Seorang gadis berskirt hitam dan berblaus lengan pendek putih turun daripada kereta mercedes benznya lalu memasuki bangunan lama itu.Dibelakangnya terdapat beberapa orang konco-konco yang setia mengikut ke mana sahaja dia pergi.Didalam bangunan itu seorang lelaki tersenyum sinis tatkala melihat tunangnya tiba.
"Huh Danny,apa halnya yang kau nak jumpa aku sangat ni Daniel?"Soal Vee sambil berpeluk tubuh.
"Vee,dah berapa kali aku cakap jangan masuk campur urusan aku.Kau dengan hal kau sudah la,lagipun ni urusan aku dengan mereka."Daniel memegang bahu Vee.
"Hey,kau tahu tak diaorang yang cari masalah kat tempat aku.Aku tak akan marah kalau mereka tak buat hal kat tempat aku.Kau ni,masalah kecil pun nak besar-besarkan!"Suara Vee sudah meninggi.
"Okay,aku yang salah.Vee aku just tanya je,kau jangan la marah."Daniel memegang pipi Vee,cuba memujuk tunang kesayangannya itu.Vee hanya tersenyum,dan memeluk Daniel.Tiba-tiba sahaja Daniel rebah,dibelakangnya terdapat kesan tembakan.Sah,Daniel ditembak dengan pistol yang tidak mengeluarkan bunyi.Dalam masa itu juga,orang-orang Daniel berlawan dengan konco-konco Vee.Vee kehairanan,tetapi dia juga perlu berlawan dengan mereka.Tiba-tiba sebutir peluru telah terkena pada bahu kiri Vee,dalam kesamaran malam itu Vee melihat David iaitu anak buah papanya memegang sepucuk pistol.Alan menarik Vee kearah tempat tersembunyi membiarkan yang lain berlawan.
"Vee,lari.Jangan pedulikan kami,kami akan cuba uruskan semua ni.Yang penting kamu kena lari,tinggalkan Malaysia." Alan menyuruhnya pergi.
"Tapi Alan,macam mana dengan projek tu?"Perit rasanya bahu Vee,dia hanya bisa menahan kesakitan itu.
"Itu tak penting,cepat lari ikut arah sana,kami akan cari kamu.Jangan risau,cepat."Vee tidak berkata apa-apa,dia segera berlari beredar dari tempat itu.
Pada malam itu,Datin Fouziah dan Dato' Halim baru pulang daripada menghadiri satu majlis kesyukuran.Mereka terkejut tatkala pemandu mereka menghentikan kereta.
"Kenapa Pak Leman?"soal Dato' Halim.
"Ada orang,terbaring kat depan tu Dato'.Budak perempuan tu,saya rasa dia baru lepas kena langgar tu Dato'."balas Pak Leman.Dato' Halim segera membuka pintu kereta.
"Bang,saya risau la."Datin Fouziah memeluk lengan Dato' Halim.
"Takde apanya Yah,orang perlukan pertolongan tu.Mana tahu ntah-ntah sekarang mak bapaknya tengah cari ke,apa ke.Jom tolong saya."Lantas kedua-duanya keluar dari kereta itu.
"Eh bang,budak ni kena tembak ni." Terkejut Datin Fouziah melihat bahu kiri gadis itu yang berdarah dan kelihatan seperti sebutir peluru menembusinya..
"A'ah.Rasanya macam bukan orang kita je,pelancong kot.Eh jom kita bawak balik dulu,biar doktor yang rawat dia kat rumah.Lagipun dah lewat malam ni Yah,baik kita rawat dia kat rumah."
"Ye lah bang,mana tahu kalau-kalau budak ni dicari orang jahat ke.Kalau diaorang dapat tahu tentang budak ni,lagi nahas."
"Hah,jomlah.Pak Leman tolong saya."pinta Dato' Halim.Dalam beberapa ketika Vee sudah berada didalam kereta ,Pak Leman segera memandu kereta itu.
**********************************
"Hah,macam mana doktor?"soal Datin Fouziah.
"Peluru pada bahu dia dah dibuang,Datin cuma perlu bagi dia makan ubat yang saya bagi dan suruh dia banyak-banyak berehat.Lagi satu saya nak tanya,budak ni baru lepas kena langgar ke?"soal Doktor Mukhriz.
"Tak tahu la doktor,kami pun jumpa dia terbaring tengah-tengah jalan.Luka dikepala tu pun nampak macam terkena hentakan je,malang betul nasib budak ni."
"Dato' ,Datin kemungkinan budak ni akan hilang ingatan.Saya pun tak tahu berapa lama,tapi tolong jangan bagi dia tertekan ya.Cuba-cubalah Bantu dia,jangan paksa dia untuk ingat kalau dia tak ingat.Ermm,nampaknya saya kena pergi dulu.Assalamualaikum" Lantas Doktor Mukhriz menyalami Dato' Halim.
"Terima kasih ye doktor."ucap Datin Fouziah.
"Sama-sama,Datin."
**************************************
"Mama,mana kakak cun tu?" soal Hakeam.
"Tuh,kat bilik tetamu tu.Tengah berehat." Jawab Datin Fouziah yang sedang menggubah bunga di ruang tamu.Hakeam Harfizy lantas menuju ke arah bilik itu.
"Hah,kamu jangan nak mengada-ngada.Mama tujing kepala kamu nanti,jangan kacau orang."Hakeam tersengih dan mengundur langkah menuju kearah ibunya kembali.
"Abang mana?"soal Hakem sambil duduk diatas sofa.
"Hmm,kat apartment dia la.Kenapa yang tanya pasal dia ni,kalau tak asyik gaduh je.Tak faham mama ngan korang ni."
"Ala,nak tunjuk kakak cun kat dia.Mama,muka kakak tu macam Farah Dhiya kan?Tapi dia nampak macam chinese-chinese lagi.Untung badan kalau dapat kakak ipar lawa,hehehe."
"Dah jangan nak mengarut,macam-macam la kamu ni." Omel Datin Fouziah.
"Apa yang macam-macam tu Yah?" kelihatan Opah Bedah datang lalu duduk disebelah Hakeam.
"Ni ha,cucu mak teringin nak dapat kakak ipar bukan melayu."
"Ye ke,ntah-ntah dia yang nak kahwin dengan orang bukan melayu kot.Dia putar-putarkanlah ke kakak ipar,ye Hakeam." Lantas mereka semua ketawa.Tiba-tiba mereka terdengar suara orang menjerit,segera mereka pergi kea rah bilik Vee.Datin Datin fouziah cuba menenangkan Vee.
"Tak de apa-apa,berehatlah dulu." Datin Fouziah mengusap-usap kepala gadis itu.
"Danny,mana dia?Mana Danny?"soal Vee kehairanan.Datin Fouziah memandang Opah Bedah.
*************************************
Danny Darwin memakirkan keretanya diperkarangan banglo mewah papanya.Ketika memasuki banglo itu,kelihatan keadaan sunyi sahaja.
"Ermm,mana mama ni.Tadi suruh kita datang,sekarang tak de pulak." Danny Darwin tercari-cari ibunya.Dari bilik tetamu kedengaran beberapa orang sedang bercakap,dia segera melangkah kaki ke arah bilik itu.
"Mama,kat sini mama rupanya." Lantas tangan ibunya disalam.
"Aa,ada apa ni?Ni siapa pulak budak perempuan ni?"soal Danny Darwin.
"Mama dan papa jumpa dia kat tengah jalan semalam,budak ni kena langgar.Sekarang dah hilang ingatan." Datin Fouziah seperti berbisik kepada Danny Darwin.Hakeam yang berada disitu tiba-tiba mendapat idea,lalu pergi kea rah Vee.
"Kak,..emm Kakkkk ape ek?Hah,Kak Sofea tu abang Danny dah datang dah.!"Opah Bedah yang berada disebelah Hakeam segera mencubit pehanya. "Auchh".
"Danny is it you,kenapa you lambat?"Lantas badan Danny Darwin dipeluknya,Vee teresak-esak menangis.Danny memandang kearah Datin Fouziah,Hakeam dan Opah Bedah.Datin Fouziah dan Opah Bedah kelihatan seperti orang kehairanan tetapi Hakeam masih boleh tersengih-sengih lagi.Siap ngko Hakeam,tahu la macam mana abang nak kerjakan ngko!
"Errk,Sofea you rehat dulu ek.You tak sihat ni,nanti sakit you bertambah pulak kalau you bergerak banyak sangat."Danny Darwin memimpin Vee dan menidurkannya diatas katil.Saat dia mahu melangkah pergi, tiba-tiba lengannya ditarik Vee.
"Stay with me pleasa,I tak nak you tingggalkan I lagi."Mahu tak mahu Danny terpaksa duduk disebelah Vee.
"Danny kamu temankan,,erkk Sofea kejap.Mama keluar dulu,nak masak bubur kat dia.Hakeam sini,jom biar mama ajar kamu." Datin Fouziah menarik cuping telinga Hekeam sambil berjalan keluar dari bilik itu. "Adeh,sakitnya mama."
"Hah,opah pun belum sembahyang lagi.Kamu temanlah dia sampai dia tidur,lagi satu pintu tu jangan ditutup." Opah Bedah sudah mengangkat punggung untuk beredar dari situ.
"Tapi Opah,emmm tak pelah." Danny mengeluh.Hisy aku jugak yang kena.
**********************************
"Alhamdullilah akhirnya dapat jugak Sofea khatam Quran ni ye.Cepat betul Sofea belajar."ujar Opah Bedah.
"Opah,lepas Sofea masuk Islam ni Sofea rasa tenang sangat.Tapi hairan ek macam mana Sofea boleh ingat Danny tunang Sofea padahal Sofea tak masuk Islam lagi waktu tu." Opah Bedah terkejut,tapi dia berlakon tiada apa-apa.
"Sofea mimpi bertunang dengan Danny la tu,waktu Sofea koma." Opah Bedah bergurau,Vee ketawa.
" Tapi opah,betul ke Sofea asal dari rumah anak-anak yatim.Sofea tak boleh ingat la." Vee melentokkan kepalanya diatas bahu Opah Bedah.
"Tapi tu la apa yang dicakapkan oleh Danny,kan Sofea yang bagitahu kat dia.Walaumacam mana pun mama dan papa Danny tu mama dan papa Sofea jugak.Tak pelah,jom kita turun ye."
"Hmm,okay."
Vee mengatur langkah menuruni anak tangga banglo itu,kelihatan Dato' Halim sedang berada di ruang tamu sedang membelek-belek barang antik kesayangannya.
"Papa."
"Eh,Sofea.Danny mana,tak keluar ke hari ni.Kata Danny ajak keluar hari ni."
"Hmm,kejap lagi dia sampai la.Eh papa,pedang tu cantik jugak ye?" Entah mengapa Vee tertarik dengan pedang yang terdapat didalam almari kaca itu.
"Pedang tu baru je sampai dari China,papa tempah kat kawan papa.Katanya pedang purba,tapi cantikkan reka bentuknya." Vee hanya mengangguk.Tiba-tiba mereka terdengar bunyi hon dari luar rumah.
"Eh papa,Danny dah sampai kot tu.Sofea pergi dulu ye."
"Ha,ye lah.Bagi tahu Danny hati-hati memandu."
"Okay,Assalamualaikum."
"Wa'alaikumussalam,"
*********************************
Petang itu Danny Darwin membawa Sofea bersiar-siar ditaman.Setelah 2 tahun mengenali gadis ini,akhirnya dia berjaya membuka pintu hati Danny.Sofea juga telah banyak membantu Danny disyarikat,malah dia lebih cekap menguruskan perniagaan daripada Danny.Lebih-lebih lagi Sofea boleh bertutur sedikit dalam bahasa jepun dan german.Walaubagaimanapun bahasa melayu Sofea tetap fasih.
"Sofea,betul awak cintakan saya?"soal Danny.
"Ye la,hei kenapa awak cakap macam tu?" soal Vee.
"Tak de la,takut-takut nanti awak terlepas ke tangan orang lain.Ye la awak tukan cantik."
"Ohh,awak pun kacak ape.Kalau tak tak keluar la dalam newspaper pasal Tengku Juwita bunuh model terkenal Dania Asyifia kerana Danny Darwin."
"Eh,siapa bagitahu awak?"soal Danny kehairanan.
"Mestilah Hakeam,adik saya yang boleh dipercayai tu." Ceh,tak guna punya adik.Aku putar kepala ngko nanti,desis hati Danny.
"Hakim,kenapalah saya masih tak boleh ingat tetang kisah lama saya huh?" Vee dan Danny duduk disebuah bangku.
"Sofea,kadang-kadang ada baiknya kita tak ingat kisah lau.Mungkin ia amat menyakitkan,siapa tahu.Tak pelah kalau awak tak boleh ingat,yang penting awak ada saya,mama dan papa,Hakem and Opah Bedah.Betu tak?"
"Hmm,betul jugak.Okay la.jom balik."
"Jom."
***********************************
Setahun kemudian..
Danny memakirkan kereta fiat lineanya dihadapan banglo itu.Dia dan isterinya, Nurul Sofea memasuki rumah Dato' Halim.Sampai sahaja dimuka pintu tiba-tiba kepala Danny dipukul sesuatu.Lelaki itu rebah disitu.Vee segera mengelak daripada pukulan seterusnya terkena pada dirinya pula.Entah bagaimana tiba-tiba datang satu kekuatan dalam dirinya,segala serangan dapat dielakkan.Kini ada dua orang yang sedang menyerangnya,tetapi Vee masih tetap bertahan.Satu tumbukan dilepaskan kepada salah seorang penjahat itu,akhirnya dia pengsan.Seorang lagi masih lagi cuba berlawan dengan Vee,penjahat tersebut cuba menyerang Vee dengan menggunakan pisau dan akhirnya.............
Sejam kemudian,....
"Abang bangun."Vee memegang pipi Danny.Mesti sakit sangat hentakan kat kepala tu.Danny membuka matanya.,sakit rasanya kepala Danny.
"Sofea,tadi.."
"Shhh.."Vee meletakkan jari telunjuknya pada bibir Danny.
"Abang rehat dulu,nanti kita cerita." Ujar Vee.
Petang itu Danny datang ke banglo papanya.
"Isteri kamu tak datang ke Danny?"soal Datin Fouziah.Entah mengapa hari itu mereka sekeluarga berkumpul bersama-sama diruang tamu.
"Kejap lagi sampai la dia ma,katanya ada kerja kejap." Datin Fouziah mengangguk.
"Abang,mana kak Sofea balajar teknik mempertahankan diri tu.Habis kami semua diikat penjahat tu,bibik Minah pun sekali.Hamm,abang tak payah cakap la,tak sempat bagi salam dah buk sekali."Hakeam tersengih,Datin Fouziah memulas cuping telinga Hakeam."Adei,sakit mama."
"Tu la yang abang nak bagitahu senua ni."
"Apa dia?" Serentak soal Dato Halim,Datin Fouziah, Hakeam dan Opah Bedah.Danny ketawa melihat perlakuan mereka.
"Sebenarnya kak Sofea kamu tu nama sebenar dia Veronica Albert Lee.Pemilik syarikat di luar Negara,dan anak ketua ¦errr ketua gangster."
"Hah,gangster!"serentak lagi mereka berkata.
"Tapi Sofea tak sampai tahap membunuh,papa dia jaga dia macam orang biasa.Sofea sendiri tak tahu papa dia seorang gangster.Tapi papa dia ada bagi bodyguard kat dia,start dari tu dia macam suka jadi ketua.Bekas tunang dia pun gangster jugak,Sampai satu hari waktu dia jumpa tunang dia berlaku satu pergelutan.Tunang dia mati,Sofea cuma kena tembak."
"Ooo,jadi.." Datin Fouziah berkata..
"Hmm,malam tu la.Sebenarnya papa Sofea ada jumpa Danny,dia suruh Danny jaga Sofea elok-elok.Semua hasil perniagaan dan harta dia dah diserahkan kepada orang-orang yang memerlukan.Sekarang dia dah tak de kat dunia ni lagi,sebab dia dah menyerah diri dan dijatuhkan hukuman gantung.Jadi tak mengapalah kalau Sofea tak ingat masa lampau dia.Semua ni pun Danny tahu dari penyiasat,so sebab tu Danny tak fikir panjang masa mama suruh Danny kahwin ngan Sofea.Danny tahu Sofea bukan isteri orang." Mereka mengangguk mendengar penjelasan Danny tapi masih sempat tersengih.
"So,kakak ipar Hakeam is a gangster?" Hakeam menyoal.
"Amboi,sedapnya ngko panggil bini aku gangster.Aku mintak bini ngko nanti monster,baru ngko tahu." Hakeam hanya tersengih.
"Dah,sekarang kita tutup buku lama dan buka buku baru.Biarlah Sofea dengan Sofea yang sekarang." Ujar Dato' Halim.
"Assalamualaikum..Eh semua kumpul kat sini?" Vee yang baru sahaja melangkah masuk menyalami Opah Bedah,ibu dan ayah mertuanya serta suaminya. "Kenapa semua pandang Sofea macam tu?"
"Tak de apa!" Serentak mereka semua menjawab.Sofea hanya ketawa.