rss

Amir Syakir, begitu indah nama itu. Namaku membawa erti ‘Ketua Pengenang Budi’ arwah ayah yang mencadangkan nama itu kepada ibu. Ayah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dua tahun yang lalu. Aku masih ingat lagi kejadian itu terjadi semasa kami sekeluarga dalam perjalanan ke majlis perkahwinan setiausaha ayah, secara tiba-tiba sebuah lori dari arah bertentangan hilang kawalan bertembung dengan kereta Pedana V6 yang dipandu ayah. Aku pasrah kemalangan itu menyebabkan ayah menemui Ilahi tetapi aku bersyukur kerana aku, ibu dan satu-satunya adikku Nurin terselamat dari kemalangan itu. Kesan dada ungu luka itu masih aku rasai,aku kehilangan orang yang amat aku sayangai.

Setelah ayah pergi, hidupku berubah, wajahku yang kacak menjadi kegilaan ramai perempuan dan pengaruh rakan sebaya menyebabkan aku mula berjinak-jinak hidup berpoya-poya. Bagiku merokok,berjudi dan minum air kencing syaitan sudah lali dan sebati dalam diriku. Jika kehabisan duit aku akan menagih daripada ibuku, Datuk Aini Syakira. Segala permintaan aku dipenuhi ibu,maklumlah keluarga aku orang yang berada. Ibu terlalu sibuk mengendalikan syarikat ayah sehingga tidak punya masa untuk mengambiltahu masalah aku. Nurin cukup bertuah, ibu menghantarnya belajar ke sekolah agama selepas mendapat keputusan yamg cemerlang dalam UPSR. Sikap kami adik-beradik amatlah berbeza bagai langit dengan bumi. Nurin mengamalkan ilmu agama, aku…semakin hari semakin mengabaikankan agama, solat jangan la tanya hanya bila aku ada ‘mood’ sahaja.

Setiap hari aku ke sekolah tetapi bukan untuk belajar, tetapi hanya untuk berseronok. Mungkin juga kerana Ayu Sofia, gadis genit yang sungguh unik telah mengubahku. Dia berpindah ke sekolah dua tahun yang lalu mengikut bapanya bekerja di sini. Masih segar dalam ingatanku pertama kali bila Sofia masuk kelas bersama aku secara kebetulan,ketika itu suasana riuh-rendah bila ada yang mengusik bahawa Sofia adalah kekasihku. Air mukanya berubah merah membuat aku gelisah tiba-tiba.

‘Woi!!, kamu semua tak boleh diam. Pagi-pagi dah kecoh. Aku tak kenal siapa budak ni, yang sibuk nak gossip-gosip apa kes?,’ suara aku lantang memecah suasana riuh-rendah tadi.

‘Sabar la kawan, kami hanya bergurau,’ pujuk Khairul.

‘Bangun, selamat pagi cikgu,’ Ruslan menjalankan tugasnya.

‘Apa yang kecoh-kecoh tadi?,’ sudah saya tak mahu dengar lagi kamu bising, Aya Sofia ke mari, sila perkenalkan diri kamu’, panjang lebar Cikgu Norlida guru kelas aku bercakap.

Sofia bangun, langkahnya tenang, dia memperkenalkan diri. Begitu petah dia berkata-kata gayanya seperti seorang pemidato. Ada juga suara-suara sumbang yang bertanya mengapa namanya Aya Sofia kerana namanya begitu unik sekali, aku turut rasa juga ingin tahu.

‘Dulu ayah saya bekerja di Kedutaan Malaysia di Turki. Nama Aya Sofia di ambil sempena nama salah sebuah masjid di Turki yang sangat terkenal yang dahulunya berfungsi sebagai institusi keagaman ia itu masjid dan juga gereja tetapi hari ini ia berfungsi sebaga sebuah muzium dan senibina nya menerapkan unsur agama Islam dan Christian,’ kata Sofia sambil tersenyum.

Aya Sofia…cantik bukan namanya tetapi juga pada orangnya. Dia seolah-olah mendorong hatiku untuk berubah. Aku merasakan dialah bidadari yang tercipta untukku…Aya Sofia sudikah dikau menjadi pemaisuri hatiku…aku mula memasang angan-angan suatu hari Aya Sofia akan aku miliki.

‘Selamat pagi semua, tolong buat latihan di buku teks mukasurat 86, saya ada mesyuarat,’ pantas sahaja mulut Cikgu Rizal berkata-kata ikut serta dengan perlakuannya meninggalkan kami setelah selesai mencatat sesuatu di papan hitam. Suasana kelas yang sunyi bertukar menjadi riuh rendah dengan perkhabaran berita yang di sampaikan oleh Cikgu Rizal.

Bagi aku ini lah peluang untuk mendekati kekasih hatiku, aku mencuba nasib dengan menegurnya dengan baik, tetapi Aya Sofia bukan lah gadis yang ‘mesra alam’, ternyata dia sukar untuk dedekati. Setiap hari jika ada kesempatan aku akan tetap mencuba, pelbagai cara aku mengajaknya keluar tetapi semakin hari Aya Sofia hanya berdiam diri dan menjauhi aku.

‘Hai, Aya Sofia, boleh tolong saya tak? Saya kurang arif soalan Biologi dalam buku teks, boleh awak tolong ajarkan,’ aku menyuntum senyuman yang paling manis kepadanya.

‘Saya ada banyak kerja, kalau awak tak faham tanya lah Cikgu Rizal, maaf saya ada banyak kerja lagi satu tolong berus gigi dahulu sebelum bercakap dengan saya bau rokok awak tu kuat sangat’, Aya Sofia bangun ingin berlalu pergi.

‘Kenapa awak tak suka saya merokok ke?,’ aku menyoalnya.

‘Awak tanyalah mana-mana perempuan mestilah mereka tak suka kaum adam ni merokok. Merokokkan membahayakan kesihatan, saya ibaratkan mereka yang merokok tu hanya menunjuk-nunjuk je atau terpengaruh dengan ajakan rakan sebaya,’ Aya Sofia meneruskan kata-katanya ibarat kereta api meluncur laju.

‘Tapi saya tak merokok,’ aku cuba membohoginya.

‘Terang lagi nak bersuluh, awak ada bau rokok lah,’ Aya Sofia berlalu pergi, kata-katanya amat menusuk, aku bagai dipukul. Baiklah aku akan cuba berhenti merokok keranamu Aya Sofia.

Setiap hari aku cuba pelbagai cara untuk berhenti merokok tatapi aku tidak berjaya. Aku melayari internet untuk mendapatkan info tentang cara-cara berhenti merokok…arghh..sysah betul cara-cara tersebut. Pertama, cuba kurangkan merokok dalam sehari seperti contoh sebatang sehari, kedua banyakkan minum air dan mengunyah gula-gula getah dan yang ketiga lakukaan senaman atau aktiviti yang boleh melalaikan kita daripada merokok.

‘Aya Sofia, saya ada berita gembira,’ aku mengejar Aya Sofia.

‘Awak ni sihat ke tak? Awak Nampak pelik hari ini,’ berkerut muka Aya Sofia melihat aku.

‘Saya dah tunaikan janji awak, saya dah tak merokok dah,’ aku beguitu gembira dengan perubahanku.

‘Baguslah kalau macam tu, tapi saya tak pernah berjanji apa-apa dengan awak’

‘Tapi awak kan suka lelaki yang tak merokok, jadi saya tak merokoklah, saya memang dah lama sukakan awak, saya harap awak terimalah saya’

‘Maaf, saya tak boleh menerima awak, SPM kan nak dekat kita perlu fokus pada masa depan kita,’ Aya Sofia dengan mudah menolak permintaan aku Hati aku bagai dirobek, aku merasakan aku ditipu.

Selepas kejadian semalam, pergaduhan antara aku dan Aya Sofia banyak kali tercetus. Sikap aku yang panas baran tidak disenangi Sofia. Kami selalu berselisih faham tentang pelajaran dan hal yang remeh-temeh. Mujurlah ada Syawal rakan sepermainanku, dia selalu meleraikan pergaduhan kami.

Suatu hari aku ditahan oleh guru disiplin kerana merokok didalam tandas. Lembaga disiplin sekolah telah memberi amaran keras kepadaku.Selain itu,aku dirotan kerana bersikap kurang ajar terhadap beberapa orang guru. Beberapa hari kemudian, Syawal telah dijumpai dalam keadaan berlumuran darah di belakang bangunan sekolah. Suasana sekolah menjadi gempa dan tanda Tanya tentang orang yang terlibat bermain di kepala setiap para guru dan para pelajar ynag pasti hanya ak sahaja yang tahu. Aku tersenyum puas dendam sudah terbalas. Sanggup Syawal mengkhinati aku.

Pang!! Satu tamparan hinggap dipipiku. Perit….Aya Sofia!! Dia menampar aku. Aku malu, suasana kelas tiba-tiba sepi, dengan nada yang tinggi aku bertanya kepada Sofia mengapa dia tegar berbuat demikian.

‘Kura-kura naik perahu, pura-pura tak tahu pulak. Engkau yang belasah Syawal tempoh hari,mengaku saja lah. Sanggup engkau pukul kawan baik engkau sendiri semata-mata kerana sebatang rokok. Kawan jenis apa engkau ni hah!,’ suara Sofia hamper serak kerana separuh menjerit. Aku mengapai beg galas lalu beredar dari kelas, namun Aya Sofia menahanku.

‘Amir Syakir tolong lah berubah, engkau betul-betul dah rosak. Syawal buat begitu sebab sayingkan kau. Apa yang engkau dapat kalau belasah orang, hisap rokok, lawan guru, cakap melenting apa yang engkau dapat. Jiwa engkau takkan tenang kalau engkau terus begini,’ Sofia cuba menasihati aku.

‘Engkau boleh blah lah, nasihat aku konon. Tepi aku nak lalu. Suka hati aku la nak buat apa, engkau busy-body kenapa? Dah lama hidup. Tepi la,’ tolakkan aku begitu kuat sehingga mendorong Sofia tercium lantai. Esakkannya tidak aku fikirkan. Sekarang aku mahu pulang, tiada kenangan di sekolah lagi. Aku kehilangan segala kasih saying di mana sahaja, malang sungguh diriku ini. Aku menghidupkan enjin motorsikal dan memecut laju keluar dari kawasan sekolah. Fikiranku betul-betul bercelaru.

‘Abang, boleh Nurin Tanya sikit, betul ke dah lama abang merokok?’

‘Kenapa muka abang macam seorang perokok ke?’

‘Nurin tak kisah kalau abang merokok tapi janganlah minum arak. Walaupun hanya setitik abang minum air tu, hati abang akan hitam’

‘Mana Nurin tahu’

‘Itu tak penting yang penting abang insaf. Abang satu-satunya anak lelaki dalam keluarga kita, siapa nanti nak kendalikan perniagaan ibu bila ibu tua nanti’, Nurin menyambung kata-katanya.

‘Abang minta maaf, abang dah cuba menginsafi diri ini mencari di mana kesalahan abang tapi entahlah, abang tak boleh’

‘Janganlah abang minta maaf dengan Nurin. Minta ampun dengan Allah SWT, ibu dan guru-guru abang dan yang paling penting abang Syawal. Sebenarnya, dia yang beritahu Nurin tentang hal displin abang sehari selepas abang pukul dia. Masih tak terlambat Allah SWT masih menerima abang, Allah SWT maha pengampun lagi maha pengasih kepada hamba-hambanya,’ masih terngiyang-ngiyang nasihat adikku.

Aku terus memecut motosikalku, tiba-tiba sebuah kereta pacuan empat rodameluru dengan laju dan sekujur tubuh tercampak di bahu jalan,darah mengalir mewarnai rumput yang tumbuh meliar bersama debu-debu jalanan. Tragedi ngeri ini mengundang perhatian orang ramai. Walaupun parah tetapi aku masih bernafas.

Dua hari kemudian, persekitaran hospital agak sunyi sekali kerana pada waktu pagi para pelawat jarang kelihatan. Di satu sudut aku duduk keseorangan. Aku betul-betul menyesal dan berasa begitu bodoh tentang apa yang aku lakukan sepanjang 17 tahun aku hidup di dunia. Aku kehilangan kasih seorang ibu, guru-guru, dan sahabat baik kerana sikap aku. Derap tapak kasut ibu memecah lamunanku. Kini, aku benar-benar berdosa . Di dalam hati, aku berdoa agar ibu memaafkan aku.

‘Ibu maafkan Syakir, Syakir janji akan berubahdan mulai sekarang Syakir akan akan berusaha banggakan ibu. Syakir nak tebus dosa lalu,’ laju aimataku mengalir, aku sudah tidak pedulikan orang-orang di sekeliling.

‘Ibu ampunkan Syakir tetapi Syakir kena berjanji minta maaf dengan guru-guru dan kawan-kawan Syakir. Nurin tidak dapat dating hari ini sebab dia ada ujian di sekolah, Nurin kirim salam’

‘Assalammualaikum,’ serentak Sofia dan Syawal mendoakan kesejahteraan aku. Aku menjawab salam mereka. Agak lama aku berpelukan dengan Syawal dalam keadaan yang amat sayu dan pilu, hanya air mata yang mampu menceritakan segala-galanya. Keinsafan yang mula berputik dihatiku akan menjadi landasan untuk menempuhi hari-hari yang mendatang. Aku mahu melupakan semua itu dan mahu menjadi insan yang baru.

Sebulan berlalu, aku kembali ke sekolah berbekalkan semangat yang baru. Mujur ada Syawal yang menolong memberikan aku nota dan latihan sepanjang ketiadaan aku di sekolah. Guru-guru juga sudah memaafkan aku. Setiap tangan guru aku kucup tanda terima kasih kerana memberi ilmu kepada aku. Jasa dan pengorbanan mereka akan sentiasa aku kenang.

Aku, Syawal dan Sofia belajar bersama-sama untuk persediaan menghadapai peperiksaan SPM. Seperti biasa aku dan Sofia sering kali bercanggah jawapan , mujur ada Syawal menenangkan kami alamatnya akan tercetus perang dunia ke 3. Kadang kala aku rasa hairan melihat Sofia bersikap tegas atas pendiriannya tapi raut wajahnya makin comel jika dia naik angin…hahaha aku ketawa di dalam hati.

Kini peperiksaan SPM semakin hamper, segala ilmu dan peringatan daripada guru-guru akan aku sematkan di dalam dada tak lupa juga aku melakukan solat memohon agar di permudahkan segala urusan kepada yang maha Esa. Aku berjanji akan mengharumkan nama ibu, guru-guru, sekolah, agama, bangsa dan Negara. Cita-cita aku mengikut jejak langkah ibu akan ku gapai.

Sudah 3 bulan peperiksaan SPM berlalu, aku bersyukur kepada Ilahi kerana memberikan aku ketenangan yang belum pernah aku rasai. Kini aku hanya bertawakal kepadaNya.

‘Tahniah awak dapat 10 A+ Syakir,’ Syawal menghulurkan tangannya lalu aku menyambut mesra.

Congratulation, Encik Syawal, engkau pun apa kurangnya dapat 11 A+ lebih sikit daripada aku sebab engkau ini guru aku mana boleh anak murid lawan sifu,’ serentak kami ketawa.

Kami berjumpa guru-guru dan mengucapkan terima kasih atas ilmu yang mereka turunkan. Aya Sofia juga mendapat keputusan yang memberangsangkan. Ini lah detik yang paling bahagia bagi diriku.

‘Hah!! Berangan lagi!!,’ Syawal menepuk bahuku, aku tersentak daripada lamunanku. Kini, aku dan Syawal berada di UIAM memburu cita-cita masing-masing. Aya Sofia pula dapat tawaran biasiswa melanjutkan pelajaran di Hidayah Islamic College, Perth, Australia. Aku tersenyum kerana masih ada yang menyayangiku. Kasihku tiada akhitnya kepada ibu, guru-guru, Syawal dan mungkin jugs untuk Aya Sofia. Sekuntum senyuman tiba-tiba sahaja terukir di wajahku. Senyuman yang berbunga harapan.

Sekarang aku sedar bahawa percayalah yang hidup kita tak akan sia-sia jika kita melangkah ke jalan yang betul. Aku sudah hidup positif untuk meneruskan layar lakonan sebenar manjadi manusia yang baik dan terbaik. Terima kasih semua.


Atoknya nak minum teh, terpaksa la neneknya bancuhkan. Masuk dapur neneknya tengok susu dalam peti ais dah habis. Neneknya ambil tin baru, ketuk ketuk dengan pisau.

pap!

Satu lubang terbuka lepas neneknya ketuk belakang pisau. Sewaktu hendak menuang susu pekat manis ke dalam cawan tiba tiba, secara magisnya tin susu pekat manis tersebut berasap ungu. Lalu keluarlah seekor pari pari comel dengan kepak cantik yang diperbuat daripada susu pekat manis berterbangan mengelilingi neneknya.

Sambil bernyanyi, si pari pari menerangkan pada neneknya yang dia terperangkap dalam tin susu tersebut sewaktu sedang bermain main di kilang susu nun jauh di utara kampung. Adalah dalam lima purnama dia bermaustatin dalam tin susu tersebut sampai telah bersebati tubuh badannya dengan susu pekat manis. Jadi disebabkan neneknya telah membebaskan pari pari, maka berhak lah neneknya sekeluarga mendapat satu permintaan khas sebagai ganjaran. Minta lah apa sahaja.

Neneknya angkat jari tengah dan mengatakan farkyew kepada pari pari tersebut. Kata neneknya, sepatutnya keluar jin, bukan pari pari. 68 tahun neneknya hidup, tak pernah dengar langsung dongengan pari pari menunaikan permintaan. Pari pari cuma tersenyum, katanya jin sekarang sudah pupus, banyak yang berlakon iklan tv. Minta lah cepat, nanti terlambat.

Selepas menarik nafas tiga kali, neneknya mohon pari pari jadi susu pekat manis kembali.

"aku nak buat teh pun tak senang"

Dada Pak Mud semakin bergelombang dek sesak nafas yang panjang. Ada kata yang mahu disampaikan. Dalam lelah itu, butiran tentang apa yang ingin di-
sampaikan itu tidak jelas. Bidin memandang seraut wajah tua itu dengan
penuh sayu. Kasihan abahnya. Terlalu seksa rasanya melihatkan dia mencungap
menahan nafasnya yang tidak reda-reda. Selama cungap itu juga, Bidin tidak
berganjak dari pembaringan ayahnya.

"Maafkan Bidin abah. Bidin mintak maaf banyak-banyak. Halalkan
makan minum Bidin abah.." Dalam tersekat-sekat Bidin bersuara.

Abahnya yang tercungap itu hanya mampu mengangguk mengiakan permintaan Bidin. Bidin sambil mengurut dada abahnya memandang seluruh inci tubuh yang telah bertahun menjaga dan menyara dia dan keluarganya dengan perasaan yang berbaur.


Tubuh kuat itu sudah lama berkorban untuk Bidin sekeluarga. Tulang empat
keratnya telah merasa semua pahit getir bagi memastikan seluruh isi rumah
itu tidak kelaparan. Kedut di setiap inci kulitnya menggambarkan kerja kerasnya
selama ini. Gelap kulit itu menceritakan peritnya dia menerima panahan
mentari demi Bidin sekeluarga. Tangannya yang kasar itulah yang merencahkan
segenap isi alam menyara hidup mereka anak-beranak. Begitu kasih seorang ayah,
sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga tercinta. Biar pahit di telan jua
asal manis penangannya buat keluarga. Namun tubuh itu kini bertarung hebat di
saat terakhir umurnya.

Pak Mud masih lagi mencungap. Bidin bersama kakak dan ibunya setia di sisinya.
Pak Mud memandang Mak Leha tanpa sebarang kata. Melihatkan
pandangan itu, Mak Leha terus menitiskan air matanya. Dia tahu suaminya itu
tidak akan lama lagi. Perasaan sayu yang lahir dari dalam hatinya itu
terbit bersama air mata yang bercucuran sambil pintanya diampunkan segala
salah dan silap serta dihalalkan segala-galanya. Mak Leha lalu merebahkan
dirinya memangku Pak Mud. Empat mata yang bertentang itu mengundang rasa pilu yang amat pada Bidin. Dua hati yang dulunya sama-sama bersengkang mata,
berpenat lelah dan juga meredah payah dan jerih bersama mungkin sahaja
berpisah hari itu. Bidin tidak lagi sanggup melihat kedua orang tuanya itu saling
berpandangan dan menatap satu sama lain. Begitu kuat ikatan yang dimeterai, hingga ke akhir hayat mereka menyatu. Berat di mata, berat lagi di hati Bidin
menyaksikan keakraban yang bakal berpisah itu. Tidak mampu menghadapi pandangan
itu, dia menunduk lalu berguguran lagi air matanya yang belum pernah semurah itu.

Adik beradik abahnya semuanya ada di situ. Bacaan Yassin tidak putus-putus
kedengaran. Air mata Pak Mud yang mengalir Bidin kesat. Wajah orang tua itu
dipandang penuh hiba dari hatinya yang meraung. Didakapnya penuh erat abahnya
itu menggambarkan kasihnya sebagai seorang anak melepaskan rasa kasihnya yang
membuak. Dalam pelukan penuh kesyahduan itu Bidin mula dibayangi peristiwa-
peristiwa lalu bersama abahnya. Abahnya itu seorang yang tegas. Setiap katanya
mana mungkin mampu disangkal mana-mana adik beradiknya. Terkadang dia tidak
senang dengan cara abahnya. Namun dia sedar kerana itulah dia mampu berjaya
melanjutkan pelajarannya dan kakak serta abangnya kini sudah berjaya.
Ketegasannya mendidik menjadikan Bidin dan adik beradiknya yang lain lebih
berdisiplin. Bidin amat bersyukur dan bangga mempunyai seorang ayah sepertinya
yang mampu mencongak masa depan yang lebih baik untuknya.


Subuh itu menjadi sangat sunyi. Kokokan ayam tidak seriuh biasanya.
Sesak nafas Pak Mud masih belum reda. Namun
Pak Mud masih cuba melafazkan kalimah suci Lailahaillallah.
Adik-beradik Bidin yang lain masih dalam perjalanan pulang. Bacaan Yassin silih
berganti. Bidin juga sempat menghabiskan beberapa kali surah itu biarpun
tersekat-sekat kerana tangisan yang ditahannya. Hari makin cerah mengganti
kegelapan sebelumnya dibayangi kabus pagi.

Seketika Nafas Pak Mud kelihatan semakin reda namun matanya layu. Air matanya  mengalir perlahan. Mak Leha cuba menggerakkan tubuh Pak Mud sambil mengajuknya mengucap kalimah syahadat. Namun tiada sebarang tindak balas. Matanya tidak lagi memandang mereka yang ada di situ. Mereka yang ada di situ saling berpandangan  sesama mereka. Mungkin mereka juga ada merasakan sesuatu.Sesuatu  yang pasti  akan berlaku. Bidin yang ada disisi abahnya menunduk  ke telinga sambil melafazkan kalimah syahadat. Namun tubuh yang telah  lama bergelombang tadi hanya tenang dengan nafas yang sangat perlahan. Mata Pak Mud tertutup rapat. Tiada lagi desakan nafas untuk dihembus. Bidin
merebahkan mukanya ke muka abahnya. Dikucupnya raut wajah abahnya yang kian  pergi itu. Dia pasrah dan redha akan ketentuan itu dan dia juga tahu tiada
sesiapa mampu menghalangnya. Air mata hibanya mengalir laju saat abahnya
menghembuskan nafas terakhir. Bidin memeluk erat sekujur tubuh itu. Jauh
di lubuk hatinya dia sedar bahawa ayahnya sudah jauh dan hanya jasadnya sahaja
yang tinggal. Tidak tergambar lagi kesedihan yang dirasainya ketika itu.
Seluruh jiwa raganya merintih dan rebah di situ. Pergi abahnya tiada gantinya.
Mak Leha juga tidak terkecuali. Pemergian Pak Mud satu turut membawa hatinya
yang telah dikongsi bersama sepanjang hidupnya. Mereka yang ada di situ turut
menitiskan air mata melihatkan mereka anak beranak meratapi pemergian orang
tersayang.


**Didedikasikan untuk abah..Semoga aman di sana dan ditempatkan di kalangan
orang yang beriman...Al Fatihah..






" Tolong lupakan saya, Arman. "

" Tapi kenapa ?! Kenapa awak berubah sejak kebelakangan ini ? Mana janji awak hendak bersama saya dulu ? " balas Arman.

" Maafkan saya " Diyana terus berlalu meninggalkan Arman bersendirian di restoran.

*********

" Betul ke apa yang aku buat ni? Betul ke aku tak cintakan Arman? Mungkin ini jalan yang terbaik. Tak apa aku sendiri boleh menjaga bayi dalam kandungan ini. Aku tak perlukan pak sanggup untuk menyembunyikan apa yang terjadi. " Diyana memujuk dirinya sambil mengusap lembut perutnya. Bukan ini yang dia mahukan, tapi dia terpaksa membuat keputusan ini.

Secara tak semena fikiran gadis itu jauh menerawang pada malam kejadian.

" Pergi !! Apa yang kau mahu ? Kau mahu duit ? Nah ambil ! " jerit Diyana sambil menjauhkan diri dari lelaki durjana itu.

" Sudah lama aku menantikan saat ini Yana. Kau terlalu sombong, tak pernah menghiraukan aku. Apa yang ada pada Arman" lantas lelaki itu mencengkam tangan Diyana lalu meletakkan pisau diurat lehernya.

" Aku takkan lepaskan kau kali ini sayang!!" bisik Si Durjana itu kemudian merentap kasar baju kurung Diyana.

“ Tolong ! Lepaskan aku ! "

*********

" Kau buntingkan anak siapa ni Ana !! Sejak bila kau jadi perempuan sundal ni ! Siapa jantan tak guna tu ? Biar aku tetak dia hidup-hidup !!

" Ni anak Ana ayah. Ana bukan lakukan benda terkutuk macam yang ayah fikirkan. Bukan ayah ! " teresak-esak Diyana menjelaskan kepada Dato' Kamal, Datin Serina hanya membatukan diri di tepi suaminya dan kadang kala mengesat air mata yang mengalir di pipi.

Pangg !! Tak semena satu tamparan hinggap di pipi gadis malang itu. Terjelopok Diyana di sudut almari, kepala terhentak bucu almari tersebut. Darah merah mengalir dari luka. Diam kaku. Tubuhnya tidak bergerak.

" Telifon ambulans Kak Jah !! " Datin Serina menjerit meminta pertolongan pembantu rumah mereka.

*********

" Maaf, kandungannya tidak dapat diselamatkan. Tapi boleh tanya sesuatu pada Dato' dan Datin ? "

" Silakan."

" Ada Diyana memberitahu pada Dato' dan Datin yang dia dirogol tiga bulan lalu ? Sebab saya lihat dari luka didahi dia, seolah-olah dia tersentak dengan sengaja."

" Dirogol ?! " Dato' Kamal tersentak mendengar penjelasan dari Doktor Rahim. Dia tak menyangka yang anak kesayangannya yang baru ditampar tadi sebenarnya dirogol. Ya ALLAH, apa yang telah aku lakukan pada anakku.

" Ya, Diyana dirogol. Pihak polis masih mencari lelaki yang merogol dia. Dato' dan Datin bersyukur kerana dapat anak seperti Diyana kerana dia masih berfikiran waras tidak mahu mengugurkan kandungannya, walaupun ianya kandungan yang dia tidak rela. Baiklah, Dato' dan Datin boleh masuk melawat Diyana, tapi tolong jangan bagi pesakit tekanan dengan pertanyaan yang tidak dapat dia jawab "

Doktor Rahim berlalu pergi meninggalkan Dato' Kamal dan Datin Serina dalam keadaan termanggu-manggu

Pintu bilik 3-5 dikuak perlahan, Dato' Kamal ingin memastikan yang Diyana tidak terjaga. Ditenung wajah anak kesayangannya itu, pipi yang baru saja ditampar tadi diusap. Tak semena-mena air mata jantannya mengalir.

" Sabarlah, Ina. Abang yakin polis mesti jumpa lelaki tak guna tu." pujuk Dato’ Kamal sambil mengusap lembut bahu Datin Serina.

" Ina tak sangka benda ni terjadi pada anak kita. Apa salah Diyana ? Setahu saya Ana tak pernah bermusuh dengan sesiapa.

“ Abang akan pastikan jantan binatang tu akan dapat hukuman yang setimpal ! " itu janji dia pada dirinya setelah apa yang terjadi pada puteri kesayangannya.

*********

Selepas seminggu Diyana keluar dari hospital, dia mendapat berita gembira dari pihak polis. Faris Si Durjana telah berjaya ditangkap dikampung halamannya dan mengaku bersalah akan perbuatan dia pada Diyana. Pihak mahkamah juga berjanji akan menjatuhkan hukuman yang setimpal kepadanya.

Lega hati Diyana kerana kecekapan pihak polis mencari dan memberkas Faris, setelah tiga bulan setengah melarikan diri. Tapi disudut hati kecilnya, terasa kesal kerana zuriat yang telah gugur walaupun hasil dari ketidak relaan hatinya.

Tak semena air mata yang laju mengalir pantas diseka perlahan oleh Arman. Malam ini, ibu Arman menjemput Diyana sekeluarga makan malam bersama mereka sekeluarga di Villa D’ Garhayu.

" Kenapa sayang menangis ? Sayang fikirkan apa lagi ? ”

“ Saya dah tak punya apa lagi nak persembahkan untuk awak ”

“ Sudahlah sayang. Lupakan semua tu. ”

“ Saya kotor. Saya tak suci dah. Saya tak sesuai untuk awak ”

“ Awak mungkin kotor dimata orang lain. Tapi dimata saya, awak tetap bersih. Hati awak tetap suci bagi saya. Awak permata hati saya. ” lembut tutur Arman. Arman menarik tangan Diyana supaya mengikut dia ke sudut hadapan laman Villa Tan Sri Mukhriz.

“ Will you marry me sayang ? Please don’t say no ” Arman menunjukkan muka sayunya, sambil berlutut dan bersama kotak cincin dipersembahkan kepada kekasih hati.

“ Apa semua ni awak ? Bunga ? Cincin ? Saya tak faham ” Terkejut dalam terharu Arman melamar dirinya dengan bunga-bunga mawar segar dibuat mengikut bentuk hati diatas rumput .

“ Saya nak awak jadi ratu hati saya selamanya. Saya nak awak jadi umi kepada anak-anak saya ”

“ Saya setuju. ” menitis air mata terharu jatuh mengalir dipipi.

*********

Suasana perkarangan lobi hotel sangat meriah, riuh dengan suara dari mulut para undangan yang dijemput hadir ke majlis perkahwinan merpati dua sejoli iaitu Cahzlin Diyana bt Dato’ Kamal Irsyad dan Haiqhal Armand b. Tan Sri Muhkriz Aziz.

Dari jauh, para jemputan semua dapat melihat raut wajah gembira pasangan raja sehari sedang bergambar. Pasangan yang secocok dan amat romantis sekali.

“ Malam nanti jangan lupa pakai baju seksi jururawat yang abang hadiahkan semalam ya ? ” bisik Armand perlahan di cuping telinga isterinya ketika sedang mengaksikan pose yang jurugambar mahukan.

“ Gatallah abang ni !” pantas jejari runcing Diyana mencubit peha Arman. Arman merangkul pinggang Diyana dan menghadiahkan kucupan mesra dipipi tembam isterinya.

" Okay stay posing macam tu ! " Klik. Foto kandid comel berjaya dirakam kaku oleh kamera Nikon milik jurugambar tersebut.

Cinta mereka terus mekar bak bunga mawar merah. Tak pernah layu mahupun surut dihati kecil. Malah makin segar cinta sejati apabila dikurniakan zuriat sepasang kembar. Moga terus cinta abadi kekal selamanya. Amin.



TAMAT


Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini