rss

Bergelar jurutera diusia baru menjangkau 26 tahun bukan mudah bagiku. Aku terpaksa menghabiskan masa seharianku di pejabat dan pulang ke rumah bila mentari sudah tenggelam diufuk barat. Walaupun baru tiga tahun menjawat jawatan ini aku sudah mampu memiliki rumah sendiri dan sebuah kereta. Alhamdullillah, di atas kurniaan Allah s.w.t. Disebabkan kesibukan inilah, aku tidak sempat memikirkan tentang lelaki dalam hidupku. Minggu lepas sahabat baik aku semasa di kampus datang ke rumah membawa berita yang sangat menggembirakannya.

Tok, tok, tok.....Terdengar pintu rumahku diketuk. Pada masa itu aku sedang sibuk mengemas rumah. Almaklum lah aku tidak sempat untuk melakukan kerja-kerja itu setiap hari. Jadi aku mengambil peluang di hujung minggu untuk membereskannya.

Apabila pintu dibuka aku teramatlah terkejut dengan kehadirannya.

"Sampai hati kau Thirah tak hantar berita kat aku. Ni pun mujur aku telefon mak kau dikampung. Kalau tak aku tak tau yang kawan aku sorang ni dah berjaya sampai macam ni," panjang lebar Iqa meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadapku.

"Aku bukan tak ingat kat kau Iqa, aku ingat. Tapi aku tak berkesempatan Iqa. Kau marah kat aku ke. Okaylah kalau macam tu aku belanja kau makan nak tak?" Aku memeluk Iqa erat. Bukan mudah untuk aku melupakan persahabatan ini. Dia memang sahabat yang terlalu istemewa buatku.

Aku seboleh mungkin tak nak kawan aku yang seorang ini terasa hati dengan aku. Persahabatan yang terbina antara aku dengan dia bukannya setahun dua, tetapi aku telah mengenalinya sejak aku di tahun pertama semasa di universiti lagi. Namun, sejak aku keluar dari universiti aku tidak berkesempatan berhubung dengan nya.

Kali terakhir aku dengar tentang nya semasa dia hendak menyambung master diluar negara. Bukan aku tidak cuba menghubunginya tetapi aku sentiasa tidak bernasib baik. Tambahan pula kerja aku yang memerlukan komitmen yang tinggi membuat aku seolah-olah makin jauh dengan kawan-kawan dulu. Maafkan aku.

Malam itu Syafiqah tidur dirumahku. Kami bercerita sehingga larut malam.

"Thirah, sebenarnya aku nak bagitau kau sesuatu ni. Aku harap kau gembira dengan berita ini," ujar Syafiqah penuh berhati-hati.

"Kau nak bagitau apa, cepatlah," aku tidak sabar dengan berita yang akan disampaikan oleh Syafiqah.

"Thirah, aku nak kawin tak lama lagi," balas Syafiqah lega. Aku tersangat gembira mendengar yang kawan aku bakal melalui hari-hari yang bahagia.

Aku tidak menyangka yang percintaan Syafiqah dengan Aiman sejak di universiti berakhir dengan perkahwinan. Aku pun dah lama tak jumpa dengan Aiman. Menurut Syafiqah, Aiman juga dah bekerja sepertiku. Dan diorang telah bertunang sebaik sahaja Syafiqah pulang ke Malaysia setahun yang lepas.
 
*******
Aiman seorang lelaki yang sederhana dalam segala hal. Dia merupakan senior aku dan Syafiqah semasa di kampus. Persahabatan kitorang bermula apabila kami menyertai satu rombongan fakulti ke sebuah kilang peralatan elektronik. Aku tidak menyangka yang Aiman ada menyimpan perasaan terhadap Syafiqah. Terkejut jugak aku kerana Aiman sendiri yang meluahkan rasa hatinya terhadap Syafiqah kepadaku. Kerjaku menjadi mudah kerana aku dapat rasakan yang Syafiqah juga berperasaan begitu. Sekali ingat lucu pulak kerana aku yang merancang pertemuan pertama diorang.

Keesokannya aku belanja Syafiqah makan.

"Thirah, nati kau jadi pengapit aku eh," pinta Syafiqah ceria.

"Erm, tak nak la Iqa. Segan aku," ujar aku mengusik. Sebenarnya aku saja nak melihat reaksi Syafiqah.

"Takde-takde kalau kau tak jadi pengapit aku, aku tak nak kawin," Syafiqah pura-pura merajuk.

"Tak kempunan ke kawan aku sorang tu kalau nanti tak jadi kawin pulak," aku memang banyak sangat gelak petang tu. Sampai terkeluar air mata. Usik mengusik sudah menjadi sebahagian daripada kitorang apabila bersama.

*******
Aku mengemas barang-barang ke dalam beg. Malam ni aku akan bertolak ke kampung Syafiqah. Seminggu yang lepas aku telah memohon cuti daripada bos aku. Pada mulanya dia ingat aku yang nak kawin, jadi terpaksalah aku menerangkan dengan panjang lebar. Kadang-kadang bos aku ni selalu fikir bukan-bukan.

"Kenapa Syafiqah tak sampai-sampai lagi ni, tadi janji kul 8.15," gumam ku dalam hati.

"Baik aku tengok berita dulu," lantas aku membuka peti televisyen.

Sejak kebelakangan ini memang hatiku mudah tersentuh dengan kisah peperangan antara Lubnan dengan Israel. Hatiku bagai disiat-siat kerana saudara seislamku diperlakukan macam sampah. “Kenapalah ada manusia yang berhati sebegitu?” Apa yang aku boleh lakukan hanyalah berdoa untuk kesejahteraan diorang.

"Pon......pon....."

"Eh, tu macam kereta Syafiqah, mesti dia dah sampai," aku segera keluar sambil membawa beg pakaian ku.

"Kau tak nak singgah dulu ke Iqa," pelawaku.

"Takpelah Thirah, kita dah lewat ni," ujar Syafiqah membalas pelawaanku.

Erm, mujur lah sekarang ni Syafiqah mendapat pekerjaan berhampiran dengan rumah aku. Selepas Syafiqah ke rumah aku tempoh hari kitorang sering berjumpa, tak pun Syafiqah akan ke datang ke rumah aku. Aku juga sudah berapa kali berkunjung ke rumah sewanya. Kadang-kadang tu aku temankan Syafiqah membeli belah untuk persiapan perkahwinannya. Pendek kata kitorang sudah kamceng balik.

Lewat malam baru kami sampai. Kemeriahan persiapan perkahwinan di rumah Syafiqah membuatkan aku tidak terasa penat walaupun telah melalui perjalanan yang agak jauh. Kedatangan saudara mara memeriahkan lagi suasana yang sememangnya sudah meriah.

Malam itu aku tidur di bilik Syafiqah. Kitorang berborak panjang. Sekali fikir sedih jugak sebabnya selepas ini sudah tentu Syafiqah punya tugas baru sebagai seorang isteri. Mungkin kitorang tidak dapat seperti ini lagi. Aku pun tidak sedar pukul berapa kitorang tertidur.

"Kau tak nak pakai ke Thirah," Syafiqah sudah mengacukan inai kepadaku.

"Tak nak lah Iqa, nanti diorang tertukar pulak aku dengan kau," balasku berseloroh.

Sekejap je kesemua sepuluh jari Syafiqah sudah penuh dengan inai.

*******
Paluan kompang sayup-sayup kedengaran menandakan pengantin lelaki sudah sampai. Majlis persandingan berlangsung dengan meriah sekali. Mereka bagaikan pinang di belah dua. Aku turut bahagia dengan kebahagiaan sahabat baikku itu. Betapa bertuahnya Syafiqah dapat memiliki lelaki sesegak Aiman. Pada pandangan aku Aiman juga seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab.

*******
Tadi Syafiqah ada menelefon aku. Katanya dia dan keluarga hendak pergi bercuti keluar negara. Sekarang ni telefonlah yang selalu menghubungkan kitorang kerana Syafiqah telah berpindah ke rumah Aiman di Penang dan mendapat pekerjaan di sana. Erm, alangkah bahagianya jika apa yang kita impikan tercapai.

Diam tak diam sudah dua tahun Syafiqah mendirikan rumah tangga. Aku? Entah lah. Aku tak tahu lagi bila hendak mengakhiri zaman bujangku. Aku rasa tidak puas jika tidak mencapai cita-cita dan impianku dalam kerjaya terlebih dahulu.

Ingatanku melayang kepada puteri Syafiqah yang comel. Namanya Allisya, walaupun baru berusia setahun tetapi sudah pandai bergurau denganku. Aku ada belikan mainan untuknya. Bukan main suka lagi dia. Aku sudah berpesan kepada Syafiqah supaya tangkap gambar Allisya banyak-banyak semasa kat luar negara nanti.

*******
Sekarang ni aku makin sibuk. Sudah lama aku tidak menjenguk emak di kampung. Sekadar melepaskan rindu melalui telefon tidak sama dengan melihat sendiri bagaimana keadaan emak sekarang. Jika aku bertanya, memang emak akan cakap dia sihat. Hari tu, emak bagitau aku abah juga sudah jarang ke kebun. Dulu ada juga aku melarang abah ke kebun, tapi abah berdegil juga nak mengerjakan tanah pusaka arwah atuk. Mungkin sekarang ni abah tak sekuat dulu lagi. Aku pun bukannya suka sangat kalau abah selalu ke kebun. Aku sudah boleh menghantar belanja untuk emak dan abah. Kesian dekat diorang, dulu sudah bersusah payah untuk aku. Adik aku yang sorang tu pun sudah bekerja dan yang bongsu masih kat universiti. Walaupun masih belajar tetapi dia seorang yang cermat. Pandai belanjakan duit biasisiwanya. Takdelah menyusahkan abah sangat.

"Ring........, ring............, ring..........."

Telefon rumahku berbunyi nyaring. Cepat-cepat aku mengangkatnya. Rupa-rupanya panggilan dari Syafiqah.

"Amboi, sedapnya makan angin. Sampai tak ingat orang kat sini," rungutku pada Syafiqah.

"Tak menyempat kawan aku sorang ni. Aku dah balik Malaysia la. Aku ingat nak turun KL hujung minggu ni. Aku ada beli hadiah untuk kau. Gamba Allisya pun banyak. Aku dah cucikan siap-siap untuk kau. Kalau kau nak framekan pun tak pe," laju je Syafiqah bercerita.

Bukan main gembira lagi aku mendengar Syafiqah ingin bertandang ke rumahku. Sejak dia pindah ke Penang aku baru sekali dua ke sana. Sibuklah katakan.

Kerja-kerja di pejabat kadang-kadang buat aku sakit kepala. Aku hampir-hampir lupa yang Syafiqah hendak datang ke rumahku esok. Mujurlah aku masih dalam perjalanan. Sempat aku membelok ke kedai sekejap membeli sayur dan lauk untuk di masak esok.

Seperti biasa tugasku dihujung minggu, mengemas dan membereskan mana yang patut. Lewat tengah hari baru Syafiqah sekeluarga sampai. Dari jauh sudah kelihatan Allisya tersenyum riang. Sukalah tu boleh datang rumah aku. Aku mengambil Allisya daripada Syafiqah. Aiman tersenyum melihat kemesraan aku dengan Allisya.

"Icha tidur rumah aunty ye malam ni. Tidur ngan aunty. Aunty rindu Icha tau, pergi jalan-jalan tak ajak aunty," aku berpura-pura merajuk dengan Allisya.

Allisya menunjukkan memek muka sedih. Walaupun tak pandai bercakap lagi, tapi Allisya paham apa yang kitorang borakkan.

Selepas makan tengah hari aku dengan Syafiqah asyik berborak je. Aiman pulak bermain-main dengan Allisya. Syafiqah menghadiahkan aku sehelai baju sejuk. Erm, kenapalah Syafiqah belikan aku baju sejuk. Bukannya aku pakai pun baju tebal-tebal cam tu dekat Malaysia ni. Tapi aku gembira kerana Syafiqah masih ingatkan aku walaupun sudah berkeluarga.

Esoknya pagi-pagi lagi Syafiqah pulang ke Penang supaya tidaklah letih sangat untuk bekerja pada hari Isnin nanti. Allisya membalas lambaian aku dengan senyuman yang tak lekang di bibir.

*******
Bukan main gembira lagi aku kerana dapat menghabiskan cutiku selama seminggu di kampung. Terlerai sudah rindu aku pada keluarga, kawan-kawan dan alam hijau di kampung. Emak dan abah sihat-sihat aje dan adik bongsuku juga ada kerana sekarang ni cuti sem. Cuma adik aku yang kedua tidak dapat bersama. Aku tidak kisah sangat sebab aku memang selalu jumpa dia. Dia hanya bekerja di Negeri Sembilan. Kadang-kadang tu bila hujung minggu dia datang melepak di rumahku.

"Tit...tit.....tit"

Handphone ku berbunyi. Klasikkan bunyinya. Aku segera membaca mesej yang diterima. Rupa-rupanya mesej itu daripada Syafiqah.

"Thirah, aku nak citer something. Kau sibuk tak?"

"Citerlah, nak telefon aku pun boleh. Aku baru balik dari kampong.. Tak keje ari ni."


*******

Rupa-rupanya Syafiqah ingin memberitahuku yang dia sudah mengandung buat kali kedua. Kandungannya baru masuk minggu yang kelima. Bukan main ceria lagi dia menceritakan tentang kandungannya, sehinggakan tidak sempat aku nak bercakap.

Sebenarnya aku pun nak bagitau sesuatu kepadanya. Takpelah, aku boleh cerita lain kali.

Aku rasa sehari dua ni aku dah angau. Ini disebabkan oleh perkenalan aku dengan Firdaus. Dia baru berpindah ke tempat kerjaku lebih kurang sebulan yang lalu. Aku pun tak tahu macam mana boleh baik dengan dia kerana aku ni jenis yang susah nak baik dengan lelaki yang baru aku kenal. Daripada pertuturannya aku dapat rasakan yang dia seorang yang bertanggungjawab. Penampilannya juga tidak keterlaluan walaupun dulu dia pernah bekerja di luar negara selepas menghabiskan pengajiannya di sana. Dia juga cekap dalam bekerja. “Fuh, semuanya sempurna di mata aku. Kenapa dengan aku ni? Adakah aku telah jatuh cinta?”  Sekali fikir lucu pulak, dia takde pape aku pulak yang dah berangan jauh.

Dulu aku juga pernah bercinta di zaman aku bergelar mahasiswi. Tapi percintaan aku tidak kekal lama sebabnya aku ni tak pandai nak membezakan antara pelajaran dan percintaan. Disebabkan terlalu asyik bercinta keputusan peperiksaanku teruk. Setelah mengambil keputusan akhirnya aku dan pakwe aku berpisah secara baik. Dia cuba memahami dan menerima keadaan aku. Sekarang ni aku dah lama tak dengar cerita pasal dia. Aku berterima kasih sangat sebab dia memahami aku. Walaupun kitorang saling menyayangi tetapi kitorang perlu berkorban untuk masa depan masing-masing. Sedih jugak kalau diingat balik. isk isk isk. Selepas itu aku tawar hati untuk bercinta lagi sampailah aku berjumpa dengan Firdaus ni. Betulkah kata hatiku ini?

*******
Biarlah dulu. Aku tak nak bagitau Syafiqah lagi tentang hal ni sebab aku sendiri tak tahu apa perasaan Firdaus terhadap aku. Mungkin juga aku tersalah anggap dengan sikapnya yang mudah mesra itu.

Pejam celik pejam celik, sudah sampai masanya Syafiqah melahirkan cahaya matanya yang kedua. Aiman menelefonku dan memberitahuku yang Syafiqah di tahan di wad sejak semalam. Dia ingin sangat berjumpa denganku. Namun begitu Aiman memberitahu aku yang Syafiqah berada dalam keadaan stabil. Aku menjadi tidak sedap hati dengan panggilan Aiman. Lantas aku membuat keputusan untuk mengambil cuti dan menjenguk Syafiqah di Penang.

Setibanya aku di Penang, aku terus ke hospital. Mak dan ayah Syafiqah juga berada di sana. Aiman sedang duduk di tepi katil menemani Syafiqah. Allisya pula berasa di ribaan Aiman. Aku segera mencium Allisya. Rindunya aku pada Allisya.

"Thirah, bila kau sampai?" sapa Syafiqah.

"Aku baru je sampai, kau macam mana?" tanyaku pada Syafiqah. Aku tidak sampai hati hendak mengejutkan Syafiqah dari tidur tadi.

Melihat Syafiqah ingin berborak denganku Aiman mendukung Allisya keluar. Aku tahu dia memberi ruang kepadaku dan Syafiqah untuk berborak-borak.

"Aku rasa ketih sangat, tak tahu la Thirah macam mana. Semalam aku rasa sakit perut. Jadi Aiman hantarkan aku kat hospital ni, tapi sampai sekarang masih takde tanda-tanda yang aku akan melahirkan dalam masa terdekat. Doktor cakap kalau hari ini masih takde pape aku akan dibedah. Aku takut Thirah, aku rasa tak sedap hati je," Syafiqah bersuara dengan suara yang agak lesu. Mungkin keletihan disebabkan terpaksa berpuasa sebagai persediaan untuk pembedahan nanti.

"Jangan cakap bukan-bukan Iqa, kitorang sayangkan kau. Kau tak boleh macam ni, kau kena kuat semangat. Kau tak boleh tinggalkan kitorang. Kau tak sayangkan aku ke Iqa?" ujarku sayu.

"Bukan macam tu Thirah, tapi memang aku rasa tak sedap hati ni. Thirah, aku ada satu permintaan. Harap kau sudi tunaikan permintaan aku," bagitau Syafiqah tersekat-sekat.

"Bagitau la Iqa, aku akan cuba tunaikan permintaan kau demi persahabatan kita ni," balas ku penuh tanda tanya.

"Thirah, jika ditakdirkan aku tiada lagi di dunia ini, sudilah kau menjadi ibu kepada anak-anak aku dan menggantikan tempat aku di sisi Aiman. Aku tidak kisah Thirah, kerana aku rasa kau yang paling layak menjadi ibu kepada anak-anakku. Aku tidak mahu diorang kehilangan kasih sayang seorang ibu di usia begini. Tentang Aiman kau jangan risau, dia terlalu baik. Aku yakin Aiman boleh membahagiakan kau sepertimana dia membahagiakan aku," ujar Syafiqah panjang lebar meluahkan apa yang tersimpan di hatinya.

Dengan juraian air mata, aku mengangguk perlahan-lahan.

"Walau macam mana pun Iqa, kau kena tabah. Ajal maut di tangan tuhan. Jangan cakap macam tu lagi," balasku. Aku memeluk sahabat ku itu erat-erat. Aku tidak mahu kehilangan Syafiqah.

*******
Aku, Aiman dan keluarganya mengiringi Syafiqah ke bilik pembedahan. Yang aku mampu hanyalah berdoa kepada Allah semoga Syafiqah selamat. Aiman aku lihat tenang je. Allisya pula duduk bersama dengan atuk dan neneknya.

Sudah hampir sejam Syafiqah berada di dalam bilik pembedahan. Aiman sudah mundar mandir di luar. Aku juga mula gelisah. Moga-moga Syafiqah selamat. Tidak lama kemudian pintu bilik di buka. Doktor bercakap-cakap dengan Aiman dan dengan serta merta Aiman mengalirkan air mata. Aku tidak mampu bersabar lagi dan turut sama menangis. Adakah berita yang aku bakal terima nanti akan mengecewakan aku? Aku tidak mampu untuk menghadapi kehilangan ini.

"Mak, ayah, Thirah, Iqa sudah tidak ada," bagitau Aiman tersedu-sedu.

"Ya Allah tabahkan hatiku menghadapi ujianMu ini," aku terus memeluk Allisya. Dia hanya memandang kami. Mungkin dia pelik kerana melihat aku, ayah, atuk dan neneknya mengalirkan air mata.

Aku segera menelefon keluargaku memberitahu tentang Syafiqah. Emak aku turut bersedih dengan pemergian Syafiqah.

"Iqa, kenangan persahabatan kita tidak aku lupakan," kata hatiku sayu.

Aku tidak menyangka akan kehilangan Syafiqah dalam waktu-waktu begini. Aiman menghantar aku ke lapangan terbang. Aku akan pulang ke KL hari ini kerana aku tidak dapt bercuti lama. Sebelum bertolak tadi, aku sempat mendukung cahaya mata kedua Syafiqah. Comel, kulitnya putih macam Syafiqah. Mungkinkah suatu hari nanti dia akan mirip kepada Syafiqah? Namanya Amalin. Atau lebih tepat lagi Puteri Amalin. Aku pun tidak tahu mengapa nama puteri diletakkan dipangkal nama anak mereka. Begitu juga dengan Allisya, Puteri Allisya.

Tiba-tiba aku teringat janjiku kepada Syafiqah. Mampukah aku menunaikan permintaan Syafiqah itu. Sedangkan aku tidak ada hati sikit pun kepada Aiman. Aku sudah anggap Aiman seperti abangku sendiri. Bagaimanakah pula reaksi Aiman jika aku memberitahu perkara ini kepadanya? Aku tidak mahu Aiman salah sangka terhadap kebaikanku selama ini. Mengapa keadaan menjadi terlalu sukar?

Seminggu lepas, Firdaus juga ada meluahkan isi hatinya terhadapku. Walaupun aku tidak memberi sebarang jawapan kepadanya tetapi aku tidak sanggup untuk menghancurkan perasaannya. Aku tahu yang aku sudah menyayangi Firdaus. Aku merancang hendak meminta pendapat Syafiqah tentang perkara ini tetapi aku tidak sampai hati untuk mengganggu Syafiqah kerana dia tidak berapa sihat minggu lepas. Kalau dia tahu yang aku sudah mempunyai pilihan hati, sudah tentu dia tidak akan meninggalkan tanggungjawab ini kepadaku. Aku bingung. Bukan aku tidak mahu menunaikan janjiku tetapi aku serba salah.

Minggu ini aku pulang ke kampung. Aku tidak mahu masalah ini terlalu lama bermain di fikiranku. Aku meminta pendapat emak dan abah. Emak menyerahkan kepadaku. Kalau baik bagiku baiklah baginya. Aku sudah mendapat restu emak dan abah. Mungkinkah aku akan memberitahu Aiman tentang perkara ini? Aku juga tidak mahu Firdaus terlalu lama menunggu jawapanku.

Aku nekad! Aku akan memberi jawapan kepada Firdaus hujung minggu ni. Aku berjumpa dengan Firdaus di sebuah restoran makanan laut. Makanan laut memang menjadi kegemaranku sejak dahulu lagi.

"Fir," aku membuka bicara pada petang itu.

"Thirah, bagitaulah jawapan Thirah, saya terima semuanya dengan hati yang terbuka. Kalau tiada apa-apa antara kita, kita masih boleh berkawan kan?" balas Firdaus tanpa ragu-ragu.

"Luhurnya hatimu Fir, aku tidak sanggup menyatakan tidak kerana aku juga sudah mula menyayangimu. Tetapi aku terpaksa," hatiku berbisik.

"Sebenarnya Fir, Thirah rasa elokkan kita teruskan persahabatan kita ni untuk selama-lamanya. Bukan Fir tidak sempurna di mata Thirah, tetapi Thirah tidak mahu persahabatan kita selama ini disalah ertikan. Thirah ikhlas berkawan dengan Fir," arrgghhh pedihnya meluahkan sesuatu yang bukan lahir dari hatiku.

Aku lihat Firdaus tenang dengan jawapanku. Dia berlagak biasa je. Betulkah apa yang dirasanya dengan apa yang aku lihat? Aku tidak tahu. Yang pastinya, kitorang menghabiskan masa bersama-sama pada petang itu. Daripada berjalan-jalan di taman hinggalah ke tasik. Aku berasa gembira sekali dengan layanan Firdaus. Bodohkah aku menolak permata di depan ku untuk sesuatu yang belum pasti?

*******
Sudah hampir 2 bulan Syafiqah pergi meninggalkan aku. Namun begitu aku masih teringatkan dia. Aku sudah tidak boleh menelefonnya, bergurau, berborak dan macam-macam lagi seperti yang kitorang pernah lakukan dulu. Aku rindukan suasana itu.

Bunyi telefon mematikan lamunan aku. Aku segera mengangkatnya. Rupa-rupanya Aiman. Seingat aku inilah pertama kali Aiman menelefonku setelah Syafiqah tiada. Mendengar suara Aiman membuatkan aku makin sebak.

"Thirah menangis ke? kenapa ni," tanya Aiman cemas.

"Takdelah Man, suara Man buatkan Thirah makin rindu pada Iqa," Aiman diam. Aku tahu Aiman tidak mungkin akan melupakan Syafiqah sampai bila-bila.

"Sabarlah Thirah, Man pun sama. Terlalu rindu pada Iqa. Bukan sedikit kenangan Man bersama dia. Sebenarnya Man nak bagitau yang Man nak jumpa Thirah hujung minggu ni. Boleh tak?" tanya Aiman padaku.

"Boleh je. Man nak bagitau apa?" balasku penuh persoalan.

"Nanti Man bagitau ok," Aiman sudah meletakkan ganggang telefon.

Seperti yang sudah dijanjikan aku bertemu dengan Aiman. Aku sangat terkejut dengan penampilannya yang agak serabut. Jambang tumbuh meliar di mukanya. Air mukanya nampak muram. Kenapa dengan Aiman? Terlalu kecewakah Aiman dengan pemergian Syafiqah? Hari itu dia juga yang menyuruhku bersabar. Tetapi kenapa hari ini aku melihat Aiman yang begitu berbeza sekali? Melihatnya membuatkan aku makin sedih.

"Man, kenapa ni?" tanyaku.

"Man tak boleh hidup tanpa Iqa, Thirah," sedihnya hatiku mendengar pengakuan tulus Aiman. Bertuah Syafiqah mempunyai suami yang terlalu baik.

Menurut Aiman kedua-dua orang anaknya kini berada di kampung bersama dengan emak dan ayahnya. Dia hanya menjenguk anaknya di hujung minggu. Itu pun kalau tidak ada kerja.

Dia ada bertanya aku, apa yang kami borakkan semasa aku datang melawat Iqa tempoh hari. Aku sekadar menjawab yang kami hanya berborak tentang perkara biasa. Aku tahu yang Aiman tidak berpuas hati dengan jawapanku itu.

Semasa aku berborak-borak dengannya. Aiman menghulurkan sepucuk surat kepadaku. Aku membuka lipatan surat itu perlahan-lahan.


Assalamualaikum wrt

Buat abang yang Iqa sayang sangat-sangat.

Semasa Iqa menulis surat ni,
Iqa dapat rasakan yang Iqa sudah tidak lama lagi di dunia ni,
mungkin perasaan Iqa ini betul,
mungkin juga tidak.

Jika betul,
Iqa harap abang sudi menunaikan permintaan Iqa buat kali yang terakhir.

Demi Iqa,
Demi anak-anak,
Demi kasih sayang Iqa pada abang,
Dan demi persahabatan Iqa pada Thirah,
Abang gantikanlah tempat Iqa dengan Thirah.

Iqa tak sanggup nak biarkan abang hidup bersendirian tanpa teman,
Anak kita tanpa ibu,
Dan Thirah akan kehilangan sahabat baiknya.

Iqa harap abang dapat tunaikan permintaan Iqa ni.
Iqa sayang abang dan semua.
Iqa nak lihat semua orang bahagia.

Izinkan Iqa bersemadi dengan tenang,
Iqa akan sentiasa bersama abang.

Isterimu,
Iqa



Hatiku manjadi sayu. Aku tidak dapat lagi membendung air mataku. Aku menangis semahu-mahunya.

Akhirnya aku berterus terang yang perkara inilah pernah Syafiqah cakap padaku dahulu. Tetapi aku tidak ada kekuatan untuk memberitahu segalanya pada Aiman.

"Entahlah Thirah, Man serba salah. Man tak tahu yang Iqa nak kita kawin. Surat ni pun Man baru jumpa kat dalam almari Iqa. Kalau tak, sampai hari ini Man masih tak tahu lagi perkara ni. Dan Man dapat rasakan yang Thirah sudah tahu, sebab Thirah ada jumpa Iqa kat hospital dulu. Man tahu, susah bagi Thirah untuk menerima semua ni. Man lagi lah Thirah. Man takut tak dapat membahagiakan Thirah kalau kita kawin nanti. Thirah, Man tak tahu," berat keluhan hati Aiman. Terlalu banyak beban yang terpaksa dipikulnya.

*******  
Aku membuat keputusan untuk mengotakan janjiku. Aku tidak sanggup mengkhianati persahabatan aku dan Syafiqah. Aiman, aku tak tahu dia macam mana. Aku akan menerima apa sahaja yang bakal berlaku dalam hidupku selepas ini.

Kesian aku pada Firdaus, dia agak terkejut kerana mendapat tahu yang aku akan menamatkan zaman bujangku tidak lama lagi. Aku tidak memberitahu dia perkara sebenar. Biarlah dia menganggap aku menolaknya dulu kerana aku sudah memberikan hatiku pada orang. Walaupun pada hakikatnya tidak begitu. kebelakangan ini aku kerap berbohong. Arrrgghh..... keadaan memaksa aku untuk berbuat begitu.

Persediaan perkahwinan ku agak sederhana. Ini adalah atas permintaanku. Aku tidak mahu emosi Aiman terganggu dengan perkara yang sebegini. Hanya keluarga yang terdekat sahaja di jemput.

*******
Impianku hanya tinggal impian. Dulu aku mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang meriah bersama orang yang aku sayang. Tetapi kini aku hanya mampu berserah kepada illahi. Aku tidak boleh berbuat apa-apa lagi selain mengikut apa yang sudah di rancang. Tiada majlis berinai, tiada majlis persandingan yang gilang-gemilang dan tiada kenduri besar-besaran. Yang ada cuma majlis akad nikah.

Malam itu aku memakai pakaian serba putih. Walaupun pakaian ku agak ringkas namun aku ingin kelihatan menarik. Aku berjanji pada diriku agar tidak mengikut kata hati dan memastikan majlis itu berjalan lancar. Memang majlis itu agak sederhana tetapi ia merupakan satu detik yang amat bersejarah dalam hidupku.

Selepas semuanya selesai, aku mengiringi keluarga Aiman pulang. Allisya dan Amalin juga di bawanya bersama. Puas aku memujuk mereka supaya meniggalkan Allisya dan Amalin bersamaku, tetapi ibu Aiman hendak memberi ruang kepadaku dan Aiman untuk menyesuaikan diri terlebih dahulu. Aku ikut aje apa yang diorang fikirkan baik.

Majlis berakhir agak lewat. Agak meletihkan juga, namun aku gagahkan diri menolong emak dan saudaraku di dapur. Lewat pukul 1 baru aku masuk tidur. Semasa aku melintasi ruang tamu, aku nampak Aiman begitu rancak berborak dengan abah. Aku tidak tahu apa yang diorang borakkan, yang pasti aku hendak cepat-cepat merebahkan diri atas katil. Penat.

Aku jadi serba salah dengan Aiman. Aku tidak boleh berkelakuan biasa macam dulu-dulu di depannya. Aku asyik terfikir, betulkah apa yang aku buat ni. Macam mana harus aku buat. Salahkah aku buat macam ni. Entah. Tiba-tiba dia menjadi terlalu asing bagiku. Sebab itulah aku mahu cepat-cepat tidur untuk menghilangkan segala apa yang aku rasa sekarang ni.

Nampaknya aku terperangkap juga. Selepas aku membersihkan diri dan bersiap sedia untuk tidur. Aku terdengar pintu bilikku di buka. Sudah pastilah Aiman, siapa lagi kan?

"Thirah, kenapa ni? Thirah macam nak melarikan diri daripada Man je. Thirah tak sukakan Man ke?" aku terkejut dengan pertanyaan Aiman. Sememangnya aku hanya bercakap apa yang penting je dengannya selepas majlis akad nikah tadi.

"Oh Man, tak de lah. Mane ade. Apa yang Man borakkan dengan abah tadi. Rancak je nampak," aku cuba mengubah topik berbualan. Aku tidak mahu terperangkap dengan soalan-soalan yang aku sendiri tidak tahu apa jawapannya.

"Tak de apa-apa, borak-borak biasa je," balas Aiman sambil tersengih-sengih.

Entahlah, aku tak de mood nak bercakap banyak-banyak. Mungkin Aiman menyedari tentang itu. Tetapi dia pandai mengawal suasana. Mungkin dia tidak mahu kitorang berterusan macam ni.

"Thirah, memandangkan sekarang ni Man sudah menjadi suami Thirah dan Thirah adalah isteri Man, Man harap tiada rahsia antara kita. Apa yang berlaku kita kongsi bersama-sama. Man akan cuba sedaya upaya untuk mambahagiakan Thirah," bicara Aiman berhati-hati.

"Man, maafkan Thirah kerana berkelakuan macam ni. Thirah keliru. Daripada kawan yang tak de apa-apa perasaan, akhirnya kita menjadi suami isteri. Thirah tak tahu sama ada boleh membahagiakan Man ataupun tidak. Tetapi Thirah berjanji akan cuba memikul amanah ini dengan sebaik mungkin. Terutamanya anak-anak Man dan Iqa. Thirah tak kan sia-sia kan diorang. Thirah akan anggap diorang macam anak Thirah sendiri"

"Terima kasih Thirah, Man juga akan berusaha seboleh mungkin untuk rumah tangga kita. Thirah sudah banyak berkorban untuk Man, Iqa dan anak-anak. Tetapi Man nak mintak maaf banyak-banyak sebab sampai hari ini Man tak dapat melupakan Iqa walaupun sikit. Iqa sentiasa ada dalam hidup Man. Man tak boleh nak elak Thirah"

"Takpe Man, Thirah sanggup berkongsi apa saja dengan Iqa. Nilai persahabatan kitorang tiada tandingannya"

"Okaylah Thirah, dah jauh malam ni. Jomlah tidur. Kalau ada apa-apa bagitau Man ye"

"Okay," aku melelapkan mataku dengan linangan air mata. Sedih memikirkan apa yang bakal terjadi kepadaku suatu hari nanti. Aku tidak mungkin akan meluahkan segalanya kepada Aiman. Aku tidak mahu membebankan dia dengan perasaanku yang tak menentu. Aku tidak mahu dia tahu yang aku mengalirkan air mata di malam perkahwinanku. Biarlah, selagi aku mampu aku akan cuba bersikap matang dalam mengharungi kehidupan yang makin mencabar ini.

"Ya Allah, tabahkan hatiku,, amin........."

*******
Kitorang menghabiskan cuti selama seminggu. Selepas beberapa hari berada di rumah ku, Aiman membawaku pulang ke rumahnya di kampung. Aku tengok Allisya dan Amalin mesra sangat dengan nenek mereka. Mungkin sebab sudah lama di tinggalkan bersama emak Aiman. Lagipun Aiman jarang berkesempatan berjumpa dengan diorang. Aku mendukung Amalin, kesian dia. Baru sekecil ini sudah tidak dapat merasa kasih sayang ibu kandung. Allisya juga sama, walaupun dia sudah besar tapi masih budak-budak. Aku berjanji akan menjadi ibu yang baik untuk diorang. Namun aku akan pastikan yang diorang tahu Syafiqah adalah ibu diorang yang sebenar.

"Aunty, kenapa aunty asyik main dengan adik je, Icha nak main dengan aunty jugak," rengek Allisya apabila melihat aku asyik mendukung Amalin.

"Boleh je, datang lah sini. Yang Icha tu kenapa macam tak nak dekat ngan aunty je," balasku tersenyum.

Aiman yang dari tadi asyik membaca surat khabar datang menghampiriku dan anak-anaknya.

"Mari dekat papa sayang," Aiman memanggil Allisya.

Allisya menurut tanpa membantah.

"Mulai hari ini, kakak kena janji dengan papa yang kakak akan panggil aunty Thirah ummi okay," ujar Aiman satu-satu.

"Kenapa papa?" balas Allisya pelik.

"Sekarang aunty Thirah dah jadi macam mama sebab tu lah kakak kena panggil aunty ummi," Aiman terus meletakkan Allisya dan masuk ke bilik.

Aku tahu yang Aiman masih berperang dengan perasaan sendiri. Aku nampak air matanya bergenang di kelopak mata. Sekuat-kuat Aiman dia masih tidak mampu untuk berhadapan dengan semua ni. Apatah lagi aku.

Aku meninggalkan Amalin dan Allisya kepada nenek mereka dan terus mengikut Aiman ke bilik. Aku lihat dia memekup kan mukanya dengan tangan sambil memandang keluar timgkap.

"Man, kenapa ni? Kan kita dah janji akan berkongsi apa sahaja. Thirah akan membantu mengikut kemampuan Thirah," ujarku.

Tanpa ku sangka, Aiman memelukku erat.

"Maafkan abang sayang, abang tidak bermaksud untuk mngecewakan hati Thirah, tapi abang masih tidak boleh melupakan apa yang berlaku. Sebut nama Iqa pun abang tak boleh, ni apatah lagi sentiasa bersama dengan kawan baik Iqa sendiri. Abang rasa bersalah terhadap Thirah, Iqa dan semua orang. Walaupun dan seminggu kita kawin dan abang cuba berlagak biasa, tetapi sebenarnya abang tidak kuat Thirah. Abang tak nak Thirah sedih sebenarnya, tetapi abang terpaksa juga bagitau Thirah. Thirah, maafkan abang," bicara Aiman dalam sedunya yang semakin reda.

"Thirah faham bang. Thirah dah bagitau abangkan yang Thirah sanggup berkongsi apa saja dengan Iqa. Abang jangan risaukan Thirah okay," secara automatik aku panggil Aiman abang, entah mengapa lancar je aku memanggilnya begitu.

Sebenarnya aku cuba mencari keserasian antara kitorang. Mana mungkin kitorang berlagak macam orang asing sedangkan berada di bawah satu bumbung.

"Tentang anak-anak kita tu, Thirah ajarla diorang panggil Thirah ummi, tak kan lah nak panggil aunty kan. Abang harap Thirah bahagia dengan semua ni. Kita dah pilih jalan ni, jadi kita kena teruskan. Tapi abang tak boleh mengharunginya tanpa Thirah. Thirah kena bantu abang"

"Thirah akan cuba seboleh mungkin bang, itu janji Thirah.

*******
“Ala bucuk-bucuk anak papa, dah mandi ke belum ni,” Aiman saje mengusik anaknya yang baru berusia 2 hari itu. “Ummi pun belum mandi lagikan,” Sambung Aiman lagi sambil memandang aku yang masih terbaring di katil hospital. “Saje je tau, kejap lagi Thirah mandilah,” balasku manja. Aku mengusap perlahan-lahan kepala dua orang puteriku yang sedari tadi lagi melentokkan kepala mereka ke badanku sambil mendengar celoteh papa mereka. Aku terlalu sayangkan mereka. Sekarang aku hadiahkan mereka seorang adik lelaki yang comel. Putera Aqil.
“Terima kasih Iqa kerana berkongsi sedikit kebahagiaanmu dengan aku. Kau lah sahabatku dunia dan akhirat. Akan ku didik anak-anak kita menjadi orang yang berguna kelak,” Aku mampu tersenyum kini. Siapa sangka pengorbanan yang aku lakukan akhirnya memberi sinar kebahagiaan buatku. Inilah ketentuan illahi. Aku bersyukur atas segalanya.

2 comments:

  1. takdir ALLAH takdir terindah. perit yang insyaallah akan berakhir dengan bahagia:)

  1. Wow, ini kisah benar kah? I don't have your talent, menulis entri sebegini. I loike!

    Nisa'

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini