rss


Jay mundar mandir di balkoni biliknya. Pandangannya dilemparkan sekali sekala ke arah luar rumah. Hujan renyai masih menyimbah bumi sejak petang tadi. Cahaya dari lampu jalan yang agak suram begitu sukar baginya mengecam sesiapa jua yang lalu di jalan kecil menuju ke rumah dua tingkat yang disewanya sejak setahun yang lalu.
Jay jenguk lagi ke arah laman. Orang yang ditunggu masih belum muncul. Pokok rambutan yang rendang di laman menyuramkan lagi sekitar laman rumahnya. Angin yang tiba-tiba bertiup kuat menyebabkan dahan pokok rambutan meliuk lentuk. Desiran angin turut kedengaran. Saat itu juga salakan anjing yang mendayu-dayu kedengaran jauh dari hujung kawasan perumahan di situ.
Sekali lagi Jay berjalan mundar mandir di balkoni. Telefon bimbit masih tergenggam kemas di tangan. Panggilan yang ditunggu dari seseorang masih juga belum diterima. Langkahnya terhenti sebaik mendengar deringan telefon yang mengalunkan nyanyian Jamal Abdillah, Kau Kekasih Awal dan Akhir.
\\\"Hello! Mana kau pergi? Sudah tiga jam aku tunggu kat sini macam pak pacak!\\\" Jay menengking.
Seketika kemudian dia mematikan telefon. Mukanya sudah bertukar rentak. Tangannya digenggam kuat sambil mengetap bibir menahan marah. Pandangannya beralih pada arah jalan kecil. Ada kelibat sedang menghampiri laman rumahnya. Jay jenguk dan mengamati kelibat itu. Cepat-cepat dia turun menuju ke pintu utama rumah.
\\\"Hah! Mana kau menghilang?\\\" Sekali lagi Jay menengking.
\\\"Aku sesat tadi!\\\"
\\\"Kan aku dah bagi alamat aku pada kau? Kita dah tak ada masa lagi tahu tak!\\\" Jay bercekak pinggang.
Lelaki yang memakai baju hujan warna kuning itu segera menghulurkan sekeping sampul surat merah kepada Jay. Setelah Jay berpuas hati dengan kandungan sampul itu, lelaki itu mula beredar dari situ.
\\\"Hahaha! Sekarang ni aku jalankan misi aku!\\\" Jay ketawa kepuasan.
Sampul merah tadi digenggam kemas. Sebaik tiba di bilik, dia segera mengadap komputer. Jari jemarinya laju menaip sesuatu di skrin. Sampul merah itu dibuka. Segala isi dalam sampul itu diperhati dengan teliti. Dia pandang lagi skrin komputer. Sekali lagi jari jemarinya mengetuk papan kekunci.
\\\"Hmm...kali ini aku puas hati. Segala yang aku nak, sudah ada dalam tangan aku! Hahaha!\\\" Sekali lagi Jay ketawa terbahak-bahak seorang diri.
Jay menghabiskan apa yang dia mulakan tadi. Paparan di skrin dibaca berkali-kali. Senyumannya semakin lebar. Puas hati dengan kerjanya kali ini. Isi dari sampul merah tadi dimasukkan kembali. Komputer ditutup.
Suis di tepi pintu ditutup. Gelap.

PUKUL TIGA PAGI. Jay terbangun dari tidur. Entah kenapa tidurnya malam itu terganggu. Dia mengatur langkah ke balkoni. Liar memandang sekitar laman. Sunyi sepi. Hanya salakan anjing bersahutan. Hujan mula lebat. Tiba-tiba satu kelibat meluncur di depannya dan bertenggek di pokok rambutan.
\\\"Eh! Apa benda pula tu?\\\" Jay menggenyehkan mata berkali-kali. Ah! Persetan itu semua.
Dia menapak semula ke meja komputer dan mula menaip sesuatu menyambung semula apa yang telah ditaip sebelum tidur tadi. Kali ini dia semakin yakin.
\\\"Hmm..kali ini aku akan menjadi terkenal!\\\" Jay senyum sendiri.
Dia menaip sehingga matahari terpacak di kaki langit. Setelah membersihkan diri, dia segera mencapai kunci kereta dan terus menuju ke tempat biasa. Tiba di tempat yang dituju, Jay segera menghulurkan sampul surat coklat seperti biasa kepada pegawai di situ.
\\\"Ni encik!\\\"
Pegawai itu angguk tanda setuju. Isi kandungan sampul itu dibaca seimbas lalu. Dia mengangguk-angguk.
\\\"Kali ini tentu laris!\"
Tangan berjabat sekali lagi. Kali ini sampul surat putih kecil dihulur kepada Jay tanda terima kasih. Jay tersenyum puas. Dia menapak semula ke kereta sebaik urusannya selesai.
\\\"Aku pasti kali ini, aku akan berjaya!\" Jay ketawa puas hati.


DI KEDAI BUKU, Jay memerhati dari sudut penjuru dinding. Dia senyum bangga. Pengunjung tidak henti-henti berkunjung ke situ semata-mata ingin mencari buku kegemaran mereka. Jay masih memerhati dari jauh. Dengan maklumat yang didapati, dia merasa cukup puas dapat menyajikan sesuatu yang baik kepada peminatnya. Namun tidak seorang pun peminatnya tahu siapa dia sebenarnya.
\\\"Err..encik nak beli buku ke?\\\"
Jay berpaling sebaik mendengar teguran dari seseorang. Seorang gadis manis tersenyum memandangnya.
\\\"Oh tidak..saya melihat-lihat saja. Masih mencari buku apa yang paling bagus.\\\" Jay mengukir senyuman.
\\\"Ya? Kalau macam tu..saya cadangkan encik baca buku ni. Bagus! ceritanya sungguh menarik dan misteri.\\\" Gadis itu senyum lagi. Buku bertajuk \\\' Dan ku cari kamu\\\' itu berada dalam tangannya.
\\\"Best ke buku tu?\\\" Jay cuba beramah mesra.
Gadis itu angguk.
\\\"Hmm..kalau macam tu, saya pun nak tahu juga apa kisah dalam buku tu. Boleh cik cerita?\\\" Jay mula merapati gadis manis itu.
Gadis itu membaca sinopsis cerita dan mula bercerita isi kandungan buku itu. 
\\\"Apa awak rasa tentang watak lelaki dalam buku tu?\\\" Jay mula bertanya pendapat.
\\\"Hmm..saya rasa lelaki tu seorang yang amat teliti dalam kerjanya. Setiap pergerakan penjahat dia tahu. Tapi yang peliknya, lelaki itu juga tahu secara terperinci bagaimana pembunuhan itu dilakukan.\\\" Gadis itu mengerutkan keningnya.
\\\"Jadi...adakah awak rasa lelaki itu juga jahat?\\\"
\\\"Tak mungkin! Sebab dia yang laporkan semua kisah pembunuhan itu di dada akhbar. Dan dia juga membantu pihak polis.\"
\\\"Jadi bagaimana lelaki itu tahu tentang cara pembunuhan itu?\\\" Jay cuba menduga gadis itu.
\\\"Dari apa yang saya baca, lelaki itu ada berhubung dengan seseorang yang ada maklumat tentang pembunuhan itu.\\\" begitu yakin gadis itu mengulas isi buku itu.
\\\"Hmm..saya suka cara awak mengulas isi buku tu. Kalau tak keberatan, boleh saya jadi kawan awak?\\\" Jay menghulur tangan persahabatan.
Gadis itu hanya senyum. Mereka berdua mula berbual mesra. Dari kisah buku sehinggalah ke perkara peribadi.


JAY tunggu di laman rumah. Dia sudah berjanji dengan Linda, gadis yang dikenalinya di kedai buku tidak lama dulu. Sudah sepuluh minit berlalu. kelibat Linda masih belum kelihatan.
\\\"Maaf saya lambat. Awak dah lama tunggu?\\\" Linda senyum.
\\\"Tak apa..jom!\\\" Jay segera mengunci pintu. Mereka berdua mula menaiki kereta. Kereta menderum laju meninggalkan rumah dua tingkat itu.
Tiba di sebuah restoran, Jay mula pesan makanan. Matanya melirik ke arah sebuah meja tidak jauh dari tempat mereka duduk. Dia memberi isyarat. Matanya beralih pula pada Linda yang senyum dari tadi. Mereka mula menikmati makanan bersama bila pelayan meletakkan makanan yang dipesan.
\\\"Linda..saya suka tengok awak. Seorang gadis yang ceria dan mudah tersenyum. Lainlah saya ni..banyak kekurangan.\\\" Jay merendah diri.
\\\"Alah..saya biasa saja. Awak pun apa kurangnya. Kacak, bijak dan peramah.\\\" Linda senyum lagi.
\\\"Kalau macam tu..bolehlah kita berkenalan lebih dekat?\\\" Jay mengenyit mata.
Linda tersenyum malu. Dia cukup bahagia dengan jejaka bertubuh tinggi lampai itu.
\\\"Kalau awak sudi, saya pun sudi..\\\"
Jay senyum puas. Nyata Linda begitu senang digoda. Selesai makan, mereka mula beredar.

KERETA WIRA JAY terpaksa berhenti mengejut bila keretanya dihadang oleh sebuah kereta lain. Seorang lelaki berkulit hitam mula mengarahkan mereka keluar dari situ. Linda dan Jay ditarik masuk ke dalam kereta itu dan terus berlalu menuju ke arah jalan bertentangan. Mata mereka ditutup kemas.
Jay terasa perutnya senak bila ditumbuk berkali-kali oleh dua lelaki yang tidak dikenali. Linda pula ditarik masuk ke sebuah bilik kecil. Entah apa yang mereka cuba lakukan pada Linda.
\\\"Kalau kau nak selamat, ikut saja arahan kami!\\\"
Jay diikat dan ditendang sesuka hati. Dari bilik kecil itu, dia mendengar suara Linda merayu minta dikasihani. Sejam kemudian suara Linda tidak kedengaran lagi. Dia dipukul algi sehingga pengsan.

DI BALAI POLIS, Jay sempat meemberi keterangan tentang kejadian malam tadi setelah dia berjaya melarikan diri. Polis mula mengambil keterangan.
\\\"Tapi encik..bila saya terjaga, kawan saya Linda sudah tidak ada di situ.\\\" Jay mula teringat sebaik dia tersedar dari pengsan dia terus ke bilik kecil untuk menyelamatkan Linda. Namun bilik itu sudah kosong.
\\\"Jadi encik tidak tahu di mana Linda?\\\"
Jay angguk. Dia menyapu darah yang masih mengalir dari dahinya yang luka akibat dipukul dengan besi tumpul.
\\\"Terima kasih kerana sedia memberi kerjasama. Mungkin kami akan panggil encik lagi untuk soal siasat.\\\"
Jay dan pegawai polis itu berjabat tangan.


DI RUMAH, Jay membuka sampul merah yang diambil dari bawah pintu rumahnya. Dia melihat kandungan sampul itu.
\\\"Hmm...nampaknya novel seterusnya juga akan laris seperti novel \\\'Dan Ku Cari Kamu\\\'\\\" Jay senyum sendiri.
Lelaki yang menghantar sampul merah itu yang masih berdiri di bawah pokok rambutan juga tersenyum penuh makna. Di tangannya tergenggam kemas wang kertas tebal.
Seperti biasa dia mula menaip cerita untuk manuskrip kisah seterusnya tentang pembunuhan seorang gadis cantik yang begitu naif.
A

0 comments:

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini