*Sambungan
cerpen Juadah Ku, Juadah Mu...
EMI mula senyum.
Sejak dia pandai membuat kuih cek mek molek, dia merasakan ada satu keseronokan
untuknya mencuba kuih lain. Otaknya mula ligat berfikir tentang rezeki bulan
ramadhan. Balik dari kelas tadi, sempat dia mencari resipi di internet beberapa
jenis kuih yang dirasakan dapat menarik pembeli untuk mencuba kuihnya nanti.
Kelasnya akan
habis awal bila bulan puasa tiba. Tambah-tambah kalau pensyarah yang suka
batalkan kelas. Seawal pukul empat dia sudah ada di rumah. Kesempatan itu dia
gunakan sepenuhnya untuk mempelajari cara untuk membuat kuih. Mencari duit
lebih untuk menampung pengajiannya di kampus nanti. Emi senyum lagi.
Maka bermulalah
misi Emi untuk menjadi seorang peniaga kecil-kecilan. Dia mula berangan ingin
menjual kuih pada hujung minggu saja. Kebetulan ada satu gerai yang sudi
memberinya tumpang di situ dengan membayar sedikit sewa.
“Err..kak
Eton..boleh saya tumpang berniaga kuih kat sini tak? Hujung minggu je. Nanti
saya bayar sewa..boleh tak?” Emi mula bersemangat. Dia kenal kak Eton masa beli
nasi lemak di gerai itu dulu. Kak Eton memang murah dengan senyuman.
Kak Eton yang
pakai apron di depannya senyum.
“Boleh..kebetulan
hari minggu akak tak banyak kuih. Bila nak mula?”
“Minggu ni!” Emi
senyum lebar.
Pagi Sabtu, Emi
bangun dengan perasaan semangat berkobar. Dia melangkah ke dapur dengan
senyuman. Kak Yati hanya senyum melihat Emi yang tersenyum-senyum begitu. Nor,
Alin dan Shidah pula tiada di rumah. Masing-masing berbuka di luar. Ada yang
balik ke kampung masing-masing. Maklumlah rumah mereka dekat saja dengan
kampus. Hari ini hanya dia dan Kak Yati saja yang lepak di rumah. Emi senyum
lagi. Terasa tiada gangguan.
“Emi, nak buat apa
dengan bahan-bahan yang banyak ni?” kak Yati garu kepala melihat banyak bahan
untuk buat kuih atas meja makan.
“Hihihi..kak..saya
nak berniaga. Bulan puasa ni banyak rezeki. Ni! Saya dah salin semua resipi
kuih yang saya nak buat nanti!” Emi hulur buku nota resipinya kepada Kak Yati.
Kak Yati membelek
helaian demi helaian. Ada senyuman di bibirnya.
“Hmm..not bad!
Tapi..banyak ni, larat ke buat nanti? Nak akak tolong?” Kak Yati mula
menawarkan diri.
“Eh! Akak tak
sibuk ke? Terima kasih daun keladi!” Emi melompat gembira. Pembantu sukarela
sudah ada.
Bertungkus-lumus
Emi dan Kak Yati membuat kuih mengikut resipi yang ditulis dalam nota kecil
itu. Satu persatu bahan-bahan yang dibeli dari pasar raya tadi diletak di
sekelilingnya. Setelah memastikan semua bahan ada, Emi mula memakai apron dan
sarung tangan. Kebersihan perlu dijaga.
“Ok Emi! Let’s
start the mission! Cayok!” Emi senyum sambil memberi kata semangat kepada
dirinya sendiri.
Kak Yati hanya
gelak kecil melihat telatah Emi yang gila-gila. Happy go lucky orang
putih kata! Dia segera menolong Emi membancuh tepung dan bahan-bahan lain
mengikut sukatan. Ada lebih kurang sepuluh jenis kuih.
“Emi! Banyaknya!
Sempat ke nanti?” Kak Yati pandang senarai kuih dalam nota kecil.
“Ala kak..kuih cek
mek saya dah pandai. Yang lain tu kita ikut jelah resipi dalam tu! Macam kuih
seri muka tu..kan akak dah expert!” Emi senyum lagi.
Kak Yati senyum.
Begitu bersemangat melihat Emi yang sentiasa riang.
“Semangat nampak?
Puasa ke tak ni?” Kak Yati mula bergurau.
“Eh! Saya puasa la
kak! Akak tu yang tak puasa! Nanti boleh lah akak rasa kuih ni nanti!” Emi
sengih.
Kak Yati turut
sengih. Terlupa yang dia masih dalam keadaan uzur.
MEREKA mula
menyediakan satu demi satu kuih yang dalam senarai tadi. Ada yang kena goreng,
ada yang kena kukus dan ada juga yang kena bakar. Rumah mereka yang sememangnya
lengkap dengan barang keperluan dapur seperti oven dan pengukus, membuatkan
kerja mereka lebih mudah.
“Kak..terima kasih
kerana beri pinjam barang akak ni..” Emi pandang Kak Yati yang begitu rajin
menolong Emi.
“Ala..akak kan
suka masak. Korang guna je..janji jangan jahanamkan barang tu sudah!” Kak Yati
senyum lagi. Dia juga tidak berkira dengan teman serumahnya dalam banyak hal
asalkan mereka tahu menghargai.
Hampir pukul tiga
petang mereka baru siap buat semua jenis kuih. Masuk waktu zuhur tadi, Emi
tinggalkan Kak Yati seorang diri sementara dia menunaikan solat zuhur. Semua
kuih diletakkan dalam bekas plastik besar mengikut jenis kuih.
“Emi nak jual kat
mana nanti?” Kak Yati betulkan urat bila terasa lama duduk bersila tadi.
“Kak Eton yang
jual nasi lemak tu bagi tumpang kat Emi. Emi bayar sewa tapak tu..kongsi dengan
kak Eton!” Emi mula mengemas dapur yang berselerak.
Kak Yati hanya
angguk. Dia turut menolong Emi mengemas bila melihat jam di dinding dapur sudah
hampir tiga setengah petang.
PETANG itu, Emi
bersama Kak Yati mula bergerak ke bazar ramadhan berdekatan dengan rumah mereka
dengan menaiki kereta kak Yati. Kak Yati pula menolong Emi mengangkat kuih-kuih
ke gerai Kak Eton. Dari jauh Kak Eton sudah senyum.
“Wah! Banyaknya
kuih ni Emi! Semua ni Emi buat sendiri ke?” Kak Eton terbeliak melihat pelbagai
jenis kuih yang dibawa.
Emi angguk dan
mula senyum sambil menjeling Kak Yati. “Saya dengan kak Yati ni yang buat.”
Kak Yati turut
serta menjual kuih bersama Emi di gerai Kak Eton. Mereka mula menyusun semua
kuih dengan kemas dan diletakkan nama pada setiap jenis kuih.
“Amboi! Peliknya
nama!” Kak Eton ketawa.
Kak Yati juga
turut ketawa melihat nama-nama yang diberi oleh Emi pada kuih-kuih yang mereka
buat tadi. Dia pandang Emi yang tersengih-sengih.
“Emi ni suka buat
lawak la!” Kak Yati masih menekan perutnya melihat nama-nama kuih Emi.
“Ala..kak..dengan
nama pelik macam ni nanti..Emi harap orang akan beli! Rasa pun sedap..kak Yati
dah rasa tadi kan?” Emi geletek Kak Yati di sebelah.
Emi mula melihat
pengunjung bazar di situ mula membanjiri gerai-gerai. Dia segera memakai apron
merah menyala dan mula senyum kepada pengunjung yang lalu di depan gerai Kak
Eton.
“Abang, kakak,
pakcik, makcik! Mari! Mari! Kuih bagus mari!” Emi sengih lagi.
Beberapa orang
pelanggan di situ mula membeli kuih Emi bila terbaca nama-nama pelik pada
setiap jenis kuih yang diletak di tepi kuih.
“Kuih! Kuih!” Emi
melaung dengan kuat tanpa rasa malu. Teringat masa kecil dulu, dia sering
membantu ibunya menjaja kuih di kampung sambil menjerit kuih!
Kak Yati senyum
gelihati melihat gelagat Emi yang tidak segan menjual kuih. Laungannya cukup
menarik pelanggan berkerumun di gerai Kak Eton. Nasi lemak Kak Eton turut
terjual sama.
***************
SHAFIQ berjalan
perlahan-lahan melalui gerai-gerai di sekitar bazar ramadhan. Hari ini dia
tidak bercadang memasak. Dia masih tercari-cari juadah apa yang ingin dibeli
untuk berbuka nanti. Teman serumahnya ada yang pulang ke kampung. Hanya dia
dengan Halim saja yang ada di hujung minggu begini.
“Lim! Kau nak beli
apa? Aku tak tahu nak makan apa!” Shafiq pandang Halim di sebelah.
“Alah..tinggal
kita dua je kan? Kita belilah nasi apa-apa dan kuih sikit. Untuk sahur nanti,
kita beli lauk je. Nasi kita masak sendiri!” Halim senyum. Dia pandang pula
sekitar gerai.
“Eh! Tu bukan
jiran kita ke?” Halim tuding ke arah satu gerai. Dia kenal dengan kak Yati.
“Mana?” Shafiq
panjangkan tengkuk melihat gerai yang ditunjuk Halim tadi.
“Tuuu!! Tu Kak
Yati kan?” Halim juga turut terjenguk-jenguk di sebalik orang ramai yang mula
memenuhi bazar di situ.
“Yalah! Bila masa
pulak kakak tu berniaga? Uih! Ramai la pelanggan dia! Jom-jom! Kita pergi
tengok!” Shafiq menarik tangan Halim menuju ke arah gerai tadi.
Di celah-celah
orang ramai, Shafiq dan Halim mula melangkah laju ke gerai Kak Yati. Pelanggan
mula ramai. Shafiq dan Halim terjenguk-jenguk melihat apa yang dijual di situ.
“Eh! Tu kan budak
perempuan yang bagi kita kuih cek mek inti budu hari tu kan?” Shafiq renung Emi
yang sibuk melayan pelanggan.
“Apa? Cek mek inti
budu? Bila kau makan?” Halim pula tercengang.
“Lupa..korang tak
ada kat rumah masa tu! Aku yang makan..hihihi!” Shafiq senyum sendiri.
Shafiq dan Halim
segera mendekati gerai setelah melihat pelanggan mula reda. Dia melihat Emi dan
Kak Yati tak menang tangan melayan pelanggan yang datang membeli kuih mereka.
“Eh! Shafiq!” kak
Yati mula senyum bila perasan jiran sebelah kirinya tercegat di situ.
Emi memandang
Shafiq dengan muka tak bersalah. Agaknya dia sudah rasa cek mek inti budu aku
tu..fikirnya sendiri.
“Nak beli kuih
ke?” Kak Yati bertanya lagi setelah melihat Emi diam. Tadi bukan main lagi Emi
menjerit memanggil pelanggan.
“Nak juga
rasa..mana tahu kali ni inti cuka pulak!” Shafiq jeling Emi di sebelah Kak
Yati. Wajah Emi sudah berubah.
“Wow! Pelik gila
nama kuih korang ni!” Halim membaca satu persatu nama kuih.
Kaki Gangster
Lompat Tikam
Minah Seksi
Puteri Mandi
Si Keji Tahi
Itik
Si cute Cek
Mek Molek
Wahai alim
Ketayap
Kaki pukul
Kuih Lompang
Dari Zoo Badak
Berendam
Si Tenteram
Kuih Makmur
Awet Muda Seri
Muka
Si Munafik
Talam Dua Muka
Malas mandi
Bau- Lu
“Hahaha! Nama tu
Emi yang bagi!” kak Yati pandang Emi di sebelah.
Emi pula mula
tunduk. Tidak sanggup melihat kuihnya nanti ditertawakan oleh Shafiq dan Halim.
Eii! Bila nak
blah ni! Emi jeling lagi.
“Kak! Saya nak
beli lah kuih ni. Nak rasa sedap ke tak!” Shafiq jeling Emi yang mula muncung.
“Nak kuih apa?
Boleh campur! Lima biji dua ringgit!” Kak Yati pula terpaksa melayan bila Emi
masam begitu.
“Hmm..bagi saya
kaki gangster, minah seksi, si munafik, awet muda dan si keji! Err..kak! Si
cute tu saya tak nak..takut ada inti budu!” Shafiq berkata sambil ketawa geli
hati.
“Saya pula
mestilah nak minah seksi tu! Bagi dua ringgit!” Halim turut ketawa.
Emi hanya jeling
Shafiq dan Halim yang masih ketawa. Jaga korang! Emi ketap bibir
menahan marah mendengar ketawa mengejek jiran sebelahnya.
“Nah! Ni Emi bagi free
satu sorang!” Kak Yati letak dua biji kuih bahulu.
“Hmm..kuih ni
namanya malas mandi..mesti Emi malas mandi kan kak? Sebab tu bau semacam je!”
Shafiq mengusik Emi sambil memerhati nama kuih. Duit dihulur.
Tiba-tiba
dirasakan satu senduk melayang ke arahnya. Shafiq cepat-cepat mengelak sambil
berlari bersama Halim. Mereka ketawa berdekah-dekah. Puas dapat mengenakan Emi
semula.