rss

Basikal merah itu cantik.Cantik seperti tuan yang empunya.Otak aku mula menjalankan tugasnya untuk menggembirakan sang hati yang sedang menjadi tebusan penculik itu.

            “Aku mesti membalas dendam.Kau ingat kau cantik pastu suka suki je kau nak culik hati aku?”

            Perlahan-lahan aku menjalankan arahan tuan otak tanpa disedari oleh sesiapa. “Hahahaha...puas aku,” ucapan syabas juga dianugerahkan kepada diriku diatas kejayaan misi yang terlaksana.

            Loceng yang berdering mengusir jauh lamunanku ke dalam poket kecil tuan otak. Pn. Istiwat masih lagi menerangkan kaedah dan cara yang dikatakan paling berkesan untuk menyelesaikan soalan matematik mudah itu. Tuan otak sudah penat, dia tidak mampu lagi untuk menerima suapan ilmu hisab tingkatan 5 sejak 27 minit yang lalu.

            Berbondong-bondong kelihatan makhluk yang berseragam sekolah keluar dari perkarangan taman ilmu itu. Sepuluh minit berlalu, keadaan menjadi lengang. Mataku berlari-lari mencari seseorang. Lalu terlihatlah aku akan penculik itu yang sedang terkedek-kedek menuntun basikal merahnya keseorangan. Kain tudung yang sudah hilang dari kepalanya menyerlahkan lagi kecantikan raut wajahnya. “Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya terlanggar juga si monyet,”getusku girang tak terkira.

            “Oit Mas, napa ngan si merah kau tu,merajuk ea?”sapaku.

            “Sibuk ar kau,mak aku marah kalo aku berbual ngan orang asing!”dia menjawab dengan kasar dan berjalan laju terus menuju ke bawah pohon petai yang rendang.

            Siti Masritah binti Halim, pelajar tingkatan 3 sekolahku. Dialah penculik yang telah mengurung hatiku sebagai tebusan berbulan lamanya. Gadis manis tinggi yang berdagu lekuk dan  mempunyai aset tubuh yang agak menarik.Dia jugalah yang menyebabkan aku saban hari gusar memikirkan rancangan dan misi untuk membolehkan aku berhubung dengannya dan kali ini aku telah berjaya.

            “Tak payahla sombong-sombong ngan aku,macamlah tak kenal senior sendiri. Aku tanya je,mane tau boleh tolong pujuk si merah kau ni. Da dekat pukul 2 ni, kang mati kering tengah panas ni baru tau,” balasku.

            “Ahh, apa kau peduli aku nak mati kering ke mati basah ke. Ni ha,rantainya buat hal pulak. Tadi pagi elok, tetiba je nak balik tadi lucut. Setan mana tah punya kerja”rungutnya panjang yang serta merta membuatkan aku tertelan gula-gula getah yang dikunyah.

            “Meh sini aku tolong tengok.”

            “Tak payah ar, setakat tolong tengok aku pun pandai.”

            “Hek..tak dela camtu, aku tengok dulu kalo boleh aku repair kang aku betulkanla.”

            Pantas aku terus mencuit-cuit rantai hitam itu dan membetulkannya ke posisi asal semula.”Perempuan punya pasal semua pun sanggup, lemah betul,”sindir tanganku seolah-olah cuba memprotes kerana tercemar dengan minyak hitam rantai si merah.
 Tuan otak berpura-pura pengsan dan tidak mendengar rungutan itu. “Berapa ringgit ni?!”soalnya tiba-tiba.

            “Dua belas ringgit jer,”mulutku menjawab dengan selamba.

            “Nah, keep the change!”sambil dia menghulurkan dua keping wang kertas merah.

            Terkesima aku  memegang duit itu sehingga tidak sedar dia sudah berlalu pergi.Sambil mengayuh tanpa menoleh dia menjerit mengucapkan terima kasih. Kulipat rapi wang kertas pemberiannya itu dan kukucup lembut sebelum masuk ke dalam perut kosong dompet Paul Smith yang aku curi dari si Kassim.Tidak disangka gurauan aku dianggap serius olehnya dan sudah semestinya aku akan diaangap ingin mengambil kesempatan di atas kesusahan yang menimpanya. Kesusahan yang dirancang oleh tuan otak.

            “Si dungu yang lemah!”bentak hatiku.

            Malam ini menjadi malam yang sangat panjang.  Malam tanpa bulan. Pelakon-pelakon rumah kayu dua tingkat ini masing-masing sudah melabuhkan tirai pentas dunia dan pulang ke daerah mimpi. Insiden siang hari tadi telah mengganggu jadual tidurku. Aku masih lagi tidak putus-putus menyalahkan tuan otak yang khayal melihat wajah manis si penculik itu sehingga membiarkan mulut sewenang-wenangya mengutarakan bicaranya tanpa berfikir. Terbit seribu penyesalan di setiap inci diriku. Peluang pertama yang muncul telah menipiskan lagi peluang-peluang selanjutnya.

            Pagi yang sejuk.“Ahh..basah lagi seluarku..”rengus hati mengamuk.

            Musim-musim hujan yang sangat meresahkan. Minggu ni sahaja dah dua kali dapat mimpi. Langkah longlai menemani tubuhku ke bilik air untuk membersihkan diri.

            Sejuk itu nikmat namun jarang sekali orang ingin mensyukurinya. Persetankan hal orang, yang penting aku ada projek baik hari ni. Mulut tersenyum sinis menemani mata menatap wajah manis chun li yang terpampang di ruang dinding kamar indahku. “Sebijik cam budak tu siot..damn!!!”jerit sang hati.

            Sudah seminggu dia tidak kelihatan. Si merah pun gagal di kesan di semua pondok basikal. Hasratku ingin memulangkan wangnya tidak berjaya. Penculik itu melarikan diri tanpa jejak. “Malu bertanya sesat jalan,” pepatah Jepun itu berbisik halus menegur tuan otak.

            Lantas siasatan pun telah dijalankan, namun keputusan yang diterima sangat mendukacitakan. “ooo...si Mas tu, dia pindah rasanya tapi tak taulah kenapa. Masalah keluarga kot.”kata sepupuku yang sekelas dengannya.

            “Kau pun satu, sekolah pun tak abes sibuk nak kejar anak dara orang. Nak bagi dia makan pasir berlaukkan rumpai laut?”hatiku mengomel sendirian.

            Aku bangkit dari mimpi yang panjang dan menjalani hidup seperti biasa dengan kenangan yang tersusun rapi di dalam susunan fail tuan otak. Hari demi hari berlalu, setelah tamat sekolah, aku terus bekerja. Disebabkan kelulusan yang rendah dan atas arahan tuan otak, aku terpaksa mengambil kertas ulangan SPM. Aku bekerja sambil belajar dan kadang-kadang belajar sambil bekerja.

          Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak nampak lagi. Kini aku menjawat jawatan yang dapat lah dibanggakan di sebuah syarikat swasta. Cukuplah untuk makan, minum dan pakai sendiri. Ada lebih aku kirim kan tuk adik-adik kat kampung. Luar keras,dalam lembut. Kadang-kadang air mata datang menziarahi pipi gebuku di malam hari bila merindukan hari-hari indah bersama keluarga sendiri.Beginilah nasib hidup di perantaun.Muhasabah kendiri sesudah subuh seringkali menguatkan keazaman aku tuk terus berusaha menjadi orang yang lebih berguna kepada keluarga.

          Matahari sudah naik sedepa. Masa untuk rehat memang jarang aku persia. Angin penghawa yang kononnya dingin tidak terasa dek dibatasi kelaparan yang menggoncang-goncang puan perut.Selangkah kakiku melangkah keluar dari pintu kereta dan selangkah itu juga bayangan itu berlalu laju dan melanggar aku.Hanya ucapan maaf yang terngiang-ngiang di kedua cuping telinga ku. Aku angau malah sasau dipukau raut indah wajah itu. Tergesa-gesa ia berlari ke arah keretanya. Kereta itu berwarna merah. Tuan otak terjaga dan pastinya lebih banyak kerja yang perlu di atur rapi olehnya sejenak selepas pertemuan itu...

0 comments:

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini