rss

Aku menggigil kesejukan ketika Laikha mengangkatku dari longkang yang dalam tu. Aku nak mengucapkan terima kasih padanya tapi tak berupaya. Baik betul hati Laikha. Saper entah yang keji sangat tadi, tolak aku jatuh dalam longkang. Geram betul. Setengah jam aku jerit mintak tolong.

Laikha membawa aku pulang ke rumah. Sebenarnya aku nak protes, nak cakap kat Laikha mak aku kat mana sekarang ni. Tapi badan aku yang kecik ni… tak daya aku nak protes. Lagi pun aku dah tak boleh nak bergantung kat mak je. Mak kata aku kena berdikari sebab tulah aku ikut Laikha balik rumah.

Sebenarnya keluarga aku ni keluarga susah. Ayah aku tu tak guna. Waktu mak aku mengandung lagi, dia dah tinggalkan mak. Kesimpulannya aku ni lahir tak berayah. Dahlah kakak ngan abang aku ramai. Kesian mak kena jaga kitorang semua.

Apa-apa pun, sampai je kat rumah Laikha, Laikha terus mandikan aku. Yer ah… busuk aper jatuh longkang. Tak lama lepas aku mandi, mak ngan ayah Laikha balik dari kerja. Laikha tunjukkan aku kat parents dia. Pastu dia merayu-rayu mintak kat mak dia supaya aku boleh tumpang tinggal kat rumah dia. Aku rasa mak Laikha tu terkejut. Mana taknya, tiba-tiba anak dia bawak kawan macam aku ni. Dahlah jumpa dalam longkang, mintak tumpang pulak tu.

Tapi, mungkin sebab aku ni comel kot. Hahaha… perasanlah pulak. Apa-apa pun, aku dapat jugak tidur kat rumah Laikha malam tu. First time aku merasa tidur rumah besar macam tu.

Esoknya, aku bangun lambat. Aku bukak mata je, mak Laikha dah start enjin kereta, nak pergi kerja. Laikha tak sekolah hari tu. Dia melepak je depan tv. Aku pun duduk kat sebelah dia walaupun aku tak paham sebijik pun mende yang dia cakap. Ke hulu, ke hilir aku ikut dia. Pegi makan, buat kerja sekolah. Aku dah tak tahu apa benda nak buat.

Petang tu, waktu posmen datang pun aku ikut dia jugak keluar amik surat. Ntah kenapa ntah posmen tu datang petang-petang, aku pun tak tahu. Tengah-tengah aku seronok menghayati cahaya matahari lepas sehari suntuk terperap kat rumah, tiba-tiba Laikha memanggil aku. Dia memperkenalkan aku pada seorang budak lelaki, jiran dia kot. Aku cuma tersenyum.

“Comellah awak ni,” kata budak lelaki tu membuatkan aku tersipu-sipu malu. Aku tunduk dan mendengar je perbualan diorang.

“Laikha buat apa petang ni?”

“Ntah… tak buat apa-apa kot. Lepak je kat rumah. Mak ayah Laikha kata diorang balik lambat hari ni,” Laikha memintal-mintal hujung rambutnya yang ikal. Buat seketika, dua-dua orang manusia depan aku ni terdiam. Otak aku yang nakal ni cuba untuk buat kesimpulan sendiri.

Mungkin diorang ni suka sama suka kot, tapi takut nak cakap. Aku memandang je budak lelaki tu (aku rasa nama dia Sham), tak berkelip-kelip. Dia ni pemalu ke apa? Cakaplah something.

Ceh… macam dia dengar pulak seruan aku, tiba-tiba je dia membuka mulut, “Erm… aah… Laikha nak keluar ngan Sham tak?” katanya sambil merenung aku. Aku pun tak paham… pandanglah Laikha, buat apa pandang aku.

“Pegi mana?” Laikha menyoal sambil memandang ke arahku. Aku menelan air liur. Takkan jeles kot weih… aku tak buat apa-apa pun.

“Jom jalan-jalan kat taman. Kita bawak dia sekali, nak tak?” Sham menuding ke arahku. Lah… sudah. Aku tak nak kacau diorang… tapi, aku tak nak tinggal kat rumah ni sengsorang, nanti aku tak tahu nak buat apa. Mau tak mau, aku kenalah jugak ikut diorang.

Sambil berjalan ke taman, Laikha ngan Sham dua-dua senyap. Aku blank ah ngan manusia-manusia ni. Kalau dah nak tu, cakap jelah nak. Sekali lagi otak aku yang nakal ni memainkan peranan. Sambil jalan tu aku buat plan aku sendiri.

***************

Sampai-sampai kat taman tu, aku terus berlari-lari ke sana sini. Mula-mula aku lari macam biasa je, sajer nak nakal-nakal. Aku kan kecik lagi. Kesian jugak aku tengok Laikha tu… terjerit-jerit panggil aku. Aku buat dono je sebabnya aku nak merealisasikan plan aku. Hahaha…..

Aku berhenti berlari jap… Laikha merapati aku dan mengusap-ngusap kepalaku. Aku mencari-cari Sham. Rupa-rupanya dia sedang merapati aku dari belakang. Serentak dengan itu, aku start berlari lagi.

Laikha menghentakkan kaki. Geram kot tengok perangai aku. Yang Sham pulak ketawa terbahak-bahak. Dia dah sampai kat sebelah Laikha. Laikha menarik muka dan memuncungkan bibirnya. Dia mencubit paha kanan Sham. Sham melompat kesakitan. Serentak dengan itu, aku start berlari lagi.

“Sham tolonglah Laikha kejar dia,” aku terdengar suara Laikha dari belakang. Aku terus berlari. Lima minit kemudian, aku berhenti dan mencari-cari diorang. Mana ntah perginya. Aku lari cepat sikit je, diorang dah hilang. Pancet, ape?

Aku menoleh ke belakang, tak nampak-nampak lagi kelibat diorang. Elok-elok aku pusing depan balik je, Laikha dah terpacak kat depan aku. Aku melompat, terkejut. Aku berpusing ke belakang, Sham pulak ada kat belakang tu. Ni sudah baik ni. Aku melangkah perlahan-lahan ke belakang. Sham merapati aku perlahan-lahan. Dia takut aku lari lagi kot. Laikha pun sama, dia melangkah ke depan slow-slow.

Aku berdiri je kat tengah-tengah diorang. Nak biarkan diorang dekat lagi sikit. Sham memberi isyarat pada Laikha dan menggerakkan mulutnya. Ade ke patut dia ingat aku tak paham. Hey… setakat nak megira tu aku retilah.

Satu! Dua! Tiga!

Aku melompat ke tepi sebaik sahaja Sham ngan Laikha menerkam ke arahku. Sebaiklah aku tak jatuh dalam longkang lagi sekali. Sipi-sipi je. Tapi, kesian Sham ngan Laikha. Diorang bertembung… pastu tergolek-golek. Ceh… buat cerita hindustan pulak.

Anyway, plan aku menjadi. Aku dapat tengok macam mana mata diorang berpaut, macam mana Sham punya muka tiba-tiba je tukar jadik merah. Laikha pulak tertunduk-tunduk malu. Yes… yes!! Plan aku dah jadik.

Aku mendekati diorang sambil tersenyum puas hati. Sham tengah menolong Laikha bangun. Dia menjeling ke arahku. Aku tersengih selamba.

“Nakallah awak ni,” Laikha memegang telingaku.

“Saya dah penatlah Laikha, kejar kawan awak ni. Jom balik jom!” Laikha mengangguk. Kitorang pun jalanlah balik. Diam je. Tension aku, penat je aku berusaha. Aku memandang wajah Sham lama-lama. Oiii… kau tu lelaki, start ah dulu.

“Erm… Laikha…” aik?! Dia dengar lagi seruan ku?

Laikha memandang muka Sham. Aku menahan nafas sambil memberikan sokongan padu pada Sham dalam diam. Sham terdiam jap. Tak lama kemudian dia menggenggam tangan Laikha kuat-kuat.

“Laikha faham kan?” soalnya antara dengar tak dengar. Laikha tersenyum manis dan mengangguk. Aku ngan Sham dua-dua menghembus nafas lega. Sham mengeluarkan sebentuk cincin silver dari poketnya.

“Wear this and be mine,” katanya sambil menyarungkan cincin tu ke jari Laikha. Laikha terus tersenyum. Aku mengiau kegembiraan dan menyondol-nyondolkan kepalaku ke kaki Laikha.

MEOW!MEOW!MEOW!!


1 comments:

  1. Latest News Updates Bollywood, Hollywood, Dating & Fashion
    Online Bollywood News and Reviews
    http://www.onlinebollywood.net/

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini