Di
anjung sebuah rumah di sebuah kampung nan permai pada suatu petang
itu makcik Joanna menyeksa aku dengan soalan begini: “kau
tak ada kereta, tak ada ijazah macam mana kau nak kawin dengan anak
aku?”.
Demi
kata-kata yang terpacul keluar dari mulut makcik Joanna, meluat
sungguh aku tengok makcik Joanna yang gemuk dan sendat dalam baju
kebayanya yang cuttingramping
itu.
Lama
lebih kurang 10 saat aku terdiam kemudian aku pandang tepat ke mata
makcik Joanna yang seram tu seraya aku membalas: “saya
yakin Angelina tu nak kawin dengan saya atas dasar cinta, bukan sebab
harta!”.
Lepas
tu aku langsung tak beri peluang pun makcik Joanna jawab sebab aku
dah malas nak bertekak dengan orang tua yang dah menopause. Maka dari
anjung rumah makcik Joanna tu aku cepat-cepat melompat atas
motorsikal yang diparkir di bawah seraya meluncur laju seumpama
motorsikal aku diperbuat daripada kilat.
Rasa-rasanya
jawapan aku tadi boleh buat makcik Joanna fikir balik tentang
manifestasi prinsip luhur cinta:-
(a)
Bahawa cinta itu mengatasi segala-galanya.
(b)
Bahawa cinta itu tak boleh dihalang oleh sempadan dan jarak tempat
atau waktu.
(c)
Bahawa cinta itu tak boleh dibendung tak kira samada taraf orang tu
miskin atau kaya, tak kira kau bangsa apa atau samada kau cacat atau
normal.
(d)
Bahawa cinta itu mulia dan suci sesuci-sucinya.
(e)
Bahawa cinta itu berharga melebihi nilai emas segunung.
Tengah
aku bermonolog falsafah cinta itu tiba-tiba motorsikalku terangkat
naik ke udara. Aku rasa keajaiban berlaku kepadaku kerana berkat
kesucian cinta dalam sanubariku. Aku rasa seperti aku dirahmati
tuhan.
Semakin
lama semakin tinggi aku dan motorsikalku melayang. Angin bertiup
sepoi-sepoi membawa aku ke langit biru nan cerah sehingga aku
mendarat di atas kepulan awan putih.
Dari
situ aku dapat melihat matahari mempunyai wajah. Dia tersenyum
kepadaku. Aku pun membalas senyumannya sambil melambai mesra
kepadanya.
Aku
segera turun dari motorsikal kemudian berbaring di atas empukan
kepulan awan putih. Dada ku meresap rasa aman sehingga aku pun dapat
melupakan percakaran aku dengan makcik Joanna sebentar tadi, sehingga
aku pun terlena diulit mimpi-mimpi indah.
Bila
aku terjaga dari lena dalam pandangan samar-samar aku terlihat empat
entiti muncul di hadapanku. Kesemua mereka memakai serba putih. Pada
hemat aku mereka ini adalah malaikat cinta atau pun bidadari yang
tinggal di langit kayangan.
Sedikit
demi sedikit pandanganku semakin jelas sehingga aku nampak salah
seorang malaikat cinta atau bidadari kayangan itu mempunyai wajah
seperti Angelina si kekasihku.
Bidadari
Angelina menumpahkan air mata manik ke pipinya. Kemudian bidadari
Angelina memegang tanganku. Aku rasa senang sekali dengan elusan
tangan bidadari Angelina. Kemudian dengan suara lembut lunak lemak
berkrim bidadari Angelina bertanya kepadaku: “Are
you ok fendi?”.
Bagaikan
ada kuasa mistik dari suara itu dengan segera segenap tubuhku
menjalar rasa sakit dan perit. Dengan tidak semena-mena aku dapati
aku sedang berbaring di atas katil. Tubuhku separuh berbalut seakan
mumia separuh siap. Luka bertompok-tompok di tubuhku.
Aku
nampak makcik Joanna gemuk pun ada. Si Brat Pitt dan Tom
Cruise housemate aku
pun ada dekat katil aku. Mata-mata mereka memandang aku dengan
simpati. Ya, kesemua mereka datang memakai baju putih -- secara
kebetulannya.
Kemudian
aku teringat semula lepas aku keluar dari rumah makcik Joanna aku
terus merempit motorsikalku menghala ke simpang jalan besar tak jauh
dari situ. Waktu otak aku berkecamuk sambil bermonolog tentang
falsafah cinta itulah aku hilang fokus sampai aku kena langgar dengan
kereta laju, sampai aku dengan motorsikalku sama-sama melayang ke
udara. Lepas tu aku tak ingat apa-apa dah.
Sejak
itu falsafah cinta menjadi falsampah cinta bagi ku.