Kepulan asap yang dihembus-hembus kian menebal mengisi ruang kamar Pak Mail yang tersusun rapi. Berbekal usia yang separuh abad, keletahnya tidak langsung menampakkan keperibadian orang-orang yang seusia dengannya. Berbaju kemeja T berjenama Polo, berseluar pendek separas lutut dan berkaca mata hitam, personalitinya sering menggamit pandangan setiap mata yang melihat. Sebutkan sahaja nama Pak Mail, majoriti penduduk kampung Layaran Bakti pasti menjaja ikhlas ceritanya merata-rata kawasan. Pak Mail itu tahi judi, perokok tegar, tidak pernah kenal apa itu tanggung-jawab sebagai suami. Mak Limah tidak sanggup membuka pekung di dada, cukuplah dia yang “mendukung biawak hidup” sendirian berbanding membuka keaiban di khalayak ramai. Tapi benarlah kata orang kalau sudah namanya bangkai baunya tetap akan melenting kemudiannya.
“ Assalamualaikum
Kak Limah ?” Pak Usu memberi salam sewajarnya sebagai umat Islam.
Memberi salam itu sunat muakkad disisi Allah dan menjawabnya
lantaran wajib bagi setiap umat Islam. Pak Usu melihat
wajah Kak Limah yang muram durja bagai menerangkan kesulitan hidup
yang meruncing.
“Waalaikumussalam.
Oh, Usu Aidit rupanya !” sepasang tangan Mak :Limah lincah
membungkus setiap pesanan pelanggannya biarpun dia cuba beramah
dengan Pak Usu. Tanpa disuruh Pak Usu segera menyinsing lengan
membantu Mak Limah menyiapkan pesanan yang diminta. Sesudah matahari
berpasak sembilan puluh darjah, barulah Pak Usu dan Mak Limah berehat
dan melepaskan lelah di bangku usang yang dibawa bersama.
Aidit
menyeka peluh yang merintik didahinya. Dilihatnya wajah Mak
Limah yang tua berkedut seribu, tetap bekerja untuk melunaskan beban
hidup, sudah “duduk meraut renjau.tegak meninjau jarak”
mana tidak, abangnya sendiri menjadi “ duri dalam daging dalam
kehidupan Mak Limah. Sudahlah Rahim anak kepada Mak Limah akan
melanjutkan pelajaran ke United Kingdom pada tahun ini. Belanjanya
tentu sekali besar . Namun “rendah gunung tinggi harapan” untuk
melihat anak saudaranya berjaya dalam hidup. Sebagai bapa saudara
Aidit berasa sangat berbangga dengan pencapaian darah dagingnya.
Aidit tekad akan membantu Rahim seberapa daya yang mungkin. Dulu dia
hanya menduduki Sijil ‘HCE’ yang melayakkannya menjadi cikgu
sekolah rendah. Itupun sudah menjadi kebanggaan baginya. Kerana
ilmu yang dihirup selepas berhempas pulas mereneh kesusahannya
menampakkan hasil melalui sijil tersebut. Namun, zaman sekarang
dilihat mudah. apa gunanya sijil berelung-relung tapi pengisian
ilmunya kurang.
“ Kak
Limah, saya beransur dahululah Kak Limah ?” Aidit meminta diri
kerana masih banyak pekerjaan yang perlu dibereskan dirumah.
Aidit
membawa langkah pulang. Tanpa pengetahuan Mak Limah, Aidit telah
mengisi sejumlah tiga ribu ringgit didalam tin simpanan yang berisi
duit hasil jualan nasi lemak milik Mak Limah.
“ Subhanallah
! “ Mak Limah tergamam melihat sejumlah wang yang besar kini berada
didalam tin murah miliknya,
Aidit,
hanya Allah yang mampu membalas jasamu “dalam setandan pisang,
bukan semuanya busuk” Mak Limah bermonolog sendirian apabila
mengenangkan kebaikan Aidit yang berbeza dengan sikap suaminya Pak
Mail.
Mak
Limah menyimpan kemas wang simpanan buat perbelanjaan awal anaknya di
luar negeri kelak di dalam bekas kecil yang disembunyikan di dalam
tong berisi beras kerana disitulah tempat yang selamat baginya untuk
menyembunyikan wang pemberian Aidit itu. Rahim berasa kehairanan
melihat perbuatan ibunya yang satu itu.
“Ibu
buat apa tu? “ Rahim duduk menyerangguh bersebelahan ibunya.
Dilihat ibunya sedang menutup semula tong beras tersebut.
“Disinilah
ibu letak wang perbelanjaan kau semasa di rantauan” ibunya mengusap
lembut pipi anaknya yang seorang itu.
“Kita
bukan orang senang, lihat sahaja bapak kau Rahim kalaulah ibu tak
sorok wang ini sudah tentu habis disapunya” Mak Limah merenung
lantai kayu yang menjadi alas kakinya dirumah itu.
Bagai
manik putus pengarang, gugur sudah air mata di kelopak tua milik Mak
Limah. Rahim yang merasa sebak memeluk lembut ibunya dan terdetik
dalam hatinya untuk membawa ibunya keluar dari kehidupan yang sukar
itu.
“Rahim,
biarlah ibu ‘ mati berkapan cindai’ jangan fikirkan sangat susah
ibu” Mak Limah mendengus halus.
Kalau
itulah yang tercatat di loh mahfuz semenjak azali, Mak Limah reda
dengan qada’ dan qadar yang ditetapkan. Allah maha adil. Mak Limah
yakin yang Allah akan menerima doa-doa hambanya yang teraniaya. Baru
Mak Limah hendak bangun dari duduknya yang lama, Pak Mail datang dari
arah belakang dan menolaknya jatuh tersungkur ke tepi. Rahim terkejut
dengan perbuatan ayahnya. Rahim terus mendapatkan ibunya dan
dilihatnya tangan ibunya sudah berdarah terkena bucu singki. Pak Mail
memandang menyeringai kearah Rahim.
“Anak
dengan emak sama saja berkomplot” Pak Mail terus menendang tong
beras itu sekuat hatinya. Bertaburan beras dilantai dapur, Mak Limah
hanya mampu menangis melihat perilaku suaminya yang tidak waras.
Sedang Rahim luluh hati melihat ayahnya sendiri memperlakukan ibunya
sebegitu rupa. Pak Mail terus menunduk dan mengambil bekas yang
berisi wang itu. Mak Limah tiba-tiba bangun dan mendapatkan semula
wang tersebut kerana itu sahaja yang boleh menjadi bekalan bagi Rahim
di luar negara kelak. Pak Mail lebih pantas
berbanding Mak Limah. Leher Mak Limah dicekik sekuat hati dan
dibawanya Mak Limah ke sudut dinding. Mak Limah meronta-ronta untuk
melepaskan diri namun pegangan Pak Mail dirasakan bertambah kuat.
Rahim
bergegas keluar dari rumah dan mencapai basikalnya untuk mendapatkan
pak usunya. Jarak antara rumahnya dan rumah pak usu Aidit cuma
sepelaung jaraknya. Aidit yang sedang berkebun di halaman rumah terus
mengalihkan pandangannya kearah Rahim yang laju kayuhannya. Aidit
meletakkan cangkul dan segera menemui Rahim. Rahim tidak sempat
menceritakan apa-apa dan terus menyuruh Aidit mengekorinya. Aidit
berlari-lari anak mengekori kayuhan
Rahim. Aidit dapat merasakan ada sesuatu yang tidak baik sedang
berlaku namun dia perlu kekal tenang.
Setibanya
di pintu rumah, mata Aidit tertancap teguh pada kelibat Pak Mail yang
mencekik keras leher Mak Limah. Aidit segera melepaskan pegangan
tangan Pak Mail lalu menumbuk keras muka Pak Mail.
“Apa
yang abang buat ni ? laku seperti bangsat sepera ! “ nafas Aidit
berombak-ombak menahan amarah akibat perilaku abangnya sendiri.
Selama ini dia hanya mendengar perkhabaran buruk mengenai abangnya,
hari ini mata dan tangannya menjadi saksi dan hakim perilaku buruk
abangnya sendiri.
“Engkau
tak payah campuri urusan rumah tangga aku Aidit!” Pak Mail yang
tersembam meludah sedikit apabila melihat darah pekat mengalir dari
bibirnya yang pecah akibat tumbukan Aidit sebentar tadi. Tangannya
mengepal keras dan segera bangun bagi melepaskan buah pukul. Pak Mail
terus menolak Aidit sehingga jatuh dan menumbuk Aidit berulang kali
di atas lantai kayu. Aidit sekadar mampu bertahan dengan kedua-dua
belah tangannya. Pak Mail kemudiannya bangun dan mencapai sebilah
pisau yang terletak di tepi singki dapur.
“Puas
engkau campuri hidup aku Aidit ?” Pak Mail tertawa puas melihat
Aidit yang mengerang kesakitan sambil memegang rusuknya. Aidit tidak
mampu bergerak banyak. Kecederaan yang dialami bagai menusuk-nusuk
terus ke batang tubuhnya.
Pak
Mail menyeringai memandang Aidit sambil menghunuskan pisau ke arah
Aidit. Aidit sempat mengepit kaki Pak Mail lalu menjatuhkan Pak Mail
ke lantai dapur. Aidit terpaksa memerah sepenuh keringat memegang
tangan Pak Mail agar mata pisau tidak tertikam batang tubuhnya. Aidit
menendang perut Pak Mail dengan kepala lututnya berulang kali. Pak
Mail kian lemah dan ini memberi peluang kepada Aidit merampas
pisau dari tangan Pak Mail dan mencampakkannya jauh ke sudut rumah.
Aidit
sekadar mampu melihat pergelutan antara Pak Usunya dengan ayahnya.
Tidak terdaya baginya membantu kerana manakan sanggup seorang anak
mencederakan bapanya sendiri. Rahim memangku ibunya yang sudah
tidak sedarkan diri. Badannya kelihatan terhenjut-henjut menahan
tangisan apabila melihat keadaan ibunya yang sudah lemah. Aidit
perlahan-lahan melepaskan pegangannya ke atas Pak Mail apabila
dilihatnya Pak Mail sudah kelihatan tenang. Aidit berdiri
dengan tidak stabil kerana keletihan sesudah bergelut sebentar tadi.
Aidit terus mendapatkan Mak Limah dan memberikan roman wajah semanis
mungkin apabila dilihatnya Mak Limah sudah mula sedar.
“Sudah
selesai kak, mari kita laporkan perkara ini ke balai polis” AIdit
segera bangun dan membantu Rahim memapah bahu Mak Limah. Baru mereka
hendak bergerak meninggalkan rumah, Pak Mail pantas bangun dan cuba
menikam liar ke arah mereka. Rahim yang menyedarinya menolak ibunya
ketepi dan tikaman liar Pak Mail akhirnya tepat mengenai perut Rahim.
Darah merah mengalir deras mencurah-curah membahasahi baju putih yang
dipakai Rahim. Menggigil-gigil Rahim menahan kesakitan. Matanya
terbeliak dan kakinya seakan-akan kebas dibuatnya. Dua kakinya tidak
mampu lagi menahan beban badannya. Terjatuh Rahim secara tiba-tiba.
Pak Mail juga turut menggigil-gigil dibuatnya. Dilemparkan pisaunya
ke tepi. Kepalanya terasa perit yang mencucuk-cucuk. Mak Limah dan
Pak Usu Aidit menjadi walang melihat keadaan Rahim yang sungguh
menyedihkan. Terus mereka mendapatkan Rahim dan dibaringkan kepalanya
beralas peha Mak Limah. Beberapa orang penduduk kampung mulai
memenuhi perkarangan rumah tua milik Mak Limah. Mungkin kehairanan
melihat jeritan dan esak tangis yang berpanjangan. Namun tidak ada
seorang pun yang berani naik.
“Ibu,
duit itu ibu pakailah ibu” Rahim menatap redup wajah ibunya.
Nafasnya seakan-akan berat. Rahim terbatuk-batuk kecil menahan
kesakitan.
“Rahim
jangan cakap macam itu nak, ibu akan pastikan Rahim selamat”
tangisan Mak Limah tak henti-henti mengalir melintasi pipi tuanya.
Rahim menggigil-gigil mengangkat tangannya dan menyapu air mata
ibunya.
“Ibu
janganlah menangis, Rahim akan selamat di alam lain nanti” Rahim
cuba tersenyum biarpun kelihatannya payah. Aidit sekadar mampu
merenung lantai dengan tangisan yang bercucuran jatuh.
“Pak
Usu, tolong jagakan ibu bila Rahim sudah tiada” Rahim memegang
lengan Aidit dengan penuh mengharap. Warna merah pekat melekat
ditangan Aidit. Aidit cuma mampu mengangguk.
Rahim
merenung syiling rumahnya dengan tangisan yang memilukan. Tinggallah
ibunya yang menjadi api bara dalam jiwanya. Kalimah “kun fa ya kun”
tuhan lebih bermakna, api bara menjadi sumbu kaku. Maka tinggallah
ibu tinggallah sayang. Bagai hendak putus benang tenunan hayatnya,
nafas Rahim menjadi semakin berat bagai dihimpit dikiri kanan
kerongkongnya.
Aidit
mengucap kata syahadah dicuping telinga Rahim perlahan-lahan.
Diulangnya beberapa kali sehinggalah dalam nafas penghabisan Rahim
berjaya mengucap kata tiada tuhan yang disembah melainkan Allah.
Akhirnya pulanglah Rahim Bin Ismail menemui Allah azzawajalla.
Daripada-Nya kita datang, kepada-Nya jualah kita kembali.
Penduduk
kampung mulai memenuhi ruang tamu milik Mak Limah. Suasana pilu
memenuhi ruang rumah.Pak Mail telah dibawa ke balai polis bagi
siasatan lanjut.
Pak
Mail telah dibicarakan mengikut seksyen 302 kanun keseksaan dan
didapati bersalah membunuh dengan bersebab. Hakim Datuk Omar Bakti
telah menjatuhkan hukuman mati mandatori dan Pak Mail telah mendapat
balasan yang sewajarnya melalui hukuman tersebut. Allah itu maha adil
dan akan memberi pengajaran buat hamba-hamba-Nya yang lalai.
Aidit
yang duduk bersila dilantai menceritakan kisah perjalanan hidup Mak
Limah kepada anak-anaknya seraya membacakan firman Allah seperti mana
yang terkandung dalam Al-Quran “ Katakanlah
(Muhammad), ‘ Yang buruk dengan yang baik tidak sama. Meskipun
berlimpah-limpah yang buruk menarik hati kamu.’ Maka takutilah
Allah, wahai orang-orang yang mempunyai minda agar kamu beruntung.
(5:100)”.