rss

Kecil besar aku lihat dia. Asyik tidak puas hati dengan cara aku . Aku tulis benda baik dekat facebook semalam, dia pula lebih-lebih.
Hidup bukan tentang kita saja, tapi juga tentang manusia lain di sekeliling kita” . Tiba-tiba dia tag nama aku dekat statusnya.
Farid,kau kalau nak cakap apa-apa, terus saja, tak perlu nak bengkak bengkoklah weh !” Marah benar dia dengan ayat sopan santun aku itu. Ikhlasnya ayat tu memang bukan untuk dia, ia adalah idea semula jadi yang datang dari minda untuk semua kenalan yang meminati aku dekat facebook tu, dah lama sangat mereka dahagakan ayat aku, aku pula asyik melekat melarat dekat twitter,  sampai lupa dari mana asal tahap aku kini – seorang menulis puisi yang dikenali dekat blog Aksarium .
Mana ada , Fir .  Aku cakap secara umum . Ada aku tulis nama kau?” Eh, macam nak cari gaduh pula ayat aku ni. Nak dipadam, dia sudah baca. Tak sempat gamaknya. .
            
Macamlah aku tak kenal kau, Parit!” Amboi,sedap benar dia memainkan nama aku, sudahlah , malas aku nak layan perangai budak budak tak cukup masak ni. Banyak lagi kerja berfaedah lain yang aku perlu lunaskan.
_______________________________________
Burung sudah keluar mencari makan. Firash pun turut sama mahu makan . Dipegang-pegang perutnya ibarat perempuan baru pertama kali mengandung . Dibelai-belai sambil dia memikirkan idea baru . Buntu.
Mana kau ? Selalu kau ada waktu sesak sesak begini!” Rungutnya sambil menahan lapar . Memang jam tujuh macam ni selalu Ane, pakcik roti tu akan membunyikan hon mengejutkan dia di pagi hari. Kali ni sunyi .
Lantas dia terus mengambil pisau di dalam laci tepi gobok buku pemberian arwah neneknya . ‘Zapp!’. 
Ahh !” Nikmat benar buah epal yang diberi jirannya itu . Hati Firash sudah mula berbunga, dia mula menaip cerita. Cepat saja aksara itu menari-menari . Melimpah ruah idea kurniaan Ilahi kali ni.
Siap, dan  update !” Ya, penamat cerita kali ni perempuan dan lelaki itu akan mati bersama, baginya kalau mati berasingan, akan ada pihak yang bias mahu dimenangkan pihak satu lagi, dan dia yakin dia tidak mampu memuaskan hati semua.
Fir,awalnya  kau update blog hari ni” Zy, menegurnya di twitter . Itulah pengkritiknya nombor satu. Ada saja watak yang dipertikaikan, semua dibangkitkan dengan persoalan. Kali ni, dia dah dapat menelah.
Mereka perlu mati untuk menamatkan kesengsaraan . Sesiapa pun perlu mati untuk elak dari membebankan dan menyusahkan hidup orang lain”. Jawapan itu kelihatan biasa pada awalnya, namun menjadi lebih luar biasa bila dia mula menyebut nama watak dalam ceritanya – Basko & Marmah, dimanipulasikan semula ayatnya oleh warga yang mendengkikan isi dunia.
Kau, kalau tak suka pun pada orang atas kita, kau tak boleh doakan mereka begitu”
Tak bau syurga kalau kau tak sempat minta maaf dekat orang yang kau kata”
Mak bapa kau tak ajar kau jadi manusia kah ? Kasihan ”
Kalau aku jumpa kau di luar, patah seribu badan kau , budak !”
Dia telah mula dibelasah hebat dengan makian secukup rasa dan kutukan berhari-hari lamanya . Dan kini dia rasa dia perlu berundur .
Nama saja kot, mereka ni nampak sangat tak baca previous tweet aku, nampak sangat tak baca blog aku !” Merah matanya mengadu  . Sebenarnya blog dia di ambang kejayaan , sana-sini orang menantikan hasilnya penulisan menjadi buah tangan . Namun hanya sedikit salah faham, semua impiannya bakal padam.
Aku sendiri tak dapat bayangkan kalau aku ditempat dia. Nak menghadap muka mak ayah lagi, bukannya hati aku kental benar nak menghadapi serangan buli di alam siber ni.
Bukan niat kau, lagipun kau tak salah, kau dah jelaskan ,bukan ?Apa nak difikir sangat” Aku memujuknya . Dia diam saja. Sedikit pun tak bersuara, air matanya hanya bergenang, ya, dia memang aku kenal sebagai seorang yang hati keras, tapi kali ini dia seakan tewas.
Rid, aku minta maaf tak dapat join tulis buku tu dengan kau, sedangkan kita dah janji nak mulakan sama-sama , kan ?” Dia menyerah mudah .
Eh,kita independent lah, kenapa pula kau tak dapat join ? Eh, aku tak fahamlah,kawan” . Aku pula yang tak sedap hati . Ini bukan Fir yang aku kenal, bukan .  Lain benar.
Aku kecewa , aku terasa . Setakat sebelum ni orang kata penulisan aku dibayar pihak Cakerawala, aku dapat tepis. Orang kata penulisan aku ada unsur iluminati , gaya orang murtad, aku hadam sampai lumat . Bila orang label aku dengan nama haiwan , sebab menulis tak macam mereka nak, tak terkesan pun , aku buat tak nampak,. Tapi bila melibatkan mak ayah aku dikenali satu dunia, aku tak dapat terima . Menulis jadi perkara paling aku kesalkan dalam hidup aku !” Firash menghentak meja sekuat hati . Retak jam tangan biru yang dibeli dengan duit hasil iklan di blog kesayangannya itu.
Aku diam . Mana mungkin aku mendasari hati jejaka berwajah ala-ala Korea ini . Dia menelan sakit peritnya sendiri . Dan kali ini dia meluahkan tanpa sedikit pun memandang aku . Dia kemudian terus berlalu , ke arah kereta kancil birunya , dan memecut sekuat hati . Aku hanya mampu memandang dari jauh . Menggeleng kepala sendiri. Sudahnya aku perlu terus bergerak memperjuangkan penulisan dan puisi bebas bersendirian . Biarlah apa yang berlaku, perjuangan Firash perlu aku teruskan dengan dia – atau tanpa dia.
Aku membelek semula isi perut twitter dan blog dia, sepintas lalu memang aku hidu ada bau bau pemberontakan .Pemberontakan jiwa dia sendiri , yang kurang mendapat kepercayaan dari ibu kesayangan . Akibatnya dia menjadi seorang yang begitu defensif terhadap keputusan sendiri. Baginya dalam dunia ni tiada sesiapa pun akan memahaminya ,dan semua penulisan dia berbentuk hitam dan antogonis. Hujungnya kalau tidak mati dan bunuh pasti akan ada yang terkorban sendiri.
Dalam banyak-banyak penulisan tu, tetikus aku terhenti pada satu coretan .
Kawan Pinjaman
Kalau masa boleh dibeli, aku mahu beli semua.
Semua yang ada pada manusia lain pun, aku mahu.
Sebab kalau aku mati pun , aku tak kempunan,
Sebab aku dapat beli sesuatu
iaitu - masa dengan kamu.
Amboi si Firash ni, dalam diam ada benda manis yang terpahat di jiwa jejaka kasar berhati batu ini. Tiba-tiba menimbulkan persoalan kecil dalam minda aku, siapa gadis bertuah yang berjaya menerawangkan jiwanya. Yang lantas membuatkan aku teringat pada persoalannya waktu kami sama-sama singgah di Khizanat  tempoh hari .
Rid, kau rasa lelaki macam aku ni ada orang nak tak ?” Persoalan si Firash ni betul-betul buat aku rasa nak demam. Seingat aku, dia ni bukan lelaki tipikal yang suka bercerita tentang perempuan dua puluh empat jam , malah hendak memandang wajah perempuan ketika berbual pun sangat susah . Almaklumlah adik beradik semua lelaki , dan dia juga dulu bersekolah agama, jadi dia membentuk jati diri malu kepada perempuan itu sangat utuh dalam jiwanya . Kagum juga aku mula-mula dapat tahu dulu .
Muka kau macam Lee Kwang Soo, ramai saja orang suka, takut kau tu yang tak suka, kau kan cerewet ” .  Firash diam mendengar , dia memang tak layan buatan Korea, mana dia tahunya Lee Kwang Soo tu orangnya bagaimana . Aku main petik sahaja sebab tahu itu watak dalam Running Man yang adik aku paling gila.
Tapi aku bukan nak perempuan yang minat kpop minat aku” . Dia membelek telefon yang berdinding kertaskan gambar ibubapanya .
Oh, kau nak perempuan minat nasyid minat kau ya ?” soalan spontan aku membuatkan dia terus tertawa kecil . Persoalan itu dimatikan dengan secawan kopi panas.
_______________________________________
Kuat benar bunyinya . Aku rasa macam nak campak saja Samsung S4 tu ke dinding, tapi kalau rosak, mana mahu cari duit, itu pun hadiah dari salah seorang pembaca tegar blog aku . Aku terus menjawab panggilan itu, namun tak kedengaran apa. Mungkin perasaan paranoid aku sahaja. Jadi aku pun berkeputusan untuk menyambung lagi tidur barang seminit dua.
Along.., bangun nak, tengahari dah ni” merdunya suara Puan Aini ni mengejutkan aku bangun , seakan menyuruh aku supaya tidur semula. Aku pun bingkas bangkit memandangkan aku perlu menyiapkan banyak kerja, terutama karya buku bertajuk ‘ Hitam Karat’ . Aku sudah menetapkan bila tarikh perlu hantar kepada syarikat percetakan . Dan yang pasti aku kena hasilkan yang terbaik bukan sahaja untuk pembaca blog Aksarium tapi juga demi semangat Firash, orang yang bertanggungjawab membuatkan hobi aku kini menjadi sebuah kerjaya .
Alhamdulillah, tak sampai tiga bulan , hashtag #HitamKarat jadi trending dekat twitter. Berkat promosi , sokongan dan doa ramai, buku tu terpaksa diulang cetak sebanyak lima kali . Tiada apa dapat ku gambarkan melainkan perasaan keterujaan aku bergelar penulis. Tidak pernah terlintas langsung , aku si pacal hina ini akan memiliki sebuah buku bertulisanku sendiri .
Dan aku baru teringat sesuatu, Firash ! Mana agaknya dia sekarang . Semenjak kejadian yang meruntuh jiwanya itu, aku langsung tak dapat berhubung dengannya, dia pun lama juga menyepi dari alam maya .
Firash, kau apa cerita , lama tak dengar?” Sistem pesanan ringkas ku hantar itu tidak sampai ke pemiliknya. Aku cuba hubungi sekian kali, asyik gagal. Mungkin dia benar benar menjauhi semua sehingga menutup telefon bimbitnya.
Mungkin memang berjodoh, aku terserempak dengan Firash dua hari kemudian dekat Pavillion , keseorangan .
Eh, Fir ! Jalan sampai tak nampak aku ya, kau ni !” Usikan itu membuatkan dahinya berkerut . Dia seakan cuba untuk mengelak. Namun dia memberhentikan langkahnya juga akhirnya.
Rid ! Kau buat apa dekat sini ?” Tanyanya teragak-agak.
Aku dating . Si dia pergi membeli-belah kejap ” Aku bersahaja. Dia memandangku pesimis, agaknya dia ingat orang macam aku ini takkan ada orang yang minat .
Oh, bahagialah sekarang . Tapi tak nampak tanda-tanda berpunya pun dekat facebook dan twitter kau? ” Ayat si Firash ni membuatkan aku rasa nak hayun kepala dia dengan objek keras. Membahan aku , memang dia nombor satu .
Buat apa di cerita, bahagia kita rasa . Eh , apa jadi dengan kes engkau dulu tu, engkau sudah boleh menulis balik tak ni ?” Aku cuba bertanya perkembangan sahabatku seorang ni . Lama dia terdiam.
Keluarga aku minta aku kurangkan penggunaan twitter, facebook. Tu aku jarang di sana. Lagipun aku susah nak dapat kekuatan menulis balik, kadangkala tulis panjang-panjang, aku padam semula. Aku jadi takut dengan penulisan aku sendiri”. Firash mula sudi memanjangkan perbualan kami.
Kau ambil saja pengajaran . Kalau menulis lagi nanti, kena fikir kesan dan perasaan orang lain dulu. Jangan main taram saja, kau yang akan tanggung akibat ketidakpandaian kau nanti " Ayat aku itu terus merubah riak wajahnya. Lantas dia berpaling pergi dan menjerit kuat dari jauh ,
Ahh! Kau sama macam orang lain, aku ingat kau kawan aku . Pergi matilah kau dengan kekasih kau !” Marah benar nampaknya dia, tapi kenapa pula nak sebut aku dengan kekasih aku , pelik benar. Sebenarnya dia tak tahu,  yang aku baru saja menipu .
_______________________________________
Parit memang @#$%^&* !”
Kau tak cukup perli aku depan depan , kau tulis dekat facebook, dasar !”
Kawan lupa kawan !”
Buku #HitamKarat kau sesuai dengan hati kau ”
Aku tak tahulah kau kekal lama tak dengan kekasih kau “
Makin menjadi-jadi tweet si Firash ni . Semakin terobek-robek hati kecil aku . Dia lain benar semenjak jumpa haritu . Kalau dulu , ayat dialah penyejuk hati aku, sekarang rasanya dengar nama dia pun aku tak mahu . Aku cuma nasihat sedikit saja, tapi dibawa rasa sedihnya berhari-hari .
Dan hari tu , tiba-tiba senyap pula si Firash ni, mungkin kena limitasi, bagus juga, senang sedikit hati . Dengan rasa nakal, aku pun membalas salah satu tweet nya,
Berbahagialah kamu dengan kawan pinjamanmu” .

ah~ha aku masih lagi bernafas
ah~ha aku masih tak duli kebas
ah~ha lihat aku yang tetap bangun kembali
kakimu tak cukup buat aku mati
Suara Fynn Jamal dan EMC Shaz terhenti . Tiba-tiba pula berbunyi setelah lama menyepi. Aku angkat .
Woi Parit ! Mana kau tahu tentang kawan pinjaman tu ? Kau jangan cakap kau stalk aku , geli weh ! “Aku terjeda. Hilanglah macho aku kalau akau mengaku. Lagipun penulisan itu tak sengaja terlalu depan mata aku . Jadi kesimpulannya, aku tak akan mengaku.
"Gila lah kau Fir! Suka hati je tuduh aku kan? Aku terbaca lah. Blog kau kan popular " Aku mengelak. Sipi saja lagi .
"Itu cerita lama lah. Alang alang kau dah baca aku ada benda nak cakap ni" Tiba-tiba serius saja nada Firash al-Hatim ni .
"Penulisan tu untuk kau, sengal! " Ayat dia buat aku terkejut .
"Kau biar betul, kita kawan baik kan ? Kawan macam kau cakap- kawan pinjaman kan ?."Aku dalam penafian.
"Eleh kau ni Rid, aku suka kau , lama dah  !" Aku diam, lelaki ni betul-betul gila. Dia nak aku cakap apa agaknya . Yes, I do  ? Gila lah.
"Aku bukan apa Fir, aku memang sayang kau, tapi " Ayat aku itu dihentikan . Dia meminta aku memikirkannya dahulu . Firash memang muka jambu, tapi personaliti dia langsung tak nampak akan atau mungkin berminat dengan aku.
_______________________________________
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya ! Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ". ( Riwayat Muslim )
Aku diam sambil menangis. Aku yakin status facebook dia tiga hari lalu itu, ada kaitan dengan pengakuannya tempoh hari .  Maafkan aku, Firash . Aku masih dan mungkin tidak akan ada naluri itu - naluri mencintai lelaki baik macam kau . Aku bukan tidak mahu berubah cuma aku masih belum Faridah. Mungkin kasar aku ini akan terlembut juga, cuma aku tak tahu bila masanya . Maafkan aku kawan .


Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini