rss

“Awak pasti dengan keputusan ini?” Nabil Iqram bertanya. Shafi’ Najwan hanya mengangguk lesu. “Tolong ye . . . Jangan sampai dia dapat tahu tentang hal ini.” Lengan Nabil dicapai lalu diserahkan sesuatu. Cincin. Sayu pandangan Najwan memandang cincinnya yang kini bertukar tangan dengan Nabil. Namun, apakan daya, hanya jalan ini saja dia rasakan yang terbaik.


Adam Dzikri tergamam. Otak enggan menerima input yang diterima dari mata. Teman-teman baik Dzikri iaitu Khairul Syafiq, Danial Lee dan Syakir Adham yang menemani Dzikri turut tergamam. Mereka berempat tertanya-tanya mengapa Najwan, bersama teman baik mereka, Nabil, di kawasan sebegini.


Najwan segera beredar selepas selasai urusannya.


Dzikri membelek-belek cincinnya. Segera dia mendapatkan Nabil selepas Najwa beredar. Teman-temannya turut mengekori langkah Dzikri. Mereka khuatir pergaduhan akan tercetus.


Dzikri mencekak kolar leher Nabil. “Apa hubungan kau dengan Shafi’?” Nabil tersenyum sinis. “Bukan masalah kau. But, what I can say here is . . . the best man wins.” Mata Dzikri mencerlung garang, nafasnya turut bergelora. Tangan digenggam erat. Menunggu waktu sahaja.


DUSH! Satu tumbukan padu dilepaskan, tepat mengenai sasaran. Nabil mengaduh. Darah mula mengalir ditepi bibir. Dibalasnya dua kali ganda lebih kuat. Pergaduhan mula berlaku antara mereka berdua.


“Nabil, stop it! You’re the one at fault! Stop hitting him.” Syakir dan Danial menahan tubuh Nabil yang lebih sasa itu daripada berterusan menumbuk Dzikri. Syafiq pula menahan tubuh Dzikri.


Dzikri tak mampu lagi menahan perasaannya. Empangannya sudah pecah. Airmata berjuraian. “Bil, kau tahukan betapa aku menyintai Shafi’. Tegar sungguh kau melukakan hati aku.” Dzikri berkata dalam sendunya.

 

Perlahan-lahan dia mengatur langkah, pergi meninggalkan rakannya itu.


Beberapa bulan kemudian berlalu . . .



Kisah Adam Dzikri


Rambutnya  yang semakin panjang dibiarkan. Jambangnya mula meliar. Tubuh kian merangka. Perubahan jejaka ini terlalu ketara di mata Syafiq, Syakir dan Danial. Ini bukan Adam Dzikri yang mereka kenali 23 tahun yang lepas.


Diheretnya jejaka ini menjejak kaki ke Mid Valley. Dzikri berasakan terlalu asing dunia luar buat dia sekarang. Syakir berharap, semoga Dzikri tabah untuk menghadapi dugaan ini. Mereka berempat berlegar-legar tanpa tujuan di dalam bangunan kompleks itu.


Langkah Dzikri yang sedari tadi lesu terhenti. Matanya menangkap susuk tubuh sepasang kekasih yang kelihatan mesra berdamping. “Shafi’ . . .” perlahan suara Dzikri memanggil.


Najwan yang galak berketawa itu terus terdiam apabila dia terpandang ke luar. Nabil terperasan dengan kelakuan kekasihnya itu. Mata diarahkan ke luar melihat apa yang membuatkan Najwan tiba-tiba saja berdiam diri. Nabil tersenyum. Bahu Najwan dipeluk. Merapatkan kedudukan diri mereka. Nabil tersenyum menang kepada Dzkiri.


Manik-manik jernih turun mengalir ke pipi. Pedih hatinya melihat gelagat Najwan dan Nabil. Dia terus beredar pulang tanpa memberitahu rakan-rakannya yang lain.



Keesokan hari . . .


Dzikri memasang video tape yang dirakam bersama Najwan ketika mereka bersama. Berulang-kali ditontonnya. “Am, I L.O.V.E You. Mmmuuahh” Najwan memberikan flying kiss kepadanya.  Betapa rindunya dia dengan Najwan. Airmata jantannya kembali mengalir.


Diimbas kembali kejadian hitam beberapa bulan lepas itu. Perasaan marah dan kecewa menguasai diri. Dzikri bangun. Dicapainya apa sahaja barang yang ada dihadapannya lalu dibaling ke televisyen. Pecah. Musnah barang-barang rumahnya dikerjakan oleh Dzikri.


Dzikri berdiri berhadapan cermin. Dia benci melihat dirinya yang dibayangi cinta Najwan. PRANG! Bunyi cermin pecah. Darah Dzikri mengalir di cermin itu. Sakit di tangan tidak dihiraukannya kerana sakit di hati lebih parah. “Shafi’ . . . I love you, I miss you. Please come back to me.” Sendu Dzikri.


Fiq, I can’t see him suffering like this. I am drowning in his pain.” Syakir mengeluh. Hatinya turut merasai kesakitan yang dirasai Dzikri. “Me neither. I hope when Najwan left him, his heart will be relieved. Those tears will all dry up, as day by day passes.” Sayu pandangan mereka berdua melihat keadaan Dzikri.


“Shafi’ . . . I love you . . love you . . .” Esak tangis Dzikri memenuhu segenap ruang itu dengan bisikan cintanya. Syahdu didengari oleh Syafiq dan Syakir.



Kisah Shafi’ Najwan . . .


“Shafi’, I know you will get this voice mail. I tried so hard to reach you. But you off your phone. Shafi’, if you don’t love me anymore, just tell me. I’ll try to endure it even if it’s hurt. Tapi kenapa awak bagi cincin yang saya hadiahkan kepada awak dekat Nabil? You know how much I’ve work hard to afford it for you . . and us. Thank you for being my heartbreaker, number one. Bye”


Kedengaran esakan kecil di akhir perbualan itu. Bahu Najwan menggeletar menahan sendu yang mula menguasai diri. Dia merindui suara itu. Suara Dzikri bergema di telinganya, membisikkan kata-kata cinta.


“Shafi’ . . .” Betapa rindunya Najwan ingin mendengar Dzikri memanggilnya menggunakan nama itu. Namun, apakan daya, dia yang memulakan permainan ini. Rambutnya yang kusut diluruskan menggunakan jari-jemarinya. Rambut-rambut mula berguguran apabila dia berbuat sedemikian.


“Maafkan saya, Cik Najwan. Keadaan penyakit leukimia cik semakin teruk. Ia merebak terlalu cepat. Saya tidak dapat berbuat apa-apa lagi.”


Penyataan yang diucapkan oleh doktor keluarganya telah meragut kebahagiaannya sekelip mata. Najwan meraung, kenapa, kenapa Tuhan bersikap tidak adil kepada dia. ‘Mengapa Dia beri aku dugaan seberat ini.


Knock! Knock! Knock! Lamunan Najwan terganggu. “Posto delivery for . . Cik Shafi’ Najwan. Please sign it here. Thank you.” Najwan tertanya-tanya gerangan siapakah yang menghantar surat kepadanya.



Dear Shafi’,


Finally I realized that I am nothing without you girl. I am sorry, for give me for letting you go. A late night and rain falling down, I bring you back from my memories. I promised myself that I would be fine without you, but I can’t help it. A day without you is too long. I pray that I may please forget you(that’s a lie). Without you, happiness cannot be found in me. I can’t even shed any tears. I don’t wanna leave anymore.


I am going crazy in thoughts of you. I want to see you but I am being told that I can’t. But now, a loner is left in the midst of sadness. In my pocket is the breakup letter that’s all wrinkled and folded up. I just hope this is all dream.


Sayang, did Nabil make you cry? I hope it’s a NO. I am worried, I feel anxiety because I can’t even approach you nor try to talk to you.. I spend all nights long by myself, erasing my thoughts a thousand times.


Sayang, if we pass by each other on the street, please act like you didn’t see me and go to the way you were walking to. If you keep thinking about out past memories, I might go look for you secretly.


Girl, I have no regrets from loving you(take only good memories). Always be happy with him so I won’t get a different mind. Eve smallest regret won’t be left out ever. Please live well as if I should be jealous.. I can bear it in some way eventhough I become dull day by day.


Lots of L.O.V.E
Adam Dzkri



Kesan titis-titis airmata dapat dikesan Najwan. Hatinya sedih mengenangkan Dzikri. Surat itu perlahan-lahan dibawa rapat ke bibir. Airmatanya turut mengalir membaca warkah itu. Terketar-ketar tangannya ketika membacanya.


“Maafkan Shafi’, Am . . . Maaf . .” Mata Najwan memandang ke arah lantai. Kelihatan rambut lebatnya yang gugur. Dia menjerit sekuat hati ‘ARGHHHHH!’



Realitinya . . .


Najwan kini di tahan di wad kerana keadaannya yang semakin parah. Permintaan terakhirnya, dia mahu menjalani rawatannya walaupun peluangnya tipis. Langit dipandang. Hatinya mengharapkan sang kekasih datang ketika saat akhirnya.


“Aku tak sangka, rupa-rupanya sebab ini Najwan memutuskan perhubungan dia dengan Dzik.” Keluh Syafiq. “Sebab dia tak mahu lukakan hati Dzik, dia sanggup mengorbankan cinta dia, walaupun dia juga turut merana.” Sambung Syakir. Nabil hanya duduk berdiam diri di sofa bersebelahan katil pesakit.


Akhirnya Nabil telah berterus-terang. Kerana ego Najwan, dia tidak dapat menjelaskan apa-apa kepada rakan-rakannya, termasuk Dzikri. Perasaan bersalah mula menyelubungi dirinya.


“Hari ini, harinya?” Suara Syakir memecahkan suasana sunyi itu. Nabil hanya mengangguk lemah. Najwan yang leka memandang langit dikerlingnya. Dilihat tenang sahaja gadis itu.


Danial yang berdiri di sisi pintu bilik Najwa memandang dengan pandangan yang penuh simpati. ‘Najwan, maafkan aku kerana tak dapat berbuat apa-apa saat kau seperti ini. Hati kau sungguh mulia. Namun, kerana itu, kau dan Dzik, sama-sama merana.” Getus hati Danial. Airmata jantannya mengalir.


Danial turun menaiki lif. Handphone diseluk dari poket. Tangannya ligat mencari number Dzikri. Dzikri harus ada di sisi Najwan, sebelum terlambat.


Kring! Kring! Kring! Telefon Dzikri bordering. Nama Danial tertera. “Hello,” lesu suara Dzikri mejawab. “Dzik, kau haru cepat. Pembedahan Najwan hari ini!” Danial berkata. “ Apa maksud kau, Dani?” Suara Dzikri kedengaran cemas.


“Najwan menghidap penyakit leukemia. Tahap kritikal. Hari ini hari rawatannya.”


BAM! Jantung Dzikri terhenti seketika. Dia tidak dapat menerima kenyataan yang dikeluarkan itu. Handphonenya dimatikan. Dia segera berlari menuju ke dentinasinya, hospital!


Najwan telah bersiap sedia. Waktunya telah tiba. Katil yang dibaringinya dibawa ke wad pembedahan. Dia berasa tenang. Syafiq, Nabil, Syakir dan Danial datang menemaninya. Mereka menunggu di luar wad.



Di dalam wad pembedahan . . .


“Najwan, kira dalam kiraan 10 ke belakang. Awak tak akan berasa sakit apa-apa.” Doktornya berkata. Najwan hanya mengangguk.


‘Am, maafkan Shafi’. Shafi’ akan sentiasa menyintai Am sehingga Shafi’ menghembuskan nafas terakhir. Semoga berbahagia Am selepas Shafi’ pergi.’


Airmata mula mengalir keluar dari kelopak mata Najwan. Perlahan-lahan matanya terkatup. Mesin nadi yang disambungkan kepadanya menunjukkan kadar denyutan nadinya semakin rendah.



Di luar wad . . .


Dzikri termengah-mengah memanjat tangga. Akhirnya dia tiba. Kawan-kawannya dilihat sedang menunggu Najwan di luar. Nabil yang perasan dahulu ketibaan Dzikri segera menyambutnya.


Dzikri perasan Nabil datang menyambutnya tetapi dia terus sahaja berjalan. Nabil dengan pantas menarik tangan Dzikri.


Nabil menyeluk poketnya. Diserahkan cincin yang diberi Najwan sebagai amanah kepadanya untuk dijaga kepada Dzikri. “I am sorry, I lied. Najwan loves you a lot.”


Hati Dzikri meraung selepas mendengar ucapan daripada Nabil itu. ‘Shafi’!!!!! Mengapa Shafi’ seksa Am begini? Mengapa?!!!!”


Dzikri terus meluru kea rah pintu wad itu. Diketuknya agar dibuka, ingin dijumpanya Najwan. Nabil segera menahan Dzikri. Cuba menenangkannya. Dzikri menangis dalam dakapan Nabil. Rakan-rakan yang lain turut sama memeluknya.


BUKK . . .


Bunyi pintu dibuka. Kelima-lima mereka memandang ke arah yang sama. Sekujur tubuh ditutupi selimut putih. Dzikri segera mengambil tempat di sisi Najwan. Dia berlutut. Tangannya yang terketar-ketar membuka perlahan selimut putih itu. Airmatanya semakin lebat. Dikucup lembut mata dan dahi Najwan.


“Sayang . . Shafi’ . . Jangan tinggalkan Am. You promise me to be my bride. Please . . Please don’t leave me. You’re my heart. Don’t prank me in this situation. Let me hear your voice. I miss you, baby, miss you . . . Don’t say goodbye, I beg you please. Day by day I kept thinking of you. I love you . .”


Segenap ruang itu dipenuhi tangisan Dzikri. Danial, Nabil, Syakir dan Syafiq turut sama merasai kesedihan itu. Sungguh mereka berasa pedih melihat teman baiknya melalui keperitan itu berseorang. Ingin mereka jadi kekuatan Dzikri selepas pemergian Najwan. Itu janji mereka. 

0 comments:

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini