah tiada daya lagi untuk kembali. Seandainya benar dirimu telah bersemadi, biarlah kini aku pula pergi menemanimu. Semoga di kayangan sana cinta kita akan kembali bersatu.



“Kanda…”



Dalam samar-samar senja, aku melihat ada sekujur jasad di sebalik kabus tebal itu sedang berjalan menghampiriku. Tubuhku yang telah kepenatan hanya mampu terbaring kelesuan.



“Maafkan dinda, tinggalkan kanda selama ini”



Dalam keadaan yang tidak bermaya, aku hanya mampu tersenyum. Aku yakin kau tidak pernah mungkiri janji. Aku yakin…





TAMAT


Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini