rss


Jay mundar mandir di balkoni biliknya. Pandangannya dilemparkan sekali sekala ke arah luar rumah. Hujan renyai masih menyimbah bumi sejak petang tadi. Cahaya dari lampu jalan yang agak suram begitu sukar baginya mengecam sesiapa jua yang lalu di jalan kecil menuju ke rumah dua tingkat yang disewanya sejak setahun yang lalu.
Jay jenguk lagi ke arah laman. Orang yang ditunggu masih belum muncul. Pokok rambutan yang rendang di laman menyuramkan lagi sekitar laman rumahnya. Angin yang tiba-tiba bertiup kuat menyebabkan dahan pokok rambutan meliuk lentuk. Desiran angin turut kedengaran. Saat itu juga salakan anjing yang mendayu-dayu kedengaran jauh dari hujung kawasan perumahan di situ.
Sekali lagi Jay berjalan mundar mandir di balkoni. Telefon bimbit masih tergenggam kemas di tangan. Panggilan yang ditunggu dari seseorang masih juga belum diterima. Langkahnya terhenti sebaik mendengar deringan telefon yang mengalunkan nyanyian Jamal Abdillah, Kau Kekasih Awal dan Akhir.
\\\"Hello! Mana kau pergi? Sudah tiga jam aku tunggu kat sini macam pak pacak!\\\" Jay menengking.
Seketika kemudian dia mematikan telefon. Mukanya sudah bertukar rentak. Tangannya digenggam kuat sambil mengetap bibir menahan marah. Pandangannya beralih pada arah jalan kecil. Ada kelibat sedang menghampiri laman rumahnya. Jay jenguk dan mengamati kelibat itu. Cepat-cepat dia turun menuju ke pintu utama rumah.
\\\"Hah! Mana kau menghilang?\\\" Sekali lagi Jay menengking.
\\\"Aku sesat tadi!\\\"
\\\"Kan aku dah bagi alamat aku pada kau? Kita dah tak ada masa lagi tahu tak!\\\" Jay bercekak pinggang.
Lelaki yang memakai baju hujan warna kuning itu segera menghulurkan sekeping sampul surat merah kepada Jay. Setelah Jay berpuas hati dengan kandungan sampul itu, lelaki itu mula beredar dari situ.
\\\"Hahaha! Sekarang ni aku jalankan misi aku!\\\" Jay ketawa kepuasan.
Sampul merah tadi digenggam kemas. Sebaik tiba di bilik, dia segera mengadap komputer. Jari jemarinya laju menaip sesuatu di skrin. Sampul merah itu dibuka. Segala isi dalam sampul itu diperhati dengan teliti. Dia pandang lagi skrin komputer. Sekali lagi jari jemarinya mengetuk papan kekunci.
\\\"Hmm...kali ini aku puas hati. Segala yang aku nak, sudah ada dalam tangan aku! Hahaha!\\\" Sekali lagi Jay ketawa terbahak-bahak seorang diri.
Jay menghabiskan apa yang dia mulakan tadi. Paparan di skrin dibaca berkali-kali. Senyumannya semakin lebar. Puas hati dengan kerjanya kali ini. Isi dari sampul merah tadi dimasukkan kembali. Komputer ditutup.
Suis di tepi pintu ditutup. Gelap.

PUKUL TIGA PAGI. Jay terbangun dari tidur. Entah kenapa tidurnya malam itu terganggu. Dia mengatur langkah ke balkoni. Liar memandang sekitar laman. Sunyi sepi. Hanya salakan anjing bersahutan. Hujan mula lebat. Tiba-tiba satu kelibat meluncur di depannya dan bertenggek di pokok rambutan.
\\\"Eh! Apa benda pula tu?\\\" Jay menggenyehkan mata berkali-kali. Ah! Persetan itu semua.
Dia menapak semula ke meja komputer dan mula menaip sesuatu menyambung semula apa yang telah ditaip sebelum tidur tadi. Kali ini dia semakin yakin.
\\\"Hmm..kali ini aku akan menjadi terkenal!\\\" Jay senyum sendiri.
Dia menaip sehingga matahari terpacak di kaki langit. Setelah membersihkan diri, dia segera mencapai kunci kereta dan terus menuju ke tempat biasa. Tiba di tempat yang dituju, Jay segera menghulurkan sampul surat coklat seperti biasa kepada pegawai di situ.
\\\"Ni encik!\\\"
Pegawai itu angguk tanda setuju. Isi kandungan sampul itu dibaca seimbas lalu. Dia mengangguk-angguk.
\\\"Kali ini tentu laris!\"
Tangan berjabat sekali lagi. Kali ini sampul surat putih kecil dihulur kepada Jay tanda terima kasih. Jay tersenyum puas. Dia menapak semula ke kereta sebaik urusannya selesai.
\\\"Aku pasti kali ini, aku akan berjaya!\" Jay ketawa puas hati.


DI KEDAI BUKU, Jay memerhati dari sudut penjuru dinding. Dia senyum bangga. Pengunjung tidak henti-henti berkunjung ke situ semata-mata ingin mencari buku kegemaran mereka. Jay masih memerhati dari jauh. Dengan maklumat yang didapati, dia merasa cukup puas dapat menyajikan sesuatu yang baik kepada peminatnya. Namun tidak seorang pun peminatnya tahu siapa dia sebenarnya.
\\\"Err..encik nak beli buku ke?\\\"
Jay berpaling sebaik mendengar teguran dari seseorang. Seorang gadis manis tersenyum memandangnya.
\\\"Oh tidak..saya melihat-lihat saja. Masih mencari buku apa yang paling bagus.\\\" Jay mengukir senyuman.
\\\"Ya? Kalau macam tu..saya cadangkan encik baca buku ni. Bagus! ceritanya sungguh menarik dan misteri.\\\" Gadis itu senyum lagi. Buku bertajuk \\\' Dan ku cari kamu\\\' itu berada dalam tangannya.
\\\"Best ke buku tu?\\\" Jay cuba beramah mesra.
Gadis itu angguk.
\\\"Hmm..kalau macam tu, saya pun nak tahu juga apa kisah dalam buku tu. Boleh cik cerita?\\\" Jay mula merapati gadis manis itu.
Gadis itu membaca sinopsis cerita dan mula bercerita isi kandungan buku itu. 
\\\"Apa awak rasa tentang watak lelaki dalam buku tu?\\\" Jay mula bertanya pendapat.
\\\"Hmm..saya rasa lelaki tu seorang yang amat teliti dalam kerjanya. Setiap pergerakan penjahat dia tahu. Tapi yang peliknya, lelaki itu juga tahu secara terperinci bagaimana pembunuhan itu dilakukan.\\\" Gadis itu mengerutkan keningnya.
\\\"Jadi...adakah awak rasa lelaki itu juga jahat?\\\"
\\\"Tak mungkin! Sebab dia yang laporkan semua kisah pembunuhan itu di dada akhbar. Dan dia juga membantu pihak polis.\"
\\\"Jadi bagaimana lelaki itu tahu tentang cara pembunuhan itu?\\\" Jay cuba menduga gadis itu.
\\\"Dari apa yang saya baca, lelaki itu ada berhubung dengan seseorang yang ada maklumat tentang pembunuhan itu.\\\" begitu yakin gadis itu mengulas isi buku itu.
\\\"Hmm..saya suka cara awak mengulas isi buku tu. Kalau tak keberatan, boleh saya jadi kawan awak?\\\" Jay menghulur tangan persahabatan.
Gadis itu hanya senyum. Mereka berdua mula berbual mesra. Dari kisah buku sehinggalah ke perkara peribadi.


JAY tunggu di laman rumah. Dia sudah berjanji dengan Linda, gadis yang dikenalinya di kedai buku tidak lama dulu. Sudah sepuluh minit berlalu. kelibat Linda masih belum kelihatan.
\\\"Maaf saya lambat. Awak dah lama tunggu?\\\" Linda senyum.
\\\"Tak apa..jom!\\\" Jay segera mengunci pintu. Mereka berdua mula menaiki kereta. Kereta menderum laju meninggalkan rumah dua tingkat itu.
Tiba di sebuah restoran, Jay mula pesan makanan. Matanya melirik ke arah sebuah meja tidak jauh dari tempat mereka duduk. Dia memberi isyarat. Matanya beralih pula pada Linda yang senyum dari tadi. Mereka mula menikmati makanan bersama bila pelayan meletakkan makanan yang dipesan.
\\\"Linda..saya suka tengok awak. Seorang gadis yang ceria dan mudah tersenyum. Lainlah saya ni..banyak kekurangan.\\\" Jay merendah diri.
\\\"Alah..saya biasa saja. Awak pun apa kurangnya. Kacak, bijak dan peramah.\\\" Linda senyum lagi.
\\\"Kalau macam tu..bolehlah kita berkenalan lebih dekat?\\\" Jay mengenyit mata.
Linda tersenyum malu. Dia cukup bahagia dengan jejaka bertubuh tinggi lampai itu.
\\\"Kalau awak sudi, saya pun sudi..\\\"
Jay senyum puas. Nyata Linda begitu senang digoda. Selesai makan, mereka mula beredar.

KERETA WIRA JAY terpaksa berhenti mengejut bila keretanya dihadang oleh sebuah kereta lain. Seorang lelaki berkulit hitam mula mengarahkan mereka keluar dari situ. Linda dan Jay ditarik masuk ke dalam kereta itu dan terus berlalu menuju ke arah jalan bertentangan. Mata mereka ditutup kemas.
Jay terasa perutnya senak bila ditumbuk berkali-kali oleh dua lelaki yang tidak dikenali. Linda pula ditarik masuk ke sebuah bilik kecil. Entah apa yang mereka cuba lakukan pada Linda.
\\\"Kalau kau nak selamat, ikut saja arahan kami!\\\"
Jay diikat dan ditendang sesuka hati. Dari bilik kecil itu, dia mendengar suara Linda merayu minta dikasihani. Sejam kemudian suara Linda tidak kedengaran lagi. Dia dipukul algi sehingga pengsan.

DI BALAI POLIS, Jay sempat meemberi keterangan tentang kejadian malam tadi setelah dia berjaya melarikan diri. Polis mula mengambil keterangan.
\\\"Tapi encik..bila saya terjaga, kawan saya Linda sudah tidak ada di situ.\\\" Jay mula teringat sebaik dia tersedar dari pengsan dia terus ke bilik kecil untuk menyelamatkan Linda. Namun bilik itu sudah kosong.
\\\"Jadi encik tidak tahu di mana Linda?\\\"
Jay angguk. Dia menyapu darah yang masih mengalir dari dahinya yang luka akibat dipukul dengan besi tumpul.
\\\"Terima kasih kerana sedia memberi kerjasama. Mungkin kami akan panggil encik lagi untuk soal siasat.\\\"
Jay dan pegawai polis itu berjabat tangan.


DI RUMAH, Jay membuka sampul merah yang diambil dari bawah pintu rumahnya. Dia melihat kandungan sampul itu.
\\\"Hmm...nampaknya novel seterusnya juga akan laris seperti novel \\\'Dan Ku Cari Kamu\\\'\\\" Jay senyum sendiri.
Lelaki yang menghantar sampul merah itu yang masih berdiri di bawah pokok rambutan juga tersenyum penuh makna. Di tangannya tergenggam kemas wang kertas tebal.
Seperti biasa dia mula menaip cerita untuk manuskrip kisah seterusnya tentang pembunuhan seorang gadis cantik yang begitu naif.
A


Gina membuka matanya. Sudah sejam dia menelaah buku di perpustakaan. Otaknya sudah tepu dan penuh sehingga tak boleh menambah lagi memori. Gina akur. Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk kembali ke hostel. Hari ini merupakan hari jumaat dan esoknya dia akan berangkat ke kampung tercintanya di pulau pinang. Dia sudah terbayang masakan kampung yang akan disediakan oleh ibunya. Hanya dengan berangan sudah buat dia kecur liur apatah lagi..pabila dia menghidu makan mampu buat jiwanya melayang. Propa Gina.

Semasa dalam perjalanan, Gina seakan tertarik untuk singgah ke kedai serbaneka. Niatnya untuk membeli roti namun hatinya pula membayang magee kari keluaran mamee. Gina pusing ke rak-rak yang menempatkan magee idamannya itu. Hampa! Tiada satupun yang kelihatan. Selesai mengambil barang-barang yang ingin di belinya, di ke kaunter bayaran. Sempat lagi dia berbual-bual dengan cik penjaga kaunter itu.

Dik. Magi kari tak dijual lagi ke?” soal Gina.
Eh! Ada je la kak. Mungkin akak yang tak perasan kot”
Maksud akak magi kari mamee la” terang Gina.
Dah abis stok. Maaf ye kak. Kedai lain mungkin ada” jawabnya cuba menyedapkan hati Gina.

Gina kempunan. Baginya jika keinginannya tidak dituruti boleh membuatkan dirinya mogok! Dia berjalan di sekitar kolejnya. Melihar kalau-kalau terdapat kedai atau pasaraya yang berdekatan. Tesco? Gina cepat-cepat berlari ke pasaraya itu. Dalam hatinya tak putus-putus berdoa agar magi kari dijual lagi di sini. Aminn. Kedinginan pasaraya itu langsung tak melemahkan semangatnya. Dia masih melangkah penuh harapan. Sesampai di rak yang menempatkan magi kari yang selalu dilihatnya di binggung. Takde? Gina memanggil-manggil beberapa pekerja di situ. Menanyakan jikalau stok magi masih ada atau tidak. Dan sungguh malang dia hari ini. Kesemuanya menjawab tidak tahu melainkan seorang pemuda lelaki itu. Dia mengatakan bahawa magi itu baru di beli. 12 kotak? Oleh lelaki? Dia terlewat.

Sudahnya, dia merenung kesemua magi yang terdapat di situ dan menyumpah-menyumpah bagai orang gila! Hanya kerana magi kari. Seorang kana-kanak mendekati dirinya. Gina tidak perasan yang dia tahu, keinginannya tak dapat dipenuhi. Ingin sahaja dia menagis di situ. Namun dia punya perasaan malu. Kanak-kanak itu menarik baju Gina agar Gina menyedari kehadirannya. Saat terpadandang kanak-kana itu, Gina merenungnya penuh minat. Comelnya! Pipi putih. Gebu. Hati Gina meronta-ronta mahu mencubit pipi kanak-kanak itu.

Kakak. Nak gula-gula?' tanya kanak-kanak itu.
Comelnya suara. “ Boleh juga” jawab Gina. “adik siapa nama? Mana mak?”
Nama Aiman. Mama kat situ” dia menjawab sambil menunding ke arah perempuan yang sedang ralit membelek susu nestum. Mungkin ngin meneliti tarikh luput.
Nah. Tapi tadah tangan dulu” sambil tersenyum Aiman berkata.
Gina menuruti kata Aiman.dia menadah tangan. Gula-gula kopikosudah selamat mendarat di tangannya. Sweet betul budak ni.
Terima kasih” jawab Gina sambil mengusap kepala Aiman. Aiman tersengih malu-malu.


Gina terbaring di katil. Gula-gula kopiko itu dikeluarkan dari koceknya. Gina tersenyum senanng. Aiman. Harap-harap dapat jumpa lagi! Tubuhnya yang melekit dengan bau peluhnya. Busuk! Kutuk Gina. Tanpa membuang masa dia menyambar towel mandinya dan menuju ke bilik air. Aroma lavender yang jadi kegemaranya terbau-bau di tubuhnya. Wangi!

Tiket bas yang di beli seminggu lalu terletak elok di meja tulisnya di selit di buku. Gina mengemas meja belajarnya sebelum menyiapkan asignment yang diberi oleh Puan Habsah. Due date makin hampir. Dia tak mahu didenda lagi. Itu janjinya. Sedang Gina tekun menyiapkan asignment, telefonya bergetar menandakan mesej masuk. Gina buat tidak peduli. Dia mesti menyiapkan hari ini jugak! Tenaga dikerah hingga ke tahap maksima.

Assalamualaikum gina! Kau kat mana ni? Hari ni kan kau dah janji nak lepak kat kedai mamak?!

Gina betul-betul terlupa! Dia menepuk dahinya. Dia meneliti pakaiannya. Perfect! Sweater dan wallet cepat-cepat di capai. Harap-harap Warda tak memarahinya.

Maaf! Aku siapkan asignment tadi. Aku sampai kat sana dalam 10 minit. Cau!

Gina meghidupkan skuternya dan menderum laju membelah kegelapan malam. Kedai mamak di tuju secepat mungkin. Bayang Warda di cari di seluruh kedai mamak itu. Tiada? Satu mesej masuk di telefonya.

Jumpa aku kat padang bola. Tengok siaran langung perlawanan bola

pukul 10 tengah malam ni? Gila ke apa kawan aku ni? Fikir Gina. Lantaklah, janji warda tak marah kat aku. Itu pun dah melegakan hati aku.

Dia dan Warda menapak di padang bersama-sama pelajar-pelajar kolejnya hingga perlawanan selesai. Senior yuki yang kacak dengan pakaian sukan melangkah menghampirinya. Kenapa?
Aku ada buat salah ke?

Watashi no chisana Gina wa kuru. Watashi anatano tame ni nanika o motte ita kitaru. (my little Gina, come. I had something for you). Tapi, kena tutup mata ye”
Anataga nozomu yo ni (As you wish)”

Gina mula menutup matanya dengan kain hitam. Kejutan apakah yang mahu diberikan kepadanya? Nak kasi kereta honda city dia ke? Walauapapun, gina masih tak pasti kenapa senior yuki berkelakuan begini. Dan dia hanya menuruti bagai lembu dicucuk hidung.

Senior yuki membuka penutup mata Gina. “Ima anata no me o hiraku (open your eyes now)” pelahan-lahan matanya di buka. Seakan ada sinaran yang menyilau pandangan matanya. Cahaya itu di fokuskan hanya untuknya. Gina cuak. Senior yuki nak buat apa sebenarnya ni? Lamar aku? Bagus jugak. Sengih Gina.

Senior yuki memetik jarinya dan saat itu paket-paket magi kari jatuh dari atas seperti salji gamaknya! Apakah semuanya ini? Gina mengutip beberapa paket yang sempat di gapainya. Ting! Jam di menara kolejnya berbunyi kedengaran sampai di padang. Hebat! Sempat Gina memuji. Batch dari persatuan musik mula memetik gitar dan menyanyi lagu kegemarannya dan bila esok oleh kumpulan sofaz.



Kilauan cahaya yang menumpu pada Gina mula beralih arah. Pada suatu tempat yang gelap. Taraaa! Magi kari? Yang sudah dimasak terhidang di meja itu. Gina telan liur. Dia tergoda kerna itulah makanan segera yang dicarinya tadi. Hampeh! Rupa-rupanya diorang yang beli!

opss! Happy birthday Gina” jerit senior Yuki dan penonton bola sepak tadi. Saat itu Gina hanya mampu senyum tak terkata. Mereka tahu?!




Malam semakin lewat tetapi Mahadi tetap dengan kerjanya. Dia sedang mengulang kaji nota-nota kuliahnya untuk subjek Literary Criticism yang diambilnya untuk semester itu. Dr. Jalal bukanlah seorang pensyarah biasa yang akan memudahkan pelajar-pelajarnya ketika menjawab soalan peperiksaan. Pensyarah itu mempunyai falsafah bahawa dia lebih rela pelajar tidak menyukainya daripada dia merendahkan kualiti pelajar yang dihasilkannya. Walaupun begitu, Mahadi tetap menggemari cara Dr. Jalal menjalankan kelasnya. Setiap kelas pensyarah itu akan padat dengan perbincangan yang menyeluruh walaupun kadang-kala terlalu banyak isu yang dibincangkan. Mahadi berpendapat, cara sedemikian lebih memantapkan dirinya sebagai seorang pelajar di sebuah universiti. Bukannya mencari jalan singkat untuk lulus sesuatu subjek dengan mudah seperti yang dilakukan oleh sesetengah rakan-rakannya.
            Jam menunjukkan 2.30 pagi dan Mahadi berhenti sejenak untuk melegakan urat-urat yang tegang. Dia baru saja menghabiskan Apology for Poetry oleh Philip Sidney dan ianya adalah satu bacaan yang agak berat. Perdebatan yang mengatakan sajak dan puisi adalah membuang masa dan merosakkan jiwa adalah topik yang dibincangkan Sidney di dalam karyanya itu.
            Mahadi menggeliat sedikit sebelum mencapai gitar tongnya dan memetik perlahan tali-temali gitar kesayangannya itu. Dia tidak memainkannya kuat-kuat seperti biasa kerana hari sudah lewat malam dan sedang beranjak ke siang hari. Dia berseorangan di dalam bilik yang di kongsi bersama tiga orang rakannya. Rakan-rakannya yang lain keluar untuk menonton perlawanan bola dan mereka tidak akan balik sehingga pagi. Maklum sajalah, hujung-hujung minggu, memang itulah kebiasaan mereka. Ada juga mereka mengajaknya keluar sekali, tetapi dia menolak dengan baik. Mereka pun tidak bertanya lagi dan dia pun tidak kisah tinggal seorang di dalam bilik.
            “Nak takut apa, kata anak lelaki...” getusnya perlahan sambil tertawa kecil. Jari-jemarinya terus-terusan memetik tali gitar dan memainkan beberapa lagu berunsurkan sentimental.
            Tiba-tiba saja angin yang kencang bertiup dari tingkapnya yang terbuka membuatkan dia tersentak dan berhenti dari memainkan gitarnya itu. Secara tiba-tiba juga, bulu tengkuknya berdiri dan dia mula rasa tidak sedap hati. Beberapa ketika berlalu sebelum dia berasa normal semula.
            “Ah, tak ada apa-apalah, angin saja... Aku je yang fikir macam-macam...” katanya sendiri sekadar menyedapkan hati.
            Baru saja dia hendak memulakan kembali pembacaannya, dia mendengar ada bunyi tapak kaki yang sedang melangkah perlahan-lahan dari arah tingkapnya.
            “Siapa pula yang jalan malam-malam macam ni?” tanya sendiri dan bagaikan menjawab soalannya, dia melihat ada seorang lelaki yang sedang berjalan di tepi tingkapnya itu.
            Rupa-rupanya lelaki itu adalah Pak Hamid, seorang daripada pengawal keselamatan yang bertugas pada malam itu.
            “Hah, ni kenapa tak tidur lagi ni, kan dah lewat malam?” tegur Pak Hamid kepada Mahadi.
            “Saya sedang baca buku Pak Hamid, periksa pun tak lama lagi, tinggal sebulan lebih je lagi...” balasnya jujur.
            “Oh, macam tu.. Baguslah kalau kau tidur lewat malam-malam macam ni untuk belajar... Jangan jadi macam anak pakcik, tidur malam lewat bukan belajar, sibuk buang masa dengan benda-benda tak berfaedah dengan kawan-kawan dia tu..” balas Pak Hamid.
            “Apa nak dikata Pak Hamid, orang muda, memang macam tu, saya ni pun mengenangkan yang saya ni bukannya orang senang, nak majukan diri dan senangkan keluarga, kalau tak, agaknya saya pun dah menyeleweng.. Haha..”
            Pak Hamid tertawa sedikit mendengarkan kata-kata Mahadi sebelum terdiam seketika. Malam yang sunyi merantai suasana yang hening. Tiada apa yang terluah daripada Pak Hamid ataupun Mahadi. Tiba-tiba saja Mahadi mendengar pintu depan bilik itu di buka dan dia dapat mendengar suara rakan-rakannya.
            “Kawan-kawan kau baru balik ke? Macam mana mereka dapat masuk? Bukan pintu pagar dah tutup ke? Ini tak lain, mereka dah hulur si Rashid tu roti canai dua, tiga keping dengan teh tarik panas... Memang nak kena si Rashid ni...” kata Pak Hamid.
            “Maafkanlah mereka Pak Hamid, hujung-hujung minggu macam ni, tengok bolah, budak lelaki lah katakan...” balas Mahadi.
            “Iyelah, pakcik gerak dululah, nak bagi ingat si Rashid tu...” sahut Pak Hamid lalu melangkah perlahan-lahan.
            Mahadi menjenguk keluar tingkap untuk melihat Pak Hamid berlalu pergi apabila bahunya ditepuk seseorang.
            “Hoi, tengok apa malam-malam macam ni?” tanya Harun, rakan sebiliknya.
            “Kau ni, buat aku terkejut je, aku baru habis berborak dengan Pak Hamid tadi.. Hah, kau orang semua balik awal malam ni, tak jadi pergi tengok bola ke?” balas Mahadi.
            “Tak, kami tak pergi pun.. Kau kata kau baru berborak dengan Pak Hamid? Biar betul kau ni...” balas Harun.
            “Iyelah, kenapa? Kau ingat aku main-main ke?” tanya Mahadi.
            Harun tidak menjawab serta-merta sebaliknya memanggil dua lagi rakan sebiliknya itu. Amir dan Zulkifli segera datang menyahut panggilan Harun. Mereka agak kehairanan apabila mendengarkan cerita Mahadi daripada Harun yang mengatakan dia baru saja berborak dengan Pak Hamid.
            “Tak mungkinlah Mahadi, tak mungkin yang datang tadi tu Pak Hamid...” kata Amir sambil menggelengkan kepalanya.
            “Apa yang tak mungkinnya? Cuba jelaskan?” Mahadi bertanya dengan sedikit rasa panas hati.
            “Baiklah, satu, kami tak pergi tengok bola pasal tadi Abang Rashid beritahu yang Pak Hamid meninggal, dia kena langgar dengan kereta masa dia nak melintas jalan dari warung yang dekat dengan pondok pengawal tu, dia minta tolong kami carikan anak dia yang duduk tak jauh dari sini... Dua, bilik kita ni tingkat enam, tepi tingkat kau mana ada tempat untuk orang berjalan...” terang Zulkifli kepada Mahadi.
            Mahadi berasa seperti melayang-layang seketika sebelum dibantu oleh rakan-rakannya. Kepalanya berpusing-pusing mengenangkan kejadian yang baru saja berlaku kepadanya. Dia memang langsung tidak teringat yang bilik itu berada di tingkat enam dan tingkap biliknya di mana dia baru saja ‘berborak’ dengan Pak Hamid, memang tidak ada tempat berjalan, tingkat enam kan!
            Nasib baiklah tidak ada apa-apa kejadian lain yang tidak diingini yang berlaku. Namun, Mahadi sudah bertekad untuk tidak lagi tidur terlalu lewat dan membuka tingkap biliknya pada malam-malam hari!
*          *          *
            “Hah, itulah ceritanya... Amacam, seram tak?” tanya Yunus kepada budakjunior itu sebelum menghirup air Coke dari cawan plastik.
            Dia adalah seorang senior di universiti itu dan dia suka menakut-nakutkanjunior dengan cerita-cerita seram yang di katakan benar-benar terjadi di kampus itu. Malam itu, dia berkunjung ke sebuah bilik dan dia mendapati yang hanya ada seorangjunior di bilik itu. Apabila ditanya, jawapan yang diterima adalah belum ada pelajar lain yang memasuki bilik itu. Yunus tidak kisah sangat malah lebih suka dengan keadaan sunyi sebegitu, supaya timbul mood yang lebih nyata.
            “Seram jugak, tapi...” dia tidak menghabiskan ayatnya kerana bunyi pintu dibuka dan kedengaran suara rakan Yunus memanggilnya dari luar bilik itu.
            Yunus bingkas bangun lalu bergerak menuju ke pintu sebelum ditarik rakannya keluar dengan pantas. Dia hampir saja jatuh terjerumus tetapi sempat ditahan oleh rakannya yang lain.
            “Eh, apa hal kau ni? Tarik aku macam tu sekali?” tanya Yunus dengan garang.
            “Kau buat apa kat dalam tu? Kau dah gila ke?” tanya rakannya.
            “Apasal kau kata aku ni gila? Kan aku buat benda biasa yang kita buat tiap-tiap kali ada junior baru... kita kan suka cerita kat diorang cerita-cerita seram kat kampus ni.. kenapa aku dikata gila pulak?” sahutnya dengan nada marah.
            “Kau pusing, dan kau tengok sendiri...” balas rakannya sambil memeluk tubuh.
            Yunus pun berpaling untuk menghadap ke arah pintu bilik di mana dia baru saja menghabiskan masa setengah jam bercerita kepada budak junior yang nama pun dia lupa hendak bertanya. Alangkah terperanjatnya dia apabila mendapati bahawa itu bukanlah bilik untuk para pelajar, sebaliknya stor lama yang sudah berdebu dan penuh dengan sampah. Setahunya stor itu memang ditutup dan para pelajar dilarang untuk berada di kawasan  yang berdekatan dengan stor itu kerana tidak selamat.
            Dia dapat melihat daripada pintu yang terbuka itu, bayang-bayang hitam seakan-akan susuk tubuh junior yang baru saja melayan ceritanya. Dia juga dapat melihat cawan plastik yang terisi air hitam yang berbau hanyir, dan dia menyedari air itulah yang diminumnya sebentar tadi apabila dihulur oleh budak junior itu. Tekaknya terasa loya, perutnya mulai memulas, kepalanya pening serta-merta dan kakinya terasa lembik dan tidak bermaya. Yunus pitam dan tidak sedarkan diri sehingga dia terbangun tiga hari kemudian.
            Menurut cerita rakan-rakannya, mereka kehairanan apabila Yunus hilang secara tiba-tiba lalu mereka memutuskan untuk mencarinya di kawasan sekitar. Apabila tidak juga berjumpa dengannya, salah seorang rakannya mencadangkan supaya mereka memeriksa kawasan stor lama itu, manalah tahu, kalau-kalau Yunus ada di situ. Mereka berasa terperanjat apabila melihat pintu stor sedikit terbuka kerana setahu mereka pintu itu sentiasa berkunci. Tambah mengejutkan mereka apabila mendengar suara Yunus berbual-bual dengan seseorang atau sesuatu lalu mereka nekad menyelak sedikit pintu stor itu dan memanggil Yunus keluar. Selebihnya, Yunus mengalaminya sendiri.
            Semenjak itu, Yunus dan rakan-rakannya tidak lagi berani menjalankan aktiviti kesukaan mereka iaitu berkunjung ke bilik-bilik para junior untuk menakut-nakutkan mereka dengan cerita-cerita seram di kampus itu. Mereka takut kejadian yang menimpa Yunus, akan berlaku kepada salah seorang dari mereka malah, siapa tahu, barangkali lebih dahsyat!



Waktu dimana semua manusia diulit indah nya mimpi. begitu juga aku yang masih lagi longlai diperbaringan. Kau boleh fikir apa sahaja pasal aku yang sudah longlai tapi hanya aku tahu punca longlai ku. perempuan? hmm.. Tarik nafas lepas.. Tarik dan lepas lagi.. Bukan sebab perempun aku begini bentuk nya. Ini semua melayan berahi otakku yang tak kunjung padam nyalaan fikiran ku.

Manusia hanya fikir sekadar cukup makan. Aahh! Itu otak melayu, cina lain pula, kau tahu melayu ni sebati dengan namanya dan sifatnya. Terkadang aku geli hati melihat kelibat insani. Oh, maaf! Itu tak layak insani kerana dangkal minda nya mengangungkan bangsa melayunya. Kau tahu melayu itu boleh sesiapa sahaja. Kenapa kau tak ubah saja pemikirannya? Minda kelas pertama? Kalau melayu juga yang menjuarai kelas tercorot, kejadahnya minda kelas pertama.

Malam tu aku masih lagi longlai dalam lamunan sendiri..entah apa yang aku cipta dalam lamunan itu. mungkin aku longlai dalam menghadam makna kasih sayang. Memang aku bukan yang setia tapi aku cuma pencari cinta yang mampu kekal dalam hati tapi sampai bila nak aku terusan dengan kesetanan ini. Aku kalah dengan wanita dan perempuan. Mereka adalah makhluk yang sama tapi beza pada rupa dalamannya. Hah! kau nak fikir aku bahasa nafsu? Bukan kawan. Aku cuma minat melihat wanita dari mata mengagumi tapi terkadang mata nafsu juga pandai menyelitkan keinginannya dalam retina pandanganku. Mereka makhluk yang menarik tapi ada bodohnya. Setinggi mana pun mereka menapak dapur juga syurganya. Betul. Aku tak tipu tapi kebodohan mereka lahir bila rasa sayangnya mengaburi prinsip asalnya. Rasa sayang itu membinasakan bagi aku.

Kau lihat pokok yang tanpa baja, tak berserikan? Begitu sifat sang wanita tanpa rasa sayang biar pun ‘cantik’ itu milik mereka. Namun, beza tetap lahir dalam atmosfera itu. Pokok yang terlalu dibajai maka mati jawabnya bukan? Wanita aku samakan begitu jika terlalu dibajai akan lumpuh biar pun dulunya dia wanita tabah. Tiada ketabahan yang sebenar dalam dunia ini kerana awalannya ada kekesalan dan kesedihan barulah menujah si tabah dalam hatinya.

Bagi aku dalam menyayangi biarlah ada benci biarkan dia tahu pahitnya cinta itu kerana wanita yang terlalu enak disayangi batin atau zahir jadi umpama biskut lemau. Rapuh. Jadi senang collapse. Maka kau yang dalam keadaan begitu senang saja kau di tawan oleh lelaki. Setebal mana pun duit kau wahai wanita, walau tinggi melangit pun status tersadang di bahu kau, kau tetap tewas dalam permainan perasaan. Aku bukan pakar dalam bidang ini, tapi aku tahu cara bermain dan peraturannya. Aku tahu bila lawan yang berlainan jantina dan alat sulit berjaya diperangkap. Apa kau nak ckap aku buaya? Terpulang. Memang dasar melayu pasca DEB, aku suka ungkapan dan gelaran itu dipalitkan di dahi melayu. Dah disuap senang tahap sederhana sibuk pula dengan kain orang lain. Aahh!! Aku bicara pasal wanita bukan ekonomi atau perang dunia kedua tapi kedua-duannya ada hubung kaitnya dengan wanita.

Aku masih bayangkan dia pada malam itu tanpa perlu aku niat dalam mandi ku. Dia yang pernah aku sayang namun aku tak mampu lupakan walau berabad sekalipun. Cukupla abad, aku bukannya hidup seribu tahun. Cinta aku hanya terkandas oleh sifat acuh tak acuhnya yang matikan perasaan aku yang telah lama aku pendam. Kau bilang sayang aku tapi kau kata termakan budi. Mungkin budi itu buat kau kenyang sebab aku makan nasi dan bila bahasaku perasaan aku takan nak makan perasaan.

Akhirnya, kau aku tinggalkan dengan rasa kesal dan benci kerana sikap kau yang serba tak lengkap dengan gaya lagakmu. Hhmm.. bodoh sahaja aku tunggu lama-lama bila waktu bertemu detik kau pula diam membatu dan wajah comel kau jadikan modal untuk luluhkan marahku.

Aku tahu kau masih mencari aku lagi tapi aku akan jadikan kau sebagai sales girl di pasar raya yang datangku kau tunggu namun tibaku aku berlalu. Padan muka! Nak saja aku lihat betapa bengang terbit di gebu mukamu bila aku berlalu tanpa menoleh ke arah muka yang dulu aku gila-gilakan. Persetankan tangisan atau linangan air mata perempuan tu. Biarkan.

Sekarang aku berjalan sahaja pergi ke sarang aku dapatkan ilmu. Damn! Kereta rosak. “time aku banyak hal lah ko buat hal kan kete?”, rungutku sendirian sambil berjalan di tempat pejalan kaki. Banyak rancangan aku sepanjang minggu tampak bertemu kegagalan bila ‘kawan’ baikku sakit. Memang sakit. Namun, di sebalik hembusan angin petang ini ada pelangi yang mewarnai hari aku yang aku telah labelkan sebagai malang. Gadis itu. Ahhh! Bukan gadis yang awalnya aku lihat – ini lain. Lain warna kulit, lain bahasa, lain agama, lain orieantasi makanan, lain..lain..lain! keseorangan sambil telinga disumbat dengan earphone-nya, termenung melihat setiap sudut alam yang mampu ditangkap oleh retinanya. Namun beza pula retina aku yang hanya melihat dia yang aku pandang dari jarak jauh. ini satu pengakuan yang aku anggap kejam bagi umat wanita yang semakin menimbun di muka bumi, maklumlah akhir zaman kan. Aku suka melihat wanita dan itulah kegemaranku, bukan aku gila seks tapi aku gilakan perempuan. Cantiknya kau kannn?

Petang kian melabuhkan tirai dan fajar kian menyinsing, kata orang waktu ni iblis banyak keluar, waktu di mana berlaku persilangan dimensi kalau kau berada dalam persilangan itu hendak saja aku ucapkan tahniah sebab mungkin kau ketemu dengan sahabat baru yang mungkin jadi igauan kau sepanjang abad. Kenapa abad? Yelah kau tahukan manusia jarang yang hidup berkurun nak pulak umat akhir zaman yang banyak penyakit ni. Dalam petang begini aku masih dipembaringan aku. Bagi aku pembaringan ada dua. Satu pembaringan kekal dan sementara. Mudah sahaja untuk dibedakan. Kau punya akal bukan sendiri tafsirkan maksud ku. Ketika pandangan aku terus ke dinding tanpa hala tuju hujungnya pemikiran itu, wajah gadis tadi aku terbayang dalam pakaian t-shirt pink dan berseluar jeans yang entah apa jenamanya. Dia senyum pada ku. Nekad merasuk diri untuk menegurnya. Hairan pula kenapa perlu gugup menyinggah di kawasan hati aku yang tak pernah kenal erti gugup di depan perempuan tapi berlainan dengan dia.
Azan berkumandang di seluruh alam yang menghalau iblis dan syaitan ke pelusuk yang mereka rasakan selamat. Namun azan itu memanggil untuk mendirikan solat tak kiralah solo atau berjemaah. Aku bagai tersedar dari angan dan hilang pula awan anganku tadi. Kepala aku garu walaupun tiada simptom-simptom kegatalan di kulit kepala. Gadis tadi ahhh! biarkan. Penat aku bermain persaan dengan kaum berlainan gender ni buat aku jadi kelabu mata pula, cinta atau nafsu aku pandang mereka. Aku renung semula memoriku walaupun tak mampu aku pancarkan ke dinding, ternyata aku dapat satu ilham. Persetankan wanita perempuan dan gadis semua. Hidup dengan kawan-kawan dulu. Kau kan muda lagi….

OK…bye awak”, aku mengakhiri perbualan itu. Selepas beberapa degup jantung, otakku terus menafsir akan setiap bait yang telah dilafazkan oleh pemilik bibir yang biasa menjadi tatapan aku. Maklumat dicerna sepuas-puasnya agar makna sebenar terpacul dari kekusutan dan banyaknya input yang aku terima tadi. Motif sebenar panggilan itu atas dasar rindu yang menebal si pemanggil kepada aku. Kenapa baru sekarang kau tahu nak rindu aku yang setengah mati sayangkan kau dulu? Dulu? Ya… dulu sekarang aku berani kata aku bagai ketemu cinta baru dan aku terkadang terfikir betapa senangnya aku jatuh cinta. Kenapa aku terlalu senang mengatakan cinta dan pertengahannya bosan menjengah? “Kau buaya memang laaa”, itu aku label sebagai kritikan sumbang. Atas pembaringan itu aku terduduk dan terus berfikir tahi apa lagi yang akan datang untuk menyerabutkan atmosfera tenang ku sekarang.
            Mata aku masih lagi menembak siling dalam kubikel itu dan aku renung dalam-dalam sehingga berjaya menembusinya dengan satu pandangan yang tanpa hujung pangkalnya. Satu cetusan meletus dalam benak fikiran aku, “itu harapan bagi aku ke?”. Awan anganku hilang dan padam.

Malam-malam berikutnya….
Hujan turun lebat malam ini, aku masih lagi baring di tempatku. Entah kenapa aku suka sangat baring sambil lagu dari laptop kawan aku merayap liar dalam benak fikiran aku yang tak keruan melihat hujan semakin lebat dan perut aku yang semakin berdondang hebat. Barangkali S. M. Salim pun tabik dengan irama dari tummy aku ni. Yes! Aku dah tak fikir pasal makhluk lain jantina dah! dan bukan plak aku ni dah join in geng-geng gay tu. Salah. Aku masih kekal lagi sifatku yang jantan ini. Biarpun tesis tersenyum memandang aku, namun aku selesa dengan keadaan aku time ni. Menunggu hujan reda bagi ku seperti menunggu duit jatuh ke dompet. Aku dah makin resah sebab nafsu makan aku bergelojak ganas. Tiba-tiba, mata aku meliar dan terpandang ke arah skrin laptop kawanku – “Sometimes I pretend to be normal, but it gets boring so I go back”, hmmmmm… aku pernah rasa keadaan seperti itu.
Telefon bimbitku berdering. “hello sayang, really? Ok, jap I siap.” Aku happy sekarang sebab dia datang padaku seperti yang aku inginkan tapi bukan dia yang aku rayu tapi dia yang aku impi. Pedulikan saja pandangan orang pada ku asalkan aku gembira dan puas dengan hidup aku dan bukannya aku hidup ni mereka jadi kurang oksigen pulak nak bernafas. Ok! Aku dah siap dan bersiap keluar dengan dia yang aku impikan selama ni. Yes!



Pagi itu seperti biasa, salam cium tangan ibuku meminta restu moga diberkati permulaan hari. Ayah aku lihat sedang nyenyak tidur, tidak mahu aku menganggu lena nya. Jadi ku tatap sebentar wajah nya.

Ayah penah tengok tak rokok elektronik tue?” aku bertanya

Elok ke benda tue?” Ayah curiga

Hahaha! Nanti along beli tuk ayah ok. Benda tu elok, don’t worry” aku tersenyum.

Teringat perbualan aku dan ayah pada minggu lepas, jadi terus aku sms ke Wan si penjual rokok elektronik bagi menempah. Harap ayah seronok dengan pemberian aku nanti.
Dalam memanaskan enjin kereta, hati aku sangat lah berat ingin ke tempat kerja. Tiba tiba henpon aku berbunyi, rupanya Izzi menghantar pesanan

Papan bro!!”

Terus aku memacu ke kedai mee papan di pekan Batu Gajah. Dalam masa yang sama hati aku agak berat untuk kerja hari ini, entah mengapa. Tibanya aku di kedai, Izzi, Mirul, Jet dan Hairil sudah sedia menanti. Terus duduk dan berbual sambil menikmati keenakan mee papan yang di goreng Abg Ramli. Terlupa sebentar rasa tidak enak di dalam hati.

Kira pukul 12 tengahari aku dan rakan rakan bersurai. Melihat paras minyak agak kurang, terus aku ke stesen minyak yang menghala ke pusing. Senang untuk aku terus ke tempat kerja nanti. Setelah selesai, aku meneruskan perjalanan tetapi kali ini aku agak perlahan membawa kereta. Kepala dan hati agak berat untuk kesana cuma tangungjawab sebagai pekerja aku kena laksanankan juga.

Hp berbunyi, tertera nama adik ipar aku Bad.

Along! Ayah accident! Teruk kat Botani”

Tiba tiba otak dan badan aku jadi kaku. Kereta hampir hilang kawalan. Tanpa berfikir aku terus berpatah balik dan menuju ke Botani. Otak mula berfikir perbagai kemungkinan. Mulut pula berdoa moga ayah tidak apa apa. Hati berdebar, sangat berdebar. Mata mula mengeluarkan air. Orang pertama aku call adalah Izzi.

Bro! Tolong Bro! Ayah aku accident kat Botani”

Dalam hati aku terus berdoa dan berdoa moga ayah selamat. Di simpang Meranti Lapan kereta mula sesak. Aku terkandas dan cuba mecelah di antara kereta kereta. Dari jauh aku dapat melihat kereta ayah berada di sisi, Bomba dan JPA sudah ada di tempat kejadian.
Angah!” Aku menjerit

Dalam pemikiran aku adik kedua aku terbabit sekali dalam kemalangan kerana dia sudah terduduk disisi kereta. Berlari aku ke arah kereta ayah, aku lihat Bomba dan JPA sedang mengeluarkan ayah dari kereta. Berdarah, aku mula menangis, aku mula geram, aku mula rasa takut. Pada masa itu pelbagai perasaan di hati mula timbul. Terus Izzi memeluk aku untuk menenangkan aku.

Aku melihat ayah tidak bernafas, aku melihat ayah berdarah telinga, aku melihat ayah terpejam matanya. Aku jadi kaku, otak tidak berfungsi sebentar.

Ayah! Bangun ayah” berkata aku dalam hati.

Akan tetapi hati aku kuat mengatakan ayah sudah pergi menemui Ilahi. Aku cuba kuatkan hati kerana aku melihat mak dan adik sudah lemah menangis. Pihak JPA terus mengangkat ayah ke dalam ambulance dan membawa ke hospital.

Terasa lemah lutut untuk melangkah, aku gagah kan juga. Alhamdulillah, Izzi, Mirul dan Hairil ada membantu. Izzi terus membawa kereta aku ke balai Simpang Pulai untuk diletakkan di situ. Sambil aku menumpang kereta Hairil. Dalam perjalanan ke hospital, aku sempat menelepon beberapa saudara dekat untuk memberitahu ayah kemalangan.

Di hospital, mak, angah dan Bad sudah berada di wad kecemasan. Dalam menunggu doktor usaha menyelamatkan ayah.

I’m sorry” Doktor memberitahu.

Aku terus memeluk mak, aku terus menahan air mata.

When your dad came in here, he already no pulse. Kita sudah cuba everthing but yet God love him more. I’m sorry, his gone”

Mak hampir pitam, nasib baik aku memeluk mak. Terus aku papah mak keluar ke wad kecemasan. Tiba tiba terasa sesuatu dalam hati dan pemikiran aku. Otak mula ligat berfikir. Aku terus mengarahkan adik ipar aku membawa mak dan adik balik ke rumah. Bersiap dan memberitahu orang kampung.

Alhamdulillah, ada rakan ayah juga membantu menunggu di wad kecemasan, dia banyak memberi panduan dan nasihat untuk menguruskan jenazah ayah. Juga syukur Izzi, Mirul dan Hairil tidak berganjak membantu aku.

Aku sebenarnya takut untuk menatap jenazah. Waktu opah aku meninggal dunia dulu, aku cukup takut untuk menatap lama lama. Akan tetapi jenazah ayah tidak sedikit pun aku takut.

Terbujur kaku ayah di depan mata aku di atas katil di bilik mayat. Kesan darah pada hidung dan telinga masih ada. Baju dan seluar ayah pun habis berdarah. Doktor waktu itu terus menerangkan aku sebab ayah tidak dapat diselamatkan. Ayah mengalami pendarahan pada otak yang sangat serius. Tulang rusuk ayah juga hancur akibat hentakan dari kemalangan. Organ dalaman ayah juga cedera. Kecederaan ayah memang serius. Akibat itu ayah banyak kehilangan darah.

Sayu hati bila aku memandikan jenazah ayah. Ingin aku menitis air mata tetapi aku ditenangkan oleh kakitangan hospital. Dari mandi aku terus membantu mengkafankan ayah. Muka ayah seperti sedang tidur. Tidur yang tidak akan bangun bangun lagi.
Maaf, along tidak sempat membalas jasa ayah semalam ini.

Doa moga ayah tenang bersama orang orang beriman dan ditempatkan di syurga. Aaaminn!. Aku cuba tabahkan hati demi mak dan adik adik. Alhamdulillah, aku mempunyai sahabat yang sentiasa di sisi membantu.

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini