rss

Naim berlegar-legar di bawah perhentian bas yang tak berbumbung itu. Panas. Namun, dia tetap setia menunggu. Bas nombor 14, bas nombor 14.

Sudah dua minggu rutinnya begitu. Selepas sahaja tuisyen pukul 4, dia akan berlari-lari untuk menunggu bas nombor 14 itu. Tapi hari ni, dah lama dia menunggu, tak muncul-muncul jugak. Tak tahulah kalau dia keluar dari tempat tuisyennya awal, atau pun dia berlari terlebih laju, tak pun memang bas tu dah terlepas.

Lagu Good Charlotte yang berkumandang di telinganya tidak dipedulikan. Dia mengalihkan pandangannya pada sebuah keluarga di seberang jalan. Si abang sedang menyuapkan lollipop pada adik perempuannya. Comel. Ibu mereka hanya berdiri, memegang perutnya yang memboyot. Kepenatan.
Naim menanggalkan earphonenya lalu duduk di ruang kosong perhentian bas itu. Dia mengeluh hampa. Tiba-tiba, bahunya terasa dicuit orang. Naim menoleh ke kiri dan menatap wajah seoang lelaki beusia 30-an. Wajah lelaki itu seakan-akan dikenalinya.

"Adik tunggu bas apa?" tegur lelaki itu. Naim kemudian teringat di mana dia pernah melihat wajah lelaki itu. Lelaki itu selalu menunggu di perhentian bas ini. Setiap petang pasti ada wajahnya di situ. Melihatkan Naim yang hanya membisu, lelaki itu meneruskan percakapannya.

"Adik tunggu bas nombor 14 ya?" Naim mengangguk, ‘Fuiyoo…’ detik hatinya, ‘terrer pulaklah pak cik seorang ni meneka.’ "Macam mana pak cik tahu?" Naim mula membuka mulut, menyoal.

"Alah… pak cik selalu tengok awak kejar bas tu petang-petang… Kan pak cik ada kat sini tiap-tiap petang."

"Oh… macam tuh… kenapa pak cik tanya ni?"

"Takdelah… kalau awak tunggu bas pukul 4 tu… bas tu memang dah lepas dah… bas nombor 14 yang lepas ni pukul 4.45," ujar lelaki itu, selamba. Naim menggetap bibir, terkilan, ‘Aii…. Pak cik ni, dari tadi aku kat sini, bukan nak bagitau aku awal-awal,’ rungutnya dia dalam hati. Terlepaslah hajatnya hari ni. Dia mengerling jam tangan Adidasnya. Patutlah, dah pukul 4.30 dah rupanya.
Beberapa ketika kemudian, lelaki itu menoleh padanya semula, "Kenapa awak selalu kejar bas tu? Ada someone special ke atas bas tu?"

Naim terkedu.

*******

Naim melangkah masuk ke bilik air sambil menyanyi-nyanyi. Air sejuk yang menyentuh kepalanya menyegarkan dan juga mengigilkan. Mana taknya, dah pukul 10 malam baru terhegeh-hegeh nak mandi. Ruang rumahnya sepi, kecuali bunyi deru air dan suara sumbangnya.

Sambil memberus gigi, Naim teringat pertemuannya dengan lelaki tadi. Namanya Fadhli, pak cik itu. Katanya, suka duduk kat perhentian bas itu waktu petang, tengok-tengok orang, ‘Terrer giler dia tengok orang,’ detik hati Naim.
Macam mana si pak cik itu meneka isi hatinya, dia pun tak tahu. Last-last, dia pakai bantai je citer pasal budak tudung merah tu dekat Pak Cik Fadhli. Yer ah… orang tua tu beria-ia bertanya.. kesian pulak…

Budak tudung merah… Naim pun tak tahu siapa dia. Yang dia tahu, budak tudung merah tu akan naik bas nombor 14 pukul 4 tu, tiap-tiap petang. Ntah kenapa ntah, budak tudung merah tu sangat menambat hatinya. Sebab budak tu jugaklah, dia jadik makin baik sekarang.

Mak dia suruh pergi tuisyen, dia pergi.

Mak dia tak bagi naik motor pun dia ikut jugak. Mana taknya, kalau tak boleh naik motor, boleh naik bas. Bas nombor 14. Happy.

Naim melangkah keluar dari bilik air. Dari jauh dia terdengar bunyi enjin kereta. Mak dan ayahnya sudah pulang mungkin. Dia merebahkan dirinya di atas katil. Otaknya masih lagi ligat memikirkan interview dengan Pak Cik Fadhli tadi.

Banyak betul pak cik tu tanya.

Dah tau nama dia ke belum?

Dah tegur dia ke tak?

Budak tudung merah tu dah berpunya ke solo?

"Manalah aku tahu semua tu," rungut Naim seorang diri, "Kalau aku tahu semua tu, tak payahlah aku pegi kejar bas nombor 14 tu tiap-tiap hari. Aku ni, setakat tengok dari jauh bolehlah."

Naim mengalihkan posisinya, memandang tepat dinding bersalut poster GTO di depannya. Pak Cik Fadhli tu tadi siap offer lagi, nak ajar dia cara tackle budak tudung merah tu. Yang dia pun satu, menurut jer….. mengangguk. Apa yang orang tua tu plan nak buat pun dia tak tahu.

"Aku ni, desperate sangat ker, bodoh jer?" soalnya sendiri. Ragu-ragu.
Ntahlah. Tengoklah macam mana jadiknya nanti. Pak Cik Fadhli tu janji nak start esok. Naim terasa perutnya menipis, ‘Chuaklah pulak. Kang ntah apa-apa yang dia ajar kat aku kang, naya… Silap, silap… lari pulak lah budak tudung merah tu. Sedih aku.’

Naim terdengar tombol pintu biliknya dipulas. Dia segera memejamkan matanya. Malas untuk berdepan dengan sesiapa.

"Dia dah tidurlah bang…" terdengar ibunya berbisik.

"Aik…. Awalnya," dan ayahnya menyahut.

*******

Naim memandang Pak Cik Fadhli dari atas ke bawah. ‘Ensemlah pulak pak cik ni,’ pujinya di dalam hati. Semalam, Pak Cik Fadhli hanya memakai sekeping jeans lusuh ngan sehelai t-shirt As-sahar. Hari ni, fuiyoo… smartlah pulak ngan shirt birunya dan sepasang seluar slack. Siap pakai tie lagi, gambar pink panther pulak tu.

"Pak cik, sebelum kita start, nak tanya satu soalan boleh tak?"

"Amende? Baik tanya cepat sebelum bas nombor 14 kau tu datang," Naim tergelak kecil melihat perlakuan Pak Cik Fadhli, "Ni saper yang nak pergi menackle ni? Pehal macho sangat pak cik hari nih?"

"Yer ah… kang kalau pak cik selekeh kang, lari pulak awek kau tu. Nanti kau jugak yang sedang berkobar-kobar ni, tetiber sedih," Pak Cik Fadhli membetul-betulkan tienya. Tiba-tiba dia menepuk belakang Naim, "Ha! Tuh bas dah sampai dah."

Naim mengangkat sebelah keningnya ala-ala ‘the Rock’, "Apa yang pak cik nak buat sebenarnya nih?" dia menyoal Pak Cik Fadhli yang sedang melambai-lambaikan tangannya, menahan bas.

"Alah… ikut jelah," katanya sambil menarik tangan Naim, dan melangkah masuk bas itu. Naim mengesan budak tudung merah itu di baris keempat daripada belakang. Tiba-tiba, dia terasa lututnya lemah. Macam biasa. Macam setiap kali dia nampak budak tudung merah itu. Pak Cik Fadhli menarik tangannya ke tempat duduk paling belakang.

"Mana dia?" soalnya.

Naim mengangkat jari telunjuknya ke bibir, ‘Bising betullah orang tua ni.’ Kutuknya di dalam hati, "Tu ha…" bisiknya pada Pak Cik Fadhli. Pak Cik Fadhli hanya mengangguk.

"Apa pak cik nak buat sebenarnya?"

"Naim tahu tempat tinggal dia tak?" Pak Cik Fadhli mengabaikan soalan Naim. Naim hanya menggeleng, tidak tahu.

"Kau ni… semua tak tahu… Apa yang kau tahu?"

Naim tersengih, kambing, "Manalah saya tahu pak cik. Saya turun dulu daripada dia, nak buat cemana?"

"Okay!" Pak Cik Fahli menggosok-gosok kedua-dua tapak tangannya, "First lessons untuk kau hari nih, dalam bab-bab menackle orang ni… first skali, kau kena tahu kat mana dia tinggal. Jadiknya, kita kena ikut dia hari nih…."

"Apa?" jerit Naim kecil, "Kalau dia perasan macam mana? Nanti kita kena tangkap polis nanti, mampuslah saya."

"Takpe… tahulah pak cik nanti."

*******

Maisarah tergelak kecil mengenangkan peristiwa tadi. Padan muka budak tu. Ntahlah apa masalah budak tu, tiba-tiba dia geng dengan si Fadhli pulak. Konon-konon nak ikut aku. Padan muka dia, aku bawak jalan-jalan serata taman ni.

Hahahaha…. Terkejut beruk muka budak tu, waktu aku masuk rumah Babu, jual roti tu tadi. Lepas tuh… aku bawak round balai polis…. Lagi pucat muka budak tu. Tu tak masuk lagi aku pegi kedai, aku pegi ziarah dua tiga orang jiran, pastu aku lepak kat taman jap.

Sesajer jer, aku ikut jalan jauh nak balik rumah. Tu pun sebaik aku balik rumah terus. Dah kesian kat budak tu. Lagi pun, aku pun dah penat, merayau-rayau tadi. Waktu aku masuk rumah tadi, sanggup pulak diorang tunggu lama-lama. Mungkin gak sebab aku pegi gayut dengan abah guna public phone depan umah tuh. Sajer jer nak buat diorang confuse. Memang confuse pun. Sampailah aku bukak langsir bilik, barulah diorang nak blah. Dah confirm rumah aku kot.

*******

"Okay… sampai pun kau," Pak Cik Fadhli meneguk air sirap di tangannya. Dia mengibas-ngibaskan t-shirtnya tanda panas.

"La… buat apa pak cik panggil saya ni? Hari ni kan hari Sabtu, mana budak tudung merah tu naik bas hari ni," Naim menendang beberapa ketul batu di sisi jalan itu. Beg yang digalasnya kosong, tapi terasa macam berat, maklumlah, tengah panas.

"Naim… Naim… tulah kau ni, itulah gunanya pak cik suruh kamu carik alamat dia… Cuba kau cakap, lepas dapat alamat dia, apa kita nak buat?"
Naim teringat peristiwa semalam. Punyalah penat dia pusing taman tempat budak tu tinggal, semata-mata nak tahu rumah budak tu yang mana satu. Budak tudung merah tu pun satu, punyalah banyak tempat dia nak singgah, tak reti nak balik rumah terus ker. Sebaik, dapat jugak.

Naim membuka sekeping kertas kecil.

27, Taman Chempaka,
72600, Petaling Jaya,
Selangor.

Tiba-tiba, Pak Cik Fadhli merampas kertas itu daripada tangannya, "Bagus! Kau bawak pun alamat ni," Pak Cik Fadhli melipat-lipat alamat itu dan diselukkan ke dalam poket seluarnya, "Jom! Ikut pak cik."

Naim tidak puas hati dengan tindakan Pak Cik Fadhli itu. Kalau boleh, dia tidak mahu berenggang dengan alamat itu, "Pak cik nak saya ikut pak cik kemana?" ujarnya, memuncung.

"Pegi situ je ha…" Pak Cik Fadhli memuncungkan mulutnya ke sebuah bangunan di hujung jalan.

"Restoran mamak mana pulak tu? Apa ada kat situ?" Naim menggaru-garu kepalanya, ‘Pak cik ni tak betul agaknya!’ getus hatinya.

*******

Naim menyedut milo aisnya. Sudah sejam dia lepak dalam warung mamak ni dengan Pak Cik Fadhli. Dari tadi mereka cuba mencari nombor telefon rumah budak tudung merah tu semata-mata berdasarkan sekeping alamat tuh. Naim pun tak tahu campur heran dengan segala buku-buku rujukan Pak Cik Fadhli. Dengan buku telefonlah, buku alamatlah. Nombor telefon yang dicarik dari tadi tak jumpa-jumpa jugak. Naim dah cuba menyelak beberapa buah buku. Tapi, bukak buku, nampak nombor je, terus kepala dia pening.

Jadi, Naim membiarkan sahaja Pak Cik Fadhli mencari-cari dalam buku-bukunya itu sambil matanya sendiri melilau-lilau, memerhatikan gelagat pelanggan-pelanggan restoran itu.

Beberapa ketika kemudian, matanya labuh kembali pada Pak Cik Fadhli. Naim tertanya-tanya di dalam hati, ‘Pak Cik Fadhli ni memang bukak agensi carik jodoh ke? Tekun giler dia carik nombor telefon budak tu. Ntah… ntah… lepas aku dapat budak tu nanti, dia charge aku yuran mahal nak mampus. Mengamuk mak bapak aku nanti.’

Akhirnya Naim membuka mulut, memecahkan suasana boring, "Pak Cik Fadhli! Pak cik dah jumpa dah nombor telefon budak tu?"

Pak Cik Fadhli hanya diam. Dia menggeleng, "Nak tanya something boleh?" Naim bersuara lagi, "Kenapa pak cik beria-ia menolong saya?"
Pak Cik Fadhli mengangkat mukanya, menatap wajah Naim. Kemudian dia tunduk semula lalu menyelak-nyelak buku di depannya. Naim hanya mengangkat bahu. Beberapa minit terus berlalu tapi Pak Cik Fadhli masih lagi diam.

Tiba-tiba dia bersuara daripada celahan muka surat bukunya. Naim tidak dapat melihat wajahnya yang terlindung, "Pak cik pernah rasa apa yang kau rasa dan pak cik pernah terluka. Tapi, pak cik tak nak orang lain rasa macam mana sakitnya luka tu. Sebab tu, pak cik tolong."

Naim hanya mengangguk, mendengar penjelasan itu, ‘Menyesal aku tanya,’ komen Naim, dalam hati, ‘sensitip rupanya orang tua ni.’ Dia mencapai sebuah buku yang berdekatan dan dalam masa yang sama, terus menyedut-nyedut milo aisnya.

Makin lama nombor-nombor dalam buku itu berenang di depan matanya, mata Naim makin berat. Berat… berat… tahu-tahu dah gelap dah. Tiba-tiba… tangannya disentak.

"Naim! Woi Naim… bangun ah… pak cik dah jumpa dah nombor tepon budak tu!" Pak Cik Fadhli menunjukkan sekeping kertas yang diconteng dengan lapan angka. Naim yang masih lagi laloq, menguap sebesar mulut badak air, "Abis tuh kalau dah jumpa pun nak buat apa? Bukannya kita tahu nama dia pun," Naim mengosok-gosok matanya.

"Alah… tepon jer… pandai-pandailah kita kelentong dia nanti. Jom!" Pak Cik Fadhli mengemaskan buku-bukunya dan memasukkan semuanya ke dalam satu beg hitam besar. Dia mencampakkan beg itu pada Naim. Naim terpaksa mengheret beg itu dan mengekori Pak Cik Fadhli yang sudah pun keluar daripada kedai itu.

"Pak Cik! Pak Cik!" jerit Naim sambil berlari terkedek-kedek membawa beg yang berat itu, "Pak Cik nak pergi mana?"

Jeritan Naim membuatkan Pak Cik Fadhli berhenti beberapa meter di depannya, "Pak Cik nak carik public phone lah… kata nak tepon budak tu." Naim akhirnya sampai di sisi Pak Cik Fadhli, "Guna jerlah handphone saya pak cik. Tak payahlah kita susah-susah carik public," ujarnya sambil tercungap-cungap kepenatan.

"Kalau kita guna handphone awak, tiba-tiba rumah dia ada IDP, cemana?"

"IDP tu apa benda?"

"IDP tu alat yang dapat kesan nombor yang call in. Nanti, kalau nombor handphone Naim lekat dekat IDP dia, nak buat cam mana? Kan lagi kantoi namanya tu," Pak Cik Fadhli menoleh ke kiri dan kanan lalu menuding ke seberang jalan, "Tu… ada satu public… jom," dan sekali lagi Naim terpaksa mengejarnya.

*******

"Hello sayang…"

"Sayang! Siapa ni?"

"Hai? Buah hati sendiri pun dah tak kenal ker?"

Maisarah merenung gagang telefon itu. ‘Gila ke salah nombor ni?’ getus hatinya, "Maisarah! Saper yang telefon tu?" jerit emaknya dari dapur.

"Entahlah mak? Salah nombor kot," Maisarah terus meletakkan gagang telefon itu. Tak sampai tiga saat selepas itu, telefon berdering lagi.

"Hello sayang! Kenapa sayang letak? Abang sedih tau."

Maisarah terus meletakkan gagang tanpa banyak cakap.

*******

Naim merebahkan dirinya di atas katil. Semua sendi-sendinya macam nak pecah, kena heret dengan Pak Cik Fadhli ke sana ke mari. Mula-mula dia ajak carik baju. Lepas tuh carik kasut. Lepas tuh pergi potong rambutlah.

Pak Cik Fadhli kata dia kena ubah imej kalau nak tackle budak tudung merah tu. Kena jadik lagi macho. Lagi ensem. Tapi… pada Naim macam bangang jer. Baik jadik diri sendiri. Ntah apa-apa fesyen yang Pak Cik Fadhli tu suruh Naim try. Semuanya tak best. Tapi, sebab kesian kat orang tua tu... dia ikut jer. Cuma satu jer yang dia memang tentang habis-habisan. Ada ker Pak Cik Fadhli tu suruh dia warnakan rambut dia jadi warna biru.

Eeeiiii… kenapa biru? Buruknya.

Apa-apa pun, sure lepas habis kursus dengan Pak Cik Fadlhi ni, budak tudung merah tu cop dia giler. Yer ah… ntah apa-apa lah yang budak pak cik tu buat. Esok ntah apalah yang dia nak buat lagi.

Naim membayangkan benda-benda pelik yang Pak Cik Fadhli nak buat esok. Ntah, ntah… Pak Cik Fadhli tu suruh aku hack syarikat komputer pulak sebab nak masuk komputer budak tu. Tak pun… dia suruh aku menyamar jadik salesman, ketuk pintu rumah budak tu.

Mata Naim makin lama makin labuh. Akhirnya dia tertidur sambil terus memikirkan budak tudung merah itu.

*******

Naim mengelilingi bas perhentian tidak berbumbung itu beberapa kali. Wajah yang dicarinya tidak juga muncul-muncul.

"Manalah Pak Cik Fadhli ni? Kata suruh aku datang cam biasa," bebelnya sendirian. Dia meninjau-ninjau di sekitar perhentian bas itu. Depan kedai kasut AIPOTU, takde. Dalam restoran SHB, takde. Kat seberang jalan… pun takde.
Pegi manalah orang tua ni?

"Pak cik… Pak cik!" Naim mendekati seorang lelaki yang menjaja air di sebelah perhentian bas itu.

"Pak cik nampak tak sorang lelaki yang biasa duduk kat bus stop ni. Dia…" belum sempat Naim menghabiskan ayatnya, lelaki penjaja air itu memotong, "Kalau kamu tengah carik si Fadhli tu… baik tak payahlah… stop ajer," ujarnya bersahaja sambil melayan seorang pelanggan yang sedang membeli air sirap.

Naim blank, "Apehal pulak pak cik? Kenapa tak payah cari dia? Mana dia pergi? Dia ada pesan apa-apa kat pak cik tak?" bertalu-talu soalan yang ditanyakannya. Seposen je muka dia merenung pak cik penjual sirap itu.

"Kamu ni nakal betullah… kamu dah tahu dia tu memang macam tu, yang kamu pegi kacau dia apehal?" pak cik penjual sirap tu mula membuka mulut. Naim semakin tak paham, "Bila pulak saya kacau Pak Cik Fadhli tu?"

"Sudahlah tu. Daripada hari tu lagi pak cik nampak banyak betul benda kamu suruh dia buat. Tengok! Sekarang ni… sure dia dah carik bus stop lain," lancar je pak cik penjual sirap tu berceloteh sambil mengelap peluhnya yang meleleh-leleh. Naim memandang enteng pada pak cik itu dengan pandangan ala-ala ‘The Rock’.

‘Bengangnya kepala aku dengan pak cik sirap ni. Aku tanya mana Pak Cik Fadhli jer. Dia bantai membebel pulak kat aku. Ntah, apa-apa yang dia marah kat aku ni? Sedap hati jer kutuk aku. Ikutkan hati, nak je aku rendam kepala dia dalam air sirap tu.’ Naim berlalu daripada situ. Geram.

Dia kembali berdiri di sisi jalan. Mencekak pinggangnya. Tiba-tiba dia terasa lengannya ditarik. Serentak dengan itu, sebiji bas menderu di depannya, betul-betul di depan pipi kirinya. Dia menoleh, ingin mengucapkan terima kasih.

Teka apa yang dia nampak…

Budak tudung merah!

Budak tudung merah itu tersenyum, "Sipi-sipi jer awak nak kena langgar tadi," katanya, lembut. Naim tergamam, tak tahu nak cakap apa, "Nama saya Maisarah," sambung budak tudung merah itu lagi. Naim mengangguk. Sempat dia memuji di dalam hati, ‘Ayunya nama.’

"Nama saya Naim. Apa yang awak buat kat sini?" Naim akhirnya bersuara. Budak tudung merah itu mengabaikan soalannya, tapi terus menyambung, "Awak tengah cari Fadhli ker?"

Sekali lagi Naim terkejut. Macam manalah budak… eh tak… Maisarah ni tau? Dia kenal dengan Pak Cik Fadhli jugak ker?

"Kesian si Fadhli tu," Naim makin bingung. Tapi dia hanya mendengar sahaja budak tudung merah itu bercerita, "Semenjak isteri dia tinggalkan dia lapan bulan lepas, memang dia jadi macam tu. Merayau sana-sini," kemudian budak tudung merah itu memperlahankan suaranya, hampir-hampir berbisik, "Fadhli tu, orang kata dah mereng, sebab sayang sangat kat isteri dia."
Naim hanya merenung wajah Maisarah, ‘Betul ke tidak apa yang aku dengar ni? Buang masa jer aku ikut kursus tackle dia. Patutlah macam gila jer, orang tua tu. Rupa-rupanya memang gila pun. Tapi takpelah… at least aku dah dapat cakap ngan budak Maisarah ni.’

Maisarah melambai-lambaikan tangannya di depan mata Naim, "Awak! Awak! Dengar tak apa yang saya cakap ni?" Naim tersentak, "Ha… ye? Apa yang awak cakap?" Maisarah hanya tersengih, "Saya cakap. Sure awak orang baru kat sini kan… sebab orang-orang kat sekitar ni semua memang kenal ngan Fadhli tu. Kitorang semua kesian giler kat dia."

Naim tersenyum seniri… kelakar. Patutlah dia kena marah dengan pak cik sirap tu… Aku pegi layan orang gila… saper suruh. Dari jauh… dia nampak kelibat bas nombor 14, "Erm… Maisarah, awak nak balik rumah ker?"
Maisarah mengangguk, "Kenapa? Awak nak balik jugak ker?"

"Ha… ah… Jom! Bas kita dah sampai," Naim terus memusing dan menahan bas itu. Bas itu berhenti betul-betul di depan mereka. Naim membiarkan Maisarah naik dulu. Maisarah naik… dan daripada dalam bas itu, dia mengenyitkan mata pada pak cik penjual sirap yang masih lagi di sisi sirapnya. Pak cik sirap itu melambai kembali kepadanya.

*******

"Hello! Fadhli ada?"

"Ha! Fadhli ni…"

"Abang Fadhli… ni Maisarah ni… abang… lepas ni abang kena berlakon jadi orang gila pulak."

0 comments:

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini