Waktu
dimana semua manusia diulit indah nya mimpi. begitu juga aku yang
masih lagi longlai diperbaringan. Kau boleh fikir apa sahaja pasal
aku yang sudah longlai tapi hanya aku tahu punca longlai ku.
perempuan? hmm.. Tarik nafas lepas.. Tarik dan lepas lagi.. Bukan
sebab perempun aku begini bentuk nya. Ini semua melayan berahi otakku
yang tak kunjung padam nyalaan fikiran ku.
Manusia
hanya fikir sekadar cukup makan. Aahh! Itu otak melayu, cina lain
pula, kau tahu melayu ni sebati dengan namanya dan sifatnya.
Terkadang aku geli hati melihat kelibat insani. Oh, maaf! Itu tak
layak insani kerana dangkal minda nya mengangungkan bangsa melayunya.
Kau tahu melayu itu boleh sesiapa sahaja. Kenapa kau tak ubah saja
pemikirannya? Minda kelas pertama? Kalau melayu juga yang menjuarai
kelas tercorot, kejadahnya minda kelas pertama.
Malam
tu aku masih lagi longlai dalam lamunan sendiri..entah apa yang aku
cipta dalam lamunan itu. mungkin aku longlai dalam menghadam makna
kasih sayang. Memang aku bukan yang setia tapi aku cuma pencari cinta
yang mampu kekal dalam hati tapi sampai bila nak aku terusan dengan
kesetanan ini. Aku kalah dengan wanita dan perempuan. Mereka adalah
makhluk yang sama tapi beza pada rupa dalamannya. Hah! kau nak fikir
aku bahasa nafsu? Bukan kawan. Aku cuma minat melihat wanita dari
mata mengagumi tapi terkadang mata nafsu juga pandai menyelitkan
keinginannya dalam retina pandanganku. Mereka makhluk yang menarik
tapi ada bodohnya. Setinggi mana pun mereka menapak dapur juga
syurganya. Betul. Aku tak tipu tapi kebodohan mereka lahir bila rasa
sayangnya mengaburi prinsip asalnya. Rasa sayang itu membinasakan
bagi aku.
Kau
lihat pokok yang tanpa baja, tak berserikan? Begitu sifat sang wanita
tanpa rasa sayang biar pun ‘cantik’ itu milik mereka. Namun, beza
tetap lahir dalam atmosfera itu. Pokok yang terlalu dibajai maka mati
jawabnya bukan? Wanita aku samakan begitu jika terlalu dibajai akan
lumpuh biar pun dulunya dia wanita tabah. Tiada ketabahan yang
sebenar dalam dunia ini kerana awalannya ada kekesalan dan kesedihan
barulah menujah si tabah dalam hatinya.
Bagi
aku dalam menyayangi biarlah ada benci biarkan dia tahu pahitnya
cinta itu kerana wanita yang terlalu enak disayangi batin atau zahir
jadi umpama biskut lemau. Rapuh. Jadi senang collapse.
Maka kau yang dalam keadaan begitu senang saja kau di tawan oleh
lelaki. Setebal mana pun duit kau wahai wanita, walau tinggi melangit
pun status tersadang di bahu kau, kau tetap tewas dalam permainan
perasaan. Aku bukan pakar dalam bidang ini, tapi aku tahu cara
bermain dan peraturannya. Aku tahu bila lawan yang berlainan jantina
dan alat sulit berjaya diperangkap. Apa kau nak ckap aku buaya?
Terpulang. Memang dasar melayu pasca DEB, aku suka ungkapan dan
gelaran itu dipalitkan di dahi melayu. Dah disuap senang tahap
sederhana sibuk pula dengan kain orang lain. Aahh!! Aku bicara pasal
wanita bukan ekonomi atau perang dunia kedua tapi kedua-duannya ada
hubung kaitnya dengan wanita.
Aku
masih bayangkan dia pada malam itu tanpa perlu aku niat dalam mandi
ku. Dia yang pernah aku sayang namun aku tak mampu lupakan walau
berabad sekalipun. Cukupla abad, aku bukannya hidup seribu tahun.
Cinta aku hanya terkandas oleh sifat acuh tak acuhnya yang matikan
perasaan aku yang telah lama aku pendam. Kau bilang sayang aku tapi
kau kata termakan budi. Mungkin budi itu buat kau kenyang sebab aku
makan nasi dan bila bahasaku perasaan aku takan nak makan perasaan.
Akhirnya,
kau aku tinggalkan dengan rasa kesal dan benci kerana sikap kau yang
serba tak lengkap dengan gaya lagakmu. Hhmm.. bodoh sahaja aku tunggu
lama-lama bila waktu bertemu detik kau pula diam membatu dan wajah
comel kau jadikan modal untuk luluhkan marahku.
Aku
tahu kau masih mencari aku lagi tapi aku akan jadikan kau
sebagai sales
girl di
pasar raya yang datangku kau tunggu namun tibaku aku berlalu. Padan
muka! Nak saja aku lihat betapa bengang terbit di gebu mukamu bila
aku berlalu tanpa menoleh ke arah muka yang dulu aku gila-gilakan.
Persetankan tangisan atau linangan air mata perempuan tu. Biarkan.
Sekarang
aku berjalan sahaja pergi ke sarang aku dapatkan ilmu. Damn! Kereta
rosak. “time aku banyak hal lah ko buat hal kan kete?”, rungutku
sendirian sambil berjalan di tempat pejalan kaki. Banyak rancangan
aku sepanjang minggu tampak bertemu kegagalan bila ‘kawan’ baikku
sakit. Memang sakit. Namun, di sebalik hembusan angin petang ini ada
pelangi yang mewarnai hari aku yang aku telah labelkan sebagai
malang. Gadis itu. Ahhh! Bukan gadis yang awalnya aku lihat – ini
lain. Lain warna kulit, lain bahasa, lain agama, lain orieantasi
makanan, lain..lain..lain! keseorangan sambil telinga disumbat
dengan earphone-nya,
termenung melihat setiap sudut alam yang mampu ditangkap oleh
retinanya. Namun beza pula retina aku yang hanya melihat dia yang aku
pandang dari jarak jauh. ini satu pengakuan yang aku anggap kejam
bagi umat wanita yang semakin menimbun di muka bumi, maklumlah akhir
zaman kan. Aku suka melihat wanita dan itulah kegemaranku, bukan aku
gila seks tapi aku gilakan perempuan. Cantiknya kau kannn?
Petang
kian melabuhkan tirai dan fajar kian menyinsing, kata orang waktu ni
iblis banyak keluar, waktu di mana berlaku persilangan dimensi kalau
kau berada dalam persilangan itu hendak saja aku ucapkan tahniah
sebab mungkin kau ketemu dengan sahabat baru yang mungkin jadi igauan
kau sepanjang abad. Kenapa abad? Yelah kau tahukan manusia jarang
yang hidup berkurun nak pulak umat akhir zaman yang banyak penyakit
ni. Dalam petang begini aku masih dipembaringan aku. Bagi aku
pembaringan ada dua. Satu pembaringan kekal dan sementara. Mudah
sahaja untuk dibedakan. Kau punya akal bukan sendiri tafsirkan maksud
ku. Ketika pandangan aku terus ke dinding tanpa hala tuju hujungnya
pemikiran itu, wajah gadis tadi aku terbayang dalam pakaian t-shirt
pink dan berseluar jeans yang entah apa jenamanya. Dia senyum pada
ku. Nekad merasuk diri untuk menegurnya. Hairan pula kenapa perlu
gugup menyinggah di kawasan hati aku yang tak pernah kenal erti gugup
di depan perempuan tapi berlainan dengan dia.
Azan
berkumandang di seluruh alam yang menghalau iblis dan syaitan ke
pelusuk yang mereka rasakan selamat. Namun azan itu memanggil untuk
mendirikan solat tak kiralah solo atau berjemaah. Aku bagai tersedar
dari angan dan hilang pula awan anganku tadi. Kepala aku garu
walaupun tiada simptom-simptom kegatalan di kulit kepala. Gadis tadi
ahhh! biarkan. Penat aku bermain persaan dengan kaum berlainan gender
ni buat aku jadi kelabu mata pula, cinta atau nafsu aku pandang
mereka. Aku renung semula memoriku walaupun tak mampu aku pancarkan
ke dinding, ternyata aku dapat satu ilham. Persetankan wanita
perempuan dan gadis semua. Hidup dengan kawan-kawan dulu. Kau kan
muda lagi….
“OK…bye
awak”, aku mengakhiri perbualan itu. Selepas beberapa degup
jantung, otakku terus menafsir akan setiap bait yang telah dilafazkan
oleh pemilik bibir yang biasa menjadi tatapan aku. Maklumat dicerna
sepuas-puasnya agar makna sebenar terpacul dari kekusutan dan
banyaknya input yang aku terima tadi. Motif sebenar panggilan itu
atas dasar rindu yang menebal si pemanggil kepada aku. Kenapa baru
sekarang kau tahu nak rindu aku yang setengah mati sayangkan kau
dulu? Dulu? Ya… dulu sekarang aku berani kata aku bagai ketemu
cinta baru dan aku terkadang terfikir betapa senangnya aku jatuh
cinta. Kenapa aku terlalu senang mengatakan cinta dan pertengahannya
bosan menjengah? “Kau buaya memang laaa”, itu aku label sebagai
kritikan sumbang. Atas pembaringan itu aku terduduk dan terus
berfikir tahi apa lagi yang akan datang untuk menyerabutkan atmosfera
tenang ku sekarang.
Mata
aku masih lagi menembak siling dalam kubikel itu dan aku renung
dalam-dalam sehingga berjaya menembusinya dengan satu pandangan yang
tanpa hujung pangkalnya. Satu cetusan meletus dalam benak fikiran
aku, “itu harapan bagi aku ke?”. Awan anganku hilang dan padam.
Malam-malam
berikutnya….
Hujan
turun lebat malam ini, aku masih lagi baring di tempatku. Entah
kenapa aku suka sangat baring sambil lagu dari laptop kawan aku
merayap liar dalam benak fikiran aku yang tak keruan melihat hujan
semakin lebat dan perut aku yang semakin berdondang hebat. Barangkali
S. M. Salim pun tabik dengan irama dari tummy aku
ni. Yes! Aku dah tak fikir pasal makhluk lain jantina dah! dan bukan
plak aku ni dah join in geng-geng gay tu. Salah. Aku masih kekal lagi
sifatku yang jantan ini. Biarpun tesis tersenyum memandang aku, namun
aku selesa dengan keadaan aku time ni. Menunggu hujan reda bagi ku
seperti menunggu duit jatuh ke dompet. Aku dah makin resah sebab
nafsu makan aku bergelojak ganas. Tiba-tiba, mata aku meliar dan
terpandang ke arah skrin laptop kawanku – “Sometimes
I pretend to be normal, but it gets boring so I go back”,
hmmmmm… aku pernah rasa keadaan seperti itu.
Telefon
bimbitku berdering. “hello sayang, really? Ok, jap I siap.” Aku
happy sekarang sebab dia datang padaku seperti yang aku inginkan tapi
bukan dia yang aku rayu tapi dia yang aku impi. Pedulikan saja
pandangan orang pada ku asalkan aku gembira dan puas dengan hidup aku
dan bukannya aku hidup ni mereka jadi kurang oksigen pulak nak
bernafas. Ok! Aku dah siap dan bersiap keluar dengan dia yang aku
impikan selama ni. Yes!