Entah kenapa masih ada rinduku untuknya. Sumpah! Aku benci untuk melalui semua ini lagi. Tiap kenangan itu tidak mampu untukku usir dari hidupku. Terlalu payah. Terlalu sukar untukku melupakan segalanya. Kotak yang berisi hadiah pemberian dari Tita ku renung dengan pandangan kosong. Tita, hadirmu telah mewarnai hidupku. Cukup lengkap. Denganmu aku belajar untuk menjadi seorang yang penyabar walaupun itu bukan aku yang sebenarnya. Denganmu aku telah menjadi seorang yang sanggup berkorban walaupun aku telah berjanji untuk tidak berkorban untuk insan yang aku tidak pasti kasih sayangnya.
Ke mana kotak-kotak hadiah ini perlu kubawa? Aku tidak mampu untuk terus menatap pemberiannya. Teddy Bear yang kuberi nama Honey itu kupandang sepi. Walaupun aku menyukainya tetapi tiap kali menatapnya pasti akan ada air mata yang mengalir di pipi ini. Aku tidak mampu untuk terus hidup dengan kenangan kami.Bagaikan orang gila buat kali terakhir aku bercakap dengan Honey.
“Honey, maafkan aku. Aku sayangkan kau sebenarnya tapi tiap kali aku tengok kau, aku pasti teringatkan Tita. Aku terpaksa buang kau,” kataku sambil menahan sebak di dada.
“Ke mana awak nak bawak semua hadiah ini?”.
“Saya tak perlukannya lagi,” kataku tanpa menoleh kebelakang kerana kutahu siapa pemilik suara itu.
“Awak, jangan buat perkara bodoh. Kenapa sampai nak buang hadiah ni semua?”.katanya sambil mara kehadapanku. Aku tunduk memandang rumput-rumput yang menghijau. Dedaun kering yang gugur menyembah bumi kukuis dengan hujung kakiku.
“Saya tak perlukannya lagi.”ulangku lagi.
“Pandang muka saya tiap kali bercakap dengan saya. Kenapa awak buang hadiah yang saya bagi pada awak? Kenapa awak buat macam ni?” Soalnya tegas. Aku hanya diam membisu. Tidak mampu untukku membalas tiap pertanyaannya.
“Kalau awak diam, masalah kita takkan selesai.”ujarnya lagi. Aku tidak mampu untuk berlama disitu. Cukuplah pertemuan ini berakhir tanpa kata-kata dariku. Kuatur langkah perlahan-lahan agar tidak tersungkur nanti. Aku tahu Tita sedang memandangku dengan pandangan yang penuh dengan perasaan hampa. Aku menangis semahu-mahunya. Selamat tinggal Tita. Selamat tinggal kenangan kita.
“Khalila Aisya, awak tak perlu buang hadiah ini kalau awak dah tak perlukan saya,”. Tita menjerit lantang. Aku terkesima. Dengan lemah, aku menoleh kebelakang,
“Siapa yang tak perlukan siapa? Saya atau awak?”balasku sayu dengan juraian air mata yang semakin lebat. Tita berlari mendapatkanku. Memandang tepat kearah wajah ini. Hembusan nafasnya jelas kedengaran di telingaku.
“Saya masih perlukan awak. Awak masih dalam hati saya. I need you,”ucapnya sayu sambil meraup mukanya.
“Sudahlah awak. Saya dah penat mendengarnya. Cukuplah sekali saya kena tipu. Hidup saya bukan untuk ditipu. Cukuplah pengorbanan saya tak dihargai. Saya taknak jadi orang bodoh lagi.”.kataku dan terus mengorak langkah meninggalkannya. Dan saat ini aku tidak akan menoleh kebelakang lagi. Keputusanku untuk memutuskan segala hubungan persahabatan dengannya adalah keputusan muktamad. Aku tidak akan menyesal dengan keputusan itu. Aku akan tanggung segala baik buruk keputusanku.
***********************
“Sya, Tita suruh on handset. Dia hantar mesej kat aku. Dia tanya kenapa kau off handset.,”soal Mimie memandang tepat ke mukaku. Aku hanya memandang telefon bimbitku dengan 1001 perasaan. Jiwa ku berperang.
“Sya, kau gaduh dengan dia?”soal Mimie lagi sambil memegang bahuku. Aku tunduk sambil mengesat cecair jernih yang mula bertakung ditubir mataku. Semakin lama cecair itu semakin deras mengalir. Aku tahu Mimie kehairanan melihat aku berkeadaan demikian.
“Mie, aku dah taknak jumpa dia lagi. Aku dah tak mahu ada apa-apa hubungan dengan dia lagi. Aku dah tak sanggup berkorban lagi.”
“Sya, apa yang kau cakapkan ni. Aku tak paham le. Kau cerita dari A sampai Z kat aku. Kau jangan cakap kat aku yang selama ni kau cintakan Tita?”
“Aku memang cintakan dia Mie. Aku memang tak boleh lupakan dia. Dialah insan yang selama ni aku inginkan selalu ada disamping aku.,” Mimie kulihat meraup mukanya dengan tangan halusnya. Dia terkesima. Aku tahu dia terkejut dengan pengakuanku.
“Kenapa kau tak bagitau aku. Ya Allah, kenapa kau rahsiakan dari aku Sya?”Mimie bersuara perlahan. Matanya tidak berkelip memandang wajahku. Aku hanya mengeleng lemah. Aku tiada jawapan untuk persoalan itu. Air matanya turut bergenang. Aku tahu dia pasti bersedih melihat keadaanku sekarang. Terkulai layu bagaikan bunga yang kian mati. Tanpa dipaksa dia memelukku dan aku menangis semahunya dia bahunya.
“Menangislah Sya kalau itu dapat menenangkan perasaan kau.”Ujar Mimie lembut sambil mengusap lembut belakangku.
***************************
Tita bukanlah nama sebenar lelaki itu. Itu adalah nama gelaran untuknya. Aku amat suka dengan nama Tita. Jadi aku gunakan nama itu untuknya. Dia kukenali semasa hari pertama mendaftar masuk ke Politeknik Ungku Omar. Kami beratur dalam satu barisan. Saat itu masing-masing malu untuk memulakan salam perkenalan. Hanya senyuman yang menghiasi bibir masing-masing. Pertemuan kami tidak tamat disitu. Rupa-rupanya dia satu jurusan denganku. Dan saat itulah aku mula berkawan dengannya. Mungkin telah ditakdirkan yang kami akan menjadi sahabat baik.
Namun, panas tidak sampai ke petang, rupa-rupanya hujan ditengahari. Disebabkan kata-kataku yang biadap terhadapnya, dia terasa hati dan mula menjauhkan diri dariku. Aku tertanya-tanya kenapa. Sudah berpuluh mesej aku hantar kepadanya namun tidak satupun berbalas. Telefon pun langsung tidak dijawabya. Berguni maaf telahku ucapkan padanya tiap kali bertemu namun hubungan kami tetap sama. Walaupun satu kumpulan, dia tetap menjauhkan diri dariku. Jika terserempak dia akan diam membisu. Berpatah-patah ku bercakap sepatah yang dibalas. Hati mana yang tidak sakit jika diperlakukan sebegitu rupa. Akhirnya aku pun mengambil keputusan untuk membiarkan dia dengan rajuknya. Tidak pernah kuduga atas alasan membiarkan rajuknya itu kami tidak bertegur sapa sehingga empat semester. Tetapi dalam tempoh itu aku tetap mengambil tahu perkembanganya dan persoalan kenapa dia bertindak menjauhkan diri dariku tetap bermain di mindaku.
Namun, disebabkan dia kehilangan insan yang disayanginya dia mencariku kembali dan tika itu hubungan kami yang selama ini putus bercantum kembali. Aku rasakan kesedihan yang dialaminya merupakan satu rahmat bagiku. Aku bersyukur kerana DIA telah mengembalikan insan yang aku sayang ke dalam hidupku. Aku cuba untuk jadi kawan yang terbaik baginya. Tanpa aku sedar rupa-rupanya kasih sayang yang terbit dalam hatiku bukanlah dibawah landasan sahabat semata-mata malah lebih daripada itu.
Kejam! Aku sememangnya kejam disaat itu. Aku mengambil kesempatan di atas kesedihannya. Tapi segala-galanya terbongkar apabila dia sebenarnya hanya menjadikan aku sebagai persinggahan. Di saat dia bersedih dia datang kepadaku dan disaat hidupnya dipenuhi kegembiraan namaku langsung tidak terukur di hatinya. Kejadian itu kembali menyapa layar ingatanku.
“Eh, Ejal, kau dengan Sya tu ada apa-apa ke? Hari tu ada orang nampak kau keluar berdua-duaan dengan dia?”
“Mana ada. Salah orang kot.”
“Takkanlah salah orang. Sebab dia kenal korang. Waktu tu korang pakai baju hitam tengah pilih kad kat kedai sourviner.”
“Oh..yang tu. Aku saja je ajak dia. Waktu tu aku bosan. Aku ajak le dia. Senang giler nak keluar dengan dia. Ajak je terus setuju.”
“Kau ni tak baik buat dia macam tu. Kau suka kat dia ye?”
“Gila kau. Dah takde ke perempuan yang elok sikit yang kau nak match dengan aku. Takat si Sya tu apa class. Kau ingat aku ni takde taste ke?”.
Perbualan antara Tita atau Shariful Hafizal dengan sahabat baiknya Zafran mengamit perhatianku. Aku terkesima saat mendengar butir bicara itu. Hatiku berkecai saat mendengar ucapannya. Tidak bernilai langsungkah aku di matanya. Dimana kebenaran tiap bicaranya dulu yang aku sememangnya insan yang dia sayang, namaku sentiasa ada dihatinya. Air mataku merembes kembali.
“Kau ni. Sya tu ok ape. Cukup sifatnya.comel pulak tu. Yang penting dia baik bukan takat dengan kau tapi dengan semua orang. Untung kau dapat dia,” ujar Zafran lagi.
“Taknak lah aku. Bagi free pun aku taknak” ujar Tita angkuh. Aku terduduk mendengar ungkapan itu. Mimie yang kebetulan lalu disitu terkejut melihat keadaanku. Dia menjerit memanggil namaku. Jeritannya mengganggu perbualan dua sahabat baik tadi. Mereka berlari mendapatkan aku. Aku tidak mampu untuk menyembunyikan kesedihan. Air mataku tidak mampu kutahan lagi, Aku menangis dihadapan mereka. Mimie terpinga-pinga. Namun Tita dan Zafran kelihatan pucat. Lama aku berkeadaan begitu. Dengan sisa kekuatan yang ada aku memandang wajah Tita dan sambil tersenyum dalam keterpaksaan aku ungkapkan kata “Sweet but nothing”. Dia tunduk. Zafran cuba menghidupkan suasana kembali. Namun usahanya sia-sia belaka.
“Sya,” lembut suara itu memanggil namaku. Sisa air mata yang membasahi pipi ku sapu. Ku toleh kebelakang sambil melemparkan senyuman kepada Mimie. Mimie jua membalasnya.
“Dia nak jumpa kau. Tapi aku kata yang kau tak sihat. Demam. Dia bagi aku air cap badak ni. Dia suruh kau minum.”
“Takpelah Mie. Kau buang je botol tu dalam tong sampah kat luar. Aku taknak apa-apa dari dia. Cakap kat dia aku tak perlukan dia lagi. Suruh dia jangan susahkan diri untuk aku. Aku dah bosan dengan dia.” Ujarku bersahaja.
“Sya bawak bersabar. Jangan buat keputusan melulu,”
“Mie, ini bukan keputusan melulu. Aku dah fikir lama tentang perkara ni. Aku dah tak sanggup kena tipu lagi. Cukup le selama ni aku jadi orang bodoh.”
“Tapi kau cintakan dia kan ?”
“Aku takkan mati kalau tak dapat bercinta dengan dia. Biarlah cinta ni aku bagi pada orang yang boleh menerima dan menghargai aku seadanya,”
“Sya aku bangga dengan kau sekarang. Akhirnya kau bercakap tentang sesuatu yang bernas.”. Mimie memandang tepat kemukaku. Ada garis senyum terukir di bibir mungkilnya. Aku jua tersenyum tapi senyuman pura-pura. Aku hanya berlakon di hadapan Mimie. Aku tidak mahu melihat dia bersedih untuk aku. Cukuplah selama ini aku menyusahkan dia.
“Sya, let by gone be by gone. Yang penting sekarang ni kau tunjukkan kat dia yang kau boleh hidup tanpa dia,”. Aku tersenyum memandang kearah wajah Mimie. Dia jua begitu.
“Thanks Mie. Kaulah sahabat baik aku dunia akhirat. Aku takkan lupakan kau sampai bila-bila."
*********************************
“Sya, awak dah sihat ke? Ada Mimie bagi air cap badak kat awak? Awak dah minum ke?”. Tita berjalan beriringan denganku semasa memasuki dewan kuliah. Aku hanya membisu. Malas untukku melayannya.
“Awak, jangan buat saya macam ni. Saya tahu salah saya.”ujar Tita lagi. Kali ini aku memandang tajam kearahnya.
“Do I know you?” Aku menghadiahkan segaris senyuman yang sukar untuk dimengertikan. Tita terpempan. Dia memandangku tidak berkedip. Mungkin terkesima dengan pertanyaanku tadi. Aku terus melangkah meninggalkan dia di situ. Aku tarik nafas dalam-dalam. Terasa beban yang aku tanggung kian berat. Tidak mampu lagi untuk aku meneruskan kehidupan ini jika selalu bertemu dengannya. Aku tidak mempunyai kekuatan yang luar biasa untuk berhadapan dengan situasi sebegini.
“Awak paham ke apa yang awak cakap ni?”Soal Tita setelah sedar dari rasa terkejutnya.
“Hello, saya memang tak kenal awak.” Jawabku endah tidak endah.
“Awak, sampai hati awak buat saya macam ni. Saya tahu saya salah. Saya sedia terima apa jua hukuman dari awak. Sya, maafkan saya.``
“Maaf? Semudah mulut berbicara yang menyakitkan hati, semudah itu jua mulut meminta maaf?. Well, antara kita dah tiada apa-apa hubungan lagi. Saya tak mahu terus hidup dalam bayangan awak. Saya tak mahu ada langsung nama awak dalam hidup saya,” ujarku sambil memandang tepat ke mukanya.
“Awak, jangan buat saya macam ni. Saya minta maaf. Saya sayangkan awak. Sayang sangat,”
“Simpan saje perasaan sayang awak tu pada orang lain. Saya tak mahu awak ada dalam hidup saya. Sekali saya benci awak, sekali awak hancurkan kepercayaan saya, selama-lamanya awak kehilangan saya. Bukan ugutan tapi kenyataan,”. Aku terus berlalu. Tidak jadiku untuk menghadiri kuliah pagi itu. Dalam diam sebenarnya terlalu berat untukku ucapkan kata-kata sebegitu. Tapi demi cinta yang harus aku padamkan dalam hati ini, aku terpaksa lakukan. Maafkan aku Tita sekiranya ucapanku menghiris hatimu. Tetapi percayalah saat mengenalimu adalah satu kenangan yang terindah dalam hidupku.Lamunan ku tersentak di saat bahuku disentuh lembut. Aku menyeka lelehan air mata yang deras mengalir dari tadi. Malu untuk berhadapan dengan dia.
“La…kenapa nangis ni? Takkan Zaf lambat lima minit pun Sya dah berair cam ni?”. Ujar Zafran lembut. Aku hanya tunduk memandang rumput. Sisa-sisa air mata ku biar kering sendiri.
“Jangan di ingat perkara lama. Yang lepas biarkan berlalu. Sekarang Sya ada Zaf. Zaf janji yang Zaf tidak akan sia-siakan hidup Sya,”Ujar Zafran lagi. Aku hanya tersenyum. Perlukah untukku ucapkan yang selama ini aku ragu-ragu dengan keikhlasannya atau perlukah aku ucapkan yang dihatiku masih ada nama Tita padanya?. Ya Allah, bantulah hambamu ini.
Ku tarik nafas dalam-dalam. Kemudian kuhelanya perlahan. Aku tidak mahu menipu diriku lebih-lebih lagi diri Zafran.
“Zaf, biarlah Sya berterus terang. Sya tak boleh terima Zaf lagi dalam hidup Sya. Sya perlukan masa untuk lupakan Ejal, Sya taknak ada di antara kita yang makan hati nanti.” Zafran kulihat tersenyum. Segaris senyuman itu sukar untukku tafsir.
“Zaf tak pernah paksa Sya untuk terima cinta Zaf. Ambik le berapa banyak masa sekalipun, walaupun seribu tahun, Zaf akan tunggu. Itu janji Zaf.”
“Jangan suka berjanji tapi tak mampu untuk tunaikannya. Sya tak suka.” Aku memandang tepat kemukanya. Dia tersenyum. Aku tidak tahu samada senyuman itu tanda gembira atau sebaliknya. Zaf, aku akan cuba sedaya upaya untuk menyintai dirimu. Tapi biarlah masa yang menentukan segalanya. Mungkin ada sinar untuk kita, Zafran Amirul.
*****************************
Maafkan saya di atas kedatangan email ini. Saya tahu kesilapan saya. Saya sedar keterlanjuran saya. Saya akui kebodohan saya. Awak…Saya tak pernah langsung terfikir yang kita akan berbaik semula selepas dua tahun menyepi. Saya tak sangka persahabatan kita yang baru cuma bertahan dua bulan. Seakan satu sumpahan. dua tahun berbalas dua bulan.
Awak, saya tumpang gembira tentang hubungan awak dengan Zafran. Dua-dua sahabat saya jadi couple.saya tumpang gembira. Saya harap dia sememangnya pilihan awak.Awak, tak sempat untuk saya ceritakan hasrat hati saya kepada awak..tapi saya jugak yang salah sebab merosakkan hubungan kita. Saya cuba untuk berbaik semula dengan awak tapi awak telah menolak untuk saya sentiasa berada di sisi awak. Takpelah saya redha dengan ketentuan awak…Oklah awak…maafkan saya. Saya sayang sangat pada awak.
One day you will ask me what I love more.
You or my life, and when I say my life
You will walk away from me without knowing…That you are my life...
Shariful Hafizal
Dia mematikan komputer ribanya. Harapannya hanya satu agar Sya membaca kiriman e-mailnya dan Sya akan memaafkannya. Sesungguhnya di dalam sanubarinya hanya nama Sya sahaja yang terpahat utuh. Sememangnya egonya melebihi cintanya namun kini dia menyesali kerana tidak pernah untuk mempertahankan cintanya itu.
Hakikatnya, dia kini hanya mampu terus berdoa agar bidadarinya itu mampu dimiliki kembali tidak pun bahagia dengan sahabat baiknya. Hati kecilnya kian mengutuk perbuatannya bagaimanapun dia tidak akan benarkan kesilapan lalu menjadi bayang-bayangnya untuk hari esok.