rss


SAYUP langit biru di atas sana dipandang tak berkelip. Langit yang kebiruan sudah semakin kelabu. Felisha pandang lagi. Setitik air menitis ke pipinya. Bergegas dia ke anjung rumah. Langit kelabu dah bertukar gelap tanda hujan akan turun bila-bila masa.
Felisha angkat bakul berisi bunga dahlia ke ruang tamu. Bunga-bunga tu disusun cantik dalam pasu bunga yang dibeli dari Pasar Ban Then dua bulan lepas. Bunga yang sudah disusun cantik itu dibawa ke sudut meja di penjuru ruang tamu. Dia senyum. Bunga itulah yang menjadi kegemarannya sekarang ini. Dulu, dia lebih suka bunga tulip tetapi bunga dengan tangkai panjang itu memang sukar dicari dan susah ditanam. 

"Hmm..tak sia-sia aku tanam bunga ni. Dapat juga aku hias rumah aku ni walaupun tak sebesar mana. Alhamdulillah, aku pun dapat bekalkan ke kedai bunga berdekatan sini." Felisha sengih. Dia belek-belek bunga Dahlia dalam pasu.
Esok, bermulalah hidup baru Felisha. Bunga dahlia yang tumbuh subur di belakang rumah akan dipetik dan dihantar ke kedai bunga dan tempahan dari majlis-majlis.

JAM di dinding sudah hampir sepuluh setengah pagi. Hari itu Felisha ada temujanji dengan pelanggan. Bunga perlu dihantar segera ke majlis hari jadi. Tak sangka, bunga yang ditanam sekadar suka-suka, kini mendapat sambutan. Kelam kabut Felisha mengangkut bakul yang penuh dengan bunga dahlia ke bonet kereta. Kereta dipecut laju menuju ke destinasi. Majlis bermula pukul dua belas nanti.

"Hish! Sempat ke aku sampai ni?" Felisha jeling jam di dashboard. 10.30 pagi.

"Alamak!!" Felisha cepat-cepat menekan brek. Dia menelan liur. Menggelabah. Sebuah motosikal sudah tergolek di bahu jalan. Penunggang pula dah tercampak ke dalam longkang besar.

"Adoih..mampus aku. Dah lah aku nak cepat ni. Macam mana ni? Takkan aku biarkan jedia dalam longkang tu." Felisha menelan liur.Kedua tangannya masih melekat di stereng kereta.
Perlahan Felisha keluar dari kereta, menapak ke tepi longkang. Dia jenguk ke arah lelaki yang dah tergolek kat dalam longkang tu.

"Err..encik okey ke?" Teragak-agak Felisha bertanya.
Lelaki tu mendongak. Tanya lagi minah ni! Dah cium longkang busuk ni..ingat okey ke?Karat betullah!

"Err..saya hantar encik ke klinik?" Felisha dah garu kepala. Serba salah tak tahu nak buat apa. lelaki yang kemsa berjaket hitam itu dilihat masih menggosok bahu dan punggung. Agaknya kebas dan luka. Penunggang tu mula bangun dan melompat ke atas tebing.

"Awak yang langgar saya?"
Felisha tunduk. Lelaki itu dah menyinga.

"Err..ya..maafkan saya. Saya nak cepat tadi." Sempat Felisha jeling jam di pergelangan tangannya. Sepuluh minit lagi pukul sebelas. Adoiya...habislah aku! Tak sempat aku nak hantar bunga ni! 
"Awak ingat awak sorang je ke nak cepat! Tu..motosikal saya dah tergolek kat situ. Awak nak ganti?"

Felisha jeling motosikal Kawasaki warna hitam yang sudah menyembah bumi. Apa ke jadahnya nak ganti bagai? Bukan rosak apa pun!

"Saya tengok tak ada rosak apa pun?" Felisha ketap bibir.

"Memanglah tak rosak tapi motor tu mahal. Calar sikit dah beratus saya kena keluar duit! Awak nak bayar?"
Felisha diam. Motosikal cikai macam tu pun nak berkira. Mahal lagi kereta aku!

"Saya tak kira! Awak kena bayar semua kerugian saya. Ni, luka di lutut saya ni, awak kena bayar jugak!" 

Felisha dongak. Daripada aku bertengkar buang masa dengan mamat berlagak ni, baik aku buat je apa yang dia nak. kalau tak, esok pagi pun belum tentu habis lagi!

"Baiklah! Saya akan bayar dan bawa awak ke klinik. Saya dah lambat ni. Naik kereta saya. Motosikal awak tu, nanti saya panggil orang bawa ke bengkel." Felisha mengalah. Lelaki tu senyum. 

Kereta Honda Accord Felisha membelah jalanraya menuju ke deretan kedai. Dia berhenti di sebuah bengkel. kemudian dia mencari pula klinik berdekatan. Lelaki itu dibawa ke klinik. Selesai dirawat, lelaki tu menolak pelawaannya untuk dihantar ke tempat yang dituju.

FELISHA melilau mencari tempat letak kereta. Penuh sampai ke luar jalan besar. Setelah kereta diparkir, Felisha menapak pula ke laman rumah banglo tiga tingkat. Laman sudah dihias cantik dengan belon dan meja makan bulat berlapik kain warna merah jambu. Serba serbi warna merah jambu. Dari khemah sehinggalah ke kerusi dan meja.

"Hmm..tentu majlis hari jadi perempuan ni.."

Felisha menapak perlahan ke arah anjung rumah. Dia mati kutu. Kehadirannya seolah tidak diendahkan. Terkebil-kebil dia terpacak di situ memerhati beberapa orang yang sibuk ke hulu ke hilir menegemas dan menghias. Dah rasa macam halimunan pulak. Bakul yang penuh dengan bunga Dahlia diletak atas lantai. Jarinya dah merah. Kebas.

"Err..maaf cik. Boleh saya jumpa cik Alia?" Felisha tanya salah seorang yang kebetulan lalu di depannya.

"Cik Alia?"
Felisha angguk.

"Ada apa nak jumpa dia?"

"Err..dia ada order bunga dengan saya. Ni saya hantar." Felisha tuding ke arah bakul di tasa lantai.

Perempuan tu angguk-angguk. Dia berlalu pergi ke kolam renang dan kembali semula dengan seorang gadis manis yang pada hemahnya mungkin masih bersekolah.

"Ya kak?" Alia senyum.

"Err..adik ni yang pesan bunga dengan akak kan?" Felisha senyum.

Alia angguk. "Berapa semua kak?"

Felisha angkat bakul dan hulur kepada Alia. " Seratur lima puluh ringgit."
Alia hulur dua keping wang kertas seratus kepada Felisha. Dia senyum lagi. Cantik juga kakak ni.

"Err..akak tak ada duit pecah la dik." Felisha belek dompetnya sendiri.

"Kalau macam tu, keep the change je la kak. Penat akak datang dari jauh." Alia senyum meleret.

"Eh, mana boleh..nanti akak  bagi balik baki lima puluh ringgit tu." Felisha senyum kelat. Dia berlari ke keretanya semula.

FARID menapak perlahan ke arah Alia. Dia menepuk bahu Alia dengan kuat.

"Abang ni!! Kalau adik ada sakit jantung macam mana?" Alia tumbuk dada Farid.
Farid ketawa mengekek. Aku usik sikit pun dah melatah adik aku ni!

"Abang ni kenapa?" Alia pandang pembalut di lutut abangnya.

"Alah..sikit je. Jatuh longkang tadi." Farid sengih. Di matanya terbayang dia tergolek ke dalam longkang besar. Nasib baik longkang tu kering. Kalau ada air tadi, memang sah satu badan bau longkang!

Alia senyum. "Tu la..papa nak belikan kereta, abang tak nak. Kan dah masuk longkang. Abang ni pandai ke bawa motor?"

Farid jeling adik bongsunya. Aku luku karang budak ni! Ingat aku ni baru dapat lesen L ke?

"Ni..bunga siapa ni?" Farid pandang bakul bunga di atas lantai.

"Bunga adik la. Adik pesan tadi. Nak bayar, kakak tu pulak tak ada duit kecik." Alia panjangkan leher ke arah deretan kereta di jalan luar. Baru teringat dia menunggu kakak jual bunga tadi.

"Hah! Tu dia!" Alia sengih. Felisha dah terkocoh-kocoh berlari ke arahnya.

Farid menoleh ke arah laman. Dia ni?? Buat apa di sini? Dia ikut aku ke??

"Err..maaf dik. Nah! Baki lima puluh ringgit." Felisha hulur kepada Alia.

"Eh..awak buat apa kat sini?" Farid tanya.

"Err..awak??" Felisha menelan liur.

"Jadi bunga ni awak punya la?" Farid pandang gadis yang melanggarnya tadi.
Felisha angguk lemah.

"Abang kenal ke?" Alia berkerut kening.

"Kerana dia ni la, lutut abang berbalut macam ni! Ingat jalan tu dia je yang bayar road tax!" Farid bercekak pinggang.

Felisha ketap bibir. Aku sumbat mulut celupar kau dengan bunga ni karang! Mati kojolkau kat sini!!

"Ya ke?" Alia ketawa mengekek.

"Kenapa ketawa? Lucu ke?" Farid jeling Alia yang dah mengekek ketawakannya.

Farid capai bakul bunga. Dia belek sekilas pelekat di bakul. 'FELISHA'S LOVE FLOWER'

"Hmm..jadi nama awak ni..Felisha?" Mata Farid menala pula ke arah Felisha.

Felisha diam. Sikitpun dia tak pandang Farid. Berlagak karat mamat ni! Geram aku!! Menyesal aku tolong dia tadi. Kalau macam nilah perangai mamat ni, aku biarkan je dia tergolek kat situ!

"Abang, akak, Alia ke sana kejap. Ada hal." Alia sengaja cari alasan. Dia berlari masuk ke dalam rumah semula. Bunga dahlia turut dibawa sekali.
Felisha dan Farid masing-masing diam.

"Awak nak ke mana?" Farid mula bersuara. Felisha dah nak beredar dari situ.

Felisha menoleh. Eh! Mamat ni, nak buat apa aku duk melangut kat sini?

"Soalan tu tak perlu dijawab. Tak ada kena mengena dengan awak!" Felisha meneruskan langkahnya.

"Nanti!" Farid pegang tangan Felisha.

"Nombor awak berapa?" Tanya Farid lagi.

"Nombor? Nombor apa?" Felisha berkerut kening.

"Telefon la! Ingat saya nak nombor Sport Toto ke hapa??" Farid dah angin. Tak reti-retiminah ni!

"Maaf! Tak payahlah awak nak mengurat saya! Dah lapuk la cara tu!" Felisha mencebik. Betullah mamat ni muka seposen!

"Oi! Awak jangan nak perasan heh! Saya nak nombor awak tu sebab saya nak pastikan awak tak lari nanti bila masa nak bayar kerosakan motor saya tu! Muka macam awak ni bersepah saya boleh dapat!" Farid dah semakin menyinga.

"Saya pun tak hingin nak bagi! Saya akan bayar semua tu!" Felisha rentap tangannya yang dicengkam kuat. Dia jeling Farid yang dah nak tembus pandangnya macam tu. Aku lempang karang mamat ni. Suka hati je pegang tangan aku. Buat dosa kering!

Felisha melangkah laju menuju ke keretanya. Hari pertama dia berniaga bunga sepatutnya hatinya berbunga-bunga macam bunga dahlia dia tu tapi sekarang ni, bukan bunga dahlia lagi dah, dah macam bunga tahi ayam!!
-

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini