rss

Nurul merenung ke skrin komputernya tanpa berkelip mata. Beberapa saat berlalu dan dia masih berteleku merenung skrin di hadapannya.

Congratulations. Your eligibility to graduate has been confirmed for the Master of Biotechnology.

Ayat itu terpampang di skrin. Satu persatu baris ayat di amatinya. Kurang percaya dengan apa yang dilihat, risau sekiranya itu hanya ilusi semata-mata. Mata dikerdip berulang kali. Memang tak salah lagi. Oh My God, I'm going to graduate! Nurul menghela nafas lega. Terurai segala penat lelah selama ini. Pantas dia bangkit meluru ke bilik Huda.

"H, result dah keluar! N lulus H!! N lulus!!!!!" Nurul merempuh ke bilik sebelah, memeluk housemate nya itu sambil melompat kegembiraan.

"Congrats N!!!! I'm so proud of you!!!" Huda membalas pelukan dan kedua-duanya melompat kegembiraan.

Ada airmata gembira di bibir mata Nurul. Sungguh, hanya Huda yang tahu perit jerih yang dialaminya demi mendapatkan sekeping ijazah itu.

"Thanx for everything H.. I can never do this without you.." Tulus mata Nurul merenung tepat ke anak mata Huda.

"H tak buat apa-apa pun N. You did this by yourself. You deserve it. H cuma bagi sokongan moral, the rest semua atas usaha N sendiri. And I'm so proud of you!" Pelukan di eratkan lagi.


Setitis air mata Nurul menitis membasahi pipi. "I can't believe it! I'm graduating H.. I'm graduating.." Air mata meleleh sambil kotak fikiran berputar ligat mengimbas kembali segala peristiwa pahit yang dialaminya sewaktu undergrad dulu...


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


"Aku bukan nak lagakan korang Nurul.. Aku cuma cakap apa yang aku dengar dari mulut Azie sendiri. Dia kata ko rampas Joe dari dia."

Nurul terkedu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Aini.


"Tapi aku tak buat mcm tu Aini! Tak kan lah aku nak rampas Joe tu dari Azie?"

"Yang itu aku tak tahu.. Tapi macam tu la Azie cerita kat aku. Dia kata ko selalu goda si Joe tu. Ko biar benar?"

"Hah? Sumpah aku tak pernah goda si Joe tu Aini!" Nurul menelan air liur yang kesat. Memanglah aku ada hati kat dia, tapi tak pernah pulak aku goda dia.


"Tu la.. aku pun rasa ko tak seteruk tu. Tapi aku rasa better ko be prepared la. Sebab rasanya si Azie tu dah canangkan pasal ni kat semua orang. Aku rasa pasni mesti semua orang pandang slack kat ko."


Nurul terdiam. Patutlah Nisa dgn Maz pandang semacam jer tadi.. Ah Azie.. Kenapa sampai macam ni ko treat aku?


Joe. Jejaka yang Nurul kenali sejak di bangku sekolah lagi. Mereka pernah berjiran dan sering ke sekolah bersama-sama suatu ketika dulu. Namun begitu mereka terpisah kerana keluarga Joe terpaksa berpindah mengikut haluan kerja bapanya. Setelah enam tahun mereka terputus hubungan, tanpa disangka takdir menemukan mereka kembali di bumi UM ini, mengambil course yang sama.


Tahun pertama banyak diluangkan dengan study bersama dan bergurau senda berdua. Ada keserasian antara mereka meskipun jarak dan waktu pernah memisahkan mereka. Ketika itulah Nurul menyedari bahawa hatinya semakin lama semakin terpaut pada teman lamanya itu. Dalam diam dia mengagumi karisma Joe. Cara jejaka itu menghormati kaum wanita, ketekunannya belajar, ketulusannya dalam persahabatan. He also has a sense of humour yang selalu membuat Nurul terhibur dan ketawa. Oh and yes, he's good-looking as well, dan hakikat itu membuatkan Nurul menjadi gadis yang paling dicemburui oleh hampir setiap siswi di muka bumi UM ini. Termasuk Azie.


Tahun kedua menyaksikan kesungguhan Azie untuk mendekati Joe. Berbekalkan wajah yang cantik, body yang menggiurkan, liuk-lentuk Azie akhirnya melunturkan ketahanan Joe. Mereka bercouple, dan diwar-warkan sebagai couple of the year. Sama cantik sama padan. Saat itu Nurul cuma diam menyepi. Sedikit terkilan kerana berasa dipergunakan oleh Azie. Niat ikhlas Nurul untuk membantu Azie dalam pelajarannya rupa-rupanya dipergunakan oleh Azie untuk mendekati Joe. No wonder bersungguh-sungguh benar Azie meminta pertolongan darinya sungguhpun Nurul bukan lah top scorer di dalam course mereka. Ternyata Azie mempunyai agenda lain.


Kewujudan Azie menyebabkan hubungan Joe dan Nurul menjadi renggang. Mereka tidak lagi study bersama. Walaupun Joe insist, tapi Nurul dapat merasakan kehadirannya tidak disenangi oleh Azie. Sering sahaja gadis itu menjeling tajam ke arahnya setiap kali Joe tidak melihat. Tambahan pula hati Nurul cukup sengsara setiap kali Azie mengelus tangan Joe atau melentokkan kepalanya ke bahu jejaka itu. Hati perempuan mana yang tak terhiris apabila melihat jejaka pujaan dipeluk erat oleh gadis lain. Nak-nak lagi gadis secantik Azie. Ah, siapalah aku nih. Nak dibanding memang bagai langit dan bumi. Lebih baik aku study sendiri.


Namun begitu kehilangan Joe amat Nurul rasai. Prestasi pelajarannya mula merosot. Setiap kali buku teks dihadap, muka Joe mengisi ruang penglihatan, lawak Joe mengisi kotak fikiran. Ah, sengal la camni! Makin Nurul cuba untuk menjauhi, semakin kuat bayangan Joe menghantuinya. Joe juga tak membantu. Saban hari ada sahaja text darinya bertanya khabar, bertanya assignment. Hish mamat nih. Jangan baik sangat boleh tak? Aku ni dahlah syok kat kau. Kau tu dah ada awek cun giler pulak tu. Aku flying kick jugak kang.


Namun kata-kata itu cuma untuk mengcover debaran di hati. Hakikatnya hati Nurul sentiasa berbunga riang setiap kali mendapat mesej dari Joe. Itulah antara characteristic yang Nurul kagumi pada Joe. Dia tak pernah lupa kawan. Tapi Nurul pasti, tentunya mesej dihantar tanpa pengetahuan Azie. Jika tidak, pasti perang dunia ketiga meletus. Nurul pun tak faham apa yang Azie cemburukan sangat dengan dirinya. Walhal memang jelas dan nyata Azie memiliki segalanya. Ah biarlah.. Malas nak fikir..


Namun kini.. Setelah final year, satu UM digemparkan dengan berita bahawa couple of the year itu tidak lagi bersama. Tiada siapa yang tahu apa punca sebenar perpisahan mereka. Yang Nurul pasti, Joe tiba-tiba menjauh diri darinya. Tidak lagi bertanya khabar atau bertanya soal studies. Azie dan rakan-rakannya pula sentiasa menjeling setiap kali Nurul menghampiri, dan kini berita yang didengarinya dari Aini menyentap hati Nurul. Tak kan sebab aku diorang break-up? Erk. Memanglah aku ada terfikir nak bomohkan si Joe tu. Ada gak terfikir nak simbah asid kat muka Azie tu, tapi tak pernah lah pulak aku buat.


"Habis tu apa aku nak buat ni Aini? Ko tolonglah backing aku. Cakaplah aku tak sekeji tu." Nurul cuba meminta simpati.

"Yang itu aku tak leh nak kata apa. It's our words against Azie's. Ko ingat kita boleh menang ke? Dia tu famous, seantero Malaya kenal tau tak? Ko tu sapa? Makcik kantin pun tak perasan ko kot?"

"Weh, ni dah lebih nih.. kot yer nak kutuk pun sikit-sikit cukup la. Aku dah cuak ni. Habis tu kalau satu UM pandang slack kat aku camne Aini? Mati lah aku!"

"Hah tu la ko! Yang ko cari pasal dengan prom queen tu apahal? Dia tu dahlah ramai pengikut kaki kipas dia. Memang masak lah ko!"


Nurul menelan air liur. Terbayang dirinya diikat di tiang bendera dan dilontar dengan telur busuk dan pelbagai jenis sampah sarap oleh konco-konco Azie. Alamak. Matilah camni!


"Tapi mana ada aku goda si Joe tu!!" Nurul masih cuba mempertahankan diri.

"Manalah aku tahu. Dah Azie cakap macam tu. Ko ingat bebudak lain tu nak percaya ke cakap ko?"


Nurul terdiam. Tiba-tiba terasa dirinya keseorangan tanpa kawan. Dulu ada Joe yang sentiasa membacking dirinya. Tapi sekarang Joe pun dah membisu seribu bahasa. Cuma sekali-sekala Nurul dapat menangkap kelibatnya keluar dan masuk kelas. Joe, what happened Joe? Kenapa Azie berdendam dengan aku? Kenapa kau menjauh? Nape Joe? Ah sengal la. Aku ni asik cakap sorang-sorang je apa kes? Gila bayang betul. Aduhh final year project aku dah lah sama group dengan Azie. Shoot! Memang masak lah aku! Joe tolong Joe!! Cis kalau Azie dengar ni mampus aku kene belasah dengan minah tu.


Seperti yang di jangka, hampir semua siswi yang mengenali Nurul turn against her. Di mana sahaja dia berjalan, pasti ada mata-mata yang menjeling dan mulut-mulut yang berbisik. Hinggakan untuk turun ke kafeteria pun Nurul dah tak sanggup. Terasa dirinya dipandang dengan penuh scrutiny. To make matters worse, Azie selalu mengadu kepada supervisor mengatakan Nurul tak contribute pada projek mereka.


Hidup Nurul mula dilanda kesengsaraan. Makan tak menentu, tiada tempat mengadu. Cuma airmata menjadi peneman. Bagaikan jatuh ditimpa tangga, Nurul menerima panggilan mengatakan ibunya sakit, terlantar di hospital. Hampir sahaja Nurul berhenti belajar untuk menjaga ibunya. Namun atas nasihat kakaknya, Nurul teruskan juga pengajian sungguhpun prestasinya semakin hari semakin merudum. Nurul hidup dalam tekanan, tiada yang sudi menghulurkan bantuan. Untung Nurul ada Huda, teman sekolahnya dulu yang kini belajar di kolej swasta berhampiran dengan UM.


Huda lah yang sentiasa memberi kata semangat. Membakar semangat Nurul untuk menamatkan pengajian. Role yang dulunya dimainkan oleh Joe, kini di ambil alih oleh Huda.


"Jangan biarkan orang lain rosakkan masa depan N. This is your education, your future. Nanti N susah bukannya diorang nak tolong. Those are not your friends N. Kawan apa yang turn against N mcm tu? Abaikan je diorang tu. N focus pada study. Ni final year N. Sikit je lagi nak habis. Teruskan usaha N. Tetapkan hati, be strong. I'm here for you."


Itulah antara baris kata-kata yang diucapkan oleh Huda kepada Nurul. Kata-kata yang menjadi pembakar semangat, yang sentiasa Nurul sematkan di dada hingga akhirnya dia berjaya graduate dengan first class honours. Berbekalkan kecemerlangan itu, mereka bersama-sama memohon scholarship untuk menyambung pelajaran ke luar negara. Alhamdulillah, mereka berdua berjaya menyambung pelajaran ke benua yang jauh dari Malaysia. Jauh dari segala masalah yang membelenggu jiwa. Bersama-sama mereka mengejar cita-cita. Nurul bersyukur. Walaupun dilanda dugaan yang hebat, namun dirinya kini berjaya mencapai kejayaan, kejayaan yang dia sendiri tidak pernah bayangkan. Alhamdulillah ibunya juga beransur pulih. Everything is greener now.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



"Dah, stop crying. You should be happy.." Huda meleraikan pelukan sambil tersenyum memandang Nurul.

"I am happy H. These are tears of joy.. After all that we've been through, akhirnya kita berjaya juga H!" Nurul mengesat air mata gembira yang membasahi pipi. Dia mengerling sekeping bingkai gambar yang terletak di atas meja Huda. Gambar dirinya dan Huda bersama seorang jejaka yang amat sinonim dalam hidup mereka berdua.


"Tak sia-sia usaha N pisahkan Joe dengan Azie dulu kan H?" Nurul mengenyit mata kepada Huda sambil tertawa kecil.


Huda turut ketawa dan gelak tawa mereka memenuhi segenap ruang bilik di sebuah rumah di benua Australasia. Namun ketawa mereka terhenti apabila disedari ada bunyi tapak kaki yang menghampiri.


"Hey girls.. Apa yang happy sangat nih?" Jejaka di dalam gambar sudah terpacul di muka pintu.


Nurul tersenyum manja sambil memaut mesra lengan jejaka itu. "Sayang, I dah receive confirmation of graduation."


"Wow, congrats my lovely.." Dahi Nurul dikucup mesra sambil tangan kanan merangkul pinggang ramping Nurul.


"And how about you my dear?" Pandangan di alihkan kepada Huda sambil tangan kirinya menarik rapat gadis itu.


"I'll be graduating too.."


"Oh wow, how did I get so lucky and get the both of you?" Ketiga-tiga mereka tersenyum dan tangan Joe semakin erat memeluk kedua-duanya.


~Tamat~

"Apa??!! Dua puluh ribu??" terkejut Adif mendengar nilai yang disebut oleh Nila.  Hampir tersedak Adif dibuatnya.  Mujur saja air yang sedang dihirupnya tidak tersembur keluar.

"Biar betul Nila??" Adif cuba mendapatkan kepastian mengenai apa yang didengari tadi.  Dua puluh ribu??!!
         
Nila hanya mengangguk lemah.  Adif meraup kepalanya, tanda resah.

"Nila.. mana Adif nak cari duit sebanyak tu?" nilai itu dirasakannya bagai tidak masuk dek akal.  Dirinya bukanlah anak orang berada malah baru sahaja dua tahun mula bekerja.  Mana mampu untuk menyediakan mahar hantaran buat Nila yang sebanyak itu?

Nila hanya tertunduk.  Tidak tahu apa yang perlu diperkatakannya. 
       

"Ayah Nila tak setuju dengan perhubungan kita ke Nila?" entah mengapa hati kecil Adif kuat menyatakan bahawa permintaan nilai hantaran yang terlalu tinggi itu merupakan signal secara halus daripada ayah Nila - dia menentang perhubungan ini.  Ada calon lain yang lebih layak buat Nila.

"Entah la Adif.  Setahu Nila, ayah tak pernah halang perhubungan antara kita.." Nila juga tidak pasti akan permintaan ayahnya itu yang dikira agak melampau.

"Bila Adif rancang nak hantar rombongan meminang?"

"Minggu depan.." jawab Adif perlahan.

"Hmm.. mungkin sempat lagi untuk Nila berbincang semula dengan ayah.."

"Biar Adif yang cakap dengan ayah Nila.."

"Jangan Adif.. Biar Nila yang cakap, kalau tak berjaya jugak nanti baru kita fikirkan tindakan kita yang selanjutnya ya.." pujuk Nila.  Nila tahu, hati Adif sudah pasti resah ketika ini.  Begitu juga dengan hatinya.

"Ya Allah.. Kau permudahkanlah urusan-urusan kami dalam menuju jalan redha-Mu", doa Adif di dalam hati.  Moga hati ayah Nila lembut untuk mempertimbangkan kembali, nilai hantaran Nila nanti.

*           *           *

"Ayah, boleh Nila cakap sesuatu?" tanya Nila lembut.  Ayahnya yang berada di sofa sedang membaca akhbar didekatinya.

Nik Nirwan melipat akhbar ditangannya lalu diletakkan di meja kopi.

"Nila nak cakap apa?"

"Fasal nilai hantaran.." jawab Nila pendek. 

"Kenapa? Adif tak mampu?"

"Memang Adif tak mampu, yah.  Keluarga Adif bukanlah orang berada, Adif pula baru dua tahun bekerja.  Mana sempat Adif nak mengumpulkan wang sebanyak tu?  Lagi pulak, tempoh pertunangan yang ayah letakkan cuma enam bulan.." Nila cuba memancing akal rasional ayahnya.  Moga setiap hakikat yang dibentangkan dihadapan mata ayahnya itu mampu membuka mata ayahnya mengenai tahap kemampuan Adif.

"Nila.. dengar sini.  Nilai yang ayah tetapkan itu bukanlah untuk menyusahkan kamu berdua.  Bukan juga niat ayah untuk menghalang niat murni kamu berdua untuk mendirikan rumah tangga.  Cumanya, jika Adif tidak mampu untuk menyediakan nilai hantaran yang telah ayah tetapkan, itu bermakna Adif belum bersedia untuk memikul amanah menerajui sesebuah rumah tangga.. Macam mana Adif nak bela Nila kalau duit hantaran pun dia tak mampu sediakan..?" hujah Nik Nirwan pada setiap patah kata anaknya.

"Tapi yah, wang bukanlah segalanya.  Persediaan itu bukanlah terletak pada nilai wang tetapi apa yang terdapat di dadanya, kasih sayangnya, ilmu dijiwanya.. Itu yang lebih utama yah.." selar Nila pula.  Nik Nirwan merengus tidak senang dengan kata-kata anaknya.

"Kenapa kamu yang berbincang dengan ayah dan bukannya Adif sendiri?" Nik Nirwan cuba memesongkan bicara.

"Bukan Adif tak nak, ayah.  Nila yang tak izinkan dia berbincang dengan ayah.  Biarlah Nila yang berbincang dengan ayah terlebih dahulu.  Nila betul-betul tak faham kenapa ayah tidak mahu mempermudahkan perancangan kami ini ayah.." Nila kesal dengan sikap ayahnya.  Entah apa yang diharapkan oleh ayahnya melalui nilai hantaran yang banyak sebegitu.  Nik Nirwan berpura-pura tidak mendengar akan jawapan anaknya.  Surat khabar yang dilipatnya tadi diambil semula lalu berpura-pura kembali membaca.  Tidak mahu anaknya itu memanjangkan bicara.  Keputusannya muktamad.

*           *           *

"Eh.. Korang semua ni bercerita tentang apa?  Riuh semacam je bunyinya.." soal Nik Nirwan  yang baru turun dari pejabat, pada rakan-rakannya yang riuh berborak.  Itulah aktivitinya dan rakan-rakan pejabat yang lain selepas selesai waktu pejabat.  Mengeteh barang sejam dua.  Berborak-borak perihal semasa.

"Tak ada apa-apalah Nik.  Si Farid ni ha.. Bercerita fasal nilai hantaran anak perempuan dia.  Lima belas ribu kau tau dia letak.." jatuh rahang Nik Nirwan mendengarkan nilai hantaran anak temannya itu.

"Kau biar betul, Farid?!!" tanya Nik Nirwan tidak percaya.

"Betullah.. Bukan senang aku bela anak aku tahu?  Ingat senang-senang je aku nak bagi anak aku macam tu?  Atleast biarlah berbaloi dengan segala penat lelah aku membela dan membesarkan anak aku tu.." jawab Farid acuh tak acuh.  Bangga pula rasa hati Farid tatkala melihat wajah kagum rakan-rakannya.

"Tapi Farid, tu dah macam kau menjual anak kau?" tegur Luqman yang nyata agak kurang bersetuju dengan Farid.

"Mana ada aku jual anak aku?!! Sedangkan harga anak lembu pun mencecah lima enam ribu, inikan pula anak aku.. Aku hantar dia pergi sekolah tau, siap masuk universiti lagi.. Takkan nilai dia hanya setara dengan anak lembu.." balas Farid dengan wajah yang jelik.  Nik Nirwan pula hanya mendiamkan diri.  Cuba mencerna hujah kedua-dua rakannya.

"Logik juga kata Farid.  Itu bukan menjual anak, cuma meletakkan nilai yang setimpal buat anaknya.." hati kecil Nik Nirwan mula termakan oleh hujah-hujah Farid tadi.

"Aku dengar, hantaran anak kau si Eisya tu cuma enam ribu.  Murahan betul ya anak kau tu.." ucap Farid tanpa memperdulikan perasan Luqman.  Luqman hanya menggeleng kesal.  Tidak disangkanya, begitu dangkal tahap pemikiran Farid.

"Terpulanglah pada kau Farid.  Cuma aku nak ingatkan kau bahawa redha Allah akan mengiringi perempuan yang murah, yakni murah mahar dan hantarannya.  Apalah sangat nilai hantaran dan harga wang belanja andai akhirnya anak kau tidak bahagia.." ucap Luqman sebelum berlalu meninggalkan rakan-rakannya.

Wahaha.. Farid ketawa berdekah-dekah apabila melihat Luqman berlalu meninggalkan mereka semua.

"Apa lagi yang boleh si Luqman itu katakan.  Dah memang nilai anak dia tu murah, so nak pulak dia selitkan kononnya mudah mendapatkan redha Allah.." Farid ketawa lagi, lagi dan lagi.  Ketawa hingga hatinya puas.  Rakan-rakannya yang lain juga turut ikut ketawa.

"Kalau tak ada duit, bagaimana nak hidup bahagia..?" tambah Farid lagi dalam nada yang sinis.

"So Nik, hantaran anak kau pula nanti berapa??!"

*           *           *

"Adif, apa yang kita nak buat ni?  Nila dah cuba bincang dengan ayah but still dia tak nak turunkan nilai hantaran tu.  Still dua puluh ribu.  Macam-macam alasan yang ayah bagi.  Sampaikan Nila sendiri dah tak tahu nak cakap apa?  Nila sendiri pun malu nak berhadapan dengan Adif" ujar Nila lirih.  Wajahnya ditundukkan.  Segan untuk bertatapan dengan Adif.  Segan dengan sikap ayahnya yang seolah-olah ingin menjualnya.

"Hei.. apa yang Nila cakapkan ni?  Jangan risau, kita masih ada masa lagi untuk memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah ini.." pujuk Adif.  Nila hanya mendiamkan diri.  Buntu memikirkan cara supaya Aidif dan dirinya dapat bersatu.

"Nila.." panggil Adif setelah sekian lama mendiam diri.

Nila mengangkat wajahnya.  Cuba memberi tumpuan pada Adif.

"Adif belum tahu caranya but Adif rasa Adif perlu berbincang sendiri dengan ayah Nila.  Boleh tak kalau  Nila aturkan suatu pertemuan antara Adif dan ayah Nila, esok petang,  dalam pukul empat lebih, di Taman D. R. Seenivasagam.  Boleh?", tanya Adif.  Hati Adif tersenyum.  Adif yakin, dengan izin Allah, rancangannya esok akan berjaya.

           

"Boleh, tapi apa yang Adif nak cakapkan pada ayah?"

Adif hanya angkat bahu.  Fikirannya kosong dan buntu.  Masih tidak tahu tindakan terbaik bagi memujuk Nik Nirwan.           

"Yang itu biar Adif fikirkan nanti.  Sekarang ini, jom Adif hantarkan Nila balik dulu."

*           *           *
Adif buntu memikirkan masalah yang sedang dihadapinya kini.  Entah bagaimana cara yang perlu dia lakukan untuk mendapatkan kata setuju dari ayah Nila.  Dua puluh ribu?  Bukan suatu nilai yang sedikit.  Mana hendak aku cari wang sebanyak itu?  Ah.. Nila, Adif mengeluh sendiri.  Adif berjalan tanpa tujuan di Taman D.R Seenivasagam ini atau lebih di kenali dengan nama Taman D.R sahaja dikalangan penduduk sekeliling.  Langkah ayunan kakinya dibiarkan lepas tanpa haluan.  Setelah agak lama dia begitu akhirnya Adif duduk di sebuah bangku kosong yang berada di tepi tasik.  Otaknya masih lagi ligat memikirkan cara untuk memujuk ayah Nila esok.  Sedang otaknya ligat, matanya pula meliar memerhatikan sekeliling.  Tiba-tiba matanya tertancap pada satu poster yang ditampal pada tiang lampu yang berada tidak jauh darinya.

           

            Masalah kewangan?  Jangan risau.  Kami mahu menolong anda.

            Hubungi : 015-65846544

            * Tak perlu cagaran dan tak perlu gelentor.    


"Mungkin inilah jalan penyelesaian yang terbaik buat aku," bisik hati Adif penuh semanagat.  Pantas poster tersebut dicabutnya.  Sambil matanya khusyuk membaca ayat-ayat yang tertera pada poster ditangannya, tangan kirinya pula cekap mendail nombor-nombor yang tertera.  Menunggu seketika hingga talian dihubungkan.

"Hello.."

*           *           *
"Hello.. Assalamualaikum Adif.. Adif dah sampai ke?  Nila baru saja sampai dengan ayah ni.." Nila menghubungi Adif sebaik sahaja mereka tiba di tempat yang ditetapkan semalam.  Jauh dilubuk hati Nila, dia sendiri tertanya-tanya mengenai perancangan yang dilakukan oleh Adif.  Namun, atas dasar rasa percaya yang kukuh pada Adif, Nila yakin perancangan Adif itu bakal membawa kebaikan pada mereka dengan izin daripada-Nya.

"Waalaikumussalam Nila.  Adif dah sampai.  Nila ingat lagi tak, pondok pokok buluh kita?  Adif ada kat situ.." ujar Adif sebagai jawapan.

"Okey.. Nila ingat.." jawab Nila ringkas sambil menutup telefon bimbitnya.  Jika boleh pada petang ini, Nila tidak ingin diganggu.  Semoga perancangan Adif pada hari ini berjalan dengan lancarnya, doa Nila di dalam hati.

"Jom ayah.." ajak Nila.  Nik Nirwan hanya mengikuti langkah anaknya tanpa sebarang kata.

*           *           *

"Assalamualaikum pak cik.  Apa khabar?" sambut Adif sebaik sahaja melihat kelibat Nila bersama ayahnya kelihatan.  Tangan dihulur.  Lalu Adif tunduk bagi menyalami tangan Nik Nirwan.  Walau apa yang terjadi, hormat pada orang tua perlulah dijaga.  Itulah prinsip yang Adif pegang selama ini. 

Adif tersenyum pada Nila.  Nila turut membalas senyuman daripada Adif.

"Eh Nila, takkan nak tersenyum aje.  Ajaklah ayah Nila duduk.  Marilah duduk dulu, Pak Cik.." sengaja Adif mengusik buah hati pengarang jantungnya sambil menjemput Nik Nirwan duduk.  Sopan sahaja budi bahasanya.  Nik Nirwan mengangguk.  Lantas mereka bertiga duduk di pondok buluh yang terdapat di situ.

"Pak cik, beberapa hari yang lepas Nila ada maklumkan pada saya mengenai nilai hantaran yang telah pak cik tetapkan.." Adif memulakan bicara pada petang itu.

"Kenapa?!! Kau tak mampu nak sediakan?" pintas Nik Nirwan bertanyakan soalan yang dirinya sendiri sudah mengetahui jawapannya.

"Ya, pak cik.  Terus terang, saya mengaku pada pak cik bahawa saya tidak mampu untuk menyediakan mahar hantaran yang sebanyak itu.." lembut sahaja suara Adif menjawab.  Nila hanya mendiam diri.  Tidak mahu menyampuk dan mengganggu perbualan antara Adif dan ayahnya.

"Dah tu, berapa nilai hantaran yang kau rasa mampu untuk diletakkan untuk anak aku?" tanya Nik Nirwan kasar.

"Ayah.." tegur Nila lembut.  Dia agak kurang menyenangi cara ayahnya melayani Adif.  Adif memberi isyarat ‘tidak mengapa' pada Nila, membuatkan Nila tidak jadi untuk bersuara.

"Kalau kau rasa tak mampu lagi untuk menyediakan duit hantaran semua ini, kenapa kau gatal-gatal nak ajak anak aku kahwin pulak??!!  Entah-entah nanti anak aku mati kering tak makan, kalau dia kahwin dengan kau..!!" tambah Nik Nirwan lagi.  Adif hanya tersenyum dan cuba menenangkan hatinya yang pedih akibat kata-kata kasar Nik Nirwan.

"Insyaallah pak cik.  Andai kata sebegitu daif kami pada waktu itu, rela saya tidak makan demi mendahulukan keperluan isteri dan anak-anak saya nanti.  Lagi pun nanti mereka adalah tanggung jawab saya.  Masakan saya akan membiarkan mereka mati kebuluran tidak makan.." Adif masih lagi berlembut.  Nik Nirwan merengus kasar.  Tidak suka dengan jawapan Adif yang dia kira sebagai sengaja ‘tunjuk baik'.

"Huh!!  Belum dapat memanglah itu jawapan kau.  Hah.. jangan cakap banyak.  Agak-agaknya berapa nilai yang kau mampu letakkan?" malas Nik Nirwan hendak melengah-lengahkan bicara.  Tambahan pula, hatinya sudah bulat untuk meneruskan dengan keputusan yang telah dibuatnya sebelum ini.  Pasti gah nanti apabila aku bercerita pada Farid dan rakan-rakan pejabatnya nanti, desis hati Nik Nirwan.

"Sepuluh ribu pak cik.. Itulah sahaja nilai yang saya mampu buat masa ini.."

"Sepuluh ribu?!! Gila..!!  Kau ingat Nila ni apa?  Anak lembu??" tengking Nik Nirwan tiba-tiba.

"Ayah..!!" Nila tidak menyangka bahawa ayahnya akan berkata begitu.

"Kau diam Nila.  Ayah tak mahu kau masuk campur.  Hei, kau dengar sini Adif.  Sedangkan anak lembu lembu pun dah berharga lima enam ribu, inikan pula anak aku.." sengaja Nik Nirwan mengulangi kata-kata yang pernah dituturkan oleh Farid suatu ketika dulu.  Marahnya meluap-luap apabila mendengar nilai hantaran yang diminta oleh Adif.

Adif hanya diam melihatkan keadaan Nik Nirwan yang sedang marah.

"Sepuluh ribu?!!  Empat ribu sahaja lebih daripada harga lembu?  Kiranya kau anggap si Nila ni, up sikit jelah daripada lembu.  Begitu?!!" sambung Nik Nirwan lagi.

Adif menarik nafas dalam.  Pipinya yang gatal akibat digigit nyamuk, digarunya perlahan.  Entah mengapa hatinya berasa lucu mendengar kata-kata Nik Nirwan tadi.  Ada  ke patut dia membandingkan Nila, buah hati aku yang comel ini dengan lembu?  Sungguh hati Adif tidak percaya.  Sedaya upaya ditahan agar tawa dihatinya tidak terlepas dibibirnya.  Di tambah pula dengan riak wajah Nila yang mula merintik merah apabila mendengar butir bicara ayahnya.  Marah barangkali, teka Adif lagi.

"Baiklah pak cik.  Kalau itu yang pak cik inginkan, saya.." bunyi deringan telefon bimbit Adif telah mematikan butir bicaranya.

"Maaf.. Sebentar ya pak cik.." Adif bangun daripada kerusi yang didudukinya dan menghadap ke belakang.  Lagaknya seolah-olah ingin berahsia mengenai perbualan tersebut.

"Baiklah.." kata Adif sebelum menamatkan perbualan telefon tersebut.  Adif kembali duduk ditempatnya tadi.

"Beginilah pak cik.  Kalau pak cik tetap bertegas dengan keputusan pak cik, nampaknya saya terpaksa akur.  Demi Allah pak cik, saya sanggup melakukan apa sahaja asalkan saya dapat bersama-sama dengan Nila.  Pak cik jangan risau, sebentar lagi 'kawan' saya akan datang.  Dia dah bersetuju untuk memberikan saya pinjaman.." kata Adif tenang.  Nila pula terharu melihat akan kesungguhan Adif untuk mendapatkan dirinya sebagai suri hidup Adif.

"Huh!! Boleh pun.. Aku dah agak dah, kau memang sengaja bagi alasan sebelum ini..", balas Nik Nirwan acuh tak acuh.  Dalam hatinya sudah membayangkan betapa bangganya dia nanti apabila bercerita pada rakan-rakannya.  Adif tersenyum lagi.

"Hello my friend.." tiba-tiba suatu suara kedengaran menegur mereka.  Pantas Nila dan Nik Nirwan menoleh ke belakang.  Tempat di mana arah suara itu datang.  Kelihatan dua orang lelaki lelaki datang menghampiri mereka.  Berubah wajah Nila tatkala melihatkan penampilan kedua-dua lelaki itu. Lagak mereka seperti ahli-ahli kongsi gelap. 

Adif tersenyum sambil mengangkat tangan kepada dua lelaki tadi.

"Ok.. you sudah setuju ka?" tanya salah seorang lelaki tadi apabila mereka sudah berada di sebelah Adif.

"Ya.." jawab Adif ringkas.

"Wah.. you punya amoi manyak cantik wo.." kata lelaki yang seorang lagi.  Nila cuba menjauhkan diri daripada lelaki itu.  Agak takut dan tidak selesa dengan situasi itu.

"Adif, siapa mereka semua ni?" tanya Nila.  Ternyata Nila tidak senang hati dengan suasana ini.  Hatinya tiba-tiba berdenyut risau.  Rasa seperti ada yang tidak kena.

Adif diam, tidak menjawab soalan yang diajukan oleh Nila.

"Okey.. kalau itu macam, lu sign sama ini borang.." Adif menyambut borang yang dihulurkan kepadanya.  Setelah menandatangani borang tersebut, Adif pun menyerahkan kembali borang kepada kedua lelaki tadi.

"Tahniah..!! Terima kasih kerana berurusan dengan kami Ah Long Bukit Beluntong.." ujar lelaki yang menerima penyerahan borang daripada Adif.  Sebuah beg pula diserahkan kepada Adif sebagai balasan borang tadi.  Adif menyambutnya dengan senang hati.

"Wah..!! Wa talak sangka wo itu duta kita olang, Aflin Shauki sama itu Din Belamboi buat kelija manyak baguih.. Sampai Ipoh sini, kita olang boleh dapat customer.." tambah lelaki yang seorang lagi.

"Apa??! Ah Long?!" jerit Nila dan Nik Nirwan serentak.  Gila.  Tidak Nila sangka, Adif senekad itu hingga sanggup mengambil langkah gila yang sebegitu.

"Ya.  Adif terpaksa.  Maafkan Adif kerana terpaksa mengambil langkah ini, Nila.  Adif dah tak layak buat pinjaman daripada bank sebab sebelum ini Adif dah buat dua pinjaman.  Satu untuk beli rumah dan satu lagi untuk beli kereta.  Adif harap Nila faham tindakan Adif ini.." ucap Adif tulus memohon pengertian daripada Nila.  Segalanya terpaksa Adif lakukan Nila, demi kita dapat bersama.

"Pak cik, sekarang ini duit dua puluh ribu sudah ada dalam tangan Adif" kata Adif sambil menepuk beg yang berada di atas meja.

"So, Adif kira perbincangan kita hari ini selesai ya.."

Huh!! Hanya itu sahaja balasan daripada Nik Nirwan.

"Kalau begitu, marilah kita pergi makan dulu.  Biar Adif yang belanja.." ajak Adif.  Nik Nirwan berjalan dahulu dan meninggalkan Nila dan Adif sedikit terkebelakang.

Belum pun sepuluh tapak mereka berjalan, tiba-tiba mereka telinga mereka disapa oleh suatu bunyi.  Bunyi seperti orang sedang bergaduh dan diikuti oleh bunyi erangan kesakitan.  Pantas mereka menoleh ke arah bunyi tersebut.  Kelihatan seorang lelaki dibelasan dihadapan keluarganya oleh kedua-dua lelaki yang menggelarkan diri mereka Ah Long Bukit Beluntong tadi.  Pucat wajah Nila melihatkan insiden itu.  Pantas Nila menarik baju Adif. Adif sedar maksud Nila.

"Jangan risau sayang, Adif akan pastikan bahawa Nila tidak akan apa-apa nanti.  Insyaallah.." ucap Adif perlahan.  Tahu akan risiko yang mendatang.  Air mata Nila sudah mula membasahi pipinya.

"Oh, Nila tak apa-apa.  Habis, Adif macam mana?!" marah Nila.  Suara Nila yang kuat telah menarik perhatian kedua lelaki yang sedang khusyuk membelasah mangsa mereka. 

"Hallo abang.. Mali sini.." jerit salah seorang lelaki tadi.  Tangannya dilambai-lambai, memanggil Adif, Nila dan Nik Nirwan mendekati mereka.  Dengan langkah yang gerun, mereka bertiga berjalan merapati kedua-dua lelaki tadi.

"Hmm.. wa mau lu olang tengok apa jadi sama ini olang.  Dia sudah pinjam sama kita tapi talak mau bayar.. Hmm.. Busuk punya olang.." kata lelaki itu sambil menarik rambut lelaki yang sudah mula longlai akibat dibelasah tadi.

"Ayo yo.. Tolong la.. Jangan pukul suami saya lagi.." rayu isteri lelaki tersebut bersama-sama tangisan.

"Haiya aci.. Lu jangan lisau la.. Kita olang sudah penat belasah sama dia ma.. Ah Keong, hali ni lu la pulak potong.." ujar lelaki itu kepada rakannya.

"Wokeh.." lelaki yang dipanggil Ah Keong tadi mengeluarkan parang pendek yang sememangnya tersisip rapi dipinggangnya. 

"Eh, tapi hali ini kita mau potong apa?"

"Haiyya lu ni.. Dia talak jali ka?" tanya Ah Keong.  Kim Kit menarik kasar tangan kanan lelaki yang sudah lemah tadi.  Membelek kelima-lima jari.  Cukup.

"Hmm.. ada.. ada.. cukup semua.." maklum Kim Kit pada sahabatnya yang sudah bersedia dengan parang pendek.

"Kalau itu macam kita potong jali saja ma.. lain-lain 'benda' next time loh" balas Ah Keong itu ringkas.  Adif, Nila dan Nik Nirwan memejam celik mata mereka beberapa kali.  Tidak sangka mereka bakal menyaksikan perkara sebegini.  Kecut hati mereka.

"Ok.. Talik itu busuk punya olang sini.." arah Ah Keong pada Kim Kit sambil menunjukkan batu besar yang berada dihadapannya.

Dengan susah payah Kim Kit mengheret lelaki yang sudah lemah longlai itu menghampiri batu yang dimaksudkan dan meletakkan tangan lelaki itu dalam keadaan tangannya yang menggenggam dan hanya tinggal anak jari sahaja yang diluruskan.  Apabila mereka berdua sudah bersedia, maka parang pendek tadi diangkat tinggi sebelum dihayunkan.  Sebelum parang pendek itu sempat menetak jari lelaki tadi, Nila berlari dan menolak Ah Keong.

"Jangan..!!" jerit Nila.

"Haiyya.. Lu punya amoi manyak kacau la.." rungut rakan Ah Keong sambil menggaru kepalanya.

Adif pantas mendapatkan Nila.  Bimbang Nila diperapakan oleh kedua ahli kumpulan Ah Long itu.  Nila melutut di kaki Adif.

"Adif, tolonglah.. Pulangkan balik duit yang Adif ambil tadi.  Nila tak mahu semua perkara ini terjadi pada kita.. Tolonglah Nila, Adif.. Nila rela kita tak kahwin daripada kita terpaksa mengambil risiko yang tak berbaloi macam ni.." rayu Nila bersama tangisan yang teresak-esak.  Mujur sahaja tempat itu agak terselindung oleh pokok-pokok buluh yang merimbun.  Jika tidak pasti keadaan ini akan menarik perhatian orang ramai yang mula memenuhi kawasan taman rekreasi ini.

Adif meraup mukanya.  Resah dengan kata-kata Nila.

"Tidak Nila.  Adif lebih rela ambil risiko ini.  Adif rela mati Nila, asalkan kita dapat bersama.." ucap Adif nekad.  Tidak sanggup menerima kata-kata Adif tadi, Nila bangun dan melutut pula dihadapan ayahnya.

"Ayah.. tolong Nila ayah.  Sanggupkah ayah rampas kebahagian Nila, semata-mata untuk mendapatkan nilai hantaran yang tinggi.  Nila dah tahu ayah.  Nila dah dengar semuanya, apa yang ayah borakkan dengan Uncle Farid waktu dalam telefon hari tu.  Ayah tetapkan hantaran Nila tinggi-tinggi sebab ayah nak berlagak dengan kawan-kawan ayah, kan?  Tolong Nila ayah.. tolong Nila.. " rayu Nila lagi.  Kaki Nik Nirwan dipeluknya erat.  Harapannya agar ayahnya dapat melakukan sesuatu.  Harapannya juga agar ayahnya dapat memikirkan akan kebahagiaan dirinya.

"Nila.. bangun.." Nik Nirwan menarik Nila supaya berdiri.  Air mata yang mengalir laju dipipi Nila disapunya perlahan.  Kemudian, Nik Nirwan mengalihkan pandangannya ke arah Adif yang berdiri tidak jauh daripada mereka.

"Adif, pulangkan wang mereka.  Baiklah.. kita ikut sahaja kemampuan Adif.  Jika begini nanti kesudahannya, nilai hantaran yang tinggi itu tiada maknanya.." ucap Nik Nirwan perlahan.  Namun masih lagi dapat ditangkap oleh deria pendengaran Adif.

"Apalah sangat nilai hantaran dan harga wang belanja andai akhirnya anak kau tidak bahagia," kata-kata Luqman suatu ketika dulu kembali bergema ditelinganya.  Ya Allah, moga Kau merahmati perkahwinan anakku nanti, doa Nik Nirwan di dalam hati.

"Haiyya.. Ini macam wa manyak lugi la.." rungut ahli Ah Long Bukit Beluntong itu.  Nila ketawa dalam tangisan.  Ya Allah.. Aku bersyukur terhadap-Mu.

*           *           *
Majlis peminangan berjalan dengan lancar.  Telah ditetapkan bahawa nilai hantaran adalah sepuluh ribu dan tempoh pertunangan akan dijalankan selama sebulan sahaja.  Dipendekkan tempoh selama empat bulan sebelum tempoh asalnya, enam bulan.

*           *           *

"Thanks ya Ah Keong, Kim Kit, Ravi and you jugak Mangges.. Gaya korang hari tu memang hebat.." kata Adif.

"Tak ada hal, lah Adif.  As long as you dapat kahwin dengan Nila, cukuplah.." kata Mangges sambil tersenyum.

"Eh.. orderlah.  Jangan malu-malu.  Hari ni aku belanja.."

Seorang budak lelaki dan seorang gadis kecil berjalan-jalan disebuah taman.. Gadis kecil berlari riang bila disakat budak lelaki. Mereka kejar-mengejar. Bermain buaian yang berada dibawah pokok besar. Lalu buaian itu berayun perlahan. Talinya panjang hingga ke dahan. Budak lelaki tak jemu-jemu menolak buaian. Mengikut arah berlawanan dengan angin. Sekali sekala senyum terukir dibibirnya bila saja bayu meniup rambut gadis kecil. Bau harum rambut hitam pekat gadis kecil menerawang lalu hinggap dihidungnya. Budak lelaki senyum lagi dan lagi.

Seketika buaian berhenti berayun. Gadis kecil menoleh ke belakang. Budak lelaki sudah mencangkung menghadap pokok Oak yang paling besar. Ada semut-semut besar berjalan terkedek-kedek dibawahnya. Membawa makanan untuk ke sarang mereka. Budak lelaki menguis-nguis pasir. Overall jeans panjang separa lutut sedikit tertarik ke atas. Dia mengalihkan pandangan ke arah gadis kecil. Gadis kecil tersenyum. Kembali. Matanya tertancap pada daisy putih yang tumbuh meliar disekeliling oak itu.

Budak lelaki berdiri. Ditangannya segenggam Daisy putih seakan-akan tersenyum. Sama manis dengan senyum dibibir budak lelaki. Dengan tapak kaki yang perlahan-lahan berjingkit, dia menghampiri gadis kecil. "Bunga ini untuk kamu." Hati gadis kecil berbunga. Sama kembang dengan Daisy tadi. Gadis kecil mencapai bunga itu. Mulutnya senyum dan senyum lagi.

Manis. Semuanya sangat indah. Macam waktu mereka sama-sama melewati musim luruh. Dibalik daun kering yang semuanya kekuningan itu, mereka terpesona. Sama-sama terdampar atas dedaun yang bertimbunan itu.

Hari itu. "Gadis kecil,nanti saya bawakan kamu coklat."

Ada harinya. "Gadis kecil, nanti kita berlari ke hujung pelangi."

Gadis kecil mengangguk. Selalunya dia lebih banyak percaya daripada tidak mempercayai. Mungkin sepenuhnya?.

Gadis  kecil kembali ke alam nyata. Flashback hilang dalam nanosaat.  Tangannya masih kejap disitu. Masih dibunga Daisy yang tadinya puas dibelek. Lalu dibawanya ke hidung. Mengucup haruman Daisy itu walaupun dia sendiri tak pasti apakah baunya. Yang penting, bunga itu dari dia.Budak lelaki.

Tiba-tiba tangannya ditarik oleh budak lelaki. Mereka berlari ke suatu kawasan lapang. Rumput menghijau. Gadis kecil melongo. Ditangan budak lelaki ada dua kayu digenggam erat. Satu pendek. Satu panjang. "Kita main konda-kondi!." Budak kecil tersengih. Gadis kecil seakan mahu menggeleng tapi tetap kejap berdiri. Statik. Mulutnya kemudian perlahan-lahan menuturkan bicara. "Saya tak reti!." Terus matanya jatuh ke tanah. Pada rumput-rumput hijau tadi.

"Saya ajar. Percayalah." Mata budak lelaki seakan bersinar terang. Ada nada semangat dalam butir bicaranya. "Tapi...saya takut sakit." Masih lagi dua mata bundar itu jatuh ke bawah. Enggan memandang budak lelaki.  Budak lelaki lalu ambil dua tapak ke hadapan.Menghampiri gadis kecil. "Sayakan ada untuk kamu dan saya akan jadi sayap untuk kamu lari dari kesakitan." Tangannya segera ke dagu gadis kecil. Mengangkat wajah bulat itu. Menatap dua mata itu dalam-dalam lalu memberikan keyakinan. "Em.." Gadis kecil ketap bibir. Kepalanya perlahan-lahan mengangguk. Budak kecil melompat riang. "Yeayy! Jom!." Tangan gadis kecil dalam tangan budak kecil. Lalu mereka berlari ke hujung padang hijau itu.

Awal permainan, mereka sama-sama tersenyum. Budak lelaki lebih banyak ketawa dari membantu. Lagi banyak menyakat bila gadis kecil gagal memukul. Kemudiannya gadis kecil menarik muka masam. Mencebik lalu memalingkan wajahnya. Budak lelaki menyeringai, tersengih. Ditariknya tangan gadis kecil. Mulut itu laju menuturkan. "Sorry." Gadis kecil terus saja senyum lalu menyambung kembali permainan.

"Kali ni kita main betul-betul.Awak sambut okey?." Gadis kecil cuma angguk. Hatinya bergetar. Lebih hebat dari sebelumnya. Dia tak pernah setakut itu. Budak lelaki membuat patuk ayam. Mungkin, dia terlupa dia bukan bermain dengan budak lelaki lain. Mungkin,dia terlupa lawannya gadis kecil. Mungkin, dia terlupa gadis kecil tak pandai bermain. Tangannya memukul kayu pendek itu padu sebaik sahaja kayu kecil terlayang-layang diudara. Gadis kecil cuba menyambut tapi hampir saja dia terjatuh dan kayu pendek tepat mengenai dahinya. Kuat.

Gadis kecil terus sahaja berteriak. Sakit itu hanya Tuhan yang tahu rasanya. Darah pekat mengalir jatuh ke bumi. Banyak dihujung tangannya, sedikit mencemari gaun putih yang dipakainya. Tangannya masih berada didahi. Menahan darah dari terus-terusan mengalir. Budak lelaki terpempam. Kayu panjang yang dipegangnya sebagai pemukul jatuh ke tanah. Tergolek-golek dan masa pun terhenti.  Gadis kecil teresak-esak perlahan. Budak lelaki menghampiri lalu berulang-ulang kali meminta maaf. Gadis kecil bingkas bangun dan berlari dari situ. Hilang.

Hari selepasnya, gadis kecil sudah sembuh tapi ada parut jelas didahinya. Parut dari budak lelaki. Gadis kecil enggan keluar lagi. Enggan ke buaian tempat mereka sama-sama berdiri. Enggan ke padang tempat mereka sama-sama berlari. Dia duduk dibirai tingkap dan melontarkan pandangan ke luar tingkap. Menanti. Dulunya, budak lelaki lebih banyak menjerit-jerit dari bawah dan dia memerhati dari atas. Disitu. Ditingkap itu.
"Nanti saya bawakan kamu coklat." Ayat budak lelaki berlegar lagi.

"Nanti kita berlari ke hujung pelangi." Dia menanti pelangi itu.

"Saya akan jadi sayap kamu..." dan kita akan terbang bersama lagi,budak lelaki. Mulut gadis kecil berbisik perlahan.

Dia menanti lagi dan lagi. Menanti budak lelaki. Menanti agar budak lelaki akan menariknya kembali agar mereka dapat kembali ke buaian itu dan padang hijau tempat mereka selalu bersama. Sungguh, gadis kecil takut. Mulanya dia marah. Mulanya dia sedih. Mulanya dia benci. Kata budak lelaki, budak lelaki akan melindunginya tapi kenapa masih gagal?

Bila hari berganti. Parut itu masih kekal disitu. Gadis kecil menanti lagi. Kadang-kadang dia nampak budak lelaki berada dibawah rumahnya tapi hanya memandang ke arah tingkap biliknya,kosong. Hati kecilnya berteriak. "Kenapa kamu tidak mencari saya?." Air mata mengalir jatuh ke pipinya. Lalu dia teresak-esak sendirian. Sungguh, dia rindu budak lelaki tapi dia terlalu takut untuk pergi ke padang dan buaian itu sendiri. Dia takut dia luka lagi.

Tapi budak lelaki hanya muncul dibawah. Memandang ke arah tingkap biliknya lagi. Gadis kecil memandang. Lalu senyum. "Kenapa tak masuk budak lelaki? Kenapa tak tanya pasal diriku?.". Kadangkala budak lelaki muncul lagi tapi tangannya kosong. Mana coklat yang kamu janjikan? Mana pelangi yang bakalan kita pergi?. Masih lagi gadis kecil kejap menanti. Mungkin esok. Esok pasti budak lelaki akan masuk ke rumah ini dan memimpin aku supaya kami sama-sama dapat ke sana lagi. Gadis kecil senyum pasti.

"Gadis kecil.Keluarlah bermain.Maafkan saya." Suara budak lelaki bergema. Gadis kecil terus bangun dari katilnya. Dengan girang dia berlari ke birai tingkap. "Saya mahu tapi saya takut. Kamu bimbing saya!." Suaranya sedikit terjerit. Budak lelaki seakan mendengar tapi enggan bertindak. Seakan tahu tapi seperti tidak tahu. Lama budak lelaki menanti tapi dia tidak memimpin. Dan gadis kecil memandang dari birai tingkap. Kecewa.

Kemudiannya, budak lelaki tak muncul-muncul lagi. Gadis kecil semakin melupakan segalanya. Semuanya tentang buaian dan padang itu. Tentang dedaun kuning kekeringan serta tentang pelangi. Satu hari tiba-tiba ramai orang berada dikawasan gadis kecil. Mereka semua bermain dengan girang. Gadis kecil masih duduk dibirai tingkap. Tiba-tiba seorang dari mereka menegur. "Hai kamu.Tidak mahu bermainkah?." Gadis kecil yang sedang duduk memintal-mintalkan jari jemarinya sedang kakinya terampai-ampai ke udara terus mengangkat muka. Matanya bersinar terang.

"Saya mahu tapi saya takut mahu keluar." Dan budak lelaki baru ini tersenyum. Terus saja dia berlari masuk ke dalam rumah. Menggenggam lalu menarik tangan gadis kecil. Mulanya seakan payah untuk kaki itu menginjak. Atas rumput hijau tapi keinginan untuk bermain adalah lebih dari itu. Bila sahaja dia berjaya ke kumpulan kanak-kanak itu, dia tersenyum puas. Lalu hatinya tak henti-henti berbisik, "Terima kasih budak lelaki baru".

Sedang mereka bermain. Tiba-tiba kelibat budak lelaki muncul. Budak lelaki memandang ke arah gadis kecil tapi gadis kecil enggan mata mereka bertentang. Enggan mengingati buaian, padang serta pelangi. Budak lelaki memanggil gadis kecil. Lalu gadis kecil perlahan-lahan berjalan ke arahnya.

"Masih marah?." Budak lelaki bertanya. Gadis kecil menggeleng. Tangannya sekejap-sekejap meraba parut didahi. Budak lelaki tak perasankan parut itu. "Tak, saya tak marah dah tapi parut ni tetap berbekas dan takkan hilang." Baru sahaja budak lelaki perasan. Lalu dia berkata. "Saya minta maaf. Tak tahu luka tu berparut." Gadis kecil cuma tersenyum. "Tak apa." Gadis kecil lalu memusingkan badannya. "Saya mahu bermain.." dan dalam hati berkata "sedangkan ketika dulu kamu enggan memimpin saya kembali."

Budak lelaki hanya dapat memandang gadis kecil berlalu. Bila saja gadis kecil tiba pada kawan-kawan barunya. Budak lelaki baru berkata. "Mahu bermain apa, gadis kecil?." Gadis kecil senyum girang. Lesung pipit dipipinya terus sahaja melekuk. Dikiri dan kanan. "Apa-apa sahaja asalkan bukan konda-kondi.."

Dia tak tahu bagaimana dirinya terasuh dengan kata sabar yang maha dalam. Seluruh teman-teman mengaguminya. Mereka bilang sukar mencari manusia yang sesabar dirinya. Dia tidak mudah melenting marah. Dia juga tidak pernah memercikkan emosi tidak terkawal. Bahkan dia begitu mudah memaafkan setiap kebuatan yang takdirnya terpaksa di tempuh.

Dia bukan nabi. Biarpun setiap orang yang mengenal dirinya bilang kesabarannya persis khalifah mulia itu. Dia insan biasa. Punya perasaan sakit hati bila terluka dan kala tertempuh takdir yang buruk. Punya hati yang boleh merasa kecewa, gundah dan lara. Mungkin sudah ditakdirkan dirinya mudah menyejuk untuk menempuh setiap kesakitan. Tidak berhambur emosi tak tentu hala. Sukar memendam dendam.

Dalam galur keluarganya, tiada yang seperti dia. Ayahnya terkenal baran. Sedikit kesalahan yang mengganggu mindanya, buat tangan ayah tidak diam bertindak. Mungkin semarak merah darah yang mengalir dalam diri ayah yang bertahun-tahun dalam tentera membuatkan kemarahannya cepat marak. Ayah juga dari susur galur keturunan pahlawan yang terkenal satria. Mudah mengogah jika hasadnya terusik. Di desanya, seluruh penduduk menghormati ayah dengan penuh gerun. Ayah tidak senang berbicara, tapi mudah menghangat emosi kala telinganya berdesing. Justeru itu semua orang yang mengenal ayah harus menjaga susila dan ucaptama. Hati-hati agar tidak menunggah sengketa.

Ibu pula dengan dirinya bagaikan langit yang bertatang biru dengan tanah merah yang melata di bumi. Begitu kontra berbeda! Hanya raut cantik ibu yang tertanam pada dirinya. Mata bundar ibu yang beralis tajam, bibir berulas tipis dengan lesung pipit pemanis yang membenam di pipi kanan, diwariskan padu dalam diri. Hanya perwatakan mereka yang terlihat kontras. Ibu terkenal tidak ragu berperang kata. Setiap peristiwa yang menguris hati, ibu tidak gusar meledak garang. Begitu mudah bertinggi suara justeru kadangkala mudah melontar apa yang tercapai di sekitarnya. Setiap perkara yang merunsing emosi, ibu takkan mampu bersabar untuk lancang berterus terang. Bibirnya takkan mampu mengempang segala luahan benak hati. Biar halwa telinga yang mendengar berasa sakit, asal segala kata kesat bibir yang terluah mampu menghindar sakit luka hati sendiri.

Ibu selalu mendepankan aksi pelindung di kala dirinya yang selalu pasif bertindak. Setiap kali ada kecaman dan ancaman pada dirinya, ibunya akan bertindak melindungi. Sejak kecil ibu selalu membantu dia menempuh cabaran demi cabaran dalam hidup. Jika dia dibuli orang, ibu akan bertindak memarahi orang itu. Mulut ibu yang bercikcok mampu mengerunkan sesiapa saja.

Ibu juga sering mengomel tentang sikap dirinya yang penyabar ini. Kata ibu, orang akan memijak kepalanya jika dia terus bersikap mendiam diri dan bersikap sabar tidak bertempat. Orang juga akan dapat menilai kelemahan dirinya lantas amat mudah untuk diambil kesempatan. Ibu sering menyuruh dia agar tegas memelihara pendirian. Namun dia tetap begitu juga. Biar bagaimana pun ibu membebel pada tingkahnya, kesabaran padu dalam diri buat semuanya tak lut dalam jiwa. Akhirnya ibu behenti mengomel kerana penat bercakap dengan dia. Di desa mereka, hanya dia saja yang dapat mematahkan pedas ungkapan ibu.

Menurut ibu, sikap pasif yang ada pada dirinya mungkin diserap dari sikap gemulah eyang yang terkenal sabar juga. Eyang sepanjang hidupnya sering menyepi diri dari dunia luar untuk menggelak sengketa. Eyang sentiasa menghindar diri dari setiap aktiviti yang mengundang nilai-nilai negatif dalam jiwanya. Selalu berbaik sangka dengan orang lain, serta tidak mudah melatah dengan riak jahat di sekitarnya. Itulah sikap murni eyang yang dikenal orang sampai ajalnya tiba. Tiada bermusuhan.

 “Hidup kita tidak lama, cu. Pejam-celik mata, usia dengan mudah sudah berinjak tua. Untuk apa kita saling membuat sengketa dengan orang lain demi menghirup nafas yang singkat ini. Jika kita beralah, tak semestinya nilai diri akan kalah. Yang pasti, maruah diri akan terus dihormati.”

Ungkapan berulang-ulang eyang bergiang-giang di halwa telinganya di waktu kecil. Seakan menanam amanat dalam jati diri. Masih terbayang dimatanya, wajah gemulah eyang yang damai menyentuh rasa. Mata eyang yang bersinar abu-abu kecoklatan seakan sinaran nilam yang terbias tenang dalam air jernih tidak tercemar. Dalam pikunnya, eyang terlihat awet muda. Mungkin hasil ketenangan jiwa mengurangkan kerutan yang ada. Raga tampa lara yang terpendam.

Sejak kecil, sikap sabarnya membina tabir-tabir kehidupan diri yang tidak terhitung banyak. Dia mudah beralah, membuatkan dia sering dibuli. Biar pun dia yang paling bongsu, tapi sikap beralahnya membuatkan kakak-kakaknya tiada pernah memberi muka padanya. Masih diingat kalau ayah memberikan hadiah kepada mereka adik beradik. Biasanya dia hanya dapat mengambil pilihan yang terakhir. Malah pilihan akhir itu adakalanya dengan rela ditukar ganti pada yang lain jika ada di antara kakak-kakaknya yang berniat meminta. Dia tetap tersenyum walaupun hadiah yang terpaksa diterimanya tidak secantik dari yang lain. Hatinya begitu polus meredhakan.

Dari segi berkawan juga, dia sering suka beralah. Selain itu, sikap pemurah dan tidak banyak berbicara, menimbulkan rasa terasing menyempadani setiap susur persahabatan untuk kekal dengan dirinya. Teman-teman suka berkawan kerana sikapnya yang tidak banyak karenah dan mudah diambil kesempatan bila perlu. Setiap kali, ayah menitipkan permainan dan gula-gula, biasanya semuanya itu akan berganti tangan pada teman-temannya yang lain. Pantang ada yang menadah minta, pasti dia beri. Malah kebanyakan permainannya hilang terus kerana tiada yang memulangkan. Dia sering dimarahi oleh ayah dan ibu kerana itu. Namun seperti selalu, kemarahan mereka mudah sirna apabila melihatkan wajahnya yang persis boneka comel penuh simpati itu. Paras sendunya menuntun hati mereka.

Dia meniti zaman remajanya seperti gadis lain. Tubuh dan wajahnya berbias cantik sempurna. Dia juga pintar di alam sekolah. Namun sikap polusnya tetap berkembang sama. Dia ramai berkenal kawan dan tiada bermusuh, namun tetap bersendiri tampa teman yang akrab.  Nilai anti sosial yang tertanam di benak mengucilkan dirinya dari dunia luar. Ramai juga yang mengambil kesempatan atas sikap sabarnya. Jika nak dihitung nilai wang ringgit dan harta benda yang dihutang orang, boleh membeli 3 buah banglo mewah. Begitu pemurah tidak bertempat. Biar begitu, hidupnya tidak pula keputusan wang dan serba kekurangan. Sungguh pelik! Betapa tuhan melimpahkan kurnia pada insan pemurah sepertinya.

Alam remaja yang penuh gelora cinta turut dilaluinya dengan normal seperti gadis lain. Dia teringat kali pertama dia bertemu dengan Hafiz. Pemuda hitam manis bertubuh tinggi jangkung itu begitu pendiam orangnya. Kumis yang digaya tipis menyerlahkan kekakuan bibirnya meluah bicara. Hafiz memang unik berbanding teman-teman sejurusannya yang lain di universiti dulu. Bersikap mengucil diri dan tampak anti sosial. Tingkah pasif yang sama membuat mereka serasi berdua.

Hafiz anak kepada seorang petani miskin dan dia amat jatuh kasihan padanya. Sering dia membantu Hafiz dari segi kewangan untuk menyusuri dunia kampus yang tertera banyak mengorban biaya. Selain berkongsi buku-buku rujukan yang tak mampu dibeli. Mereka sering belajar bersama serta serasi dengan minat yang juga sama; bersikap anti sosial, berulit buku ilmiah sepanjang waktu, dan terkucil dari dunia remaja yang penuh warna. Kebersamaan mereka makin terasa perlu bila melihatkan teman-teman yang lain sering meminggirkan mereka kerana sikap mereka yang sedingin salju justeru membosankan. Mereka berkawan sehingga dunia kampus mereka berakhir nyaman.

Setelah beralih ke bidang kerjaya, hubungan mereka tidak pernah terlanjur putus. Dia bertugas menjawat eksekutif korporat di Shah Alam. Hafiz pula memeta langkah di kota Kuala Lumpur. Mereka masih di posisi kerjaya yang sama dengan bidang yang mereka raih ilmunya di kampus dulu.

Seperti aturan, setiap petang Sabtu, jam 3 petang, mereka bertemu sejam dua di sebuah restoran Starbuck di pinggir kota Kuala Lumpur. Rutin itu berlangsung bertahun-tahun lamanya. Mereka berbual tentang perkembangan kerjaya, hobi ulat buku dan rutin hidup mereka dalam sepanjang minggu yang dilalui. Termaktud juga dengan perbualan membosankan yang lain. Namun begitutu, mereka tidak pernah sekalipun melayarkan luahan hati dan kisahan cinta. Hubungan mereka begitu pelik. Tapi, mereka masing-masing sendiri tahu yang mereka serasi bersama.

Masa berlalu bagai tidak menunggu sesiapa. Dia sudak menginjak usia 29 tahun. Ibunya yang makin menua sering mencikcokkan keadaan dirinya yang masih terus sendiri. Kakak-kakaknya semua sudah berkeluarga justeru berderetan dengan pelbagai ragam anak-anak. Rutin hidup mereka terus berpusar meriah. Tidak seperti dirinya. Ibu terus mengomel tentang hubungannya dengan Hafiz. Seakan terus memaksa dia mempersoalkan hala tuju mereka. Menentukan hidup jodoh.

 “Ibuku ada menyoal tentang kita, Hafiz. Kau kan tahu berapa usia kita sekarang. Kita sebaya. Dan juga tidak ada sesiapa yang menghalang perhubungan kita selama ini. Apa perancanganmu?”

Hafiz terpana. Dia resah. Dia seakan rela dalam terpaksa untuk mengungkapkan soal jodoh itu pada Hafiz. Namun dia tahu, ibunya benar.

 “Berikan aku masa ya. Nampaknya kehidupan aku di sini tak menginjak rezeki yang membaik. Aku mahu bertukar angin ke Pulau Pinang. Mengumpul wang dan menyalur janji jodoh kita”

 “Berapa lama?”

 “Tiga tahun. Dan aku akan terus menyunting kau setelah itu”

Dia akur. Tempoh tiga tahun itu dirasakan mampu untuk dia harungi tekad sabar lagi. Sementelah makna kesabaran itu sudah berbati dengan dirinya sekian lama.

Dua minggu kemudian, Hafiz memulakan corak hidupnya di Pulau Pinang. Meninggalkan dia yang terus tertakup disini. Meninggalkan rutin temu mereka setiap 3 petang Sabtu di restoran Starbuck itu. Dia akur dalam rindu yang terpendam.

Di kala berjauhan, mereka tidak pernah berputus hubungan. Perbualan mereka sering berlegar bisu disela sms-sms yang terus berbalas-balas. Selain faktor menjimatkan biaya, mereka juga saling akur dengan sikap bisu mereka. Mereka sama-sama buta kosa kata. Dan seperti selalunya, dia sering menghulurkan ringgit sehelai dua untuk membantu Hafiz memulakan kerjayanya di sana.

Lima tahun berlalu pergi bagai puputan embun yang disejat tanpa disedari layar waktu. Hafiz terus membisu dari bayang-bayang untuk melamarnya. Hatinya gusar. Ibu makin lebat menghunjam pertanyaan tentang janji Hafiz kepadanya. Ibu gusar dia terus menunggu suatu yang tak pasti. Ibu tak sanggup anak bongsunya jadi andalusia! Ibu terdesak memainkan aksi pelindung seperti sering dilakukan untuknya semasa kecil dulu.

 “Makcik nak tahu apa kesudahan kisah ini, Hafiz! Apa kepastiannya!”

 “Saya masih belum bersedia, makcik. Maafkan saya,beri saya waktu”

 “Kata ini muktamad! Pastikan bersedia.. atau tamatkan semuanya.. dan jangan lupa, pulangkan semua yang kau sudah ambil dari anak makcik. Dia telah banyak berkorban.Makcik akan pastikan dia tak terkorban!”

Ternyata ungkapan tegas ibu mengusarkan Hafiz. Hafiz terperangah. Hafiz menghubungi dia untuk bertemu di tempat biasa sehari kemudiannya. Dia akur.

 Mereka berjumpa di restoran Starbuck yang sama di pinggir kota itu setelah lima tahun. asih di tempat duduk yang sama. Di posisi kanan pintu masuk, di deretan bangku nombor dua. Berhadap satu sama lain, meminggir kaca restoran yang mengadap air pancuran kecil di laman luar.

Hafiz tampak serba salah. Pancaran matanya yang suram dengan wajah yang terus menunduk mengisahkan kekesalan diri. Hafiz memohon maaf padanya. Hafiz bilang dia gagal memulakan hidup berkerjaya di Pulau utara yang masyhur itu. Tujuh kali bertukar kerja dan masih belum menjumpai kerjaya yang benar-benar serasi. Gagal! Gagal mengumpul wang untuk jodoh mereka. Gagal juga untuk membayar kembali segala himpunan hutang padanya.

 ‘Setelah lima tahun!’ Hatinya berdetik. Benak diselubungi kecewa dan hampa. Dia mengenangkan wajah ibu yang beriak garang. Hatinya cemas bagaikan jatuh ke jurang yang amat dalam. Dia gentar memikirkan tindakan ibunya nanti. Dia menyarankan hafiz meminjamkan wang darinya untuk melaksanakan perkahwinan mereka. Hafiz tidak perlu mengeluarkan apa-apa.

Dalam lima tahun ini, wang simpanannya terperuk banyak juga. Tambahan pula dia bukan jenis yang gemar bebas berbelanja. Tidak seperti Hafiz, yang masih termangu-mangu membina kehidupan. Lima tahun berlalu penuh sia-sia. Biarlah! Dia merelakan. Berkorban untuk kehidupan yang turut akan dikecapinya juga nanti. Dia redha!

Perkahwinan mereka berlangsung dengan seadanya. Lengkap segala adat diadakan seperti yang diimpikan oleh ibu. Berinai, bersanding, bermakan jamah, memotong kek bertingkat dan selainnya. Ibu jadi seorang yang paling gembira di hari itu. Senyum manisnya menyeri sentiasa. Dibalik mata ibu yang menyinar haru, wajahnya tampak cerah bagai sinar mentari muda di sela-sela awan. Dia bersyukur dapat mengembirakan hati ibu. Biarpun hanya dia sahaja yang tahu semua kelengkapan perkahwinan ini dari sumber kocek simpanannya. Termasuk mas kahwin yang dipinjamkan bulat-bulat. Hafiz seakan mencuci tangan dan kaki untuk menikahinya. Dia tahu tindakannya agak keterlaluan. Mungkin melanggar hukum perkahwinan. Tak apa lah. Baginya pengorbanan besar ini adalah demi cinta mereka. Dia redha!

Kisah hidup rumahtangga mereka, berlangsung seperti orang lain. Dia bekerja seadanya di syarikat yang sama. Bahkan terus melompat dari satu tangga jawatan ke satu tangga jawatan yang makin meninggi. Dia tampak senang naik pangkat kerana sikap kerja keras dan kesabarannya mempesonakan sesiapa saja. Majikan begitu mengagumi dirinya.

Tidak seperti suaminya! Hafiz masih terus terkial-kial dalam mencari kerjaya. Masih sering bertukar tempat kerja. Dia sendiri tidak begitu memahami pendirian suaminya itu. Apakah takdir buruk yang mencengkam Hafiz? Atau Hafiz yang mencengkam takdirnya sendiri hingga terus memburuk? Dia tidak mengerti. Dan dia terus menjadi pengemudi utama kapal rumahtangga mereka, termasuk menyediakan semua biaya. Membiarkan suaminya yang masih terus berkebil-kebil, mati kutu. Sehinggalah dia melahirkan Alya, anak pertama permata hati mereka. Hafiz tetap begitu. Tak apalah. Dia masih mampu bersabar!

Alya membesar menjadi gadis cilik yang lincah dalam usia mekar 6 tahun. Kulitnya putih mulus. Bermata bundar. Bermulut belahan delima yang diserikan lekuk dalam lesung pipit manis di pipi kiri, seperti dirinya. Alya lincah dan pintar berkata-kata. Sesiapa sahaja yang melihatkannya, pasti tertawan.

Dalam tempoh enam tahun yang panjang itu, Hafiz terus rapuh meniti hidup. Setelah tahun demi tahun berkial-kial mencari tapak kerja, Hafiz mulai berubah jadi tidak berusaha untuk bekerja langsung. Sudah bangga memikul gelaran pengganggur sepenuh masa. Hafiz mula berjinak-jinak membuat niaga projek kerja bersama rakan-rakannya. Setiap kali dia juga terus akur meminjamkan modal untuk itu. Dia bersabar. Biarpun semua projek niaga itu musnah terbengkalai tidak lama kemudiannya,  bersama modal dari titik peluhnya.

Ada juga modal yang diheret dari simpanan ibu dan kakak-kakaknya yang tak lupus memberikannya alur semangat. Ia turut musnah jua. Membawa dirinya tersepit dalam gugusan hutang di kiri kanan! Dia sabar dan terus pasrah. Dia bekerja keras untuk melunaskan semuanya. Dia bekerja sambilan di waktu malam untuk menampung semua hutang, disamping mencari rezeki untuk  mereka sekeluarga agar terus hidup selesa. Sementara suaminya yang masih beriak selamba tanpa endah bersalah. Dia malu pada ibu dan kakak-kakaknya.

 “Apa nak jadi dengan kau ni, Ida! Sepatutnya sejak dulu kau bertegas dengan suami kau yang tak guna tu. Suruh dia cari nafkah. Bukan kau yang terbeban untuk memelihara dia. Bertegas lah, nak!”

Wajah sayu ibu dan ayah yang makin menua membayang di layar mata. Ayah yang masa mudanya bercekak garang, kini berwajah haru dalam pikun diri melihatkan getir kehidupan dia. Ibunya juga sudah tak banyak bercikcok lagi. Hanya bersuara tenang meminta dia bertegas dengan hidupnya yang ada. Seakan sudah lelah menyemat nasihat.
 Jiwanya retak. Nada hampa ibu dan ayah membuatkan dia patah hati yang cukup selara. Dia malu pada ibu. Bersalah pada ayah. Bersalah membuatkan hati mereka tidak tenang memikirkan dirinya. Dia tak mampu berbuat apa-apa. Dia hanya mampu terus bersabar. Mampu berdoa agar takdir suaminya berubah. Dia pasrah!

Petang itu, hatinya yang tersedia ruwet dikejutkan dengan panggilan Mak Tom, jiran di susur kiri rumahnya. Mak Tom bilang Alya jatuh pengsan dan telah dibawa ke hospital. Hatinya kacau. Bukankah suaminya yang sepatut menjaga Alya saban hari di rumah selama ini? Dimanakah suaminya?

Wad kanak-kanak, Hospital Besar Kuala Lumpur itu diredahnya bagai orang yang kalah dengan perasaan. Ya! Dia seakan sudah kalah dengan takdir. Dia memeluk ibu yang turut ditemu di sudut ruang menunggu. Dia berisak dalam pelukan ibu yang menenangkan. Memaut damai dalam hati dari usapan lembut ayah dibahunya. Ketenangan itu tidak lama. Dia terpaku bila mendengar penjelasan doktor bahwa Alya diperkosa. Anak kecilnya dicabul! Dia panik! Dan ibunya terus rebah, terkejut parah di sisinya. Dia meraung! Suami, Dimanakah kau?

Ibu dilanda nazak. Jantungnya tidak mampu menahan takdir kelam yang meragut Alya, cucunya. Suasana sendu menyelubungi ruang keluarga. Rumah ibu penuh dengan tangis haru. Sudah beberapa hari dia jadi lugu. Dia tidak keluar bekerja. Dia tak kemana-mana kerana ibu ternyata tak tega melepaskan dia dari sisi. Dia terus teguh di samping ibu. Hanya sekali-sekala melarikan waktu melihat Alya yang tersadai lemah di wad hospital. Alya masih koma. Dan suaminya terus menghilang tanpa berita. Hafiz! Dimanakah kau?
 “Masyallah! Bukakan hatimu, nak! Adakah sampai ke tahap ini kau masih mampu bersabar lagi? Setiap perkara ada hadnya, Ida. Ibu tahu dia lah durjana itu! Dia lah syaitan yang merosak Alya! Ibu yakin! “

TIDAK! Dia tak percaya! Sebenarnya dia tak mahu percaya. Dia yakin pada cinta Hafiz kepada mereka. Dia yakin kesabarannya takkan dibalas tuhan dengan takdir tuba. Hafiz! Dimanakah kau... Pertahanlah dirimu. Katakan semua ini dusta!

 “Setiap perkara ada hadnya, Ida. Nanti setelah sampai masanya, kau akan tahu yang batas sabar itu akan mengolak diri kau juga. Percayalah ibu, nak!”

Ibu pergi jua. Meninggalkan dia dalam wajah terdera. Meninggalkan dunia penuh menduga yang tak sanggup dilihat-tempuhnya lagi. Meninggalkan amanat yang terus memupuk kaku di ruang fikirannya. Kata-kata ibu bergiang di cepu kepala. Bergulir ke semburat hatinya yang mendingin beku. Dia pasrah dalam kelam.

Kehidupan ditempuhnya tabah meniti hari. Bukankah dia seorang yang amat sabar selama ini? Dia takkan beralah pada takdir. Dia bekerja seperti biasa dan sesekali berkejar waktu melawat Alya di hospital. Tak putus juga menziarah ayah yang sudah tinggal sendiri di rumah pusaka. Dia keliru dengan Hafiz. Suaminya terus menghilang tanpa pesan. Panggilan juga tidak berjawab. Apakah ertinya semua ini, suamiku!

Suatu malam, dia dikejutkan dengan kehadiran Hafiz di rumah. Tubuh suaminya kurus melidi seakan menyimpan derita jiwa yang parah. Bersibak wajah yang suram tidak terurus. Hafiz kelihatan kelam kabut mengemas pakaiannya dari perut almari bilik mereka. Hafiz bilang dia ada kerja di luar daerah. Dia bertanya apakah hafiz tahu yang ibunya telah meninggal dunia, dan Alya yang terkedang sakit di hospital. Pertanyaannya terus dibiar sipi. Dan dalam gemersik kelam malam itu, Hafiz berlalu pergi lagi setelah meminta sedikit wang belanja darinya. Dia masih tega memberi. Biarlah! Mungkin Hafiz mahukan ketenangan di luar sana. Dia masih bersabar!

Tiga minggu di hospital, Alya sudah beransur sihat. Cuma Alya harus terus di tahan di wad prestraktri kerana masih dinaungi trauma. Kadangkalanya si kecilnya itu menjerit-jerit ketakutan. Ada waktu meronta-ronta dalam halusinasi. Tidak mahu menjamah makan dan minum. Alya jadi manusia bisu tampa suara. Hafiz pula terus menghilang. Tidak melawat, apatah lagi untuk bertanya kabar Alya. Hati keibuannya tersentuh. Luka terus mencarik-carik benaknya tambah berdarah. Ya Allah, mengapa ini yang harus ku tempuh? Dia meniti doa dalam kesabaran. Hafiz! Dimanakah hatimu?

Doktor memanggil dia untuk menjelaskan keputusan DNA perogol Alya. Alwah ibu yang mengesa ujian itu dibuat sebelum menghembus nafas akhir. Ibu ingin tahu siapa yang merosak Alya. Dia akur pada saranan ibu. Dengan kalimat Allah, sampul keputusan DNA itu dibukanya penuh redha. Dia tergamam. Nafasnya sangkut-sangkut menahan desah hati. Masyallah!

Dia terduduk lemah di bangku ruang menunggu hospital. Matanya yang dibasahi air–air bening memandang suram ke pintu bilik Alya. Batinnya menggigil keras. Seakan semua situasi ikut berhenti melihatkan kekakuan dirinya. Dinding-dinding putih di kiri-kanan seakan mengejek dirinya dalam haru. “Masyallah! Mengapa ini yang harus ditempuh anakku!

Dari jauh, di ruang koridor itu, dia nampak tubuh Hafiz yang berjalan menghampiri dirinya. Bersela dengan seorang jururawat yang membawa troli peralatan hospital dibelakang. Hafiz beriak selamba menghampiri.

 “Ida, abang nak mintak wang belanja sedikitlah. Boleh berikan tak?”

Nada selamba Hafiz yang tidak berperasaan seakan mengaum-gaum di cuping telinga. Seperti mengejek harga kesabaran diri. Wajah Hafiz masih beriak senang tanpa riak bersalah. Ya Allah! Inikah suami tercintaku!

Dia teringat wajah sendu Alya yang hilang masa depannya. Dia teringat air mata penderitaan alya ketika meronta-ronta dinaungi trauma. Berpusar dengan wajah arwah ibu yang bertatap sendu. Mata ayah yang bersinar haru. Dan wajah tenang gemulah eyang yang tulus mengukir tekad tabah didada ingatannya

Dia bangun mendekati Hafiz. Airmata yang melemas di seluruh wajah tak diperdulikannya lagi. Dia merentap sebilah besi kecil berbentuk gunting bedah tajam dari atas troli jururawat yang menyaingi susuk kanan diri. Tiba-tiba, dengan  tangan yang ringan, benda tajam berkilat kecil itu di ayun melayang ke sasaran.

Zupppp.....

Darah berkecai menyimbah lantai. Bersibar merah ke dinding yang putih. Mencela seragam jururawat yang menjerit nyaring ketakutan di sisi kanannya. Dan merecik ke wajahnya yang tetap beralur tenang seperti air putih suci tidak tercemar.

 Dan ternyata,

..... dia tidak sesabar nabi...

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini