rss

1

Jam sudah menandai 8.00 pagi masih menunggu awak di dalam sebuah bilik di pintunya Syed Ali Al Husni Penolong Pegawai Penguatkuasa, sambil berdiri awak memerhatikan lukisan-lukisan yang bergantung di dinding menarik dihati untuk menatap satu keping gambar tertulisnya “ayahanda” di bawah gambar itu, “Ada apa dengan dengan gambar itu?” bisik jiwa awak yang sesekali tidak tenteram setelah beberapa tahun bergelar graduan masih bekerja sambilan yang tidak setaraf dengan kelulusan. Awak berkelulusan Ijazah sarjana muda Universiti Malaya meminati kesusasteraan dan kesenian.

Awak menghempaskan punggung dengan deras di atas kerusi yang empuk yang tertampal sticker “HAK KERAJAAN MALAYSIA”.

Awak diberikan beberapa buah buku oleh Syed Ali tentang ilmu-ilmu mahkrifah. Secara improvisasi awak mencapainya dengan bersahaja, awak berkerut dahi,

“Kenapa buku ini?”

“Kenapa tidak duit?” awak merungut di dalam hati

Awak memerhati tingkah laku Syed Ali, matanya bergerak-gerak melilau ke atas ke bawah di dahinya terdapat 2 tanda hitam menunjukkan dia selalu sujud bertemu tuhan di tengah malam kebarangkaliannya, hati awak berkata bersendirian secara sopan “ Kau ni rajin betul lah “

Syed Ali menujukan kata-kata kepada awak

“Allah berfirman dalam surah Al –Baqarah ayat 256 yang bermaksud”

“Maka barang siapa yang ingkar kepada (berhala) dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang pada tali yang kuat yang tidak ada putusnya dan allah itu maha mendengar dan maha mengetahui”

Awak hanya mampu tersenyum selamba dengan menadap telinga yang kembang tahi lalat di telinga menandakan semakin kembang telinga awak.

“ Zaman sekarang masih ramai manusia memilih jalan yang buntu sehingga mereka terjerumus ke dalam kesesatan dan tidak berhasil ketemua jua jalan kebahagian dan keselamatan yang hakiki”

“awak tau tak”

“lagi pun di dalam dunia yang fana ini yang penuh pancarobanya terdapat 7 golongan manusia dan hanya satu golongan saja yang akan memasuki syurga iaitu golongan yang mengamalkan amalan mengikut Al Quran dan sunnah Nabi”

Panjang lebar Syed Ali memberikan ceramahnya di dalam bilik agak sempit itu lagi menyempit. Awak mengaru-garu kepala yang tidak gatal, begitu lah sikap awak sejak dulu lagi jika awak tidak memahami apa topik yang di bincangkan.

Awak hanya mengiakannya dengan hanya menggangguk-angguk kepala saja, bahawa awak setuju apa yang dikatakan oleh Syed Ali.

Awak membuka mulut

“Daripada mana datangnya guru untuk belajar tentang ilmu-ilmu makrifah”

Soalan bodoh-bodoh yang awak kemukan setiap ada perbincangan tidak kira ianya secara formal ataupun tidak. Kali ini awak hanya mahu mengenal pasti saja.

“Sesungguhnya Allah telah meberikan kepada manusia beberapa anggota bdan, daya dan upaya kita harus berusaha dan mencarinya, setelah mencarinya kita hanya berserahkan saja sepenuhnya kepada Allah kerana katanya usaha adalah yang sangat subjektif dan satu bentuk manifestasi kesyukuran manusia kepada Allah”

Menjadi tidak keruan awak, perasaan tidak puas masih berbuku di hati, merenung matanya sekali - kala, bila Syed Ali juga membungkam mata kepada awak, awak mengalihkan pandangan ke arah komputer di atas meja, berselerakan beberapa buku agama, barangkali buku-buku itu menjadi temannya semasa waktu lapang. Syed Ali membelek-belek buku “Amalan Zikrullah” helaian demi helaian.

Awak masih berfikir-fikir lagi dengan hujahnya dengan baik sekali untuk membernaskan kotak fikiran. Benak awak penuh keserabutan, penuh kekomplekan yang sangat extreme tika ini. Kotak-kotak fikiran awak amat kosong tidak boleh berhujah langsung sama sekali hanya mampu menanya beberpa soalan bodoh-bodoh saja.

Tetiba Syed Ali mengangkat kertas yang tertulis dengan tulisan tangan dan tunjukkan kepada awak, awak segera memerhatikan ayat-ayat tersebut dan cuba memahaminya dengan jiwa kosong ini barangkali tidak menemui jawabannya

“ Inilah kitab (Al-Quran) yang tepat ayat-ayatnya, kemudian diberi penjelasan, datang dari tuhan yang maha bijaksana dan maha tahu”

“Memang selalu orang ramai tidak memahaminya, kerana rata-riti orang melayu hanya tahu membacanya namun tidak dapat memahami di sebalik tafsirannya”

“Kelak nanti awak janganlah hanya dapat memandunya dengan naluri saja nanti awak pasti akan terkeliru dan menemukan jalan buntu dan kesesatan dalam perjalanan yang penuh liku-liku untuk menunggu kata dari tuhan dan seterus menuju menemui tuhan” bicaranya

Sebenarnya awak mengetahui Syed Ali telah mengamalkan satu peramalan tarekat melalui pengamatan awak terhadap tingkah laku Syed Ali tempoh hari tika mengunjungi ke rumahnya di Setapak tapinya awak merasa sangsi atau sekadar mengatakannya secara kebarangkaliannya awak tidak berapa mengetahui apakah nama peramalan yang di amalkannya, secara jujur awak tidak apakah nama tarekat yang di amalkan?

Semasa di unversiti tidak lama dulu, awak pernah di ajak beberapa ahli surau yang sinonim oleh budak-budak U dulunya, sebagai “ahli tabligh”.

Daun pintu telah diketuk beberpa kali

“ Assalamualaikum” awak membuka daun pintu

“Ana mahu ajak anta ke surau untuk berusrah” kata salah seorang ahli tabligh

“Insyallah” awak menjawab ringkas

Seingatnya awak pernah membaca beberapa rencana mengenai tarekat, tapi entah bila ianya disiarkan yang pastinya awak pernah membacanya, pihak JAKIM pernah menyerbu satu kumpulan pengamalan terekat yang masih aktif di Lembah Klang. Seingat awak tarekat yang mengamalkan zikir-zikir pada malam hari dalam keadaan gelap gulita yang dikeliling oleh pengamal-pengamal yang dibentuknya secara bulatan yang diketuai oleh ‘Ayahanda’ di samping beberapa pembantunya yang dikenali sebagai ‘Kakanda’

Satu hari suntuk masih di pejabat Syed Ali ‘beriktikad’ sambil memekak telinga yang tidak bengkak ini untuk mendengar ceramahnya belum pernah ditauliah mana-mana Jabatan Agama Islam. Pertanyaan mengenai ilmu-ilmu kemakrifan berakhir begitu sahaja, pada pengkiraan awak ianya sesuatu yang baru. Walaupun awak pernah membaca dan mendengar tentang tarekat. Kali ini awak merasakan lenggung otak bukan apa kotak-kotak fikiran tidak mampu diterjemah untuk diluahkan oleh mana-mana jua. Begitu panjang lebar ceramahnya pada kali ini. Entah kenapa Syed Ali bersungguh-sungguh bercerita mengenai ilmu-ilmu makrifah.

Sebetul awak datang menjenguk Syed Ali di pejabatnya ada targetnya mahu meminjam wang untuk membaiki motosikal buruk C70 yang sudah 1 tahun lamanya yang tersadai di bengkel topek. Namun awak kaget untuk memulakan persoalan mengenai wang.

Seusai awak bersama Syed Ali pada petang itu, awak bergegas pulang,

Awan-awan mendung kelabu yang semakin bertelanjang untuk memuntahkan air-air untuk membasahi bumi terlalu panas yang pastinya dimusnahkan oleh manusia-manusia jahat. Namun aman – damai telah mencorakkan kehidupan yang pelbagai ini. Beg hitam dikilik di celak tiak yang berisikan buku buku ilmu kemakrifan.

Argh! Letih amat rasanya sekeping tubuh yang kurus kering di kala nasi belum menjamah oleh awak. Bukan saja tubuh amat letih tapinya otak juga letih kerana membenarkan Syed Ali memberikan hujah-hujah yang panjang lebar sepanjang sepetang ini. Awak terlena di atas tilam empuk yang berlampirkan cadar putih itu terlukis “ APUKEL”.

2

Bulan masih juga tidak segan silu menembusi dedaunan yang jarang-jarang itu berlubang-lubang lalu menyebarkan sir-sir cahaya ke merata-riti permukaan dataran surau juga di kenali Maahad Al-Ehsan, cahaya lampu-lampu neon juga menyebarkan cahaya kemerahan, di sudut kantin Maahad Al-Ehsan lampu-lampu berkelip-kelip dan dipagar juga berkelip-kelip kekuningan cahayanya.

Awak amat bersyukur-syukur, kedinginan udara di sini amat nyaman sekalinya, mahu saja awak menghirupnya seada.

Berduyun-duyun manusia-manusia tidak kira simpang siurnya berada atau sebaliknya yang mahu mengamalkan peramalan ini memasuki dataran Maahad Al – Ehsan, mata awak terbungkam membulat memandang juga terkesima sebuah kenderaan bermewah-mewah berwarna kekuning-kuningan yang tiada bumbung memasuki dataran Maahad Al-Ehsan,

“wow !,

memang yang sini ada yang kaya-raya, ada juga yang bergelar datuk” awak bermonolog sendirian.

Malam itu yang gulita gulatnya terpaksa dimalapkan oleh sinar-sinar cahaya yang merekahkan oleh lampu Kalimantan yang terpasangkan bagi menerangkan sedikit kerja-kerja peramalan amalan tarekat secara sunyi yang sepi yang mengenal tuhan yang satu. Apakah awak menjadi ahlinya, ya ahli peramalan amalan tarekat ini? Sebelum awak diterima menjadikan ahli peramalan tarekat ini sebelum itu awak perlu suci dari kemaksiatan di dunia terutamanya perkara-perkara yang boleh menyebabkan dosa-dosa besar, sumpah setia menjauhi perkara-perkara mungkar yakni di larang oleh Allah dan mengerjakan apa yang disuruh oleh Allah.

Ya, awak akan dibai’ahkan?,

apakah itu bai’ah?

Jadinya untuk membuka ikatan simpulnya itu, awak akan terlebih dahulu di bai’ahkan. Hati awak berdebar-debar yang masih mencari hala tuju untuk mengharungi liku-liku seperti ular mengeletar yang dipukul.

Apakah awak hanya menurut kata-kata Syed Ali yang mahu awak dibai’ahkan? Awak seakan-akan tidak mahu dibai’ahkan oleh kuasa yang telah diperturunkan kepada ‘Ayahanda’. Mahu tak mahu awak terpaksa juga dibai’ahkan pada malam itu..

Bagaimana bai’ah itu berlaku?

Seringkali awak persoalan-persoalan itu bermain dalam kotak fikiran awak yang kosong itu. Entah kenapa rasa berderau di hati awak.

“aduh!”

Sebenarnya apa yang berlaku pada malam itu?

Awak mempercayai peramalan tarekat yang sebenar adalah susur galur yang telah diperturunkan kepada ulama atau ahli sufisme tertentu yang mempunyai keimanan yang teguh. Wali songo pernah memceritakan mengenai tarekat. Satu lagi tarekat yang masih berlaku di Malaysia adalah Tarekat Ahmadiah dan Tarekat Nasyanbandiyah serta Tarekat syaziliyah. Ada sesetengah tarekat di Malaysia pernah disytiharkan pihak JAKIM adalah ajaran sesat namun awak tidak pasti apakah tarekat tersebut? Yang pasti dalam mengamalkan peramalan tarekat apa yang paling penting adalah

1.     Perlu meninggalkan perbuatan kemaksiatan

2.     Memeliharakan segala amalan keibadatan yang telah di wajibkan oleh ahli-ahli peramalan tarekat.

3.     Melakukan zikir-zikir ‘zikrullah’ 10 ribu semalaman dengan menyebut nama Allah.

4.     Tidak dibolehkan hati dan jiwa raga berbelah atau bersikap was-was bagi terhadap ‘ayahanda’ merupakan guru yang mursyid. Ilmu yang baik adalah datang dari guru yang baik. Guru mursyid adalah salasiah nabi. Tiada ilmu yang baik datangnya dari buku. Ini kerana guru yang mursyid menjadi tali hayat untuk berhubungan dengan Allah

5.     Melakukan kerja-kerja ibadat sunnat yang dikuasakan yakni diwajibkan melakukan solat sunnat wudhu dan solat sunnat taubat sebanyak 2 rakaat bagi menghapuskan segala dosa-dosa kecil yang dilakukan sebelum ini untuk mengamalkan peramalan ‘zikrullah kepada tuhan yang satu.

6.     Selalukan mengucapkan istighfar sebanyak satu ribu kali sehari semalaman

7.     Sentiasakan berselawat ke atas junjungan nabu dan melakukan peramalan amalan ‘zikrullah’ yang tertentu mengikut syarat dan ruku’nya. Setiap peribadatan yang dilakukan ada syarat dan ruku’nya.

Beberapa syarat yang diperdengarkan kepada awak sebelum dibai’ahkan. Ini kerana sumpah setia yang dilakukan akan memakan diri awak sendiri.

Kedinginan malam itu diderukan angin-angin malam yang sepi itu menyelusuri di celah-celah jendela membawakan awak ke lorong-lorong kesunyian yang sepi. Malam itu awak telah dibai’ahkan.

3

Dua belas pernama sudah awak telah dibai’ahkan oleh sekumpulan peramalan tarekat. Awak masih dalam kebinggungan dalam mencari diri sendiri.

Awak adalah awak,

awak adalah diri,

diri sering kali dibayangi oleh bayangan diri untuk menjadikan diri untuk mengapaikan diri untuk mencari ilmu-ilmu ketuhanan.

Apakah awak akan terus mencari identiti diri awak ataupun awak hanya mampu atau mahu menunggu kata dari dalaman diri?.

Bukan bunuh diri bukan maksud sebenar dalam mencari kesendatan diri yang mahu mengeluarkan zat-zat diri kearah kekasfanan diri.

Apa yang penting diri awak yang sebenarnya adalah mencari dan membicaranya secara dalaman mengenai diri awak,

itu barangkali?

Sedikit banyaknya awak seakan mengerti dan faham kemaksudannya mengenai tarekat, makrifan, hakikat dan kekamilan yang merujukkan kepada diri awak sendiri. Kali ini awak telah menerobos erti kata-kata yang bererti dalam ruang dunia cukup besar untuk menyingkap makna kehidupan yang tenteram. Satu bentuk transformasi secara holistik dalam kamus hidup awak,

Sebelum ini awak hanya dapat melihat kebesaran tuhan melalui pancaindera sahaja itu dulunya mentaliti awak sangat sempit terlalu sangat sempit. Tapi kali ini awak dapat memukau secara jauhnya melalui penghayatan hati dengan senjata utama ‘zikrullah’.

Sekarang emosi awak tidak selembut dedaun yang menjemput ke bumi dulunya yang hanya awak bermegah-megah emosi sekarang ini yang memupuk hati yang spiritual. Bukannya awak mendiskusi dengan diri awak sendiri mengenai kematian dan kehidupan. Awak tiada lagi kepura - puraan.

Sebelum ini awak hanya tahu tuhan ada di mana-mana

Kali awak mengetahuinya

Di mana tuhan itu?

Cinta tuhan?

Cinta makrifat?

Semuanya sesuatu yang spiritual membolehkan manusia meneroka kehidupan yang mengalami kesesatan sebelum ini. Hati yang dulunya awak sudah dibakar dan menjadikan abu untuk dilayarkan ke Sungai Klang yang kekotoran masyhur di mana-mana pun di Malaysia. Awak masih lagi mencari dan terus mencari mengkaji tentang ilmu-ilmu ketarekatan terutamanya Tarekat Naksyabandiyyah yakni ilmu-ilmu yang berkait rapat dengan ilmu ketasaufan. Pernah beberapa kali hendaknya awak bertegang leher dengan Syed Ali pada mula dulunya sebelum awak dibai’ahkan.

“Jika betul peramalan amalan ini tidak salah di sisi undang-undang di Malaysia, Kenapa kerajaan tidak mengatakan tidak haram?

“Mereka ini hanya pandai berbicara sahaja”

Ketikanya awak masih kekeliruan

Menunduk kepala ke bawah awak setelah bertubi-tubi di serang Syed Ali dengan bicara yang memukau di hati awak. Awak hanya membenarkan kata-katanya yang tahu dulunya untuk mencari keredhaan Tuhan. Bicaranya telah melenyapkan sunyi persoalan awak yang masih terbuku di benak fikiran awak.

“Jika ahli syurga telah masuk ke dalam syurga, maka terdengar panggilan, kamu akan hidup terus dan tidak akan mati, kamu akan terus sihat dan tidak kunjung sihat dan kamu akan muda tidak akan tua dan kamu akan terus smenikmati kesenangan dan tidak akan susah selama-lamanya”

Mahu saja telinga ini di sumbat-sumbat dengan kapas supaya bicaranya tidak mahu didengarinya, dengan hati yang sangat tulusnya ini awak masih membangkang dalam diri saja.

Syed Ali masih bercerita lagi dulu katanya penah bertabligh di merata-riti tempat di seluruh Malaysia, memakai serban beriktikad di masjid berbulan-bulan lamanya, namun itu, hanyalah satu pencarian yang tiada kesudahannya yang amat mendalam terhadap ilmu-ilmu kemakrifan, setelah lamanya mencarinya ketemu jua satu peramalan amalan yang mendekatkan lagi kepada tuhan yang seringkali sebelum ini merasai jauhnya untuk bertemu tuhan. Dia masih menunggu kalam-kalam tuhan

“Lihatlah, ikan-ikan yang di dalam laut yang airnya masin, tetapi ikan-ikan itu tidak masin, keajaiban ciptaan tuhan” bicaranya menunjukkan beberapa ayat-ayat Al-Quran.

Awak hanya memerhatikan Syed Ali yang sering kali menerbitkan kata-kata perangsang untuk awak mengamalkan amalan tarekat.

Lagi katanya

“ Setiap manusia yang normal selalunya meninginkan kehidupan yang bahagia dan selamat, untuk mencapai tujuan tersebut diperlukan pedoman dan pegangan hidup yang tepat dan lurus” lagi sambung katanya

“Satu golongan manusia berhasil menemui jalan yang lurus dan berpegang pada tali yang kuat melalui makrifah dengan akidah yang kuat, itulah orang yang berhasil meraih kemenangan, keselamatan hidup di dunia dan akhirat” dengan nadanya begitu sekali membicara sesopannya.

Seusainya awak membenarkan kata-katanya.

4

“Anda semua di dapati bersalah melanggari undang-undang islam di Malaysia dengan mengamalkan amalan-amalan yang sesat” kata pegawai penguatkuasa JAKIM sambil menunjukkan kad kuasanya

Terketar-ketar tangan awak mencapai sapu tangan di kocek baju melayu bercekak musang lalu awak menyapu anak-anak peluh yang masih menyelusuri pipi, awak tidak pernah merasakan takut begini, tidak pernah. Awak membayangkan bagaimana rumah yang dipagari jejari besi. Oh! Tidak

Awak masih memikir-mikirnya di benak ini

“Adakah awak akan disabitkan kesalahan”

“Adakah awak di penjarakan ataupun di denda” bisik hati kecil awak

Entah apa yang berlaku selepas ini, awak buntu memikir situasi begini

Awak di tahan 14 hari di lokap, setelah di hadapkan ke Mahkamah Syariah, awak dan bersama ahli kumpulan lain di penjara selama 3 bulan.

5

Sekarang awak masih mencari-caru erti “cinta makrifah” yang sebenar.


1 comments:

  1. wooo...mdalam betul mesej cerita ini...

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini