rss


"Kiki, kau tau tak??" Kawannya yang dipanggil Nana tu bertanya.
"Tau ape? Kau tak cakap mane aku tau ape yg kau tahu?" Aku berpaling memandangnya. Sedang aku kusyuk membaca dia kacau pulak. Daripada aku tak boleh nak tumpu perhatian membaca baik aku layan budak sorang nie. Dia la satu-satunya kawan baik aku.
"Aku dengar ada budak baru kat sekolah kita tau"
"Owh..ingat ape lah tadi..ko nie.. ape pulak nak herannya..biasa la tu budak baru masuk budak lama keluar..cam tak biasa pulak"
"Sebab luar biasa la aku gitau kau nie"
"Erm..ape yg pelik nyer??"
"Kau tau..budak tu hensem tau..hensem sangat..cam prince charming idaman aku" smbil tersengih-sengih..hehehe
"Tak de keje lain ko nie..mata keranjang tol tau.." Hensem sangat ke budak tu..ermm konfius..mata Nana ni boleh pakai ke?? Hehehe..
"Betol la.."
"Kau dah jumpa dengan dia ker?"
"Dah la mak cik oii..kau nie..tak kan kau tak caya kat aku kot. Hensem tau, mata bulat hidung mancung..kalau kau tengok dia senyum mak aiii nak pengsan aku dibuatnya"
"Aku rasa kau sakit mata kot..huhu..tapi mata kita lain-lain kan..maybe mata kau bila tengok dia hensem tapi mata aku tengok biasa jer. Sebab daripada cerita kau nie tak mungkin la budak sehensem tu nak sekolah kat sekolah kita nie"
"Tak caya sudah!" Nana menarik muka masam apabila aku menidakkan ceritanya.
"Ok ok my dear..Aku percaya kau..aku gurau je lah..ko nie.." Aku berkata sambil mengeletek pinggangnya. Akhirnya kami tertawa. Nana la tempat bergaduh, bermanja dan mengadu aku. Kami banyak perbezaan tapi ini tidak menghalang kami daripada berkawan baik.

* * * * *

"Assalamualaikum semua murid-murid" Sapa pengetua sekolah kami, Cikgu Harun sambil melangkah memasuki kelas kami diikuti oleh seorang yang tidak dikenali.
"Waalaikummussalam Cikgu" Hampir serentak pelajar-pelajar 4 Adil menjawab salam pengetua itu.
"Ok murid-murid. Ini Cikgu perkenalkan Hakimi, pelajar baru dan akan menjadi sebahagian daripada pelajar kelas kamu semua. Cikgu harap kamu semua dapat menolong Hakimi menyesuaikan diri disekolah ini. Bantu dia jika dia perlukan pertolongan. "
"Baik cikgu" Semua pelajar menganggukkan kepala.
Semua mata tertumpu pada pelajar yang baru itu. Boleh tahan jugak orangnya. Mungkin orang ini la yang Nana gitau tadi kot. Aku hanya memandang sekilas. Aku tahu sape aku. Aku tidak mahu jatuh hati. Senyumannya memang menawan. Kalau aku pandang lama-lama aku pun boleh terpikat. Hisy..gila la aku nie..tak kan aku nak jatuh cinta dengan dia kot..ramai lagi pelajar kat sini..perasan je lebih aku nieh..suka fikir bukan-bukan..huhuuu..

"Baiklah. Hakimi kamu boleh ambik tempat duduk kamu" Kata cikgu Harun sambil menunjuk meja dan kerusi yang kosong kepada Hakimi. Hakimi berjalan menuju ke mejanya.
Dia duduk sebaris dengan mejaku dengan Nana tapi selang empat meja. Aku dihujung kanan dan Hakimi dihujung kiri. Barisan kami ditengah-tengah. Aku suka duduk ditengah-tengah sebab ‘selamat’ ckit dari soklan-soklan maut cikgu..hehe..ilmu pun dapat tengah-tengah..tak la rasa mengantuk sangat. Nak bertanya cikgu pun senang. Tu la kelebihan duduk ditengah-tengah..pendek kata semua dapat.
"Kiki, budak tu la yang aku cakap tadi" Nana berbisik padaku.
"Aku dah agak dah." Jawabku berbisik juga.
"Amacam???"
"Ape die…biasa jek.." aku saje buat-buat tak faham. Malas nak layan Nana pepagi nih..orang mai sekolah nak blajar tp die mai cuci mata lak..hisy..tau dek mak nanti mampus..
"ko memang…hati batu..tak de perasaan…" Nana berkata geram..
"suka hati aku la weii.." kiki membalas. Aku lihat Nana menjeling-jeling budak baru kelas kami tu. Geli hati aku melihat gelagat si Nana nih..hisy..Nana..Nana..
"eleh..malu-malu konon..pi la berkenalan dengan prince charming ko tu..cikgu pun belum masuk lagi nih..masa tu berharga tau..pi la cepat" gesaku pada Nana, sekadar mencabarnya.
"ish..tak nak la aku..maluuuu…" Nana tersipu-sipu.
"haa..tau pn malu…dah la..mak aku ade pesan suruh belajar dulu sampai menara gading pastu keje pastu…threee…heheh"
" ko nie…yelah ..aku blajar dlu…" Nana mengalah..malas nak dgr ceramah pagi aku la tu..hihi..

* * * * *

Pagi ni aku datang awal ke sekolah saja datang awal sebab kalau lewat bas penuh pulak. Awal-awal dah pukul 7 pagi dah pun. Tadi pun secara kebetulan masa aku kuar tunggu bas, tunggu jap je bas dah sampai. Kebanyakan rakan-rakanku rumahnya berdekatan dengan sekolah jadi lewat la datang.

"hai..moning…" sape Hakimi padaku. Pada aku la lagipon mane ade org lain cuma aku dengan dia jer yang ada dalam kelas aku nieh..aku org terawal sampai dan hakimi kedua..yg ketiga belum tau lg..jeng jeng jeng...
"Assalamualaikum..hai..moning…" jawabku selamba. Ape la tegur org bukan nak bagi salam. Kita kan Islam so bagi la salam..padahal ini kali pertama kitaorang berbual.
"Maaf..waalaikummussalam.."
"Erm..awal awak sampai..datang dengan ape?" Aku dengar suaranya..sekadar nak berbual-bual dengan aku kot..tapi kan macho gak suara die..suka aku dengar.
"Saya naik bas je.. awak lak?" tanyaku pula.
"Oo..saya ayah yang hantar..kebetulan jalan sehala dengan tempat keje ayah."
"Oh..gitu.."
Aku hanya mengangguk tanpa memandangnye tapi dia msih lagi memandangku seperti mahu menanya sesuatu.
"Ermm….awak..nama pendek awak Kiki kan..nama panjang awak ape??" Akhirnya aku tau jugak ape yang bermain difikirannya itu.
"Nape nak tau lak..tak ckup ke dengan nama pendek tu??" tanyaku sekadar nak mengujinya..perangai aku yang suka putar belit..hahahah…nasib la..
"Laa..nak tau nama pon salah ke? Banyak tanya lak awak nie…mahal sangat ke nama awak tu haa..tak nak bagi biar la!!" jawab Hakimi dengan nada merajuk. Aku hanya tersenyum melihat gelagatnya. Cute pulak tengok die marah-marah gitu..hehe..aku ketawa geli hati..ada hikmat rupanya aku datang awal-awal gini dapat berborak dengan mamat hensem nih..kalah la Nana..hihi..
"Mahal la..awak ade duit ke nak bayar nanti..Awk nie….buruk tau pagi-pagi dah merajuk…mulakan hari dengan senyuman..baru ceria ckit..hehehehehe…" ketawa aku terlepas juga melihat mukanye yg mencuka pabila dikenakan aku. Aku ni pon satu mengusik tak ingat sesaper dah. Baru semalam kenal hari ni bercakap tapi mengusik macam dah setahun kenal. Dia pon peramah aku pon ape lagi..ok je
"Awak anak bongsu ek..usik ckit dh merajuk..huhu" tanyaku pula. Dia bangun menghampiriku dan duduk di kerusi dihadapan mengadap aku.
"Bukan"
"Kimi..nape awk duduk sini nanti orang nmpak, ni bukan tempat awak.." kataku tak senang kalau-kalau ade org nampak.. mati aku. Silap-silap kene tangkap basah lak..huhu nauzubillah..
"Jap je..tak best la cakap jauh-jauh..jap je ek.."
"erm..up to u lah"
"Kiki…awak belum jawab soalan saya tadi kan..tukar topik lak ye.."
"Owh..ok kalau saya jawab boleh awak duduk kat tempat awak balik tak?"
"Ada-ada aje awak nie.."
"Maaf..saya takut kawan-kawan nampak..kan tak manis tu"
"Okey. jawapannye?"
"Ok En.Hakimi..dengar baik-baik..nama panjang saya Siti Nur Hakimah binti Mohd Hasan"
"Tq" Hakimi mngotakan janjinya..dia berlalu ke mejanya. Lega aku..
Perbualan kali tamat disitu dan masing-masing membisu. Aku ada gak soalan untuk dia tapi biar la dulu malu lak nak tanya. Aku pn tak faham nape dia nak sangat tau nama penuh aku sampai merajuk-rajuk dengan aku..pelik btol..
Lima minit membisu kelihatan seorang demi sorang kawan-kawan sekelasku memasuki kelas. Kelas 4 Adil riuh kembali.
"Moning kiki.." Sapa Nana kepadaku setelah duduk disebelahku.
"Moning mak cik Nana..lewat arini?? Ayam kau mati ker?? " Usikku
"Aah…sebab tu diorang tak kejut aku pagi nieh..tu yang lambat bangun tuh.." Nana membalas gurauanku selamba. Usik mengusik dah menjadi rutin harian kami.

Sedang kami berdua enak mengisi perut, tiba-tiba seseorg menegur kami.

"Nana…boleh saya duk sini??"

"Eh Kimi..terkejut saya..silakan la kalo tak maluu..." Balasku sambil mengusiknya..heheh..

"Boleh-boleh..duduk la Kimi..tempat tu pun kosong" Kata Nana lak.

"Time kacih..saya memang tak malu pun cik Kiki comeyy.."

Kiki hanya tersengih bila Hakimi membalas gurauannya manakala Nana tersipu-sipu malu apabila jejaka idamanya muncul didepan mata.

‘Mak aii tak lena lah nampaknya aku malam nieh’. Nana berkata dlm hati.

Mereka makan bersama sambil berbual-bual. Dari situ Kiki dapat mengenali Hakimi. Baginya Hakimi seorang yang baik hati, kelakar, bijak dan juga kacak. Sekali tengok memang nampk sombong tapi apabila berborak ternyata die sorang yang kelakar. Nak pecah perut aku ngan Nana bila mendengar lawak spontannya. Banyak cerita yang dikongsikan bersama kami. Pendek kata hatiku dah tertarik padanya..huhu…alahai hati..nape la kau jatuh bila bertentang mata dengan Hakimi..kenapa?? oh tidakk…malu aku pada Nana kalau dia dapat tahu nanti…Hakimi….dalam diam kau curi hati aku ker?? Sampai hati kauuu…tapi kenapa mudah sangat hatiku dicuri orangg?? Kurang penjagaankah aku??

Tapi aku tak sepadan dengannya, lain la kalau Nana tu. Aku berkulit gelap tapi masih ada manis sebab lusung pipitku penyerinya..heheh..sebab aku gelap lah tak de sorg arjuna pun yang nak dekat dengan akuu..manusia summer nak yang sempurna saje..kebanyakan memliih luaran pada mulanya pastu baru menilai yang lain. Oleh kerana itu hubungan yang terjalin tidak akan kekal lama. Bila mendapat tahu perangai pasangan yang sebenar mereka akan mencari alasan untuk memutuskn hubungan. Harap muka saje cantik tapi perangai hanya Tuhan saja yang tahu. Akan tetapi dengan berkawan dgn ramai orang akan mendewasakan kita akhirnya. Setiap orang berbeza-beza. Itulah uniknya manusia walaupun mereka kembar seiras tapi mereka tetap berbeza. Tuhan maha adil dan bijaksana. Manusia juga dikurniakan akal untuk menilai baik buruk sesuatu.

"Kikii…." Hakimi memanggil Kiki yang tajam memandangnya.

"Kikiiii…." Panggil Hakimi kali kedua.

"Awak mengelamun ker?? Atau awk mimpi naik pelamin ngan sy?? " Usik Hakimi lagi sambil ketawa.

"Eh mane ade..memandai jerk" Kiki jadi termalu sendiri. Entah bape lama matanya memandang Hakimi die sendri tak tahu. Yang dia tahu dia tertarik dengan satu-satunya teruna di depan matanya itu.

"Nana maner??"

"Tengok..Nana pergi pun awak tak sedar eh..Nana pi jmpe puan Toi sakit perut lak katanya.. ermm..awk menung ape tadi erk??" ermm Puan Toi tu untuk Toilet..heheh

"OoOoo..sowiy saya tak sedar lak" kataku tanpa menjawab pertanyaannya. Aku malu sebenarnya. Kalau la Hakimi tahu yang aku sedang memikirkannya entah ape tanggapannya pada aku nanti. Dia tentu hanya nak dekat dengan Nana maklumlah Nana tu kan cute mute orangnya.

"Teringat pakwa kew?" Tanya Hakimi lagi. Hakimi ambil kesempatan semasa ketiadaan Nana utk mencungkil rahsia gadis ini. Dia tertarik dgn gadis ini terasa wajahnya manis dipandangan mata. Pertama kali bertentang mata dan melihat senyuman Kiki terasa ada magnet yg menariknya supaya lebih dekat dgn gadis comel ini. Walaupun kulitnya agak gelap tapi dengan sepasang lesung pipitnya menjadikan Kiki bertambah manis bila tersenyum.

"Saya layak ke dapat pakwa awak??" Tanyaku kembali pada Hakimi. Saja nak putar belit sebab aku malas nak jawab soalan yang sering kali ditanya apabila seorang teruna ingin mengorat si dara.

"Laa…gadis cantik cam awak ni tak kan tak layak kot..baik hati lagi.."

"Cantik?? Dimana letaknya kecantikan itu awak??"

"Pada saya awak cantik…cantik semulajadi.."

"Ermm…saya tak pernah ada pakwa awak..sape lah yang sudi bertemankan saya nieh"

"Kalau ada orang sudi awak terima dia tak nanti??"

"Tengok la duluu.."

"Memilih yerk"

"Tak"

"Bis tu?"

"Berhati-hati je"

"Kalau orang tu ikhlas?"

"Entah lah..saya tak de jawapan la awak..saya tak taw nak bagi jawapan camner..sekolah pun tak abis lagi awak..saya tak boleh bercinta masa sekolah..mungkin lepas abis sekolah nanti"

"Ermm..betol gak kan..nanti bila masuk universiti tentu lagi banyak pilihan.. tapi awak kalau saya nak kawan dengan awak bleh kan?"

"Mesti la boleh..saya berbesar hati dapat berkawan dengan orang bijak cam awak nieh. Nanti saya boleh jadi bijak cam awak gak nanti kan."

"InsyaAllah. Usaha+doa = kejayaan"kata Hakimi lagi.

"Amboii..wat formula la pulakk…" Sambut Kiki disertai gelak ketawa mereka.

"Ewaaahhh….gelak sakan nampak korang nieh..ape yang lucu sangat tuh" Tegur Nana setelah lama meninggalkan mereka.

"Ada lah…sibuk je nak taw" Kiki berkata.

"Ewah..nak berahsia pulak dengan aku…tak pe- tak pe…" Nana seolah-olah merajuk.

"Eh..jangan la merajuk…nanti tak de orang masuk minang nanti..asyik muncung jerk.." Kiki kembali memujuk Nana.

"Yela tue…korang ni gelak-gelak..cinta dah berputik ke??"

"Hisy..mana ada…cakap tu baik-baik cikit tau..nanti tak pasal-pasal kena gosip pulak" Kiki tak senang dengan pertanyaan Nana itu kerana dia malu..Siapa la dia kalau nak digandingkan dengan Hakimi itu. Perjalanan hidupnya pun jah lagi. Ini bukan masanya untuk dia memikirkan soal cinta.

‘Sudikah awak jadi kekasih hati saya. Saya mahu serahkan hati saya pada awak Hakimah’ Setelah awak baca surat ini awak perlu berpaling dan senyum kepada saya kalau awak bersetuju, saya tunggu awak. Kalau jawapan awak sebaliknya saya faham – Hakimi.

Pagi-pagi lagi aku menerima sepucuk surat darinya. Mungkin dia datang awal dari biasa dan letakkan surat itu dibawah mejaku. Aku keliru. Memang tidak dinafikan hatiku terpaut padanya tapi aku sedar siapa aku. Aku tidak sepadan dengannya. Aku jugak tak menyangka dia ada menyimpan perasaannya padaku. Apa yang harus aku buat. Aku harus membalas suratnya.

‘Awak…saya tidak sepadan dengan awak..awak kacak..awak idaman pelajar-pelajar sekolah ni. Saya tak cantik..hitam pulak tu…nanti awak malu bergandingan dengan saya nanti. ‘

Setelah selesai menulis, surat itu diberikan pada Hakimi yang setia menunggu dimejanya. Kiki keluar dari kelas menenangkan fikiran setelah memberi surat itu.

‘Itu tidak menjadi masalah awak..cinta itu unik..paras rupa tidak penting awak..yang penting hati budi seseorang itu. Saya suka awak..Saya dah jatuh cinta pada awak..bukan pada orang lain..kalau awak sudi..insyaAllah saya akan bahgiakan awak seadanya. Saya tau awak pun suka saya gak kan. Awak hanya perlu bersetuju.’

Kiki perasan ada sepucuk surat dalam laci mejanya. Dia membuka dan membaca perlahan-lahan. Nampakya Hakimi betol-betol suka padanya. Adakah dia harus menerima lamaran Hakimi itu?? Dia masih memikirkannya.

Dalam kehidupan pun ada hitam putihnya kenapa pula dia tidak boleh menerima lamaran Hakimi itu. Kiki malu dengan dirinya, dia berasa rendah diri bila ditakdirkan berkulit hitam berbanding kawan-kawannya yang berkulit cerah tak kurang juga kuning langsat. Oh tidak..sudah jauh aku merapu..aku sepatutnya bersyukur dengan kurniaan Ilahi. Ada hikmahnya aku dilahirkan begini. Setiap insan yang dijadikan Tuhan adalah cantik. Iya..aku cantik..aku sempurna..tiada cacat celanya aku. Tidak salah kalau aku menerima lamaran Hakimi. Aku juga sudah jatuh hati padanya. Moga hubungan kami direstui walaupun aku sedar banyak cabaran yang bakal menanti kami nanti.

“Apa salah Mia, mama? Mia tutup aurat, Mia solat..tiap-tiap hari Mia doakan kesejahteraan keluarga kita ma, tapi kenapa Tuhan balas Mia begini??!” Damia berada erat dalam dakapan ibunya, Faridah.

Sejak anaknya menjadi mangsa kerakusan lelaki tidak berhati perut, sejak itulah hidup anaknya seakan gelap. Tiada lagi senyum dan tawa yang menghiasi satu-satunya anak perempuan kesayangannya. Tercabar jua naluri keibuannya. Entah apa lagi yang harus dilakukan untuk mengembalikan semangat puteri kesayangannya. Pujukan dengan kata-kata seakan lemah buat Damia. Hanya doa yang mampu Faridah titipkan agar Damia kembali positif dalam hidupnya.

’Andai ibu diberi pilihan, biarlah ibu yang menanggung deritamu, Mia,’ bisik hati kecilnya.

Damia bukan lagi seperti dulu. Perwatakannya jauh berbeza dari sebelumnya. Kalau dulu pada awal subuh dan selepas maghrib akan terdengar alunan bacaan Al-Quran yang merdu menghiasi kamarnya. Namun kali ini cuma esakan yang menjadi ganti suasana itu. Ah,rindunya pada Damia yang dulu! Terkadang hampir sahaja keluar sumpah serana dari bibirnya untuk lelaki tak bertamadun itu. Kalau ikutkan hati, biarlah lelaki itu mati ditangannya!

“Mama tak tahu lagi nak buat apa..mak tak sanggup tengok adik kamu terus menangis macam ni. Sekarang dah hampir tiga bulan Johan. Tiga bulan! Tengoklah apa lelaki keparat tu dah buat dengan adik kamu! Makan pun payah, solat pun dia dah abaikan, asyik menangis..menangis…menangis. Jumpa doktor psikologi pun tak ada sembuhnya!” perasaannya berbaur marah dan kecewa.

Ujian apakah yang menimpa keluarganya? Cukuplah dia melalui zaman perit bersama bekas suaminya dulu, cukuplah hanya dia yang menanggung derita dan kecewanya terhadap seorang lelaki. Kenapa ‘lelaki’ juga yang memusnahkan hidup anaknya, Damia?!

“Ma, Jo tahu apa yang menimpa Damia memang teruk dan tak pernah terfikir pun ia akan berlaku. Tapi Jo yakin setiap kejadian ada hikmahnya, ma. Mama pernah ajar Jo kan, kita tak boleh putus asa dalam hidup ni sedangkan Allah masih tidak pernah putus menghulurkan pemberian-Nya. Allah masih memberi kita waktu untuk bernafas di udara-Nya, memberi waktu untuk mengingati-Nya, memohon pada-Nya. Mama juga pernah kata,tiap perbuatan ada balasannya. Selagi kita berhambakan Allah untuk hidup, dan bukan berhambakan hidup untuk Allah, kita pasti akan menemui kebahagiaan. Entah dunia atau akhirat…” Matang bicara Johan.

Jatuh jua air mata Faridah, bersyukur memiliki anak seperti Johan. Saat dia hampir rebah, dia punya anak yang memapah. Wajarkah dia berputus asa pada rahmat-Nya?

“Alhamdulillah…terima kasih sedarkan mama, Jo. Kita sama-sama berdoa, semoga adik kamu tabah dan mendapat hidayah-Nya.” Johan tersenyum sambil memegang erat tangan ibunya.

Jam hampir menunjukkan jam 8.20 malam. Bising. Satu-persatu buku dari rak yang tersusun kemas dibiarkan berselerak diatas lantai. Apa sahaja objek dihadapan mata Mia seakan tidak kena pada tempatnya. Pasu bunga yang dibiarkan jatuh dan pecah dihadapannya seakan menghiburkan hati. Lantas jari-jemarinya bermain dengan serpihan kaca yang berterabur di sekitar permukaan lantai. Tiada perkataan ‘luka’ yang wujud pada deria rasa saat Mia menyentuh serpihan-serpihan kaca oleh jemarinya. Baginya tidak ada gunanya lagi dia menghargai jasad yang sudah menjadi mangsa nafsu hamba dunia. Kotor! Jijik!

“Astaghfirullah..Mia!” Faridah berlari mendapatkan Mia. Johan pantas menarik tangan adiknya yang sudah dibasahi darah kerana luka dari serpihan kaca yang disentuhnya.

“Mia! Kau sedar tak apa yang kau buat ni?!!”

“Johan, janganlah marah adik kamu..dia masih tak stabil,” ujar Faridah sambil berusaha menghentikan pendarahan dari kedua tapak tangan anaknya.

“Mia dah melampau ma! Kita berusaha untuk kembalikan semangatnya..kita berdoa untuk dia tapi dia pula berusaha membunuh diri! Apa yang kau nak Mia? Kau nak biarkan lelaki tu rampas kesucian hati kau pula? Jangan pernah salahkan takdir Mia..Jangan pernah kesalkan hidup. Kau tak sedar ke berapa ramai lagi mangsa rogol diluar sana yang tak berpeluang meneruskan hidup macam kau? Jangan biarkan kebodohan lelaki tu pun buat kau bodoh!” Damia terdiam walau air matanya terus membasahi pipi gebunya.

Faridah hanya mampu diam, membiarkan Johan meneruskan kata-katanya dengan harapan dapat menyedarkan Damia.

“Berapa ramai lagi yang diuji diluar sana, sampai cacat pendengaran, buta pandangan tapi masih ada keinginan meneruskan hidup! Masih menghargai nyawa yang dianugerahi Allah. Abang tak kata dugaan kau tak sehebat mereka, tapi abang nak kau sedar Mia, betapa hebat pun ujian dan dugaan yang kita terima semuanya berpaksikan kembali pada Allah. Mengingati Allah.” Johan tunduk menyelindungkan wajahnya yang dibasahi airmata.

Bukan niatnya untuk memburukkan Damia, tidak terdetik sedikitpun niat untuk melemparkan semua kesilapan di bahu Damia. Hati kecilnya turut tercalar dengan peristiwa yang menimpa adiknya. Perasaan bersalah menyelubungi dirinya yang mengakui tidak menjaga Damia sebaiknya. Andai sahaja dia tahu akan berlaku sesuatu, pasti Johan sanggup membatalkan niatnya untuk pergi mesyuarat. Aku tak patut biarkan Damia balik bersendirian!

“Maafkan Mia..mama, abang Johan..”

“Mia tak pernah salah dengan mama, sayang.” Faridah menyeka airmata Damia.

“Mia..jasad ni milik Allah. Apa yang berlaku semua ada hikmah. Abang minta maaf tak lindungi Mia sebaiknya..”

Keluarga mereka bersatu dalam pelukan, bersatu dalam tangisan. Berdoa semoga ada sinar harapan yang cerah untuk mereka, semoga titik-titik luka tidak akan memutuskan ikatan silaturrahim yang sekian lama terbina. Semoga harapan itulah yang menghidupkan kembali keyakinan pada Mia. Semoga ada kesabaran yang subur pada jiwa Damia.

"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah : 155)

************

10 Ramadhan..

Setahun berlalu. Hari ini Mia akanberdepan dengan peperiksaan akhir sem. Awal subuh tadi dia terdengar Mia membaca al-Mathurat sebagai permulaan hari yang baik untuk Mia menghadapi peperiksaannya. Hatinya semakin tenang saat melihat senyuman yang sentiasa terukir di wajah Damia.

“Mama doakan Mia dapat jawab yang terbaik nanti. Jangan lupa, sebelum jawab soalan…”

“Hadiahkan Al-fatihah buat diri sendiri, pemeriksa dan saudara kita..serta selawat untuk nabi,” pintas Mia menyambung pesanan ibunya yang meresap diruang fikirannya.

“Pandai pun anak mama ni. Johan pun hati-hati memandu tu..jangan nak cepat sampai je.”

“Baik ma..InsyaAllah..” jawab Johan perlahan.

"Beruntung Mia dapat jawab exam dalam bulan ramadhan ni. InsyaAllah dapat keberkatan, sambil berjihad dengan nafsu, berjihad pula dengan ilmu.” Tambah mama terus memberikan semangat buat Damia.

“InsyaAllah, betul tu Mia..untung Mia tau. Asalkan niat betul, Allah pasti memelihara,” sambung Johan sambil bersalam dengan ibunya dan diikuti Mia.


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal." (Al-Anfaal : 2)

**********

'Banyak lagi persoalan yang belum terjawab. Masih ada masa untuk Haris memikirkan kembali keputusannya. Aku keliru. Benarkah dia benar-benar cintakan aku? Kenapa dia tidak mempersoalkan sedikitpun tentang kisah lalu aku? Maisarah menemaniku menemui Haris. Abang Johan dan mama pun tidak tahu pertemuan yang ku rancang dua hari sebelum tarikh pernikahan. Sepanjang menunggu kedatangan Haris, hati yang menanti penuh debaran diisi zikrullah. Semoga Allah memberi kekuatan dan ketenangan buatku. Maisarah tidak putus-putus memberikan nasihat agar aku mengawal emosi bertemu dengan lelaki yang belum lagi mempunyai ikatan sah denganku. Malah,ini adalah kali pertama aku akan bertemu dengan seorang lelaki yang membicarakan soal perasaan, soal diri masing-masing.'

“Haris dah datang.” Bisikan Maisarah seperti menusuk ke ruang hati.

“Assalamualaikum..” sapa Haris dan terus duduk berhadapan Damia. Mereka tidak tahu, Haris juga pertama kali duduk semeja dengan perempuan yang pertama menyentuh naluri lelakinya, Damia. Malah tidak terfikir pun, gadis muda berusia 21 tahun dihadapannya akan menjadi permaisuri hatinya, dunia akhirat. InsyaAllah..

“Waalaikumussalam..” jawab Damia dan Maisarah serentak. Setelah itu, diam merajai suasana tatkala masing-masing menunggu pihak mana yang akan bersuara. Damia tunggu Haris. Haris pula menunggu Damia. Maisarah? Akhirnya Maisarah juga yang memulakan perbualan setelah minuman yang dipesan telah tiba.

“Awak..awak masih ada masa nak ubah fikiran, Ris,” ujar Maisarah.

‘Thanks Mai! Tapi bukan aku ke sepatutnya cakap dialog tu?’ getus hati kecil Damia.

“Nak ubah fikiran? Kenapa Damia? Awak tak setuju ke?” soal Haris, bingung sambil merenung Damia, mengharapkan jawapan.

“Bukan tak setuju..tapi,tapi..saya tak seperti perempuan lain. Awak kena faham tu”

“Ya. Saya faham Mia, awak tak sama dengan perempuan di luar sana. Awak gadis tabah yang tetap teguh di jalan Allah walaupun Dia sentiasa menguji awak.”

“Tapi..”

“Damia, dengar sini. Bukan kecantikan jasad awak yang membangkitkan rasa cinta saya pada awak, kerana bagi saya semua wanita ciptaan Allah dicipta dengan kecantikan tersendiri. Tapi kecantikan hati dan keperibadian awak yang mengagumkan saya. Kerana tak semua wanita mampu bangun dan terus berpegang teguh pada takdir-Nya setelah rebah dengan dugaan atau musibah. Saya cintakan awak bukan untuk dunia je, tapi akhirat. Serahkan laluan cinta pada Allah, bukan saya semata..InsyaAllah. Awak akan lebih tenang..”

Terdiam. Bibir seakan terkunci rapat untuk bersuara. Lidah seakan kelu untuk berbicara. Hanya satu yang ku tekadkan dalam hati. Aku redha atas ketentuan-Nya. Hanya dia yang tahu apa yang terbaik.

**********
Skrin komputer riba ditatap lama. Puisi itu benar-benar menyentuh jiwanya. Blog ‘An-Nisaa’ yang menjadi tatapan Haris kini menarik perhatian. Penuh dengan puisi keagamaan. Siapakah yang diilhami Allah SWT untuk menulis puisi yang begitu indah pada iman. Semoga setiap pembacanya mendapat manfaat dan menghayati tiap bait-bait ayat yang begitu menggegarkan jiwa khalifah. Walau siapa pun penulisnya, semoga Allah merahmatinya.

CINTA..
Andai saja kau bisa merasa getaran HATIku,
Kau akan tahu betapa aku sangat meRINDUimu..
Andai saja kau bisa menadah AIR MATAku,
Kau akan tahu betapa aku takut keHILANGanmu..
Andai saja kau JAUH dari diriku,
Kau akan lihat betapa KOSONGnya hidupku..
Andai saja kau HILANG dariku..
Berjuta nyawa pun tak mampu menghidupkan JIWAku!

Cinta..
Jatuhnya aku pada kekuatan cinta tanpa melihatmu..
Butanya aku pada dugaan yang menguji kasihku..
Biar nyawa jadi taruhan asalkan cinta ini dipertahankan..
Biar harta dan jasad terkorban..
Kerana cinta ini yang ku damba!

Cinta..
Menyebut namamu takkan pernah jemu..
Mengingatimu takkan pernah lupa..
Memujimu takkan pernah rapuh..
Janjimu sentiasa teguh..
Cinta sehidup dan selepas mati..
Cinta yang sentiasa bahagia walau derita..
Aku menyintai sesuatu kerana cinta itu!
Aku hidup kerana cinta itu!
AKu mati kerana cinta itu!

Cukup bagiku cintamu..
Itulah pelindung yang memeliharaku..
Itulah ketenangan yang mententeramkan aku..
Itulah kebahagiaan yang menyinariku..

Engkau yang selalu ada..
Engkau yang sentiasa bersama..
Saat suka dan duka..
Aku cinta padamu..
Aku cinta pada takdirmu..
Aku cinta pada jalanmu..

Atas nama cinta..
"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah,dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."
Atas nafas cinta...
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akhbar..
Jihad cinta buatMu ya Rabb...
Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingatiMu..
Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman padaMu..

Puisi ‘Aku jatuh cinta’ dibacanya berulangkali. Sesekali airmata yang jatuh disekanya segera. Bibirnya meniti istighfar. Puisi itu seakan merasuk kamar emosinya. Menerjah diruang fikirannya. Lantas jasadnya bangun menyucikan diri dengan wudhu. Tenang. Jiwanya dibalut ketenangan usai sahaja solat tahajudnya tengah malam itu. Subhanallah..Alhamdulillah..Allahu Akhbar..zikir berlagu pada bibir, jiwa dan meresap di hati.

**************

“Terima kasih kak Mia, selama ni akak dah banyak bagi dorongan dan nasihat pada Alia, kalau tak..entahlah apa yang akan jadi.”

Wajah Alia ditatap lama. Bukan kerana simpati yang membakar semangatnya untuk membantu Alia, tetapi gadis belasan tahun yang baru memasuki pusat perlindungan Anisa itu benar-benar menyentuh naluri wanitanya. Alia menjadi mangsa rogol manusia tak berperikemanusiaan. Kejam. Satu-satunya ayat yang layak menggambarkan derita gadis ini. Mujur Allah memberi rahmat dan petunjuk pada hambanya yang lemah. Biar jasad ditindas, tapi iman sedikitpun tidak akan tercalar.

“Syukur pada ALLAH SWT, hanya dia yang memberi sinar pada jiwa kita. Kakak cuma jalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim, Lia.”

“Semalam cikgu Haris beri ceramah sekejap je, tapi kali ini lebih banyak mendengar dan menghayati..tak seperti selalu.”

“Kenapa, dia cakap tentang apa?”

“Kebanyakan penghuni yang ada disini lemas kerana cinta nafsu, ditindas kerana cinta dunia..Tapi semalam, bila cikgu Haris berikan puisi ni..kita sebagai wanita semua hanya terdiam. Dalam diam, semuanya ingin berubah dan bersihkan niat dalam hati, kak.” Sayu ucapan Alia sambil tangan kanannya lantas menghulur kertas putih yang berada digenggamannya tadi.

Mata membaca setiap bait ayat, menerjah ruang minda dan mencari sudut jiwa. Lantas bibir menguntum senyuman.

“Kenapa akak senyum semacam je, akak pernah baca puisi ni ke?” Alia bingung.

“Puisi ni sangat dekat dengan akak, Lia..sentiasa rapat dihati akak..”

“Puisi ni diambil dari…”

“Blog An-Nisa.” Sambung Damia.

Tepat sangkaannya, getus Alia. “Kakak penulis puisi yang selama ni cikgu Haris beri pada kami?” soal Alia terus.

Namun Damia hanya memberikan senyuman sebagai jawapan. Menyembunyikan sedikit emosinya yang masih terkejut kerana suaminya menggunakan nukilan puisi dalam blognya sebagai bahan kaunseling. Tidak menyangka Haris turut menyelami curahan jiwanya dan menyampaikannya dalam corak bimbingan kaunseling.

“Cikgu Haris tak tahulah selama ni yang tulis puisi kegemarannya ialah isterinya sendiri.” Usik Alia.

“Akak pun tak sangka suami akak boleh terjah blog akak. Sebelum ni memang ada yang minta izin copy semua karya akak melalui emel, tapi akak tak tahu yang minta izin tu suami akak sendiri,” ujarnya sedikit tergelak. Subhanallah..

Kertas yang dicetak dari laman blognya ditatap bersama Alia.


Pilihanku..
Bukannya pada paras rupa yang menawan hati..
Kerana cintaku bukan pada pandangan semata..
Takut jika diwarnai kegelapan..
Kita buta hilang arah..

Pilihanku..
Bukannya pada manis tutur kata bermadah..
Kerana cintaku bukan pada janji yang bermaharajalela..
Andainya suara dikaburi fitnah,
Kita rebah tiada bermaya..

Pilihanku..
Bukan pada banyaknya harta dunia,
Kerana cintaku bukannya ternilai dengan harga..
Bimbang kemewahan membawa leka..
Menghilangkan cinta kita padaNya..
Lalu dimanakah bahagia?


Pilihanku itu..
seorang yang buta..
Buta menilai paras rupa..
Sesungguhnya syahadahnya menggegar seluruh jiwaku..
Keikhlasannya melakar cinta yang diredha..
Tongkatnya pada akidah yang menyinari laluan bahagia

Pilihanku itu...
Seorang yang bisu..
Bisu mengungkapkan janji yang tiada pasti..
Kerana harapan disandarkan pada Illahi..
Pendiriannya menusuk nurani hawa..
Bait-bait kesyukurannya lahir pada sujud seorang hamba

Pilihanku itu..
Seorang yang papa dan hina...
Papa dengan takbur yang mengubur
Hina kerana sederhana..
Iman memujuk jiwanya..
Cintanya pada agama mengikat tali ukhwah..
Lalu disimpul teguh pada tiang pernikahan..

Pilihan kami..
Pada agama yang memelihara
Pada Syahadah yang mengiringi
Pada Alquran yang membimbing..

Biar..
Cinta kami pada maha Menyintai..
Kerana janjiNya yang pasti
Cinta kami pada kekasih Illahi
kerana memimpin ke jalan bahagia yang hakiki
Kasih isteri pada cinta yang diberi..
Biarlah sampai ke akhirat nanti...
kerana yang sebenarnya ku mahukan padanya..
Bukan cuma kekasih duniawi..
Tapi teman menuju syurgawi..

'Ramai yang mencari cinta tetapi tertipu olehnya,
Ramai yang kecewa kerana cinta dan putus asa pada rahmat-Nya,
Ramai yang membenci cinta dan membenci nyawanya.'


"Cinta yang dicari tanpa melalui Pencipta adalah cinta yang tiada batasnya. Cinta tanpa batasan hanya cinta sekadar hiburan. Hiburan yang bukan hanya melalaikan jiwa, menggelapkan hati malah buta pada Pencipta. Apabila musibah melanda, mula salahkan Tuhan kerana tidak menyedarkan daripada leka. Hati kita yang lemah, sentiasa digodai nafsu, sebab itu kita kena berpegang pada sandaran yang kukuh, Allah SWT. Adanya iman..apapun cabaran kita tetap mara ke hadapan. InsyaAllah.” Panjang bicara Damia.

Hilang kata-kata dari Alia, mereka berdakapan. Terusik dengan kata-kata Damia. Kenapalah sebelum ini aku tidak menghargai nyawa, terlalu awal untuk menyerah dengan kehidupan? Sedangkan Allah tidak putus-putus memberi kesempatan. Air mata mengalir dipipi gebu Alia. Hatinya terlalu akrab dengan Damia.

“Kenapa akak memahami Lia? Adik dan ibu Alia sendiri tak dapat nak faham Lia..situasi Lia. Akak pun…pernah lalui masa derita macam Lia juga ke?”

Damia tersenyum, biarlah Alia mentafsirkan sendiri makna senyumannya kali ini. Alia memandang Damia dengan pandangan berkaca dan bibirnya turut menguntum senyuman walau soalannya tidak terjawab dengan lisan.

“Bukanlah masa ‘derita’ Lia..tetapi masa yang terlalu berharga. Airmata yang menangis buat Pencipta, melihat putaran kehidupan dengan mencari hikmah yang tersembunyi dari Allah, rindu untuk terus sujud mengharapkan bantuan dan menyandarkan harapan pada-Nya. Istilah ‘derita’ itu patut digantikan dengan ‘tarbiyah’..Kita belajar dan diajar melalui kehidupan, Alia. Jadi, jangan anggap ini masa derita buat Alia, belum tentu orang yang bahagia ikhlas mengingati Allah. Saat yang dianggap derita itulah kita sentiasa bertemankan doa.”

“Ya..Alhamdulillah, terima kasih kak. Kakak terlalu banyak sedarkan Alia. Alia jahil dengan dunia kak.”

“Alhamdulillah..semuanya dari Allah..” Damia tersentak.

Sejak bila suaminya berada dihadapan mereka? Tabir yang memisahkan jemaah lelaki dan wanita yang terselak ditiup angin menampakkan jasad Haris yang benar-benar berada dihadapan. Dengarkah dia semua bicaranya pada Alia?

Selesai berjemaah solat Asar, Haris terus mendekati isterinya. Tapi kali ini lain panggilan yang keluar dari mulutnya.

“Nampaknya hari ni biar abang yang masak untuk makan malam, khas buat isteri yang tersayang, An-Nisa” Senyuman Haris memerangkap emosinya. Tapi…

“Abang sebut Nisa tu, nama madu buat Mia ke?” Damia sengaja mengusik.

“Amboi, tak payah nak sorok lagi..lepas ni abang nak bukukan karya tulisan isteri abang. Tak payahlah nak hantar emel nak minta izin kan?” Sah, Haris dengar tadi! Siap menyindir pula.

“Yelah abang, maaflah sebab berahsia dengan abang.”

“Takdelah..Alhamdulillah, abang beruntung berjumpa dengan penulis puisi kegemaran abang yang selama ni dekat dengan abang, dan dapat tahu rahsia sayang pun kat tempat kegemaran abang, kat surau rumah Anisa. Kenapalah abang tak boleh agak selama ni? Rupanya nama yang sayang beri untuk rumah perlindungan ni pun sama dengan nama blog sayang kan?”

Rumah perlindungan untuk wanita yang tertindas diberi nama Anisa, walaupun masih baru tetapi berjaya memberi sinar baru buat penghuni-penghuninya. Alhamdulillah,itulah harapan mereka. Itulah Jihad cinta Damia.

“Eh, kata nak masak untuk isteri tersayang, jomlah balik rumah cepat, nanti traffic jammed lambat pula.”

“Sebelum tu…nak tahu tak rahsia abang tak?”

“Apa?” ucap Damia tidak sabar.

“Puisi ‘Aku jatuh cinta’ tu lah yang buat abang terus menyintai sayang kerana Allah..” bisik Haris. Bisikan yang membawa manik-manik ketenangan apalagi saat Haris menyebut nama Allah. Lantas zikrullah menghiasi kamar hatinya sambil menatap wajah suami tercintanya Haris.
-Tamat-

Matanya hanya tertumpu ke arah bangunan pencakar langit dan rumah-rumah serta apartment yang pesat berdiri dengan megahya.Tina melemparkan pandangannya jauh-jauh.Hampir setahun hidupnya seorang tanpa teman disisi,baginya kawan-kawan lebih baik jika dibandingkan dengan teman yang sering menyakitinya. Pengalamn yang lalu mengajarnya agar lebih kuat dan tabah.Beberapa minit ketika telefon Tina menjerit memecah suasana yang hening tika itu Tina berlari- lari anak mendapatkan telefon bimbitnya “damn it!!”getusnya dalam hati.Tina membebel sendirian sambil mengatur langkah ke dapur di capai sebotol air diteguk satu persatu menghilangkan kehausannya sedari tadi.
Jam menunjukkan hamper pukul 7 pagi Tina menggeliat malas “ Wahhhh.. malasnye aku nak pergi kerja!!” katanya separuh sedar , cuba membuka mata yang kecil itu . Terasa malas hendak menatap raut wajah bos yang agak facy. “huh!” keluhan kecil dari Tina.Di capai tuala terus bangun membersihkan diri lalu bersiap-siap untuk ke pejabat tepat jam 8.30 pagi kelibat Tina sudah kelihatan di pejabat Tina mendapatkan tempatnya tangannya laju menaip sesuatu pada skrin emailnya dijengah sebentar khuatir jika terdapat kerja yang di email padanya oleh majikannya.Tina memulakan tugasnya dengan penuh kusyuk seketika dia mencuri seminit dua menjenguk laman myspace nya.Dia hanya tertawa sendirian tatkala membaca komen yang dihantar oleh teman-temannya matanya tertumpu pada sebaris nama SAIFUL , dia hanya menggelengkan kepala ternyata pemuda ini memang tidak pernah kenal erti putus asa Tina mengimbas kembali pertemuannya dengan pemuda itu dia hanya mampu menguntum sebuah senyuman.Tina kembali menyambung tugasnya tadi mencongak dan meneliti sebaik mungkin statement of account ( SOA ) “Huhuhu lama-lama boleh rabun nombor aku macam ni!” Tina mengeluh dalam masa yang sama Tina terus mencongak mencari jumlah yang tepat.

* * * *

Beberapa bulan telah pun berlalu kini dirinya milik pemuda itu dia nampak kesungguhan pemuda itu menawan hatinya.Tina memandang kosong ke arah foto milik seraut wajah yang cukup dikenalinya.Hatinya berbunga-bunga tatkala menerima lamaran pemuda itu sebagai permaisuri di dalam hidup saiful.Perlahan-lahan diletakkan kembali foto tersebut lantas terus menyusur keluar mencari sesuatu bagi mengisi perutnya yang telah berlagu langkahnya semakin laju dicapai purse dan kunci rumah lalu ke kedai berhampiran membungkus mengikut seleranya dan terus pulang ke rumah.Selesai menjamu selera Tina mencapai pula telefon bimbitnya yang pasti dia mula merindui pemuda itu.”sengal apa aku ni hahhaha..adoii..”dia berkata sendirian.Satu persatu nombor didail dari jauh kedengaran satu suara

“ Hello..”
“ Hello..Abang dekat mana ?” Tina memulakan bicara.
“ Abang dekat rumah , tina dekat mana?ada apa call abang ni?” saiful menyoal kembali.
“ Owhh..tina baru balik tapau nasi tadi tiada apa saja nak call.hehhehe” jawab tina disusuri tawa kecil.
“ Tina..abang mengantuk lagi ni tina bagi abang tidur seminit dua nanti abang call back ok honey.?”pujuk saiful
“Alaa…tina rindu la itu pasal tina call alahaiiii…” jawab tina seakan merajuk
“Tina tolong faham boleh tak?Abang tak cukup tidur ni nanti abg call back ok!” suara saiful mula sedikit tegang
“Yela ok bye!huh!” tutt! Tina menamatkan panggilan tersebut hatinya sebal bukannya setiap masa dia membuat panggilan cepat benar lelaki tersebut berubah sikap sedangkan dia yang beriya-iya hendak tahkluk hati aku kini erghhh!!! Sengall!! Ngomelnya sendirian dalam hati.
Tina termangu seorang diri lantas mendekati laptopnya.Dia menjengah laman myspacenya teruukir senyuman membaca komen kawan-kawan tetapi setelah beberapa ketika raut wajahnya berubah terpancar rasa tidak puas hati di wajah gadis itu.Matanya tajam memandang pada sebaris pesanan yang disampaikan oleh seorang gadis yang tidak dikenalinya

“Dear tina,
I hope you lebih berhati-hati dengan buaya bernama saiful before you know him I lebih kenal everything about him.dia ada ramai girl and you one of them.up to you nak percaya atau tidak btw why not you join us celebrate my birthday weekend ni saiful also here. I just told you the true. Nice know you.

Reg.
Ain.

Tina terus off lamannya itu hati nya yang reda sedikit kini mendidih kembali,terus tina berlari mendapatkan telefon bimbitnya matanya mula berkaca fikirannya mula membuat pelbagai andaian.

“Hello!” Tina bersuara
“Hello..ye tina”
“ Sape ain?tina mula menyoal
“ Ain mana?Abang tak faham la!”
“Tak payah nak berbelit boleh tak?”suara tina separuh menjerit
“Sape ain?what the hell of this!damnn it!” tina mula naik angin apabila persoalannya tidak terjawab.Pada hari itu pergaduhan yang tercetus agak serius.

* * * *
Tiga hari berlalu begitu.Tina dan Saiful tidak berhubung.Tina resah namun sisa kemarahannya masih berbaki terhadap pemuda itu dikuis-kuis jemarinya pada bantal empuk yang berada di sisi.Tapi sayang dia terhadap pemuda itu tidak pernah berbelah bahagi.Sedang asyik melayan perasaan tina dikejutkan dengan satu mesej dari saiful.saiful memohon maaf dan berharap agar persengketaan mereka berdua tidak berlarutan perlahan mata Tina tertutup rapat ada butir-butir kecil yang berkaca gugur membasahi pipinya dia berharap kejadian tersebut tidak berulang kembali tina membuka matanya kembali sayu dengan ayat saiful dirinya juga bersalah tangannya menaip sesuatu di kotak skrin telefon bimbitnya “Saiful irfan alfian I will love you for ever but I warning you if you hurt me again I would say nothings going on between us..” lalu tina menekan send.

Balasan yang diterima memuaskn hati tina mereka berjanji untuk meluangkan hujung minggu bersama.Tina bersyukur hubungan mereka pulih kembali.waktu hujung minggu dihabiskan bersama kerana tina dan saiful duduk berjauhan tina di Kuala Lumpur manakala saiful di Penang bermacam dugaan yang mendatang menguji kesetiaan cinta mereka.Harapan tina moga hubungan itu kekal dan tidak berantakkan seperti sekarang.
Ditenung sedalam mungkin segala angka yang terpapar di skrin laptopnya
Dicapai kalkulatur yang sentiasa berada di sisinya ditekan satu persatu nilai angka tersebut tika itu senyum terukit di raut wajah milik gadis keturunan melayu cina itu mungkin puas barangkali dengan kiraanya kali ini.Mata tina sempat melirik pada jam tangan swatch miliknya “ Patut la semacam je aku rasa dah pukul 1..” Tina melepaskan keluhan selang beberapa ketika satu panggilan dibuat ternyata gagal melihatkan muka tina yang masam mencuka “Mana pulak dia ni call tak dapat-dapat pun huh!” begitulah gelagat puteri Puan Rohani kepala anginnya itu sukar untuk dijangka.

* * * *

Malam itu tina resah buah hatinya tak dapat dihubungi sedari siang tadi dia khuatir sesuatu buruk terjadi terhadap saiful ditatap telefon bimbitnya sunyi tanpa sebarang gangguan “ Huh!” itu saja keluhan dari gadis itu sesaat kemudian tina menerima panggilan melompat keriangan dia ketika itu rupa-rupanya saiful berada di Kuala Lumpur dan kini hanya menunggu kedatangan tina ke KLCC.Tina bergegas siap seperti lipas kudung hatinya mula berbunga-bunga cinta.pertemuan malam itu sangat bermakna buat tina masakan tidak hatinya rindu benar pada pemuda itu.selepas kenyang menjamu selera mereka beriringan ke taman berhampiran KLCC tengah kusyuk berbicara telefon bimbit saiful menjerit tina terkejut saiful menghentikan perbualan dia agak kejauhan sedikit dari tina , tina mula musykil kenapa mesti jawab panggilan sebegitu jauh tina berdiam diri.
“Siapa?” soal tina
“Kawan.” Jawab saiful pendek.
“Ohh..Abang tina haus la abang tolong belikan mineral eh tina tunggu kat sini.”pinta tina lembut sambil menguntumkn senyuman manis.
“Ok tunggu disini tau.”jawab saiful ditinggalkan telefon bimbitnya dan kunci kereta pada gadis itu.Saiful semakin jauh.
Hati Tina terdetik hendak membelek telefon milik buah hatinya itu dibuka satu persatu tersenyum seorang diri tika melihat gambar mereka berdua seketika kemudian ada panggilan tina panik hendak jawab atau tidak hurmm jawab je la katanya dalam hati.
“Hello..” suara perempuan kedengaran di hujung talian.
“Hello..” tina menjawab kembali
“Siapa ni you boleh tolong panggilkan saiful tak?”soal perempuan itu
“Saiful tiada dia keluar boleh saya tahu dengan siapa saya berbicara?”tanya tina.
“Im Bell..girlfriend saiful dan you siapa?” tina bungkam.
“Saya kawan saiful.”jawab tina pendek.
“Ermm tidak mengapa la nanti you suruh dia call back I because we all nak berbincang tentang our holiday ok.bye” tutt! Panggilan terputus.
Tina naik baran kali ini dia nekad . Hatinya mendidih tiba-tiba terhadap saiful “Kau mainkan aku lagi!!damnn it!!”
Setelah saiful kembali tercetus perang besar di antara mereka pada malam itu segala sumpah seranah menjadi milik saiful sepenuhnya tina meminta penjelasan dari saiful setelah didesak beberapa kali akhirnya saiful mengalah dia mengaku dia berhubung dengan gadis tersebut malah sering meluangkan masa bersama.Tina tergamam tiada kata-kata yang dapat diucapkan hanya air mata yang mengalir berlinangan tina terduduk hatinya hancur luluh hanya tangisan yang didengari oleh saiful kelihatan kekesanlan di wajah saiful.
“Tina..tina jangan macam ni sayang”pujuk saiful tina masih terus teresak-esak menahan sebak di dada. “Tina maafkan abang saying abang mengaku abang salah tapi percayalah abang sayangkan tina di hati abang cuma ada tina sahaja tolong jangan menagis lagi sayang please stop it...”ternyata pujukan saiful hanya sia-sia kerna tangisan tina tidak pernah reda.
“Clash.. nothing going on between us after this..” tiba-tiba tina bersuara.
“Abang sayangkan tina abang janji abang takkan pernah ulanginya lagi”
“Kita clash..” pinta tina
“Tina tak sayangkan abang?” soal saiful seperti orang bodoh.
Tina menarik nafas cuba berhadapan dengan saiful “ Apa guna sayang jika hati terluka?Apa guna cinta jika diri saya menderita?ye sebelum ini saya maafkan setiap salah awak tapi kali ni awak dh cukup menyakitkan hati saya maaf tiada kemaafan kedua buat awak.jika benar sayang dimana tempat saya di hati awak selama ini?tiada kan?Dimana tercampaknya kesetiaan awak SAIFUL IRFAN ALFIAN?jawab pertanyaan saya!” luah Tina dengan nada kesal.Saiful hanya mampu berdiam diri dia kesal dan baru kini dia sedar dia telah membuat hati gadis itu terluka mungkin jarak yang membuatkan hubungan mereka retak sebegitu.Saiful akur dengan kehendak Tina dia ketahui yang gadis itu tidak mungkin akan menerimanya kembali agak sukar untuk dia takhluki hati gadis itu semula. “Awak ini pertemuan terakhir kita saya harap selepas ini kita tidak akan berhubung mahu pun bersua lagi, terima kasih di atas kasih sayang yang awak curahkan pada saya walau hanya seketika.Terima kasih terhadap kesakitan yang awak hahdiahkan pada saya,saya amat menghargainya mungkin saya tidak cukup baik buat awak Saiful Irfan Alfian, tetapi ketahuilah saya jujur mencintai awak saya ikhlas dan kini hati saya hancur dengan tindak-tanduk awak , saya cuba jadi yang terbaik buat awak ternyata masih ada kekurangan dalam diri ini.selamat tinggal, Assalammualaikum..” tina mengakhiri kata-katanya dan terus berlalu pergi meninggalkan saiful dia gentar jika hatinya termakan kata-kata manis saiful dia takut dia tidak dapat pertahankan keputusnanya.
Dia terlalu sayangkan pemuda itu tetapi hatinya telah tercalar dengan apa yang telah terjadi tina nekad membawa diri jauh dari pemuda itu tetapi air matanya tidah jemu mengalir benar kita akan bertemu seseorang yang salah sebelum kita ketemu seseorang yang benar-benar akan menjadi milik kita moga aku tidak lagi dipertemukan dengan orang yang salah..luah hatinya tina meneruskan perjalanan menbawa diri jauh yang pasti tidak akan ada kemaafan kedua darinya.

Mata ku tidak berkelip memandang siling yang putih bersih itu. Kosong. Sekosong hati dan jiwa ku ketika ini. Fikiran ku berkecamuk. Walaupun mata ku tartancap pada dada siling, namun fikiran ku menerawang jauh mengingatkan peristiwa yang berlaku petang semalam.

Petang semalam di dalam hujan renyai-renyai motosikal ku terbabas dan nyaris-nyaris melanggarnya yang sedang berjalan seorang diri sambil berpayung dan mendakap beberapa buah buku rapat ke dadanya. Kereta Porsche yang ku kira pemandunya cukup tidak bertimbangrasa itu memecut gah selepas memotong ku pada jalan yang sempit itu. Mungkin dia tidak perasan dengan keadaan ku yang sudah jatuh terjelepuk di atas tanah sambil terkial-kial mengalihkan sebahagian badan motosikal yang menimpa kaki ku. Dalam pada aku menyeringai kesakitan itu, rupanya ada insan lain yang turut me rasai bahangnya. Rupa-rupanya dalam keadaan kelam-kabut itu aku tidak perasan yang roda motosikal ku merempuh kaki gadis manis itu. Sambil terhencut-hencut dia bangun cuba membantu ku. Buku-bukunya yang berteraburan tidak dihiraukan. Basah lencun ditimpa hujan.

Maafkan saya!Tukas ku cuba berdiri. Aduh!Sakitnya kaki ku hanya Allah sahaja yang tahu.

Tak pelah, bukan salah awak pun. Sakit ke Banyak ke luka Tanyanya pula sambil matanya meliar memerhati ke seluruh inci tubuh ku.

Sikit je ni. Kaki awak bagaimana Terseliuh ke Nanti awak pergi ke klinik. Bilnya saya bayarkan! Balas ku pula masih dihantui perasaan bersalah.

Sambil tersenyum mulus dia membetul-betulkan tudungnya yang sudah kuyup ditimpa hujan. Tak pelah. Menyusahkan awak sahaja. Bukannya sakit sangat kaki ni. Sikit je!

Kalau macam tu, saya minta maaf sekali lagi. Saya tak sengaja. Aduh! Bibir merahnya sekali lagi mengukir senyum. Hilang semua sakit yang berdenyut-denyut di kaki ku ini. Hujan renyai-renyai yang semakin lebat menggila memaksa pertemuan kami berakhir di situ. Ketika cuba menghidupkan motosikal, ku lihat dia mengutip buku-bukunya yang sudah dibasahi air hujan lalu berlari-lari anak menuju ke kolej pertama. Sekilas pun tidak dipandangnya aku yang masih bermandikan hujan. Apabila aku meninggalkan tempat itu, azan Maghrib telah pun berkumandang dan malam mulai mengambil tempat.

Kenapa asyik termenung saja ni, Hakim Ingatkan buah hati ke

Sapaan Anuar mematikan lamunan ku. Orang macam aku ni... siapalah yang sudi. Pandang sebelah mata pun tak! Kau tu lainlah, berlambak perempuan yang nak jadi kekasih kau. Orang glamorlah katakan! Jawab ku cuba berseloroh.

Anuar yang akhirnya ketawa mendengar usikan ku. Memang Anuar agak popular di kalangan warga kampus kami. Siapa yang tidak kenal dengan wakil pemidato yang sering menjadi johan di dalam setiap pertandingan pidato antara universiti. Kepetahannya berbicara dengan wajah tampan berkumis nipis itu sentiasa menjadi igauan para siswi. Aku Ahh!! Tiada apa-apa yang istimewa tentang aku berbanding Anuar.

Kalau tak ingatkan buah hati, kenapa tersengih-sengih seorang

Nanti, kalau dah confirm Sang Kumbang dapat memikat Sang Bunga, barulah sedap sikit aku nak cerita kat kau.

Eleh.. nak berfalsafahlah pulak. Alamak! Lupa la pulak aku ada janji nak jumpa dengan Nur. Nak ambil nota. Pergi dulu, ya!

Aku tersengih memerhatikan Anuar yang tergesa-gesa meninggalkan ku termangu-mangu seorang di bilik. Walaupun baru dua semester sebilik dengannya, kami cukup rapat. Satu saja yang tak difahami tentang dirinya. Selalu sangat berahsia mengenai hal-hal peribadinya. Terutamanya mengenai hubungannya dengan Nur. Nur, gadis yang hanya ku kenali pada nama sahaja. Namun, aku rasa Nur pastilah seorang gadis yang cukup istimewa kerana pujian mengenainya sering sahaja meniti di bibir Anuar. Tidak banyak yang aku ketahui mengenai Nur. Cuma yang aku tahu, dia pelajar Fakulti Perniagaan dan Perakaunan tahun dua. Itu sahaja. Tak pernah sekalipun aku dipertemukan. Ahh... Peduli apa aku!!

Hati ku sekali lagi diserbu perasaan hampa dan kecewa. Masuk hari ini sudah seminggu aku berulang-alik dari asrama ku ke kuliah melalui kolej Pertama. Namun, bayang gadis manis yang mulai mencuri hati ku tidak pernah sekalipun ku lihat semenjak hari itu. Ahh!! Payah benar nampaknya nak bersua muka.

Aku membelokkan motosikal ku menuju ke pekan buku. Hajat di hati mahu mencari beberapa buah buku rujukan untuk subjek Undang-Undang Kontrak. Sambil menuju ke rak buku yang tersusun rapi, mata ku meliar melihat tajuk-tajuk buku yang tertera sambil tangan ku menyambar sebuah daripadanya.

Perhatian ku terganggu dengan suatu suara yang ku rasakan pernah mendapat tempat gegendang telinga ku. Tatkala aku menoleh untuk melihat milik siapakah suara itu, darah ku berderau, jantung ku berdenyut pantas. Serta-merta aku diserbu perasaan yang tidak keruan. Adakah gadis misteri yang selama ini dicari-cari Bagaikan ada satu bisikan halus menyuruh aku mendekatinya. Menapak dengan perlahan, aku lantas menyapa dalam debaran.

Asalamualaikum. Er.. er.. ingat saya lagi tak Aku menyapanya dengan tergagap-gagap. Dia memandang ku dengan hairan. Apabila bibir mulusnya menguntum senyum, barulah aku berasa lega. Senyumannya ku balas mesra.

Awak yang jatuh motor hari tu, kan Dia menanya ku.

Bagaimana dengan kaki awak hari tu Dah o.k ke Aku menyoalnya pula sambil mata ku melirik ke arah kakinya yang putih gebu itu.

Dah! Dah elok pun. Awak bagai mana Dah sembuh sepenuhnya ke Gilirannya pula menyoal ku. Nyata dia sedikit gamam apabila mata ku meliar melihat ke arah kakinya. Cepat-cepat ku alihkan mata ku ke arah lain.

Alhamdulillah. Dah baik semuanya. Tak de kelas ke hari niAku menukar tajuk perbualan. Cuba mencungkil sedikit sebanyak mengenai dirinya.

Saya baru saja habis kelas. Nak balik ke asrama selepas ni!

Ooh, begitu! Fakulti mana Penghuni First College ke

Saya memang stay kat Kolej Pertama. Fakulti Perniagaan dan Perakaunan. O.klah, jumpa lagi, ujarnya sambil menghadiahkan sebuah senyuman pada ku.

Ku soroti langkahnya yang penuh sopan santun itu. Ah! Bagaimana aku boleh terlupa menanyakan namanya. Kejar, lekas!

Hmm.. maaf! Boleh saya tahu siapa nama awak Saya Hakim! Nyata dia sedikit terkejut dengan perlakuan ku. Aku pura-pura tidak mengerti.

Amal!Jawabnya ringkas lalu berlalu meninggalkan ku. Sekilas dia berpaling melihat ku lalu tersenyum. Hati ku bersorak girang. Kalbu ku dimamah ceria. Rasanya akulah orang yang paling bahagia pada hari ini.

Puas mengiring ke kanan, ku pusingkan badan ku ke kiri. Serba tak kena rasanya. Kipas siling yang berputar ligat tidak mampu mendamaikan resah hati ku. Tidak mampu menyamankan gelora yang bertamu. Sudahkah Amal baca isi surat ku Fahamkah dia apa yang ingin ku nyatakan Sukakah dia Marah Arghh!!

Tidak dapat ku gambarkan bagaimanakah reaksinya setelah menatap warkah dari ku pagi Selasa kelmarin. Nyata dia tergamam apabila aku memberhentikan motosikal ku, merapatinya lalu aku menyeluk kocek kemeja ku dan menghulurkan sampul surat putih bersih itu.

Huluran ku disambut dengan wajah yang kehairanan. Tanpa sanggup menunggu lama lebih lama aku terus beredar dari situ memecut laju menahan malu. Semalam, puas ku pujuk Anuar supaya mengarang sepucuk surat untuk ku. Surat itulah yang ku utus untuk Amal. Surat yang menyampaikan segala isi hati dan perasaan ku yang kudus ini terhadapnya. Nyata Anuar cukup bijak bermain dengan kata-kata.

Sekali-sekali Anuar mendesak aku untuk mengenalkan Amal padanya namun selalu hampa kerana ku rasa belum sampai masanya lagi untuk mendedahkan segala-galanya. Lagipun, aku hanya mengenal gadis manis itu sebagai Amal. Nama penuhnya pun aku tidak tahu. Tak mengapalah, buat permulaan ini cukuplah sekadar nama sependek itu yang aku ketahui. Itupun sudah lebih dari cukup. Apa yang lebih penting, bagaimana reaksi Amal hari Selasa ini, agaknya

Ah ! Hati ku diselimuti hampa. Amal tiada di hentian bas menunggu bas seperti hari-hari sebelumnya. Kenapa Sakitkah dia Atau aku sudah terlewat hari ini Jam di tangan ku kerling. Pukul 8.30 pagi. Waktu biasa aku bertukar senyum dengannya setiap Selasa. Atau... dia marah dengan kandungan surat itu lantas menjauhkan diri dari ku

Benak ku diserbu seribu persoalan. Terasa gunung yang ku daki sudah semakin curam dan menyusahkan. Terasa aku sudah hampir tersungkur sebelum sempat memulakan larian. Apabila ku suarakan hal ini kepada Anuar, dia mengatakan bahawa itu adalah perkara biasa dalam permulaan menjalinkan sesuatu hubungan. Perempuan kan tebal dengan sifat malu, begitulah ujarnya kepada ku. Lega rasanya hati ku. Malah apabila dia menceritakan begitu jugalah reaksi Nur ketika pertama kali menerima bingkisan cintanya dulu, aku bertambah lega. Namun, dia tidak berputus asa sehingga hati Nur akhirnya berjaya ditakluki sepenuhnya. Aku harus menjadi setabah Anuar dalam memenangi hati Amal.

Aku berlari-lari anak mendapatkan Amal. Kenapa dia sengaja memalingkan mukanya apabila terpandangkan ku. Pantas setelah meletakkan kembali buku di rak, dia mengatur langkah untuk meninggalkan perpustakaan. Tiada secalit pun senyuman di bibirnya. Matanya tajam memandang ku. Marahkah dia

Maafkan saya. Boleh saya bercakap dengan Amal sekejap Aku mengatur kata setelah langkahnya berjaya ku hadang.

Awak nak apatanyanya tegas.

Er... er... Pasal surat yang saya beri kepada Amal hari tu macam mana tanya ku pula.

Dia mendongakkan mukanya. Memandang ku dengan renungan yang tajam. Macam mana apa

Er... Takkanlah Amal tak faham. Sebenarnya, saya memang ikhlas nak berkawan dengan Amal. Tak salah kan

Memang tak salah. Tapi... maaflah. Saya tak boleh nak terima perasaan awak yang macam tu terhadap saya. Lagipun, saya tak kenal awak!

Ok lah kalau macam tu. Tapi, kalau boleh kita berkawanlah dulu. Saling mengenali. Saya...

Maaflah sekali lagi. Saya rasa setakat ini sajalah hubungan kita berdua. Lagipun tiada sebarang hubungan lagi yang terjalin antara kita berdua, kan Maafkan saya, minta diri dulu!

Aku tergamam dengan drama yang berlaku sebentar tadi. Tidak ku sangka begini layanan Amal terhadap ku. Sangka ku dia menyambut pertemuan kami tadi dengan senyuman manisnya seperti biasa. Walaupun aku hanya terserempak dengannya di perpustakaan, aku tahu dia pasti takkan lokek untuk menghadiahkan satu senyuman mesra kepadaku. Sesungguhnya seorang yang bernama Amal itu cukup payah untuk ku dekati!

Anuar menepuk-nepuk bahu ku. Satu keluhan yang maha berat ku lepaskan. Aku menggaru-garu kepala ku yang tidak gatal. Tidak tahu bagaimana harus ku huraikan segala perasaan tidak keruan yang berselirat di hati ku. Anuar terdiam apabila ku ceritakan layanan Amal terhadap ku lewat petang semalam. Mungkin simpati dengan nasib ku. Tiba-tiba Anuar tersenyum lebar memandang ku. Aku memandangnya meminta kepastian.

Ingat Nur Tanyanya kepadaku.

Aku semakin dibelenggu hairan. Apa kaitan antara Nur dan Amal

Buah hati kau tu ke Kenapa ujar ku pula.

Bukankah hari tu kau beritahu aku yang Amal tu dari Fakulti Perniagaan dan Perakaunan

Ya, kenapa

Nur pun fakulti yang sama dengan Amal. Amal tahun berapa Nama penuh dia apa Manalah tahu kalau-kalau Nur kenal. Entah-entah mereka berdua tu berkawan pun kita tak tahu, kan

Betul jugak tu. Tapi... aku tak tahu apa-apa pun tentang diri Amal. Hanya tahu nama dia aje. Kalau macam ni... susahlah nampaknya kan, Nuar

Alah, perkara kecil saja tu. Kau jangan bimbanglah. Serahkan saja pada aku dan Nur yang uruskan semuanya. Percayalah, Amal akan jadi milik kau.

Terima kasih Anuar!

Tapi, ada satu syarat! Aku nak kau sendiri yang jumpa Nur. Aku temankan kau saja. Bukannya apa, aku tak kenal pun Amal. Macam mana aku nak terangkan pada Nur. Kau ajelah yang ceritakan semuanya. Barulah lebih jelas, kan!

Kau tak marah ke aku nak jumpa Nur ni Takut kau cemburu dengan aku je!

Aku kan ada sekali. Sesekali tu, tak pe la. Kalau dah hari-hari, merana aku nanti!

Amboi... sampai macam tu sekali kau, ya! Alah... aku pun tahulah yang kau dan Nur tu dah lama couple. Dah nak kahwin pun, kan Nampaknya adalah rezeki aku nak kenal Nur sebelum kau naik pelamin, ya"

Perasaan ku berbaur antara gembira dan resah. Hari ini aku akan ditemukan oleh Anuar dengan Nur. Tempat telah ditetapkan di Kafeteria Sutera Emas. Aku meminta Anuar menunggu ku di sana kerana aku ada kerja yang perlu dibereskan terlebih dahulu. Tambahan pula, aku rasa sedikit gementar untuk berbicara dengan Nur mengenai perasaan hati ku terhadap Amal. Perasaan malu menyelimuti diri lelaki ku. Ah!! Persetankan itu semua. Yang penting, aku haruslah menebalkan muka asalkan hati Amal berjaya ku takluki. Aku tersentak dari lamunan. Telefon bimbit yang menjerit ku angkat pantas. Anuar!

Kau kat mana lagi, ni Cepatlah sikit. Dah lama aku tunggu ni. Nur pun dah sampai! Suara Anuar kedengaran sedikit kalut.

Aku on the way la ni. Sekejap lagi aku sampai la! Ujar ku pula.

O.k, aku tunggu! Cepat sikit, tau! Balasnya seakan tidak sabar.

Talian telefon ku matikan. Selepas menongkatkan motosikal, dengan pantasnya langkah ku hayun. Mata ku melilau-lilau di celahan manusia yang sedang asyik menjamu selera itu. Tiba-tiba mata ku tertancap pada sepasang teruna dan dara di sudut kiri kafeteria tersebut. Hati ku berbunga ceria apabila itu adalah Anuar. Tetapi, si dara berkurung biru laut di sebelahnya itu mengundang debaran yang maha hebat di hati ku secara tiba-tiba.

Aku menggosok-gosok mata ku beberapa kali untuk memastikan yang aku memang tidak tersilap. Langkah ku mati di situ. Aku terpaku melayani perasaan tidak keruan yang mula menerjah kalbu. Telefon bimbit yang menjerit mengejutkan ku. Anuar lagi rupanya!

Hei, Hakim! Kenapa tak sampai-sampai lagi ni

Nuar, aku nak tanya kau sesuatu! Ada nada getar pada suara ku.

Apa dia

Nur... Nur tu apa nama sebenarnya

Nur Amalina! Kenapa

Astaghfirullah, aku meraup muka mendengarkan nama itu. Suara Anuar yang menjerit-jerit di corong telefon, tidak ku endahkan. Terasa bagaikan ada sebutir batu yang besar menghempap kepala ku. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Rupa-rupanya Nur dan Amal adalah gadis yang sama.

Kiranya aku tahu Amal yang sering menjadi igauan tidur ku, rupanya adalah Nur yang telah sekian lama Anuar mimpikan setiap malam, pasti hati ku tidak merana sebegini. Andai aku tahu Amal adalah sekuntum bunga yang sudah disunting kumbang, pasti aku tidak menyemai benih-benih cinta sebegini hebat terhadapnya. Kiranya aku tahu...

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini