rss


Tinggal Esok

 

Aku capai lastik getah yang elok Tok Da buat. Entah kenapa, tadi sebaik sahaja Tok Da dan Opah sampai, terus aku meluru ke arahnya, sebundut plastik oren penuh dengan getah bodoh aku hulurkan. Suruh buat lastik cicak. Aku tenang dua ekor cicak yang tengah seronok berasmaradana dekat atas syiling. Memekak je kerjanya. Cit..cit..cit..cit..cit..cit.. Bising! Hari ni, rumah aku penuh dengan sanak saudara dari merata negeri seluruh semenanjung. Bangga betul bila cucu pertama keluarga ni dapat melanjutkan pelajaran pergi luar negara. Rasa macam ada kenduri kahwin. Meriah semacam.

 

Tengah seronok melastik, Dek Wan datang mengendeng. Hishh..sibuk je. Tak boleh tengok orang senang. Lepas Dek Wan, Ijal, Aikal pula menyibuk. Minta getah bodoh. Nak join lastik cicak. Aku malas nak ambil pusing, terus je menghulurkan plastik oren berserta isinya sekali. Tak tunggu lama, aku dan Dek Wan menjalankan misi melastik cicak. Dua tiga ekor berjaya kami tumbangkan dengan sekali lastik sahaja. Jatuh berdebuk-debuk macam nangka busuk. Aikal, adik sepupu yang paling bongsu pula jadi pengikut aja. Mengutip cicak-cicak yang dah selamat tak bernafas tu ke dalam botol Spritzer yang kosong.

 

Mak dengan makcik-makcik sedara aku sibuk membebel. Dah besar tagun pun perangai macam kanak-kanak. Opah senyum je, kalau zaman Opah dah jadi mak budak dah. Seloroh Opah tu memang betul pun sebab setahu aku Opah kahwin waktu umur dia 13! Aku tersengih. Memang kalau ikutkan aku sorang je wanita dewasa yang main lastik-lastik cicak. Lepas tu tiba-tiba dapat pengikut-pengikut tak bertauliah, adik-adik sepupu aku yang semuanya hero-hero belaka dan masih disekolah rendah.

 

Waktu Aikal main kejar-kejar dengan Ijal, budak berdua tu tak pandang kiri kanan. Tanpa salam, terus redah punggung empuk lagi pejal milik aku. Yang pasti, lepas tu aku jatuh tertonggeng ke depan. Lastik melayang, cicak entah ke mana. Bila aku ketap gigi, sambil genggam penumbuk, mata terjegil macam pontianak. Budak berdua tu dah mula kecut perut. Baru je nak lepaskan cubitan ketam, mata aku terpandangkan sesuatu dijari manisku. Tinggal esok je.. Aku tak jadi mencubit. Melepaskan keluhan berat dan berlalu meninggalkan mereka.

 

Roaming Card

 

Harper Bazaar aku capai. Tak senonoh betul Britney tak berbaju. Dahlah perut bulat macam belon angin.Aku menggelengkan kepala. Lima belas magazine aku angkat sekali. Kerusi plastik aku tarik menggunakan kaki. Perlahan-lahan aku panjat. Harper Bazaar lama aku keluarkan. Yang baru aku sorongkan ke dalam rak. Tiga je aku capai dan campakkan ke atas meja kayu. Ija di bawah terkejut. Sambil mengurut-ngurut dada, makcik yang sorang tu mengomel macam mak nenek. Aku diatas ketawa terkekek-kekek.

Belum sempat turun dari kerusi, Kak Non muncul. Dengan muka serius dan garang. Nama aku dipanggil.

 

Terkebil-kebil aku memandang assistant supervisor yang jarang tersenyum tu. Aku turun dari kerusi. Rasanya minggu ni aku tak ada lagi buat salah. Semenjak kena marah sebab pandai-pandai guna cash register, aku tak berani lagi nak tunjuk pandai. Dekat dengan kaunter pun aku tak berani. Lagi rela menjerit atau berlari berbatu-batu memanggil budak-budak yang lain. Kak Non jalan mendada. Lurus. Macam orang berkawat. Sampai dikaunter, dia merebahkan punggungnya ke atas kerusi manakala aku hanya mengendeng ditepian. Tak berani nak dekat-dekat.

 

“Kau pandai guna roaming card tak?.” Kak Non mencapai beberapa keping kad dari dalam laci. Salah satu disuakannya tepat didepan mata aku. Roaming? Apa benda menatang tu? Aku geleng. Rasa bodoh sangat. Maklumlah, ini pertama kali aku bernafas sendiri lepas habis SPM. Kalau tak sebab kerja ni, mungkin aku masih lagi memerap bawah ketiak mak. Sampai hangit. Sampai masam kot. Kak Non hela nafas. “Ish..benda ni pun tak tahu. Macam kad telefonlah.” Bangang! Aku tambah sendiri. Entah. Terasa ada aura setiap kali Kak Non hela nafas. Macam ada makian dalam tiap kata yang dia tuturkan.

 

Si Selekeh

 

Elok je lepas dia mengajar aku. Seorang jejaka selekeh menghampiri kami. Berambut panjang. Jambang memenuhi segenap ruang muka. Berkulit cerah dan mata sedikit sembab. Si selekeh ni nampak serabut. Sikit-sikit mengesat hidungnya. Matanya merah macam orang lepas menangis. Dia mengeluarkan wallet dari saku belakang jeansnya yang terlindung dibalik kemeja biru yang renyuk.

 

“Give me one roaming card please.” Ehh..speaking? Wahh..selekeh-selekeh pun speaking. Aku menyatakan rasa kagum dengan melopong dan memandang dia.

 

Kak Non menyiku bila melihat aku dan dia berpandangan. Dia mungkin memandang hairan. Aku pula memandang kagum. Si selekeh yang speaking.

 

“Yes..yes sir. We got it.” Dengan English yang tak berapa betul aku menghulurkan kad tersebut. Kak Non picit lengan aku. Aduhh..sakitlah! Si selekeh menggaru kepala. Eii..makin serabut pula tengok dia ni.

 

“Emm..I’m not used with this card.Can you teach me?.”  Aku mengangguk. Cepat-cepat aku capai kad itu dari tangannya. Kak Non memerhati. Dari tong sampah bawah kaunter, aku capai sekeping resit. Dibelakangnya aku tuliskan instruction yang Kak Non ajarkan. Malas nak berspeaking-speaking. Karang buatnya dia gelakkan aku macam mana. Lagipun dia bukan foreigner. Tengok muka, Melayu tulen! Selesai menulis, plastik yang membaluti kad itu aku koyakkan. Duit satu sen diatas keyboard aku capai, gores mana yang patut. Kemudian aku serahkan padanya. Si selekeh tersenyum tawar.

 

“Tiba-tiba tak rasa nak guna pula. Can I return it back?.” Ahh..sudah. Dia ni gila ke? Aku dah koyakkan plastik. Gores-gores.Tiba-tiba nak pulangkan balik. Aku pandang Kak Non yang berada dibelakang. Kak Non menjegilkan biji mata macam drakula yang kelaparan. Kakinya menolak-nolak belakang aku.Aku keluar dari kaunter. Mendekati si selekeh yang boleh tahan wangi. Ehh..selekeh tapi wangi.

 

“Tak boleh Bang. Dah gores tak boleh return.” Aku tolak balik kad itu pada dia.

 

“I didn’t feel want to call anyone.” Nada suaranya merendah. Perlahan dan sayu.

 

“Abang malas nak picit-picit butang ek? Meh saya tolong.” Tak tunggu lama. Aku terus bergerak keluar meninggalkan Kak Non. Tangan si selekeh yang tak tahu apa namanya aku tarik. Kalau Kak Non marah biarlah tapi tadi dia juga yang macam harimau nak telan orang. Customer buat hal je orang lain yang kena. Aku tekan public phone ikut arahan yang Kak Non kasi sementara si selekeh berdiri disebelah. Macam tugu Negara. Tapi yang ni tunggu Negara versi sayu. Malap. Bila operator minta masukkan nombor telefon, aku pandang dia. Mukanya masih seperti itu. Sedih. Sayu.

 

Kertas yang hampir renyuk digenggamnya aku capai. Sebaik sahaja selesai mendail. Suara seorang perempuan jelas kedengaran. “Dah..” Pendek sahaja ayat yang aku tuturkan tapi buat si selekeh tersentak. Tiba-tiba aku terdorong ke tepi dan dia cepat-cepat mencapai ganggang telefon. Aku tinggalkan dia begitu sahaja.  Si selekeh yang wangi tapi pelik.

 

Perlanggaran Kenyal

 

Pagi tu sepatutnya Kim yang kerja. Kenapalah suka hati je minah tu mengabsentkan diri ek? Tapi bagus juga. Boleh aku buat OT lebih-lebih. Aku tersengih. Novel-novel Sophie Kinsella aku susun cantik-cantik. Confession of A Shopaholic aku tatap puas-puas. Dah lama berangan nak beli buku tu, tapi tak mampu-mampu. Cukup bulan ni nak belilah. Dah puas duduk menyusun, aku bangun dan berlari kedepan bila suara Abang Man supervisor rasmi bookworld kedengaran memanggil-manggil namaku. Aku terlopong. Lima buah kotak penuh dengan buku-buku baru elok bersusun didepan. Yeah..yeahh..hari ni tak payah susun buku! Aku menjerit keriangan dalam hati

 

Biasanya kalau ada buku-buku baru, maka secara automatik aku tak perlu menyusun buku. Dengan kepakaran IT peringkat amatur tapi cekap dan efisyen serta pantas, tugas mengkey-in semua buku-buku baru diserahkan pada aku oleh Abang Man. Tengok! Siapa sangka sebulan je kerja aku dah diberikan tanggungjawab ni. Setakat nak duduk dekat kaunter tu kira celah gigi je.Ewah..sungguh riak Syuhada. Dah pandai berlagak dengan Kak Non. Yang seronoknya, bila tak perlu susun buku dan duduk diofis sepanjang hari, aku rasa lega. Sebab? Tak perlu sakit hati tengok seksyen kanak-kanak yang selang lima minit dah hancur barai kena usik.

 

Aku tersenyum. Memandangkan Ija dan Hana tak masuk lagi. Maka tugas memikul semua kotak-kotak tu terpaksalah aku galas. Abang Man dah sah-sah dok cover kaunter. Kak Non? Cuti. Aku mencangkung. Angkut dua kotak sekaliguslah! Otak aku yang tak berapa betul memberikan cadangan tanpa melihat relevennya disini. Waktu angkat dua-dua kotak tu, aku rasa melayang-layang. Hilang imbangan! Dan tanpa sedar aku menghentam satu objek didepan yang tak kelihatan dek pandangan.

 

“Alamak! Maaf encik.” Aku buat muka puyu.

 

“It’s okay.” Jejaka itu bangun. Mengibas-ngibas seluar putihnya dan mencapai topinya. Eh, panggil topi ke?

 

Aku kalih wajah ke kaunter. Tersengih seayu mungkin ke arah abang Man. Jangan marah saya Abang Man, tak sengaja! Abang Man menggeleng-gelengkan kepalanya dan kembali melayan pelanggan.Fuhh..aku tarik nafas lega.

 

“Saya tak sengaja. Tak nampak. Kotak-kotak tu pula berat semacam. Macam angkat anak badak.” Aku mengutip buku-buku yang bertaburan. Dia turut membantu. Tersenyum.

 

“Pernah angkat ke anak badak?.” Jejaka itu tersengih menampakkan sebaris gigi yang putih. Macam iklan Darlie pula.

 

Aku garu kepala. Macam pernah tengok dia ni..tapi dimana ya??. Dia kemudian berdiri. Memakai kembali topi pilotnya. Sangat kacak! Mata tu…

 

“By the way, thanks sebab tolong saya hari tu.” Dia mengenyitkan mata dan berlalu pergi. Aku masih memeluk kotak. Termanggu. Tolong? Bila masa aku tolong dia?

 

Pilot dan Wan

 

Ingat lagi si selekeh? Rupa-rupanya pilot handsome yang aku terlanggar tu si selekeh. Patutlah waktu dia bangun ada satu bau wangi yang aku cam. Satu hari lepas balik kerja, tengah aku berdiri macam tiang bendera. Seseorang menghampiri. Baru je nak buka langkah silat cekak yang aku belajar waktu sekolah rendah dulu, dia dah surrender dulu. Siap angkat bendera putih. Yakni topi dia tu. Si selekeh ajak makan Mc Donald, dia belanja. Teringat pula cakap mak. Jangan pandai-pandai ikut orang yang tak kenal. Dari sekolah rendah sampai dah besar melangut ni, aku tak pernah tak dengar cakap mak  Jadi bila si selekeh mengajak, cepat-cepat aku menggeleng. Macam budak kecil kena paksa makan sayur.Naik pelik orang tu bila aku menolak.

 

“Come on Syuhada. I nak belanja makan jek.” Topi pilotnya ditanggalkan. Zip beg sandang warna hitam yang tertera lambang Mas ditariknya.

 

“Mana tahu nama saya Syuhada?.” Aku pandang dia dengan muka hairan. Dia ni pilot ke ahli nujum?

 

“Adalah..kalau nak tahu jom pergi Mc D.” Topi sudah selamat masuk ke dalam perut beg.

Aku geleng lagi.

 

Dia garu kepala. Tiba-tiba dia tersenyum. “Ajak Kim sekalilah.”  Aku angkat muka. Kim? Mana dia kenal Kim? Haa..ni mesti Kim yang bagitahu ni.

 

“Tak yah ajak Wan.Kau tak cakap pun aku dah boleh dengar.” Kim ketawa dan menepuk-nepuk bahu si selekeh yang namanya…Wan?

 

Hakimi Izzatie. Sekali pandang memang macam lelaki. Dua kali pandang baru boleh cam dia tu perempuan. Dahlah nama pun Hakimi..nasib baik ada Izzatie. Kim menarik tangan aku. Menggenggam erat dan dengan paksaan, tanpa rela, aku menapak bersama dua orang makhluk Tuhan yang tak bertamadun. Selamba kodok tarik-tarik orang. Nasib baiklah kau tu kawan aku Kim, kalau tidak….

 

Stewardess

 

Petang-petang macam ni, kalau dapat melanguk tepi padang memang best. Lagi-lagi bila dapat cuci mata. Uh..jangan salah tafsir. Aku mencuci mata dengan melihat kanak-kanak tabika,taska dan tadika bermain di playground. Seronok tengok keleteh diorang. Comel! Dah puas cuci mata, kunci motor aku tarik dari poket seluar. Motor kapcai Honda warna biru peninggalan arwah ayah aku hidupkan. Walaupun bunyi semput-semput tapi masih boleh berfungsi. Kira okeylah nak dibawa kemana-mana sebab setakat ni tak pernah lagi meragam.

 

Elok nak mendaki bukit tinggi dekat De Palma In, aku nampak sorang amoi diseberang jalan tengah sibuk meniup-niup enjin kereta. Tiup buat apa? Bagi sejuk? Aku memberhentikan motor ditepi jalan dan berlari ke arahnya.

 

“Hai,rosak ke?.” Gadis itu tersenyum.Rambut panjang separas siku yang di diwarnakan blonde dan mata berwarna biru hasil penggunaan contact lense aku tatap. Sebenarnya, aku pun tak pandai sangat pasal kereta-kereta ni tapi sebab tengok dia sorang-sorang, rasa tak sampai hati biarkan.

 

“Aah..I pun tak tahu what’s wrong with my car tapi I dah call dah my bf. He’s on the way.” Aku mengangguk laju. Hantamro je aku usik-usik enjin dia tapi usik jela. Tak pulas apa-apa pun. Sementara tunggu boyfriend dia, kitaorang pun duduklah berborak-borak.

 

“Kerja apa?.” Mulut aku ramah-tamah bertanya.

 

“Stewardess.” Wow..I can see that. Patutlah you ni bergaya habis!

 

“You?.” Emily bertanya sambil mengelap peluh yang membasahi muka. Aku tunjuk jari ke arah dada sendiri.Kepalaku menunduk sedikit. Dia mengangguk.

 

“Kerja biasa je.Kedai buku. Sementara nak masuk U.” Aku sengih tapi kemudian sengihanku mati bila Wan muncul dibelakang Emily. Izwan. Si selekeh. Izwan. Pilot handsome.

 

Part-Time Girlfriend

 

Kim tolak bahu aku sebaik sahaja kelihatan Izwan dimuka pintu Bookworld. Aku menoleh sebentar, kemudian kembali menyusun. Rasa rela lagi menghadap buku-buku bahasa daripada menghadap muka Izwan. Entahlah, sejak peristiwa terserempak dengan Emily dan dia. Rasa semacam. Kalau dia dah ada makwe, nak buat apa baik dengan aku? Ishh..konpius! Entah-entah dia tak ada apa-apa niat pun, yang kau ni dah kenapa Syuhada? Aku tersenyum sendirian. Lepas tarik nafas dalam-dalam, aku bergerak perlahan, menyeret kaki dilantai dan menghampiri Izwan.

 

“Apsal kaki tu seret macam siput sedut?.” Wajah Wan yang dah dekat dua minggu aku tak nampak aku tatap.

 

“Saje..” Tangan kananku sibuk mencapai Sudoku diatas rak kecil di bucu dinding.

 

“Hm..rindu..” Erkk?? Ewah..suka hati je nak rindu-rindu orang. Jauh sikit ye encik pakwe orang!

 

“Free tak? Lepas kerja jumpa Wan dekat Eden.” Aku angguk perlahan. Rasanya sejak kenal Wan, satu KLIA aku dah pusing. Semua fast-food outlet aku dah jenguk. Eden, Coffe Bean, Kfc, Mc Donald, Asian Kitchen, Burger King sebut je..semuanya aku dah pernah jejak. Food garden je mamat tu tak pernah bawak. Tak ada kelas kot. Padahal itulah tempat aku dok tapau lauk hari-hari. Itupun satu lauk je cecah RM5! Aku ketap bibir. Tersenyum semanis mungkin.

 

“Saya habis kerja pukul 5.30.” Giliran Izwan mengangguk. Serentak dengan itu si selekeh tu sarungkan topi dia atas kepala aku. Tersenyum dan mencubit pipi. Mesra. Izwan bersiul kecil dan hilang dalam kerumuman orang ramai. Meninggalkan aku sendirian. Yang masih tak percaya. Mimpi ke? Aku raba pipi. Masih terasa panas. Aku tersengih kemudian masuk ke dalam.

 

“Jadi gf saya.” Izwan pandang mata aku dalam-dalam. Tiba-tiba aku rasa dunia aku berputar tiga ratus enam puluh darjah. Adrenalin bergerak laju. Jantung terus diserang Arrhythmic.

 

“Haa??Emily tuh??.” Izwan sengih. “Ex..she’s my ex. Sebab tu saya suruh awak jadi gf saya. My part-time gf.” Cup kertas berisi Ice Lemon Tea ditariknya kesisi. Perlahan-lahan dia menyedut. Khusyuk. Macam sedap sangat jek. Aku cebik lidah sorang-sorang. Kemudian tarik nafas. Part-time gf???

 

Bakal Menantu

 

Mama Izwan tersentak. Aku lagilah tersentak. Emily kat sebelah Datin sorang tu tersedu-sedu menahan tangis. Ehh..ni dah lebih dari kontrak ni.. sejak bila aku ada bagi agreement nak jadi bakal menantu Datin Norlia?? Aku mengerutkan muka. Dah tak selesa duduk. Cepat-cepat aku berdiri sebelah Izwan. Kang tak pasal-pasal kena flying kick. Izwan tarik aku ke belakang. Mengenyitkan mata. Aku sepak kaki dia. Dia mengaduh. Dah hilang hormon kewarasan gamaknya. Suka suki je dia cakap dekat mama dia yang dia nak kahwin dengan aku.

 

“Tell me that’s not true.” Emily teresak-esak lagi. Rasa nak habis satu kotak tisu dikerjakannya.

 

Izwan angguk. Datin Norlia berubah wajah. Dah macam naga nak semburkan api. Muka dia..eiii merahnya!!

 

“For God’s sake, cakaplah Wan main-main. Apa ni Wan??.” Datin Norlia terduduk. Emily disebelah ditenangkannya.

 

“Dahlah tu..tak payahlah Mama pujuk Emily tu. I’m over her!.” Izwan tarik aku keluar dari rumah. Tiba-tiba terasa ada cop mohor besar melekat kat dahi ‘Si Pengacau Bilau Keadaan’.

 

Masuk je dalam kereta. Aku diam. Tak berani nak cakap apa-apa. Izwan kelihatan fokus memandu. Aku lontarkan pandangan ke luar jalan. Melihat pokok-pokok renek yang teratur kemas. Ada Lantana ungu kegemaran. Suka Lantana. Bunganya macam lego. Kecil dan comel. Jemu memandang ke luar, aku alihkan muka ke kanan. Kembali melihat si selekeh yang kelihatan mahu menjalani transformasi ke arah si serabut.Aku menguap kecil.

 

“Mengantuk..nak tidur.Dah sampai kang kejut.” Aku memberikan arahan ringkas. Membenamkan kepala dan perlahan-lahan memejamkan mata. Tak tahulah Izwan tu dengar atau tak tapi yang pasti mata ni dah tak larat nak tampung kadar kengantukan yang semakin menggunung ni.

 

Entah bila aku terlelap..mungkin.. saat Izwan belai perlahan rambut hitamku.

 

 

Sejarah Hidup Izwan

 

Kata Kim, Izwan terlalu sayangkan Emily. Sebab Emily juga dia jadi serabut. Ohh..patutlah pertama kali jumpa dia..sungguh selekeh! Macam orang yang dah berabad tak mandi..eh tak mandi?? Tak..tak..tukar. Macam orang yang dah berabad tak trim rambut. Hishh..baik tak payah sayang kalau dengan sayang orang dia jadi serabut. Kim tepuk tempurung kepala aku.Rasa bodoh sekejap lepas kena hentak. Kim kata Emily tinggalkan Izwan sebab seorang mamat Perancis. Puas dipujuk suruh balik Malaysia, tapi Emily tetap degil. Berbulan-bulan hidup Izwan tak terurus. Asyik terkenangkan Emily je. Emily itu..emily ini.Eh..kejap..apasal Kim terer sangat pasal sejarah hidup Izwan???

 

“Aku kenal dia pasal kakak aku stewardesslah..”

 

Oooo..aku membulatkan mulut sambil mengangguk-angguk macam burung belatuk.

 

“Izwan dengan Emily tu hot couple.Sorang pilot sorang stewardess.”

 

Oooo..aku angguk lagi. Kali ni siap tersengih. Emily memang lawa apa.Tak mustahiller gossip hangat boleh tersebar meluas.

 

“Dah tu??.” Aku pandang Kim. Kim pula toleh ke arah aku. Mulut dia sibuk meniup-niup Nescafe panas dari cup polisterene.

 

“Dah tu..sekarang ni Izwan dah malas nak layan dia dah. Izwan kata dia tak ada hati dah.”

 

Tak ada hati?? Eleh..kalau tak ada hati pasal apa dia amek aku buat jadi part-time gf?? Bukan sebab nak buat Emily jealous??

 

Aku garu kepala. Mula atur langkah ke rak magazine. Ada sesuatu yang perlu Izwan jelaskan pada aku.

 

 

Food Garden

 

Pernah datang ke KLIA? Kalau naik lif sampai ke tingkat dua bawah satu aras dari tempat perlepasan, ada satu food court yang namanya Food Garden. Kalau kerja,selalunya aku dengan Kim suka tapau lauk dari sini je. Harga boleh tahan mahallah tapi kalau tunjuk id boleh dapat diskaun. Berapa percent aku sendiri tak sure. Jimat lagi kalau beli nasi lemak kat tepi jalan sebelah bus stop, baru seringgit setengah. Siap ada telur goreng lagi.Kalau tengah-tengah bulan atau rasa nak berdiet, selalunya aku singgah Deraman je, sambar dua bungkus sandwich hi-five dengan satu kotak air green tea yeos. Petang tu, aku bawa Izwan ke situ. Di Food Garden. Privasi lebih sikit sebab aku sure krew-krew kapal terbang yang berkaliber tak layan punya nak singgah situ. Kurang sikit gosip murahan.

 

 

Izwan menatang satu dulang penuh. Ada muffin, chicken sandwich, hot chocolate. Kecur liur tengok semuanya. Elok je dia melabuhkan punggung, disuanya dulang tu ke arah aku.

Aku capai hot chocolate, selebihnya aku tolak balik ke arah dia.Izwan alihkan muffin dari dulang. Ditolaknya kembali ke arah aku, keningnya diangkat tanda menyuruh aku mengambil. Aku angguk. Perlahan bibir menutur. “Thanks.” Macam tau-tau je aku memang terliur tengok chicken sandwich tu. Muffin tak layan. Manis sangat! Kalau selalu makan gerenti kena diabetis mellitus.

 

Tujuan sebenar aku ajak Wan ke situ bukan nak mencekik. Jadi, sebaik sahaja sedar kembali akan matlamat asal, aku cepat-cepat makan. Lepas tu coklat panas tu aku hirup sepantas mungkin sampai lupa betapa panasnya air tu waktu cecah permukaan lidah aku. Serius..mesti melecur sebab lepas tu aku rasa deria rasa aku hilang. Kebas. Pedihnya lidah. Wan ketawa. Seronok agaknya tengok aku terkinja-kinja macam beruk tertelan cabai burung. Kurang asam. Aku mencebik. Rasanya sejak kenal Wan, habit mencebik semakin menjadi-jadi.

 

“Kenapalah gelojoh sangat ni??.” Wan senyum sambil tangannya ringan je mencapai tisu. Disuanya ke arah aku.

 

“Haa?? Takdelah.” Aku cepat-cepat membuat penafian.

 

“Tak nak mengaku?.” Aku geleng. Banyak kali geleng. Wan ketawa. Degil betul.

 

“Ni..nak tanya something, tapi Wan kena jawab. Janji jawab okey?.” Aku memandang tepat ke arah anak mata Izwan.

 

“Hm..tanyalah.” Izwan tersenyum lagi. Manisnya..rasa nak cubit-cubit. Wahai Encik Izwan, tahukah anda sesungguhnya saat ini saya sedang jatuh cinta dengan senyuman anda?

 

Aku hulur jari kelingking. Suruh dia berjanji. Janji jawab. Jawab okey?

 

Izwan hulurkan juga jari kelingking. Macam kanak-kanak rebena berjanji bila jari kelingking kami bertaut.

 

“Kenapa suruh saya jadi part-time gf?.” Aku pandang tak berkedip. Jantung berdegup-degup laju.

 

“Sebab…”

 

“Sebab….”

 

Aishh..mamat ni… Apsal jawab tembel-tembel ni?? Rasa nak..nak…errr..tak ada apa-apa. Lupakan niat itu Syuhada…

 

 

“Saje..” Izwan tersengih. Aiii..pantang tok nenek aku orang buat-buat saspen lepas tu jawab macam hampeh. Aaaaa..nak mengamuk! Tolong..high blood pressure..high blood pressure..

 

Petang tu, teruk Izwan aku kerjakan. Maaf, tak boleh cerita detail. Terlalu sulit untuk diceritakan.Kalau nak tahu, pergi tanya Izwan sendiri.

 

Terbang Ke Langit

 

Sesungguhnya dari Kim, aku dah faham tujuan sebenar Izwan suruh aku menyamar jadi girlfriend dia. Rasa menyesal pula pasal..pasal..hempuk dia dengan tray dek kerana terlalu geram.Siapa suruh dia main-main? Penat aku buat muka super serius, dia boleh buat lawak bangang. Nama je dah dua puluh enam,tapi perangai kalah kanak-kanak riang. Ke aku yang kanak-kanak riang? Sepotong ayat dari Kim buat aku ternganga. Tak tahulah betul ke atau tak. Wallahualambissawab.

 

“Dia suruh sebab nak buat Emily stop ganggu dia.Kalau buat depan Mama dia baru Emily tu percaya sebab Wan tak pernah bawak girl lain selain Emily.”

 

Wan ni baik betul dengan Kim..semuanya cerita suruh bagitahu aku. Bagitahu sendiri tak boleh ek?

 

“Dia suruh aku bagitahu ni pun sebab dia takut dengan kau. Kau buat apa dengan dia ek?” Erkk..Kim boleh baca otak aku?? Hebat!

 

Aku tersengih-sengih. Kalau Kim tahu apa aku buat dekat Wan, mesti minah tu amuk.

 

“Tak ada apa-apa.” Bohong sunat!

 

“Dia ada cakap kat aku, pasal dia terlepas cakap nak kahwin dengan kau tu unexpected, tiba-tiba je mulut dia tercakap.”

 

Tercakap?? Releven ke tercakap?? Dia saja je nak kenakan aku tu. Baik-baik dia bukannya betul sangat. Sengal!

 

“Tapi dia ada cakap lagi..kalau betul pun apa salahnya.”

 

Ayat terakhir Kim buat aku terbang ke langit ketujuh. Wan nak kahwin dengan aku?? Seminggu aku angau.Tersengih macam kerang busuk.

 

Terakhir Kali

 

Esok hari last, hari terakhir aku di Bookworld. Mak redha aku dapat belajar dekat Aussie. Program preparation pun buat dekat sana. Bagus juga, dapat aku merasa pergi negara orang. Jauh berjalan luas pemandangan. Jauh berjalan seronoknya haii. Pasal Izwan, sekejap je mamat tu takut dengan aku. Tak sampai seminggu dia kembali mengendeng di depan pintu. Tersenyum. Sejak Izwan berterus terang dan bawa aku jumpa mama dia balik. Rasa tenang. Datin Norlia pun tak marah dah. Cuma bengang sikit sebab anak dia pandai-pandai buat lawak cimpanzzi. Dato’ Khaizan sporting pula. Suka buat lawak. Rasanya aku dah tahu dari mana turunnya genetik tersenyum dan tersengih selalu tu kalau tak dari ayah dia.

 

Tengah makan tengah hari, Dato’ Khaizan mencelah.

 

“Abah tak kisah kalau Wan nak kahwin dengan Syuhada tapi make sure cita-cita tu capai dulu.” Erk..tersedak!! Bila masa aku nak kahwin dengan dia??

 

Izwan dikiri tersengih-sengih. Aku siku bahu dia. Buat lawak bangang apa dia ni?? Takkan dia tak explain yang aku ni masuk universiti pun belum lagi? Lagipun, bila masa aku dengan dia bercinta ni??

 

“Wan takkan kacau dia punya Abah. Don’t worry.” Aku tarik nafas lega. Bila aku hela nafas, aku rasa ada mata memerhati. Aku toleh. Err..Datin Norlia? Apsal khusyuk tengok muka saya? Comel ke?

 

“Emm..Mama pun rasa okey je tapi macam kata abahlah.. tunggulah Syuhada ni dah besar sikit.”

 

Haa??Besar?? Saya ni tak cukup tumbesaran ke?? Izwan tersenyum. Menggelengkan kepala. Aku cuma tersenyum simpul. Tak faham betul mak bapak dia ni. Dah terangkan yang aku ni girlfriend acah pun still cakap pasal kahwin. Konpiuss arr…

 

Balik dari rumah dia, aku senyap. Malas nak cakap apa-apa. Banyak lagi benda lain aku nak fikir,passport,visa,barang-barang nak pack, nak beli barang lagi.

 

Aku bagi isyarat dekat Ija tanda aku keluar sebentar.

 

“Jumpa after kerja. Dekat gate five.” Aku angguk tanpa sempat cakap apa-apa.

 

Tepat 9.35p.m, aku habis kerja, bila aku melangkah melepasi jalan ke gate 5. Dari seberang jalan, aku lihat Izwan lengkap dengan uniform putihnya, ditangan kanannya sejambak ros putih dipegang kemas. Dia tersenyum manis. Bila aku selesai melintas, dia tarik aku ketepi, betul-betul dekat tiang menghadap terminal bas. Mamat ni dah kenapa?? Tengah-tengah KLIA pulak tu.

 

“Syuhada..Wan tak tahu nak cakap macam mana..tapi..”

 

“Tapi? Ni ros untuk siapa?.” Jari telunjuk aku tepat aku sua ke arah ros putih yang tersusun tu. Cantik.

 

“Untuk awaklah.” Mata aku bersinar terang. First time dapat bungalah katakan. Terus hati kembang-kembang. Tak tunggu lama. Terus aku sambar bunga dari dakapan Wan. Belek kiri, belek kanan, lepas tu cium. Wanginyaaa..

 

Tak sedar bila, jari manis aku dicapainya. Sedar-sedar je, Izwan masukkan sebentuk cincin emas putih, kemudian ditolaknya perlahan sampai ke pangkal jari. Elok je muat. Aku terkesima. Mimpi ke? Aku tepuk pipi kiri, lepas tu kanan.

 

“Awak tak mimpilah cik Syuhada oii..” Jari jemari aku dicapainya.

 

“Hm..nasib baik fit.Ingatkan tak muat tadi. Maklumlah Syuhada montel orangnya.” Dia ketawa. Sengal! Sempat mengutuk lagi.

 

“Cincin apa ni??.” Aku buat-buat bodoh. Memang pun kena buat bodoh. Aku nak pergi Australialah!! Bukan nak pergi kahwin! Even dalam hati suka..

 

“Cincin kahwin.” Izwan sengih. Lepas tu ditariknya pipi aku.

 

“Bila masa saya nak kahwin dengan awak?.” Aku buat muka toya.

 

“Lima tahun dari sekarang. Simpanlah..Wan tunggu. Kalau Syuhada tak nak terima, nanti dah sampai Aussie pos balik dekat Wan okey.”

 

Izwan berlalu meninggalkan aku, cincin dan ros putih.

 

Epilog

 

Benci betul orang datang lambat ni, rasanya waktu ni juga aku nak lari masuk dalam. Lepas tu ambil spray air, sembur muka. Biar cair semua mekap-mekap ni. Biar basah songket putih cream ni tapi dek kerana kesian tengok kakak-kakak sepupu yang beria-ia tolong kipas, ambilkan air, tolong touch up mana yang patut, terus batalkan niat tu. Maka duduklah aku kembali. Menunggu dalam bilik pengantin yang serba putih. Nasib baik mak taruk aircond dua minggu lepas, kata mak senang sikit, tak adalah Adah cair dalam bilik nanti. Dah dekat berpuluh-puluh orang berpusu-pusu masuk. Sikit-sikit nak tengok pengantin.Macamlah aku ni patung display.

 

Tadi katanya kereta rosak, ish..boleh pula nak rosak waktu ni. Kenapa tak cek awal-awal?? Dahlah aku tak suka berselaput dengan mekap.Rimas! Aku menguap kecil. Kerling jam ditangan kiri. Dah mengantuk ni. Aku pejamkan mata. Entah bila aku tertidur. Sedar-sedar je, ada orang mencuit pipi, aku tepis. Lepas cuit pipi, cuit telinga. Aku tepis lagi. Monyet! Orang nak tidurlahhh…Bengang diganggu, aku buka mata. Suasana lengang. Yang tinggal cuma aku, bilik pengantin serba putih serta desiran kipas. Aku pandang kiri, tak ada orang. Pandang kanan, tak ada orang juga. Eh..mana diorang ni??

 

Tiba-tiba suasana jadi gelap gelita. Mata aku ditutup kemas. Siapa pula buat april fool ni?? Aku tolak tangan kasar yang elok melekap pada mata tadi. Perlahan-lahan aku dapat lihat sinar cahaya kembali. Wan tersenyum ke arah aku. Ada sekuntum ros putih ditangan. Eh..dah sampai rupanya mamat ni. Aku tersenyum. Mencapai ros yang diberinya. Tanjak diatas kepalanya aku alihkan. Wan jatuhkan kepalanya diriba. Aku elus perlahan rambut hitam pekatnya. Harum..

 

“Wan sayang Adah.” Tutur Izwan perlahan. Air matanya tumpah. Terasa hangat jatuh diriba. Aku angkat kepalanya. Wan menangis?? Air matanya aku seka perlahan.

 

Aku tersentak dari tidur bila badan aku digoncang hebat. Baju songket putih yang aku peluk bersama ketika tidur renyuk. Di lantai, barang-barang hantaran elok tersusun kemas. Tinggal lima hari lagi sebelum aku diijabkabulkan dengan Izwan.

 

“Ada call.” Mak cemas. “Katanya pasal Izwan.”

 

Sebaik sahaja mendengar nama Izwan, aku berlari keluar. Jantungku berdegup pantas saat cuping telingaku mendengar esakan kecil dari corong telefon. Mama!

 

“Adah…” Senyap. Hanya esak tangisnya kedengaran.

 

Aku tarik nafas dalam-dalam. Wajah Izwan menangis terbayang jelas dimata.

 

“Izwan dah tak ada! Flight latihan yang di bawa dia terhempas.”

 

Ya ALLAH! Saat itu..aku rasa separuh dari nyawa aku meninggalkan jasad. Kakiku longlai dan aku terjelepuk jatuh ke lantai. Air mata luruh membasahi pipi dan aku teresak-esak. Segala kenangan lima tahun lalu berputar diingatan. Waktu Izwan menghantar aku di airport dan aku berpura-pura memulangkan kembali kotak cincinnya. Sebaik tiba di Aussie, aku segera menelefon Izwan, Izwan dengan nada kecewa menjawab tapi sebaik sahaja dia membuka kotak kosong itu sementara aku di Aussie membelek cincin tersebut, dia menjerit girang.

 

Lima tahun yang menduga kami..lima tahun..dan kini dalam tempoh lima hari… Izwan pergi menyahut seruan ilahi. Perlahan-lahan aku renung cincin putih yang tak pernah aku tanggalkan dari saat Izwan sarungkan ke jari manis ini…

 

  ~Tamat~


Never put the keys to your happiness in someone else’s pocket. - Anonymous

I

Arina melihat wajahnya yang kusam di hadapan cermin.Dahinya yang dulunya halus mulus kini ditumbuhi jerawat.Bibirnya pucat, matanya sembap.Sudah berhari-hari dia mengurungkan diri di dalam bilik.Dan sudah berhari-hari juga perutnya tidak menjamah makanan yang berkhasiat.

Tisu yang bertimbun di dalam tong sampah ditenung. Masuk kali ini entah sudah berapa kotak tisu dihabiskannya. Manakan tidak, setiap malam dia akan meraung minta dikembalikan apa yang telah diambil darinya. Sesungguhnya dia belum redha dengan kehilangan ini. Dia belum puas mengecap kebahagiaan itu!

Perut yang berkeroncong minta diisi diusap perlahan. Di saat-saat begini, tiada lagi yang bermain di fikirannya kecuali mati, mati dan mati! Kalau boleh mahu saja dia terjun bangunan tingkat 20 atau telan pil tidur berbotol-botol.Tapi mustahil.Di mana dia hendak cari bangunan 20 tingkat di kawasan perumahan teres ini?Apa kata Damia atau penjual ubat tidur kalau dia membeli berbotol-botol ubat tidur? Arina memerhatikan sekeliling. Mati, mati, aku nak mati!

Ada gunting kain di meja soleknya.Arina mendapat idea.Singkat.Mudah dan pantas. Tetapi gila!

Ketika nafsu menguasai fikirannya, syaitan beraja di hatinya, Arina memilih untuk mengambil keputusan singkat.Dengan pantas, gunting kain dicapai dan urat di pergelangan tangan kirinya dicucuk sedalamnya.

PRANG! Habis berselerakan bedak, minyak wangi, losyen, dan segala macam lagi barang di atas meja soleknya.Arina merasakan kesakitan yang amat di seluruh urat sendinya.Pandangannya berpinar-pinar. Ketika dia memikirkan tentang kematian, fikirannya menerawang memikirkan Allah, Allah, Allah! Ya Allah, singkatnya keputusan ini! Ya Allah, hamba tidak mahu mati lagi.Hamba tidak mahu dalam keadaan hamba yang berdosa ini hamba menemui Mu dalam keadaan kufur. Allah!

Dalam kelam, dilihatnya Damia terkocoh-kocoh mendapatkannya dan mengikat pergelangan tangannya dengan kain selendang.Ketika Damia sedang kalut bercakap-cakap di telefon, pandangan Arina menjadi semakin gelap.Pekat.



II

“Awak ingat hidup tak senang, mati akan mudah?”

Arina mengesip-ngesip matanya.Pedih.Cahaya putih yang terang-benderang menyilaukan matanya.Di sebalik cahaya yang menyinar ada sesusuk tubuh wanita berkerudung putih, berjubah putih.Persis Oki Setiana Dewi dalam video klipnya Wanita Syurga Bidadari Dunia.Cuma bezanya, ini tidak bermuzik. Tiada dedaun gugur, dan wanita itu juga tidak bernyanyi dan berpusing-pusing!

Arina bangun.Mencuba untuk duduk.Disekelilingnya cuma ada pokok berakar banir besar.Dahannya dililitkan dengan sutera putih, seperti dalam cerita puteri-puteri bunian.Wanita serba putih bersembunyi di balik sutera putih yang berjuntai.Arina mula membina teka-teki di dalam kepalanya.

Aku di mana sekarang?

Kenapa aku tidak dibawa ke hospital?

Siapa wanita berjubah putih?

Mana Damia?

Apa tempat ini?

Nyata itu bukan semata-mata soalan retorik. Arina memerlukan jawapan. Dia mahu persoalannya dijawab secepat mungkin! Dia sudah mulai merasa curiga dan takut.Dia takut kalau-kalau dia sebenarnya sudah berada di alam satu lagi. Dia akan dihadapkan kepada amarah Tuhan!

“Awak masih hidup.Siapa saya, itu awak tak perlu tahu.”

Seperti dapat membaca teka-teki yang bermain di fikirannya, wanita serba putih menampakkan dirinya.Arina ternganga.Bidadari dunia?

“Kenapa awak nak bunuh diri?”

Soalan daripada gadis serba putih mengejutkan Arina dari lamunannya.

“Sebab hidup aku dah tak bererti lagi!”

“Itu sebab awak manggantungkan pengertian hidup awak pada manusia lain.”

“Maksud?”Arina mengerutkan wajah.

“Kenapa awak rasa hidup tak bererti lagi?”

Bukannya nak menjawab soalan. Gerutu Arina.

“Sebab boyfriend aku dah tinggalkan aku. Dia pergi dengan perempuan lain!” Serentak dengan pengakuan itu, Arina merasakan kelopak matanya basah.Dadanya sakit.Berombak.Nafasnya tersekat-sekat.Badannya terasa ringan.Perlahan, dia menjatuhkan dirinya.Kakinya tidak kuat untuk menampung berat badan dan kesedihan yang dialami.

Wanita serba putih tersenyum.Tidak sinis seperti kebanyakan orang.Tidak mencebik seperti rakan-rakannya yang mengejek tindakannya yang separuh gila ditinggalkan kekasih. Senyumannya manis. Tenang dan menenangkan.

“Aku tau, ini bodoh.Malah tersangat bodoh. Tapi ini soal hati! Takkan ada yang faham kalau tak melalui.”

Wanita serba putih lantas melabuhkan punggungnya dan duduk di sebelah Arina yang sedang teresak-esak.Dia mendongak.Menghembuskan nafas perlahan.

“Awak tahu, awak dah letak kebahagiaan awak dalam kocek orang lain. Susah nak simpan, susah jugak nak dapat.”

Arina mengesat air matanya.Dia menoleh ke arah wanita serba putih.Keningnya terangkat.

“Awak sepatutnya meletakkan kunci kebahagiaan awak di dalam kocek sendiri.Supaya senang awak ambil bila-bila awak nak.Supaya senang awak simpan.”

Jeda.Arina diam. Gadis serba putih juga diam. Melihatkan keadaan yang diam dan Arina yang tidak berkutik, wanita serba putih menyambung kata-katanya.

“Bahagia sepatutnya tidak bersyarat. Kalau awak dah letakkan kunci kebahagiaan awak kat kocek orang lain, syarat untuk awak mendapatkan bahagia awak tu adalah dengan berada dekat dengan pemilik kocek. Kalau pemilik kocek itu menghilangkan diri, dia akan pergi bersama kunci kebahagiaan awak.”

“Maksud awak, saya meletakkan kunci kebahagiaan saya di dalam kocek boyfriend saya?Eh maksud saya, ex-boyfriend.”

Wanita serba putih tersenyum mesra.

“Mungkin dah tiba saatnya awak meletakkan kunci kebahagiaan itu di kocek sendiri.”

Arina menitiskan air matanya.Satu satu.

“Maksud awak, bahagia itu sepatutnya terletak pada diri sendiri? Bukan orang lain?”

“Keputusan untuk bahagia sepatutnya di tangan kita.Kita yang memutuskan sama ada hendak berbahagia atau tidak.”

“Saya bahagia dengan dia.”Arina tersedu-sedan.

“Tapi dia dah cari lain. Dia tinggalkan awak dan memutuskan untuk berbahagia dengan insan lain. Kenapa awak tak buat benda yang sama?”

“Maksud awak, cari orang lain?”

Wanita serba putih tersenyum lagi. Lebih manis.

“Tak semestinya awak kena cari pengganti berupa bentuk manusia. Awak boleh mencari kebahagiaan dalam rupa bentuk yang lain. Kembali pada hobi lama, meluangkan masa bersama kawan-kawan rapat dan keluarga, mencipta hobi baru..”

Arina tunduk.Mengangguk.

“Terpulang awak nak definisikan bahagia tu macamana.Kunci kebahagiaan ada kat kocek awak.”

“Bahagia menurut awak?”Arina menelan liur sebelum meneruskan kata-katanya.

“Kebahagiaan itu maksud awak melupakan dia kah?Hidup baru itu maksudnya memberi ruang untuk diri ini bernafas dalam cinta baru kah? Atau hidup baru itu bermaksud berhenti menanti bayang-bayang yang tidak akan dapat pernah disentuh itu kah? Atau maksud hidup baru padamu berhenti jadi fobia dan berhenti menolak cinta?Begitu?”

Arina menagih pandangan wanita serba putih.

“Arina, kebahagiaan tak perlu ada lelaki, kan? Tak perlu ada seorang dia, kan? Kebahagiaan itu boleh bermula dengan diri sendiribukan? Hidup baru itu boleh bermula dengan cara menghargai masa yang ada, menghargai setiap orang di sekeliling kita. Paling penting, hidup baru mestilah dimulai dengan redha dengan ketentuan Allah. Redhalah Arina. Redha dengan ketentuan Allah.”

Arina mendepakan tangannya.Ingin memeluk wanita serba putih.

Wanita itu tersenyum.

“Ingat sayang, jangan sesekali meletakkan kunci kebahagiaan mu di dalam kocek orang lain.” Serentak dengan itu, cahaya yang tadinya malap kini kembali terang benderang. Ada asap putih dari segenap penjuru menutupi tubuh wanita serba putih.

Arina mengesip-ngesip matanya.Pedih.Terbatuk-batuk.Tangannya mengagau ingin mencapai wanita serba putih.Dia tidak mahu wanita itu pergi.Masih banyak persoalan yang perlu dirungkaikan.

“Jangan!Jangan pergi dulu!”

III

“Jangan! Jangan pergi!!”

“Arina!”Bahunya dikoncang perlahan.

Arina membuka kelopak matanya.Ini suasana yang dikenali.Ada wajah yang dikenali juga.Damia.

“Kau kat hospital.Mujur kau sempat diselamatkan.”

Arina merenung pergelangan tangan kirinya.Berbalut.Ada salur darah.

“Kau hilang banyak darah..”

Alhamdulillah! Arina mengucap syukur.Tuhan masih memberikan dia kesempatan untuk dia menebus kejahilan lampau.Dia merenung Damia.Matanya berkaca.Damia ikut tersenyum.

Perlahan-lahan Arina bangkit dan memeluk sahabatnya itu.Dalam pada air matanya turun mengalir, kelihatan wanita berjubah putih turut tersenyum di balik pintu sebelum perlahan-lahan menghilangkan diri.

“Redha dengan ketentuan Allah, Arina.”Kata-kata wanita serba putih seakan terngiang-ngiang di telinganya.

“Damia, kau nak tahu?”Damia melonggarkan pelukannya.Wajah pucat Arina ditatap.

Damia membulatkan matanya.Mengangkat kening, menagih jawapan. Apa?

“Kunci kebahagiaan aku ada kat dalam kocek aku sendiri!”


Masuk hari ini sudah lima hari aku merajuk. Menjeruk rasa. Tapi tak ada siapa yang peduli. Kalau difikirkan, memanglah ini kerja yang membuang masa dan tenagaku sahaja. Tapi aku tidak punya cara lain untuk protes. Aku cuma perempuan. Ah, alasan kuno. Tapi itulah alasan yang dapat aku fikirkan untuk menunjukkan rasional dan kewajaran perbuatanku. Sekurang-kurangnya aku punya alasan.. Hemm..

Aku melihat buku latihan murid di sebelahku yang bertimbun-timbun di atas meja. Semua menuntut kudratku yang empat kerat ini untuk bekerja. Aku meneruskan kerjaku menanda latihan yang tertunda sejak tadi. Sejak aku memikirkan rajukku. Sejak setengah jam tadi..! Buang masa betul aku ni..

Jam terus berdenting. Lima belas minit lagi dua belas tengah malam. Aku harus tidur awal. Takkan aku nak menghadap pelajar dengan muka sembap tak cukup tidur. Rajukku masih ada. Lima hari terpendam membuat hatiku kini sarat dengan rajuk. Air mata tak henti-henti merembes keluar. Tiap malam sebelum tidur sejak lima hari ini itulah rutinku. Menangis, menangis dan menangis. Mungkin kalau ada yang tak faham akan menganggapku gila menyeksa diri. Mujur juga aku dan Hanizah tidur dalam bilik yang berasingan. Kalau tidak tentu malu aku dibuatnya. Tak matang dalam menangani masalah. Pelajar-pelajar kat sekolah itu pun boleh handle masalah macam ni dengan professional. Aku tekup muka dengan bantal. Lepas baca doa tidur, aku menangis lagi..!

Kalau dulu, masa mula bercinta semua pasal aku pun nak diambil tahu. Sakit kah, sihat kah.. Sudah makan kah aku.. Hatta kalau aku buat muka monyok sikit pun dia dah tak tentu arah. Sekarang..?

“Saya ada benda nak cerita kat awak..”

“Erm.. Ceritalah..”

“Awak dah ngantuk ke ni..?”

“A’ah..”

“Kalau macam tu takpe lah.. Awak tidurlah..”

“Awak pun tidurlah sekali.. Tak elok tidur lewat sangat.. Jom kita tidur ek sayang..”

“Okey..”

“Esok jangan lupa cerita tau.. Good night sayang..Sweet dream.. Assalamualaikum..”

“Tak payahlah.. Kalau esok cerita ni dah basi. Good night.. Waalaikumussalam..”

Aku seperti terdengar dia ingin mengatakan sesuatu di hujung talian. Gagang telefon ku letak. Aku malas hendak mendengar apa-apa kata darinya lagi. Aku sudah menerima ucapan selamat malam. Bererti tiada apa lagi yang hendak diperkatakan. Aku cuba bersangka baik. Perniagaannya kini sedang membangun.. Sudah tentu dia sibuk dengan bermacam urusan. Pasti dia penat. Tapi tak boleh..! Aku tetap terasa hati dengan tindakannya. Aku merenung tangan kiriku yang berbalut. Pagi tadi ada pelajar buat hal. Cermin tingkap pecah dan terkena tapak tanganku. Mujur tak dalam. Luka tanganku digam. Kalau dijahit sudah tentu aku terjerit-jerit melihat cangkuk jarum yang tajam. Aku sebenarnya ingin meluah itu padanya. Tapi..? Dan sejak malam itulah aku tidur berendam air mata..

Esoknya aku cuba berlagak seperti tiada apa yang berlaku. Panggilannya ku jawap seadanya. Hatiku tawar. Paling tidak dapat ku lupa, dia bertanyakan soalan bonus yang seakan satu penumbuk singgah di muka ku.

“Awak betul-betul merajuk ke ni..?”

Arrgh..! Aku menjerit semahunya dalam hati. Takkan aku hendak mengaku yang sekarang aku sedang melancarkan kempen merajukku pada seluruh anggota tubuhku. Hatta bibir ini pun ku larang senyum. Aku diam. Membisu tiada bahasa. Akhirnya aku melontarkan jawapan yang menambah sakit di jiwaku.

“Takde lah.. Buat apa pulak saya nak merajuk..”

“Baguslah kalau awak tak merajuk.. I love you sayang..”

Pagi-pagi lagi aku sudah terpacak depan pejabat am. Lepas punch card,aku menonong ke bilik guru. Terus ke mejaku. Buku latihan semalam yang masih belum ditanda ku siapkan secepatnya. Masa pertama ku pagi ini di kelas empat Harmoni. Takkan aku hendak menanda dalam kelas pulak. Itu adalah pembaziran masa belajar. Dan aku bukan guru yang makan gaji buta. Pen merah ku tutup. Siap jugak akhirnya. Lima belas minit lagi loceng akan dibunyikan. Dalam masa lima belas minit itu aku membiarkan fikiranku menerawang lagi.. Menyakitkan hatiku lagi..

Kelmarin, pagi-pagi lagi aku sudah menitiskan air mataku.. Membazir lagi.. Cikgu Zainab dan Ustazah Rukiah sedang sibuk berbincang mengenai kain cadar yang mereka tempah tempoh hari.

“Cantikkan Su..?”

Ustazah Rukiah menunjukkan padaku kain cadar yang dibelinya.

Aku mengangguk lemah. Senyuman nipis terukir di bibirku. Meskipun aku sedang bersedih, tapi anggukan dan senyuman ku tadi benar-benar ikhlas. Tak palsu. Tak pura-pura.

“Rugi akak tak pilih yang tu kan Su.. Cantik. Dapat percuma cadar untuk single bed pulak tu..”

Cikgu Zainab menyuarakan kekesalannya padaku.. Aku cuma tersenyum. No komen. Ustazah Rukiah tersengih-sengih.

Aku mengeluarkan komputer ribaku. Berpura-pura sibuk. Aku ingin melayan perasaanku yang terguris. Masih belum ada ubatnya. Hanizah belum sampai lagi. Cikgu Hanizah adalah temanku sejak di universiti lagi. Pagi-pagi begini senang sekali perasaanku terusik. Lebih-lebih lagi tanpa teman di sisi.

Sudahnya, air mata bergenang di tubir mataku. Aku mengusap dadaku. Perit. Menahan tangis itu sememangnya amat perit. Sakit. Seakan segumpal kapuk kapas sedang disumbat seganas-ganasnya di saluran trakea ku.. Sesak.

Loceng berbunyi sekeras-kerasnya. Menandakan masa untukku melangkah masuk ke kelas empat Harmoni. Aku mengangkat punggung.. Longlai. Ku kerling meja di sisiku. Hanizah masih belum kelihatan di mana-mana. tapi itu bukan masalah padanya. Punch cardnya tidak pernah merah. Maklumlah, pagi-pagi lagi Cikgu Asmed guru muzik sawo matang yang berambut ikal itu sudah punchkan untuk Hanizah.

Aku sebenarnya sebal dengan tindakan mereka. Tidak seharusnya tabiat begitu diamalkan para guru. Menjadi guru bererti sudah bersumpah setia kepada negara akan mendidik anak bangsa dengan jujur dan amanah. Sikap begitu terang-terangan menunjukkan sikap tidak professional dan tidak amanah dalam kalangan guru.. Kalau nazir datang baru kelam kabut tunjuk sikap professional. Semua kerja siap tepat pada masanya. Tiada masa yang terbuang.

Aku masih ingat ketika Asmed masuk ke dalam kelas Hanizah sambil marah-marah. Semua murid di dalam kelas disuruhnya tunduk. Siapa yang mendongak bakal terkena maki hamunnya. Aku yang memandang dari kelas sebelah hanya mencebik geram. Hanizah juga ku lihat tunduk. Aku tak tahu sama ada dia tunduk malu atau tunduk menangis. Aku malas hendak ambil tahu. Aku sudah jelak dengan kontrovesi yang sering mereka timbulkan.

Jadi,. Menurutku, guru tidak boleh mempunyai masalah peribadi yang berkaitan dengan cinta? Begitu? Seperti aku sekarang ini?

Aku mencapai rotan di atas meja Hanizah. Aku tidak pernah merotan sebelum ini. Meninggikan suara pun tidak pernah. Jadi, apa yang akanku lakukan dengan rotan in? Aku menonong ke kelas empat Harmoni.

Seperti biasa, mereka berdiri hormat ketika ketibaanku. Setelah itu mereka akan berdiri tegak membaca doa. Aku selalu pesan begitu. Meminta sesuatu kenalah sesuai dengan caranya. Bersungguh-sungguh. Bukankah doa itu permintaan pada Tuhan agar dicelikkan pemikiran?

Lama aku diam.. Sehinggalah aku dengar suara-suara yang tidak sabar-sabar hendak duduk. Aku tersentak. Laa.. Aku mengelamun lagi..

“Duduk semua..” Kata ku. Aku juga duduk.

“Arsyad, kamu agihkan buku-buku ini.”

Arsyad ketua darjah itu tergesa-gesa berdiri menjalankan tugasnya. Aku bercongak-congak. Selalunya aku sudah bersedia dengan pengaranku. Dengan suaraku yang lantang dan kata-kataku yang pedas merobek telinga. Tapi pagi ini hatiku seakan berada di tempat lain. Seperti bukan dalam diriku. Bahkan kerja Anita yang banyak kesalahan itu pun tidak ku tegur seperti selalunya. Ku pinta mereka membuka halaman 123..

“Buat nota.. Lukis gambar rajah.” Kataku ringkas. Tidak seperti selalunya aku yang penuh dengan celoteh dan leteranku.

Murid-muridku tekun membuat nota. Ada juga yang berbisik-bisik sesama mereka. Aku yakin mentaliti kanak-kanak sepuluh tahun mereka belum dapat menangkap gelodak perasaanku. Aku membiarkan mereka dengan bisikan-bisikan mereka. Aku membiarkan diriku terkurung dalam kotak hitam tanpa daya usaha untuk lepas darinya.

Bisikan yang berdesas-desus kini makin berdesing di telingaku. Bising! Aku mengetap bibir.. Rotan ku capai. Hatiku yang remuk tidak bisa menahan hiruk-pikuk yang sama sekali tidak menenangkan jiwaku ini.

PRANG!! Aku hanya merotan meja yang berdekatan. Biar bergema satu kelas. Biar mereka terkejut sebentar. Diam! Aku guru kamu masih ada di hadapan. Apa kamu tidak melihat?! Itu lah mesej yang cuba aku sampaikan. Entahkan sampai entahkan tidak. Yang penting, aku hanya dengar bunyi kipas siling yang ligat berpusing. Mujur sahaja tidak ada pesakit jantung dalam kelas ini.

Aku beristighfar dalam hati. Kemudian aku duduk.

“Sambung kerja kamu. Kali ini gunakan tangan sahaja. Jangan gunakan mulut kamu yang becok itu..”

Kelas diam semula. Masing-masing mulai tekun membuat nota.

Balik rumah adalah saat yang ku tunggu. Flat guru yang aku diami ini meskipun tidaklah sebesar mana tetapi cukuplah untuk memberikan keselesaan kepadaku. Usai solat Zuhur, aku bermalas-malas di depan televisyen. Hanizah keluar dengan Asmed. Aku bersyukur hujung tahun ini mereka akan melangsungkan perkahwinan. Tidak wujudlah lagi amarah Asmed seperti dulu gara-gara cemburu. Tapi siapa yang akan menemani aku di rumah ini? Persoalan yang ku tangguh-tangguh. Hujung tahun masih jauh.. Aku pesan nasi ayam pada Hanizah. Mudah-mudahan saja dia cepat pulang. Tidak ada benda yang boleh ku kunyah-kunyah di dapur itu. Perutku pula sudah memulas lapar..

Menurutku, masalah peribadi bukan untuk dibawa ke sekolah. Ya, itulah yang sebenarnya. Murid-murid bukan mangsa masalah peribadi guru. Guru adalah pendidik anak bangsa. Harus sentiasa professional dalam mendedikasikan khidmatnya.

Telefonku berdering. Panggilan yang ku tunggu akhirnya tiba jua.

“Hello.. Assalamualaikum..”

Aku bersuara malas.

“Waalaikumussalam.. Awak okey ke ni?”

Aku nekad. Aku tidak mahu lagi dipergula-gulakan oleh perasaan. Kali ini apa yang jadi, terjadilah. Aku tidak akan menoleh ke belakang lagi.

“Saya dah bosan dengan awak. Awak dah tak sayang saya lagi. Awak dah berubah. Awak dah tak macam dulu..”

Aku berjeda. Air mata yang mengalir deras di pipi ku usap.

“Sayang... Awak cakap apa ni..”

“Awak dengar kan apa yang saya cakap. Jelas di pendengaran awak. Saya tak mahu menunggu awak yang semakin hari semakin berubah. Semakin hari semakin kurang sayang awak pada saya.. Hubungan kita sampai di sini saja. Awak carilah perempuan yang lebih baik dari saya. Assalamualaikum..”

Gagang telefon ku letak. Hatiku puas. Tetapi sakit. Entah mengapa.. Ah, dunia belum berakhir.. Aku boleh terus hidup tanpanya..

Dua tahun kemudian, aku menerima sepucuk surat. Kemas dan ringkas tulisannya. Dia menjemput aku ke majlis persandingannya. Seakan direnggut hebat jantungku. Begitu payahnya aku menggantikan tempatnya dihatiku.. Dia sudah mendapat penggantiku dalam masa dua tahun..? Setelah lima tahun kami menganyam cinta..? Air mataku tumpah lagi. Begitu murah sekali ku rasakan air mata ini untuknya..

Mana mungkin aku menghadiri perkahwinan insan yang paling ku cintai.. Sesuatu yang sangat mustahil untuk aku lakukan. Melihat perempuan lain bermesraan dengannya di atas pelamin. Mencium dengan penuh kasih tangannya. Arrgh..! Sungguh aku masih sayang padanya..

Mukaku ku lencun. Basah dengan air mata. Sembap. Aku ambil cuti sakit. Kenyataaan itu sungguh perit untuk ku telan. Dia bakal berkahwin..! Bukan dengan aku. Dia bakal menjadi hak milik mutlak isterinya. Diikat ikatan suci yang tak mungkin aku leraikan. Biarlah aku berehat dengan hatiku yang sudah benar-benar remuk..

“Irah..! Irah..! Bangun..! Kenapa dengan kau ni..?”

Aku melihat Hanizah di sisiku. Tubuh kurusnya ku peluk erat. Hatiku remuk. Sakit yang tidak ada ubatnya. Bahuku terhinjut-hinjut. Laju. Air mataku mengalir sederasnya. Pilu..

“Is nak kahwin Nizah.. Is dah tinggalkan aku terus..”

Aku masih teresak-esak. Mana mungkin aku berhenti menangis. Aku benar-benar sakit hati..!

“Ya Allah Irah.. Istigfar banyak-banyak.. Kau mengigau ni sayang..”

Hanizah mengusap bahuku.. Aku terkedu. Mengigau..? Biar betul..?

“Tengok.. Ni nasi ayam yang kau pesan tadi..”

Hanizah menyuakan sebungkus nasi ayam kepada ku.. Aku mengerling jam di dinding.

Ya Allah..! Dah jam empat petang..? Betullah aku mengigau.. Aku mengusap-usap dadaku. Inilah padahnya tidur petang.. Aku kerling telefon bimbit. 41 panggilan tak dijawab..? Is..?

Mesej yang baru dihantarnya ku buka.

‘Sayang.. Kenapa awak tak angkat bila saya call.. Saya ada buat salah ke.. Saya minta maaf kalau saya ada sakitkan hati awak tapi saya tak sedar.. I love you sayang.. Janganlah buat saya risau..’

Aku mengesat air mata. Hanizah di sisi terpinga-pinga.

“Patutlah seminggu ni muka semacam je aku tengok.. Macam ayam berak kapur. Cikgu Sains kita ni pun ada masalah cinta rupanya.. Ada penjelasan saintifik ke cikgu..?”

Hanizah tersengih-sengih. Macam kerang busuk.. Aku cuma tersenyum kambing. Malas hendak menjaja kisah peribadiku. Aku mengangkat punggung menuju bilik air. Selesai solat asar nanti aku ingin menjernihkan segala kekeruhan.. Hatiku berbunga riang.. Ternyata Is masih sayang padaku..

Inikah cinta..? Menyakitkan dan penuh dengan beban.. Tetapi manusia sukar untuk menolak tarikannya.. Beban perasaan yang indah untuk dipikul.. Adakalanya, ada hal yang Sains pun tak ada jawapannya.. Aku bernyanyi kecil meninggalkan Hanizah yang maih terpinga-pinga di ruang tamu..

Kecil besar aku lihat dia. Asyik tidak puas hati dengan cara aku . Aku tulis benda baik dekat facebook semalam, dia pula lebih-lebih.
“Hidup bukan tentang kita saja, tapi juga tentang manusia lain di sekeliling kita” . Tiba-tiba dia tag nama aku dekat statusnya.
“Farid,kau kalau nak cakap apa-apa, terus saja, tak perlu nak bengkak bengkoklah weh !” Marah benar dia dengan ayat sopan santun aku itu. Ikhlasnya ayat tu memang bukan untuk dia, ia adalah idea semula jadi yang datang dari minda untuk semua kenalan yang meminati aku dekat facebook tu, dah lama sangat mereka dahagakan ayat aku, aku pula asyik melekat melarat dekat twitter,  sampai lupa dari mana asal tahap aku kini – seorang menulis puisi yang dikenali dekat blog Aksarium .
“Mana ada , Fir .  Aku cakap secara umum . Ada aku tulis nama kau?” Eh, macam nak cari gaduh pula ayat aku ni. Nak dipadam, dia sudah baca. Tak sempat gamaknya. .
            
“Macamlah aku tak kenal kau, Parit!” Amboi,sedap benar dia memainkan nama aku, sudahlah , malas aku nak layan perangai budak budak tak cukup masak ni. Banyak lagi kerja berfaedah lain yang aku perlu lunaskan.
_______________________________________
Burung sudah keluar mencari makan. Firash pun turut sama mahu makan . Dipegang-pegang perutnya ibarat perempuan baru pertama kali mengandung . Dibelai-belai sambil dia memikirkan idea baru . Buntu.
“Mana kau ? Selalu kau ada waktu sesak sesak begini!” Rungutnya sambil menahan lapar . Memang jam tujuh macam ni selalu Ane, pakcik roti tu akan membunyikan hon mengejutkan dia di pagi hari. Kali ni sunyi .
Lantas dia terus mengambil pisau di dalam laci tepi gobok buku pemberian arwah neneknya . ‘Zapp!’. 
“Ahh !” Nikmat benar buah epal yang diberi jirannya itu . Hati Firash sudah mula berbunga, dia mula menaip cerita. Cepat saja aksara itu menari-menari . Melimpah ruah idea kurniaan Ilahi kali ni.
“Siap, dan  update !” Ya, penamat cerita kali ni perempuan dan lelaki itu akan mati bersama, baginya kalau mati berasingan, akan ada pihak yang bias mahu dimenangkan pihak satu lagi, dan dia yakin dia tidak mampu memuaskan hati semua.
“Fir,awalnya  kau update blog hari ni” Zy, menegurnya di twitter . Itulah pengkritiknya nombor satu. Ada saja watak yang dipertikaikan, semua dibangkitkan dengan persoalan. Kali ni, dia dah dapat menelah.
“Mereka perlu mati untuk menamatkan kesengsaraan . Sesiapa pun perlu mati untuk elak dari membebankan dan menyusahkan hidup orang lain”. Jawapan itu kelihatan biasa pada awalnya, namun menjadi lebih luar biasa bila dia mula menyebut nama watak dalam ceritanya – Basko & Marmah, dimanipulasikan semula ayatnya oleh warga yang mendengkikan isi dunia.
“Kau, kalau tak suka pun pada orang atas kita, kau tak boleh doakan mereka begitu”
“Tak bau syurga kalau kau tak sempat minta maaf dekat orang yang kau kata”
“Mak bapa kau tak ajar kau jadi manusia kah ? Kasihan ”
“Kalau aku jumpa kau di luar, patah seribu badan kau , budak !”
Dia telah mula dibelasah hebat dengan makian secukup rasa dan kutukan berhari-hari lamanya . Dan kini dia rasa dia perlu berundur .
“Nama saja kot, mereka ni nampak sangat tak baca previous tweet aku, nampak sangat tak baca blog aku !” Merah matanya mengadu  . Sebenarnya blog dia di ambang kejayaan , sana-sini orang menantikan hasilnya penulisan menjadi buah tangan . Namun hanya sedikit salah faham, semua impiannya bakal padam.
Aku sendiri tak dapat bayangkan kalau aku ditempat dia. Nak menghadap muka mak ayah lagi, bukannya hati aku kental benar nak menghadapi serangan buli di alam siber ni.
“Bukan niat kau, lagipun kau tak salah, kau dah jelaskan ,bukan ?Apa nak difikir sangat” Aku memujuknya . Dia diam saja. Sedikit pun tak bersuara, air matanya hanya bergenang, ya, dia memang aku kenal sebagai seorang yang hati keras, tapi kali ini dia seakan tewas.
“Rid, aku minta maaf tak dapat join tulis buku tu dengan kau, sedangkan kita dah janji nak mulakan sama-sama , kan ?” Dia menyerah mudah .
“Eh,kita independent lah, kenapa pula kau tak dapat join ? Eh, aku tak fahamlah,kawan” . Aku pula yang tak sedap hati . Ini bukan Fir yang aku kenal, bukan .  Lain benar.
“Aku kecewa , aku terasa . Setakat sebelum ni orang kata penulisan aku dibayar pihak Cakerawala, aku dapat tepis. Orang kata penulisan aku ada unsur iluminati , gaya orang murtad, aku hadam sampai lumat . Bila orang label aku dengan nama haiwan , sebab menulis tak macam mereka nak, tak terkesan pun , aku buat tak nampak,. Tapi bila melibatkan mak ayah aku dikenali satu dunia, aku tak dapat terima . Menulis jadi perkara paling aku kesalkan dalam hidup aku !” Firash menghentak meja sekuat hati . Retak jam tangan biru yang dibeli dengan duit hasil iklan di blog kesayangannya itu.
Aku diam . Mana mungkin aku mendasari hati jejaka berwajah ala-ala Korea ini . Dia menelan sakit peritnya sendiri . Dan kali ini dia meluahkan tanpa sedikit pun memandang aku . Dia kemudian terus berlalu , ke arah kereta kancil birunya , dan memecut sekuat hati . Aku hanya mampu memandang dari jauh . Menggeleng kepala sendiri. Sudahnya aku perlu terus bergerak memperjuangkan penulisan dan puisi bebas bersendirian . Biarlah apa yang berlaku, perjuangan Firash perlu aku teruskan dengan dia – atau tanpa dia.
Aku membelek semula isi perut twitter dan blog dia, sepintas lalu memang aku hidu ada bau bau pemberontakan .Pemberontakan jiwa dia sendiri , yang kurang mendapat kepercayaan dari ibu kesayangan . Akibatnya dia menjadi seorang yang begitu defensif terhadap keputusan sendiri. Baginya dalam dunia ni tiada sesiapa pun akan memahaminya ,dan semua penulisan dia berbentuk hitam dan antogonis. Hujungnya kalau tidak mati dan bunuh pasti akan ada yang terkorban sendiri.
Dalam banyak-banyak penulisan tu, tetikus aku terhenti pada satu coretan .
Kawan Pinjaman
Kalau masa boleh dibeli, aku mahu beli semua.
Semua yang ada pada manusia lain pun, aku mahu.
Sebab kalau aku mati pun , aku tak kempunan,
Sebab aku dapat beli sesuatu
iaitu - masa dengan kamu.
Amboi si Firash ni, dalam diam ada benda manis yang terpahat di jiwa jejaka kasar berhati batu ini. Tiba-tiba menimbulkan persoalan kecil dalam minda aku, siapa gadis bertuah yang berjaya menerawangkan jiwanya. Yang lantas membuatkan aku teringat pada persoalannya waktu kami sama-sama singgah di Khizanat  tempoh hari .
“Rid, kau rasa lelaki macam aku ni ada orang nak tak ?” Persoalan si Firash ni betul-betul buat aku rasa nak demam. Seingat aku, dia ni bukan lelaki tipikal yang suka bercerita tentang perempuan dua puluh empat jam , malah hendak memandang wajah perempuan ketika berbual pun sangat susah . Almaklumlah adik beradik semua lelaki , dan dia juga dulu bersekolah agama, jadi dia membentuk jati diri malu kepada perempuan itu sangat utuh dalam jiwanya . Kagum juga aku mula-mula dapat tahu dulu .
“Muka kau macam Lee Kwang Soo, ramai saja orang suka, takut kau tu yang tak suka, kau kan cerewet ” .  Firash diam mendengar , dia memang tak layan buatan Korea, mana dia tahunya Lee Kwang Soo tu orangnya bagaimana . Aku main petik sahaja sebab tahu itu watak dalam Running Man yang adik aku paling gila.
“Tapi aku bukan nak perempuan yang minat kpop minat aku” . Dia membelek telefon yang berdinding kertaskan gambar ibubapanya .
“Oh, kau nak perempuan minat nasyid minat kau ya ?” soalan spontan aku membuatkan dia terus tertawa kecil . Persoalan itu dimatikan dengan secawan kopi panas.
_______________________________________
Kuat benar bunyinya . Aku rasa macam nak campak saja Samsung S4 tu ke dinding, tapi kalau rosak, mana mahu cari duit, itu pun hadiah dari salah seorang pembaca tegar blog aku . Aku terus menjawab panggilan itu, namun tak kedengaran apa. Mungkin perasaan paranoid aku sahaja. Jadi aku pun berkeputusan untuk menyambung lagi tidur barang seminit dua.
“Along.., bangun nak, tengahari dah ni” merdunya suara Puan Aini ni mengejutkan aku bangun , seakan menyuruh aku supaya tidur semula. Aku pun bingkas bangkit memandangkan aku perlu menyiapkan banyak kerja, terutama karya buku bertajuk ‘ Hitam Karat’ . Aku sudah menetapkan bila tarikh perlu hantar kepada syarikat percetakan . Dan yang pasti aku kena hasilkan yang terbaik bukan sahaja untuk pembaca blog Aksarium tapi juga demi semangat Firash, orang yang bertanggungjawab membuatkan hobi aku kini menjadi sebuah kerjaya .
Alhamdulillah, tak sampai tiga bulan , hashtag #HitamKarat jadi trending dekat twitter. Berkat promosi , sokongan dan doa ramai, buku tu terpaksa diulang cetak sebanyak lima kali . Tiada apa dapat ku gambarkan melainkan perasaan keterujaan aku bergelar penulis. Tidak pernah terlintas langsung , aku si pacal hina ini akan memiliki sebuah buku bertulisanku sendiri .
Dan aku baru teringat sesuatu, Firash ! Mana agaknya dia sekarang . Semenjak kejadian yang meruntuh jiwanya itu, aku langsung tak dapat berhubung dengannya, dia pun lama juga menyepi dari alam maya .
“Firash, kau apa cerita , lama tak dengar?” Sistem pesanan ringkas ku hantar itu tidak sampai ke pemiliknya. Aku cuba hubungi sekian kali, asyik gagal. Mungkin dia benar benar menjauhi semua sehingga menutup telefon bimbitnya.
Mungkin memang berjodoh, aku terserempak dengan Firash dua hari kemudian dekat Pavillion , keseorangan .
“Eh, Fir ! Jalan sampai tak nampak aku ya, kau ni !” Usikan itu membuatkan dahinya berkerut . Dia seakan cuba untuk mengelak. Namun dia memberhentikan langkahnya juga akhirnya.
“Rid ! Kau buat apa dekat sini ?” Tanyanya teragak-agak.
“Aku dating . Si dia pergi membeli-belah kejap ” Aku bersahaja. Dia memandangku pesimis, agaknya dia ingat orang macam aku ini takkan ada orang yang minat .
“Oh, bahagialah sekarang . Tapi tak nampak tanda-tanda berpunya pun dekat facebook dan twitter kau? ” Ayat si Firash ni membuatkan aku rasa nak hayun kepala dia dengan objek keras. Membahan aku , memang dia nombor satu .
“ Buat apa di cerita, bahagia kita rasa . Eh , apa jadi dengan kes engkau dulu tu, engkau sudah boleh menulis balik tak ni ?” Aku cuba bertanya perkembangan sahabatku seorang ni . Lama dia terdiam.
“Keluarga aku minta aku kurangkan penggunaan twitter, facebook. Tu aku jarang di sana. Lagipun aku susah nak dapat kekuatan menulis balik, kadangkala tulis panjang-panjang, aku padam semula. Aku jadi takut dengan penulisan aku sendiri”. Firash mula sudi memanjangkan perbualan kami.
“Kau ambil saja pengajaran . Kalau menulis lagi nanti, kena fikir kesan dan perasaan orang lain dulu. Jangan main taram saja, kau yang akan tanggung akibat ketidakpandaian kau nanti " Ayat aku itu terus merubah riak wajahnya. Lantas dia berpaling pergi dan menjerit kuat dari jauh ,
“Ahh! Kau sama macam orang lain, aku ingat kau kawan aku . Pergi matilah kau dengan kekasih kau !” Marah benar nampaknya dia, tapi kenapa pula nak sebut aku dengan kekasih aku , pelik benar. Sebenarnya dia tak tahu,  yang aku baru saja menipu .
_______________________________________
“Parit memang @#$%^&* !”
“Kau tak cukup perli aku depan depan , kau tulis dekat facebook, dasar !”
“Kawan lupa kawan !”
“Buku #HitamKarat kau sesuai dengan hati kau ”
“Aku tak tahulah kau kekal lama tak dengan kekasih kau “
Makin menjadi-jadi tweet si Firash ni . Semakin terobek-robek hati kecil aku . Dia lain benar semenjak jumpa haritu . Kalau dulu , ayat dialah penyejuk hati aku, sekarang rasanya dengar nama dia pun aku tak mahu . Aku cuma nasihat sedikit saja, tapi dibawa rasa sedihnya berhari-hari .
Dan hari tu , tiba-tiba senyap pula si Firash ni, mungkin kena limitasi, bagus juga, senang sedikit hati . Dengan rasa nakal, aku pun membalas salah satu tweet nya,
“Berbahagialah kamu dengan kawan pinjamanmu” .

ah~ha aku masih lagi bernafas
ah~ha aku masih tak duli kebas
ah~ha lihat aku yang tetap bangun kembali
kakimu tak cukup buat aku mati
Suara Fynn Jamal dan EMC Shaz terhenti . Tiba-tiba pula berbunyi setelah lama menyepi. Aku angkat .
“Woi Parit ! Mana kau tahu tentang kawan pinjaman tu ? Kau jangan cakap kau stalk aku , geli weh ! “Aku terjeda. Hilanglah macho aku kalau akau mengaku. Lagipun penulisan itu tak sengaja terlalu depan mata aku . Jadi kesimpulannya, aku tak akan mengaku.
"Gila lah kau Fir! Suka hati je tuduh aku kan? Aku terbaca lah. Blog kau kan popular " Aku mengelak. Sipi saja lagi .
"Itu cerita lama lah. Alang alang kau dah baca aku ada benda nak cakap ni" Tiba-tiba serius saja nada Firash al-Hatim ni .
"Penulisan tu untuk kau, sengal! " Ayat dia buat aku terkejut .
"Kau biar betul, kita kawan baik kan ? Kawan macam kau cakap- kawan pinjaman kan ?."Aku dalam penafian.
"Eleh kau ni Rid, aku suka kau , lama dah  !" Aku diam, lelaki ni betul-betul gila. Dia nak aku cakap apa agaknya . Yes, I do  ? Gila lah.
"Aku bukan apa Fir, aku memang sayang kau, tapi " Ayat aku itu dihentikan . Dia meminta aku memikirkannya dahulu . Firash memang muka jambu, tapi personaliti dia langsung tak nampak akan atau mungkin berminat dengan aku.
_______________________________________
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya ! Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ". ( Riwayat Muslim )
Aku diam sambil menangis. Aku yakin status facebook dia tiga hari lalu itu, ada kaitan dengan pengakuannya tempoh hari .  Maafkan aku, Firash . Aku masih dan mungkin tidak akan ada naluri itu - naluri mencintai lelaki baik macam kau . Aku bukan tidak mahu berubah cuma aku masih belum Faridah. Mungkin kasar aku ini akan terlembut juga, cuma aku tak tahu bila masanya . Maafkan aku kawan .


Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini