Pagi itu seperti biasa, salam cium
tangan ibuku meminta restu moga diberkati permulaan hari. Ayah aku
lihat sedang nyenyak tidur, tidak mahu aku menganggu lena nya. Jadi
ku tatap sebentar wajah nya.
“Ayah
penah tengok tak rokok elektronik tue?” aku bertanya
“Elok
ke benda tue?” Ayah curiga
“Hahaha!
Nanti along beli tuk ayah ok. Benda tu elok, don’t worry” aku
tersenyum.
Teringat perbualan aku dan ayah
pada minggu lepas, jadi terus aku sms ke Wan si penjual rokok
elektronik bagi menempah. Harap ayah seronok dengan pemberian aku
nanti.
Dalam memanaskan enjin kereta,
hati aku sangat lah berat ingin ke tempat kerja. Tiba tiba henpon aku
berbunyi, rupanya Izzi menghantar pesanan
“Papan
bro!!”
Terus aku memacu ke kedai mee
papan di pekan Batu Gajah. Dalam masa yang sama hati aku agak berat
untuk kerja hari ini, entah mengapa. Tibanya aku di kedai, Izzi,
Mirul, Jet dan Hairil sudah sedia menanti. Terus duduk dan berbual
sambil menikmati keenakan mee papan yang di goreng Abg Ramli. Terlupa
sebentar rasa tidak enak di dalam hati.
Kira pukul 12 tengahari aku dan
rakan rakan bersurai. Melihat paras minyak agak kurang, terus aku ke
stesen minyak yang menghala ke pusing. Senang untuk aku terus ke
tempat kerja nanti. Setelah selesai, aku meneruskan perjalanan tetapi
kali ini aku agak perlahan membawa kereta. Kepala dan hati agak berat
untuk kesana cuma tangungjawab sebagai pekerja aku kena laksanankan
juga.
Hp berbunyi, tertera nama adik
ipar aku Bad.
“Along!
Ayah accident! Teruk kat Botani”
Tiba tiba otak dan badan aku jadi
kaku. Kereta hampir hilang kawalan. Tanpa berfikir aku terus berpatah
balik dan menuju ke Botani. Otak mula berfikir perbagai kemungkinan.
Mulut pula berdoa moga ayah tidak apa apa. Hati berdebar, sangat
berdebar. Mata mula mengeluarkan air. Orang pertama aku call adalah
Izzi.
“Bro!
Tolong Bro! Ayah aku accident kat Botani”
Dalam hati aku terus berdoa dan
berdoa moga ayah selamat. Di simpang Meranti Lapan kereta mula sesak.
Aku terkandas dan cuba mecelah di antara kereta kereta. Dari jauh aku
dapat melihat kereta ayah berada di sisi, Bomba dan JPA sudah ada di
tempat kejadian.
“Angah!”
Aku menjerit
Dalam pemikiran aku adik kedua aku
terbabit sekali dalam kemalangan kerana dia sudah terduduk disisi
kereta. Berlari aku ke arah kereta ayah, aku lihat Bomba dan JPA
sedang mengeluarkan ayah dari kereta. Berdarah, aku mula menangis,
aku mula geram, aku mula rasa takut. Pada masa itu pelbagai perasaan
di hati mula timbul. Terus Izzi memeluk aku untuk menenangkan aku.
Aku melihat ayah tidak bernafas,
aku melihat ayah berdarah telinga, aku melihat ayah terpejam matanya.
Aku jadi kaku, otak tidak berfungsi sebentar.
“Ayah!
Bangun ayah” berkata aku dalam hati.
Akan tetapi hati aku kuat
mengatakan ayah sudah pergi menemui Ilahi. Aku cuba kuatkan hati
kerana aku melihat mak dan adik sudah lemah menangis. Pihak JPA terus
mengangkat ayah ke dalam ambulance dan membawa ke hospital.
Terasa lemah lutut untuk
melangkah, aku gagah kan juga. Alhamdulillah, Izzi, Mirul dan Hairil
ada membantu. Izzi terus membawa kereta aku ke balai Simpang Pulai
untuk diletakkan di situ. Sambil aku menumpang kereta Hairil. Dalam
perjalanan ke hospital, aku sempat menelepon beberapa saudara dekat
untuk memberitahu ayah kemalangan.
Di hospital, mak, angah dan Bad
sudah berada di wad kecemasan. Dalam menunggu doktor usaha
menyelamatkan ayah.
“I’m
sorry” Doktor memberitahu.
Aku terus memeluk mak, aku terus
menahan air mata.
“When
your dad came in here, he already no pulse. Kita sudah cuba everthing
but yet God love him more. I’m sorry, his gone”
Mak hampir pitam, nasib baik aku
memeluk mak. Terus aku papah mak keluar ke wad kecemasan. Tiba tiba
terasa sesuatu dalam hati dan pemikiran aku. Otak mula ligat
berfikir. Aku terus mengarahkan adik ipar aku membawa mak dan adik
balik ke rumah. Bersiap dan memberitahu orang kampung.
Alhamdulillah, ada rakan ayah juga
membantu menunggu di wad kecemasan, dia banyak memberi panduan dan
nasihat untuk menguruskan jenazah ayah. Juga syukur Izzi, Mirul dan
Hairil tidak berganjak membantu aku.
Aku sebenarnya takut untuk menatap
jenazah. Waktu opah aku meninggal dunia dulu, aku cukup takut untuk
menatap lama lama. Akan tetapi jenazah ayah tidak sedikit pun aku
takut.
Terbujur kaku ayah di depan mata
aku di atas katil di bilik mayat. Kesan darah pada hidung dan telinga
masih ada. Baju dan seluar ayah pun habis berdarah. Doktor waktu itu
terus menerangkan aku sebab ayah tidak dapat diselamatkan. Ayah
mengalami pendarahan pada otak yang sangat serius. Tulang rusuk ayah
juga hancur akibat hentakan dari kemalangan. Organ dalaman ayah juga
cedera. Kecederaan ayah memang serius. Akibat itu ayah banyak
kehilangan darah.
Sayu hati bila aku memandikan
jenazah ayah. Ingin aku menitis air mata tetapi aku ditenangkan oleh
kakitangan hospital. Dari mandi aku terus membantu mengkafankan ayah.
Muka ayah seperti sedang tidur. Tidur yang tidak akan bangun bangun
lagi.
Maaf, along tidak sempat membalas
jasa ayah semalam ini.
Doa moga ayah tenang bersama orang
orang beriman dan ditempatkan di syurga. Aaaminn!. Aku cuba tabahkan
hati demi mak dan adik adik. Alhamdulillah, aku mempunyai sahabat
yang sentiasa di sisi membantu.