rss

Dia menghempas dirinya diatas katil,sepulangnya dari lewat pertemuan yang melukakan hatinya. Dia perlu berterus-terang, atau keadaan akan lebih parah terjadi. Dia mahu semuanya berakhir dengan baik, namun sebaliknya yang terjadi. Air mata, masih lagi tidak henti-henti menangis. Hiba hatinya melampau-lampau. Tak mampu diungkap dengan kata-kata.

B,maafkan sayang,bisik hatinya.

Sudah sebulan perkara itu berlaku. Dia tidak lagi menemui lelaki itu yang dipanggil B itu apatah lagi mendengar cerita lelaki itu. Sepi tanpa khabar berita,. Hari-harinya juga berteman airmata; sepi merindui gelak tawa lelaki itu. Semangatnya juga telah hilang. Hari-hari yang dilalui,biarpun berteman rakan-rakan namun dia tetap sepi. Kosong dan pilu.

Petang itu, setelah sekian lama, dia membuka kembali komputer riba kesayangannya. Hadiah  pemberian along ketika dia berjaya memasuki universiti setelah tamat tingkatan 6. Dia ingin memeriksa email peribadinya yang sudah lama ditinggalkan. Sementara menanti sambungan internet, dia menekan ikon Winamp.  Sudah lama benar dia tak dengar lagu-lagu didalam koleksinya. Dahulu, sebulan dahulu, komputer riba inilah temannya setiap malam mengisi kekosongan dari zaman dia belajar sehinggalah dia berkerja. Di pajabatnya pula, dia memiliki satu lagi komputer riba yang diberikan oleh syarikatnya.

Dah lama tak dengar lagu Lily Allen,bisik hatinya sambil tersenyum. Dia sangat suka lagu Littlest Thing nyanyian Lily Allen,lalu tangannya ringan memilih memasang lagu itu dari kotak senarai winampnya.

Jariya terus meneroka web browser yang terpampang. Laman facebook dan friendster,sudah lama tidak dilayarinya. Semenjak dia berteru- terang dengan lelaki yang menghiasi ruang mayanya, dia tidak lagi gemar melayari internet..Dibiarkan duka mengisi kekosonga hatinya. Dia jadi malas untuk melayari internet.

Hatinya berdebar kencang ketika dia membuka laman email peribadinya yang sudah terbiar  itu. Jika melibatkan urusan rasmi, dia menggunakan email syarikatnya.. Ada beberapa email yang tidak penting di dalam peti simpanan email. Lalu, dikliknya satu persatu untuk dibuang kedalam trash bin. Cuma, matanya tiba-tiba tertancap pada satu kiriman email terakhir yang diterimanya daripada lelaki yang dipanggil B. Tanganya ringan sekali membuka email itu untuk membaca kesekian kali kandungan email itu. Dan lebih melukakan, tatkala itu juga winampnya memutarkan lagu Edwin Mccain,I’ll be.
Airmatanya menitik lagi.

"B tak tau nk jawab soalan syg tu..just let me love u eyh..i will make u feel love all the time syg..trust me "

Kandungan email itu diselang-seli dengan bait-bait lirik lagu I’ll be itu benar-benar meruntun jiwanya. Dia masih ingat lagi lewat perbualan mereka.

“Sayang, sayang dah dengar lagu Edwin Mccain tu? B suka sangat lagu tu. Nanti sayang dengar k! B dah send kat email,”  Masih tergiang-giang ditelinganya,suara lelaki itu.
Airmatanya tidak dapat lagi dibendung lalu perlahan dia menutup komputer ribanya.Sesudah itu,dia merebahkan dirinya di atas katil sambil ditemani air mata. Kejadian sebulan lalu bermain dibenak fikirannya.

“Zaini…Qis minta maaf ngan Zaini. Qis tak berniat nak lukakan hati Zaini. Mula-mula Qis nak prank kan Zaini je. Qis sengaja menyamar jadi Riana sebab nak kenakan Zaini je. Qis minta maaf Zaini,” dia merayu.

Zaini padang dia sinis,”Qis cakap senang.Qis tahu tak…Qis dah mainkan perasaan Zaini. Sampai hati Qis buat Zaini camni. Apa salah Zaini kat Qis?”

“Qis tahu tak,terlalu susah Zaini nak terima cinta perempuan selepas Ili tinggalkan Zaini. Kenapa Qis buat begini pada Zaini? Zaini sayangkan Riana sepenuh hati, tapi rupanya selama ni..Qis menyamar jadi Riana!! Qis memang kejam,” Suara dia meninggi.

“Cinta? Zaini tak yah nak tipu Qis. Selama ni Zaini Cuma sukakan perwatakkan Riana,sukakan latar belakang Riana je kan. Zaini memang nak cari perempuan yang hot yang kaya,so sesuai lah dengan diri Zaini sekarang kan?Apa yang Zaini rasa sekarang ni, Cuma perasaan suka yang melampau-lampau je. Nonsense la! Zaini tak pernah tengok Riana, boleh jatuh cinta dalam telefon,dalam ym..dalam facebook.”Dia sedikit meninggi suara untuk membela dirinya.

“Sampai camtu sekali Qis tuduh perasaan Zaini. Terima kasih banyak-banyak Qistina Soraya. Wakenabeb!! Wa terkena beb!! Lu memang terbaekkk!!!” dia menjerit sebelum berlalu meninggalkan Qis. Mulanya, Qis rasa lega setelah dia berterus terang. Tapi,entah kenapa disebalik itu, perasaan sedih mula menular di dalam dirinya hari demi hari

Zaini merupakan kawan kepada kekasih hatinya,Hakim. Melalui Hakim,mereka berkenalan.. Namun perkenalan mereka hanya setakat di YM sahaja.Hakim kekasihnya itu menuntut diluar negara telah  meminta bantuan Qistina untuk menasihati Zaini.  Ketika itu, Zaini baru sahaja terluka dengan cinta pertamanya, Ili.  Dia patah semangat dan kurang berkeyakinan. Bahkan, Zaini sanggup membuat satu perubahan drastic terhadap tubuh badannya dan itu merisaukan Hakim hingga dia meminta Qis menasihati Zaini.. Dari seorang lelaki yang mempunyai berat badan 170kg, Zaini mula  berdiet dan buat macam-macam cara sehinggalah kurus menjadi 60kg dan menjadi kegilaan ramai wanita. Dengan Qis,Zaini selalu berkongsi rasa hatinya. Ini membuatkan hubungan mereka sangat rapat,sehinggalah Qis tamat belajar dan berkerja. Kesibukan berkerja membuatkan Qis jarang online ym dan secara tidak langsunghubungan  mereka tidak lagi menjadi renggang.

Semuanya berubah setelah suatu hari Qis nekad untuk membuka akaun baru untuk YM. Lalu,dia pun meng’add’ Zaini dan rakan-rakan yang lain ke dalam akaun barunya. Pertanyaan Zaini tentang siapa dia, menyebabkan timbul niat nakal mahu mengusik Zaini. Lalu diperkenalkan dirinya sebagai Riana,seorang wanita kaya yang berperwatakkan kasar dan suka bergurau. Bermula dari YM, Zaini merayu meminta no telefonnya,kemudian sehinggalah facebook dan sebagainya.Qis sendiri sedar,dia bersalah. Jarak dan kesibukkan antara dia dan Hakim,membuatkan dia benar-benar terbuai dengan layanan Zaini. Lebih memberatkan lagi,Zaini melamarnya untuk menjadi kekasih. Walaupun dia tidak memberikan sebarang kata putus,namun Zaini telah menggangap mereka sebagai kekasih. Dari panggilan saya-awak, Zaini mula memanggil sayang padanya, dan membahaskan diri sebagai B. Qis akan sentiasa tersenyum setiap kali Zaini memarahinya kerana tidak menggunakan panggilan yang diminta.

“ Awak ,nanti malam..saya telefon eyh?”

“Apa awak..awak…apa saya? B dan sayang! Cuba biasakan diri panggil B,sayang”
Begitulah setiap kali bila dia akan dimarahi dan dibetulkan hinggakan panggilan sayang dan B itu telah sebati dengannya.

Untuk sebulan dia memang gembira dan bahagia dengan keadaan begitu. malamnya ditemani bicara Zaini. Siang pula..kotak simpanan emailnya dipenuhi kata-kata sayang Zaini. Dia rasa dihargai. Dia rasa sangat disayangi. Namun,ketenangan dan kegembiraanya tergoyah, bila Hakim memberitahunya bahawa Hakim akan pulang ke Malaysia.  Hatinya benar-benar runsing. Dia masih sayangkan Hakim,dan selama ini jua dia berasa bersalah pada Zaini. Lalu.diajaknya Zaini bertemu muka. Zaini yang sudah jatuh cinta padanya bagaikan pucuk dicita ulam mendatang untuk bertemu kekasih hatinya.

Sebaliknya pula yang terjadi. Pertemuan pertama antara mereka itu juga merupakan pertemuan terakhir. Zaini benar-benar marah dan kecewa dengannya. Lebih teruk lagi, setelah beberapa minggu Hakim pulang ke tanahair, Hakim mengamuk besar dengannya bila mendapat tahu hal ini.

Pada Allah,dia panjatkan segala doa dan memohon pertunjuk, lalu setelah puas beristikarah, dia membuat keputusan. Cintanya hanya satu. Tetap satu. Pada Hakim,dia berterus terang lalu hubungan mereka,dia putuskan hubungan mereka sehingga setakat itu sahaja. Hakim benar-benar marah padanya,manakala Zaini tak lagi mahu bercakap dengannya.

Kepahitan itu,ditelannya sedalam-dalam bertemankan air mata. Untuk mengubati rasa hatinya dan tidak mahu dibelenggu dengan kenangan,dia setuju apabila syarikatnya ingin menghantarnya bertugas ke New York.

- -   -   -   -  -  -  -  -

Dua tahun sudah berlalu…

Badannya masih penat. Dia baru sahaja tiba dirumah kak ngahnya malam tadi. Dua tahun,dia berada ke luar negara untuk berkhidmat di sana, kini dia telah pulang. Segala kekecewaannya sebelum ini telah dia pendamkan dengan kesibukan tugas di sana.

Petang itu,anak buahnya Dania merengek-rengek mengajaknya keluar makan aiskrim. Melihatkan Dania,anak kakaknya yang comel dan manja berusia 5 tahun itu membuatkan hatinya geram. Sejak dari lahir lagi, Dania memang selalu di bawanya ke sana sini bila berkelapangan. Cuma,setelah dia ke New York untuk bertugas, dia dan Dania terpisah. Lalu petang itu,permintaan Dania ditunaikannya.

Mereka ke Alamanda memandangkan pusat membeli belah itu lebih dekat dengan rumah kakaknya di Putrajaya. Dengan keadaan penatnya,dia tidak berniat hendak pergi jauh. Di Alamanda, Qis membawa Dania berjalan-jalan sambil makan aiskrim. Dania kelihatan sangat gembira berlari ke sana ke sini.

“Dania..jangan lari. Mak Su tak larat kejar,” dia separuh menjerit kepada Dania,anak buahnya yang riang berlari. Qis risau Dania terjatuh. Budak lincah dan sedang membesar seperti Dania memangnya semakin nakal . Itu belum lagi menyentuh bab kepetahan Dania. Banyak  soalan Dania yang perlu dijawab sepanjang perjalanan mereka ke Alamanda. Namun, dia tetap setia menjawab kerana Danialah satu-satunya anak buahnya.

“Dania..”dia menjerit,namun Dania hanya terkekeh-kekeh ketawa sambil berlari. Tiba-tiba,si kecil Dania terlanggar seorang lelaki dewasa dihadapannya sehingga Dania jatuh terduduk dan mula menunjukkan tanda-tanda seperti mahu menangis. Melihatkan Dania, Qis segera berlari mendapatkan anak kecil itu.

“anak cik tak apa-apa?” Tanya lelaki tu.

“Dia tak apa-apa. Minta maaf la…” Qis tergamam apabila dia mendongakkan mukanya melihat wajah lelaki itu.  Kata-katanya mati setakat itu.Dia benar-benar terkejut.

Kemudian,segera dia mendukung Dania lalu berlalu dari situ sepantas mungkin tanpa menoleh lagi ke arah lelaki itu.

Lelaki itu benar-benar terpingga melihat Qis, namun kemudiannya dia menjerit memanggil nama Qis. Cuma panggilan lelaki itu tidak diendahkan Qis. Langkahnya dihayun makin laju.

Dia memeluk erat Dania di dalam dukungannya. Air mata dia ingin jatuh lagi,tapi segera ditahan.

Kenapa perlu jumpa di sini?”bisik hati dia perlahan. Petang itu,mereka pulang begitu sahaja.

Malam itu,usai solat isya, dia berbaring di atas katil. Kata-kata Ain, kawannya dahulu pernah menasihatinya:

Ketika itu,dia masih lagi bersedih. Setiap kali dia terdengarkan lagu-lagu kesukaan Zaini  dia pasti menangis. Rasa bersalah, rasa kecewa dan rasa kasih mula bergilir mengambil tempat dihatinya. Dia tahu, apa yang dirasakan adalah satu pembalasan dari tuhan, tapi entah mengapa dia tidak dapat berhadapan dengan keadaan itu. Hatinya dipagut sendu dan pilu

“Sudahlah Qis, benda dah jadi. Tak guna kau nangis lagi,” tegur Ain,housematenya. Entah bila Ain masuk ke biliknya, dia pun tidak sedar. Dia bangun, lalu mengesat air mata yang tertumpah di pipinya.

“Entahlah Ain, aku rasa bersalah. Bersalah sangat-sangat. Bila aku dengar je lagu tu…aku mesti ingat kat dia,” penerangan yang tak perlu lagi dia perjelaskan.

“Susah aku nak cakap Qis, masalah korang ni betul-betul complex dan complicated. Aku yang arkitek ni pun tak rasa complex nak buat bangunan berbanding masalah korang ni. Kau sabar je lah. Mungkin ada rahmatnya disebalik ini. Who know…this is an omen for u guys to know each other better? Manalah tahu,korang ni memang ada jodoh”

Dan pertemuan petang tadi,adakah menandakan antara aku memang ada jodoh? Ya Allah,aku buntu,desis hati kecilnya. Malam itu, tidurnya bersisa airmata dengan kenangan yang pernah suatu masa melukakan hatinya.

Setelah beberapa hari berehat di rumah, Qis ke pejabat, melaporkan diri setelah pulang dari berkhidmat di luar negara. Di pejabat, Qis tekun menyiapkan segala laporan yang dikehendaki. Namun, tengahari itu, dia tidak keluar makan. Sebaliknya dia mahu ke taman di rroftop bangunan pejabatnya. Rindunya pada taman itu meggamit hatinya untuk ke sana tengahari itu.

Di taman itulah dia menangis melepaskan segala resah hatinya. Di taman itulah..rakan-rakan dan bosnya menasihatkan dia untuk jadi lebih tabah. Di taman itulah juga bosnya memujuk dia ke New York untuk melupakan rasa sedihnya dan di taman ini juga  menjadi saksi dia senyum tertawa senang hati dengan layanan Zaini padanya. Terlalu banyak kenangan yang tersimpan di taman itu.

Di situ,dia senang sendiri. Pemandangan yang cantik dan udara yang menyegarkan buat dia senyum sendiri.

“Taman ni masih macam dulu juga. Sama cam aku juga. Aish~,”keluhnya perlahan.

“Tak ada apa yang berubah Qis. Zaini pun masih sayangkan Qis macam dahulu,”satu suara yang dikenalinya menegur perlahan dari belakang. Qis terkejut. Hampir terkesima dia melihat kelibat Zaini dihadapannya. Dia ingin pergi. Tapi,Zaini lebih pantas menarik tangannya.

“Sayang,jangan pergi lagi. B rindu sayang sampaikan B sanggup tukar kerja satu bangunan dengan sayang”Zaini tersenyum merenung Qis dengan muka comelnya.

Qis benar-benar terkejut. Panggilan itu....terlalu lama dirindui. Kerana panggilan itulah juga,dia buat keputusan yang mengejutkan dengan meninggalkan Hakim. Ya,semuanya kerana lelaki yang berada di hadapannya.

Dia tahu, dia sudah dimaafkan lelaki itu. Dia juga  tahu , lelaki itu masih menginginkan dia seperti mana dia masih mengharap selama ini. Air mata dia menitis,setitis demi setitis.

“B tak marah?”

“B hanya akan marah,kalau sayang tolak pinangan B. Jangan nangis lagi ye sayang. Minggu depan mama dan babah b akan ke rumah sayang pinang sayang. Dah tak sanggup dah nak biar jiwa ni terbiar menanti!” Zaini tersenyum manis sambil hujung jarinya mengesat perlahan airmata Qis yang mula bergenang dari tubir mata.

Qis tersenyum, namun airmatanya masih menitis.Bahagia.

0 comments:

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini