rss

Bilik 1704. Hotel Double Tree, Jalan Ampang. Megah bergemerlapan hiasi latar suram malam bandaraya yang tidak pernah tidur.

Udara sejuk dari penyaman udara mencengkam tubuh halus mulus Rika. Di luarnya hujan mencurah-curah, Rika menyumpah-nyumpah di dalam hatinya sendiri terlupa membawa jaket denimnya. Kini, dia mengongkol kesejukan sementara menanti pintu bilik dibuka oleh pemiliknya. Maya bersama dengannya cuma diam, barangkali memikirkan bagaimana malam ini bakal berlalu.

Setiap malam bagai satu pengembaraan, dari satu katil ke katil lainnya, dari satu bangsa ke satu bangsa lainnya. Lain situasi, lain tempat, lain warna kulit, sama sahaja permintaannya. Pinta berteman, pinta kenikmatan. Ada malam buat dirinya dicintai, disanjung seperti puteri, ada malam buat dirinya dicaci maki, diseksa seperti abdi.

Pintu bilik 1704 terbuka. Lelaki berusia lewat 30-an membuka pintu sambil menguntum senyum manis.

- Masuk.

Rika dan Maya melangkah masuk. Katil saiz sederhana besar bersalut cadar putih kemas terhampar. Rika dan Maya cuma membatu di kepala katil berdiri menantikan arahan.

- Pusing.

Rika dan Maya berpusing. Lelaki tadi Cuma diam memerhati. Sesekali tekun dia merenung, sesekali dia tersenyum. Rika dan Maya Cuma menguntum senyum.

- Siapa nama kau?

Rika menjawab, “Rika.”

- Kau?

“Maya.” Maya pula menjawab ringkas.

Lelaki berkenaan memandang Rika dan tersenyum.

- Aku pilih Rika.

Beberapa keping not kertas berwarna kelabu biru bertukar tangan. Maya membawa diri keluar meninggalkan Rika bersama lelaki berkenaan.

Rika terus senyum. Malamnya bakal bermula sebentar lagi.

-------

Asap berbau tembakau bersalut cengkih mengisi ruang bilik. Kotak rokok putih berhuruf merah separuh terbuka.

- Kau hisap kretek?

“Kretek murah, bang.” Rika membalas ringkas lalu pantas bangun mengemas katil yang bersepah. Lelaki itu cuma tersenyum kepenatan. Kepalanya disandarkan ke kepala katil. Perempuan dan tenaga selepas seks, mengingatkan dia kepada Charlie Wilson’s War.

- Kenapa kau jadi pelacur?

Rika cuma tersenyum. Bukan orang pertama mengunjurkan soalan begitu kepadanya. Sudah lali mendengar soalan yang sama berkali.

“Sistem kapitalis, bang.”

-Apa maksud kau sistem kapitalis?

Lelaki itu tertawa kecil. Mungkin bukan jawapan yang dicarinya dari seorang perempuan seperti Rika.

“Dunia perlu duit untuk semua perkara. Ke tandas pun pakai duit, bang. Mahu makan, minum, bela ibu bapa dan anak juga perlu duit. Kalau dunia tanpa kapitalis, tak perlu manusia berlebihan berbelanja, berlebihan memiliki bahagian orang lain yang seharusnya dikongsi sesama manusia. Ketamakan hasil sistem kapitalis.”

Muka lelaki itu sedikit berubah. Rika cuba meneka, barangkali lelaki ini sudah bekeluarga ataupun kepetahan Rika berkata-kata barangkali merubah air muka lelaki itu.

- Kau ada anak?

“Iya bang. Anak sorang. Umur 4 tahun, perempuan.”

Rika menggigit sedikit bibirnya. Rindu menusuk hatinya teringatkan anaknya. Wajah si kecil bermain di kotak minda Rika.

- Kau tak rindu anak kau?

Lelaki tadi cuma memerhati reaksi Rika. Rika sepi seketika. Menarik nafas panjang-panjang dia membalas.

“Rindu bang. Aku rindu anak aku. Sudah 2 bulan tak jumpa.”

- Kenapa kau tak pulang? Suami kau tak tanggung kau?

Hatinya bagai dicarik-carik. Lelaki yang seharusnya melindungi dan menyayanginya menjadi tidak lebih mahal harga dirinya dari sebiji batu tenggelam ke dasar tasik.

“Suami aku tak kerja, bang. Kerjanya cuma minum, main perempuan dan pukul aku. Pernah sekali….”

Rika menelan liurnya. Bagai tersekat di kerongkongnya, kata-kata yang bakal diluahkan sangkut di kotak memorinya. Kolam air matanya bertakung, bakal terhambur bila-bila masa sahaja.

“Pernah sekali aku dipukul, 16 jahitan dan seminggu aku koma di hospital.”

Lelaki tadi tersentak. Segera dia membetulkan duduknya dan mendengar dengan tekun kisah Rika.

Rika menyapu air matanya.

“Suami aku tak berguna, bang. Aku tak larat dipukul, aku mohon cerai. Dia datang melutut minta ruju’ dengan aku. Aku tak layan, bang. Aku tak gila, aku tak mahu hilang nyawa kerana seorang jantan. Anak, ibu bapa aku siapa mahu bagi makan?”

Lelaki tadi tersentak lagi. Dalam tubuh halus mulus, senyum manis Rika, kisah Rika bagai menarik lelaki itu mendengar dengan lebih tekun. Di sebalik tubuh halus mulus, senyum manis Rika terselindung kisah duka lara.

Rika terus menyeka air matanya. Memori dukanya bukanlah sesuatu yang mahu Rika ingati tetapi disaat ini, serasa mahu saja diluahkan semuanya. Jarang benar dia berasa emosinya meruap-ruap ke kepalanya tetapi malam dingin di bilik 1704 itu seakan membuka sehelai demi sehelai dedaun kisah hidupnya. Kisah yang rela sahaja dibakar, dicincang, dihanyutkan ke sungai, dibenamkan ke dasar laut kerana parutnya masih berdarah, kerana sakitnya masih berkesan di jiwa.

Rika menyambung kisahnya tapi suaranya bergetar. Wujud rasa ragu dihatinya, adakah berbaloi luahannya?

“Ibu bapa aku tak tahu aku bekerja sebagai pelacur bang. Aku kata pada mereka aku kerja di restoran. Tiap-tiap bulan aku hantar duit pada mereka. Ibu aku suri rumah, bapa aku sudah pencen. Anak aku ibu bapa aku jaga.”

Rika terhenti sebentar. Air matanya mengalir lagi. Wajah anak kecilnya bermain di mata Rika.

“Aku kerja di sini kerana bayarnya mahal bang. Aku tak mahu anak aku jadi seperti aku. Aku mahu bagi dia pelajaran, aku mahu dia pergi jauh di dunia ni.”

- Tapi kau sendiri lagi pandai dari ramai perempuan yang aku pernah jumpa.

Lelaki itu yang diam sekiannya akhirnya bersuara.

Rika cuma senyum.

“Di sana hidupnya susah, bang. Sekalipun kau pandai tapi kalau kau tak mampu, kau tak ke mana-mana. Sebab itu aku mahu cari duit untuk anak aku belajar. Tapi tak mampu bukan bererti tidak berfikir, tidak mencari, tidak mengerti.”

Wajah anaknya menerpa ke kotak fikiran Rika. Dadanya kembali sebak. Rindu ini bakal membunuhnya.

Maafkan ibu.

Perasaan itu dibiarkan membunuh jiwanya. Biarlah jiwanya mati, asal anaknya riang gembira. Air matanya tidak dapat ditahan-tahan lagi, mengalir pantas. Senyum manis anaknya, riang ketawa, pujuk rayu, rajuknya berkocak di tasik minda Rika.

- Jom.

Lelaki itu bersuara. Rika mengesat air matanya dan cuba untuk senyum. Mindanya hilang dibawa angin dingin malam pulang ke Jogja.

------

Lelaki itu berdiri di muka pintu biliknya. Rika bersiap-siap mahu pulang ke pengkalan operasi syarikatnya.

- Kau pandai, aku suka dengan kau.

Rika hanya senyum.

- Dimana kau belajar?

“Universiti jalanan, bang.”

Lelaki itu terus-terusan terkesima. Tubuh halus mulus, senyum manis ini mengujakannya. Benar-benar mengujakanya.

----------

Ucapan perpisahan bertingkah dan Rika undur diri pulang ke sarang.

Di benaknya cuma rindu yang menikam hati, wajah si kecil bermain-main. Dan kisah duka lara yang tempiasnya berhamburan di bilik 1704.

Nasib adalah kesunyian masing-masing. Kata-kata Cairil Anwar ada benarnya.

Esok, jasad dan hatinya pulang ke Jogja.


Anum lega segala tugasan yang di beri En Salihin telah di laksanakan dengan baik.

Tapi , hatinya tidak keruan memikirkan Azman yang jauh di mata. Setiap hari Anum menantikan perkhabaran dari Azman. Segalanya hampa belaka.

Mahu saja Anum mendail talian Azman. Tetapi tangannya berat untuk melakukannya. Rindunya pada Azman semakin membuak dari hari kehari.

Sedih di wajah Anum jelas kelihatan. Cuti di hujung minggu sepatutnya di habiskan bersama yang tersayang. Dilihat teman-teman serumah keluar ber'dating' . Anum sedikit cemburu. Lantas, dia masuk ke kamar tidurnya untuk merehatkan minda.

Di tatapi foto-foto Azman yang ada dalam simpanannya. Sayu sungguh melihat tingkah laku Anum. Satu persatu foto Azman di tatap. Dalam hatinya hanya ALLAH yang tahu betapa rindunya dia pada kekasihnya.

'Abang, Anum rindukan abang', bisik Anum di dalam hatinya. Mahu saja airmatanya mengalir keluar.

Tiba-tiba....

Kring..kring..kring..telefon Anum berbunyi. Anum tersentak dari lamunan. Di lihatnya di skrin telefon.

Azman yang menghubunginya. Lantas Anum menjawab panggilan dari buah hatinya itu.

'Assalammualaikum sayang', Azman memulakan bicara.

'Waalaikumsalam abang', Anum membalas.

'Sayang, abang ada berita baik buat kita', sambung Azman.

Anum tersenyum lebar.

'Apa dia abang?', Anum bertanya.

'Sayang, lagi dua hari abang akan pulang. Kapal-kapal dah habis berlabuh',beritahu Azman kepada Anum.

'ye ke abang?', Anum bagaikan tidak percaya kata Azman.

'Ye sayang, abang dah rindu sangat pada Anum. Sudah berbulan kita tak berjumpa', beritahu Azman lagi.

'Anum pun rindukan abang. Berapa lama abang akan bercuti?', tanya Anum lagi.

'Dua minggu sayang. Nanti kita ke Genting Highlands ye sayang', terang Azman.

'Baiklah abang. Anum akan mohon cuti pada En Salihin esok', ujar Anum.

'Sayang, abang mahu siapkan kerja-kerja abang dulu, nanti kita sambung lagi ye sayang', ujar Azman pula.

'Baiklah abang. Pergilah siapkan kerja-kerja tu dulu. Anum tunggu abang pulang', bicara Anum.

' Ok sayang, jaga diri baik-baik. Assalammualaikum', Azman mengakhiri perbualan.

'Waalaikumsalam, abang pun sama', jawab Anum.

Talian sudah di matikan. Anum masih lagi memegang telefonnya. Senyum Anum sudah sampai ke telinga jika di lihat. Bahagia hatinya. Orang yang di tunggu akan pulang akhirnya.

'Kenapa sayang...kau begitu jauh di sana???', getus Anum di dalam hatinya.

Esok Anum akan menghantar permohonan cutinya pada En Salihin. Lama benar dia tidak mengambil cuti. Kesempatan yang ada di guna sebaiknya.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah Anum. Pasti ada buah tangan dari sang arjuna hatinya buatnya.

Setelah sekian lama menanti kepulangan Azman, akhirnya penantiannya membuahkan hasil. Azman akan pulang dua minggu lagi. Rindunya pada Azman sudah tidak dapat di gambarkan lagi. Rasanya mahu saja Anum menjerit memberitahu pada dunia kekasihnya mahu pulang menemuinya.

Kesabaran Anum menanti dan terus menanti akhirnya terbalas. Syukur Anum terhadap ALLAH yang memberikan dia kekuatan yang tak terhingga. Amin.


“Mungkin kita telah menyalah erti hubungan kita”

Ayat itu asyik terngiang-ngiang di telinga aku sehingga sekarang. Ayat itu juga yang telah membentuk aku pada hari ini. Setiap kali aku teringat ayat itu aku fikir mungkin betul apa yang kau cakap pada aku dulu.

Masa tu kita sangat mentah dan kita tak berfikir menggunakan akal yang waras. Masa kau ucapkan sebaris ayat tu. Aku tak boleh terima. Aku marah. Sekarang semuanya semakin jelas. Hubungan kita memang tak ke mana-mana dan terima kasih kerana menyedarkan aku, Alya.

..................................

5 tahun dahulu…

“Alya, jom gerak sekarang” aku menarik tangannya ketika dia sedang berbual dengan Zailif.

Aku menjadi cemburu. Aku tak suka ada sesiapa pun yang rapat dengan Alya. Aku menjadi seorang yang tamak. Dahulu, hubungan aku dan Alya amat erat. Dimana ada Alya disitu ada aku. Aku tahu tiada apa yang boleh memisahkan kami.

“huh? Kejap la Ad. Alya belum habis lagi cakap dengan dia” Alya seperti tidak menghiraukan aku. Dia lebih menumpukan perhatian terhadap Zailif di hadapannya. Aku memasamkan muka dan menyilangkan tanganku.

Jelik aku mendengar ketawa mereka. Haruskah mereka tertawa dengan mesra di depan aku? Sakitnya hati! Aku tak sanggup lagi menunggu. Aku melangkah keluar dari pagar utama sekolah.

“Ad nak pergi mana?” aku menoleh kebelakang. “Orang gerak dulu la. Jumpa kat sana je la” aku buat muka bosan.

“okey!” itu saja jawapan yang aku terima dari Alya. Menyirap darah aku tetapi aku masih meneruskan langkahku.

Ketika itu aku tahu kau cuba menjarakkan diri daripada aku. Hubungan kita tak seperti dulu. Aku cuba buat tidak tahu. Tetapi sampai bila kita mampu menutup semuanya, kan?

……………………………

Aku telefon Alya lagi untuk kali yang ke sepuluh malam ni. Alya tak angkat. Aku tak tahu apa yang terjadi. Kenapa kau tak menjawab panggilan aku? Mugkin ke kau sakit atau kau tidak mendengar deringan handphone yang melalak menyuruh kau angkat? Atau mugkin kau enggan menjawab panggilan dari aku sahaja?

“Hello..” terdengar suara Alya dari corong telefon. Akhirnya kau angkat juga panggilan aku yang ke lima belas kali ni. Kenapa suara kau bernada hambar? Atau hanya khayalan aku semata-mata?

“Hello Alya..kenapa tak angkat telefon? Alya tak dengar ke? Alya okey tak?” bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulutku. Aku mendengar kau mendengus.

“Tak ada apa-apa la. Kenapa Ad telefon malam-malam ni? Alya dah nak tidur ni.” suara kau seperti tidak suka dengan panggilan aku. Adakah kau sudah membenci aku?

“Sebenarnya tak ada apa-apa. Saja je nak telefon Alya. Tiba-tiba rasa macam rindu je kat Alya. Tak boleh ke?” aku bertanya.

“Hisy! Dah malam la ni. Alya nak tidur. Esok je la kita sambung” suaranya seperti membentak. Kenapa kau tak menjawab soalan aku tadi? Mungkin soalan tu tak releven untuk kau jawab.

Bermula tahun ni kita berlainan kelas dan amat sukar untuk aku berjumpa dengan kau. Bila aku ingin berjumpa dengan kau, kau sedang sibuk. Atau ketika itu kau saja je menyibukkan diri? Aku terus tertanya-tanya. Kenapa kau semakin jauh?

……………………………………..

Hari ni, aku tunggu kau dekat depan pagar sekolah. Aku sempat beli ice cream sementara tunggu kau keluar kelas. Kau selalu ambil masa yang lama untuk mengemas barang-barang kau tapi aku tetap sabar menunggu.

Dari jauh aku nampak kelibat kau, tapi bukan kau sahaja yang aku nampak. Aku nampak Zailif berjalan bersama kau. Hati aku mula membara. Kau selalu cakap kau sibuk dengan aktiviti selepas sekolah. Kau pesan jangan tunggu lepas habis sekolah. Aku ikutkan sahaja kata-kata kau tetapi sebenarnya kau bersama Zailif selama ini.

Mungkin selama ini kau memang sibuk tapi bukan dengan aktiviti sekolah tetapi dengan lelaki yang bernama Zailif itu. Apa kurangnya aku? Aku terasa seperti berdarah di dalam hati. Aku terus berlalu dari sana, membawa hatiku yang pedih.

……………………………………….

Hari ini harijadimu yang ke 17 tahun. Aku ingin membuat kejutan untuk kau. Aku membeli kek chocolate banana dari secret recipe yang kau sangat sukai. Aku tunggu di depan pagar rumah kau malam tu. Aku tidak sabar menunggu kau pulang daripada tuition matematik tambahan yang aku kira subjek yang paling kau benci.

Ibu kau menyuruh aku masuk tapi aku menolak. Aku ingin menunggu kau diluar walaupun malam itu amat dingin sekali. Aku tertoleh-toleh ke jalan raya menunggu kehadiran kau. Aku amat teruja malam ini.

Tiba-tiba aku ternampak bayang-bayang manusia yang aku yakin itu kau. Aku lihat untuk kali kedua baru aku sedar akan kehadiran bayang-bayang lain disebelah kau. Aku mendengar suara kau berbicara tetapi dengan siapa?

Kau terus berjalan ke arah aku. Aku mendiamkan diri dan memandang kau. Kau menoleh ke arah aku dan jelas riak wajah kau terperanjat melihat aku berdiri disitu.

“ Ad buat apa kat depan rumah Alya?” kenapa suara kau begitu terperanjat dan agak bersalah dipendengaranku? Adakah aku tidak patut berada disini bersama kau dan dia?. Wajah kau berubah menjadi pucat. Mungkinkah aku telah menyaksikan sesuatu yang tidak sepatutunya?

Dulu ketika aku menunggu di depan rumah kau, kau nampak begitu gembira. Kau akan memelukku. Tetapi kini kenapa aku merasakan kehadiran aku disini begitu terasing dan janggal?

Aku hanya tersenyum. Mungkin kelat senyumanku dimatamu. “Ad saja nak celebrate birthday Alya. Ni ada bawak kek favourite Alya”. Aku mengangkat tangan ku yang memeggang kotak kek. Aku cuba menceriakan suara.

“ouch” itu saja yang terkeluar dari bibirmu. Kehilangan katakah Alya?. Ataupun benar jangkaanku bahawa aku tak diperlukan disini.

“emmm..macam ni je la. Alya ambil je la kek ni. Ad balik dulu” bak kata buat apa kita masih disini bila orang tak sudi. Mungkin lebih baik aku mengundurkan diri.

Kau seperti terkelu. Aku sempat mendengar kau mengucapkan terima kasih kepadaku dan memandang aku berlalu dari situ.

………………………………

Aku tahu hubungan kita bina selama ini tak mungkin terputus begitu sahaja. Aku cari kau di rumah. ibu kau kata kau ada dirumah, kemudian dia panggil kau di bilik. Aku dapat mendengar suara kau seperti marah apabila ibu kau bilang aku datang. Kau kata kenapa beritahu aku yang kau ada di rumah. Aku tahu kau terpaksa jumpa aku kerana ibu kau. Wajah kau seperti sangat benci dengan kehadiran aku. Adakah aku sungguh menjelikkan?

Kau ajak aku berbincang di luar rumah. Kau terus meluru kelua danr bergerak ke taman permainan di depan rumah kau tanpa menunggu persetujuan aku. Aku hanya ikutkan sahaja. Aku takut dengan apa yang bakal terjadi kerana aku dapat jangka apa yang kau bakal katakan tetapi sampai bila kita mahu berdolak dalik, kan?

Kau duduk di kerusi batu jauh dari orang ramai. Wajah kau seperti kau sedang berfikir panjang untuk memulakannya. Aku ambil tempat disebelah kau dengan sabar menunggu kau mencari ayat untuk memulakannya. Hati aku berdebar-debar menunggu. Aku berharap apa yang aku sangka tak akan menjadi kenyataan. Tetapi kita hanya mampu berharap.

Tiba-tiba kau mengangkat muka dan memandang aku tepat dimata. “Ad..” kau berhenti sebentar dan menarik nafas panjang seperti cuba untuk menyusun kata-kata.

“…kita dah lama kenal kan? Ad tau kan Alya sayang Ad?”.

Aku masih samar-samar dengan apa yang kau cuba sampaikan. Kenapa kau cuba untuk bermain tarik tali dengan aku? Aku hanya mengiyakan dengan mengganggukkan kepala.

“Ad sangat baik dengan Alya dan Ad sentiasa ada apabila Alya sangat memerlukan seseorang. Ad tahu bila Alya sedih atau gembira dan sentiasa ambil berat terhadap Alya. Alya benar-benar sangat gembira”. Kau tersenyun tetapi kenapa aku nampak kesedihan dimata kau. Aku tertanya-tanya makna kesedihan dimata kau itu.

“Kita sentiasa bersama sejak dulu lagi dan Alya tahu Alya sentiasa bergantung kat Ad dan Alya tak tahu macam mana nak jalani hidup ni tanpa Ad. Ad adalah orang yang sangat berharga dalam hidup Alya.” Dia memandang aku tepat. Adakah kau cuba menyakinkan aku dengan kata-kata kau? Walau macam mana pun aku tak boleh nak menidakkan kejujuran dalam setiap kata-kata kau. Aku masih mengenali kau kan?

“ Alya benar-benar sayang kat Ad. Alya tak pernah tipu pasal tu..” kau menundukkan pandanganmu dan menyambung, “tapi perasaan itu tak lebih daripada seorang sahabat baik..”. Aku terpana dengan apa yang kau katakan itu. Aku bukan salah dengar kan?

.“Apa yang Alya cakap n? Ad sayang kat Alya. Bukan Alya pun sama ke? Kenapa Alya buat macam ni? Ke sebenarnya Alya dah suka kat orang lain?” bertubi-tubi soalan aku tujukan kepadanya, Kenapa kau sanggup buat aku macam ni? adakah perasaan aku ni murahan sehingga kau sanggup buang begitu sahaja?

Alya memegang pergelangganku dengan tenang dan memandang ke arahku. “Ad bukan macam tu. Ad salah faham. Ad cuba dengar dulu. Hal ni tak ade kena mengena dengan Alya suka orang lain atau tidak. Ini tentang kita.”

Aku sedaya upaya cuba untuk menenangkan diri walaupun aku benar-benar terluka dengan kenyataan kau dan aku masih cuba untuk mendengar penjelasan kau. Aku masih mengharap sinar bahagia akan menjelang.

“Kita tak sepatutnya mempunyai perasaan macam tu. Hubungan kita tak sepatutnya melebihi persahabatan. Alya sedar dulu kita sentiasa bersama dan masa tu Alya benar-benar gembira dengan Ad. Masa tu Alya sentiasa fikir kita akan bersama sentiasa.” Alya berhenti sebentar.

“ Kalau Alya benar-benar sayangkan Ad kenapa Alya buat Ad macam ni. Alya nak hancurkan hubungan kita selama ni ke? Kenapa Alya?” aku sangat kecewa. Apa yang aku dah buat sehingga kau sanggup berkata seperti itu? Apa salahku?

“Bukan macam tu Ad. Kita semakin dewasa dan kita harus menghadapi kenyataan. Alya dah sedar hubungan ni tak akan kemana-mana. Perasaan ni tak sepatutnya terjadi. Ad fahamkan?”

Aku tak ingin faham dan aku tak mengerti. Aku tahu perasaan aku. Aku memang sayangkan kau. Perasaan ini tak salah! Kau yang salah!

“Jadi Alya nak menindakkan apa yang kita lalui selama ni? Begitu?” aku bertanya dengan nada marah.

“Tidak. Alya tak pernah menidakkannya. Maafkan Alya. Alya tak pernah bermaksud untuk menyakitkan hati Ad tapi kita harus menerima kenyataan. Hubungan ni tak sepatutnya terjadi”. Kau masih cuba untuk beralasan.

“ Kenyataannya Ad sangat sayangkan Alya dan perasaan itu tak salah. Kenapa Alya nak menidakkan perasaan Ad? Ad lebih mengerti perasaan Ad sendiri”. Aku tak mampu lagi memandang wajah kau. hati aku terlalu pedih dan sakit. Aku tak mengerti kenapa ini semua terjadi. Aku terus berdiri dan membelakangkan kau.

“ Maafkan Alya, Ad” aku terdengar sendu dari suara kau. “Satu hari nanti Ad akan mengerti apa yang cuba Alya sampaikan”.

Aku mendengar tangisan kecilmu dan kau menyambung lagi dengan perlahan.

“Mungkin kita telah menyalah erti hubungan kita selama ini” suaranya kedengaran menahan tangisannya.

“ Selamat tinggal Adriana Suhaila”. Itulah perkataan terakhir yang aku dengar daripada orang yang pernah aku sayangi dengan sepenuh hati sebelum kau berlalu dari sisiku selamanya.

…………………………

Kini baru aku sedar apa yang kau cuba sampaikan. Dulu aku terleka dengan mainan perasaan dan tersalah erti perasaan itu. Mungkin benar perasaan kasih sayang yang timbul itu hanyalah daripada seorang sahabat kepada sahabatnya sahaja.

Mungkin suatu hari nanti kita akan berjumpa kembali dan semuanya hanya akan menjadi kenangan silam bagi kita berdua. Terima kasih sahabat terindahku, Nor Alia Johana.

“Adria..” aku terdengar suara mesra memanggilku dari belakang. Aku kenal benar dengan tuan empunya suara itu kerana dialah cinta hatiku kini. Terima kasih Allah atas peluang kedua ini. Amin.


Salleh tunduk menikus merenung lantai papan. Tak ke kanan, tidak ke kiri. Kaku dari tadi diatas sofa antik merah milik emaknya. Di hujung sebelah sana sofa kelihatan beg sekolah besar Ben 10 bersama isi buku yang masih kelihatan.Kad merah keputusan peperiksaan Darjah 3 Merbau dibentang luas dihadapan Salleh, menjadi hidangan yang tidak menyelerakan.

" Pendidikan Seni pun boleh gagal. Melukih, mengaler, mana susahnya? Nak jadi apa dengan kamu nih?" Puan Kalsom meneruskan bebelannya. Sejak dari pagi tadi intipatinye tidak berubah. Berkisar tentang pelajaran saja. Mana yang tak mencapai target, mana yang tak berkenan, mana yang patut ditekankan, mana yang menyakitkan hati,semuaya terluah dengan antonasi yang tidak menyenangkan lansung pada Salleh. Pada waktu pagi Isnin macam inilah segalanya terluah. Bagai tak cukup dua hari cuti sebelumnya untuk berbecok tentang hal-hal sebegitu. Namun, begitulah halnya denagn Puan Kalsom. Sudah kebiasaannya begitu. Old habits die hard.

Puan Kalsom terpandang buku matematik Salleh di atas meja belajar dan pantas ditarik daripada timbunan buku-buku pejabat beliau. Pantang tidak dikutip, tertinggallah tu. Geram sungguh pada saat itu, buku koko empat segi itu menghempas kuat ke tempat duduk Salleh. Tahu akan kesalahan sendiri, Salleh cepat memasukkan buku matematiknya ke dalam beg dan lantas zip ditarik rapat melindungi isi buku pendidikan yang lain. Lagi, Salleh duduk tunduk memandang lantai. Dibiarkan sahaja otak kosongnya mati, menunggu sahaja arahan daripada maknya. Tidak ubah seperti orang bodoh.


"Pergi ambil kasut kamu kat belakang peti ais sana"

Seperti yang dijangka, Salleh menurut saja kata emaknya. Dibuat-buat riak cergas tetapi nampak benar lembabnya. Melangkah ke dapur menuju ke belakang peti sejuk berpintu dua jenama Toshiba.Tangan kecilnya disorong ke belakang peti, meraba-raba pantas.

"Entah sempat, entah tidak kering kasut sekolah kau tu. Semalam baru nak terkocoh-kocoh kapurkan. Agaknya, kalau cuti sebulan, bulan depanlah kau kapur kasut kau tu."

Sungguh pada waktu itu Salleh bersyukur benar kasutnya sempat kering. Kalaupun tidak kering, dibantai sahaja pakai kasut lembap hingga ke sekolah, sehari suntuk. Daripada terpaksa berhadapan dengan singa dihadapan dia sekarang, berjalan ke sekolah pun dia sanggup. Sanggup lagi.

Kali ini tidak bersuruh, Salleh bawa semua peralatan sekolah ke tangga. Disandar elok pada pagar beranda. Lemah pandangannya jatuh pada kasut sekolah Bata putih bercampur birat-birat kuning dihadapannya. Lalu,dibawa ke kakinya yang juga putih bersalut stokin. Stokin yang sudah berlubang di dasarnya tidak mengapa dipakai pada hari Isnin. Bukan hari pendidikan Jasmani yang memerlukan Salleh tukar pakaian di bilik setor bersama rakan-rakannya. Tidak ada siapa yang akan tahu. Pentingnya mesti bersih . Bilang maknya seawal tadi. Malas bertekak, sarung cotton itu dibawa menutupi jari-jari hitam berkudis kecil di sana-sini. Selesai semuanya, dia bingkas bangun mengadap bondanya yang sedang memerhati tingkahnya dari jauh.Tegap bercekak pinggang, seperti mandur. Dia salam tangan muda dan wangi itu. Belum habis lagi.

"Pergi sekolah nanti jangan asyik main aja. Kerja rumah bawa balik semua, jangan tinggal kat sekolah"

"Ok mak." Salleh pantas mematikan ayat-ayat berbaur bebelan daripada emaknya. Pun begitu, hati Salleh berat menyatakan emaknya tidak akan habis disitu. Tidak habis lagi walaupun dia telah meyatakan 'ok'nya.

Salleh masuk ke dalam kereta dan dibiarkan angin air-cond menyejukkan mukanya.Difikir-fikir, menyesal sungguh dia kerana tertidur samasa ujian Pendidikan Seni dijalankan bulan lepas. Terlalu selesa sehingga tidak berjaga-jaga, beginilah jadinya. Selalunya dialah yang mendominasi subject itu. Ayahnya arkitek. Lukisan dan warna sudah ada di dalam darah daging. Dirasakan dirinya seperti watak Arnab didalam kisah perlumbaan Arnab dan Kura-Kura pada ketika itu.

Dari jauh dia lihat maknya rancak sekali bercakap-cakap dengan ayahnya sambil membetulkan tali leher ayahnya. Serius benar. Sekali sekala dikilas pandang Salleh yang telah bersedia di dalam kereta. Salleh yakin benar ibunya masih tidak melepaskannya. Oh, tidak hanya disini, Salleh. Mak kasitau bapak kau. Dan dia yakin, masaklah dia kali ini.

Ayah Salleh mengangguk faham. Lama mak Salleh terkumat-kamit mulutnya mengadu tentang pe'el Salleh yang semakin menjadi-jadi, tetapi reaksi ayah Salleh begitulah juga. Dicapai kasut dan berlalulah dia daripada berandah itu. Salleh memerhati sahaja ayahnya meyepak bola kesayangan bapanya sewaktu melepasi rak kasut. Kempis menerima tekanan sepakan ayahnya, tidak bergolek, lembik.

Dan waktu itu juga, Salleh menelan air liurnya.Payau.Alangkah baiknya kalau dia boleh menelan paniknya sekali pada waktu itu. Dia lupa yang semalam dia telah meminjam bola ayahnya untuk bermain di padang permainan bersama Gani, Khalel, Sobri dan budak baru dari bandar. Malangnya, bola itu terkena bucu bangku dan keluarlah angin dari kebocoran itu tanpa disekat-sekat lagi.

Tetap sudah nasib bola itu jahanam, tetapi nasib Salleh pagi itu, Tuhan sahajalah yang mengetahuinya.Jikalau sahaja tahu akan Salleh insiden-insiden ini bakal berlaku, sungguh dia tidak ponteng solat Subuh tadi. Dilamakan waktu doa dan dzikir agar selamat perjalanan hidupnya pagi itu. Jauh daripada bebelan dan amarah ibu bapa yang mencemarkan pagi yang indah dan damai. Mungkin sudah terlambat semuanya. Tuhan..


Salleh sudah bersedia dengan segala kemungkinan.Ya, dia bakal dimarahi kerana itulah kehendak bondanya. Ya juga, dia bakal dimarahi kerana bola sudah kempis dan kesalahan adalah 100% keatasnya. Alangkah baiknya kalau dia mengaku sahaja semalam tentang hal bola itu kepada bapak. Mungkin lebih baik kalau dia tak pinjam lansung. Ah, bermain dengan kalau, dia mungkin sudah selamat kesekolah tanpa dibebel. Jikalau hanya dia bersiap-siap semuanya dari semalam. Bermain dengan buah "kalau' semuanya indah dan sempurna belaka.

Disaat ayahnya melabuhkan punggungnya di atas kusyen dan mengadap stereng, Salleh diam sahaja sambil kepala menunduk ke bawah. Matanya dipejam. Mana tahu, ayahnya tiba-tiba mencubit kuat pehanya, bolehlah dia siap-sedia menahan air mata jantannya daripada meluncur laju, mencurahi pipi gelapnya.Udara sejuk di dalam kereta Proton Wira tidak mengagalkan dahi Salleh daripada merembeskan peluh-peluh kecil masin. Laju melalui sudut kanan matanya, turun hingga ke dagu.

Ayah Salleh perlahankan volume radio, menghapuskan suara DJ yang berborak dan berbicara rancak soal dunia hiburan dan lawak yang tidak menjadi. Dihadapkan mukanya kepada Salleh. Bersedia untuk berbicara dengan anak lelaki bongsunya yang seorang itu.

"Salleh.." Akhirnya ayahnya bersuara.

Seraya, Salleh membuka mata. Ditatap wajah ayahnya dengan pilu.

Teruskan ayah. Mulakan.

"Kita makan KFC nak petang ni? Selepas sekolah."

"Huh?!" Salleh terkedu. Ini bukan di dalam skrip.

Sungguh? Tak ada tengkingan? Tak memerlukan penjelasan? Tidak dicubit pedih? Lempang pun tak? Tak marah sikit pun? Sikit pun? Sikit? Pun? Come on, tak kan tak marah sikit pun.Ayah tak bengang ke bola dia punah? Pe'el Salleh yang menjadi-jadi? Mak? Anything!

"Nak ke tak nak?".

Lantaklah.

"NAK!!"

Kuat suara Salleh mengatasi kuatnya deruman kereta.Gilo apo tolak rezeki.

Dan kereta Wira itu teruslah meluru membelah pagi yang cerah. Lancar dan laju menuju ke Sekolah Kebangsaan Pulai chondong. Didalam, Salleh tersenyum ceria dan gembira. Seolah-olah emaknya tidak pernah membebel, seolah-olah bola tidak pernah pecah.

Sekian.


Khamis lepas, Acik duduk di meja belajar di Cyberjaya. Mata kanan Acik melompat-lompat bak kata nenek. Acik buat tak tau sahaja sebab susah untuk Acik percaya tentang pantang-larang. Acik berjaga hingga jam 4 pagi untuk siapkan dokumen WSA. Tak boleh nak tidur malam tu, macam ada pelbagai perkara yang tak kena.

Pagi itu, Acik dapat panggilan telefon seawal 8 pagi. Acik ingatkan orang tempat kerja lama telefon, mungkin ada lagi benda yang Acik tak hantar lagi. Dalam hati, Acik merungut tak puas hati sebab kacau tidur Acik pagi-pagi.

Rupanya Makcu telefon beritahu Abah dah pindah rumah baru.

Acik telefon kawan baik di Kelana Jaya, minta tolong dia hantar balik rumah di Klang. Makcu suruh cepat. Urusan Abah ke rumah baru perlu diselesaikan segera.

Sepanjang perjalanan wajah Abah terbayang di mata. Memang Acik tak duduk dengan Abah tapi kita memang ada kenangan gembira. Abah sayang Acik tak lebih tak kurang daripada yang lain-lain. Cuma mungkin sebab Acik seorang sahaja perempuan, tangan Abah tak pernah diangkat ke mana-mana bahagian badan Acik. Tak macam Along dan Adik.

Abah memang lembut orangnya. Suara tak pernah tinggi. Kalau dengan orang tak kenal, Abah lebih suka senyum sahaja. Abah memang tak banyak cakap. Abah suka budak-budak tapi kami jahat, suka perkena sepupu-sepupu kasitau Abah garang. Semuanya sebab Abah lebih suka duduk dan tenung mereka lama-lama.

Acik dengan Adik paling suka selongkar beg pertukangan Abah. Kami tidak ubah apa-apa; sekadar buka dan lihat barang-barang di dalamnya. Cuma kadang-kadang Abah pening kepala bila kami buka beg pertukangan dan biar di tengah jalan, kemudian ke belakang rumah untuk panjat pokok. Mak saja yang terjerit terpekik suruh kami mandi. Abah tak pernah tinggikan suara.

Abah selalu bawa Acik berjalan-jalan di Klang. Acik ingat lagi bila satu masa kita ke bank dan Abah tinggalkan Acik duduk di kerusi. Waktu itu, umur Acik 7 tahun kalau tak silap. Sebelum itu, Abah tegur duduk elok-elok atas motor. Nanti jatuh macam mana?

Acik tak habis lagi berangan, sampailah kereta teman tiba di halaman rumah. Rupanya, semua orang tunggu Acik balik sebelum Abah pindah ke rumah baru. Mereka nak bagi kita jumpa buat kali terakhir.

Sampai saja di ruang tamu, nenek tegur. Mak dah meleleh air mata. Acik cakap pada mak,' jangan nangis mak. Nanti kita tak redha Abah pergi.'

Semasa Abah masih di rumah, belum terasa apa-apa. Acik sibukkan diri dengan kerja. Bila orang-orang surau panggil untuk ucap selamat tinggal pada Abah, Acik rasa air mata laju menitik. Kami bertiga duduk di sisi Abah.
'Cium Abah. Air mata jangan menitik' Cepat-cepat Acik kucup pipi Abah; tahan air mata yang makin deras. Along dan Adik yang kuat menyakat pun tak mampu tahan air mata. Mak apatah lagi.

Bila Abah dihantar ke dalam van, hati jadi bertambah sayu. Dalam hati kelam-kabut berbisik,'Abah takkan balik lagi. Lagi dua minggu nak convo, Abah pergi tak kembali. Tak sempat Acik tunjuk gamba convo pada Abah.'

Pak Ngah nangis bila Acik cakap apa yang terkilan di hati. Itulah yang paling Acik sedihkan. 2 minggu saja lagi Abah.

Hari Jumaat itu, Acik tak mampu ikut orang untuk hantar Abah ke kubur. Acik tak boleh terima. Acik larikan diri dalam bilik; menangis dalam tidur.

Acik tengok sudut bilik. Terbayang wajah Abah duduk di kerusi malas sambil perhatikan sepupu yang kecil-kecil. Sebelah mesin jahit itulah tempat Abah selalu duduk. Sepanjang hari tiada orang duduk di situ; seolah-olah sudah ditandakan tempat itu supaya tiada orang duduk.

Adik Wan sibuk bertanya pada Makcu,'Cakaplah Mama, Paklong sakit apa.' Dia tak tahu Abah. Dia tak tahu yang Abah sememangnya sudah sakit sejak pembedahan pintasan jantung dulu. Dia kecil, tak begitu faham lagi.

Malam semalam, Acik duduk usap bulu kucing kat rumah yang Acik panggil Awak. Acik tak tau nama kucing tu. Kadang-kadang Adik panggil Baby, Baybeh, Bebek. Acik panggil Awak saja. Acik terfikir, mesti dia teringat Abah juga. Abah suka kucing.
'Abah kau kan lembut' Mak cakap sambil renung kucing itu.

Semalam Acik bergugrau dengan Mak pasal nak kahwin dengan duda.

Abah, bukan tak sedih, bukan tak rindu malah lebih daripada itu. Tetapi kami mesti redha yang Abah dah pindah rumah baru. Kami takkan lupa Abah.

Kami akan simpan barang Abah. Rasanya, tak sanggup kami buang. Kami anak-anak Abah. Darah yang mengalir dalam tubuh ini sama dengan darah abah. Rambut kami yang berombak, kami dapat daripada Abah. Rupa kami seiras Abah. Adik memang mirip sangat dengan rupa Abah masa muda. Kulit Acik sama dengan kulit Abah. Along lebih kurang sama tinggi dengan Abah.

Abah akan bercakap dengan budak-budak dalam sesebuah rumah kalau Abah tak berapa kenal orang dalam rumah itu. Acik sedar, Acik ada perangai begitu. Abah kalau sudah bertukang, sangat leka. Acik pula, sangat leka tengok Abah bertukang. Itu kegemaran yang kita kongsi sama-sama.

Acik simpan lagi jam yang Abah beri masa umur Acik 16. Acik tak kira, Acik akan baiki juga jam itu. Kalau rosak sekalipun, Acik akan simpan. Kalau satu hari nanti Acik bekeluarga, tiada Abah yang akan usap kepala cucu-cucunya bila bertemu.

Abah, hari dah gelap. Acik pun tumpang rumah kawan; tak jauh daripada rumah Abah yang baru. Nanti Acik datang lagi macam kelmarin ye Abah?

Berbanyak-banyak terima kasih diucapkan kepada semua yang menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa kalian.


"Betul ke bidan mak itam dah meninggal?". Tanya syahid yang sedang melopong termenung di tangga rumahnya.

Kedatangan kawannya , rahman , secara mengejut tersebut bukan membawa perkabaran gembira, sebaliknya perkabaran yang benar-benar membawa dirinya termenung dan bermuram durja.
"Betul sya, dah meninggal, kemarin petang orang jumpa mayat dia tersangkut kat tepi sungai rumah dia tu, dengar perkabaran orang kampong, dia lemas. Mungkin dah cara ajal dia macam tu." Jelas rahman.

"Tak pelah sya, terima kasih. Nampak gayanye bini aku kenelah balik semule ke Bandar. Tak meraselah bini aku nak berbidan cara kampung." Keluhan dari mulut syahid jelas kedengaran.

"Baguslah kat Bandar tu lagi sya, peralatan dah moden." Kata bidasan daripada rahman, baginya peralatan canggih lebih bagus daripada kaedah tradisional kerana sesetengah kaedah tradisional banyak mengamalkan unsur-unsur kurafat, tetapi bukan semua yang mengamalkan ajaran sebegitu.

Tidak lama kemudian, rahman meminta diri untuk pulang ke rumah. Syahid yang masih duduk di hadapan pintu sedang berfikir cara untuk memberitahu isterinya tentang kematian bidan mak itam. Dua hari sebelum bidan mak itam meninggal, syahid dan isterinya datang ke rumah bidan mak itam . kunjungan mereka untuk meminta bantuan mak itam segera di penuhi oleh bidan mak itam. Ketika kunjungan itu juga bidan mak itam telah memeriksa perut isteri syahid iaitu salmah.

" Syahid, bini kamu ni dah nak bersalin ni. Dua tiga hari lagi keluar la budak ni, Anak lelaki". Perlahan tangan bidan mak itam mengosok perut melabu salmah. Syahid tersenyum sambil memerhati wajah bidan mak itam yang meneyeh sirih pinang ke dalam mulutnya, rambutnya yang memutih bercampur hitam dan sekeliling matanya di litupi oleh likaran gelap bawah mata langsung tidak menakutkan syahid. Rupa tersebut lebih mengingatkan kepada rupa ibu si tanggang.

"Abang, masuklah. Dah pukul 10 malam ni. Tak elok duduk kat depan rumah tu". Tegur isteri syahid seperti mak buyung. Salmah memegang pinggangnya sambil berlalu menuju ke kerusi panjang menghadap televisyen. Syahid yang tersentak hanya berdiri dan membetulakn kain pelekatnya dan menutup pintu rumah pusaka ibunya. Kunci sorong, bahagian di atas di kunci dan di bawah di kunci juga. Perlahan syahid melangkah dan duduk di tepi isterinya, di perhatikan isterinya yang leka mengunyah buah manggis, akibat pembawaan budak.

"Imah, abang nak cakap sesuatu ni". Isterinya hanya mengangguk dan terus menghisap dan mengulum buah manggis yang sememangnya masam dan manis tersebut.

" Kalau abang cakap imah jangan tekejut tau, kita kena balik ke KL semula esok". Salmah berhenti mengulum dan menguyah.

"Kan kita dah janji dengan bidan mak itam supaya dia bidankan imah. Imah takutlah nak bersalin kat hospital. Nanti nak operation lagi. " Jelas salmah yang kelihatan risau.

" Bukan abang tak nak, bidan mak itam dah meninggal pagi tadi". Jelas syahid yang cuba memujuk isterinya. Isterinya terdiam .

Syahid tiba ke kuala Lumpur tepat pada jam 8.00 malam. Dan dia sempat menolong dan melihat upacara pengebumian bidan mak itam. Isterinya sejak semalam menjadi pendiam dan pemarah dan kadang kala isterinya seperti mengutuk-gutuk dan bercakap seorang diri. Syahid tidak melayan kerenah isterinya, dia hanya mendiamkan diri dan baginya mungkin isterinya sedang memprotes dengan apa yang terjadi. Syahid perlahan mengetuk rumah mentuanya dan memberi salam. Setelah pintu di buka ayah mentuanya menjadi terkejut dan bertanyakan hal yang terjadi, mengapa mereka pulang awal . Salmah tiba-tiba menjadi marah dan terus melanggar ayahnya dan terus masuk ke dalam rumah, selalunya isterinya akan menghormati orang tua tetapi kali ini perangai isterinya berlainan benar . Ayah salmah hanya menggeleng dan mengandaikan anak perempuannya itu terkilan kerana tidak dapat melahirkan dengan cara perbidanan ataupun mungkin pembawaan budak. Syahid segera meminta maaf.

Pada malamnya rumah mentua syahid menjadi sunyi, rumah banglo besar ini di diami oleh ibu mentua dan ayah mentuanya , ibu bapa kepada isterinya salmah. Seorang tukang gaji , bibi dan dua orang adiknya ijan dan ijah.

Tiba-tiba salmah bangun dan mengoyang tubuh syahid, syahid terbangun dalam keadaan mamai dan perlahan dia membetulkan pandangannya.

" Kenapa imah, dah nak bersalin". Kelihatan wajah salmah yang di banjiri peluh dan menarik nafas. Dadanya kelihatan turun dan naik. Isterinya menyandar dalam keadaan duduk.

"Iye bang, imah rasa macam nak...". Imah menjerit kesakitan . syahid segera keluar dan menuju ke bilik ayah dan ibu mentuanya, segera dirinya mengetuk bilik tersebut. Ketiga mereka bangun dan masuk ke bilik syahid. Kelihatan tilam di banjiri dengan darah pekat warna merah. Syahid segera mengangkat badan isterinya, salmah.

" Imah tak nak, simpan balik imah kat atas katil". Salmah yang bersuara lemah tiba-tiba meronta di simpan balik ke atas katil.

" Imah dah nak bersalin ni, darah dah banyak keluar". Gesa ibu mentua syahid, salmah menjerit menyuruh mereka keluar, seperti kerasukan, imah menjerit dan ketawa. Imah kemudian menangis dan mengorek ke dalam kangkangannya. Syahid yang melihat situasi tersebut, spontan memegang tangan isterinya. Isterinya secara tiba-tiba memandang muka syahid dan mereka bertentangan. Perlahan isterinya berkata sesuatu..

"Kau dah lupa janji kau, kau janji nak biar aku bidan kan dia!!". Suara serak bercampur suara orang tua bergabung. Syahid masih lagi memegang tangan isterinya yang sedang cuba mengorek ke dalam kang-kangannya sendiri .

" Kau dah ‘pergi', kita dah tak berurusan lagi." Kata syahid perlahan masih menentang mata isterinya.

" Aku tak peduli , aku nak tuntut janji kau." Perlahan dengan senyuman, isteri syahid tersenyum dan pengsan secara tiba-tiba. Kemudian isterinya terbatuk dan ketika itu keluar satu objek dari celah kangkang isterinya, anaknya yang masih merah dan terdengarlah tangisan bayi kecil tersebut. Ayah dan ibu mertua syahid segera menerpa mengangkat cucu mereka.

Isterinya di sahkan menghidap koma kerana kehilangan darah yang sangat banyak. Tinggallah syahid menjaga anaknya yang baru lahir dengan sendirinya.

Masa sebulan terus berlalu. Dan anaknya telah mencecah sebulan, selama sebulan itulah anaknya yang baru lahir bernama danial itu sentiasa sahaja menangis, hampir setiap hari dan orang di dalam rumah tersebut sudah tidak tahu apa ingin mereka lakukan untuk membuat danial berhenti menangis. Sehinggalah satu hari , seorang ustaz kenalan ayah mentuanya datang bertandang untuk menziarahi bayi yang baru lahir tesebut. Setelah melihat bayi yang sentiasa menangis tersebut, ustaz yang di kenali sebagai ustaz ramzi terus mengucap ayat kebesaran nama ALLAH , SUBAHANALLAH.

Ustaz ramzi tersebut menggeleng dan mengosok kepala bayi tersebut. Syahid terdiam dan bertanyakan mengapa. Ustaz ramzi terus membawa syahid ke depan dan cuba menerangkan sesuatu. Ibu dan ayah mertuanya terus cuba mendiamkan cucu mereka.

"Syahid, anak kamu ni dah kena tumpang". Kata mukadimah yang tidak menyenangkan hati syahid.

"Tumpang?". Tanya syahid

"Ye, roh orang tua menumpang anak kamu ni syahid, bukan setakat roh orang tua tu, jin belaan pun ada". Syahid tercenggang dan mengeluh. Ada ketakutan yang menyelubungi dirinya.

"Jadi ustaz, macam mana?". Tanya syahid , air mukanya kesedihan.

"Macam nilah saya tolong apa yang termampu, yang lain tawakal pada ALLAH". Nasihat dan kata-kata ustaz ramzi yang cuba menenangkan diri syahid.

Ustaz syahid segera bergerak ke katil kecil milik danial, segera matanya di pejam dan mulutnya terkumat-kamit membaca ayat suci al-quran. Dan perlahan kemudian dia segera duduk di tepi danial dengan membawa surah yassin, seketika rumah ayah mertua syahid menjadi gelap dan sejuk sehingga ke tulang hitam. Tangisan suara danial semakin kuat tiba-tiba berubah suara yang sangat menakutkan. Langit maghrib yang kuning menjadi kehitaman. Tiba-tiba berarak membawa awan hitam yang sangat tebal. Lampu rumah ternyala dan kelihatan dua lembaga bediri di tepi katil danial dalam keadaan yang sangat menakutkan, danial diam , tertidur. Syahid yang menyaksikan dua makhluk menakutkan itu segera menutup mulut, ayah dan ibu mertuanya hanya mampu mengucap panjang. Segera ustaz ramzi mengarahkan dua makhluk terkutuk tersebut masuk ke dalam botol kaca tersebut dan kemudian di tutup.

Rupanya bidan mak itam telah menurunkan jin belaannya ke kandungan salmah, dan salmah serta anaknya yang akan menjadi pewarisnya. Ini kerana tanpa di ketahui salmah merupakan calon yang paling sesuai untuk di perturunkan ajaran-ajaran sebegini. Sejam kemudian ustaz ramzi meminta diri untuk pulang dan membawa makhluk terkutuk tersebut jauh dari rumah tersebut.

Keesokkan harinya, syahid telah menerima panggilan,

"Hello boleh saya bercakap dengan encik syahid?".

"Ye saya encik syahid".

"Isteri encik dah sedar dan paras darahnya telah pun stabil."

"Alhamdulillah, saya datang segera!". Syahid segera mengambil kunci dan deruman kereta kendengaran. Dan ibu serta ayah mertuanya tidak sedar pemergiaannya kerana sibuk melihat cucu comelnya yang lena di ulit mimpi...

~tamat~


Majalah Ratu yang baru dibelinya, diselak satu persatu.

Mandi Bunga memang merupakan ritual orang Melayu tradisonal yang mempunyai unsur-unsur yang sudah bercampur-aduk antara kepercayaan Dinamisme, Hinduisme dan ‘Popular Islam’.

Artikel mengenai Mandi Bunga menarik perhatiannya. Murni kusyuk membaca setiap perenggan pada artikel itu, tiba-tiba...

PAP!! singgah tepukan kuat dari sahabatnya Lynda.

"Ya Allah terperanjat aku Lyn. Kau ni tak reti-reti bagi salam ke?", dengus Murni.

"Potong stim betul aku tengah membaca"

"Aku tengok kau ni leka benar membaca. Okay okay aku mula balik. Assalamualaikum Murnirah Rahmat", kata Lynda sambil tersengih, faham benar dengan perangai sahabat baiknya yang seorang ni. Kalau jumpa buku, tak pandang kiri kanan.

"Aku tengok dari semalam kau moody je Murni, kenapa? Ada masalah?", risik Lynda.

"Aku dah bosan. Aku dah fed-up. Aku dah letih. Mak aku, makcik-makcik aku, jiran tetangga, rakan sepejabat aku asyik sindir-sindir je", luah Murni.

"Apasal? Pasal jodoh? Tu la aku dah kata dengan kau suruh ikut aku hari tu taknak, degil. Sekarang dah jadi macam ni kau jugak yang kena kan?", Lynda meneka.

"Ha'ah tapi ala diorang tu saja psiko aku la. Aku steady je tapi mak aku tu beb terpengaruh", Murni mula menongkat dagu memandang Lynda.

"Yelah umur kita tahun depan dah 30. Kawan kita Syika tu dah nak masuk anak keempat tau. Kau jangankan anak, boifen pun takde macamana? Dengan si Miera dah melangkah bendul kau. Itulah dulu masa sekolah Zaidi tergila-gilakan kau, kau jual mahal tolak mentah-mentah. Sampai sekarang tengok kau solo. Dah memang kali ni kau jangan berdalih. Ikut aku pergi tempat tu, paling koman kau ada usaha. Daripada kau duduk baca majalah ni ingat ada jodoh datang dari majalah?", Lynda mula memprovok Murni.

"Tengok lah. Bagi aku pikir dulu okay?", pinta Murni.

Perkara ni adalah perkara baru baginya. Lagipun dia yang dibesarkan di kota Metropolitan, tidak begitu mempercayai perkara-perkara ritual sebegitu.

******

Angka di jam tangan menunjukkan pukul 10 malam. Sudah hampir 45 minit mereka bertolak dari KL semata-mata untuk bertemu Tok Moh.

"Lambat lagi ke sampai?", tanya Murni.

Dia kelihatan resah sejak dari tadi. Sudah lah dia terpaksa berbohong kepada ibunya mengatakan dia menginap di rumah Lynda untuk menemani Lynda yang keseorangan malam itu. Semua rakan rumahnya pulang ke kampung.

"Sekejap lagi sampai la. Kau ni dari tadi macam cacing kepanasan. Kenapa kau takut? Rileks aku buat dulu takde apa-apa lah. Aku dapat si Syafiq pun lepas aku Mandi Bunga dengan Tok Moh tu tau. Masa tu mak cik aku yang temankan", Lynda cuba menenangkan rakannya itu yang kelihatan gelisah itu.

"Aku okay", balas Murni acuh tak acuh. Entah kenapa dia merasakan tindakannya kali ini seperti ada yang tidak kena. Dari jauh kelihatan sebuah rumah usang di hujung jalan sana.

'Mungkin itu rumah Tok Moh', bisik hati Murni.

"Kita dah sampai. Jom lekas", Lynda menyentuh lembut bahu Murni.

Masuk sahaja ke dalam rumah papan itu. Asap berkepul-kepul memenuhi ruang tamu. Terlihat seorang lelaki tua berjanggut putih sedang membakar kemenyan lalu mulutnya kumat kamit membaca jampi serapah yang tidak diketahui maknanya.

"Assalamualaikum Tok Moh. Kenal saya lagi?", Lynda memulakan bicara.

"Kamu yang datang 3 bulan lepas bukan untuk Mandi Bunga? Nama kamu Rin...da. Mirinda?", teka Tok Moh.

Murni yang sejak dari awal diam, menahan gelak namun ucapan Tok Moh tadi mengeletek pangkal hatinya. Ketawanya berderai memecah keheningan malam di rumah usang itu. Mirinda tu kan jenama air berkarbonat. Buat lawak ke apa orang tua ni.

"Ouch!! Sakitlah Lynda", Murni terasa pinggangnya dicubit keras. Lynda mencebik.

"Saya Lyndarina lah Tok. Panggil Lynda anak sedara Mak Tam Gayah", kata Lynda cuba mengingatkan Tok Moh siapa dirinya.

"Kawan saya ni nak mandi bunga jugak. Maklumlah sampai sekarang takde boifen harap lepas Tok Moh mandikan bunga adalah sebarang dua kumbang nak hinggap dia", jeling Lynda pada Murni.

'Kurang asam punya kawan, siaplah kau balik nanti!', getus hati Murni.

"Oh anak ni. Namanya siapa?", tanya Tok Moh sambil matanya memandang tepat ke muka Murni.

"Saa....sa..saya Murnirah Tok", terketar-ketar Murni menjawab mungkin tidak selesa ditenung sebegitu rupa.

"Mari ikut Tok ke dalam, kamu Lyn duduk sini. Tentu kamu sudah tahu prosedur dia bagaimana kan? Nanti Tok hidangkan kamu air penyeri wajah. Tok tengok kamu dah hilang seri", kata Tok Moh kemudian berlalu pergi ke bilik rawatan.

Murni membuntuti Tok Moh ke bilik rawatan. Dia diberikan sehelai kain batik dan tuala. Kata Tok Moh, hanya kain batik itu yang disarungkan ke badannya untuk upacara Mandi Bunga. Ini membolehkan air mengalir rata keseluruh badan. Pada mulanya Murni terasa ingin membatalkan niatnya untuk meneruskan upacara Mandi Bunga. Hanya berkemban kain batik dan dimandikan oleh seorang lelaki yang seusia bapanya, membuatkan dirinya malu. Tapi bila melihatkan kesungguhan Lynda mengajaknya ke tempat ini, dia jadi serba salah.

'Ah kali ni sahaja. Pertama dan terakhir', bisik hatinya.

Perlahan-lahan Murni memasuki bilik mandi yang terletak di sebelah dapur. Bau-bauan bunga-bunga menusuk hidungnya. Memang benar kata Lynda bilik mandi itu bukan bilik mandi sembarangan. Lantainya dipenuhi bunga-bunga mekar, sepertinya baru dipetik oleh Tok Moh. Di tengah bilik terdapat sebuah kerusi antik. Mungkin di situ Murni perlu duduk untuk dimandikan. Tok Moh leka meramas tujuh jenis bunga ke dalam tempayan di sebelah kerusi antik, sehinggakan dia tidak sedar Murni sudah terpacak di situ sedari tadi.

"Ehem..", Murni memberi signal.

"Oh kamu sudah ada. Mari duduk di kerusi ini. Sementara Tok sediakan air mandian kamu minum air ini. Air suam ni telah Tok jampi supaya kamu tak kedinginan ketika mandi", lalu dihulurkan cawan buatan kayu kepada Murni.

Belum sempat Murni menyuakan mulutnya ke cawan tersebut tiba-tiba dia bersin. "Haachumm!!", bau wangi bunga bagai menjamah hidungnya. Tanpa sengaja air di dalam cawan tu tertumpah, nasib baik Murni sempat menstabilkan cawan itu di tangannya.

'Alamak matilah kalau Tok tahu yang air dah tertumpah', melihat-lihat kalau Tok Moh berpaling ke arahnya. Selamat.

"Dah minum airnya Murni? Kalau sudah sekarang duduk diam-diam. Tok akan mulakan upacara memandikan kamu", tangan Tok Moh kemudian memegang rambut Murni.

Murni membatu. Dalam hatinya berdoa semoga upacara ini lekas selesai. Nada suara Tok Moh kedengaran naik turun. Mulutnya kumat kamit membaca jampi serapah sambil meludah ke kiri dan ke kanan. Tangan kanannya diletakkan di atas kepala Murni. Manakala tangan kirinya mencedok air yang penuh dengan bunga di dalam tempayan.

Murni akhirnya disiram bermula dari kepala hingga ke hujung jari kaki. Terasa kesejukan air embun yang ditadah oleh Tok Moh mula menyinggah hingga ke tulang sum sumnya. Rambut Murni yang separas bahu ditarik-tarik lembut oleh Tok Moh supaya air mengalir sempurna hingga ke akar rambut. Rasanya sudah setengah tempayan air digunakan oleh Tok Moh. Badan Murni mula menggeletar. Bulu romanya naik tegak berdiri. Dia ingin saja menyuruh Tok Moh menamatkan upacara itu.

"Pejam mata kamu Murni", arah Tok Moh.

"Sekarang kamu sudah segar. Kamu ada rasa apa-apa?", tanyanya lagi.

Murni hanya menggeleng, tangannya sudah bersilang kerana menahan kesejukan yang menerpa. Tiba-tiba sahaja Tok Moh mengubah kedudukannya di hadapan Murni. Tangannya juga beralih dari kepala ke bahu. Perlahan-lahan merayap ke bahagian hadapan badan Murni. Bagaikan tindakan refleks Murni menepis tangan Tok Moh dengan kasar. Dilihatnya Tok Moh berada dihadapannya tersenyum sinis memandangnya dari atas ke bawah. Jelik dia melihat pandangan itu.

"Kamu tidak minum air yang Tok bagi bukan?Jawab!!", lengan Murni dicengkam kasar.

"Apa Tok Moh nak buat dengan saya? Nak ambil kesempatan ke atas saya?!!", jawab Murni dengan lantang. Seraya dengan itu, Murni menarik kembali tangannya dari cengkaman Tok Moh. Belum sempat dia melangkah ke pintu, tangannya di rentap lagi sekali. Kali ini lebih kuat. Malah pinggangnya dipeluk kemas dari belakang.

"Kamu hendak kemana Murni? Tok sudah lama menanti gadis suci seperti kamu. Dari mata kamu saja Tok sudah tahu. Ini salah satu ritual istimewa buat kamu sayang", bisik Tok Moh ke telinga Murni.

"Orang tua sudah gila!!!", jerit Murni lalu kakinya memijak kaki Tok Moh. Dengan kudrat yang tersisa Murni menyiku perut Tok Moh sekuat hati.

"ARghhhh!!!!!!!!!", Tok Moh menahan pedih di perut. Dia tidak tahu dia sedang berhadapan dengan gadis bertali pinggang hitam dari seni silat Kuntau. Murni segera mencapai kayu di sudut bilik, lalu memukul belakang Tok Moh sudah terduduk.

PANGGG!!!

Akhirnya Tok Moh terkulai. Bunga-bungaan yang memenuhi bilik mandi itu kini dihiasi cecair merah. Murni menjadi panik. Dia mendekati Tok Moh. Jarinya disuakan ke hidung orang tua itu. Panas. Tok Moh masih bernafas. Murni segera keluar dari dan pergi mendapatkan pakaian dan beg tangannya di bilik rawatan.

Dengan kelam kabut Murni menyalin pakaian. Dia berlari mendapatkan Lynda di ruang tamu.

"Ya Allah!! Lyn!", dia melihat Lyn yang sudah tidak sedarkan diri.

Dalam keadaan terpaksa dan segala tenaga yang masih ada, Murni memapah Lyn memasuki kereta. Dia ingin keluar dari tempat itu. Cukuplah kali ni dia berbohong pada ibunya. Mungkin ini balasan Tuhan. Murni memecut meninggalkan rumah papan yang usang. Dia berjanji inilah kali pertama dan terakhir dia ke tempat sebegitu. Serik. Dalam kesamaran malam, Murni berdoa di dalam hati semoga dia menemui jalan keluar dari tempat terpencil itu.

*******

"Ya Allah, jadikanlah hamba dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah hamba dengan kekayaan sehingga seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya. Amin yarabbal Alamin"


Usai solat subuh, Murni menyiapkan dirinya. Hari adalah hari istimewanya.

*Tut Tut SMS*

'Mesej dari siapa ya pagi-pagi ini', perasaan Murni ingin tahu.

From : Mr Inspektor
Salam, Murni selamat hari lahir. Semoga panjang umur. Tgh hari ni saya belanja awak lunch boleh?

Murni teringat kembali pada malam kejadian, orang pertama yang dijumpai pada malam itu adalah Mr Inspektor. Mujur Mr Inspektor membantunya pada waktu itu. Kalau tidak tentu dia sesat kerana tidak jumpa jalan keluar. Telefon bimbitnya digenggam kemas.



"Mr Inspektor Zaidi", senyuman Murni semakin mekar.


Petang itu, Milah sungguh gembira. Hatinya melonjak riang, tubuhnya bergoyang-goyang. Melenggang dia berjalan dari sekolah menghala ke rumah.

Banyak mata memandang, menyimpan perasaan.

"Milah anak gadis yang cantik" kata kebanyakan mereka.

Ramai anak muda menyimpan perasaan pada Milah. Tapi Milah jenis memilih, mahu yang terbaik untuk dirinya. Selama ini pun mata dan hatinya hanya terpaut pada seorang sahaja.

Yang lain tiada harapan pun. Bersiulan rancak. Iya, Milah gadis remaja sekolah yang pandai bersiul. Tapi ini bukan cerita pasal Milah pandai bersiul.
Ini cerita pasal Milah, anak dara gebu yang bakal diratah.

Tangan kanan Milah erat menggenggam surat yang baru diterimanya.
"Surat Cinta Pertama" kata hati Milah.
Tidak sia-sia dia menaruh harapan pada Idham, anak Pak Mail Pasar Borong. Jejaka kacak yang selang sekelas dengannya.

"Anak dara tak elok menyanyi kuat sangat" Tegur Mak Jah, ibu kepada Milah. Dia buat tak tahu sahaja akan teguran ibunya.
Milah meniarap di ruang tamu, sambil membuka sampul surat itu dengan perasaan yang teramat gembira sekali.

Seperti yang dijangka, dia tidak bertepuk sebelah tangan.


"Idham suka Milah, sebab Milah comel.." di antara perkataan yang tertulis dalam surat tersebut. Milah jadi birah. Mengelamun jauh ke alam fantasi cinta.

Pertemuan di antara dua insan secara senyap akan ditetapkan di kemudian hari. Erti kata ringkas..'Deting' menurut bahasa Milah.

Milah meniarap riang, berguling-guling sambil mulut petah menyanyikan lagu bait-bait asmara. Zaman anak dara bergetah melonjak naik. Gebu dalam segenap pelusuk, menghairahkan.

Mak Jah pandang Milah dengan ekor mata. "Milah oi..jangan lupo mandi" Magrib sudah dekat. Sebentar lagi pulang lah abah Milah dari kebun.

"Iyolah, Milah nak poie mandi lah ni" Sahutnya.

"Seri Langkat Kuala Tungkal, amboi
Padi pulut enak rasanya, sayang"

Riang-ria Milah nampaknya, berlagu. Maklumlah cinta berbalas, dengan jejaka kacak pula tu.

"Ekau ni, kang ado yang kono sampuk me-magrib ni haa" Ibu Milah menegur perangai anak daranya.

"Pandai Milah nyanyi..." kata mereka.

Milah buat tak tahu sahaja teguran ibunya. Dia masuk ke dalam bilik untuk menukar pakaian sekolah. Habis ditanggalnya, lalu di salin berkemban dengan kain batik. Tuala diletakkan di atas kepala.

Berlenggang keluar rumah menghala ke bilik air.

"Jangan nak bernyanyi manjang kek dalam bilik air tu, datang lak puako karang!" Pesan ibunya.

"Kalau lah kail, kalau lah kail panjang sejengkal
Janganlah laut hendak diduga

Amboi, Seri Langkat
Amboi, Seri Langkat

Dayunglah sampan menuju pulau, amboi
Bila sampainya daku tak tahu, sayang"
Milah buat tak tahu lagi.

Mulut asyik sangat bernyanyi.Tubuh Milah bagaikan menari-nari sambil tangan ligat membersihkan tubuhnya dengan sabun.

Sungguh menghairahkan Milah pada ketika itu, dengan hanya berkemban. Badan penuh dengan buih sabun.
Milah mahu tanggalkan kain kemban yang dipakainya agar mudah untuknya membersihkan tubuh.

"Cantik Milah, putih kulitnya, suaranya pun sedap" kata mereka.

"Aah, aku tak kira mahu ambil dia" sahut salah seorang dari mereka.

"Gila kau.."

Dari pohon kelapa disebelah bilik air, dia meloncat naik keatas atap zink betul-betul diatas Milah.

"Ombak dan badai, ombak dan badai takkan kuhirau
Asalkan sampai tempat kutuju" sahut dia, bagaikan berduet dengan Milah

Milah terdiam. Rasa pelik. Siapa pula yang menyahut itu?

Bunyi suara yang kedengaran dari atas zink bilik air. Tak jadi untuk tanggalkan kain kemban.

"Siapa tu???" jerit Milah. Hatinya rasa tak sedap.

Gerak hatinya lantas mencadangkan agar Milah mendongak keatas siling bilik air. Milah dongak keatas, badannya serta merta jadi seram sejuk.

Tangan yang tadinya memegang sabun , terlepas.

Kepala Milah hampir mahu pitam. Bulu roma pada lengan meremang. Lutut Milah jadi longgar. Mahu membaca ayat suci, tapi tiada kekuatan. Di atas Milah, lebih kurang dua inci dari muka ada lembaga yang terjojol kepalanya. Dia tersenyum memandang kearah Milah yang berkemban.

Lidahnya panjang, hampir menjalar kearah leher jinjang Milah. Air liurnya menitis dengan banyak, hampir memasuki lurah kemban yang dipakai oleh Milah.

"Buahlah betik dalam perahu, amboi
Enak dimakan di hari petang, sayang"

Dia senyum, dia gembira. Anak dara ini bakal jadi miliknya. Boleh dibawa lari, mudah sahaja. Senja ini bakal mendatangkan hasil lumayan baginya.

Milah bagaikan tak bernyawa, hanya nafas kencang turun naik. Kepalanya jadi kosong seakan dijampi serapah.

"Seri Langkat lagunya ini, amboi
Bunga melati di dalam hidup, sayang

Bagaikan sifat, bagaikan sifat si batang padi
Makin berisi tambah merunduk

Amboi, Seri Langkat
Amboi, Seri Langkat
Amboi, Seri Langkat
Seri Langkat
Seri Langkat "

Dia telah turun sepenuhnya dan kini dihadapan Milah. Matanya galak seakan 'membogelkan' tubuh Milah. Dia perlahan berjalan mengelilingi Milah. Lidahnya bermain-main diantara leher dan tengkuk anak gadis ini.

"HEHE, SAYANG MARI IKUT AKU.." kata dia, yang kini memeluk Milah dari arah belakang. Badannya rapat pada tubuh Milah, manakala tangan yang berkuku hitam panjang melingkari perut Milah.

Milah mengumpul tenaga yang ada. Biarlah, buat kali terakhir untuk dia menjerit meminta pertolongan.

"OMAAAKK!! TOLONG MILAAAH!" pekik Milah dalam ketakutan.

Tapi sayang suara Milah tersangkut dikerongkong. Bagaikan sudah terlambat, dia memeluk tubuh Milah erat untuk dibawa terbang.

Hidungnya bergesel-gesel pada leher Milah. "HEHE, SEDAP BAU KAU", lemah tubuh Milah mendengarnya. Milah bakal hilang buat selamanya.

PAAANGG!!!!

Pintu bilik air diterajang oleh orang tua Milah.

Dengan sebilah parang ditangan, Abah Milah berdiri tegap mahu menuntut kembali anak dara kesayangannya.

"Kau lepaskan anak aku tu!" Dia tercengang. Ada sedikit berani, tapi banyaknya takut bermain dalam minda terlaknat.

Perlahan pelukannya pada Milah dilonggarkan.

Milah terjatuh,lalu merangkak kearah abah.

"TOLONG MILAH..TAKUT!!" tersedu-sedu Milah sambil memegang kaki abahnya.

Abah Milah masih menggengam parang. Abah Milah tahu senjata tidak berguna untuk makhluk dihadapannya tapi dia cukup yakin kepada KekuasaanNya.

Dia tersenyum, "TAK MENGAPA, KAU MENANG INI KALI..HEHE" lalu hilang dari pandangan.

Ibu Milah berlari dari arah dapur rumah menuju kebilik air untuk mendapatkan anaknya.

"Alahai Milah..Omak dah pesan tadi.." Emak Milah yang tersedu-sedu peluk anak daranya kuat-kuat.

"Sudahlah, awak bawak Milah naik keatas rumah," Kata Abah kepada Ibu Milah.

Milah terselamat pada hari itu. Mujur abahnya pulang segera dan terus menuju kearah bilik air.. Pesan orang tua, jangan kita buat tak endah.



Cerpen Online


1 year passed since this blog launched on 11.10.2010. Thank You for Reading.


KERANA AKU TETAP AKU

Aku termenung. Rawan di hati aku simpan sendiri. Aku tak perlukan simpati, kerana aku tahu aku ada kemampuan diri. Walau hidupku kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tak semudah itu aku kan mengalah. Onak derita inilah yang mengajar aku untuk menjadi aku. Aku tahu, ada mata-mata jelek yang memandang gaya kehidupanku. Tidak mengapa, aku tidak kisah. berkali sudah aku bilang, berkali sudah aku ceriterakan, aku senang dengan hidupku.

Di tepi kaki lima ini, beratapkan jambatan, berdindingkan debu kota, aku menagih secebis perhatian. Tidak! Bukan bermaksud aku mahu mengambil kesempatan, namun rasa sesakku ini memaksa aku menagih rasa kasihan insan-insan tulus berhati matang. Bukannya aku bermaksud untuk menoktah sandiwara, hanya sekadar melapik perut agar aku dapat terus hidup. Apakan dayaku? Seorang anak kecil yang tidak berbapa. Ibuku? Sudah meninggal setahun yang lalu. Lantas, hidup ini menjadi lebih kejam kepadaku.

Dari kanta perjuangan hidup, aku berdepan dengan segala satu macam rencana dunia sendirian. Dari tebing-tebing usang, aku lihat betapa bodoh manusia yang lupa daratan. Di lorong-lorong gelap, terpapar sadis kisah insan-insan yang terbang dalam fantasi nikmat sementara. Mereka gembira, namun bagiku, mereka derita. Hilang rasa ingin hidup dalam nafas gelojoh ganja. Tersadai bagai aku yang tak berbapa. Bagai aku yang terhumban dalam derita kemiskinan dunia.

Mengapa semua nikmat ini dipersia? Aku yang mengharap penuh susah, menagih penuh rintih, tetap juga menderita. Sedang mereka yang hilang pedoman jiwa, peragut kisah cinta, pemusnah jiwa raga, begitu enak mendodoi gembira? Apakah ini yang dinamai dunia suatu realiti kehidupan? Fakta bahawasanya kasa kehidupan itu wujud, dan aku ditakdir tercampak dalam hidup derita. Berada dalam lembah hina kasa hidup kelas bawahan.

Malam hariku, bertemankan unggas yang menyanyi riang, berpesta memecah hening jiwa yang melara. Juga bersama-sama teman-teman serangga kecil yang berterbangan, seakan-akan mengajuk derita hidupku. " nah! engkau di situ terpelosok di lembah waktu, antara sendu dan haru, lantas aku tanpa menunggu waktu, berlari mencari hidup sendiri". Dan kerana itu, darah-darah manis milikku menjadi santapan enak mereka. Aku relakan sahaja, kerana aku tahu nafsu perut yang derita. Kerana mereka; nyamuk-nyamuk yang mencuba nasib menyambung nyawa. Semangat mereka aku gilap dan jadikan teladan.

Bahawa andai datangnya esok, akan ada bahagia.Ingin aku khabarkan pada dunia, "aku bukan lagi anak jalanan". Dan pada dunia, ingin aku sebarkan kemelaratan watan, biar mereka sedar betapa insan lemah jangan dipandang hina. Lalu, ingin aku membawa satu resolusi baru, menjana kemantapan maruah insan-insan yang kemiskinan. Dan ingin aku buktikan pada dunia betapa aku berjaya melangkahi segala onak nan berliku. Semua itu aku lakukan sendiri tanpa bapa yang tidak aku kenali, dan ibu yang telah lama pergi. Aku akur kehendak Ilahi, dan telah aku buktikan bahawa aku mampu untuk berdiri mengharung duri jelek insani busuk bertopeng bidadari!

Namun, tidak beberapa lama, aku dengar lagi. Dendangan muzik dari perutku yang masih kelaparan. Dan aku, masih lagi kanak-kanak jalanan, yang begitu hina di mata masyarakat. Andai aku ada peluang itu, akan aku kejar bahagia jangan sampai terlepas! Aku pasti dan aku berjanji...

"TING!"

Sekeping syiling berdenting dalam bekas plastik, tempat menadah rezeki yang aku letak di hadapanku. Alhamdullillah... aku tersenyum dan semangat terlafaz menjadi jitu. "wahai dunia, tunggukan aku!"

SIAPA SANGKA?

Dalam kemelut rasa ini, siapa sangka ada tunas yang menjadi, ada harapan yang bercambah, ada pelawa datang menyinggah. Kemurungan aku rupanya mendapat peluang melewati tentatif masa melarik enigma hidup baru epilog seorang anak jalanan. Cemburu mata-mata nakal, seakan menyinggah kala melihat senyuman bidadari dunia yang istimewa dikhaskan untuk aku. Kerdil aku memandang diriku ini kala itu, namun itukah yang dinamai dunia kehidupan? Jika sungguh, tiada lagi rasa rawan aku menerus hidup kini. Kerana qiamku terletak kemas sudah, peluang akan datang bila-bila masa, menyinggah seminit dua sebelum dibiar sepi tanpa disedari.

Gadis itu menyimpul senyum. Cukup iklas tanpa jijik menghurung rasa. Aku tertawan pada alis matanya yang cantik dihias rona-rona ceria sebuah ketenangan yang suci! terpempan dalam realitiku, aku akan bangkit menjadi seseorang yang boleh dibanggakan. "Wahai puteri, kayangan mana datangmu? Persembahkan patik dalam kerajaanmu, biar mereka sedar akan adanya hidup seorang anak kecil yang tak berbapa dan kehilangan ibu. Ceriterakan pada mereka siapa patik, agar jangan mereka telan segala umpat caci, juga keji buat patik! Biar mereka sedar, patik punya perasaan, patik juga ada rasa segan. Biar saja patik menuding hidup susah ini menjadi terangan cahaya yang mengindahi."

Simpulan senyuman itu, akhirnya memberi aku ruang untuk bernafas. Momentum-momentum palsu yang sebelum ini aku impikan, akan berubah dalam kalis kenyataan. Dan lamunan itu, seakan-akan terhenti. Senandung suara merdunya dengan jelas menggeletek sedarku, menggoyah anganku, menagih sesakku. Perlu apa aku menjadi modus operandi suatu eksperimen kehidupan?

"Adik, akak nak bawa adik ke suatu tempat yang lebih selesa, ada teman, ada rumah, ada makanan dan pakaian. Jangan adik takut kerana mereka juga seperti adik. Pernah punya hidup begini suatu masa dulu."

Tidak!

Sungguh aku tidak percaya, igauan-igauan palsu itu rupanya, hanyalah suatu niat memesongkan aku dengan kehidupanku. Bukankah secara tidak langsung,aku dihina, dicaci juga maruahku dirobek? Mengapa? Salahkah aku berjuang dalam hidup dengan suatu tekad aku tetap menjadi aku? Hinakah kehidupan jalanan yang aku lalui sehinggakan aku yang punya harga diri, menjadi lubuk eksperimen propaganda manusia pari-pari. Kononnya ada simpati yang meruah buat insan-insan kerdil sepertiku. Andai benar, untuk apa disebarkan pada dunia?Untuk apa dipersembahkan kemuliaan? Biar terangkat pandangan mata insan? Biar bertingkah kemanusiaan? Ah, persetankan itu semua! Biarkan aku dengan duniaku, dan kamu dengan fantasimu. Bukankah telah aku bilang, aku mahu menjadi aku. Dan aku senang dengan hidupku. Biarkan sahaja aku menjejak mimpi-mimpi palsu yang aku turas dalam sendu kehidupan seorang anak jalanan bernama aku.

Walau hari seterusnya, aku sendiri kurang yakin, ke mana lagi arah tujuku!

AKU TELAH DITAKDIRKAN MENJADI AKU

Sudah aku bilang, kasih orang tak mungkin tak bertepian. Simpati orang tak mungkin membukit menjadi sayang yang menggunung. Jelek orang tak mampu nengubah satu tinta realiti hidup. Telah juga aku bilang, sebuah keyakinan tak akan meruntuh jika hanya ditiup sepoi sendu. Aku telah memilih untuk tetap menjadi aku. Lantas, aku masih di sini menanti sapaan waktu, mohon qiamku tetap sabar mengharung dugaan lagi, sebelum peluang datang sekali lagi menjengah diri. Pada si puteri, aku lemparkan senyuman. Biar dia tahu aku ikhlas. Biar dia tahu hinanya tak berbekas, kerana aku yakinkan qiamku, aku mahu terus menjadi aku, mendamba suatu kejayaan atas suatu kemelaratan! Akan aku buktikan pada dunia, akan aku pastikan.

Detik-detik bersama keindahan di sisi sang bidadari, telah menjadi suatu kenangan abadi dalam hidupku. Terima kasih kerana menghadiahi aku senyuman indah, buat menjadi teman dalam lenaku. Terima kasih kerana ada prihatin yang menyinggah kalbu buat aku usung bersama sendu hidup yang akan aku jejak penghujungnya. Terima kasih wahai bidadari kerana menghidupkan azam yang menujah jemala panji hidupku, dan terima kasih buat terakhir kali, kerana sudi menghadir diri. Terima kasih wahai puteri, terima kasih lagi.

"TING!!!"

Sekeping lagi syiling aku terima dari insan tenang berhati matang, lalu lalang mengejar masa. Mereka ini lebih aku percaya, punya rasa kemanusiaan yang tulus,tiada propaganda dan kerana itu sepincing kebaikan tidak perlu dihebahkan! Akan aku buktikan, aku punya tekad yang jitu. Aku akan tetapkan bangkit menjadi seorang aku.

"Wahai dunia, percayalah padaku!"


Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini