rss

"Ayah atan kau dah nazak khairul. Dia nak jumpa kau, dia nak cakap sesuatu." perlahan pul berbisik kepada khairul yang sedang termenung di tangga.

"Ha.. dia nak cakap apa pul?."tanya khairul seperti risau

"Kau ni khairul, pegi je la jenguk, banyak Tanya lagi."

"Ye lah pul. Aku risau ni."

"Banyak betullah kau punya risau. Pegi jelah."

 Perlahan khairul masuk kedalam bilik yang mendedahkan bumbungnya yang separuh berlubang sengaja di tebuk oleh tok imam. Ayah atan kelihatan benar-benar nazak dan seperti tidak cukup nafas untuk hidup, ibarat ikan yang di letakkan di daratan, tercungap-cungap. Khairul duduk bersila di tepi ayah atan. Matanya merah dan tiba-tiba ayah atan memegang lengan khairul. Khairul terganggam. Tok imam, hanya memerhati dan mengangguk seperti memberi semangat kepada khairul.

"Khairul, kau pewaris yang ke sepuluh. Aku tak ada anak, kau sajalah pewaris seterusnya. Aku nak kau simpan patung pocong tu. Jangan sesekali kau buang, jangan kau langgar pantang. Kelak nahas menimpa kau. "

"Padi segengam di tumbuk,
Cengkih dan pulut amat kau idam,
Kuasa segar di teguk,
Mulutnya kau tutup,
Matanya kau padam,
Jangan kau sebut-sebut,
Jaga pewaris hanya seorang,
Pewaris ke-12 baru kau hilang...."

Tidak lama selepas ayah atan menurunkan ‘sesuatu' kepada pewarisnya, ayah atan pergi dalam keadaan yang amat menyedihkan. Mulutnya tiba-tiba berbuih dan bau busuk melingkari setiap sudut bilik rumah kayu ayah atan . khairul terdiam dan dia tidak tahu apa harus di lakukannya. Tok imam menarik kain putih sehingga ke kepala ayah atan.

 ****************

Kejadian ayah atan meninggal telah lebih sebulan berlalu. Dan khairul memulakan kerja seperti biasa. Sejak ayah atan ‘menurunkan' patung pocong itu kepadanya , bermacam kejadian aneh berlaku pada dirinya. Setiap malam rumahnya akan berbau bunga cempaka dan  apabila menjelang subuh bau tersebut akan hilang. Telinganya juga  seperti selalu di bisik ayat-ayat yang tidak di ketahui mana datangnya, apabila khairul mula menoleh sekelilingnya, suara-suara yang berbisik itu seakan mendiamkan diri seperti menyorok .

 Khairul mengeluarkan patung pocong dari poket seluarnya,dia tidak pernah berenggang dari patung pocong tersebut,tok imam berpesan suapaya tidak meninggalkan patung pocong tersebut, patung tersebut sebesar ibu jari sahaja, patung tersebut seperti gula-gula bantal yang sering di makannya ketika kecil, Cuma patung ini berwarna putih dan di ikat dengan tali rotan bewarna kuning.  Dan bahagian atas patung tersebut seperti gambaran muka manusia yang telah reput. Secara kenyataanya, patung ini lebih berupa mayat. Khairul mendekatkan patung  tersebut ke telinganya, tiba-tiba satu suara menjelma berayat, suara serak seakan-akan berbisik.,

 Pewaris kesepuluh,
Mula berasap,
Penjaga diri minta di asap,
Inginlah kebal tangan berbekal,
Asaplah dengan ibu kemenyan,
Bunga cempaka di limauan,
Kental lah diri,
Bagai batuan.

Khairul seakan-akan terpana dengan ayat-ayat yang di sebutnya. Tiba -tiba

"Hui ... khai. Kau tengah buat ape tu?"

"Eh.. kau zaha, tekejut aku.kau tanye aku ape tadi?

"Kau buat apa tu?!". Zaha menjeling ke tangannya yang mengenggam patung pocong tersebut yang di rapatkan di telinganya itu .

"patung ni, macam dia tengah  cakap dengan aku".

"ish kau ni,ape engkau merepek petang-petang macam ni khai. Mari sini aku tengok patung kau ni". Zaha terus merampas patung pocong dari tangan khairul.

"Mana kau dapat patung ni?. semacam je aku tengok."

"Ni arwah ayah atan aku bagi kat aku . entah lah.. macam-macam jadik masa patung ni dengan aku."

"Jadik macam mana maksud engkau?". jelas wajah zaha tidak memahami apa yang yang cuba di sampaikan oleh khairul.

"Entahlah zaha, macam mane lah aku nak explain dengan kau ni, macam... ada orang asyik cakap dengan aku. Siap ada mentera pulak tu." Khairul mengeluh halus sambil memicit batang hidugnya.

"Kau tak takut ke?". tanya zaha sambil menenung mata khairul .

"Takut jugak, tapi ni amanah arwah ayah atan aku, dah beri kat aku, dia suruh jaga dan simpan. Takkan aku nak biar."

"Aku rasa kau ni kan khai, mesti dah kena beri saka kat kau ni."kata zaha sambil menghulur patung pocong tersebut kepada aku, perlahan aku mengambil patun tersebut semula.

"Ha.. saka?".

"Ak..ah.. saka. Pemberian keturunan datuk nenek moyang kau untuk menjaga pewaris akan datang supaya tidak di khianati."

"Ishh.. kau ni biar betul".

"Betul." zaha mengangguk bersungguh

"Jadi macam mane ni? bahaye tak?"

"Kau ingat pemberian saka ni macam makan gula-gula getah. Habis manis kau buang. Benda-benda macam ni tak boleh bele, dosa.memang la bahaya."

"Macam nilah, aku ada jalan. Tapi kau kena bagi aku masa"

Khairul hanya mengangguk dan setuju.

  Perbualan khairul dan zaha telah lebih 5 bulan berlalu. Dan khairul masih menunggu-nunggu rancangan zaha ingin membantunya. Jiwanya semakin tertekan dengan gangguan-gangguan makluk  jelmaan pocong yang sengaja muncul di depan matanya. Kadang kala, makhluk terkutuk tersebut akan muncul dengan secara tiba-tiba di hadapannya dengan berdiri dan akan hilang apa bila di toleh buat kedua kalinya. Ada masanya, khairul di ganggu dengan lebih dasyat, malamnya akan di dengarkan dengan bunyian daripada dapur. Seperti orang tengah memasak dan  apabila di jenguk. Keadaan dapur seperti biasa. Penjelmaan pocong dalam bilik tidurnya juga kadang kala menakutkan dirinya. Khairul seakan-akan mahu gila dengan keadaannya sekarang.

Khairul tidur dengan keadaan tangannya menjadi bantal. Mejanya masih berselerak dengan fail-fail  kerja yang belum di siapkannya.

"Khai, bagunlah..".zaha mengejutkannya dengan kasar. Khairul bangun sambil mengosok matanya yang merah.

"Kau tak cukup tidur ke?". Tanya zaha perihatin. Khairul hanya mengangguk.Menguap.
"Zaha, kau dah carikkan belum?". Tanya khairul seakan-akan mahu dengan jawapan dengan segera.

"Dah, ni lah aku nak bagi tau kau ni." jawab zaha sambil tersenyum.

"Dah ke, alhamdulillah. penderitaan aku akan berakhir tak lama lagi". Khairul berasa lega. Rasa mengantuknya hilang serta merta.

"Kenapa khai? Penderitaan?".

"Kau tau zaha, aku asyik kena usik je dengan benda tu. Macam-macam jadik. Kadang-kadang dalam tandas pun muncul tau, terutama bila aku bangun malam." Khairul mengeluh meluahkan apa yang terbuku.

"Patutlah muka kau sembam , tak cukup tidur. Dukun yang kita akan jumpa tu kat kampong aku ehh,esok malam dia pesan lagi supaya kau ikat patung kau tu dengan limau kapas."

Khairul mengangguk faham.

 Seperti yang di janjikan , malam itu mereka berdua bergerak dan menempuhi jalan kampung selama sejam setengah untuk pulang ke kampung zaha.

"Zaha, telinge aku ni, asyik dengar orang menangis je.kenapa ehh?"

"Aku tak boleh jawab soalan kau tu, kau Tanya kat dukun tu nanti.".balas zaha yang malas melayan kerenah kawannya itu.

"Bingit telinga aku.". khairul menutup telinganya dengan kedua belah tangannya. 

"Bawak je bace surah-surah yang engau ingat."

"Ye lah." balas khairul yang tidak mahu mengacau konsentrasi kawannya memandu.
 Perjalan menunju ke kampong zaha akhirnya sampai juga, khairul mengeluh lega. Zaha singgah dahulu kerumahnya untuk memanggil emaknya dan setelah itu mereka berangkat ke rumah dukun di hujung kampong .

 ***********

"Nak khairul, benda ni dah sebati dengan awak .."

Khairul yang mendengar menjadi membisu dan tercengang. Baru setengah jam khairul datang, bukan perkabaran baik di dengarinya. Tapi perkabaran yang merisaukannya dari tadi.

"Sebati macam mana tok?"

"Terlalu sebati dengan awak nak khairul, benda ni dah pilih awak sejak dari kecik lagi."

"Ha.. dah pilih saya?"

"Ye nak khairul, dia pilih awak sejak kecil untuk jadi pewaris moyang-moyang awak."

"Jadi maksud tok saka ke?"

"Ya nak khairul, saka. Patung pocong nil ah menjadi penjaga awak. Susah nak buang, kecuali dia nak pegi sendiri. Dia mengacau awak sebab awak tak buat apa yang dia dah suruh awak buat."

"Dia suruh saya buat apa?"

"Dia suruh awak asap dia, awak tak asap, dia suruh awak potongkan limau untuk jadikan makanan, awak tak buat juga, tulah dia muncul nak khairul. "
"Patutlah tok, malam-malam asyik kena ganggu je."

"Lagi satu nak khairul, anak ni asyik langgar pantang je, mane lah benda tu tak muncul."

"Pantang?".tanya khairul sambil mengerut dahi.

"Nak khairul bawak benda ni masuk tandas tak?makan daging kambing? Makan halia dan bawang?.."

 khairul mengangguk  sepanjang di Tanya. Dukun tua tersebut hanya mengeleng. Di matanya, pocong tersebut sedang berdiri di belakang khairul sambil memerhatikan dukun tersebut. Seakan-akan ingin bertarung. Baiklah, macam nilah nak khairul, tok tolong sedayanya. Khairul hanya tersenyum tawar. Dukun tua tersebut muka mengasap kemenyan sambil memutar-mutarkan dalam bentuk bulatan patung pocong tersebut.

Puteri ledang datang berdiri,
Menuntut bayang minta di beri,
Asap kemenyan sudah aku beri,
Dengan nama allah,
Tujuh petala langit,
Dalam kadang nama allah,
Aku berlidung,
Pergi kau dari sini,
Jangan di kacau anak dan cucu adam lagi..

 Secara tiba-tiba angin bertiup kencang dan api pelitanya  tiba-tiba menyala dengan marak di luar rumah tok dukun.

"nak khairul baca surah yassin ni yang lain baca surah qursi"

tok dukun memberi arahan. kami bertiga hanya mengangguk, khairul membaca surah yassin dan kedengaran sayup-sayup suara garau menangis hiba,seperti kesakitan.
Pergi kau iblis lakhnatulah.tok dukun terus membakar patung pocong di genggamannya. Suara orang menjerit  dan selang seli ketawa. Perlahan-lahan keadaan reda dan keadaan kembali normal seperti sedia kala.

"Nak khairul,ambillah wuduk dekat dapur tu, sebelum melangkah keluar daripada rumah tok ni."

Khairul lantas mengangguk n berdiri. Tok dukun memerhatikan langkah khairul menuju ke dapur rumahnya., matanya menjadi sayu seketika. Dia sahaja memahami apa yang di fikikan dan apa yang di ketahuinya.


"macam mane khai? Dah lege?..."

"alhamdulillah, terima kasih zaha.sebab kau tolong aku,sekarang dah hilang tension sikit". Kata khairul berbaur gembira.

"Sekarang dah boleh tidur lah ni". kata zaha

"Boleh la..",khairul menoleh kedepan selepas menoleh untuk menjawab soalan zaha, tiba-tiba..

"Zaha.. jaga..." di hadapannya lembaga pocong yang berwajah buruk memerhatikannya sedang berdiri. Zaha yang terkejut dengan jeritan khairul tiba-tiba memusingkan stering keretanya dan terpesong daripada jalan, dan kereta yang zaha pandu, berguling terbabas sehingga tiga kali pusingan dan zaha terdampar di luar jalan malam yang gelap dan khairul di dalam kereta yang terbakar dengan api yang menjulang tinggi..

Tiada pewaris,
Jangan di mati,
Kelak tuan,
Merana diri....

0 comments:

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini