rss


Aimi dongak ke langit. Matahari memancar terik atas kepala. Matanya disepetkan, tak tahan dengan silau cahaya yang terang. Dia pandang pula ke arah bangunan di depannya. Nampak sudah agak lama dengan cat yang semakin pudar. Namun di situlah dia akan menghabiskan minggu orientasi selama seminggu.

Selesai mendaftar, dia terus disuruh ke bilik di tingkat satu, blok A yang terletak atas bukit. Beg sebesar pemeluk diheret perlahan menaiki bukit yang agak tinggi menuju ke blok A. Aimi terus menapak perlahan. Tangan kanan mengheret beg besar, tangan kiri pula menjinjing beg kecil. Sampai saja di bilik, dia melihat ada dua buah katil yang sedikit berhabuk. Diperhati sekitar bilik, nampaknya teman sebilik belum sampai.

Aimi rebahkan diri di atas katil. Penat mengheret beg tadi masih terasa. Sekali lagi dia melihat sekitar bilik. Ada dua buah almari pakaian dan dua buah meja belajar di letak di tepi tingkap. Memang sah bilik yang seluas bilik kecil di rumahnya hanya untuk memuatkan dua pelajar saja.

Tiba-tiba bunyi siren yang kuat dan diselangi dengan pengumuman menyuruh semua pelajar baru ke dewan makan dengan segera. Aimi bergegas keluar bilik dan terus menuju ke dewan makan yang terletak di sebelah blok B. Sekali lagi dia terpaksa turun bukit dan melangkah laju ke arah dewan makan.

“Hah! Kenapa lambat?” Seorang fasilitator menegur Aimi yang termengah-mengah menahan nafas.

“Err..lambat ke?” Aimi pandang kiri kanan. Semua pelajar lain sudah siap beratur dalam barisan.

“Saya maafkan awak sebab ini kali pertama. Masuk barisan sekarang!”

Aimi segera beratur di barisan paling dekat dengannya. Dia berdiri di celah-celah pelajar perempuan. Masing-masing senyap. Kepala masing-masing tunduk seolah-olah ada raja zalim sedang bertitah di depan. Dia sempat jeling tag nama pada fasilitator yang menegurnya tadi. Wan Azman.

“Okey! Mulai hari ini kamu semua akan menjalani minggu orientasi selama seminggu. Proses pendaftaran sudah pun berakhir. Sekejap lagi waktu makan tengah hari. Sila beratur masa ambil makanan nanti!” Wan Azman, dengan suara lantang memulakan mukadimah pengenalan minggu orientasi.

“Tapi sebelum tu, kami perkenalkan semua fasilitator di kolej ni..” Wan Azman berpaling kepada kawan-kawannya yang berada sama baris dengannya. Masing-masing mula perkenalkan diri.

“Okey! Dah kenal semua? Saya nak kamu semua hafal setiap nama fasilitator di depan ni!” Wan Azman senyum.

Semua pelajar baru mengangguk. Aimi pula cuba jenguk setiap tag nama pada setiap fasilitator. Huh! Nasib baik ada name tag! Buat apa nak hafal! Apa punya bodoh la ketua Fasilitator ni! Aimi gelak sendiri.

*****

HABIS makan, semua pelajar baru disuruh berehat di bilik masing-masing sambil mengemas mana yang patut. Aimi mula menapak ke bilik.

Di bilik, Aimi mula mengemas. Pakaian dalam beg besar disusun kemas dalam almari pakaian. Novel kegemarannya pula disusun di rak depan meja belajar. Radio kecil yang dibawa bersama diletak tepi kiri meja belajar. Dia capai penyapu yang diletak di luar pintu bilik dan mula membersihkan lantai yang sedikit berhabuk. Di jeling pula jam loceng yang diletak atas meja belajar, sudah hampir tiga petang. Dia segera capai tuala dan terus ke bilik air yang terletak di hujung floor.

Selesai solat zuhur, Aimi menyambung semula mengemas mana yang patut. Patung beruang besar pemberian abangnya diletak di kepala katil.

“Siapa room mate aku ni?” Aimi berfikir sendiri. Dia pandang katil sebelah. Masih kosong. Sejak pagi tadi hinggalah sekarang, belum nampak batang hidung teman sebiliknya muncul.

MALAM itu, Aimi sendirian di bilik. Dia melihat sekitar bilik sambil memeluk patung beruang yang sama saiz badannya. Matanya liar memandang segenap penjuru bilik. Sesekali dia merenung katil kosong dan meja belajar kosong di sebelah. Masih tiada tanda-tanda penghuni lain di situ selain dirinya.

“Hmm..takkan aku tak ada room mate..aku tengok bilik lain semua berdua..agaknya belum sampai lagi kut..” Aimi berfikir lagi. Dia terus baring sambil memeluk patung beruang sebagai peneman tidur. Aimi lena bersama patung beruang yang erat dalam dakapannya.

*********

AIMI genyeh mata. Dia tekan lampu kecil di jam loceng. Sudah enam pagi. Dalam keadaan gelap begitu, dia segera capai tuala dan terus ke bilik air. Kelihatan pelajar baru lain sudah ramai beratur menunggu giliran untuk mandi dan buang air. Hampir lima belas minit baru gilirannya tiba. Hari itu dia hanya mandi ala kadar. Tak sampai lima minit, dia sudah keluar dari bilik mandi.

“Awak duk bilik mana?” Tanya salah seorang pelajar yang sudah tercegat di depan pintu bilik dekat dengan bilik air. Aimi terpaksa melalui beberapa buah bilik lain sebelum sampai ke biliknya.

“Bilik kedua hujung!” Aimi senyum.

Mereka sempat berkenalan.

Aimi meneruskan langkahnya menuju ke bilik sambil mengesat rambut basah dengan tuala.

“Aik! Bila room mate aku sampai?” Aimi pandang katil yang sudah siap kemas dan meja belajar penuh dengan buku-buku kemas diatur di sudut kanan meja sebelah. Almari pula penuh dengan pakaian berjenama.

“Ohh..anak orang kaya rupanya..patutlah daftar lambat!” Aimi intai almari sebelah.

Pagi itu, Aimi mengenakan baju kurung biru dan tudung putih bersulam bunga biru kecil di tepi tudung. Dia segera ke dewan makan untuk sarapan.

“Di minta semua pelajar baru ke dewan makan untuk sesi pengenalan minggu orientasi!” Tiba-tiba suara dari pembesar suara bergema seluruh asrama.

Aimi mula menapak turun ke dewan makan. Ramai pelajar lain ke dewan makan berdua dengan room mate masing-masing. Dia hanya jeling. Mana room mate aku???

Tiba di dewan makan, Aimi segera beratur seperti yang diarahkan. Selesai ucapan dari ketua fasilitator, semua pelajar dibenarkan bersarapan.

“Awak! Mari sini!”

Aimi menoleh ke arah suara garau di sebelah kirinya. Wan Azman, ketua fasilitator sudah tercegat sambil cekak pinggang. Dia segera mendekati lelaki garang itu sambil membawa tray berisi nasi lemak.

“Mana nasi saya?”

Aimi tercengang. Aik! Tanya pulak! Ambik sendiri la! Rengusnya sendiri.

“Err..ada kat sana..” Aimi tunjuk ke arah pelajar yang sedang beratur mengambil makanan.

“Saya tahu la! Maksud saya, bila saya tanya macam tu, awak kena ambil untuk saya! Faham!” Wan Azman masih cekak pinggang.

“Hah! Macam tu ke? Mana saya boleh tafsir kata-kata awak tu..” Aimi pandang Wan Azman dengan wajah cuak.

“Menjawab! Mari sini!” Wan Azman ambil tray Aimi dan diletak atas meja makan panjang.

“Awak nampak hujung sana tu?”

Aimi memandang ke arah jari telunjuk yang dituding Wan Azman. “Nampak!”

“Awak kira benda tu sampai habis! Kalau tak tepat, saya tak bagi tray nasi awak ni! Faham!”

Aimi garu kepala. Dia mula melangkah ke arah sudut yang ditunjuk ketua fasilitator tadi. Sampai saja di situ, Aimi garu kepala sekali lagi. Biar betul! Takkan aku kena kira benda ni! Adoiii!!

Dia jeling Wan Azman yang masih memandangnya tidak berkelip. Cepat-cepat dia mengira lalat yang melekat pada lidi yang telah dilumur dengan getah perangkap lalat. Bukan satu lidi tapi lebih sepuluh lidi tercacak di atas span. OH! TIDAK!!!

***************

HARI menginjak malam, hari itu dia cukup geram. Geram dengan sikap Wan Azman yang membulinya pagi tadi hanya kerana tidak faham maksud kata-katanya tadi. Hari pertama minggu orientasi telah bertukar hari sakit hati! Dia lihat katil sebelah.

“Mana room mate aku ni?” Aimi mula bingung. Sudah dua hari dia di situ, kelibatnya belum nampak.

“Ah! Dia ada tu..mungkin dia lepak kat bilik lain..” Aimi terus capai tuala ke bilik mandi

Malam itu, Aimi menyambung kembali membaca novel kegemarannya. Minggu orientasi begitu, kelas belum bermula. Dia ada banyak masa untuk habiskan novel yang hanya tinggal suku lagi untuk sampai ke hujung cerita. Patung beruang dipeluk erat. Lagu dari corong radio berkumandang perlahan memecah keheningan malam.

Sesekali dia jeling jam di meja belajar. Sudah menghampiri sebelas malam. Dia mula menguap. Matanya terasa berat.

Aimi genyeh mata bila terasa bahunya disentuh. Rupanya dia tertidur masa baca novel tadi. Perlahan dia menoleh ke arah seseorang yang sedang tersenyum kepadanya. Seorang gadis cantik berkulit putih dengan lesung pipit di kedua belah pipi. Manis!

“Err..awak sapa?” Aimi genyeh mata lagi. Dia mula bangun dan duduk di kepala katil sambil memeluk patung beruang.

“Saya Asha. Room mate awak.” Asha senyum sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.

“Ohh..saya Aimi. Bila sampai?” Aimi pandang sekitar bilik.

“Baru tadi.” Asha senyum lagi sambil duduk di kerusi meja belajar.

Aimi jeling jam di meja belajar. Sudah lebih dua belas tengah malam. Dia minta diri untuk sambung semula tidur.

*****************

PAGI-Pagi lagi Aimi bergegas ke dewan makan, takut terlambat. Tak fasal-fasal kena denda lagi macam semalam.

“Eh! Kenapa aku tak ajak room mate aku sekali?” Aimi baru tersedar yang dia terkocoh-kocoh keluar dari bilik tanpa menghiraukan teman sebilik.

“Ah..lantaklah! Nanti aku lambat, kena kira lagi benda tu! OH! TIDAK!!”Aimi melangkah laju.

Nasib baik pagi itu dia tidak kena denda. Dia jeling di sudut meja hujung, kelihatan semua fasilitator sedang menikmati sarapan. Mereka berbual sambil gelak-gelak. Menyampah!!

Selesai sarapan, semua pelajar disuruh berkumpul di dewan pelajar di sebelah dewan makan. Aimi bersama pelajar lain mula melangkah masuk ke dewan pelajar. Mereka disuruh duduk bersila mengikut barisan masing-masing. Lelaki dan perempuan diasingkan. Aimi bersama pelajar lain mula mendengar syarahan dari ketua fasilitator.

“Okey! Hari ini kami nak kamu semua perkenalkan room mate masing-masing!” Wan Azman mula bersuara sambil berpeluk tubuh di depan pelajar baru.

Aimi ternganga. Dia perhati semua pelajar di dewan itu. Matanya melilau mencari Asha. Tak ada! Hatinya mula resah. Mana Asha ni?? Haru la macam ni!! Aimi garu kepala lagi.

Dia jeling lagi. Seorang demi seorang pelajar mula memperkenalkan room mate masing.masing. Ah! Macam mana ni??? Aduhh!!! Aimi mula kelam kabut. Peluh mula menitik di dahi.

“Awak??”

Aimi mendongak. “Hah!!”

“Ya! Awak! Giliran awak perkenalkan room mate dan room mate awak akan perkenalkan awak pula.” Wan Azman senyum.

“Haa..err…emm…” Aimi mula menggelabah.

“Apa haa..er..emm??? Mana room mate awak?” Wan Azman beliakkan mata. Minah ni selalu buat hati aku sakit!

“Se..sebenarnya..dia tak ada kat sini..” Aimi tunduk. Die jeling lagi pelajar di situ. Memang kelibat Asha tak ada!

“Tak ada? Mana boleh? Siapa nama room mate awak?”

“Asha!” Aimi pandang Wan Azman. Wajahnya mula pucat. Mampus aku! Mesti kena denda lagi ni! OH! TIDAK!!!

“Asha!!” Wan Azman mula panggil nama Asha dengan suara kuat. Bergema suara nyaringnya di dalam dewan itu.

Diam. Senyap.

Sekali lagi Wan Azman menjerit nama Asha. Senyap.

“Baiklah! Lepas ni awak jumpa saya di bilik fasilitator! Pelajar lain ikut arahan fasilitator lain!” Wan Azman mengarahkan Aimi ke biliknya.

***********

AIMI melangkah perlahan ke dalam bilik fasilitator. Wan Azman sudah siap menunggunya sambil memandang tepat ke arahnya. Dia berdiri macam patung di depan meja.

“Siapa nama awak?” Wan Azman berpeluk tubuh. Matany tepat merenung Aimi yang tunduk dari tadi.

“Aimi.” Aimi masih tunduk. Tidak berani memandang wajah lelaki yang mula meluat pada pandangan matanya.

“Mana room mate awak?”

Aimi masih tunduk. Aduh!! Macam mana aku nak cakap ni??? Asha pun satu! Mana dia pergi ni???

“Err..malam tadi dia ada tapi pagi ni tak ada pulak!” Aimi masih tunduk.

“Saya tak faham! Sekejap ada, sekejap tak ada! Awak ni cakap apa?” Wan Azman bersuara tegas.

“Betul a..abang..” Aimi mula garu kepala. Tiba-tiba terpacul dari mulutnya perkataan ‘abang’

Wan Azman senyum. Lembut bila gadis itu panggilnya abang. Kembang hidungnya seketika.

“Ehem! Nanti kalau dia ada, suruh jumpa saya di bilik ni! Tapi sebelum awak pergi, nampak tu?” Wan Azman tuding ke arah sebuah tangki di sudut bilik.

Aimi menoleh. Seketika kemudian dia angguk.

“Saya nak awak kira semua ikan yang ada dalam tu! Tepat!” Wan Azman masih duduk di situ berpeluk tubuh.

Gila??? Kira ikan dalam akuarium tu??? Kalau ikan tu mati okeylah jugak…ni tengah riang berenang ke sana kemari!! OH! TIDAK!!!!

Aimi segera mendekati akuarium dan mula mengira ikan –ikan kecil yang seronok berenang. Aduh!! Ikan oi!! Freeze la!! Macam mana aku nak kira ni!!!

Wan Azman masih memerhati Aimi terbongkok-bongkok mengira ikan berenang. Dia gelak sendiri. Kiralah Aimi! Sampai esok pagi pun kau tak bleh kira dengan tepat!

***********

MALAM itu, sekali lagi Aimi sakit hati. Semalam dia kena kira lalat yang melekat kat lidi, hari ini pulak kena kira ikan berenang pulak!! Geram!!

“Mana Asha ni? Sebab kaulah aku kena kira ikan!!” Aimi pandang katil Asha yang masih kemas. Patung beruang yang dipeluknya diramas kuat sampai tercabut hidung hitam beruang itu.

Aimi segera mencapai novel dan terus menyambung kembali membaca di muka surat yang ditanda semalam. Jam di meja belajar sudah hampir dua belas malam. Dia segera ke bilik air bila terasa sakit perut. Terkocoh-kocoh dia berlari.

“Aimi! Kau nak ke mana?” Tiba-tiba Asha menegurnya.

Aimi pandang belakang. Dia mengerutkan kening. Tiba-tiba Asha muncul di situ. Aimi mula keliru. Tadi masa dia keluar dari bilik tadi, tak ada sesiapa pun di situ.

“Bilik air! Sakit perut!” Aimi terus berlari.

Sampai di bilik air, kakinya terhenti. Terkejut melihat Asha di sudut singki di hujung bench berhadapan cermin bilik air.

“Err..Asha..awak kan tadi kat bilik?” Aimi garu kepala.

Asha diam. Dia hanya senyum.

Aimi semakin bingung. Ah! Biarlah! Aku sakit perut ni! Nanti terberak kat sini pulak! Dia segera masuk ke tandas.

“Kenapa dia ada kat sini? Tadi aku nampak kat bilik? Takkan cepat benar dia berjalan? Aku yang berlari bagai nak rak tadi pun..tak tertahan dah..” Aimi masih berfikir sambil meneran.

Lega. Dia tarik tali flush dan segala-galanya telah selamat. Aimi keluar dari tandas dengan perasaan lega. Matanya melilau mencari kelibat Asha. Tak ada. Dah masuk bilik agaknya! Fikirnya sendiri.

Dai terus meninggalkan bilik air dan melangkah ke arah biliknya. Kelihatan bilik lain kebanyakannya sudah gelap. Ada yang masih bersembang di sebalik pintu yang terbuka sedikit. Sesekali mereka senyum kepadanya.

Sampai di bilik, Asha telah pun tidur. Aimi duduk di katil sambil peluk patung beruang. Hidung beruang tadi dicantum semula. Kesian kau bear, hidung kau tercabut! Aimi masih betulkan hidung patung beruangnya.

Dia jeling Asha yang tidur membelakangkannya. Hmm..Asha memang cantik. Kulit putih, gebu, rambut panjang hitam berkilat. Mesti ramai yang jatuh cinta. Aimi masih menatap teman sebiliknya yang tidur lena mengadap dinding.

Ingin saja dia tanya fasal hal tadi tapi dibiarkan saja. Biarlah Asha tidur. Esok pagi, dia akan tanya. Aimi tutup lampu dan mula tidur.

*************

“AIMI!”

Aimi berpaling.

Kumari senyum. Dia menginap di bilik berhadapan dengan bilik Aimi.

Aimi turut senyum. Dia jenguk ke dalam bilik Kumari. Yvonne, teman sebilik Kumari turut senyum.

“Kumari, ada apa?” Aimi senyum. Dia berdiri di depan pintu bilik.

“Err..kau masuk bilik aku jap!” Kumari tarik tangan Aimi masuk ke biliknya. Pintu bilik ditutup rapat.

Aimi duduk atas katil Kumari sambil memandang Yvonne yang duduk di katil sebelah.

“Siapa room mate kau?” Tiba-tiba Kumari bertanya.

“Asha! Kenapa?” Aimi senyum.

“Tak nampak pun?” Yvonne pula menyampuk.

“Ada! Malam tadi dia tidur kat katil dia!” Aimi senyum lagi.

Yvonne dan Kumari saling berpandangan. Aimi pula hanya senyum.

“Kau pasti?” Kumari bertanya lagi.

Aimi mula pelik. Pasti?? Apa pelik benar soalan?

“Ya! Kenapa?” Aimi mula bertanya kembali.

“Err..tak ada apa..” Kumari bisik ke telinga Yvonne.

“Kau bisik apa? Tak baik tau bisik bila ada orang ketiga!” Aimi sengih.

“Tak ada apa..okeylah! Kejap lagi ada program kan?” Kumari cepat-cepat bersiap.

*************

AIMI masih memikirkan kata-kata Kumari sebentar tadi. Dia mula termenung. Jenuh otaknya menafsir setiap butir bicara Kumari. Pasti???

“Awak! Termenung dari tadi! Mari sini!” Wan Azman mengarahkan Aimi ke tempatnya.

Aimi hanya mengikut. Alamak! Mesti nak tanya fasal room mate aku ni!!

“Mana Asha?”

Aimi pandang Wan Azman. Sah! Dia tanya fasal room mate aku lagi!!

“Err..dia ada malam tadi tapi sekarang dah tak ada..” Aimi tunduk.

“Awak ni ..berbelit tau tak? Macam biskut! Sekejap ada, sekejap tak ada!” Wan Azman marah Aimi.

“Kalau awak nak jumpa dia sangat, datanglah bilik saya malam ni!” Aimi mula geram. Teringat Asha hanya ada waktu malam saja.

“Apa??? Apa awak cakap?”

Aimi terdiam. Eh! Apa aku cakap tadi ek??? Aduh!!

“Awak suruh saya ke bilik awak malam-malam? Apa, awak nak serah body awak ke?” Wan Azman sengih.

Aimi dongak. Matanya bulat memandang Wan Azman yang tersengih.

“Gila!!!” Aimi ketap bibir.

“Habis, kenapa suruh saya datang bilik awak malam-malam?” Wan Azman sengih lagi.

“Asha! Dia hanya ada waktu malam!” Aimi mula sakit hati.

Wan Azman diam. Dia mula berfikir. Dia suruh Aimi duduk di situ sementara dia keluar sebentar.

Aimi mula melangut di situ seorang diri. Gila!! Serah body??? OH!TIDAK!!!

*********

WAN AZMAN kembali semula ke bilik fasilitator bersama sebuha majalah di tangannya. Aimi masih di situ. Dia renung mata Aimi sekali lagi.

“Nama dia Asha kan?” Wan Azman pandang Aimi yang mula tunduk.

Aimi angguk.

“Nama penuh dia Asha binti Malik. Dia sebenarnya pelajar tahun satu di kolej ni dulu. Dia pernah duduk di bilik 4A di blok A.”

Aimi bingung. Itu bilik aku!

“Tengok ni!” Wan Azman suruh Aimi melihat majalah kolej yang ada gambar Asha.

Perlahan Aimi melihat gambar yang dimaksudkan Wan Azman tadi. Memang sah gambar Asha!

“Dia mati gantung diri di bilik tu setahun yang lalu sebab dirinya diperkosa teman lelakinya.” Wan Azman tutup semula majalah.

Aimi terkedu. Kaku. Kaget. Semua perasaan di hatinya kini sudah seperti nasi kerabu.

OH TIDAAAAAAAAAKKK!!!!!!

Aimi terus gelap mata.



Hidup di dunia ni penuh dengan caraban..eh salah! Cabaran la..mana da wujud caraban dalam kamus dewan..aduh!! apasal la kepala aku dh semakin tak betul nih? Dhiya mengeluh kecil. Sejak peristiwa tak jadi kahwin yang menimpanya, dia menjadi pendiam sangat. Sepuluh ditanya, setengah yang dijawabnya.

Dari tadi arina memerhati sahabat baiknya, Dhiya. Dia mengerti perasaan sahabatnya itu walau tidak sepenuhnya. Sikit pun jadilah..heheee.. sempat lgi dia mengumpat di dalam hati. Eh? Mengumpatkah namanya tu? Entahlah, sendiri mau fahamla.

Perlahan dia bangun melangkah ke arah Dhiya. Dia menepuk perlahan bahu rakannya sambil menghadiahkan senyum ceria. Sungguh dia tak tahan bila mulut becok yang mengalahkan mulut murai itu menjadi pendiam umpama kura-kura. Ek? Kura-kura pandai bercakap tak??

“Dhiya! Kuar jom. Temankan aku pergi tengok wayang jom. Aku nak tengok citer twilight breaking dawn la,“ ajak arina. Siap-siap dengan muka sedih tak sedih, macam nak menagih simpati saja lagaknya. Apapun, si Dhiya mesti dibawa kuar jugak harini kalau tak mau mati keboringan. Itu sebab kedua sebenarnya, yang pertama adalah dia mau menceriakan kawan baiknya itu. Tidak betah rasanya dia melihat keadaan dhiya yang pendiam sangat tu, sikit lagi nak kalahkan orang bisu.

“bukan haritu kamu da tinguk ka?”

“alaa Dhiya please…aku rindulah nak tatap wajah kekasih hatiku si edward cullen tu. Lagipun aku nak cari baju la. Dah lama tak shopping baju,” pujuk arina lagi sambil senyum tambah gula.

“bah! Yalah2. Aku temankan kau,”jawab Dhiya akhirnya, kesian pulak aku tengok si arina ni. Dia bukan pandai mengalah pun kalau aku tak mengalah. Asyik nak menang je keje. Sempat lagi Dhiya mengomel dalam hati.

***

“hai Dhiya!” sapa satu suara. Ketika itu Dhiya tengah syok membelek t-shirt. Mana tau berkenan, boleh beli kasi tambah koleksi baju hitamnya.

“eh kau zam! Sorang ke?”tanya Dhiya spontan.

“yalah! Tak ada yang sudi nak temankan, nak wat cam na.” siap-siap wat muka sedih pulak si shaizam neh.

“aik! Playboy pun pandai tak bertemankh?” sempat lagi dia mengusik shaizam. Hairan juga dia, dulu bukan main lagi, setiap bulan ada saja muka baru diperkenalkan kepada did ketika terserempak dengan si zam ni. Tapi mana ya, sejak akhir2 ini dia sering melihat shaizam keseorangan. Dah insafkah mamat ni??

“salahkah saya berubah Dhiya?”kata zam perlahan seperti bertanya kepada diri sendiri.

“cool la bro. bagusla tu kalau dah berubah. I’m happy for you.” Zam tersenyum manis mendengar ucapan itu.

“so how is your life dhiya? Is everything ok?”tanya shaizam lembut, prihatinla katakan.

“I don’t knowla zam. aku betul-betul rindukan dia. How could he do this to me,” keluh dhiya sambil tersenyum tawar.

“kau mesti kuat dhiya. Apa yang terjadi mesti ada hikmah di sebaliknya. Aku pun tak sangka perkara tu boleh terjadi.

“entahla zam. Mungkin TUHAN mau buka mataku supaya sedar dia bukan yang terbaik untukku,” kata dhiya perlahan. Namun siapa yang tahu, begitu pedih hatinya tatkala mengucapkan ayat itu. Dia percayakan ryan sepenuh hatinya. Kerna itu dia masih tidak dapat menerima hakikat yang menimpa ryan. Tidak mungkin ryan melakukannya, tapi aku tiada apa-apa yang boleh dijadikan bukti yang boleh membuktikan bahawa dia tidak bersalah.

“wah! Rancaknya korang berbual eh. Apa citer nih zam? Kongsi2 lah bro.” arina sudah berdiri tegak di sisi Dhiya, entah dari mana muncul tak pulak mereka sedar. Macam chipsmore la pulak, tadi tetiba hilang, skarang ni tetiba muncul plak.

“tak da apalah. Saja-saja borak kosong ngan dhiya ni. Kau pergi mana tadi?” tanya shaizam. Dhiya hanya tersenyum menoleh arina.

“aku pergi try baju la tadi. Kami dua mau tinguk wayang jap lagi. Kau mau join?”

“boleh sangat-sangat. Aku boring nak jalan sorang-saorang.”

***

Selepas makan malam, dhiya termenung di balkoni rumahnya. Arina pula tak dapat join, ada kerja katanya bila dhiya ajak dia lepak di balkoni. Merenung langit yang ditaburi bintang. Cantik! Syok-syok renung bintang tetiba terkeluar muka ryan seolah-olah tersenyum padanya.

“ryan..,” bisiknya perlahan. Ah! Napa harus jadi begini? Ryan, aku rindu sama kau.

Sejak kenal ryan dia tidak pernah melihat keburukan ryan. Ryan terlalu sempurna di matanya. Ryan caring. Ryan baik, menghormati orang tua. Taat pada agama. Karna itu dia terlalu cintakan ryan. Dia bersetuju untuk berkahwin dengan ryan. Namun, dia tidak pernah menyangka majlis perkahwinannya akan meninggalkan titik hitam dalam hidupnya.

***

Di majlis perkahwinan ryan + dhiya…

Mak andam tengah sibuk menyolek muka dhiya. Saudara kembarnya, si dhira pulak asyik keluar masuk dari bilik pengantin. Haishh… rimas dhiya melihatnya.

“sis! Duduk sinila. Temankan dhiya,”panggil dhiya tatkala dhira menguak pintu.

“so how? Dah readykah?” tanya dhira. Dia duduk di sebelah dhiya.

“ nak ready amende? Solek pun tak siap lagi ni,” jawab dhiya spontan. Dhira menepuk dahi. Apa punya budak, lurus bendul lah pulak. Ingat dah nak kahwin tak macam tu lagi.

“aduh! Kau nda faham ka aku tanya apa tadi? Aku tanya kau dah readykah nak jadi isteri abang ryan?”

“napa tanya? Kau da tips kah mau kasi sama aku?” tanya dhiya balik sambil tersenyum nakal.

“gatal punya kakak. Masi bawah umur ni manada tips mau kasi sama kau.”

“perasan betul la kau ni masi bawah umur. Agaknya dulu mummy banyak makan santan kelapa kot time mengandungkan kau,”kata dhiya sambil tersengih-sengih. Sebijik macam kerang busyuk.

“bukan mengandungkan kau sekali ka? Takkan lupa kot, kita kan kembar.” Membulat mata dhiya bila mendengar kata dhira. Kurang asam punya orang. Sempat lagi dia mencubit lengan si dhira.

***

Jam sudah menunjukkan pukul 1pm. Namun bayangan rombongan dari pihak pengantin lelaki masih belum kelihatan. Family dhiya termasuk dhiya sekali dah mulai resah. Manalah si pengantin lelaki ni??? Dhira duduk di sebelah dhiya untuk menenangkannya. Sudah berpuluh kali number handphone ryan dihubungi, namun tiada siapa yang menjawabnya.

Tetiba telefon di tangan dhiya bergegar menandakan ada panggilan masuk. Hampir terjatuh handphone kerna terlalu kelam kabut untuk menjawab panggilan. Sempat lagi dia melihat skrin, shaizam yang call.

“zam! korang mana?” trus dhiya bertanya tanpa sempat shaizam berkata dulu.

“dhiya sabar. Aku nak bagitau kau sesuatu. Harap kau tenang mendengarnya.” Dhiya sudah mula rasa kurang senang bila mendengar kata shaizam. Macam ada sesuatu yang buruk telah berlaku. Jantungnya berdegup kencang.

Ryan….bisik hatinya. Dia melarikan dirikah? Ishhh…tak mungkinlah. Kitaorang saling mencintai, bukannya kahwin paksa a.k.a pilihan orang tu. Atau dia kemalangan dan terus meninggal di tempat kejadian??? Hah!!! Yang tu lagi tak mungkin. Mintalah dijauhkan. Nanti aku nak kahwin ngan siapalah kalau dia meninggal dunia.

“bagitaulah cepat. Tak payah nak bermukadimah segala.” Sempat lagi dhiya membebel. Mamat ni lambat betul nak bagitau. Aku plak bukan jenis yang penyabar pun. Dahla jantung ni dah bekerja lebih, kang melompat keluar terus. Siapa susah?? Aku jugak.

“ryan kena tangkap polis.” Nah! Ambik kau dhiya. Terang dan jelas lagi tu.

“hah!!! Apa kau cakap?”

“ryan kena tangkap polis on the way kami mau pergi sana. Polis temui dadah dalam keretanya. Skarang ni kami kat balai polis la.”

Serta-merta pandangannya kelam. Nasiblah dhira sempat menyambut tubuh kembarnya itu.

***

“daddy! Baby tak percaya abang ryan lakukan semua ini. Tak mungkin daddy,” kata rihana tegas. Bengang betul dia. Baru dua bulan dia outstation, terus ada khabar buruk yang menyapa teliganya tatkala dia sampai di rumah. Ahhh! Kalau aku tidak pergi haritu pasti aku dapat tolong abang ryan. Aku mesti siasat hal ini. Abang ryan ku bukan begitu.

“baby ingat daddy percayakah? Daddy sama mummy macam bermimpi saja tatkala abang ryan kamu dijatuhi hukuman penjara. Ryan bukannya pernah kesempitan wang sampai terpaksa perlu jual dadah. Tapi daddy tak mampu berbuat apa-apa baby. Semuanya berlaku terlalu pantas,” terang tan sri nazril.

“baby akan buktikan bahawa abang ryan tidak bersalah dalam hal ini,” kata rihana tegas.

“ya baby! Mummy doakan semoga baby berjaya membuktikan bahawa ryan tidak bersalah. Selagi ryan dipenjara, selagi itu hati mummy tidak tenang,” kata mummy ryan setelah lama membisu. Sesekali dia mengesat air matanya.

“kak dhiya macam mana mummy?”tanya rihana. Tetiba dia teringat bakal kakak iparnya. Dia pasti sedih. Tapi, percayakah dia pada abangku???

“haritu mummy jumpa dia semakin kurus. Banyak kali dia pengsan masa zam bagitau tentang ryan. Kawannya si arina pun ada cakap dhiya semakin pendiam sejak kebelakangan ini.”

“kasian dia,” kata rihana seakan-akan berbisik pada diri sendiri. dia semakin bertekad mau mencari bukti yang boleh membebaskan abangnya.

***

Deringan handphone menandakan ada mesej masuk mengejutkan dhiya yang tengah sibuk melakar sesuatu di atas kertas. Perlahan dia mencapai handphone nya.

‘uits dhiya! Jum lunch sama. Lapar suda ni.’-shaizam

Dhiya tersenyum. Budak ni kalau mesej aku tak da keje lain. Asyik ajak makan saja. Selama ni memang mereka bertiga sentiasa lunch bersama. Dia, ryan dan shaizam. Memandangkan mereka satu sekolah dari sekolah menengah dan juga belajar di universiti yang sama menyebabkan mereka menjadi rapat. Kalau dulu ada tisya menjadikan mereka empat sekawan. Namun, sejak tisya meninggal kerana kemalangan di tahun akhir di universiti menyebabkan mereka jadi tiga sekawan.

‘kau ni xda kje lain ke slain mkn?’-dhiya

Laju saja tangan dhiya menaip membalas sms dari shaizam.

‘ada byk. Tp skang tym lunch mna leh skip. Rugi.’-shaizam

‘yala2. Kau kt mn? Kt lobi suda ka?’-dhiya

‘yup! Cpt skit kau trun. Aku dh kbuluran nih. Pg td x smpat breakfast.:)’-shaizam

‘otw.’-dhiya.

***

Dari jauh kelihatan seseorang yang begitu ayu sekali di matanya. Ayu + comel + cantik.. terus shaizam melemparkan senyuman manis penuh gula kepada dhiya.mereka berbalas senyum. Cutenya dhiya. Lesung pipi dia wat aku geram betul. Rasa nak cubit-cubit jak. Sempat shaizam berbisik nakal di hatinya.

“lambatnya tuan puteri turun.”

“lambat meh? Sorryla zam. nak makan kat mana? Tempat biasakah?”tanya dhiya sambil tersenyum. Harap-harap kat tempat lain. Jemu suda mau makan kat tempat yang sama saja.

“jum pergi kereta aku. Kita makan kat tempat lainlah. Jemulah nak makan kat tempat biasa. Muka kau pun dah kata begitu.” Sempat lagi shaizam mengusik dhiya. Tau-tau saja dia ni aku dh muak makan di sana. Ada tertulis kat muka aku ke?? Dhiya meraba mukanya, mana tau ada tulisan kat situ.

“yang kau raba muka kenapa?” tanya shaizam pelik. Apa kena ngan budak ni?? Sawan ke? Eh, orang sawan memang macam tu kah?

“er..ada tertulis kat muka aku ke yang aku jemu makan kat situ?”tanya dhiya lurus bendul. Manalah tau kalau betul.

“kau ni! Lurus bendul betul.” Shaizam mengetuk kepala dhiya perlahan. Lurus bendul tak bertempat betul budak ni. Tapi, kalau lurus bendul perlu bertempat ke???? Entahla..alih-alih aku pula yang terkena virus lurus bendul si dhiya ni.

***

“amacam? Ok tak masakan kat sini?”tanya shaizam setelah lama mereka mendiamkan diri. Tak best pulak senyap sangat.

“sedap giler beb!” puji dhiya.

“taulah. Tapi tak payahla makan gelojoh sangat. Nampak macam tak makan setahun pulak kau ni. Kau tak da sarapan ke awal pagi tadi?”

“tak sempatlah bro.” dhiya tersengih-sengih. Spontan dia mengambil tisu untuk mengelap mulutnya. Mana tau ada comot kat muka.

“ni mesti kes bangun lambat kan?” tembak shaizam. Tau sangat dia perangai dhiya yang agak liat bangun pagi. Entah bilalah budak ni mau berubah.

“tau-tau saja kau ni eh.”

Sementara menunggu shaizam menyelesaikan bil, dhiya mengorak langkah keluar dari situ. Tunggu kat luar sajalah. Tengah syok jalan, tetiba dhiya tersungkur ke depan. Aduh! Siapalah melaun gila yang tolak aku nih??? Perlahan dia bangun sebelum menoleh ke arah manusia yang cari pasal dengan dia.

“hey perempuan gatal! Kau jangan nak berani rampas shaizam dari aku. Dia milik aku!” dengan suara yang agak lantang perempuan itu berteriak di depan dhiya. Siap-siap tunding jari lagi tu. Dushhh! Malunya. Terasa tebal kulit mukanya. Orang di sekeliling pastinya bulat mata melihat drama sebabak ini. Warghhhh! Mama! Dhiya malu. Mana mau letak muka nih. Sempat lagi dia merenung perempuan di depannya. Gila punya orang. Pakai pakaian macam tak cukup kain, muka memang licin habis. Pakai make up entah berapa inci. Gincu pulak oren terang giler. Bulu mata pulak nampak sangat palsu, panjang giler. Macam mata kuda pula. Hahaha.. Sewel apa perempuan nie.

“er..miss. you salah faham. Saya cuma….”

“pris! Apasal kau marah kat girlfriend aku hah? Aku tak pernah kacau hidup kau. Better kau berambus sekarang dan jangan nak cuba-cuba ganggu dhiya lagi.” Shaizam merenung tajam ke arah priscilla. Fulamak! Giler punya garang laki nih. Dah tu siap-siap ngaku aku nih girlfriend dia pulak. Dhiya menjeling shaizam tajam. Geram!

“what?? Kau tetap milik aku shaizam! Milik aku!” kata priscilla bebaur ugutan sebelum berlalu pergi. Huh! Memang sewel la perempuan ni. Pergi macam kena tiup angin pulak. Langsung tak tau malu. Ingat tengah berlakon filem kah?

“kau!” kata dhiya sambil merenung tajam ke arah shaizam.

“er…sorry dhiya. Only for this time ok. Lain kali janji tak buat lagi.” Siap-siap buat muka kasihan lagi tu.

***

Pintu pejabatnya ditolak kasar dari luar. Terjenggul muka shaizam di situ. Apalah shaizam nih, mengejutkan saja.

“dhiya! Kau tak apa-apa ke?” soal shaizam cemas. Dirinya kelihatan agak tidak terurus. Sempat lagi dia meluru ke arah dhiya dan memeriksanya. Manatau ada cedera ke.

“napa nih bro? aku okla,”tanya dhiya pelik. Demam ke budak ni tetiba jadi macam tu.

“betul?”tanya shaizam lagi inginkan kepastian. Kalau dilihat dari mata kasar dhiya memang nampak ok. Tapi, apa pulak motif sang pengirim mesej tadi??

“tadi aku dapat mesej pejabat kau kena rompak. Tu yang aku terus ke sini. Betul ke tak da apa-apa?”tanya shaizam buat kesekian kalinya. dhiya mengerutkan dahinya. Bila masa pulak pejabat kena rompak????

“eh, tak adalah zam. siapa pula mau….?”

“Assalamualaikum.” Kedengaran orang memberi salam. Muncul beberapa orang yang memakai kopiah berwarna putih. Alamak!! Dhiya berasa tidak sedap hati.

***

“pa, dhiya tak salah pa. tolong pa. ampunkan dhiya. Dhiya tidak lakukan semua itu pa. tolong dhiya pa.” dhiya menangis teresak-esak sambil memegang erat tangan papanya.

“sudahla. Lebih baik kamu pikirkan tentang persiapan untuk pernikahan kamu minggu depan,”kata papanya sebelum melepaskan tangan dhiya perlahan dan berlalu masuk ke dalam biliknya. Di mukanya jelas kelihatan sangat kecewa. Namun, jauh di sudut hatinya, dia tidak yakin dhiya sanggup bertindak sebegitu.

“jangan nangis sayang.” Dhiya pantas memeluk erat tubuh anak tunggalnya itu. Sayu hatinya melihat keadaan dhiya.

“mama. Dhiya tak salah mama. Dhiya tak salah.” Air matanya mengalir semakin lebat tanpa dapat ditahan.

“mama tau sayang. Mama percaya. Shhhhh..jangan nangis lagi sayang,” pujuk mamanya perlahan sambil menepuk lembut bahu dhiya bagi menenangkannya.

***

Dhira menggengam erat tangan dhiya. Sepertinya dia mau memberi kekuatan kepada saudara kembarnya itu. Walau bukan dia di tempat dhiya, namun dia faham perasaan dhiya. Yang dia mampu lakukan hanyalah berdoa agar kebahagiaan mewarnai kehidupan saudara kembarnya itu.

Shaizam nampak segak berhadapan dengan jurunikah. Riak tenang jelas terpancar di wajah itu. Namun siap tahu gelora di hatinya.

“pernikahan ini tidak boleh diteruskan!”teriak satu suara lantang menjerit ketika shaizam hampir menghulurkan tangannya. Serta-merta mukanya pucat tatkala melihat wajah pemilik suara itu. Peluh mula membasahi mukanya.

Dhiya tergamam melihat orang yang dicintainya. Ryan….perlahan dia membisikkan nama itu. Ryan menoleh kearah dhiya seketika, terasa seperti dhiya ada memanggilnya. Wajah yang dirinduinya itu kelihatan agak cengkung namun kecantikkannya tidak pudar. Masih cantik dan ayu seperti dulu.

Ryan dan dua orang anggota polis mara ke arah shaizam. Kemudian mereka menggari tangan shaizam. Shaizam seperti dipukau, langsung tidak melawan. Wajahnya ditundukkan. Orang ramai mula berbisik-bisik. Pastinya tertanya-tanya.

“shaizam! Apa semua ni?” tanya ayahnya cemas. Namun shaizam langsung tidak mengangkat mukanya.

“kenapa awak gari tangan anak saya? Apa salah anak saya???”tanya ayah shaizam kepada salah seorang anggota polis itu setelah tidak mendapat sebarang jawapan dari shaizam.

“maaf encik. Anak encik disyaki telah meletakkan dadah di dalam kereta encik ryan. Encik boleh ikut kami ke balai untuk keterangan lanjut.”

Shaizam dibawa pergi oleh kedua anggota polis tersebut. Sedikit pun dia tidak menoleh ke arah para hadirin di situ. Ayahnya mengekori dari belakang. Agaknya masih tidak puas hati dengan apa yang telah menimpa anaknya itu.

Setelah kelibat mereka hilang, ryan mengorak langkah perlahan ke arah papa dhiya. Kelihatan mereka sedang berbincang sesuatu yang agak serius. Sesekali papa dhiya menganggukkan kepalanya. Setelah agak lama berbincang, ryan melangkah perlahan ke arah dhiya.

“sayang. Sudi kahwin dengan saya?” tanyanya perlahan, romantik gitu. Dia berlutut di hadapan dhiya. Matanya bersinar merenung wajah dhiya sarat dengan rasa cinta yang tiada batasan. Dhiya tersenyum manis ke arah ryan. Tanpa dapat ditahan, air matanya mengalir perlahan. Alangkah bahagianya dia saat ini. Seperti bermimpi pula tatkala orang yang teramat dicintainya berada di depan matanya. Dia mengangguk kepalanya perlahan.

“yes!”jerit ryan.happy betul dia. Para hadirin bertepuk tangan melihat gelagat ryan yang agak keanak-anakkan itu.

***

“sayang, napa termenung ni?” tanya ryan perlahan sambil memeluk pinggang isterinya dari belakang. Dhiya menyandarkan kepalanya ke dada suaminya. Bahagianya tatkala berada di dalam dakapan orang yang kita cintai. Sempat lagi dhiya tersenyum sendiri.

“dhiya tinguk bulan sana tu. Cantik ba kan?” ryan tersenyum bahagia.

“tapi sayang, bulan yang kat dakapan abang ni lagi cantik tau,”ucap ryan romantis.

“sampai hati zam buat abang macam tu kan. Dhiya macam tak percaya pulak dia sanggup buat begitu pada abang,”kata dhiya setelah lama mendiamkan diri. Sungguh dia susah nak percaya bahawa shaizamlah dalang yang menyebabkan ryan tercampak ke penjara suatu ketika dulu. Nasiblah adik ryan, si rihana berjaya mencari bukti bagi membebaskan abangnya dari penjara. Kalau tidak, entah bagaimana nasibnya bila menjadi isteri kepada shaizam. Nasib baik kat parking kereta di bawah kondo ryan ada cctv yang agak tersembunyi. Kalau orang tidak memerhati betul-betul pasti mereka tidak sedar akan adanya cctv di situ. Melalui cctv itulah rihana dapat bukti bahawa ryan tidak bersalah.

“entahla dhiya. Abang lagilah tak percaya bahawa bestfriend abang sendiri sanggup buat abang macam tu. Dahla, kita lupakan saja tentang perkara tu. Doakan saja dia insaf dari perbuatannya,”kata ryan. Walau dia agak sakit hati, namun dia tidak berdendam dengan shaizam. Lelaki itu sudah dianggapnya sebagai abang kandungnya sendiri.

“ya bang.” Dhiya berpaling ke arah ryan spontan mengucup bibir merah suaminya.

“sayang goda abang ke?” bisik ryan perlahan di telinga dhiya.

“salah ke dhiya goda suami sendiri?” kata dhiya perlahan sambil merangkul leher suaminya. Ryan mengemaskan lagi pelukan di pinggang dhiya.

“tak. Abang suka.” Ryan terus mengucup bibir isterinya mesra sebelum sempat dhiya bersuara.



“Pia serius nak kahwin dengan Farid? Mama sebenarnya tak sedap hati bila tengok Farid tu.” Kata mama selepas keluarga Farid bergerak pulang selepas menyampaikan hajat sebentar tadi.

“Mama, Pia dah kenal Farid dekat 10 tahun dari sekolah lagi. Pia sayang dia.. Pia kenal dia. Mama janganlah fikir bukan-bukan!”

“Pia kan belum dapat kerja lagi. Tak nak consider lepas dapat kerja nanti ke?”

Bengang. Sofia terus melangkah keluar dari dapur. Langkah kaki sengaja dihentak. Tak puas hati dengan mama yang tak pernah bersetuju dengan pilihannya. Lebih-lebih lagi bila mama mengaitkannya dengan perihal dirinya yang masih menganggur itu.

***************************

“Awak, betul ni awak tak nak makan malam ni?”

“Tak Pia, adik saya kan ada dekat rumah. Kalau saya makan dengan awak, nanti kesian dia makan sorang.” Farid menjawab separuh hati sambil tangannya sibuk bermain dengan telefon. Dua bungkus nasi goreng di dalam bekas polisterin sudah tersedia diatas meja.

“Saya tak nak makanlah kalau macam ni. Dahlah risau sebab dah berapa bulan menganggur tak dapat-dapat kerja, awak pon sekarang tak sudi nak teman saya makan dah. Dah berapa hari saya makan sorang...”

“Janganlah macam ni, nanti awak kena gastrik lagi. Laila tak ada nak tengokkan awak kat rumah sewa awak tu. Makan okay sayang?”

Sofia terkais-kais nasi dipinggan. Dia memang tak betah kalau makan seorang dengan Farid hanya memerhati. Hilang selera.

Sofia menarik muka. Tiba-tiba pipinya dicubit lembut oleh Farid.

“Yelah, saya makan ni.” Farid terus merampas sudu nasi dihadapan Sofia secara bergurau dan menyuapkan sesudu nasi ke mulutnya sambil tersenyum nakal.

***************************

Hati Sofia tidak sedap. Bagai ada yang mengganggu.

Hubungan cinta yang terjalin hampir 3 tahun dengan Farid yang dikenali sejak zaman persekolahan hampir dimateri. Persetujuan keluarga untuk melangsungkan pertunangan dalam masa terdekat telah diterima. Perihal keluarga Farid yang datang bertandang kerumahnya minggu lepas sepatutnya mengundang ceria, tapi Sofia masih lagi rasa seolah-olah ada yang tidak kena.

Status penanam anggur yang dipegang sejak 6 bulan yang lalu juga merunsingkan perasaan Sofia. Kerja yang diharapkan masih lagi tak dapat, yang dah dapat keluarga tak benarkan. Hidupnya di Kuala Lumpur beberapa bulan ini semuanya bergantung kepada duit simpanannya yang semakin menyusut dan serba sedikit dibantu Farid. Sofia tertekan.

Sofia benci jadi perempuan sebegini. Paranoid dan insecure.

***************************

“Farid, kunci rumah awak tertinggal dalam kereta saya semalam. Cemane awak masuk rumah malam tadi?”

“Adik saya kan ada, dia yang tolong bukak pintu. Eh, okaylah. Saya nak pegi keje ni. Bye sayang”, kata Farid sambil lewa.

Kunci rumah Farid dipegang kemas. Butang lif ditekan. Sofia mahu buat kejutan. Surat tawaran kerja yang baru diterima dipegang kemas. Farid tak perlu menanggung makan minumnya di Kuala Lumpur lagi. Sofia gembira, ini bermakna mama tak ada alasan untuk memintanya menangguhkan perancangan majlis pertunangannya.

Sebenarnya Sofia agak gentar untuk mencuri masuk ke rumah sewa Farid yang katanya dihuni seorang diri. Tapi, memikirkan yang adik Farid ada menumpang, Sofia jadi berani. Alah, bukan dia tak kenal adik bongsu Farid tu.

Pintu diketuk. Tiada jawapan. Lantas kunci terus dipusing, mangga ditanggalkan, tombol pintu ditolak. Kelihatan sekujur tubuh perempuan yang hanya ber tshirt tertidur dihamparan tilam depan television.

“Qasrina, apa kau buat kat sini?!”

Perempuan bertubuh kecil yang masih mamai itu terus pucat lesi melihat Sofia terpacul dihadapan pintu. Qasrina bukan tidak kenal Sofia, malah kenal sangat-sangat. Bukan sahabat baik, tapi cukuplah untuk Qasrina sepatutnya tahu bahawa Sofia dan Farid sudah bersama sejak bertahun lalu.

Pandangan mata Sofia hampir gelap. Di kiri pintu, tempat jemuran penuh dengan baju Qasrina berselang seli dengan Farid. Di kanan pintu, tempat kasut tersusun beberapa pasang kasut perempuan. Seluar jeans dan tshirt yang Farid pakai semalam semasa makan bersama Sofia bersepah ditepi tilam nipis. Boxer lelaki kotak-kotak bewarna biru juga bersepah bersama dengan bra berbunga.

Tiada kesimpulan lain yang boleh dibuat. Tangan Sofia menggigil. Mata terasa berpinar-pinar. Angin sejuk melanda satu tubuh badan. Hilang pertimbangan. Rasional melayang.

Qasrina berlari mencapai telefon dimeja makan. Tapi, Sofia lebih pantas. Mug seramik diatas meja makan dihentak ke kepala Qasrina dan telefon dirampas lantas dicampak kedinding. Jatuh berderai.

Rambut panjang Qasrina dicekak dan dirapatkan kedinding. Pertama kali dalam hidup, Sofia mempraktikkan ilmu taekwando yang dipelajari dengan melututkan perut Qasrina. Ternyata, Qasrina memang bukan lawan Sofia.

“Kau cakap Qas, dah berapa lama kau duduk sini? Kenapa kau ada kat rumah boyfriend aku?”

“Ma… maaf Pia, aku tumpang rumah Farid dari se..semalam je.. Tiket bas balik Johor habis..” Qasrina merintih kesakitan, tapi masih cuba menipu.

“Baju kau dah banyak dekat ampai depan tu, kau nak tipu aku ape lagi?”

“Pia, sorry pia.. ampunkan aku Pia...”

“Qas, kau tau kan kau boleh tumpang rumah sewa aku kalau kau desperet sangat nak tidur? Kenapa rumah jantan jugak yang kau cari? KENAPA MESTI BOYFRIEND AKU?”

Qasrina tidak mampu menjawab lagi, cuma mampu menangis teresak-esak sambil duduk memeluk lutut.

Sofia mencapai telefon bimbitnya dan nama Farid terus ditekan.

“You better be back home now or Qas will be dead. I give you 15 minutes.”

“Pia, cemane awak boleh masuk rumah saya? Awak jangan buat gila, nanti saya telefon polis!” Farid sesungguhnya lupa yang dia tertinggal kunci rumah di dalam kereta Pia semalam.

“Kalau awak call polis, sebelum polis sampai pompuan ni dah mati!”

Sofia terduduk tersandar di dinding. Terbayang kenangan manis sepanjang bercinta. Terbayang wajah keluarga dirumah yang sudah pasti menanti persediaan untuk majlis pertunangan yang dirancang 1 bulan lagi. Terbayang masa depan bersama yang sudah pasti tidak ada.

Satu sms masuk daripada Farid.

“Pia, relax laa. Jgn wat benda bodoh. Sy xde ape2 dgn dia. Sy main2 je dgn die. Kan kita dh janji nk kahwin bln 7 nnt? Sy otw blk ni.”

Qasrina nampak Sofia sudah terleka dan mahu mengambil kesempatan untuk lari keluar rumah walau dirinya cuma berpakaian yang habis minima.

Tidak sempat tiga langkah, Sofia sudah menangkap tangan Qasrina dan ditolak masuk ke dapur.

“Tolong Pia, jangan pukul aku lagi.” Rayu Qasrina yang sudah jatuh terduduk dikaki Sofia.

Sofia sudah hilang pertimbangan. Sms Farid yang masih mahu teruskan perhubungan walau sudah ternyata dia curang, bagai menambahkan bara di panas hatinya.

“Pia, maafkan aku Pia.. aku takut tengok kau macam ni Pia..”

Mata Sofia meliar di dapur rumah bujang itu. Tak nampak kelibat pisau. Yang ada cuma alu lesung. Pantas diambil dan dihentak ke kepala Qasrina yang masih berdarah akibat pukulan pertama tadi.

Darah Qasrina memancut.

Hati Sofia puas.

***************************

“Cik Sofia, we will be landing in 15 minutes.”

Sofia tersentak dari mimpi. Pramugari kelas pertama pesawat MAS yang menyentuh lembut lengan Sofia mengejutkan dia dari igauan mimpi. Ternyata Sofia keletihan setelah seminggu bekerja tanpa henti di kota London. Fokus Sofia sejak beberapa tahun lalu hanya kerjaya, melarikan perasaan dari fokus utama kehidupan.

Hakikatnya, Qasrina tidak mati. Tidak juga berdarah. Cuma hati Sofia yang masih parah, berdarah.

“Cik Sofia, you drop this card from your book.”

Mata Sofia tertancap kepada kad jemputan perkahwinan Farid dan Qasrina dihulur lembut oleh pramugari.



"Cantik. Kecil molek."

Itu bicara hati Redza, ditujukan pada gadis berambut ikal yang berdiri di sebelah. Sudahlah cantik dan genit, berbau wangi pula.

Seperti pagi-pagi yang biasa, lobi pejabat penuh dengan pekerja kolar biru, berdiri dengan mata terbuka separuh (ada juga yang suku). Masing-masing bekerumun di hadapan lif dengan wajah diserang rusuh. Mungkin rusuh berasal daripada perut yang lapar, siapa tahu.

Pedulikan itu semua. Yang penting Redza sekali lagi berdiri di sebelah gadis genit yang semakin sering dilihat.

' Tingkat 14?' Redza bertanya soalan yang jelas dia sendiri tahu jawapannya apa. Sengaja mahu menunjukkan sifat budiman di dalam diri, Redza bantu gadis manis tekan butang lif. Baru sahaja gadis genit mahu buka mulut, dia terpaksa bergerak lebih jauh ke dalam bagi membenarkan seorang wanita separuh usia masuk.

Tiada pilihan lain, Redza turut bertanya pada wanita tersebut, ' tingkat berapa kak?'

' Tujuh. Terima kasih,' wanita tersebut senyum sambil membetulkan tali beg yang tersangkut di bahu.

Lif yang penuh tidak membenarkan Redza berbual dengan gadis genit. Bukan senang mengumpul kekuatan untuk membuka mulut. Terasa

Seperti jantung Redza tersengkang di kerongkong setiap kali ternampak gadis genit.

Redza cuba berpaling ke belakang. Nampak si gadis genit tersepit di antara penumpang lif. Tas tangan dipegang erat sambil gadis genit cuba sedaya upaya mengecilkan badan. Kasihan.

Namun, Redza puas kerana sebelum dia keluar daripada lif, gadis genit sempat tersenyum padanya. Itulah peniup semangat.

Keesokan harinya, Redza cuba untuk sampai pada waktu yang sama. Malangnya, keadaan lalu-lintas yang tidak diduga membuatkan Redza terlewat sedikit. Hampa, hanya kelihatan kelibat gadis genit masuk ke dalam lif.

Dan malam itu, Redza tidur awal untuk mengelakkan tragedi berulang kembali.

Keesokan pagi, Redza datang awal jam 7 pagi dia sudah berjuang di tengah-tengah kesesakan lalulintas. Setelah untuk berapa lama, Redza sarapan pagi di tingkat bawah bangunan untuk membuang masa. Biarlah baju melekat bau masakan, asalkan tidak terlepas untuk bertembung dengan gadis genit.

Tepat jam 8.15 pagi, Redza sudah sedia menanti di lobi. Nasibnya baik kerana waktu itu juga gadis genit tiba. Sebaik ternampak Redza, gadis genit tersenyum sedikit. Namun, senyum itu jadi makin lebar bila Redza turut tersenyum.

' Pagi,' Redza menyapa lembut.

' Pagi,' balas gadis genit dengan kepala sedikit mendongak. Sebaik mendengar suara itu, Redza membuat keputusan bahawa dia ingin disapa suara itu setiap pagi.

Seperti biasa, akan ada sahaja yang menganggu kelancaran cerita mereka. Lif tiba dan kedua-duanya kembali terpisah di celah-celah orang ramai. Kesal sungguh Redza kerana tidak merebut peluang bertanya soalan pada gadis genit. Meronta-ronta rasanya mahu tahu siapa nama gadis genit.

Sekali lagi, gadis genit terpaksa ditinggalkan untuk ke tingkat paling tinggi bila Redza tiba di aras sembilan. Kalau tidak kerana ego, mungkin Redza akan meneman gadis genit sampai ke atas.

Setiap apa yang dilakukan hari itu terasa tidak kena. Lidah Redza seperti hilang rasa malah sepanjang mesyuarat pendek, tumpuannya hilang entah ke mana. Bingung memikirkan gadis genit menyebabkan Redza lupa untuk makan tengahari. Jam 1.30 tengahari baru Redza melangkah keluar pejabat.

Tiba di depan lif, Redza memandang keluar tingkap. Itu sahaja aktiviti yang ada. Selain daripada merehatkan mata yang asyik mengadap skrin, aktiviti itu tidak membawa makna yang begitu signifikan.

Bila sahaja terdengar bunyi 'ting', dengan tenang Redza berpaling menari lif yang terbuka. Pastinya tiada apa yang menarik untuk dilihat kerana waktu sudah menginjak jam 2 petang. Jarang ada gadis-gadis comel yang ingin keluar makan tengahari waktu ini. Yang ada pun pekerja-pekerja yang sudah layak dipanggil makcik atau pakcik.

Mengenangkan hujah-hujah berkenaan (yang semestinya tidak disokong penemuan sains), Redza melangkah ke dalam ruang lif sambil memandang lantai. Yang menyambutnya adalah sepasang kasut merah yang comel. Segar mata Redza, naik semangatnya.

' Hai,' suara lembut menyapa Redza. Pantas sahaja Redza mengalih pandnagan ke wajah pemilik suara itu. Gadis genit.

' Eh, awak!' lupa langsung Redza pada perihal menjaga ego beliau mkerana terlalu seronok berjumpa dengan gadis genit. Seorang lagi lelaki di dalam lif itu hanya memandang Redza dengan pelik. Itu semua sudah tidak diendahkan.

Dan daripada sapaan tiga huruf itu sahaja, mereka berkenalan. Gadis genit itu bernama Elena dan seorang pembantu pengurus jualan. Suka membaca dan juga melancong (serupa dengan Redza). Anak bongsu daripada empat beradik.

Sejam untuk makan tengahari cepat benar berlalu. Leka benar mereka berdua berbual sambil makan (di mana Redza dengan gaya seorang budiman, pilih dan bayarkan bagi pihak Elena). Sekali dua, peraasan juga Redza pekerja di kafetaria itu memandang beliau dengan pelik. Mungkin tidak menyangka akan ada gadis secomel Elena yang sudi makan dengan dia.

Sesi hisap rokok di tepi tangga dikorbankan demi Elena. Redza sanggup menggunakan masa yang ada untuk menghantar Elena ke tingkat 14.

' Kelakarlah awak, Redza. Saya selamat sahaja nanti,' ujar Elena dengan senyuman.

' Tak mengapa. Ini kali pertama saya naik ke tingkat ini,' jawab Redza, pura-pura tenang sedangkan tangan dia asyik memikirkan tentang rokok.

' Terima kasih. Jumpa esok pagi,' Elena sekali lagi tersenyum manis.

' Baik. Saya tunggu.'

'Yes!' jerit Redza sebaik sahaja pintu lif tertutup.

Seawal jam 5.30 pagi Redza sudah tidak boleh melelapkan mata. Tidak sabar rasanya mahu berjumpa dengan Elena. Banyak lagi yang ingin ditanyakan hari ini.

Redza mula mundar-mandir di lobi pejabat pada jam 8.15 pagi. Sebenarnya, waktu pejabat bermula jam 9 pagi cuma Redza tidak mahu melepaskan peluang bertemu Elena.

Lima minit berlalu dan Elena masih lagi tidak sampai. Redza cuba menenangkan diri, mengulangi alsan yang mungkin Elena terlewat sedikit. Suratkhabar yang terletak di meja penyambut tetamu lobi dibelek. Sekali-sekala, mata Redza mencari kelibat Elena.

Kelibat itu tidak tiba lima belas minit kemudian, hinggalah minit-minit terakhir bila Redza terpaksa menuju ke pejabat sendiri. Dalam hati, pemuda berusia 28 tahun itu sibuk memaki diri sendiri kerana tidak meminta nombor telefon Elena. Kononnya mahu semuanya jadi misteri.

' Entah-entah dia sengaja kenakan aku. Semalam dia hanya main-main. Entah-entah...' dan bila sahaja sampai di depan pintu pejabat, sudah lebih sepuluh ayat yang dimulakan dengan 'entah-entah' telah direka.

Sepanjang pagi Redza gelisah. Jarum jam lambat benar menginjak ke jam 12.30 tengahari. Dia sudah tidak peduli, perkara pertama yang ingin dilakukan adalah pergi ke pejabat Elena. Redza mahu tahu apa yang terjadi.

Sebaik sahaja jam 12.30 tengahari, Redza separuh berlari ke pintu lif. Tapa banyak berfikir, terus sahaja jarinya menekan butang paling atas untuk ke pejabat Elena.

' Sabar, sabar,' pujuk Redza pada diri sendiri yang sebenarnya sudah tidak sabar. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, lelaki itu meluru keluar hingga hampir melanggar seorang tukang cuci.

' Kak, maaf kak,' Redza meminta maaf separa tidak ikhlas kerana mahu cepat.

Redza membelok ke kiri untuk ke bahagian pejabat tetapi langkahnya jadi ragu-ragu. Ruang bangunan itu malap, seolah-olah lampu kalimantang telah ditanggalkan. Namun, mengenangkan Elena, langkah Redza laju semula.

Semakin jauh Redza berjalan, semakin dia jadi bingung. Hanya ada dua buah pejabat yang tiada notis 'Untuk Disewa' di depan pintu. Kesudahannya, Redza terus berjalan menuju ke sebuah pejabat yang merupakan bahagian pengurusan bangunan. Loceng di depan pintu ditekan beberapa kali. Lelaki yang sedang duduk di meja berdepan dengan pintu mengangkat muka dan memandang Redza dengan pelik.

' Encik, pejabat pengurusan di bawah sebenarnya. Ini hanya stor,' lelaki itu berkata tanpa ditanya.

' Bukan, saya datang nak bertanya,' Redza bersuara dengan ragu-ragu.

' Ye?' lelaki di meja mula bangun.

' Pejabat IT Sync di tingkat ini kan? Tingkat 14?' Redza bertanya, mengharapkan dia tidak tersilap bertanyakan nama syarikat.

' 14? Bangunan ini tiada tingkat 14.'

' Eh, tapi ini tingkat 14 kan,' Redza mula keliru.

' 13A. Pemilik bangunan ini takut akan nombor empat. Kepercayaan kaum Cina.'

Tidak puas hati, Redza melangkah keluar pejabat untuk melihat nombor yang dilekat pada plat di dinding. 13A-5.

Baru sahaja Redza mahu melangkah ke dalam pejabat pengurusan, seorang lagi lelaki melangkah masuk.

' Jadi, tiada pejabat ITSync di sini?' Redza mula berasa serba tidak kena. Kalau tiada tingkat 14...

' Info Sys?' lelaki yang baru masuk sebentar tadi menyampuk. rredza hanya mampu menggangguk. Lelaki itu berpaling pada rakan di sebelah.

' Kau kena dengan Elena rasanya. Dia tu entah roh sesat dari mana datang jadi hantu residen di sini. Sudahlah, dia tak wujud,' lelaki itu bersuara dengan selamba. ' Ouh aku lupa beritahu kau, Hamdan,' ditepuk pula bahu rakannya di sebelah.

' Tapi....' Redza cuba bersuara.

' Kau pergi ke lif. Tengok betul-betul ada atau tidak tingkat 14.'

Seperti orang bodoh, Redza berpaling ke arah lif. Tiada ucapan maaf atau terima kasih. Bingung.

Melangkah sahaja ke dalam lif, Redza periksa deretan butang lif di kedua-dua panel. Memang tiada tingkat 14.

Bulu tengkuk Redza meremang. Serentak itu juga terasa seperti ada tangan memaut lengan. Bila dipandang, tiada apa-apa.

' Maaf, Redza. Saya cuma mahu berkawan. Saya sunyi,' bisik suara seorang perempuan tanpa tubuh. Dari ekor mata, Redza dapat melihat sepasang kasut merah di lantai, kaki tanpa tubuh.

Dan pandangan Redza terus gelap.


Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini