rss

“Mungkin kita telah menyalah erti hubungan kita”

Ayat itu asyik terngiang-ngiang di telinga aku sehingga sekarang. Ayat itu juga yang telah membentuk aku pada hari ini. Setiap kali aku teringat ayat itu aku fikir  mungkin betul apa yang kau cakap pada aku dulu.

Masa tu kita sangat mentah dan kita tak berfikir menggunakan akal yang waras. Masa kau ucapkan sebaris ayat tu. Aku tak boleh terima. Aku marah. Sekarang semuanya semakin jelas. Hubungan kita memang tak ke mana-mana dan terima kasih kerana menyedarkan aku, Alya.

..................................

5 tahun dahulu…

“Alya, jom gerak sekarang” aku menarik tangannya ketika dia sedang berbual dengan Zailif.

Aku menjadi cemburu. Aku tak suka ada sesiapa pun yang rapat dengan Alya. Aku menjadi seorang yang tamak. Dahulu, hubungan aku dan Alya amat erat. Dimana ada Alya disitu ada aku. Aku tahu tiada apa yang boleh memisahkan kami.

“huh? Kejap la Ad. Alya belum habis lagi cakap dengan dia” Alya seperti tidak menghiraukan aku. Dia lebih menumpukan perhatian terhadap Zailif di hadapannya. Aku memasamkan muka dan menyilangkan tanganku.

Jelik aku mendengar ketawa mereka. Haruskah mereka tertawa dengan mesra di depan aku? Sakitnya hati! Aku tak sanggup lagi menunggu. Aku melangkah keluar dari pagar utama sekolah.

“Ad nak pergi mana?” aku menoleh kebelakang. “Orang gerak dulu la. Jumpa kat sana je la” aku buat muka bosan.

“okey!” itu saja jawapan yang aku terima dari Alya. Menyirap darah aku tetapi aku masih meneruskan langkahku.

Ketika itu aku tahu kau cuba menjarakkan diri daripada aku. Hubungan kita tak seperti dulu. Aku cuba buat tidak tahu. Tetapi sampai bila kita mampu menutup semuanya, kan?
……………………………

Aku telefon Alya lagi untuk kali yang ke sepuluh malam ni. Alya tak angkat. Aku tak tahu apa yang terjadi. Kenapa kau tak menjawab panggilan aku? Mugkin ke kau sakit atau kau tidak mendengar deringan handphone yang melalak menyuruh kau angkat? Atau mugkin kau enggan menjawab panggilan dari aku sahaja?

“Hello..” terdengar suara Alya dari corong telefon. Akhirnya kau angkat juga panggilan aku yang ke lima belas kali ni. Kenapa suara kau bernada hambar? Atau hanya khayalan aku semata-mata?

“Hello Alya..kenapa tak angkat telefon? Alya tak dengar ke? Alya okey tak?” bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulutku. Aku mendengar kau mendengus.

“Tak ada apa-apa la. Kenapa Ad telefon malam-malam ni? Alya dah nak tidur ni.” suara kau seperti tidak suka dengan panggilan aku. Adakah kau sudah membenci aku?

“Sebenarnya tak ada apa-apa. Saja je nak telefon Alya. Tiba-tiba rasa macam rindu je kat Alya. Tak boleh ke?” aku bertanya.

“Hisy! Dah malam la ni. Alya nak tidur. Esok je la kita sambung” suaranya seperti membentak. Kenapa kau tak menjawab soalan aku tadi? Mungkin soalan tu tak releven untuk kau jawab.

Bermula tahun ni kita berlainan kelas dan amat sukar untuk aku berjumpa dengan kau. Bila aku ingin berjumpa dengan kau, kau sedang sibuk. Atau ketika itu kau saja je menyibukkan diri? Aku terus tertanya-tanya. Kenapa kau semakin jauh?

……………………………………..

Hari ni, aku tunggu kau dekat depan pagar sekolah. Aku sempat beli ice cream sementara tunggu kau keluar kelas. Kau selalu ambil masa yang lama untuk mengemas barang-barang kau tapi aku tetap sabar menunggu.

Dari jauh aku nampak kelibat kau, tapi bukan kau sahaja yang aku nampak. Aku nampak Zailif berjalan bersama kau. Hati aku mula membara. Kau selalu cakap kau sibuk dengan aktiviti selepas sekolah. Kau pesan jangan tunggu lepas habis sekolah. Aku ikutkan sahaja kata-kata kau tetapi sebenarnya kau bersama Zailif selama ini.

Mungkin selama ini kau memang sibuk tapi bukan dengan aktiviti sekolah tetapi dengan lelaki yang bernama Zailif itu. Apa kurangnya aku? Aku terasa seperti berdarah di dalam hati. Aku terus berlalu dari sana, membawa hatiku yang pedih.

……………………………………….


Hari ini harijadimu yang ke 17 tahun. Aku ingin membuat kejutan untuk kau. Aku membeli kek chocolate banana dari secret recipe yang kau sangat sukai. Aku tunggu di depan pagar rumah kau malam tu. Aku tidak sabar menunggu kau pulang daripada tuition matematik tambahan yang aku kira subjek yang paling kau benci.

 Ibu kau menyuruh aku masuk tapi aku menolak. Aku ingin menunggu kau diluar walaupun malam itu amat dingin sekali. Aku tertoleh-toleh ke jalan raya menunggu kehadiran kau. Aku amat teruja malam ini.

Tiba-tiba aku ternampak bayang-bayang manusia yang aku yakin itu kau. Aku lihat untuk kali kedua baru aku sedar akan kehadiran bayang-bayang lain disebelah kau. Aku mendengar suara kau berbicara tetapi dengan siapa?

Kau terus berjalan ke arah aku. Aku mendiamkan diri dan memandang kau. Kau menoleh ke arah aku dan jelas riak wajah kau terperanjat melihat aku berdiri disitu.

“ Ad buat apa kat depan rumah Alya?” kenapa suara kau begitu terperanjat dan agak bersalah dipendengaranku? Adakah aku tidak patut berada disini bersama kau dan dia?. Wajah kau berubah menjadi pucat. Mungkinkah aku telah menyaksikan sesuatu yang tidak sepatutunya?

Dulu ketika aku menunggu di depan rumah kau, kau nampak begitu gembira. Kau akan memelukku. Tetapi kini kenapa aku  merasakan kehadiran aku disini begitu terasing dan janggal?

Aku hanya tersenyum. Mungkin kelat senyumanku dimatamu. “Ad saja nak  celebrate birthday Alya. Ni ada bawak kek favourite Alya”. Aku mengangkat tangan ku yang memeggang kotak kek. Aku cuba menceriakan suara.

“ouch” itu saja yang terkeluar dari bibirmu. Kehilangan katakah Alya?. Ataupun  benar jangkaanku bahawa aku tak diperlukan disini.

“emmm..macam ni je la. Alya ambil je la kek ni. Ad balik dulu” bak kata buat apa kita masih disini bila orang tak sudi. Mungkin lebih baik aku mengundurkan diri.

Kau seperti terkelu. Aku sempat mendengar kau mengucapkan terima kasih kepadaku dan memandang aku berlalu dari situ.

………………………………

 Aku tahu hubungan kita bina selama ini tak mungkin terputus begitu sahaja. Aku cari kau di rumah. ibu kau kata kau ada dirumah, kemudian dia panggil kau di bilik. Aku dapat mendengar suara kau seperti marah apabila ibu kau bilang aku datang. Kau kata kenapa beritahu aku yang kau ada di rumah. Aku tahu kau terpaksa jumpa aku kerana ibu kau. Wajah kau seperti sangat benci dengan kehadiran aku. Adakah aku sungguh menjelikkan?

Kau ajak aku berbincang di luar rumah. Kau terus meluru kelua danr bergerak ke taman permainan di depan rumah kau tanpa menunggu persetujuan aku. Aku hanya ikutkan sahaja. Aku takut dengan apa yang bakal terjadi kerana aku dapat jangka apa yang kau bakal katakan tetapi sampai bila kita mahu berdolak dalik, kan?

Kau duduk di kerusi batu jauh dari orang ramai. Wajah kau seperti kau sedang berfikir panjang untuk memulakannya. Aku ambil tempat disebelah kau dengan sabar menunggu kau mencari ayat untuk memulakannya. Hati aku berdebar-debar menunggu. Aku berharap apa yang aku sangka tak akan menjadi kenyataan. Tetapi kita hanya mampu berharap.

Tiba-tiba kau mengangkat muka dan memandang aku tepat dimata. “Ad..” kau berhenti sebentar dan menarik nafas panjang seperti cuba untuk menyusun kata-kata.

“…kita dah lama kenal kan? Ad tau kan Alya sayang Ad?”.

Aku masih samar-samar dengan apa yang kau cuba sampaikan. Kenapa kau cuba untuk bermain tarik tali dengan aku? Aku hanya mengiyakan dengan mengganggukkan kepala.

“Ad sangat baik dengan Alya dan Ad sentiasa ada apabila Alya sangat memerlukan seseorang. Ad tahu bila Alya sedih atau gembira dan sentiasa ambil berat terhadap Alya. Alya benar-benar sangat gembira”. Kau tersenyun tetapi kenapa aku nampak kesedihan dimata kau. Aku tertanya-tanya  makna kesedihan dimata kau itu.

“Kita sentiasa bersama sejak dulu lagi dan Alya tahu Alya sentiasa bergantung kat Ad dan Alya tak tahu macam mana nak jalani hidup ni tanpa Ad. Ad adalah orang yang sangat berharga dalam hidup Alya.” Dia memandang aku tepat. Adakah kau cuba menyakinkan aku dengan kata-kata kau? Walau macam mana pun aku tak boleh nak menidakkan kejujuran dalam setiap kata-kata kau. Aku masih mengenali kau kan?

“ Alya benar-benar sayang kat Ad. Alya tak pernah tipu pasal tu..” kau menundukkan pandanganmu dan menyambung, “tapi perasaan itu tak lebih daripada seorang sahabat baik..”. Aku terpana dengan apa yang kau katakan itu. Aku bukan salah dengar kan?

.“Apa yang Alya cakap n? Ad sayang kat Alya. Bukan Alya pun sama ke? Kenapa Alya buat macam ni? Ke sebenarnya Alya dah suka kat orang lain?” bertubi-tubi soalan aku tujukan kepadanya, Kenapa kau sanggup buat aku macam ni? adakah perasaan aku ni murahan sehingga kau sanggup buang begitu sahaja?

Alya memegang pergelangganku dengan tenang dan memandang ke arahku. “Ad bukan macam tu. Ad salah faham. Ad cuba dengar dulu. Hal ni tak ade kena mengena dengan Alya suka orang lain atau tidak. Ini tentang kita.”

Aku sedaya upaya cuba untuk menenangkan diri walaupun aku benar-benar terluka dengan kenyataan kau dan aku masih cuba untuk mendengar penjelasan kau. Aku masih mengharap sinar bahagia akan menjelang.

“Kita tak sepatutnya mempunyai perasaan macam tu. Hubungan kita tak sepatutnya melebihi persahabatan.  Alya sedar dulu kita sentiasa bersama dan masa tu Alya benar-benar gembira dengan Ad. Masa tu Alya sentiasa fikir kita akan bersama sentiasa.” Alya berhenti sebentar.

“ Kalau Alya benar-benar sayangkan Ad kenapa Alya buat Ad macam ni. Alya nak hancurkan hubungan kita selama ni ke? Kenapa Alya?” aku sangat kecewa. Apa yang aku dah buat sehingga kau sanggup berkata seperti itu? Apa salahku?

“Bukan macam tu Ad. Kita semakin dewasa dan kita harus menghadapi kenyataan. Alya dah sedar hubungan ni tak akan kemana-mana. Perasaan ni tak sepatutnya terjadi. Ad fahamkan?”

Aku tak ingin faham dan aku tak mengerti. Aku tahu perasaan aku. Aku memang sayangkan kau. Perasaan ini tak salah! Kau yang salah!

“Jadi Alya nak menindakkan apa yang kita lalui selama ni? Begitu?” aku bertanya dengan nada marah.

“Tidak. Alya tak pernah menidakkannya. Maafkan Alya. Alya tak pernah bermaksud untuk menyakitkan hati Ad tapi kita harus menerima kenyataan. Hubungan ni tak sepatutnya terjadi”. Kau masih cuba untuk beralasan.

“ Kenyataannya Ad sangat sayangkan Alya dan perasaan itu tak salah. Kenapa Alya nak menidakkan perasaan Ad? Ad lebih mengerti perasaan Ad sendiri”. Aku tak mampu lagi memandang wajah kau. hati aku terlalu pedih dan sakit. Aku tak mengerti kenapa ini semua terjadi. Aku terus berdiri dan membelakangkan kau.

“ Maafkan Alya, Ad” aku terdengar sendu dari suara kau. “Satu hari nanti Ad akan mengerti apa yang cuba Alya sampaikan”.

Aku mendengar tangisan kecilmu dan kau menyambung lagi dengan perlahan.

“Mungkin kita telah menyalah erti hubungan kita selama ini” suaranya kedengaran menahan tangisannya.

“ Selamat tinggal Adriana Suhaila”.  Itulah perkataan terakhir yang aku dengar daripada orang yang pernah aku sayangi dengan sepenuh hati sebelum kau berlalu dari sisiku selamanya.

…………………………

Kini baru aku sedar apa yang kau cuba sampaikan. Dulu aku terleka dengan mainan perasaan dan tersalah erti perasaan itu. Mungkin benar perasaan kasih sayang yang timbul itu hanyalah daripada seorang sahabat kepada sahabatnya sahaja.

Mungkin suatu hari nanti kita akan berjumpa kembali dan semuanya hanya akan menjadi kenangan silam bagi kita berdua. Terima kasih sahabat terindahku, Nor Alia Johana.

“Adria..” aku terdengar suara mesra memanggilku dari belakang. Aku kenal benar dengan tuan empunya suara itu kerana dialah cinta hatiku kini. Terima kasih Allah atas peluang kedua ini. Amin.

0 comments:

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini