Mulanya
Duduk termenung kat tepi dinding petang-petang hari ni dah jadi macam hobi. Lewat kebelakangan ni,makin dahsyat pula.Lagi-lagi bila mengenangkan mak, asyik nak kena nkan aku dengan anak makcik Besahlah, Datin Nonilah, sampaikan dua pupu belah arwah Abahlah, si Ati tu pun dia nak kenen-kenen juga. Aaaa..stressnya!!! Mak tak kesiankan Hairie ke Mak? Aku tolak badan yang elok terperusuk dalam kerusi pejabat dengan kerusi-kerusi sekali ke dinding. Bila pandang ke luar, tak banyak yang boleh dilihat kecuali lampu-lampu bangunan yang dah mula terpasang sebab Maghrib dah malu-malu tersenyum.
Aku menguap kecil. Melarikan anak mata ke dalam pejabat. Mata kemudian melekat pada lukisan kanak-kanak cina comel berchiong sam, lukisan yang aku beli beberapa tahun lepas sewaktu menghadiri sebuah seminar di Beijing. Ada dua lampu sorot di kiri dan kanan lukisan. Cantik. Esklusif.Macam tak percaya ni pejabat aku. Aku, Hairie Norman, 31 tahun, kacak, ahli perniagaan berjaya dan masih…single. Aaaa..perkataan single tulah yang buat kepala otak aku tersangatlah serabut waktu-waktu macam ni. Mak dah banyak kali berleter. ‘Bawak-bawaklah cari bini Man oii..duit banyak tak ada maknanya.’ Lepas tu ditokok tambahnya dengan mak ni dah tua, teringin nak timang cucu. Bila aku menjawab anak Kak Ngah kan ada, dijawabnyalah pula dengan ‘Aku nak timang anak kamu!’ dan seperti biasa..aku akan tersengih,rasanya lagi busuk dari kerang busuk.
Dialog adegan drama tu macam slot kegemaran yang sentiasa diulang-ulang. Baik Mak, Kak Ngah, Bang Long..sama je. Bukannya aku tak nak kahwin tapi masalahnya tak jumpa yang berkenan dihati. Yang Kak Long bawa semuanya kalah ustazah, macam tak berapa sesuai pulak dengan perangai setan semulajadi aku ni. Bukannya tak ada yang lawa-lawa approach tapi eh,tolong sikit..tak berkenan aku jenis yang advance. Biarlah kata aku ni konservatif,ah tak kira. Memang aku tak berkenan perempuan yang mula dulu. Gedik! Merenyam! Tak ayu langsung.Reject!
Member Kamceng
Rasanya ini kali ke sepuluh aku menyengih. Kad jemputan warna terracotta berbentuk hati ku tatap berkali-kali. Macam tak percaya… Aliya nak kahwin!Gambar member baik yang memang tomboy habis waktu zaman universiti dulu-dulu aku telek. Aliya tersenyum simpul memegang sejambak ros putih dengan gaun pengantin seksi mendedahkan bahunya. Seorang jejaka memeluknya erat dari belakang. Serius! Aliya sangat lawa.. aaaa..nyesalnya tak ngorat dulu-dulu. Padan muka kau Hairie, gigit jari jela. Hehehe..
Berserta kad dan gambar itu, Aliya sertakan nota ringkas:
‘Wei munyit, aku nak kahwin dah. Jangan lupa datang tau. Asyik dok sebuk kat zoo je.Ingat sket member ko ni =P – Aliya’
Aku tersenyum. Rindunya dekat minah sorang tu. Dulu-dulu kami memang kamceng. Macam belangkas.Macam siput sedut. Macam merpati..bukan setakat sejoli tapi berjoli-joli. Ramai yang ingat kami couple. Mau taknya, kemana je berdua. Bak kata orang..serasyi bershama.hehe. Dimana ada Hairie, disitu ada Aliya. Dimana ada Aliya..hehe..disitu adalah aku. Habis universiti, masing-masing sibuk dengan hidup masing-masing sampai lost contact. Bukannya tak pernah cuba mencari minah tu tapi Aliya ni macam chipsmore, kejap ada kejap tak ada. Sudahnya last-last dah nak kahwin baru contact aku. Eh,kejap..kahwin? 31? Minah tua! Kerepot! Aliya..aliya..
Tangan ni tak tunggu lama terus capai Sony Ericsson W890i atas meja kopi. Lepas tu terus mata ni menular dekat nota kecil tu. Nombor handphone baru Aliya tertera di bawah tandatangannya. Lub-dub-lub-dub. Jantung aku menyanyi-nyanyi. Nervousnya nak telefon minah ni. Sebaik sahaja panggilan aku diangkat, satu suara yang merdu dan gemersik kedengaran lembut-lembut menampar telinga. Aaaaa..nyesalnya tak ngorat dulu-dulu!!!!
“Hello…”
“Err..hello..Aliya ek?.”
“Yep,speaking.Siapa tu?.”
“Norman.Hairie Norman….”
“Man!! Man sengal!” Belum sempat aku habis cakap minah ni dah sibuk cut line.
Aku tersengih sendirian sambil menggaru kepala yang tak gatal. Mak yang tengah sibuk menghidang kueh mueh memandang hairan. Aku tersengih ke arah mak. Menekup handphone kemudian berbisik perlahan. “Aliya nak kahwin..” Mak mengangguk faham kemudian tersenyum. “Kirim salam kat dia.” Mak berlalu ke dapur.
“Man..mana kau hilang!! Nasib baik sampai kad jemputan aku. Kau ni memang tau. Munyit! Jenuh aku cari..tukar nombor handphone pun bukan nak bagitahu aku.”
Aaa..radio era mula beroperasi! Lupa nak bagitahu satu benda. Aliya ni mulut memang pot pet pot pet.Macam murai. Mungkin sebab tu kot aku tak tekel dia dulu-dulu.
“Kau ni Aliya…tak berhenti lagi jadi deejay part-time ek? Hahaha..”
“Haa..kutuk..kutuk! Takpe..aku kebal!” Aliya tersengih dihujung sana. Menjelirkan lidah nakal.Aku ketawa. Reaksi Aliya memang dah boleh dijangka.
“Tapi..deejay radio yang ayu.Nyesal tak ngorat kau dulu.” Aliya tergelak kecil mendengar aku mengeluh dihujung talian.
“Eleyy..En.Hairie Norman. Toksah nak buat cite sedih. Orang handsome macam kau takkan tak ada awek lagi kot? Memilih sangat ni!” Aliya ketawa lagi. Aii sejak bilalah kau pandai ketawa comel ni Aliya oii?
“Tak adalah.Yang kakak and abang aku bawak macam ustazah.Tak berkenan aku. Mak aku pula entah dengan sape-sape, semua dia nak kenenkan.”
“Wei..kau tu dah tua. Bawak-bawaklah mencari.” Ceh..minah ni. Cakap sebiji macam mak!
“Bajet kau tu muda sangatlah ye.Kita sebaya okey! Cuma..”
“Cuma aku dah nak kahwin dah.Hahaha..” Aliya memotong lagi. Ketawa. Seronoklah tu dapat kenakan aku.
Majlis Aliaa
Rumah Aliaa banglo dua tingkat atas bukit di kawasan perumahan Jalan Petri, Johor Bahru. Kawasan perumahan elit yang memang susah nak dapat public transport. Teksi pun jarang nak terima orang ke kawasan tu sebab kalau dah masuk memang susah nak dapat customer on the way out. Sepanjang perjalanan ke rumah Aliya, boleh nampak deretan banglo-banglo besar tersergam indah. Beberapa meter sebelum sampai rumah dia, ada satu kedai makan berkonsepkan ala rimba. Makan bawah pondok dikelilingi pokok-pokok. Pagi-pagi memang boleh tahan banyak customer dekat situ. Pernah sekali aku dengan Aliya makan dekat situ. Zaman dulu-dululah.
Sampai sahaja dirumah Aliya, aku jenguk dari tingkap. Tersengih nakal melihat Aliya ayu disolek. Aliya senyum sebaik sahaja melihat aku. Menjerit girang dan berlari ke luar. Tercengang-cengang semua orang waktu Aliya memeluk erat aku. Weh..karang orang buat gossip liar kata aku ni bekas pakwe pengantin. Aku berbisik perlahan ke telinga Aliya. “Wei..cik pengantin.Kawal diri tu sikit kot ye pun teruja tengok aku yang handsome ni.” Cepat-cepat Aliya lepaskan pelukannya. Menjelirkan lidahnya dan menyepak kakiku. Sengal! Aku pulas telinga Aliya. Aliya terjerit.
“Sakitlah mangkuk!.” Telinga yang mula merona merah tu diusap-usapnya. Alahai..comelnya kau Aliya. Aliya menarik lengan kanan aku, menggenggamnya erat. Banyak mata memandang tapi Aliya buat dono je. Minah ni memang tau, dari dulu macam tu.Buat dek je orang nak kata apa. Aliya masuk kembali ke dalam setelah menyuruh aku duduk dihadapan bilik pengantin. Hish..gila betul minah ni. Dahlah banyak anak-anak dara dalam tu dok sengih-sengih pandang aku. Dia boleh suruh aku duduk bertentangan pintu bilik dia yang ternganga luas. Aliya senyum lagi. Sibuk cakap rindu nak tengok muka aku.
Tengah aku sibuk menatap dekorasi pelamin Aliya yang ala-ala western dengan bunga teluki dan ros putih segar sebagai penyeri. Aliya menjerit dari dalam bilik. Mak oii..suara tu tak boleh lagi nyaring ke??
“Man, call kan adik sepupu aku. PDA atas meja sana tu. Cari dalam phonebook, Anis.”
Aku bergerak malas ke meja ditepi pelamin. Baru nak berangan kahwin dah kena kacau. Dopod Aliya aku capai. Nama Anis aku taip. Sebaik sahaja jumpa, aku segera mendail.
“Aaa..nak cakap apa Aliya?.” Aku menjerit kembali. Gila riuh majlis ni. Si pengantin perempuan ni pula sibuk menjerit-jerit dengan member kamceng. Bagi PDA ni dekat kau kan senang Aliya? Eh,lupa pula.Orang tu tengah sibuk di touch-up. Aliya menjengukkan kepalanya keluar.
“Suruh je dia jumpa aku.” Aku mengangguk. Bila masalah jadi middle-man ni? Edess.. Telinga aku dijamu dengan lagu ‘Baby Love’ sementara menunggu tuan punya handphone mengangkat. Aii..lamanya..mana minah ni??
“Assalamualaikum..sorry lambat angkat.Anis sibuk agih bunga telur tadi. Kenapa Kak Ya?.” Satu suara halus dan lunak merdu kedengaran. Aku terkesima. Mimpi ke? Sedapnya suara minah ni.
“Er..saya member kakak sepupu awak.Dia minta awak datang jumpa dia.” Aku tergagap-gagap menyusun kata. Selesai bercakap talian kumatikan.
Anis Si Bidadari
Macam angan-angan. Macam mimpi dan mimpi ini terlalu indah. Izinkan aku tidur lebih lama dan menatap wajahnya. Anis..si bidadari. Waktu Anis muncul sambil menatang sebuah bakul sarat dengan bunga telur. Gadis itu tersenyum simpul ke arahku. Eh, dia tau ke aku yang call? Aku pandang tangan kanan yang masih menggenggam Dopod Aliya yang comel berkey-chain love. Hehe..bingai punya Hairie.Dah kau sibuk pegang Dopod kakak sepupu dia, takkan dia tak tahu pula. Mata aku tak lepas-lepas pandang Anis. Bermata bulat, pipi bagai layang di pauh, bibir merah macam delima merekah dengan kulit putih macam telur dikupas..Anis memang layak disamakan dengan bidadari.
Aku bergerak ke pintu bilik Aliya. Mencuri pandang ke arah Anis. Gadis itu mendengar Aliya mengomel penuh khusyuk tapi perlahan-lahan mencuri pandang kembali ke arah aku.Kami sama-sama tersenyum.Mata bertentang, serta merta jantung berhenti berdetak. Aa..is this love?? Aliya meminta Anis membawa bunga rampai masuk ke dalam biliknya. Sampai dimuka pintu, aku menghadang laluan Anis. Gadis genit itu tersenyum manja. Menolak aku ke tepi.Aa..dimana Aliya sorokkan Anis selama ni? Rasa saat ni juga aku nak berlari balik. Minta Mak pinangkan Anis untuk aku. Mak, tolong pinangkan Anis mak!!!
Kedengaran gendang dipalu. Aliya tersenyum manis dengan songket warna pucuk pisang dan berjalan beriringan dengan suaminya. Aliya memandang ke arahku. Tersengih. Aku yang sedang menyandarkan badan di bawah pohon mangga membalas sengihannya. Aliya..Aliya..dah kahwin dah kau ek? Bila Aliya melepasi aku. Mata aku terhenti bila kelihatan Anis disebalik jendela sedang khusyuk memandang ke arahku. Bila Anis perasan yang aku memandang ke arahnya kembali, cepat-cepat matanya beralih pandang. Segera dia berlari masuk ke dalam. Anis…bidadari tercantik pernah aku jumpa.
Langkah Pertama
Langkah Pertama
Handphone ditangan sekejap-sekejap aku pegang. Baru nak tekan butang hijau, terasa nak batalkan pula. Aku letakkan kembali handphone. Kenangan seminggu lepas sentiasa berputar-putar dalam kotak ingatan ni. Wajah Anis ada dimana-mana. Aku rasa aku dah menghidap penyakit angau tahap kronik ni! Bila pandang cermin, yang aku nampak bukannya aku, tapi Anis yang manja..yang tersenyum simpul..yang malu bila ditenung lama..Suka tengok pipi Anis yang kemerah-merahan bila aku memandang wajahnya dalam-dalam. Aku tampar pipi kanan, lepas tu kiri. Dahlah tu Hairie..kau ni dah kenapa? Gila?
Dalam hati, aku mengangguk laju-laju. Memang aku dah gila..gilakan Anis.. Anis oh Anis..Te Amore~ Tak boleh jadi ni..Nekad! Kalau tak nak buat apa aku curi-curi ambil nombor handphone Anis dari handphone Aliya? Takkan langkah pertama pun tak boleh nak buat?? Come on Hairie..jadilah anak jantan sejati!
Aku tarik nafas dalam-dalam. Tak tahan dah simpan perasaan dalam jantung ni.Rasa nak meletup! Aku pandang kiri dan kanan. Kalau mak nampak aku macam ni, mesti dia cakap aku ni dah sewel. Dok tersengih-sengih. Lepas tu tangan tak lepas-lepas pegang handphone. Sekejap macam nak telefon orang, sekejap terduduk dan garu kepala. Macam beruk MakYe banyak kutu! Nasib baiklah minggu ni malas nak balik rumah mak. Duduk rumah sorang-sorang lagi aman. Aman dari bebelan mak. Tak apa mak..ni Hairie dah jumpa dah calon yang sesuai untuk mak jadikan menantu. Aku tersengih lagi.
Nama Anis dalam phonelist aku tatap. Aaa..apa nak jadi pun jadilah. Belum cuba belum tau. Lagipun, dari gaya Anis senyum-senyum dekat aku nampak macam ada can. Lagu ‘What Hurts The Most’ nyanyian Cascada berkumandang. Nice caller ringtone! Tak sangka kita ni sehati sejiwa. Nanti bolehlah nyanyi sama-sama ye sayangku Anis~
“Hello?.”
Aku kaku. Cuba untuk bersuara tapi terasa macam ada sesuatu tersekat dekat trakea.
“Hello? Siapa ni?.”
Suara Anis bergema lagi. Aku masih bisu. Cubaan kedua untuk bersuara tapi entah kenapa, tak keluar pula suara ni. Weii..keluarlah suara oiiii!!
Suara Anis yang lunak merdu bergema lagi. Puas gadis itu menjerit. Dah penat bercakap dan tiada sahutan. Anis memutuskan panggilan dan aku pula mengeluh sendirian. Anis.. I love you!
Seindah Mimpi
Fiat Coupe kuning meluncur laju. Resah. Lebih dua minggu sejak kejadian aku tak dapat berkata-kata bila call Anis berputar-putar lagi. Seminar di PICC memang membosankan! Tengah elok memandu pulang, tiba-tiba perut ni berkeriuk minta di isi. Selamba teringatkan Chocolate Indulgence di Secret Recipe. Mana paling dekat ek? Haa.. Cyberjaya. Kaki kanan aku cepat-cepat menekan pedal brek. Terkejut kereta MyVi hitam dibelakang aku. Marah betul minah mekap tebal tu bila aku tiba-tiba buat pusingan U-turn. Ah..aku punya sukalah. Aku tersengih setan bila minah tu menjeling. Gelak jahat, menjelirkan lidah dan berlalu pergi.Sengaja aku menekan hon bila dah agak jauh dari MyVi tu.
Aku ambil dua petak kosong. Memarkir ala kadar dan bergerak ke arah Secret Recipe. Selamba! Bukannya ada banyak kereta pun. Dah petang-petang macam ni, banyak betul tempat kosong. Aku masuk ke dalam dan disambut dua tiga orang budak-budak SR yang bercap merah cili. Genit-genit belaka. Muka..boleh tahan ah.Not bad tapi tak boleh kalahkan Anis.Masuk kali ni, hari ni je dah dua puluh kali aku ulang nama Anis.. Angau..ah aku memang dah angau~
Mata aku berlegar keliling Secret Recipe. Pertama kali menjejakkan kaki kat sini. Lepas tu, tak toleh kiri kanan terus je kaki ni melangkah dengan ghairahnya ke depan. Bila tengok kek-kek yang bersusun cantik disebalik kaca transparent, hati yang tadinya gundah gulana terus menyanyi riang. Aku memang gila cheesecake! Lagi-lagi yogurt cheese..tak cukup one slice. Err..tadi teringat Chocolate Indulgence je.. ni bila dah sampai..alih-alih rasa nak makan macam-macam pula.
“Ye Sir.May I take your order?.” Aku dengar samar-samar suara seorang waitress SR. Mata masih lagi khusyuk memilih kek. Emm..blueberry..yogurt cheese.indulgence.. Apa lagi ek? Grrr..semuanya sedap-sedap. Kang angkut semua kang!
“Abang Hairie nak apa?.” Eh..siapa pula sebut nama aku ni? Aku angkat muka. Mata kami bertentang. Seindah mimpi. Anis tersenyum. Rambutnya yang diikat satu tersembunyi di balik cap merah yang jelas tertera perkataan Secret Recipe warna putih.
“Err..hai Anis.” Aku tersengih sambil tangan melambai ke arahnya. Anis senyum simpul. Membalas lambaian tanganku.
“Hai.” Anis menjawab ringkas. Comelnya!!!
Aku tapau dua kek. Blueberry dan Yogurt Cheese. Sengaja tak jadi membungkus semuanya. Aku duduk meja yang betul-betul berdekatan dengan kaunter pembayaran. Anis ramah melayan pelanggan. Aku tatap wajah Anis. Tak ada cacat cela. Putih. Bersih. Macam gula kapas warna putih. Lepas tu bila senyum, automatik pipi merona merah. Tak payah pakai blusher pun dah menarik gila! Mesti ramai mamat terpikat tengok minah ni.
Petang itu. Aku tekad. Aku duduk di Secret Recipe tu sampai Anis habis kerja. Lepas segelas-segelas air aku order dan tak tahu gelas ditangan ni yang keberapa. Anis menepuk bahuku lembut.
“Tunggu Anis?.” Aku geleng. Eh,silap. Aku angguk macam Woody Woodpecker.
Anis senyum. “Anis tunggu Boy amek.” Boy? Pakwe dia ke?
“Boyfriend?” Anis geleng.
“Tak lah.Adik.” Anis angkat cap yang menutupi anak rambutnya. Memasukkan ke dalam beg sling converse warna coklat tanah. Rambutnya separas bahu dileraikan dari simpulan getah rambutnya.Cantik!
“Abang hantar balik boleh?.” Anis diam. Capai handphone dan cepat-cepat menelefon seseorang. Selesai mematikan panggilan. Anis tersenyum lagi. Murah betul dengan senyuman. Bagus..bagus Anis. Senyum tu kan sedekah. Lagipun..tiap kali Anis senyum, cair hati Hairie ni..tau?
Kami beriringan keluar. Banyak mata memandang. Biasalah.Pasangan secocok. Aku tersengih lagi.
Jatuh Cinta
Tahu tak perasaan jatuh cinta? Rasanya macam terbang melayang-layang. Rasa macam berdiri tapi kaki tak jejak tanah. Rasa macam musim bunga.Indah. Rasa macam setiap detak jantung ni melaungkan-laungkan nama dia yang tersayang. Bila tidur.. si dia terbayang diruang mata. Bila jaga..rasa tak sabar nak menatap wajahnya. Aku tengah berperang dengan perasaan itu..perasaan jatuh cinta. Rasa kronik! Rasa nak kejar dan peluk Anis lepas tu cakap I love you berpuluh-puluh kali. Tapikan…Does she loves me? Bila aku tanya diri aku.Tak ada jawapan. Kosong. Entah-entah aku ni clap-clap one side. Edehh..kesiannya kau wahai Hairie Norman.
Demi Anis, aku beranikan diri. Setiap hari lepas habis kerja, perkara pertama yang aku buat adalah memandu sejauh berkilo-kilo meter ke Cyberjaya dari Kuala Lumpur. Tiap-tiap hari ada je kek yang aku beli. Sampaikan manager Secret Recipe dok menyindir. ‘Hai..ngidam ke bang?’ Aku sengih. Sibuk jelah kau. Suka hati akulah nak beli. Gaji kau datang dari sales kek gak, penyibuk! Yang penting, dapat tengok Anis..dapat lihat senyum manisnya.
Kadang-kadang sengaja aku tunggu Anis balik kerja. Kang kalau tunggu hari-hari terlebih obvious pula yang aku kemaruk Anis. Selalu juga aku tengok budak-budak sana dok buat ketupat- mengumpat belakang-belakang. Eleh..jelouslah tu aku asyik tenung Anis. Bila kami balik beriringan ada tiga empat lelaki Secret Recipe dok bersiul-siul kecil. “Balik Nis dengan cik abang sayang?.” Anis menjeling tajam. Aku tarik tangannya. Sempat aku dekatkan mulutku ke telinganya. “Buat bodoh je..abang ada.” Anis pandang ke arahku. Aku menganggukkan kepalaku. Anis tersenyum manja.
Sampai depan rumah Anis, aku keluar dan membuka pintu untuknya. Biasalah. Gentleman. Bila Anis keluar dan baru mula melangkah, aku capai tangannya. Menarik dia rapat ke sisi. Anis tersipu malu.
“Do you love me?.” Erkk..camne boleh tercakap macam ni? Adoii..malu-malu. Anis nampak terkejut. Kami diam. Anis berlalu tanpa berkata-kata. Meninggalkan aku dengan sebuah tanda tanya.
Anis..milik siapakah hatimu itu?
Tekad!
Hari tu,aku tekad. Aku nakkan jawapan. Anis kena bagi jawapan. Tak kira! Apa jadi pun jadilah. Aku bawa Anis ke Penang House. Sengaja aku order dua mee kari udang dan air cincau gelas besar. Biar lama sikit minah tu makan. Lagi lama lagi bagus. Boleh tengok muka dia lama-lama. Aku ingat lagi waktu pertama kali aku beranikan diri menelefon Anis, lepas pertemuan kedua di Secret Recipe. Suara Anis ketawa manja masih kekal sehingga kini. Lagi-lagi waktu Anis terkejut yang rupa-rupanya akulah yang sebelum ni call tapi tak cakap apa-apa.
“Monyet bisu.” Ringkas Anis menjawab bila aku menelefon.
“Aaa..monyet bisu?.” Aku betul-betul tak faham waktu tu.
“Anis save dalam handphone ‘Monyet Bisu’ sebab abang tak cakap pun. Puas Anis cakap hello-hello tapi senyap je.” Nadanya macam merajuk.
Aku ketawa mendengarnya. Hai..comelnya anda ni wahai Anis. Anis menyambung lagi.
“Anis boleh rasa abang yang call..tapi abang tak nak cakap apa-apa.” Kali ni lagi kuat nada rajukannya.
“Aaa..abang malu!.” Edess..camne boleh over jujur ni?
Anis ketawa. Rasanya saat itu segala-galanya terbang meninggalkan jasad.Terasa melayang-layang di udara.
Satu cubitan hinggap di lengan kanan. Hilang segala kenangan indah tadi. Anis mencebik. Serius.Aku terlalu asyik teringatkan perbualan itu sampaikan si genit tu bercakap pun aku tak dengar.Eh..bukan tak dengar tapi kurang dengar.Hehehe..
Kali ni..aku nekad.Tekadku bulat! Titik! Anis kena bagi jawapan. Tak ada lagi lari-larian atau bisu-bisuan. Aku dah tak larat menyimpan perasaan. Rasa sesak. Rasa senak. Rasa nak pecah jantung ni. Siang malam asyik ingatkan Anis. Cukuplah Anis..jangan seksa Hairie lagi.
Tentangan Terhebat
Puas aku memujuk.Mak ni degil betul. Kenapa? Apa kurangnya Anis mak? Jenuh aku bercakap itu dan ini. Puas aku memuji Anis. Penat aku canangkan segala kebaikannya. Betapa luhurnya hati Anis tapi emak tetap macam tu..tetap tak nak dekat Anis. Mak..tell me why??
Aku duduk tersadai atas sofa biru. Tangan ligat menukar-nukar channel Astro. Mak yang sibuk mengemas majalah-majalah disudut tangan kejap-kejap menjeling. Lepas tu mulutnya tak lepas-lepas mengomel.Habis mengemas, emak join sekaki. Duduk di hujung sofa bertentangan dengan aku. Entah..sejak mak tak nak terima Anis, aku melancarkan perang saraf! Perang terdingin..padahal aku tak pernah bergaduh dengan emak. Ini kali pertama dan yang tak sedapnya…semuanya sebab Anis!
Bukan aku sengaja nak rosakkan reputasi Anis atau jadi anak derhaka tapi emaklah. Entah apa-apa alasan dan omelannya. Orang tua tu asyik ulang-ulang ayat yang sama. “Memanglah Anis tu baik..tapi emak rasa ada sesuatu yang tak kenalah dengan dia. Tak payahlah kamu dengan dia.”
Ah..mak memang saja tau. Taulah Anis tak bertudung. Tak macam calon-calon yang Kak Ngah bawa.Semuanya ala-ala ustazah. Aku cuba yakinkan emak yang tak ada apa-apa yang tak kena dengan Anis. She’s just perfect! Nanti taulah Hairie nak didik dia mak. Lepas kahwin Hairie suruhlah dia pakai tudung. Mak ni….heeee..Nak pecah kepala memujuk mak tapi mak tetap tak mau terima.
“Mak kata cari lain cari jela Man oii..Yang degil sangat ni kenapa? Dia tu lain macamlah mak tengok.” Apa yang lain macamnya mak? Elok je..ada hidung ada mata. Cukup sempurna sifat. Mak ni tak faham ke yang anak jantan dia suka kat Anis..Man nak Anis je mak.Orang lain Man tak nak!
Aku larikan anak mata ke arah Mak yang sibuk fokus membaca surat khabar dengan spek mata tuanya. Sengaja aku kuatkan suara tv dan ubah-ubah siaran. Mak lurutkan spek ke hujung hidungnya. Mukanya berkerut masam.
“Kamu ni kenapa? Protes?.” Mak membebel. Aku diam lagi. Diam seribu bahasa.
“Dah mak kata cari lain cari jelah.Macamlah ada sorang je perempuan dalam dunia ni.” Mak membebel lagi. Aku tulikan telinga. Mak tak faham ek? Man nak Anis je! Kalau tak jangan harap Man nak kahwin!
Aku tutup siaran tv.Penat dengar mak membebel macam radio rosak siaran. Gok gek gok gek. Bebelan mak macam angin lalu. Masuk kiri keluar kanan. Malas nak dengar. Aku kahwin lari nanti baru tahu.
Lili Putih Dan Wafer Coklat
Aku tunggu Anis petang tu dengan sejambak bunga lili putih. Sepinggan wafer banana banjir dengan kuah coklat pekat aku order awal-awal. Anis memang suka wafer dekat De Rasa tu. Kalau tengok dia makan, tak jemu mata memandang. Ayu. Sambil makan mulut dia akan mengomel kecil. Seronok tengok gelagat Anis buat aku terdiam dan hanya senyum memanjang.
Selang tiga meja dari tempat yang aku duduk, kelihatan sepasang suami isteri sabar melayan kerenah si kecil tunggal mereka. Si kecil dengan rambut kerinting yang diikat tinggi macam pokok kelapa tu berselaput dengan ais krim, memenuhi segenap ruang muka. Kelakarnya, bila si ibu mengelap wajahnya. Dia membalas dengan mengelap kembali ibunya dengan aiskrim strawberi. Yang ayahnya pula bukan nak membantu, lagi seronok menggelakkan si ibu yang dah berkerut masam. Habis tudung hitam yang dipakainya kotor. Budak kecil.
Perut aku menyanyi-nyanyi lagu keroncong. Rasanya agak kuat juga bunyinya sebab aku perasan dua tiga orang minah sesat dari meja sebelah duduk menjeling-jeling, lepas tu malu-malu gedik menahan tawa. Sekejap-sekejap memandang ke arah aku. Bukan perasan tapi kalau dah selang dua tiga minit asyik pandang je tak ke jelas ketara perbuatan mereka tu? Mentang-mentanglah perut aku punya bunyi kalah siren keretapi, korang gelakkan aku ek? Aku pandang mereka. Angkat kening ala-ala the rock dan buat muka super duper serius.Terus diorang terdiam. Padan muka.
Tiba-tiba aku terasa getaran dari poket seluar sebelah tepi kanan tapi sekejap je dah senyap. Hm..mesej ni. Mindaku membuat telahan.
1 message received!
“I can’t make it. Anis ada hal. Sorry sgt.”
Mesej ringkas dari Anis buat aku patah hati.Remuk. Rasa berkecai jantung saat itu. Aku larikan anak mata yang mula nak bergenang bila tengok sejambak lili putih di atas meja kayu tu. Eish..apsal pilu pula ni?. Cepat-cepat aku hela nafas. Tarik dalam-dalam. Tengok wafer tu pun dah tak berselera. Rasa lapar yang menggunung tadi sekelip mata hilang. Begitu sahaja. Aaa..jangan merajuk melulu Man.Hal penting kot. Malam karang aku nak call Anis. Risau pula dibuatnya.
Punggung yang dah rasa kejap sebab dah lama terduduk aku angkat. Dengan berat, aku atur langkah. Bunga lili putih aku biarkan je atas meja. Tak ada hati nak pandang bunga tu lagi. Rasa pedih. Rasa sedih. Rasa..sesuatu tak kena. Apalah agaknya ye? Aku tinggalkan bunga dan wafer yang langsung tak bersentuh tu. Tiga minah gedik tadi memandang kehairanan. Lantak koranglah.Kalau rasa nak bunga tu.Ambil. Habis cerita.
Akhir Cerita
Aku terkesima waktu Anis muncul bersama Aliya betul-betul dihadapan rumah. Apahal ni? Dah..takkan Aliya pun membantah?? Muka Anis merah-merah menahan tangis. Matanya sudah membengkak. Kesian aku tengok Anis. Mahu je saat tu aku tengking Aliya sebab buat Anis menangis. Muka Aliya serius. Tak pernah aku tengok dia seserius itu. Bahu Anis terhenjut-henjut. Mukanya pilu. Matanya basah. Ada riak suram. Ada tanda tanya.
Rasa hairan menujah masuk ke dalam mindaku. Tapi untuk marah Aliya secara melulu tanpa memikirkan rasional, nampak sangat itu bukannya aku. Lagi-lagi Aliya kawan lama aku. Kenal sangat dengan perangai dia. Kalau tak serius, Aliya takkan macam tu. Aliya takkan seserius itu.
“Ada benda nak bincang dengan kau Man. Can we come in?.” Suara Aliya mendatar tapi penuh ketegasan. Riak wajahnya menyatakan ada benda penting harus kami bincangkan. Aku biarkan pintu terkuak luas bila dua anak dara tu melangkah masuk. Eh, Aliya bini orang. Silap. Bila anak dara dengan bini orang melangkah masuk.Tak adalah nanti tak pasal-pasal kena cekup dan dicop berkhalwat!
“Kenapa Anis menangis ni?.” Aku tatap wajah Anis dalam-dalam tapi Anis diam membisu. Dia hanya tunduk memandang lantai. Membiarkan aku termanggu. Aku lihat hujung kakinya menguis-nguis karpet. Tisu ditangan ditariknya ke muka. Mengelap air mata yang tak henti-henti berjuraian. Aliya berdehem kecil. Aku kalihkan pandangan. Kali ni, Aliya yang menjadi tumpuan dua biji anak mata ini.
“Mak kau call aku.Dia tanya pasal Anis sebab dia rasa tak sedap hati.” Aliya tarik nafas sebelum menyambung kembali bicaranya.
“Anis..baik kau bagitahu Man ni benda sebenarnya. Kak Ya dah hilang sabar dengan perangai kau ni! ” Aliya membentak keras. Ada nada geram dihujung suaranya. Matanya tepat memandang Anis yang terkial-kial membetulkan duduk. Takut barangkali bila Aliya marah. Aliya memang..kalau marah macam singa betina!
Anis diam lagi. Kali ni, Aliya seakan-akan hilang sabar. Belum sempat dia bangun menerkam Anis, suara Anis terkeluar. Perlahan. Tersekat-sekat. Anis menangis lagi. Mulutnya tak henti-henti memohon maaf.
“Abang..Anis sebenarnya lelaki.” Aku tersentak. Lelaki?? Tak mungkin! Aku alihkan wajah ke arah Aliya yang kelihatan mengangguk kecil. Sesal? Aku keliru. Tak mungkin! Katakanlah Anis yang kau cuma menipu.
“Dia ni adik sepupu lelaki aku, Man. Anis Fahmi.” Tipu! Aku menjerit dalam hati! Kenapa?? Kenapa tipu aku?? Anis lelaki?? Hati aku menjerit lagi. Anis Fahmi? Duniaku gelap gelita. Segalanya punah. Saat itu..badanku lemah. Aku rebah ke lantai!
~Tamat~