“Pia serius nak
kahwin dengan Farid? Mama sebenarnya tak sedap hati bila tengok Farid tu.” Kata
mama selepas keluarga Farid bergerak pulang selepas menyampaikan hajat sebentar
tadi.
“Mama, Pia dah
kenal Farid dekat 10 tahun dari sekolah lagi. Pia sayang dia.. Pia kenal dia.
Mama janganlah fikir bukan-bukan!”
“Pia kan belum
dapat kerja lagi. Tak nak consider lepas dapat kerja nanti ke?”
Bengang. Sofia
terus melangkah keluar dari dapur. Langkah kaki sengaja dihentak. Tak puas hati
dengan mama yang tak pernah bersetuju dengan pilihannya. Lebih-lebih lagi bila
mama mengaitkannya dengan perihal dirinya yang masih menganggur itu.
***************************
“Awak, betul ni
awak tak nak makan malam ni?”
“Tak Pia, adik
saya kan ada dekat rumah. Kalau saya makan dengan awak, nanti kesian dia makan
sorang.” Farid menjawab separuh hati sambil tangannya sibuk bermain dengan
telefon. Dua bungkus nasi goreng di dalam bekas polisterin sudah tersedia
diatas meja.
“Saya tak nak
makanlah kalau macam ni. Dahlah risau sebab dah berapa bulan menganggur tak
dapat-dapat kerja, awak pon sekarang tak sudi nak teman saya makan dah. Dah
berapa hari saya makan sorang...”
“Janganlah macam
ni, nanti awak kena gastrik lagi. Laila tak ada nak tengokkan awak kat rumah
sewa awak tu. Makan okay sayang?”
Sofia terkais-kais
nasi dipinggan. Dia memang tak betah kalau makan seorang dengan Farid hanya
memerhati. Hilang selera.
Sofia menarik
muka. Tiba-tiba pipinya dicubit lembut oleh Farid.
“Yelah, saya makan
ni.” Farid terus merampas sudu nasi dihadapan Sofia secara bergurau dan
menyuapkan sesudu nasi ke mulutnya sambil tersenyum nakal.
***************************
Hati Sofia tidak
sedap. Bagai ada yang mengganggu.
Hubungan cinta
yang terjalin hampir 3 tahun dengan Farid yang dikenali sejak zaman
persekolahan hampir dimateri. Persetujuan keluarga untuk melangsungkan
pertunangan dalam masa terdekat telah diterima. Perihal keluarga Farid yang
datang bertandang kerumahnya minggu lepas sepatutnya mengundang ceria, tapi
Sofia masih lagi rasa seolah-olah ada yang tidak kena.
Status penanam
anggur yang dipegang sejak 6 bulan yang lalu juga merunsingkan perasaan Sofia.
Kerja yang diharapkan masih lagi tak dapat, yang dah dapat keluarga tak
benarkan. Hidupnya di Kuala Lumpur beberapa bulan ini semuanya bergantung
kepada duit simpanannya yang semakin menyusut dan serba sedikit dibantu Farid.
Sofia tertekan.
Sofia benci jadi
perempuan sebegini. Paranoid dan insecure.
***************************
“Farid, kunci
rumah awak tertinggal dalam kereta saya semalam. Cemane awak masuk rumah malam
tadi?”
“Adik saya kan
ada, dia yang tolong bukak pintu. Eh, okaylah. Saya nak pegi keje ni. Bye
sayang”, kata Farid sambil lewa.
Kunci rumah Farid
dipegang kemas. Butang lif ditekan. Sofia mahu buat kejutan. Surat tawaran
kerja yang baru diterima dipegang kemas. Farid tak perlu menanggung makan
minumnya di Kuala Lumpur lagi. Sofia gembira, ini bermakna mama tak ada alasan
untuk memintanya menangguhkan perancangan majlis pertunangannya.
Sebenarnya Sofia
agak gentar untuk mencuri masuk ke rumah sewa Farid yang katanya dihuni seorang
diri. Tapi, memikirkan yang adik Farid ada menumpang, Sofia jadi berani. Alah,
bukan dia tak kenal adik bongsu Farid tu.
Pintu diketuk.
Tiada jawapan. Lantas kunci terus dipusing, mangga ditanggalkan, tombol pintu
ditolak. Kelihatan sekujur tubuh perempuan yang hanya ber tshirt tertidur
dihamparan tilam depan television.
“Qasrina, apa kau
buat kat sini?!”
Perempuan bertubuh
kecil yang masih mamai itu terus pucat lesi melihat Sofia terpacul dihadapan
pintu. Qasrina bukan tidak kenal Sofia, malah kenal sangat-sangat. Bukan
sahabat baik, tapi cukuplah untuk Qasrina sepatutnya tahu bahawa Sofia dan Farid
sudah bersama sejak bertahun lalu.
Pandangan mata
Sofia hampir gelap. Di kiri pintu, tempat jemuran penuh dengan baju Qasrina
berselang seli dengan Farid. Di kanan pintu, tempat kasut tersusun beberapa
pasang kasut perempuan. Seluar jeans dan tshirt yang Farid pakai semalam semasa
makan bersama Sofia bersepah ditepi tilam nipis. Boxer lelaki kotak-kotak
bewarna biru juga bersepah bersama dengan bra berbunga.
Tiada kesimpulan
lain yang boleh dibuat. Tangan Sofia menggigil. Mata terasa berpinar-pinar. Angin
sejuk melanda satu tubuh badan. Hilang pertimbangan. Rasional melayang.
Qasrina berlari
mencapai telefon dimeja makan. Tapi, Sofia lebih pantas. Mug seramik diatas
meja makan dihentak ke kepala Qasrina dan telefon dirampas lantas dicampak
kedinding. Jatuh berderai.
Rambut panjang
Qasrina dicekak dan dirapatkan kedinding. Pertama kali dalam hidup, Sofia
mempraktikkan ilmu taekwando yang dipelajari dengan melututkan perut Qasrina.
Ternyata, Qasrina memang bukan lawan Sofia.
“Kau cakap Qas,
dah berapa lama kau duduk sini? Kenapa kau ada kat rumah boyfriend aku?”
“Ma… maaf Pia, aku
tumpang rumah Farid dari se..semalam je.. Tiket bas balik Johor habis..”
Qasrina merintih kesakitan, tapi masih cuba menipu.
“Baju kau dah
banyak dekat ampai depan tu, kau nak tipu aku ape lagi?”
“Pia, sorry pia..
ampunkan aku Pia...”
“Qas, kau tau kan
kau boleh tumpang rumah sewa aku kalau kau desperet sangat nak tidur? Kenapa
rumah jantan jugak yang kau cari? KENAPA MESTI BOYFRIEND AKU?”
Qasrina tidak
mampu menjawab lagi, cuma mampu menangis teresak-esak sambil duduk memeluk
lutut.
Sofia mencapai
telefon bimbitnya dan nama Farid terus ditekan.
“You better be
back home now or Qas will be dead. I give you 15 minutes.”
“Pia, cemane awak
boleh masuk rumah saya? Awak jangan buat gila, nanti saya telefon polis!” Farid
sesungguhnya lupa yang dia tertinggal kunci rumah di dalam kereta Pia semalam.
“Kalau awak call
polis, sebelum polis sampai pompuan ni dah mati!”
Sofia terduduk
tersandar di dinding. Terbayang kenangan manis sepanjang bercinta. Terbayang
wajah keluarga dirumah yang sudah pasti menanti persediaan untuk majlis
pertunangan yang dirancang 1 bulan lagi. Terbayang masa depan bersama yang
sudah pasti tidak ada.
Satu sms masuk
daripada Farid.
“Pia, relax
laa. Jgn wat benda bodoh. Sy xde ape2 dgn dia. Sy main2 je dgn die. Kan kita dh
janji nk kahwin bln 7 nnt? Sy otw blk ni.”
Qasrina nampak
Sofia sudah terleka dan mahu mengambil kesempatan untuk lari keluar rumah walau
dirinya cuma berpakaian yang habis minima.
Tidak sempat tiga
langkah, Sofia sudah menangkap tangan Qasrina dan ditolak masuk ke dapur.
“Tolong Pia,
jangan pukul aku lagi.” Rayu Qasrina yang sudah jatuh terduduk dikaki Sofia.
Sofia sudah hilang
pertimbangan. Sms Farid yang masih mahu teruskan perhubungan walau sudah
ternyata dia curang, bagai menambahkan bara di panas hatinya.
“Pia, maafkan aku
Pia.. aku takut tengok kau macam ni Pia..”
Mata Sofia meliar
di dapur rumah bujang itu. Tak nampak kelibat pisau. Yang ada cuma alu lesung.
Pantas diambil dan dihentak ke kepala Qasrina yang masih berdarah akibat
pukulan pertama tadi.
Darah Qasrina
memancut.
Hati Sofia puas.
***************************
“Cik Sofia, we
will be landing in 15 minutes.”
Sofia tersentak
dari mimpi. Pramugari kelas pertama pesawat MAS yang menyentuh lembut lengan
Sofia mengejutkan dia dari igauan mimpi. Ternyata Sofia keletihan setelah
seminggu bekerja tanpa henti di kota London. Fokus Sofia sejak beberapa tahun
lalu hanya kerjaya, melarikan perasaan dari fokus utama kehidupan.
Hakikatnya,
Qasrina tidak mati. Tidak juga berdarah. Cuma hati Sofia yang masih parah,
berdarah.
“Cik Sofia, you
drop this card from your book.”
Mata Sofia
tertancap kepada kad jemputan perkahwinan Farid dan Qasrina dihulur lembut oleh
pramugari.