Sultan terdiam…Para pembesar negeri menunduk kepala..sudah pasti ini berita yang paling mendukacitakan baginda…dan semua seisi nusantara (jika mereka mampu mengetahuinya.)
“Ayahanda…” aku menantikan jawapan atas permintaanku agar segera di makbuli.
“Uh…”, ungkapan yang ringkas. Hanya itu yang baginda Sultan mampu suarakan. Suasana sungguh tegang. Sehela bunyi nafas pun tidak kedengaran.
***
“Tuan hamba sudah hilang akal? Itu bukan kawasan permainan! Kalau tuan hamba hendak menguji diri, banyak lagi pendekar-pendekar angkuh di luar sana! Lunaskan mereka!” ujar Sang Patilla dengan penuh nada berbaur amarah. Aku mengesan hasutan syaitan laknatullah di situ. Astagfirullahal’azim…
“Maaf!Hamba tidak di lahirkan untuk memisah dan memecah-belahkan manusia. Kita boleh menghukum mereka tapi usah keterlaluan… hukumlah dengan adil dan berikanlah mereka pengajaran dengan sebaik-baiknya… semoga terbuka pintu hati mereka untuk bertaubat!” kataku lantas segera menghamparkan kedua-dua belah telapak tanganku pada bahunya…lalu memandang terus ke dalam anak matanya..pandangan mata seorang teman.
“Dunia ini hanya satu, dan kita berkongsi bersama untuk memeliharanya” ujarku sebelum berlalu.
***
Sang Patilla adalah seorang teman karib. Mengenalinya yang hidup melarat di pinggir pasar langsung membuatku lupa pada istana. Namun sejak dia di beri tempat di istana, sifatnya mula berubah. Dia sudah terbiasa dengan kehidupan sebagai seorang pembesar. Kebaikan yang di curah hanya untuk menempa nama dan membina kesetiaan palsu. Apa lagi yang dia mahu? Dia sudah memiliki segala-galanya, namun dia ingin sesuatu yang lebih lagi. Dasar manusia…!
Kadangkala aku sendiri gusar dan menyesal membawanya ke istana. Adakah harus aku tinggalkan saja dia melarat nyawa-nyawa ikan di tepian pasar... seperti dulu?
Sememangnya kenakalanku selalu menyusahkan semua. Pantang ada peluang, cepat-cepat aku mencuri keluar menyusup kampung dan pasar-pasar. Seringkali juga aku melalui masjid-masjid dan tanah-tanah perkuburan. Kadang-kadang aku berhenti di situ untuk duduk bersila mencari secalit keinsafan dan secubit ketenangan, di samping saling mendoakan buat mereka yang telah tiada.
Semua itu tidak terdapat dalam istana.
Aku gemar untuk turun bercampur dengan rakyat jelata. Dari kecil aku bermain-main dengan anak-anak mereka, tidur di pondok mereka, memakan makanan mereka,melakukan kerja-kerja berat dan kasar bersama mereka. Juga duduk-duduk bersama orang-orang tua lama yang pandai bercerita. Sesungguhnya, amat seronok sekali mendengar kisah dari bibir mereka.
Memang aku anak pemerintah,namun hampir kesemua rakyat langsung tidak mengenali diriku. Lagipun aku jarang menempatkan diri dalam mana-mana majlis keramaian istana. Di kelilingi perempuan dan air mabuk, itu bukan kegemaranku. Kerana langsung tidak terlihat dan tidak pernah juga di perkenalkan pada umum, maka rakyat langsung tidak tahu perihal peribadiku dan ini membuatku berasa amat selesa.
***
Tapi Sang Patilla tidak begitu. Dia sanggup mencium tangan-tangan para pembesar yang di hormatinya berkali-kali. Hei Patilla! Lebih baik kau mencium tangan ibu dan bapa yang melahir dan membesarkanmu. Tangan ibubapa mu itu lebih layak untuk kau cium!
Tergamak kau menghormati orang lain melebihi ibubapamu sendiri…sialan!!!
Aku sebagai kerabat di raja pun tidak pernah mencium tangan para pembesar itu, malahan kerap kali aku berusaha menjauh dan melarikan diri dari bertembung dengan mereka. Andai bertemu, mereka hanya membawa isu menambah kekayaan,melebar keluasan kuasa dan penambahan pengumpulan harta…juga mengenai perempuan cantik untuk di jadikan gundik…bangsat!
Tamak! Syaitan!
Taubatlah kau Sang Patilla!
***
Angkara Sang Patilla jugalah aku sudah tidak lagi dapat bergurau –senda dan melakukan kerja kampung dengan rakyat biasa . Sang Patilla mendedahkan kedudukanku pada mata umum dan ini menimbulkan suasana resah dan kelam-kabut. Rakyat mula tunduk apabila bertemu denganku dan tidak lagi semesra dahulu. Mereka terlalu berhati-hati denganku. Aku rimas! Aku mahu hidup yang dulu!
Jahanam kau Patilla! Ayahanda ku sendiri tidak pernah mendedahkan siapa aku!
Namun aku bernasib baik kerana secara perlahan-lahan hubunganku dengan rakyat kembali pulih seperti biasa. Mereka mula melayanku seperti masa-masa kecilku. Kami bersawah, menangkap ikan, bercucuk tanam, menggali perigi dan berjemaah bersama.
Namun, Sang Patilla membenci semua ini. Baginya manusia di bezakan dengan nama dan pangkat. Sang Patilla mula melempar fitnah terhadapku. Alangkan sewaktu bertempur pun dia sentiasa di belakang, hanya aku dan pasukan tempur berada di depan. Ayahanda tahu perihal ini dan berasa sangat kecewa terhadap Sang Patilla.
***
“Anakanda….”.“Ya..Ayahanda?..”balasku..penuh pertanyaan. “Ayahanda tahu…Keadaan semakin buruk…”, aku semakin bingung. “Banyak perkara yang tidak sepatutnya telah berlaku..kerajaan kita semakin rapuh…di tambah lagi dengan keangkuhan Sang Patilla dan sikap rakusnya..Ayahanda rasa kerajaan kita tidak akan mampu bertahan lagi..”
“Racun benci dan santau khianat-mengkhianati semakin mencemari negeri ini..Ayahanda dapat merasakan bahawa ramai para pembesar kita telah ‘di beli’ oleh Sang Patilla…mereka akan menjatuhkan kita..”. Aku memandang mata ayahanda. “Seperkara lagi anakanda…Dunia menghampiri kehancuran…Perosak Bermata Satu itu akan keluar dari teras bumi ini tidak lama lagi…Dunia benar-benar menghampiri kehancuran…”.
Ah! Belum Perosak Bermata Satu itu keluar pun dunia sudah tenat! Pengikut-pengikutnya sedang bersedia menyambut kedatangannya dengan pertumpahan darah, fitnah, kerosakan,ketidakpercayaan, peperangan, dan kemusnahan! Ah…!
“Jadi..Ayahanda mengizinkan anakanda…?”tanyaku penuh harapan. “Pergilah anakanda…Ayahanda berat hati tapi kini kita sudah tiada jalan lagi…semoga selamat kembali..”. Aku merapati ayahanda dan mendakapnya dengan penuh syahdu. Perasaan ini, pelukan ini..yang akan sentiasaku ingati dan rindui…sampai mati.
***
Awal-awal pagi lagi sebelum kelawar pulang ke gua, sebelum sepancar sinar mentari menjejak ke dunia aku sudah keluar dari perkarangan istana. Setelah mencium tangan Ayahanda segera aku meloloskan diri dari kawalan rapi hulubalang istana dengan begitu mudah. Ah..semua ini kawasan permainanku, tiada apa yang hendak di hairankan. Tujuanku sekarang ialah ‘Lembah Jurang Neraka’ .
***
Lembah Jurang Neraka lebih di kenali sebagai ‘Kubur Penantian’. Tiada siapa yang pernah turun ke situ dapat pulang kembali. Mereka kata cahaya yang melaluinya juga akan hilang di telan jurang. Bagiku, masa yang pergi pun tidak akan kembali. Tiada apa yang aneh. Cuma di bawah itu…
***
Ada kisah dan catatan mengenai Perosak Bermata Satu yang di ikat di bawah itu. Ia menanti masa untuk keluar. Di bawah jurang ini juga terdapat ular besar, kala jengking berbisa, dan limpahan api umpama neraka. Juga banyak lagi mahluk-mahluk aneh seperti yang di ceritakan orang-orang tua di negeriku. Keadaan di bawah sana amat dahsyat lagi menyeramkan.
***
Kini aku telah tiba di tebing Jurang Lembah Neraka. Aku berdiri betul-betul di pinggir jurang tersebut. Ku lihat ke bawah jurang..Gelap…ini bermakna ia sangat dalam..hmmm….tiba-tiba..”Zuss….!!!” objek putih sepantas kilat mengelilingiku.
“Kappa?” bisik hati kecilku. “Henti!” terjahku. Kappa adalah nama bagi seekor burung cenderawasih peliharaan milik Putri. “Putra!” Kappa berkata-kata padaku. Burung ini memang aneh. Dari hari pertama aku dan Putri bersama menangkapnya dan sejak mula Putri memeliharanya, ia mampu berbicara seperti manusia. Kappa juga memiliki keajaiban sakti yang lain. Ianya memang seekor burung yang aneh.
***
“Putri menghantar kamu?”, kataku pada Kappa. “Putri sedang gering, wahai Tuan Putra” balas Kappa. “Jawab soalanku, adakah Putri yang hantar kamu ke mari?? Adakah Putri tahu hamba berada di sini??” aku lebih selesa membahasakan diriku ‘hamba’ dengan sesiapa pun. Sebab itu aku lebih senang tinggal dengan rakyat jelata.
“Tidak! Tuanku Putri tidak tahu. Tapi,hamba merayu ehsan Tuanku Putra, jangan terjun ke jurang ini, usah turun ke jurang ini. Fikirkanlah nasib Tuan Putri!”
Putri…..?
***
“Tipu! Saudari tidak mungkin mengenali hamba! Hamba hanyalah rakyat jelata biasa! Kerja harian hamba adalah memotong kayu dan melakukan kerja-kerja kasar!” ujarku pada wanita di hadapanku. “Hahaha..Usah berdalih Tuan Putra…Patik tahu segalanya tentang tuan hamba. Ingin patik ceritakan?” “ Ceritakanlah!..” aku mencabarnya. Satu persatu ia ceritakan. Jelas dan sungguh benar sekali! Dari mula aku lahir hingga ke saat ini..kenakalan dan kedegilanku..semua dia ketahui! Tak ada sedetik kisah hidupku yang tertinggal malah ada antaranya telah aku lupakan dan gagal untuk mengingatinya kembali…Tapi di miliki oleh wanita aneh ini! Jujur dariku, ini adalah pertemuan yang menakutkan.
Seluruh kisah silamku, baik dan buruk tentangku, ada dalam genggamannya!
***
“Ah! Cantiknya! Mari kita menangkap burung itu!” ajak Tuan Putri. kami berkejaran bersama dan berjaya menangkapnya lalu memberikan ia nama…Kappa.
Itulah kisah awal pertemuan antara aku, Putri, dan Kappa untuk kali pertama dan terakhirnya. Masih tiada ruang lagi untuk kali yang kedua.
***
“Tuanku Putra!”, Surr….!! Aku tersentak.Bagaikan terjaga dari tidur,hilang terus semua bayangan masa lalu dari hadapan mata. “ Tuan Putri dalam keadaan gering. Jikalau Tuan Putra pergi sudah tentu keadaan akan menjadi lebih genting! Hamba merayu! Usah pergi ke dalam jurang itu!”,sekali lagi Kappa si burung ajaib merayu padaku.
“Tidak! Putri pasti akan segera sembuh!”,balasku, ringkas. “ Racun dalam tubuh hamba juga akan hilang sementara nanti”, aku menerangkan kepada Kappa. Tubuhku di resapi racun yang tidak terlihat. Sama ada di hantar melalui angin atau pun makanan, itu ku tidak tahu. Yang penting dalam tempoh seberapa lama ini, racun itu telah melarat di seluruh urat saraf dan darahku. Kalau tidak kerana ilmu perubatan lama yang aku pelajari dari orang-orang tua negeriku semasa ku tinggal di pondok mereka dahulu, sudah tentu malaikat maut telah datang menjemputku.
Putri dan Putra adalah satu. Kappa, kau patut mengerti semua itu.
Kesakitannya adalah penderitaanku, dan kegembiraannya adalah kebahagianku.
***
Sejujurnya,sudah lama bayang Putri tidak terlihat.Khabar dari perisik kepercayaanku, hati Putri telah di miliki.
Hatinya yang satu itu telah di miliki seseorang.
Seorang jejaka yang mampu memberikan segala-galanya padanya dan sentiasa berada di sisinya. Dengar khabar lagi, sememangnya kini Putri berada dalam keadaan yang paling bahagia, paling gembira.
Seorang jejaka yang dalam hatinya ada taman, sedang dalam hatiku cuma punya kolam, untuk memberi minum dan makan, kepada setiap haiwan dan tumbuhan, serta sekalian mahluk Tuhan.
Aku menderita menghadapi semua ini, dan kuharapkan agar Putri dapat merasai sakit dan seksanya hati ini.
Akibatnya siang dan malamku sudah tidak terjaga lagi. Saat inilah yang dinanti-nantikan oleh para musuhku dan mereka telah menggunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya untuk meracuniku.
***
“Tuan Putri akan kesunyian!”. “Tidak! Penghibur istana masih ada untuk menghiburkannya!”. “Tuan Putri akan terdedah kepada bahaya!”. “Segala hulubalang dan pendekar istana sanggup bermati-matian untuk menjaga dan melindunginya!”, Kappa kelihatan sangat marah seolah amat geram dengan jawapan yang baru kuberikan pada setiap persoalannya tadi.
“Tapi…Itu semua Palsu!”, luah Kappa sepenuh hati. “Kegembiraan yang di miliki oleh Tuan Putri itu palsu! Kebahagiaan yang di miliki Tuan Putri hanyalah untuk mengaburi mata! Tuan Putri tidak pernah gembira! Hatinya terseksa! Jiwanya menderita! Tuanku Putra! Hamba mempertaruhkan segala kesaktian dan jiwa hamba, usah turun ke Lembah Jurang Neraka ini!”.
Benarkah,
Kesakitan dan penderitaan yang aku alami selama ini bukan hanya ada padaku,tetapi ada juga pada kamu…
Putri…?
***
Ah…! Baru aku teringat! Masa semakin suntuk! “Zuss…!!”, Sepantas kilat ku ‘kunci’ cederawasih indah ini. “Tuanku Putra! Mengapa??Apa yang Tuanku Putra lakukan ini!! Hamba sudah tidak dapat bergerak!”
“Dengar sini Kappa! Jurang ini hanya boleh di masuki sebelum gelincir matahari! Jika tidak, pintu ghaib di bawahnya akan tertutup!”. Masa semakin suntuk! Perbualan dengan Kappa tadi benar-benar membuat aku lalai!
“Apa tujuan Tuanku Putra membuat hamba sebegini??!! Bebaskan hamba segera!”, Kappa meminta agarku membuka ikatan ghaib yang ‘mengunci’ dirinya itu.
“Dengarkanlah baik-baik kata hamba ini wahai sang cenderawasih! Sila sampaikan kata-kata ini kepada Tuanku Putri.”. “Hamba berjanji!”, jawap Kappa yang taat setia kepada Putri, bersedia untuk mendengar.
***
“Sampaikan padanya, dari Tuanku Putra :
“Kau genggam masa lalu ku, sila simpan baik-baik masa depan ku.”
***
Ku angkat burung ini dan melekapkan tapak tanganku pada dadanya, ku ‘serap’ belati sakti dalam tubuhnya. “Tuanku Putra! Apa ini??”. “Ini belati sakti kepunyaanku. Sampaikan ia kepada Putri.”
“Tuanku? Senjata apa yang Tuanku bawa untuk turun ke jurang?”. Matanya melirik-lirik ke seluruh tubuhku. Tiada apa-apa. Langsung tiada sebarang senjata. Tali untuk turun ke bawah pun tidak ada.
Aku tersenyum. Lalu ku dekati burung ajaib ini lalu ku bisikan padanya:
“Hanya iman dan cinta”
***
“Tuanku! Hamba boleh pulang sendiri!”. “Tidak! ‘Kunci’ ini tidak akan terbuka selagi kau tidak tiba di istana!”
Kubacakan mantera sakti dan kini Kappa telah terapung di udara bersedia untuk ‘di lancar’ pulang ke istana kayangannya.
“Tuan Putra, nanti dulu! Berapa lama Tuan Putra akan berada di jurang sana??”
“Dua Purnama” jawapan yang tidak meyakinkanku sama sekali.
Sebenarnya aku sendiri tidak pasti.
Sama ada dapat aku mampu untuk kembali, hidup atau pun mati.
***
“Sampaikan salamku buat Putri dan seisi istana”.
Zasss!!! Kappa si burung cenderawasih istana itu kuhantar pulang,meluncur laju membelah awan.
***
Masa yang tinggal hanya beberapa detik sahaja lagi. Kurenungi lurah jurang ini sedalam-dalamnya. “Bersedialah wahai Perosak Bermata Satu!”,cetus hatiku dan dengan helaan satu nafas….
Aku memulakan terjunan.
***TAMAT***