rss

“Kenapa kau layan dia?” kata-kata Ema menikam ke lubuk hatiku. Aku mengerti perasaannya tapi aku tak sanggup mengorbankan perasaan sendiri.

“Kalau kau tak suka tak apa lah. Aku takkan layan dia lagi,” Hanya mulutku yang menuturkan kata-kata itu tapi hatiku keras membantah. Mana mungkin aku tinggalkan insan yang sering membuat aku tersenyum sendiri. Bukannya aku yang terhegeh-hegeh hendakkan dia. Dia yang datang mencari aku. Dia yang selalu mengganggu aku sehingga hati yang kosong ini terasa sudah ada penghuninya.

“Kau tak perlu cakap macam tu. Kau tipu aku,” luah Ema lagi. Ah, apa lagi yang  mampu aku katakan.

“Mula-mula memang aku tak sukakan dia. Aku anggap dia kawan je tapi dia yang layan aku baik sangat. Aku tak sampai hati nak reject dia,’’ aku cuba mempertahankan diriku.

“Ye la Alia. Kau bertuah sebab dia yang cari kau. Kau dah tahu aku suka dia tapi kau masih layan dia,’’ aku merenung muka Ema. Dia menguis nasi di pinggan yang tinggal separuh.

“Aku minta maaf kalau aku sakitkan hati kau,’’ aku tidak tahu apa lagi yang harus aku katakan. Aku tidak sanggup mengorbankan perasaan aku dan Farid. Sejak aku dikecewakan oleh Faizal, aku semakin menjauhkan diri dari lelaki. Senyuman Farid yang menampakkan lesung pipitnya menarik perhatianku. Walaupun Farid tidak pernah menyatakan perasaannya padaku tapi layanannya cukup baik. Aku rasa selesa berkomunikasi dengannya. Sejak kebelakangan ini, Farid sudah mula membahasakan dirinya ‘saya’. Layanannya yang baik membuatkan aku jatuh hati padanya.

“Ikut suka kau lah Alia. Aku tak nak tahu apa-apa dah. Dari dulu lagi orang yang aku suka mesti jadi hak orang lain,’’ suaranya semakin perlahan. Mungkin dia kecewa tapi apa yang boleh aku lakukan. Tidak mungkin aku boleh memaksa Farid untuk sukakan Ema.

            “Wany, aku jumpa abang senior handsome dalam bas tadi,’’ aku memberitahu kepada roommateku sebaik sahaja aku melangkah masuk ke bilik.

            “Siapa? Budak mana?’’ Tanya Wany inginkan cerita lanjut. Beginilah hidup kami. Saling berkongsi cerita, suka atau duka. Bertuah aku dapat roommate macam dia.

            “Nama dia Farid. Aku nampak kad matrik dia. Budak kolej Ungku Omar,” kataku sambil menanggalkan tudung di kepala. Rimas rasanya berjam-jam memakai tudung tapi apakan daya sejak kecil lagi aku dididik untuk memakai tudung,menutup aurat la katakan.

            “So kau buat apa?’’ tanya Wany sambil melabuhkan punggungnya ke atas tilam empukku.

            “Nak buat apa? Pandang dan senyum je la,’’ aku turut serta melabuhkan punggung di atas katilku, mencapai teddy bearku dan bersandar di dinding sambil mengingati semula saat-saat bertemu dengan Farid tadi.

            “Kau bukan ke berani nak approach lelaki. Kenapa kau tak minta nombor handphone dia?’’ kata Wany dan terus bangun menuju ke meja belajarnya. Mungkin sudah bosan mendengar ceritaku.

            “Gila ke nak minta nombor dia depan orang ramai. Maunya dia tak nak bagi, buat malu aku je,’’ kataku sedikit menjerit.

            “Eleh kau, selalu berani sangat,” peril Wany sambil menekan kalkulator untuk membuat pengiraan Matematiknya.

            “Berani ikut tempat la. Tengok la nanti kalau jumpa lagi sekali aku minta la,’’ aku sudah mula duduk di meja belajar, mencapai buku matematikku.

            “Dah la malas nak layan kau. Angau la tu. Senyum je manjang,’’ aku ketawa mngekek mendengar omelan Wany. Bilikku kembali sunyi. Masing-masing menumpukan perhatian pada buku Matematik untuk menyiapkan assignment yang perlu dihantar esok. Cuma sekali sekala terdengar suara kecil Wany mengalunkan lagu mengikut irama yang didengar melalui handfree yang dipasang pada handphonenya.

            Setelah bosan mengadap buku berjam-jam, aku mula membuka laptopku. Bersedia untuk online dan berchatting dengan kawan-kawan aku yang ketagih online. 24 jam online. Zaman sekarang ni dah bermacam  laman perkenalan yang ada. Friendster, Myspace, Twitter dan macam-macam lagi. Yang paling terbaru Facebook. Aku juga tidak ketinggalan dengan semua ini.

            Aku membuka laman Facebook ku. Aku memulakan tugasku memberi komen pada setiap status kawan-kawanku. Macam-macam status mereka post dalam ni sampai benda yang tidak sepatutnya pun mereka post juga. Pelbagai kerenahlah manusia zaman sekarang ni. Tiba-tiba aku teringatkan Farid. Aku terus mencari laman Facebook nya dalam friend list kawan-kawan aku yang sedia ada. Ya…..akhirnya aku jumpa dia.

            “Wany!!!!!!” jeritku sekuat hati memanggil Wany yang leka menyumbat telinga mendengar lagu-lagu yang menyakitkan telinga. Tak takut pekak agaknya budak ni.

            “Woit, apa?” Wany menjerit padaku semula sambil menanggalkan benda yang menyumbat telinganya.

            “Aku nak add facebook dia,” kataku kegembiraan.

            “Add je la. Kecoh betullah kau ni. Malaslah aku nak layan kau,’’ aku ketawa melihat muka Wany yang bengang dengan aku. Angau ke aku? Lantas aku menekan butang “add friend’’ menggunakan tetikus kecilku.

            Sebulan berlalu namun aku tidak bertemu dengan Farid lagi. Mungkin dia sibuk seperti aku yang juga sibuk dengan bermacam-macam aktiviti kolej. Walaupun satu fakulti, aku tetap juga tidak bertemu dia di mana-mana. Dah ghaib ke dia. Kalau dah ghaib rugilah aku. Tidak sempat berkenalan dengan dia. Inilah satu kelebihan aku, aku berani mendekati lelaki dan memulakan salam perkenalan walaupun berjumpa untuk pertama kali. Aku sendiri tidak tahu dari mana datangnya keberanian itu. Kalau berdasarkan rupa paras, aku ni tak lah cantik pun. Comel sikit tu adalah, sedap mata memandang. Puji diri sendiri pula.
           
           Oleh kerana kelas aku pada waktu itu batal, aku meluangkan masa di makmal komputer untuk online. Seperti biasa aku membuka laman Facebook yang tengah hangat sekarang ini. Melihatkan notifications aku yang berderet-deret aku terus menggerakkan jari jemariku pada keyboard komputer untuk membalas komen-komen.

            Tidakku sangka, jejaka yang kucari selama ini juga tengah online. Yang lebih menggembirakan aku, dia memberi sedikit komen pada status yang baru seminit aku post. Senyumku makin meleret apabila kami saling berbalas komen. Sejak dari itu lah aku dapat berkomunikasi dengannya. Kadang kala ketika aku tidak bersemangat untuk belajar, dia memberikan kata-kata semangat. Hubungan kami semakin mesra walaupun hanya melalui komputer.


            “Alia, kau dengan Farid tu ada apa-apa hubungan ke? Ayat mesra semacam je dalam Facebook,’’ aku tidak tahu kenapa tiba-tiba Ema menimbulkan hal itu. Ini bermakna dia baca setiap status aku yang Farid komen.

            “Takde apa-apa lah. Kawan je. Kenapa tiba-tiba kau tanya ni?’’ aku cuba mengawal perasaanku. Aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

            “Kalau takde apa-apa bagus la,’’ kata Ema ringkas tapi kata-kata itu merunsingkan aku.

            “Kenapa kau cakap macam tu?’’ aku inginkan kepastian.

            “Aku nak bagitahu kau yang aku dah lama minat kat Farid tu. Aku harap kau takkan rampas dia dari aku,’’ sesungguhnya aku terkejut dan agak kecewa dengan pengakuan itu. Aku tidak tahu apa yang patut aku katakan.

            Sampai sahaja di bilik, aku terus mencampakkan tubuhku ke atas katil. Aku tidak ada mood untuk bercakap dengan sesiapa. Wany yang melihat keadaan aku mambiarkan sahaja aku melayani perasaan sendirian. Dia tahu aku perlukan ruang. Aku berbaring tanpa menukar baju, aku hanya menanggalkan tudung dan stokin sahaja. Aku masih teringat kata-kata Ema tadi. Apa yang perlu aku lakukan. Patut ke aku memutuskan hubungan aku dan Farid yang semakin mesra walaupun kami bukan pasangan kekasih. Kalau ikutkan kata hati, aku ingin meneruskan sahaja hubungan yang tak diiktiraf ni tapi macam mana pula dengan Ema. Kerana seorang lelaki, tak pasal-pasal aku gaduh dengan dia nanti. Apa jalan yang terbaik agaknya. Aku rasa lebih baik aku minta pendapat Wany.

            Aku bingkas bangun dari pembaringanku. Aku melihat Wany khusyuk sungguh mentap buku Kimia di depannya. Tidak sampai hati pula nak menggangu. Ah, lebih baik aku pergi mandi dulu. Penat menumpukan perhatian dalam kelas tadi pun tak hilang lagi. Aku mencapai tuala dan peralatan mandiku dan terus menuju ke bilik mandi.

            Usai mandi dan solat, aku duduk di meja belajar untuk mengulangkaji apa yang aku pelajari dalam kelas tadi. Aku cuba untuk fokus tapi fikiranku jauh melayang mengingati kata-kata Ema. Aku perlu selesaikan perkara ini  sebelum final exam, kalau tidak sudah tentu aku tidak boleh fokus untuk study.

            “Alia, kau kenapa? Asyik diam je dari balik tadi. Ada masalah ke?’’ tegur Wany sambil mengurut bahuku. Ni yang sayang kat roommate aku seorang ni.

            “Ni la yang aku nak cerita kat kau ni. Petang tadi, Ema cakap kat aku yang dia sukakan Farid. Aku tak tahu nak buat apa. Takkan aku nak undur diri,’’ terangku secara ringkas.

            “Alia, kau yang kenal dia dulukan. Ema tu bukan kenal Farid pun walaupun diorang satu kolej. Lagipun Farid tu layan kau elok je takkan kau nak sakitkan hati dia. Jangan korbankan perasaan kau untuk orang lain. Dia yang patut undur diri sebab dia belum kenal Farid tu lagi. Kau fikir macam ni je, siapa cepat dia yang dapat,’’ panjang nasihat Wany. Aku rasakan ada benar juga kata-kata dia.

            “Tapi Wany, aku tak nak la nanti sebab hal ni aku dan Ema jadi renggang. Aku sayang persahabatan ni,’’ aku sudah menjadi semakin risau dengan keadaan ni.

            “Kalau Ema sayangkan persahabatan korang, dia yang patut faham keadaan ni. Kau yang kenal Farid dulukan. Dah la Alia, jangan difikirkan sangat. Nanti lama kelamaan Ema akan dapat juga terima hakikat yang Farid tu milik kau,’’ aku menerima segala pendapat Wany. Aku pun harap yang Ema akan dapat terima hakikat ini.

            Suatu petang yang indah. Indah sebab baru lepas hujan. Tak panas, ada angin. Farid ingin berjumpa denganku di foodcourt. Ketika aku sampai di foodcourt, Farid sudah sampai dahulu. Dia memilih tempat duduk yang agak tersorok. Sebelum itu, aku membeli segelas air kelapa untuk aku minum sambil berbual dengannya.  Apalah agaknya yang ingin Farid sampaikan hari ini sehinggakan beriya benar nak jumpa aku petang ni juga.

            Setelah membuat pembayaran, aku mengambil dan membawa gelas berisi air kelapa itu menuju ke meja yang telah di duduki oleh Farid.

            “Sorry, lambat. Dah lama ke tunggu?” aku mengambil tempat duduk di hadapannya. Dia memandangku dengan senyuman. Aduh, ni yang buat aku tak boleh tidur malam ni. Dia senyum comel sangat ditambah pula dengan lekuk kesung pipit dia tu.

            “It’s ok. Tak la lama sangat. Saya pun baru sampai masa awak sampai tadi,” ayat macam nak ambil hati aku je. Baik sangat la dia ni. Kalau dah sayang datang lambat pun tak kisah.

            “Ada apa awak nak jumpa saya petang ni?” aku tidak sabar untuk mengetahui butir bicara seterusnya. Aku menghirup air di hadapanku.

            “Alia, saya dah lama sukakan awak sejak kita terserempak dalam bas dulu. Saya tak sangka yang awak akan balas komen-komen saya. Sejak tu kita jadi rapat kan dan hari ini saya nak awak tahu yang saya sayangkan awak,” aku terkedu mendengar kata-kata luahan hati Farid. Adakah aku di alam mimpi. Aku dapat rasakan darahku mengalir ke muka kerana menahan malu. Untuk pertama kali seorang lelaki meluahkan perasaan face to face padaku. Aku tidak tahu apa yang patut aku katakana padanya.

            “Saya tak paksa awak untuk terima saya tapi percayalah saya akan setia dengan awak. Awak ambil lah masa dan fikirlah dulu, saya tak kisah tapi saya harap awak dapat bagi saya peluang untuk jadi teman hidup awak,” Farid meneruskan kata-katanya apabila melihat aku tidak  memberi respon apa-apa.

            “Bagi la saya masa dulu. Nanti saya bagitahu jawapannya,” hanya itu yang mampu aku katakan. Inilah masa yang aku tunggu sebenarnya tapi aku tidak tahu jawapan apa yang harus aku berikan. Kalau aku menerimanya, bagaimana tanggapan Ema padaku nanti tapi sanggupkah aku melukakan hati Farid.

            Seminggu sudah berlalu pergi, aku masih belum memberikan apa-apa keputusan pada Farid dan selama itulah aku tidak menghubunginya sama ada dalam Facebook ataupun sms. Aku tahu hati aku merinduinya tapi aku perlu fikir betul-betul sebelum membuat keputusan.

            “Alia, kau dah bagi jawapan kat Farid?” tanya Wany ketika aku sibuk menyusun buku yang bersepah di atas meja.

            “Belum lagi. Aku tak tahu macam mana nak cakap kat dia,” kataku ringkas. Perlukah aku terus memendam perasaan ini.

            “Kalau dah sayang tu, terima je lah. Nanti kena kebas kat orang kau juga yang merana,’’ kata-kata itu menyakitkan hati aku. Aku tak sanggup kehilangan dia tapi aku tak sanggup juga kehilangan seorang kawan.

            “Ema macam mana?’’ aku memandang wajah Wany seperti seorang hamba yang menunggu arahan.

            “Kenapa kau ni bengong sangat. Biarkan je la dia tu. Satu hari dia akan fikir juga kenapa semua ni berlaku. Terpulang kat kau lah. Kesian farid sebab jatuh cinta kat orang macam kau,’’ aku tahu Wany perli aku. Hampeh punya kawan.

            “Wany, kalau aku nak bagi jawapan kat dia, nak jumpa ke atau hantar je sms?’’ tiba-tiba aku tanya soalan yang agak bodoh. Ini bukanlah pertama kali aku bercinta tapi aku sendiri tidak tahu kenapa aku terlalu bingung kali ini.

            “Jumpa la dia esok. Mesti dia rindu sangat kat kau,’’ Wany memberi cadangan.

            “Tapi takut kalau tunggu esok, aku dah ubah fikiran pula,’’ aku memandang Wany yang sedang menyapu bedak sejuk ke mukanya. Macam nenek tua dah rupanya.

            “Kalau macam tu sms je la dia cepat. Tu pun nak kena ajar ke,’’ semakin gasak Wany memerli aku yang semakin bengong ni hanya kerana dilema antara persahabatan dan cinta.

            Tanpa membuang masa, aku mengirimkan sms kepada Farid dengan ayat-ayat yang berbunga supaya dia gembira dengan jawapanku. Seminit selepas aku mengirimkan sms itu, aku menerima sms dari Farid. Sejak itu, kami telah diiktiraf sebagai pasangan kekasih yang baru melangkah ke alam percintaan. Namun begitu, aku masih risau dengan penerimaan Ema tentang berita ini.

            “Aku minta maaf Ema. Aku sayangkan dia tapi aku sayangkan kau juga. Aku tak nak kita gaduh kerana perkara ini. Tolonglah faham keadaan aku Ema,’’ aku cuba memujuk Ema. Dia seakan-akan merajuk dan tak ingin berbual denganku sejak 3 hari lepas setelah aku memberitahu tentang hubungan aku dan Farid yang sudah terikat.

            “Kau sengaja nak sakitkan hati aku kan,’’ aku sedih mendengar kata-kata itu.

            “Ema, aku dah tak tahu nak cakap apa dengan kau. Aku dah terangkan segala yang berlaku. Kalau kau memang dah tak nak kawan dengan aku takpe lah. Aku balik dulu,’’ itu saja yang mampu aku katakan. Sebaik sahaja aku melangkah setapak, Ema memanggilku.

            “Aku minta maaf. Sepatutnya aku faham keadaan kau. Kita kawan ea,’’ aku terharu mendengar ucapan yang keluar dari mulut itu. Tanpa dapat dikawal, aku memeluk Ema. Aku mendengar esak tangisnya. Ya, kini aku tahu dia mengorbankan perasaan dia untuk aku. Kejam kah aku kerana hanya memikirkan perasaan aku sahaja. Dari jauh, aku melihat Farid berjalan menuju ke arah kami. Aku meleraikan pelukanku.

            “Ema, saya minta maaf kalau saya melukakan hati awak tapi jujur saya katakan saya memang sayangkan Alia,’’ aku tidak sangka itu yang akan Farid katakan.

            “Takpe lah Farid. Saya tahu cinta tidak boleh dipaksa. Saya harap awak takkan kecewakan Alia,” kata-kata Ema membuatkan aku terharu.

            Kini, aku lebih bahagia dengan insan yang berada di sekelilingku. Kekasih yang selalu berada di sisi dan memberikan semangat serta sahabat yang sentiasa menasihati dan memahami. Aku bersyukur kerana aku tidak kehilangan salah seorang dari mereka, Farid atau Ema. Berakhirlah dilema aku antara cinta dan persahabatan.
           

‘ Mak…sakit mak,’ Athirah mengadu pada ibunya, Puan Jamilah. Anak gadis berusia 24 tahun terus merebahkan diri ke atas pangkuan Puan Jamilah yang sedang membelek buku masakan di ruang tamu.

  Puan Jamilah pantas mengalihkan buku yang terletak diriba. Kepala Athirah yang masih berbalut telekung, diusap perlahan. Dia faham apa yang sedang dialami oleh anak gadisnya.

  ‘ Kenapa nak?’ Puan Jamilah bertanya sekalipun naluri keibuannya faham benar akan gelodak yang melanda Athirah.

  Tubuh Athirah semakin kuat bergoyang. Jika tadi Athirah datang hanya dengan wajah yang sugul, kini esak-tangis pula menjadi pengiring. Puan Jamilah jadi risau. Tuhan, peliharalah Athirah, satu-satunya anak gadisnya.

  ‘ Dia, mak.’ Hanya itu yang terpacul daripada bibir Athirah. Lega sedikit hati Puan Jamilah. Risau kalau-kalau ada malapetaka lain yang menimpa anak gadis kesayangannya itu, yang sering diberi keutamaan, sesuai dengan namanya.

                                                   *     *     *

  Athirah merenung skrin yang kaku di atas meja. Waktu kerja masih berbaki sedangkan tanggungjawabnya untuk hari ini sudah dilunaskan. Timbul rasa malas, sesuatu yang sangat jarang berlaku.

  Sejak akhir-akhir ini, tidur Athirah sering terganggu. Bukan kerana makhluk halus tetapi dia sering diganggu bayangan seseorang. Seseorang yang dia sendiri tidak tahu namanya tetapi sukar untuk dilupakan.

  Bagaimana mungkin dia dapat melupakan wajah yang jernih dan bersih itu? Hampir mustahil untuk dia mengusir raut wajah yang begitu murah dengan senyuman. Bukan sehari dua Athirah melihat wajah itu, sudah hampir enam bulan. Athirah sering sekali terlihat kelibat lelaki itu di lobi pejabat dan juga kadang-kala di dalam monorail. Tetapi tidak sekalipun diberanikan dirinya untuk mengenali lelaki itu.

  ‘ Di dalam Islam tidak pernah diajar budaya bercinta sesama bukan muhrim. Tidak pernah disarankan amalan bertemu-janji tidak tentu hala,’ masih terdengar suara ayahnya, Tuan Fadhli yang menegur abang sulung Athirah bernama Johan. Waktu itu Athirah masih muda, belum pun mencapai 15 tahun.

  Johan meminta izin ayah untuk bertemu dengan seorang gadis yang dipanggil sebagai teman wanita. Tuan Fadhli terus sahaja menawarkan diri untuk berhubung dengan ahli keluarga gadis itu, mengenalkan dirinya siapa. Ayah tidak mahu kalau persahabatan atau perhubungan mereka mendatangkan aib pada keluarga.

  ‘ Bukan ayah tak benarkan kamu berkawan, Johan. Kamu ini seriuskah dengan dia?’ Tuan Fadhli cuba berbincang dengan Johan. Abangnya itu tersenyum.

  ‘ Ayah tak faham kalau kamu senyum. Beritahu ayah betul-betul,’ ujar ayah lembut.

  Dan perbualan yang singkat itulah yang membawa abang dan kakak iparnya, Zaharah, hingga ke jinjang pelamin, dalam jangka masa kurang daripada dua tahun. Sebaik sahaja Johan tamat pengajian, perhubungan kedua mereka diikat secara sah. Perhubungan yang tidak dirahsiakan daripada ibu bapa masing-masing dan sentiasa ditemani muhrim.

  Bagi Athirah, itulah yang begitu diimpikan. Dia tidak mahu alpa dan leka dalam perhubungan, biarlah diikat dengan sah sebegitu.

  Ayahnya bukanlah seorang imam. Bilal pun bukan. Tetapi Tuan Fadhli cukup tidak senang dengan amalan-amalan yang bukan-bukan seperti berpeleseran hingga larut malam dan pergaulan yang terlalu bebas antara bukan muhrim. Sedari kecil anak-anaknya sudah diajar supaya membataskan pergaulan, dimulakan dengan adik-beradik sendiri. Mereka tidak pernah diajar untuk tidur sebilik dan Athirah sendiri diajar supaya berpakaian sopan di depan saudara-saudara lelakinya. Tidak perlulah berjilbab, cukup kalau sopan. Itu sahaja yang Tuan Fadhli pinta.

  Pernah juga Aliff, abang Athirah yang kedua, cuba meminta kebenaran untuk keluar malam. Waktu itu Aliff sudah menjadi seorang pelajar universiti. Ayah tidak membantah cuma ayah pinta Aliff pulang sebelum jam 11.

  ‘ Tapi ayah…’

  Kata-kata Aliff mati di situ bila ayah berkata, ‘ Kalau kamu tidak risaukan diri kamu, tak mengapa, Aliff. Tapi fikirkanlah mak. Tak senang duduk emak dibuatnya kalau kamu balik lewat.’

  Syukur, abang-abangnya tidak pernah melawan yang lebih-lebih kata-kata ayah mereka. Athirah sudah mendapat contoh yang baik sedari kecil lagi.

  Tetapi Athirah cukup tidak senang duduk sekarang. Kalau boleh, dia tidak mahu hanyut dalam alam percintaan. Dia sudah melihat sendiri apakah akibat kalau diturutkan sangat rasa hati. Rakan sebiliknya melahirkan anak luar nikah di dalam tandas kolej mereka. Jiran sebelah bilik cuba untuk membunuh diri apabila kekasihnya mahu memutuskan hubungan. Salah seorang rakan sekelas semasa tahun pertama meninggal dunia, bunuh diri dengan meminum pencuci lantai.

  Itukah cinta? Itukah cinta yang direstui Tuhan, mahu kita berkorban segala-galanya? Athirah percaya sepenuh hati yang dia tidak perlu bergolok-gadai sehingga begitu sekali untuk bertemu cinta sejati. Kalau itulah yang perlu dilakukannya; membunuh diri dan hilang maruah, dia tidak rela.

  Betul, dia tidak semestinya begitu. Tetapi Athirah sedar yang dia bukan anak yang berusia 12 tahun lagi, dihantar dan diambil ayah setiap petang. Pergerakannya tidak lagi terbatas. Dia kini perlu menjaga diri sendiri dengan baik, berbekalkan kepercayaan yang diberikan oleh kedua ibu bapa. Sama sahaja, di universiti atau di usia yang begini, yang sudah memasuki alam pekerjaan. Dan dia sememangnya mahu mengelak daripada fitnah dunia ataupun sebarang perlakuan yang melanggar ajaran agama.

  Tetapi, mampukah dia?

  Ya Tuhan, peliharakanlah kehormatanku sebagai seorang wanita. Janganlah Kau duga dengan cubaan yang tidak mampu aku tanggung.

  Habis sahaja doa tersebut, Athirah meraup wajah. Beg tangan di atas meja diambil lalu disangkutkan ke bahu. Dia mahu pulang. Tanggungjawab di pejabat sudah selesai.

  Athirah menyusun langkah satu demi satu. Bukan tiada pertanyaan daripada kawan-kawan bila dia mahu menamatkan zaman anak dara. Jawapannya mudah, belum ada yang mahu masuk meminang.

  ‘ Dah kau tak cari. Kau bukannya tidak cantik,’ ujar Khatijah, teman ketika pengajian dulu.

  ‘ Kau nak suruh aku cari di mana, Cat? Kedai basikal?’ Athirah bertanya, cuba berlucu.

  ‘ Entah-entah, kau ni memilih sangat tak?’ sahut Siti Hajar, seorang lagi rakannya.

  Athirah cuma tersenyum ketika itu. Dia tidak perlu menjelaskan kepada kedua-dua rakannya itu, yang sudah bertunang, bahawa dia menyerahkan segala-galanya pada mak dan ayahnya. Dia lebih senang begitu. Kalau nak dibandingkan dengan ayah dan maknya, apalah sangat yang Athirah tahu tentang peribadi seorang lelaki.

  Itu cerita dua tahun lalu. Siti Hajar sudah putus tunang manakala Khatijah baru sahaja melahirkan seorang bayi lelaki yang cukup comel. Itulah, tiada siapa yang dapat meneka apa yang bakal terjadi. Athirah? Dia masih sendiri.

  Pintu lif tiba-tiba terbuka ketika Athirah asyik mengelamun. Kakinya melangkah terus ke dalam lif tetapi terhenti seketika apabila ada tubuh yang berdiri betul-betul di tengah lif. Jarang sekali itu terjadi, apatah lagi lif tidak punya penghuni lain. Athirah rasa terpanggil untuk mengetahui siapa yang berbuat begitu. Pandangannya diangkat untuk menatap wajah manusia di depannya.

  Bagai direntap jantung Athirah bila dilihat bahawa orang itu adalah lelaki yang selalu dilihatnya selama ini. Dan lelaki itu sedang tersenyum padanya. Athirah terus tertunduk malu. Jejaka itu melangkah lebih jauh ke dalam lif, memberi laluan kepada Athirah.

  ‘ Maaf,’ lelaki itu bersuara.

  ‘ Tidak mengapa,’ Athirah menjatuhkan pandangan pada kasut sendiri. Jantungnya menghentam kuat tulang rusuk, seakan-akan mahu melompat keluar. Tidak pernah Athirah berperasaan sebegitu.

  Mereka berdua bungkam. Athirah cuba menahan diri daripada memandang jejaka tersebut. Dia takut, takut sungguh. Dia tidak mahu memulakan sesuatu yang akan membuatkan dia menyesal seumur hayat. Dia tidak mahu melanggar prinsip sendiri.

  Pertemuan itu membuatkan Athirah semakin tidak keruan. Malam itu, dahinya sedikit panas. Sampai sahaja di rumah, Athirah mula bersin tidak berhenti.

  ‘ Athirah, hujan tidak ribut tidak, kamu demam selsema?’ tegur Tuan Fadhli ketika makan malam.

  Athirah tidak berjaya menjawab soalan tersebut apabila dia sekali lagi bersin.

  ‘ Air-cond sejuk sangat ni,’ celah Puan Jamilah.

  ‘ Maksu demam ye? Mari Amin tengokkan,’ anak buahnya, Amin yang berusia 6 tahun cuba membantu.

  ‘ Ha Amin, nak jadi doktor pula? Bukan kamu tukang masak ke?’ Tuan Fadhli mengusik cucunya yang sulung itu.

  ‘ Ala Atuk, itu kerja sambilan,’ Amin tersipu-sipu.

  ‘ Eh budak ni,’ semua di meja tertawa.

  Bijaknya Amin. Macam tu ke anak aku nanti? Athirah bertanya sendiri.

  Ish, ke situ pula aku ni.

  ‘ Aih. Tadi macam sakit sangat. Yang tersenyum-senyum ni kenapa Athirah?’ Itu suara Balqis, kakak iparnya yang seorang lagi.

  ‘ Mak, tak lama lagi la ni,’ tiba giliran Alif pula mengusik.

  Puan Jamilah memandang dengan renungan penuh makna. Pelik benar anak gadisnya yang seorang ini.

                                                                           *    *    *

  Usai solat isya’, Athirah merebahkan diri ke atas katil. Dia belum kebah lagi daripada kejutan yang terjadi petang tadi. Sudah enam bulan, tidak pernah sekalipun dia melihat lelaki itu di sekitar pejabat. Di ruang lobi mungkin tetapi tidak di dalam lif. Sungguh dia terperanjat.

   Kedengaran pintu bilik diketuk. Badan Athirah terasa berat tetapi digagahkan juga untuk bangun, takut-takut kalau yang mengetuk pintu itu salah seorang daripada anak buahnya.

  Wajah Puan Jamilah yang tersenyum, menunggu di balik daun pintu.

  ‘ Mak,’ segera Athirah memaut tangan Puan Jamilah. Kepala yang terasa berat, dilentokkan ke bahu emaknya.

  ‘ Athirah…’ sebaik sahaja duduk di katil, Athirah kembali merebahkan kepala ke pangkuan maknya.

  ‘ Mak, tolonglah Athirah mak. Tadi Athirah jumpa dia dalam lif,’ Athirah memang sangat manja dengan ibunya. Dan lebih-lebih lagi ketika perkara yang sedang dilalui sekarang, lagilah manja Athirah jadinya. Soal hati dan perasaan.

  ‘ Athirah, kalau berkawan kan tidak salah? Kenapa sampai begini jadinya?’ Puan Jamilah mengusap kepala anaknya penuh kasih-sayang. Sungguh dia bersyukur kepada Tuhan dikurniakan anak seperti Athirah. Sedikit pun kasih-sayangnya tidak berkurang kepada ibu bapa.

  Athirah bangkit dari pembaringan.

  ‘ Athirah takut mak. Sudah banyak benar contoh yang ada depan mata. Athirah takut kalau Athirah hanyut,’ air mata tidak henti-henti mengalir dari kolam air mata gadis itu, tidak ubah seperti empangan pecah.

  Puan Jamilah mula gelisah.

  ‘ Jadi, Athirah mahu mak buat apa?’

  ‘ Kahwinkan sahaja Athirah mak. Athirah percaya pilihan mak dan ayah adalah yang terbaik.’

  Bait-bait perkataan yang terkeluar daripada bibir Athirah kedengaran cukup tegas.

  ‘ Tapi Athirah… kamu sudah habis fikir?’

  Athirah cuma mengangguk. Sudah lama dia memintak petunjuk daripada Tuhan dan sudah berkali-kali juga hati kecil Athirah berbisik supaya urusan ini diserahkan sahaja kepada kedua orang tuanya.

  Puan Jamilah memeluk Athirah kejap. Naluri keibuannya berbisik yang Athirah memang sudah nekad, keputusan yang dibuat tidak akan mampu diubah. Entah mengapa, birai mata Puan Jamilah turut sama penuh dengan air jernih.

  Sesudah pelukan itu terlerai, dikucupnya dahi Athirah. Dan Athirah pula tersenyum, dadanya terasa lapang sekali. Kedamaian menyelinap perlahan tetapi pasti, membawakan satu macam rasa yang cukup enak.

  ‘ Dia cakap begitu?’ Tuan Fadhli bertanya pada isterinya minta kepastian. Aneh benar permintaan ini.

  Puan Jamilah hanya mampu menggangguk.

  Tuan Fadhli menanggalkan ketayap di kepala. Digaru kepala yang tidak gatal.

                                                                     *    *    *

    Perbualan antara Puan Jamilah dan Athirah sudah dua minggu berlalu. Sudah nampak perbezaan pada Athirah, dia tidak lagi sugul seperti selalu. Dan seperti sudah ditakdirkan, Athirah tidak lagi bertemu dengan lelaki tidal bernama yang selalu dilihat itu. Hatinya lega.

  Petang itu, Athirah pulang awal. Baru sahaja dikuaknya pintu, Amin meluru ke arah Athirah. Terperanjat Athirah dibuatnya kerana jarang benar Amin berkelakuan begitu.

  ‘ Hey Amin, kenapa ni?’ Athirah memegang bahu anak buahnya itu.

  ‘ Tadi ada orang datang, Maksu,’ Amin membuka bicara sambil terjengket-jengket. Amin seolah-olah begitu teruja.

  ‘ Ok…’

  ‘ Bila Amin tanya, ayah cakap itu kawan Maksu. Tapi atuk dengan nenek gelak-gelak je.’

  Aneh. Seingat Athirah, tiada rakan-rakan lelaki yang sampai dibawa pulang ke rumah.

  ‘ Atuk cakap, itu Paksu Amin.’

  Pegangan di bahu Amin terlepas. Athirah tersenyum. Alhamdulillah.

                                                                              *    *    *

    ‘ Gambar budak tu, ayah belum dapatkan lagi, Athirah,’ ujar Tuan Fadhli, sekembalinya beliau dari masjid.

   Athirah memalingkan wajah mengadap Tuan Fadhli. Dilihat wajah ayahnya itu sedikit berkerut. Risau barangkali kalau pilihannya ditolak.

  ‘ Ayah, kalau ayah rasa dia sesuai untuk Athirah, Athirah terima je.’

  ‘ Betul ni? Kamu yang nak meneruskan hidup dengan dia nanti,’ Tuan Fadhli mengambil tempat duduk di meja makan. Athirah berhenti di sudut meja.

  ‘ Kalau ayah dah berkenan dengan peribadi dia, Athirah terima.’

  Malam itu, Athirah tidur dengan begitu lena sekali. Tiada sedikit pun ragu atau risau yang singgah di dalam hati kerana menyerahkan keputusan pada ibu bapanya.

  Pagi-pagi lagi Athirah sudah terserempak dengan jejaka misteri itu. Lelaki itu tersenyum padanya. Athirah tersenyum sedikit, tidak mahu dianggap sombong. Mujur sahaja telefon Athirah berbunyi, tidaklah dia terpaksa berbual dengan lelaki tersebut.

  Tengahari pula, mereka terserempak di depan surau. Lelaki yang tidak diketahui namanya itu sedang memakai kasut. Tenang sungguh air mukanya.

 Bergayut rasa sayu di hati Athirah. Eloknya peribadi lelaki ini. Sudahlah rupanya elok, menjaga kewajipan sebagai seorang hamba Tuhan pula.

  Tetapi sudah terlewat, Athirah tidak boleh berpatah semula. Tidak ketika ini.

                                                                             *    *    *

  Sungguh hati Athirah berdebar-debar. Masakan tidak, hari ini dia akan bertemu buat kali pertama dengan bakal suami dan juga bakal mertuanya.

  ‘ Ish, Athirah buat apa kat sini? Biarlah Kak Long dengan mak kat dapur ni,’ kakak iparnya, Zaharah menghalau Athirah yang sibuk mengeluarkan pinggan mangkuk dari almari.

  ‘ Ala Athirah nak tolong sikit je ni.’

 ‘ Kan dah siap semua ni? Kamu bukan jaga bahagian ni. Kamu jaga bahagian ruang tamu,’ tegas kakak iparnya. Kalau sudah memang tauke kedai makan, bisik hati Athirah.

  Sudah lama rumah mereka tidak berseri sebegitu rupa. Lain benar susunan di dalam rumah ini. Bagaikan nak menyambut menantu pun ada juga. Mungkin sebab sudah lama tidak menyambut orang baru, beginilah.

  Ayah dan mak nampak begitu gembira sekali. Yalah, siapa yang tidak risau jika anak perempuan dalam jagaan masih belum bersuami sedangkan usia sudah makin meningkat.
 
  Athirah tersenyum, tangan pula rancak menepuk bantal sebelum diletakkan kembali ke atas sofa.

  ‘ Maksu, orang dah sampai!’ jerit Amin dari luar rumah.

  ‘ Assalamualaikum!’ terdengar laungan orang memberi salam.

  Athirah menjenguk keluar. Cepat-cepat dia beralih ke dapur.

  ‘ Mak, orang sana dah sampai,’ Athirah mencuit Puan Jamilah.

  ‘ Baik. Mak keluar dulu. Kamu tunggu sini,’ Puan Jamilah mengelap tangan yang basah.

  Athirah mula rasa gementar. Dia sudah hilang akal apa yang mahu dibuatnya kerana semuanya sudah tersedia. Cawan dan minuman hanya tinggal untuk dihantar keluar sahaja.

  Masa terasa berlalu dengan cukup pantas. Tahu-tahu sahaja, kakak iparnya sudah mencuit pinggang supaya dihantar dulang ke depan.

  ‘ Baca bismillah. Jalan tu elok-elok,’ Kak Longnya mengusik. Athirah sudah hilang kebolehan untuk memberi sebarang jawapan.

  Ruang tamu yang tadinya riuh dengan suara orang bercakap, jadi senyap sunyi sebaik sahaja bayang Athirah muncul. Semua mata tertumpu pada gadis itu, menjadikan dia cukup kekok. Mujur sahaja dulang yang penuh dengan barangan kaca itu selamat mendarat di atas meja.

  ‘ Inilah Athirah,’ Puan Jamilah bersuara. Hendak tak hendak, Athirah terpaksa mengangkat muka dan bersalaman dengan tetamu-tetamu di depannya.

  ‘ Ouh ini Athirah,’ sahut perempuan berbaju kurung biru di depannya. ‘ Lebih manis dari dalam gambar, ye bang?’

  Athirah berpaling pula pada lelaki berusia yang turut duduk di kerusi.

  ‘ Athirah, inilah Iskandar. Kenal-kenallah.’

  Mati-mati Athirah ingatkan yang datang cuma ibu bapa lelaki tersebut. Dan dia hampir menampar diri sendiri bila lihat lelaki yang sedang duduk di kerusi yang berada di sudut ruang tamu. Sungguh dia tidak percaya.

  ‘ Kita jumpa lagi,’ ujar lelaki itu sambil tersenyum. Athirah ingin tertawa.

  Athirah mengingatkan diri sendiri untuk tidak lupa sujud syukur pada Tuhan. Kuasa Tuhan menemukan mereka berdua. Dan Athirah tidak perlu risau lagi. Dia dan lelaki tidak bernama, yang kini sudah dikenalinya, InsyaAllah berada pada jalan yang betul.

ALUNAN bacaan ayat-ayat suci Al-Quran bergemersik di sekitar ruang bilik sederhana besar yang menghadap hutan kecil yang dipenuhi dengan rimbunan pohon-pohon maple yang sudah luruh daun-daunnya. Penuh tartil dan khusyuk Ida Laila membaca kitab suci yang mengandungi pelbagai hikmah dan teladan itu. Nada suaranya tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Cukup untuk telinganya menangkap bunyi suaranya sendiri.

Seketika kemudian, kedengaran pintu bilik ditolak, sedikit menganggu tumpuan Ida Laila. Segera dia menghabiskan ayat terakhir Suratul Baqarah lalu mengucup kitab suci itu penuh syahdu.

“Assalammualaikum,” tegur Ida Laila pada rakan sebiliknya yang sedang berbaring di atas katil.

“Hmm...” balas sahabatnya itu.

“Memberi salam itu sunat sedangkan menjawabnya wajib,” ujar Ida Laila masih dalam keadaan bertelekung.

“Waalaikummussalam...” acuh tak acuh sahaja sahabatnya itu menjawab.

“Kamu dari mana Intan? Sudah pagi baru pulang...” soal Ida Laila.

Study...” jawab sahabatnya yang bernama Intan itu dengan malas.

Study? Di mana? Dengan siapa?” Ida Laila bertanya lagi.

“Wei, kau boleh jangan banyak soal tak? Aku penat ni!” bentak Intan lantas mengambil bantal lalu menekup kepalanya.

Ida Laila menggeleng. Dia bangun lalu melangkah ke meja belajar dan meletakkan Al-Quran yang dibaca tadi di atas para yang dilekapkan pada dinding bercat putih itu. Telekung yang membaluti tubuh dibuka lalu digantung di penyidai bersama-sama dengan sejadah. Dia mengerling jam di dinding. Sudah pukul 07.15 minit pagi. Rakan sebiliknya itu dipandang sekilas. Intan Liyana. Sudah setahun menjadi rakan sebiliknya yang menuntut di Universiti Tokyo di Jepun ini. Masing-masing mengambil bidang kejuruteraan mekanikal dan berada di kelas yang sama.

Sewaktu perkenalan pertama mereka dahulu, Intan seorang gadis yang sangat peramah dan penuh bertenaga. Senang sekali dia berkawan dengan sahabat yang begitu bersemangat untuk belajar. Cuma sejak kebelakangan ini, sedikit-sebanyak sahabatnya itu berubah laku.

Dahulu, kepalanya sentiasa dilitupi dengan tudung, melindungi aurat dari terdedah. Namun kini, rambutnya yang panjang kehitaman itu meliuk-lintuk untuk ditatapi semua, lebih-lebih lagi yang bukan muhrim. Tambahan pula pakaiannya berubah sangat drastik. Dari baju kurung dan blaus lengan panjang, sudah bertukar menjadi skirt paras lutut dan baju lengan pendek. Kadang-kadang sengaja menampakkan bentuk tubuhnya yang bergetah itu.

Intan yang dikenalinya setahun dulu sangat berbeza dengan Intan yang ada di hadapan matanya sekarang. Intan kini tidak lagi segan silu menayangkan auratnya untuk tatapan bukan muhrim. Puas diselidik punca perubahan pada diri Intan namun Ida Laila tidak ketemu jawapan. Sebagai sahabat, apatah lagi seagama, sungguh dia risau akan perubahan pada diri Intan. Nasihat dan tegurannya tidak pernah diendahkan. Ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Sia-sia sahaja.

Tiba-tiba Intan bangkit dari baring. Dia mencapai beg sandangnya lalu mengeluarkan sesuatu. Hampir terkeluar biji mata Ida Laila melihat kotak rokok di tangan sahabatnya itu.

“Intan! Kamu kenapa?” soal Ida Laila.

“Apa?” Intan buat-buat tidak faham.

“Itu... Di tangan kamu. Bukankah rokok?”

So?” ujar Intan sambil mengangkat kening.

“Intan, cukuplah! Jangan menyeksa diri kamu begini. Kamu sedar tak apa yang kamu sedang lakukan ini? Apa masalah kamu Intan? Ceritakan pada saya. Saya sudi mendengar...” pinta Ida Laila lalu melangkah ke katil Intan dan kemudian melabuhkan punggung di sebelah sahabatnya itu.

Euuww, please! Aku mana ada masalah. Kau tu je yang tak tahu nak enjoy. Kau asyik terperap kat dalam bilik ni, apa yang kau dapat?” Intan bertanya pada Ida Laila.

“Kita datang ke sini untuk belajar Intan, bukan berseronok. Kamu sudah lupa tujuan kamu sebenar ke sini?”

“Belajar, belajar juga. Time enjoy, we enjoy... you should try hanging out with our classmates. Robby, William, Sandra... They all are marvelous!” ujar Intan lalu cuba menyalakan rokok dengan pemetik api di tangan namun segera dirampas oleh Ida Laila.

Intan membalas renungan tajam rakan sebiliknya itu. Hatinya dilanda hangat.

Give it back to me, Ida!” desak Intan.

“Tidak! Saya tidak mahu lihat kamu begini lagi. Kamu tahu merokok itu memudaratkan bukan? Kamu itu perempuan Intan! Perempuan tidak seharusnya merokok,” tegas Ida Laila.

Intan tersengih mendengar bicara Ida Laila. Dia cuba mengambil pemetik api dari tangan sahabatnya itu namun Ida Laila mengenggam pemetik api tersebut penuh erat.

“Kau ni kenapa? Bukannya senang kita nak enjoy kat luar negara ni tau. No parents to control us, no teachers to guide us, everybody here live just to enjoy...” kata Intan.

Ida Laila melepaskan keluhan, berat.

“Walau tiada ibu bapa yang memantau, tiada cikgu yang peduli, tetapi setiap apa yang kita lakukan itu, bukankah terang-terangan dilihat oleh Allah Yang Maha Esa? Kamu lupa? Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mengetahui,” bidas Ida Laila.

Intan mencebik. Ida Laila memang naif orangnya. Kolot dan ketinggalan zaman. Asyik dengan buku-buku pelajaran dan kitab Al-Quran. Tidak pandai bersosial pula tu. Tidak pernah walau sekali dia melihat Ida Laila berbual-bual dengan rakan lelaki di dalam kelas. Rata-rata rakan lelaki tidak berani mendekati Ida Laila. Sombong sangat kata mereka.

Kalaulah rakan sebiliknya itu mengerti betapa bahagianya hidup di rantau orang ini, pasti dia akan menyesal kerana tidak menggunakan peluang yang ada sebaiknya.

“Sudah Intan! Saya tidak mahu lihat kamu merokok lagi. Pemetik api ini saya simpan!” ujar Ida Laila lalu bangun meninggalkan sahabatnya itu dengan hati yang rawan.

*  *  *  *  *

“ASSALAMMUALAIKUM,”

Ida Laila tersentak sedikit. Dia menjawab salam yang diberi lalu matanya bertentang dengan seorang pemuda berkemeja kotak-kotak yang memakai cermin mata berbingkai putih itu.

“Jauh termenung?” soal Fahmi.

Ida Laila mengukir senyum. Sedekah pada pemuda yang berumur dua tahun lebih tua darinya itu, pelajar tahun ketiga jurusan kejuruteraan elektrik dan elektronik. Perpustakaan agak lengang dengan pengunjung petang itu. Tidak ramai pelajar yang singgah ke sini pada waktu petang kerana mereka lebih gemar beristirehat di bilik atau beriadah.

Bagi Ida Laila, lebih baik dia menggunakan peluang ini untuk mengulangkaji pelajaran. Di luar angin musim luruh sentiasa berhembus dingin, membawa khabar dari musim sejuk yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Apa yang merunsingkan awak?” soal Fahimi lagi.

“Tiada apa-apa. Maaf, saya harus pulang,” ujar Ida Laila lalu bingkas bangun.

Dia tahu tidak manis kelihatan berdua-duaan dengan Fahmi. Walaupun lelaki itu kelihatan baik namun dia sebenarnya tidak dapat menahan debar ketika berhadapan dengan lelaki bermata bundar itu. Entah mengapa ada resah yang menjalar di segenap urat nadinya.

“Awak masih tak dapat terima cinta saya?” tanya Fahmi tiba-tiba sekaligus menghentikan langkah Ida Laila.

“Bila kamu sudah benar-benar mencintai Allah dan rasul-NYA, kemudian mencintai ibu dan ayah kamu, keluarga kamu, barulah selepas itu baki cinta kamu diserahkan pada saya dan saya akan menerimanya dengan rela hati, Insyaallah...” balas Ida Laila lalu melangkah pergi.

*  *  *  *  *

KERDIPAN bintang di langit begitu mempersonakan seperti hamparan permata yang berkilauan. Maha Suci Allah, Tuhan yang mencipta semesta alam. Ida Laila berdiri di jendela, cuba mengira butir-butir bintang yang bergelantungan di dada langit. Dia tahu walau mengambil masa seumur hidupnya pun, dia tidak akan habis mengira butiran bintang tersebut. Begitulah hebatnya kuasa Yang Maha Pencipta.

Perlahan-lahan, Ida Laila dibawa mengimbau kenangan silam, sekitar setengah tahun yang lepas sewaktu perkenalannya dengan pemuda bernama Mohd Fahmi di jamuan Hari Raya Aidilfitri di bangunan kedutaan Malaysia di Tokyo itu. Pemuda itu yang menegurnya dahulu, mengenalkan diri dan mereka berhubung sehingga kini.

Tidak dinafikan, ada kasih yang mula bertunas di taman jiwa. Ada sayang yang berputik di sudut kalbu. Cuma, Ida Laila sedikit bimbang. Dia takut perasaan cinta itu akan membawanya hanyut ke dalam lautan nafsu yang penuh godaan. Nauzubillah, mohon dijauhkan. Dia sentiasa berdoa pada Yang Maha Esa, moga dilindungi dirinya dari segala macam bentuk godaan.

Bunyi tolakan pintu mengejutkan Ida Laila. Wajah kusut Intan menyapa pandangannya. Tanpa salam, gadis itu terus menerpa ke arah Ida Laila membuatkan gadis itu sedikit kaget. Intan teresak-esak penuh hiba.

“Masyaallah... kenapa ni Intan? Kenapa kamu menangis begini?” tanya Ida Laila, gusar.

“Tolong aku Ida! Tolong aku!” pinta Intan.

“Ya, saya tolong tapi kamu kenapa?”

Intan terus menangis. Ida Laila cuba mententeramkan sahabatnya itu. Diminta Intan mengucap dan bertenang. Diusap belakang gadis itu lembut. Seketika kemudian, Intan mula tenteram namun masih ada esakan kedengaran.

“Sekarang beritahu saya, apa yang sebenarnya berlaku?” tanya Ida Laila pada Intan.

“A... aku... mengandung Ida...” terang Intan.

“Astaghfirullah... Kamu biar benar Intan?”

Intan menganguk sebagai jawapan kepada pertanyaan Ida Laila tadi. Rakan sebiliknya itu menekup mulut serasa tidak percaya.

“Siapa bapanya Intan? Siapa?”

“Ed... Edward...” takut-takut Intan bersuara.

Mendengar nama itu Ida Laila terasa semangatnya terbang melayang. Intan sudah terlalu jauh melangkah dalam dunia ciptaannya sendiri. Intan sudah tewas pada gelodak nafsu. Apa yang akan berlaku seterusnya pada gadis ini? Jika di Malaysia, bolehlah dibawa ke rumah keluarga tetapi ini di luar negara. Sangat sukar untuk diuruskan.

“Apa yang aku patut buat Ida?”

“Pertama sekali kamu harus bertaubat Intan. Memohon ampun pada Allah atas dosa yang telah kamu lakukan. Zina itu termasuk dalam salah satu dosa besar. Bertaubatlah... Allah itu Maha penerima taubat...” jawab Ida Laila.

“Ta... tapi Edward suruh aku gugurkan anak ini sementara masih janin lagi,” ujar Intan.

Ida Laila mengusap dadanya lantas menyebut nama Tuhan yang satu. Sudah tidak waraskah Intan? Sudahlah melakukan zina, dan kali ini hendak membunuh pula? Ya Allah... Kau berilah petunjuk pada sahabat saya ini.

“Bawa mengucap Intan. Bayi itu tidak bersalah. Tergamak kamu mahu membunuhnya? Dia anak kamu Intan, anak kamu! Anak yang akan memanggil kamu ibu, yang akan menghiasi hidup kamu dengan gelak-tawa, yang akan melindungi kamu di hari tua. Jangan jadi manusia yang kejam Intan!” bicara Ida Laila.

“Apa yang aku nak buat Ida? Apa yang aku nak buat? Macam mana kalau pihak universiti tahu?”

“Saya akan cuba tolong kamu Intan. Jangan risau. Insyaallah, berdoalah pada Allah, moga diberikan petunjuk untuk keluar dari masalah ini,” ujar Ida Laila sambil menggenggam tangan Intan, erat.

*  *  *  *  *

“SAYA dengar Intan sudah dihantar pulang ke Malaysia?” tegur Fahmi.

“Assalammualaikum,”

“Waalaikummussalam. Maaf, saya tidak sengaja,” ujar Fahmi lalu mengambil tempat di hadapan Ida Laila.

Perpustakaan universiti kala itu agak penuh dengan para pelajar. Waktu tengah hari begini memang sesuai menghabiskan masa di perpustakaan kerana di luar, suhu semakin menurun. Musim sejuk yang akan datang nampaknya dilalui Ida Laila seorang diri. Setelah berjumpa dengan kaunselor universiti dan atas keputusan dekan fakulti, Intan diberhentikan dari universiti dan dihantar pulang ke Malaysia. Walau keputusan itu mengecewakan Intan, dia harus redha. Segala yang terjadi adalah berpunca dari kesilapan dirinya sendiri yang terlalu mengikut telunjuk nafsu.

“Iya, dia sudah dihantar pulang dua hari lepas,” jawab Ida Laila lalu memandang rakan sekelas, Mikao yang tekun mencatat nota dari buku rujukan di hadapannya.

“Kenapa?” soal Fahmi, ingin tahu.

“Masalah peribadi,” ringkas jawapan Ida Laila.

Masing-masing diam selepas itu. Ida Laila kembali semula memberi tumpuan pada buku di hadapannya. Fahmi pula seperti cacing kepanasan lagaknya. Semacam ada sesuatu yang ingin disuarakan tetapi gugup.

“Kamu kenapa Fahmi?” soal Ida Laila apabila menyedari pemuda itu masih belum berganjak dari duduknya.

“Er... ini...” ujar Fahmi lalu mengeluarkan sebuah bungkusan dari beg kecil yang dibawanya lalu bungkusan itu diserahkan pada gadis bertudung labuh rona coklat cair itu.

“Apa ini?”

“Bukalah di bilik nanti. Saya minta diri dulu. Assalammualaikum,” ucap Fahmi lalu bangun dan melangkah pergi.

“Waalaikummussalam,” jawab Ida Laila seraya hatinya berdetak curiga.

*  *  *  *  *

PENUH cermat bungkusan kecil pemberian Fahmi itu dibuka. Ida Laila terpana melihat sebuah kotak biru di tangan kanannya. Dibuka kotak itu perlahan-lahan dan terlopong dia dengan kilauan sebentuk cincin yang amat cantik. Subhanallah... apa maksudnya ini Fahmi? Bersama-sama kotak cincin itu disertakan sepucuk surat. Dengan debar Ida Laila membaca setiap patah kata yang dicoret di atas kertas putih itu.

Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Ida Laila,

Maaf jika kedatangan surat ini menganggu awak. Apatah lagi dengan pemberian saya itu. Terus-terang, sejak kali pertama bertemu, saya sudah jatuh hati pada awak. Sentiasa teringatkan awak dan berdebar bila berhampiran dengan awak. Ya, pada mulanya, saya kira ini adalah nafsu kerana saya terpikat pada kecantikan awak.

Namun, mengenali awak hampir setahun ini, awak berjaya membuka mata saya bahawa cinta itu adalah perasan yang suci. Perlu keikhlasan dan bersifat melindungi. Bukannya kerana kecantikan rupa paras atau kekayaan seseorang.

Awak mengajar saya agar menyintai Allah dan Rasul-NYA, serta ibu bapa dan keluarga. Insyaallah, saya sedang belajar menyintai semua itu. Dan cinta yang selebihnya berbaki dalam hati ini, saya serahkan semuanya pada awak. Justeru, cincin itu adalah tanda saya ingin melamar awak menjadi suri dalam hidup saya.

Saya tidak mahu ikatan cinta ini dicemar dengan nafsu. Saya mahu ikatan cinta ini halal di sisi Islam. Oleh itu, jika awak juga menyimpan rasa yang sama, sarungkanlah cincin ini di jari manis. Jika hasrat hati saya ini ditolak, saya faham. Mungkin saya tidak sesuai dengan gadis yang peribadinya begitu baik sekali. Mungkin saya tidak layak buat gadis yang hatinya suci sekali.

Saya mengerti, sesungguhnya cinta kepada Allah itu adalah sebaik-baik cinta. Cinta yang sejati. Dan perasaan cinta saya ini untuk awak, adalah kerana DIA. Sekian.

Salam hormat,
Muhammad Fahmi

Ida Laila membuang pandang ke arah jendela. Daun-daun maple yang gugur memenuhi lantai bumi. Warna daunnya yang kuning keemasan, sedikit mengusik hati Ida Laila. Kemudian, dialihkan pandangan ke lazuardi yang membiru. Ada wajah Fahmi terlakar di situ.

‘Ya Allah, jika pemuda itu ditakdirkan untuk saya, berilah saya petunjuk-MU,’ detik hati Ida Laila.

Serentak dengan itu terdengar namanya dilaung. Pantas Ida Laila mencari empunya suara dan matanya tertancap pada Fahmi yang sedang melambai tangan ke arahnya dari kejauhan bersama-sama kumpulan pelajar lelaki lain yang baru tiba untuk membersihkan rimbunan dedaun maple kering yang luruh di padang yang terletak di belakang hostel tempat dia menginap. Semilir petang yang bertiup membuatkan beberapa helai dedaun maple luruh ke tanah, sama seperti rindu di hati yang sirna melihat wajah pemuda itu.

“Jika ini petunjuk-MU Ya Allah, saya redha...” ucap Ida Laila lalu membalas lambaian tangan Fahmi.

TAMAT


Aku yakin tadi saat aku melintas di hadapan Dewan Melati, kau asyik memandang aku. Malah dengan yakin juga aku katakan, lima belas minit tak cukup untuk kau menatap aku. Dalam hati kau memohon supaya aku berada di situ lebih lama dari selalu. Mungkin juga seperti waktu aku berada di kafeteria untuk makan tengah hari dan ketawa menampakkan kedua belah lesung pipitku.Kau mencuri pandang tapi sebaik sahaja aku memandang ke arah kau, kau berpaling.Pura-pura tak melihat ke arah aku.

 Kau tak pernah sepengecut itu jadi kenapa kau tak berani menghampiri aku?

 Aku keluar dari kafeteria bersama Reen. Menolak daun pintu kaca itu.

 Waktu kami berjalan,semua lelaki di koridor memandang. Sesekali kedengaran bunyi mereka bersiul-siul.

 Ah,macam ni rasanya jadi gadis cantik, seronok tapi merimaskan!

 Kau tersenyum bila melihat aku berjalan keluar tapi kau tak berani mendekat. Cuma memandang dan terus memandang. Sejak bila kau jadi macam tu?

 Mail melihat kau senyum tak henti-henti. Sah. Kau angau! Mail melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka kau tapi kau masih tersengih. Masih menopang dagu di meja.

 “Oi! Berangan apa?.”

 Kau tersedar. Memandang Mail.

 “Err..kau cakap apa tadi?.” Kau garu kepala yang tak gatal. Mail pula serentak itu menepuk dahinya.

 “Parah. Parah.” Mail kembali menyedut Limau Ais sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

 Memang kau makin parah. Mungkin sejak dari kali pertama kau melihat aku?

 Tempat duduk kita berbeza tiga baris. Aku berada di hadapan manakala kau di belakang. Kau memang selalu di belakang, kadangkala bersama Mona, kadangkala bersama Ann dan kadangkala bersama entah siapa-siapa lagi. Dewan kuliah yang besar ni memang tak memungkinkan lecturer untuk ambil kisah mengenai pelajarnya. Malah, kalau orang luar masuk sekalipun tak ada siapa yang tahu.

 Tapi sejak aku datang. Aku tak pernah tengok mana-mana perempuan lagi di sisi kau. Kau kelihatan fokus tetapi selang lima minit mencuri pandang. Fokus yang penuh kepura-puraan. Ke arah mana lagi kalau tak ke arah aku? Biasanya bila itu terjadi, Reen akan menyiku bahuku dan aku tersenyum kecil.  Aku akan menoleh ke belakang menyebabkan kau memandang hadapan kembali.

 Malam ni,di dewan Melati. Kolej kita adakan malam pre-graduasi. Aku menjadi penyambut tetamu. Menanti dimuka pintu dengan belon hitam putih di tangan. Kau melangkah tetapi belum sempat masuk kau berhenti dan berada di sisiku. Turut sama berdiri. Kau sentuh tangan aku perlahan, mencapai beberapa keping tentatif program. Di telingaku, kau berbisik:

 “Awak comel. Tak patut pun buat kerja ni.” Aku tersenyum dan menjawab.

 “Thanks.”

 Aku capai tentatif lain dan bergerak ke pintu yang satu lagi. Sombong dan jual mahal. Jangan ingat aku senang termakan pujian!

 Kau memandang dengan wajah hampa. Mungkin terfikir apa wajah tampan kau sudah tidak laku?

 Isnin, 4 Mei 2010.
 8:45 pagi

Aku baru melangkah masuk bilamana seorang budak perempuan comel menghampiri aku. Baju yang dipakainya sangat sama dengan baju yang aku pakai malam pre-graduasi tempoh hari. Di tangannya, sejambak ros putih besar. Budak kecil itu tersenyum dan aku tahu kau memerhati.

 Lalu baju aku ditariknya. Aku turunkan kakiku. Berdiri sama paras dengannya.

 “Ada abang kasi dekat akak.” Aku senyum. Mencuit pipi sekecil itu lalu menciumnya perlahan.

 “Terima kasih.” Dan si comel itu berjalan meninggalkan aku. Terkedek-kedek berlari ke arah seorang perempuan yang berapron. Pada apron itu tertera ‘Seri Florist’.

 Reen berlari ke arah aku.

 “Wah! Ada orang dapat bunga!!.” Sedikit teruja. Entah, kenapa aku tak rasa apa yang Reen rasa?

 “Kau suka?.” Aku bertanya ke arah Reen. Ringkas.

 “Eh,mestilah. Mana ada perempuan tak suka bunga.” Aku terus meletakkan jambangan tersebut dalam dakapan Reen.

 “Amiklah. Ada je orang yang tak suka bunga.” Aku berjalan mendahului Reen. Aku tahu kau masih memerhati.

 “Er..siapa?.” Reen garu kepala tapi dah tersenyum sebab suka. Wajahnya dirapatkan ke arah bunga-bunga tersebut.

 “Aku.” Lepas je bercakap terus aku pandang ke arah tempat kau berdiri tadi.Bukan, menghendap tadi. Hilang. Mungkin kau hampa lepas mendengar apa yang aku katakan.

Selasa,12 Mei 2010
 2:05 petang

Bila aku melabuhkan punggung ke kerusi, baru aku perasan ada sekotak Ferro Roche bentuk hati yang siap dengan teddy bear kecil di atas buku Sketch of Frank Gehry aku.

 “Siapa punya ni?.” Aku bertanya ke arah Reen.

Aku lihat kau berjalan naik ke arah tempat duduk belakang. Seperti biasa. Aku kalihkan muka. Enggan memandang.

 “Entah. Eh ada nota lah.” Reen tarik nota yang terselit di bawah coklat tersebut.

 “Ada orang mungkin tak suka bunga tapi tak mungkin coklat”
                                                                                         Adam

 Huh! Aku mendengus geram. Menghentak buku di atas meja. Kau memandang lagi. Ingin melihat reaksiku barangkali. Aku diam. Berfikir. Aku buka reben merah yang membaluti kotak Ferro Roche itu. Satu persatu bebola coklat dengan pembalut gold itu aku keluarkan.

 “Nah, pas-pas dekat semua orang.” Aku sengih. Yang pasti kau dah menepuk dahi ketika itu.

 Jumaat,15 Mei 2010
 8:55 malam.

Aku menunggu di bus stand seorang diri. Reen dah balik lepas kelas tadi. Tengah asyik mendengar lagu ‘Dare You To Move - Switchfoot’ dari iPod warna hijau epal milik aku,seorang lelaki berkumis tebal menghampiri.

 “Hai Dik. Balik seorang je ke?.” Aku perasan di belakangnya ada lagi tiga lelaki turut sama menghampiri.

Aku ketap bibir. Memejamkan mata. Berharap agar bas cepat-cepat tiba. Baru sahaja lelaki tadi mahu mengelus pipiku, kau muncul.

 Seperti hero dalam novel atau drama Tamil dikaca tv, kau membelasah mereka satu persatu. Dalam  hati aku menyatakan rasa kagum tapi aku cukup kenal kau. Lalu aku tersenyum sinis dibelakang. Aku pasti, mereka-mereka itu telah kau upah! Apa kuasa kasanova kau dah cukup lemahkah kini Adam? Atau hanya lemah di sebabkan aku?

 Kau menarik nafas tercungap-cungap. Barangkali penat berlakon. Aku lihat lelaki-lelaki tadi juga memainkan watak mereka dengan jayanya. Berlari dengan lintang-pukang. Rasanya, aku pun perlu memainkan watak aku sekarang. Mungkin babak jual mahal sudah cukup untuk beberapa bulan ini. Rasanya sudah tiba masanya untuk aku memainkan watak seorang gadis yang terkulai layu di tangan heronya.

 Lalu aku membuat muka cemas. Menghampiri kau. Melihat kalau-kalau ada luka atau kecederaan fizikal akibat aksi kau melawan mereka sebentar tadi. Aku menarik nafas lega melihat kau selamat dan kau tersenyum ke arah aku.

 “Awak...thank you.” Suara aku mendatar. Sayu.

 Air mata mula bergenang. Aku cuba mengimbau kalaulah kau tak ada ketika ini, mungkin aku sudah selamat menjadi lauk habuan jantan-jantan keparat tadi. Berlakon.Cuba menghayati watak yang aku mainkan.

 “It’s okay. Nasib baik awak selamat.” Adam memandang ke jalan. Kemudian ke langit. Melihat bintang-bintang yang berkedipan.

 “Kalau awak tak ada tadi, tak tahulah apa akan jadi dengan saya. Saya—”

 Kau cepat-cepat memintas. Meletakkan jari telunjuk tepat dibibir aku.

 “Kan saya ada ni. By the way, I’m Adam.” Kau menghulurkan tangan. Aku tanpa ragu-ragu terus menyambutnya mesra. Mata aku masih berkaca. Suaraku serak. Bahuku terhingut-hingut.

 Kemudian, tanpa perlu menunggu lama. Aku terus memeluk kau. Menangis teresak-esak dalam dakapan kau.Kau membalas kembali pelukan aku. Cuba menenangkan aku dari terus menangis dan menangis.

 Di belakang kau, aku tersenyum. Kau memang bodoh!

 Isnin,15 Jun 2010
 9:00 pagi

Genap sebulan kita berkawan. Sejak sebulan lepas dan selepas insiden bus stand tu, kau sentiasa berada dengan aku. Baik ketika ada Reen mahupun bila Reen balik. Setiap hari, kau sentiasa datang lebih awal dari aku. Duduk dibangku di tepi koridor di jalan menuju ke kelas kita. Pagi ni, kau masih menunggu, dengan sebatang rokok Dunhil di tangan.

 Sebaik saja kau nampak aku, mata kau bersinar ceria. Rokok di tangan kau campakkan ke lantai. Memijaknya sampai bara merah itu hilang.

 “Hei Elly!.” Kau menghampiri aku.

 Aku terus berjalan. Tersenyum. Rokok Salem Menthol aku hulurkan.

 “I tak sukalah bau Dunhil. Busuk!.” Aku berjalan melepasi dia. Menghampiri dan memberikan sebuah ciuman dipipi. Kau tersenyum.

 “I peliklah dengan you ni. Girls selalunya tak suka guys yang hisap rokok.” Kau bertanya. Mungkin pelik dengan tindak tanduk aku. Ada aku peduli ke kau nak hisap ke tak?

 “Have I ever said that I like you?.” Aku mengangkat kening. Ketawa sebelum berlalu meninggalkan kau yang terpinga-pinga.

 Tak berpuas hati mungkin. Kau mengikut langkahku tapi aku diam. Hanya tersenyum walaupun macam-macam perkara cuba kau tanyakan. Sudahnya kau pasrah. Turut sama berdiam dan mengikut langkah aku ke kelas.

 I'm not in the mood to play around with you!

 Khamis, 16 Julai 2010
 10:05 pagi

Kau tak ke kelas hari ini,pening kepala dan demam. Bila kau cuba mengangkat kepala, kau jatuh kembali diatas katil. Dah dua minggu aku berdiam tanpa khabar berita.Mungkin kau sakit sebab terlalu rindukan aku. Bila kau ke kelas, aku tak bercakap dengan kau langsung. Telefon pun tak diangkat. Kau semakin keliru. Beberapa minggu sebelum ini aku sendiri katakan pada kau yang aku sangat cintakan kau. Malah buat pertama kalinya bibir kita bertemu dan kau jadi sasau.

 Malam itu,malam aku menerima cinta kau. Aku pandang ke dalam anak mata kau. Lalu berpura-pura yang aku juga sukakan kau. Dalam hati aku ketawa besar melihat betapa senangnya kau dipermainkan. Kita berbalas ciuman. Kau memeluk aku, malah aku juga memegang kemas kemeja kau dan jemari ini berlari-lari di atasnya. Membuka butang satu persatu. Membalas setiap ciuman yang kau berikan.

 Dan bila kau terjatuh di atas katil itu,waktu kedua ibu bapa kau sibuk ke majlis hingga lewat malam. Aku pandang ke arah jam di atas meja. Pukul 3:00 pagi.

 Tiba-tiba aku menolak kau sebelum sempat semua butang baju kau, aku buka.

 “I nak balik. Bye.” Aku menyisir rambutku yang serabai. Mencapai handbag dilantai dan menuruni anak tangga. Kau terpinga. Cuba mengejar. Bila kau turun, hanya daun pintu yang terbuka manakala aku dah menghilang.

 “Arghh..sakit!.” Kau mengerang. Lagi-lagi bila mengingati apa yang telah terjadi. Seumur hidup kau, aku adalah perempuan paling susah untuk diramal. Kalau gadis lain, dalam masa seminggu sahaja dengan mudah kau tawan tapi bukan aku. Tangan kau mencapai Panadol Actifast. Selesai menelan dan meneguk air dalam gelas kaca itu. Kau memejamkan mata. Memicit dahi perlahan-lahan. Kepala kau masih berdenyut-denyut.

Kau capai henfon dihujung katil. Menaip sms kepada Mail. Malah dalam sms itu, nama aku masih lagi menjadi topik utama. Bukan mengenai keadaan kau yang sakit, atau supaya menyuruh Mail memberitahu lecturer sebab kenapa kau tak hadir ke kuliah.

 Mail, Elly datang tak?

 1 SMS sent.

 Tutt..tuttt.. henfon kau berbunyi. Nada deringnya biasa sahaja sebab kau memang tak suka bising atau lagu-lagu panjang.

 Ada. Kenapa? Apsal kau tak datang ni?

 SMS dari Mail penuh tanda risau. Kau tak ambil peduli. Terus tangan menekan listname, mencari nama aku.

 Elly,I miss you. I sakit. Please datang rumah I after the class.

 Aku tersenyum bila melihat sms dari kau. Dah nak mati dah ke? Bagus!

 Aku menaip ringkas. Membalas sms dari kau, sebelum menekan button off dan kembali menghadap skrin. Surat dari University of Aberdeen dah aku terima beberapa minggu lepas. Esok hari terakhir aku disini.

 Okay

 Kau menerima sms ringkas dari aku. Tersenyum sebelum jatuh pitam.

 Jumaat, 17 Julai 2010
 11:30 pagi

Aku dah berada dalam flight menuju ke Aberdeen. Seorang attendan flight ramah menghampiri. Memberikan aku segelas fresh orange.

 “Yes Miss, anything else that I can do for you?.” Mata hijau hasil pemakaian contact lens itu aku tatap.

 “I need newspaper.” Aku menjawab ringkas. Dia mengangguk dan menghilang ke bahagian hadapan. Rasanya di bahagian terakhir sebelum kokpit, tempat mereka selalunya menyediakan makanan.

 Dia kembali dengan tiga suratkhabar ditangan. Aku mengambil Utusan Harian.

 Aku menyelak satu persatu suratkhabar itu. Di muka surat kelima, terpampang wajah kau yang tersenyum.

“ANAK TUNGGAL DATO’ FAKHRUL RAZI MENINGGAL DUNIA”

 Aku tersenyum puas. Terus mata aku membaca satu persatu berita yang tertera.

 “....siasatan awal pihak polis mendapati mangsa mengalami pendarahan perut. Punca sebenar kematian mangsa masih lagi disiasat...”

 Teruskanlah siasatan. Aku pasti korang takkan dapat jumpa apa-apa pun. Kalau jumpa pun, nak salahkan siapa? Tak ada bukti aku yang bagi Asphalt tu. Racun yang membunuh secara perlahan.

 Adam Haikal bin Dato’ Fakhrul Razi. Siapa sangka kau mati macam ni? Aku tersenyum sinis.

IMBAS KEMBALI- HARI SEBELUMNYA
 Khamis, 16 Julai 2010
 3:30 petang

Sebaik sahaja aku sampai di rumah kau. Kau dah terjelepuk di tangga.Lembik. Mungkin akibat cuba menggagahkan diri untuk bangun. Aku menghampiri. Membantu kau untuk duduk disofa. Kau tersenyum ke arah aku. Wajah kau dah mula pucat lesi.

 “Glad you come.I miss you Elly.” Suara kau perlahan.

 Aku tersenyum sinis. Terdiam. Bila kau cuba bangun memegang bahu aku. Aku menepis kasar.

 “Kenapa you berubah? Kenapa tiba-tiba you macam ni? Angkat call I pun tak nak.” Aku masih diam. Aku takkan cakap apa-apa sampai kau sujud dan merayu dikaki aku.

 “You tahu tak...seumur hidup I, I tak pernah rasa sayang macam ni sekali. I truly love you.” Suara kau pasrah. Air mata mula bergenang. Aku lihat wajah kau yang tak terurus. Kau memang lemah Adam!

 “Hmm..macam ni jugaklah kau cakap dekat adik sepupu aku kan Adam?.” Kau keliru. Masih buntu dengan apa yang aku perkatakan. Pandangan mata kau mula kabur.

 “Oh,tak faham? Setahun lepas, ada sorang budak baru nama dia Zulaikha. Dia ambil kos accounting. Kau ingat dia lagi?” Aku tarik nafas dalam-dalam. Cuba mengumpul kekuatan.

 “Dah puas aku cakap dekat kau. Jangan kacau dia. Jangan buat apa-apa dekat dia tapi kau degil!. Aku tak kisah kalau kau tolak cinta aku Adam sebab aku sedar aku siapa. Gemuk, hitam,hina dimata kau!.” Aku terus mengherdik kau. Kau dah terduduk kembali di lantai. Terbatuk. Kau tahan dengan tangan kemudian kau lihat darah.

 “Ika sepupu kau?.”Kau bertanya. Geli hati mendengar aku bertanya dengan keadaan separuh sedar.Mungkin kau rasa berpinar-pinar ketika itu.Aku terus ketawa.

 “Ye.Dia sepupu aku! Cantikkan dia? Tak macam aku...” Air mata mula luruh membasahi pipi.

 “Tapi takpe... kau tengok sendiri, akhirnya kau gak yang jatuh ke tangan aku. Nak tahu kenapa? Sebab kau bodoh!.” Aku ketawa berdekah-dekah. Setahun yang lalu, penat aku nasihatkan Zulaikha supaya jangan jatuh cinta dengan kau. Aku sendiri tak dapat nafikan yang aku sangat mencintai kau. Aku jatuh cinta, sejak pertama kali aku melihat kau ketika kita di sekolah menengah. Kita satu kelas tapi aku tahu, kau tak pernah perasankan aku.

 Malah aku berusaha untuk masuk ke U yang sama dengan kau semata-mata untuk dekat dengan kau. Pernah sekali aku nekad, meluahkan perasaan melalui surat tapi kemudiannya aku jadi malu sendiri sebab kau pijak maruah aku. Kau jadikan aku bahan jenaka. Surat aku kau photostat dan sebarkan pada semua. Sejak itu,aku akur. Orang macam kau memang tak layak untuk dicintai!

 Bila aku nasihatkan Zulaikha, maka telinga aku sendiri jadi pedih tapi aku tahu, cinta itu membutakan mata dan hati. Zulaikha jadi buta.

 “Kak Lyn jangan sibuk boleh tak? Ika taulah Kak Lyn jealous sebab Adam suka Ika.” Kata-kata Ika terngiang-ngiang di telinga aku.Terus aku menekup telinga. Memejamkan mata.Kedengaran suara kau terbatuk lagi.

 Aku lihat kau dah terbatuk-batuk lagi. Kali ini lebih kuat. Darah keluar membuak.

 “Adam, you okay tak? Adam!.” Aku goncangkan bahu kau yang dah makin lembik. Lemah tak bermaya.

 “Hahaha. Kau tengok? Pandaikan aku berlakon?.” Aku mengirai rambut aku kembali. Meniup kuku perlahan dan menggosok ke baju.

 Zulaikha pun bodoh. Dengan mudahnya dia percaya pada setiap kata-kata kau. Aku tak pasti Ika mangsa kau yang keberapa tapi bila perutnya mula memboyot, Ika jadi pendiam. Puas aku pujuk dia untuk bercerita tapi dia lebih senang mengurungkan diri dan satu hari, hostel kami gempar. Aku berlari bila mendapat telefon dari roomatenya. Bila aku sampai, semuanya dah terlambat. Ika bunuh diri.

 “Semuanya sebab kau! Sebab kaulah dia bunuh diri!.” Mata kau dah berkedip-kedip. Sekejap pejam sekejap celik.

 “Sedap tak Salem yang aku selalu kasi tu?.” Aku ketawa lagi.Aku lihat kau dah mengerang menahan sakit sebelum pengsan tak sedarkan diri. Aku menghela nafas. Mendail nombor telefon Mail. Suara aku mula teresak-esak bercampur cemas.

 “Mail... please help me!! Adam...dia pengsan.”

 8:05 malam

Aku tiba ke balai polis sambil ditemani oleh Reen. Air mata dari tadi tak henti-henti luruh dari jatuh. Mail menunggu di sana sambil ditemani Dato’ Fakhrul dan isterinya. Aku duduk dan mengesat air mata yang berlinangan.

 “Uncle, Auntie..saya minta maaf kalau kata-kata saya bawa prespektif yang buruk pada arwah tapi percayalah, saya sayangkan Adam sebagai kawan.” Dato’ Fakhrul menghampiri aku.

 “Tak apa Elly. Reen dan Mail dah ceritakan semuanya. Sekarang ni you cuma perlu bagitahu apa dah jadi.” Aku mengangguk sambil menggenggam tangan Reen.

 “Encik,saya datang tadi sebab dapat sms dari Adam. Dia cakap dia sakit. Dua minggu lepas kami ada bergaduh sebab saya cakap saya nak teruskan belajar dekat Aberdeen. In fact, esok flight saya. Dia cakap dia cintakan saya tapi saya tak rasa benda yang sama.” Aku berhenti seketika. Menarik nafas berat.

 “Tadi waktu saya sampai, dia merayu dekat saya. Dia cakap dia tak sanggup nak lepaskan saya. Tiba-tiba dia terbatuk-batuk lepas tu darah keluar...”Aku tak jadi untuk meneruskan. Air mataku luruh lebih laju. Aku terus memeluk Reen menyatakan kesalku sebab tak menerima kau.

 Reen tepuk bahu aku perlahan.

 “Betul encik. Apa yang Elly cakap semuanya benar. Saya sepatutnya menemani Elly ke rumah Adam tapi kunci loker saya hilang. Elly risau sangat pasal Adam jadi saya suruh dia pergi dulu. Waktu saya sampai, Mail dan Elly dah naik ambulan untuk hantar Adam ke hospital.” Reen bersungguh-sungguh mempertahankan aku.

 “Pasal Elly ke Aberdeen, ini bukan kebetulan. Saya dan Reen memang tahu Elly akan ke Aberdeen tapi kami tak sampai hati nak bagitahu Adam. Entahlah..saya tengok Adam terlalu sayangkan Elly.” Mail pula mencelah kemudian terdiam. Dalam hati aku yakin, alibi yang ada sudah cukup untuk menyelamatkan aku daripada menjadi suspek kes ini.

 Oh ye, sebelum aku terlupa. Mesti kau pelik kenapa aku sangat berbeza dari yang dulu kan? Untuk membalas dendam terhadap kau, aku sanggup ke Thailand membuat plastic surgery dan liposuction. Aku pasti kau mesti tak pernah terfikir yang aku adalah aku bukan? Sangat pasti! Malah rasanya, kau sendiri tak pernah tahu nama sebenar aku sebelum ini. Aku tersenyum sebelum melipat kembali Utusan Harian tadi. Memandang keluar, melihat gumpalan awan sebelum kedengaran pengumuman bahawa sebentar lagi flight yang aku naiki akan mendarat ke bumi Aberdeen.

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini