rss

"Ya Allah, Ya Tuhanku…
Ampunilah segala dosa-dosaku,
Dosa kedua ibu bapaku,
Guru-guruku serta seluruh umat Islam.

Ya Allah,
Kau bukakanlah pintu hatiku,
Kurniakanlah NurMu kepadaku dan janganlah Kau palingkan hatiku setelah Engkau berikan pertunjukMu kepadaku.
Berikanlah aku sifat-sifat mahmudah menggantikan segala mazmumah dalam diriku ini, Ya Allah.
Lindungilah aku dari gangguan syaitan yang direjam,
Lindungilah aku daripada melakukan maksiat dan peliharalah aku daripada azab api neraka.

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau zat yang Maha Besar, Maha Agung,
Kau mengetahui segala yang tersurat dan tersirat.
Oleh itu, Kau ketemukanlah aku dengan lelaki yang boleh membimbing daku ke jalanMu,
yang mempunyai cinta mendalam terhadapMu agar saja kami bisa mengemudi bahtera kasih kami dalam redhaMu.
Dalam usia yang menginjak dari hari ke hari ini Ya Allah,
Aku memohon padaMu temukanlah aku dengan jodohku.
Aku sudah berusaha dan aku kini redha dengan ketentuanMu.
Aku serahkan segalanya padaMu, Ya Tuhanku.
Sesungguhnya Engkau mendengar rintihan hatiku, Maha Suci Allah… Amin…"

Amyra Najwa meraup wajahnya dengan tapak tangan yang berlapik telekung sekaligus menghapuskan sisa mutiara di tubir matanya. Dia lega. Sesungguhnya ketenangan yang diperoleh itu tidak dapat diluahkan dengan bait kata. Baginya, ketenangan seusai solat tidak dapat ditandingi.

Amyra memohon supaya dipercepatkan jodohnya. Umminya sudah mula bising kerisauan melihat anak gadisnya yang bakal berusia dua puluh lapan tahun itu tidak berteman. Sambil melipat telekung, memori Amyra tiba-tiba tersangkut pada situasi di pasaraya minggu lepas. Seorang lelaki lengkap berkemeja dan bertali leher sedang merenungnya ketika dia leka memilih sayuran. Waktu bola mata mereka bertaut, lelaki itu menghulurkan sejuring senyuman. Manis! Namun Amyra tidak membalasnya. Cepat sahaja kepalanya dihalakan ke arah lain. Bimbang membalas senyuman orang yang tidak dikenali. Zaman sekarang tidak boleh sembarangan senyum. Takut lain pula jadinya.

Awal pagi itu, Amyra menyiapkan sarapan ringkas untuk dirinya sendiri. Roti bijirin penuh bersama tuna dan dilengkapi segelas jus epal tanpa gula. Sambil menikmati hidangan, dia terkenangkan kampung halaman yang sudah hampir dua bulan tidak menjilat tapak kasutnya. Kicauan merdu Sang Pipit di bukit kecil belakang rumah menggamit kenangan. Lama benar rasanya suara itu tidak menjamah gegendangnya. Deru sungai di hujung kampung yang seringkali menjentik ide untuk menyiapkan karya puisinya serasa begitu dekat di hati. Tatkala seluruh isi alam lena dihayun mimpi, Amyra bangun mengerjakan tahajjud. Kemudian dia berwirid panjang. Setelah mengaminkan doa, dia lantas menolak daun tingkap membiarkan bayu memeluk dirinya erat. Berteleku di situ mencari ilham baru disamping menghayati sinar dari langit. Baginya, lukisan alam yang dihiasi corak bintang serta melodi dari cengkerik amat indah dan sempurna buat malam. Saat itu, Amyra terkapar dalam lautan rindu pada kampungnya.

Jika diikutkan hati, setiap hujung minggu Amyra mahu pulang. Namun semuanya tidak semudah itu. Kerjanya yang tidak menentu menjadi alasan setiap kali umminya di kampung bertanya. Bukan dia sengaja beralasan tetapi itulah hakikatnya. Lorong yang dipilihnya sendiri dengan restu keluarga. Dia sengaja menjerumuskan dirinya ke lembah itu walaupun dia tahu ia langsung tidak ada kaitan dengan kursus yang dipelajarinya ketika menuntut dahulu. Kecintaannya pada bidang itu diuli dengan sedikit sifat belas kasihan serta tanggungjawab pada generasi sendirilah maka lahirnya Sinar Iman. Sesungguhnya Amyra Najwa amat bersyukur dengan kelahiran itu.

Enjin Myvi merah itu mula mengaum selepas Amyra mengunci pagar rumah. Dia harus cepat. Ada temu janji dengan klien yang harus dipenuhi. Amyra tidak suka membiarkan kliennya menanti. Kerja sepertinya memang perlu pantas. Silap perhitungan, kliennya akan beralih ke pusat lain. Amyra tidak mahu semua itu berlaku. Bukan duit yang difikirkan. Sebaliknya, Amyra sekadar hendak melihat sejauh mana potensi Sinar Iman di mata masyarakat. Namun sesekali dia sedar bahawa tidak semua yang berlaku adalah seperti yang kita harapkan. Amyra tersenyum sendiri sambil matanya terus membelah kesibukan jalan raya.

Amyra merapikan tudung hijau muda di kepalanya. Dia membelek dirinya sekilas pada refleksi kaca panjang yang tergantung pada dinding pejabatnya. Dia tersenyum sendiri apabila agak berpuas hati dengan penampilannya pagi itu. Dia tampak berkaliber dalam busana muslimah yang digayakan. Jubah moden hijau muda dilapisi dengan kain jarang berwarna hitam dengan sedikit potongan serong pada lengan dan kaki jubah menampakkan busana itu begitu menarik. Sedikit eyeshadow berwarna hijau muda yang disapu pada kolopak mata menaikkan seri matanya yang tersedia dengan alis lentik. Pewarna bibir merah ceri yang dioles nipis melengkapkan lagi penampilannya. Sempurna! Sekuntum senyuman dihadiahkan buat cermin itu persis mengucapkan terima kasih. Amyra berpusing sekali lagi untuk melihat dirinya buat kali terakhir. Selepas itu, cepat-cepat dia menyusun langkah menuju ke meja kerja, menyediakan apa yang patut untuk kliennya sebentar nanti

"Masuk!" Syuhada yang tampak manis dengan kebaya moden itu pantas mengatur langkah merapati meja Amyra. Seorang wanita dan lelaki muda serta seorang remaja perempuan membuntuti Syuhada. Selepas memaklumkan sesuatu, Amyra menjemput tetamunya duduk.

"Saya Amyra Najwa bt Azhar, pengasas Sinar Iman. Cik ni…"
"Aisyah Hanani, panggil saja Hana. Lebih mesra. Ini suami saya, Zafrul dan ini adik ipar saya, Zulaikha," tutur wanita itu dengan senyum ramahnya. Terpegun Amyra melihat watak yang begitu tenang riaknya. Senyumannya amat memukau sekaligus menghalau resah yang bertamu di hati. Pasti kliennya kali ini mudah dibawa berunding. Amyra mengangguk dan tersenyum sambil jemarinya menari mencatat butiran pada satu borang.

"So, apa masalahnya ni?" Amyra membuka bicara sediplomasi mungkin.
Aisyah Hanani menceritakan perihal adik iparnya itu dari A sampai Z. Zafrul hanya mendiamkan diri dan mengangguk. Sesekali dia menyampuk, menambah apa yang diperkata oleh isterinya. Zulaikha kaku tanpa perasaan di hujung sofa jingga. Dia buat tidak endah sahaja. Amyra masih fokus pada pasangan tersebut sambil tangannya masih lincah mencatat apa yang dirasakan patut. Agak lama juga mereka bercerita dan Amyra masih setia mendengar dengan semangat yang berkobar untuk membantu Zulaikha.

"Baiklah, Hana, Zafrul. Rasanya akak sudah faham masalah Zulaikha. InsyaAllah, kami di Sinar Iman akan membantu setakat yang terdaya," ujar Amyra dengan senyum manis.

"Terima kasih, Kak Myra. Kalau ada apa-apa hal terus hubungi kami ye. Nombor telefon Hana dah tinggalkan pada Syuhada tadi." Amyra mengangguk. Dia lebih senang berurusan dalam keadaan yang tidak formal. Cukup dengan panggilan nama sebagai pengganti diri. Tugasnya memerlukan suasana yang santai tanpa tekanan bagi memudahkan proses yang selanjutnya.

Amyra menghantar Hana dan Zafrul ke kereta selepas dua wanita itu bersalaman. Zulaikha ditinggalkan di Sinar Iman untuk tindakan Amyra. Sinar Iman adalah sebuah rumah perlindungan bagi remaja yang bermasalah. Namun begitu, tidak semua remaja bermasalah akan diterima masuk. Sinar Iman hanya membantu remaja yang mempunyai masalah sosial dan belum terjebak dengan seks. Ada juga sesetengah kes di mana remaja yang pernah melakukan hubungan berlainan jenis akan diterima dengan syarat remaja itu harus melakukan beberapa ujian. Hal ini adalah untuk memastikan tidak ada benih bayi yang tersemai dalam rahim remaja tersebut di samping melihat tahap kesihatan diri mereka. Setakat ini Amyra belum mampu untuk membela remaja yang mengandung dan sudah dijangkiti HIV dan AIDS.

Amyra tahu bukan sedikit kesabaran yang diperlukan untuk mendidik remaja bermasalah ini. Oleh sebab itu dia bermula dari bawah. Bermula dengan remaja yang mempunyai masalah sosial sahaja dahulu. Lagipun, Sinar Iman baru sahaja tiga tahun bertapak. Belum cukup mantap untuk menampung segalanya. Biarlah segalanya dimulakan secara berperingkat. Agar hasilnya nanti tidak mengecewakan. Zulaikha telah dihantar untuk sesi kaunseling sebagai permulaannya. Selepas dua jam nanti barulah dia akan dihantar ke kamarnya yang juga menempatkan beberapa orang remaja lain.

Amyra termenung di bangku panjang menghadap tasik. Dia teringatkan mimpinya. Seorang lelaki berkemeja lengkap dengan tali leher melamar Amyra menjadi permaisuri hidupnya. Amyra tidak tahu siapakah gerangan manusia itu. Lirikan mata yang sempat ditatap dalam mimpi semalam tidak cukup untuk menjelaskan siapa dia. 'Ah! Usah difikirkan sangat. Bukankah mimpi itu mainan tidur? Mana mungkin ia menjadi kenyataan.' Amyra cuba memadamkan ingatan tentang lelaki misteri tersebut untuk membuang resah yang mula menjentik tangkai hatinya. Dia tidak mahu fikir lagi. Cepat-cepat dia menyedut sisa minuman dalam kotak lantas bersedia untuk pulang.

Ketika mengundurkan kereta, Amyra terperanjat! Dia ternampak lelaki di pasaraya dahulu dalam cermin pandang belakang. Rupa-rupanya lelaki itu sudah memerhatikan kelakuannya dari mula hingga dia menapak masuk ke kereta. Lelaki itu tersenyum kepadanya dan seperti dahulu juga, senyuman itu masih tidak kurang perisanya. Manis sekali. Amyra mula khuatir. 'Punyalah besar tempat ni tapi dekat sini pun boleh terserempak.' Pelik! Sebagai langkah berjaga-jaga, Amyra menekan satu butang di sisinya lalu kesemua pintu terkunci. Tanpa membuang masa, dia memecut keretanya dan lemas dalam kesesakan trafik.

Amyra memeriksa mail box Sinar Iman. Banyak email yang diterima dan kebanyakannya adalah daripada ibu bapa dan keluarga remaja yang pernah menetap di situ. Ada yang mengucapkan terima kasih dan mendoakan kejayaan Sinar Iman. Namun tidak kurang juga yang memberi tindak balas yang negatif. Amyra tidak kisah. Baginya semua itu harus diambil kira sama ada positif atau negatif. Masing-masing mempunyai pendapat mereka sendiri. Tidak semua remaja yang dibentuk di Sinar Iman akan mengamalkan apa yang diajar selepas pulang kelak. Malah, Amyra sendiri tidak dapat memberi jaminan bahawa remaja di bawah jagaan Sinar Iman ini tidak akan kembali kepada perangai lama selepas tempoh mereka menetap di sini.

Sambil membalas email itu otak Amyra mengembara. Dia teringat zaman awal remajanya. Dia pernah bertukar cerita dengan seorang teman yang dikenali menerusi alam maya. Mereka tidak pernah bersua. Hanya email menjadi penghubung. Salah satu sebab mereka terus berkawan adalah kerana mereka mempunyai kebolehan yang serupa. Mereka turut berkongsi sebahagian minat dan impian yang sama. Malah temannya itu pernah berjanji untuk bekerjasama dengan Amyra membuka sebuah pusat perlindungan remaja bermasalah satu hari nanti. Amyra sebenarnya tidak kisah sangat sama ada dia menunaikan janji itu atau tidak. Yang paling penting adalah persahabatan mereka.

Kini, selepas masing-masing mendapat tempat di universiti, semakin jarang mereka berkongsi cerita. Baik Amyra mahupun temannya, kedua-duanya mendiamkan diri. Tambahan pula, temannya itu melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana mengikuti ibu bapanya yang mencurahkan khidmat di negara asing. Baru Amyra teringat. Dia sudah lama tidak membuka mail boxnya sendiri. Asyik dengan Sinar Iman sehingga tiada masa untuk ruang peribadinya. 'Entah-entah ada email darinya. Tapi, ah! Tak mungkinlah.'

"Assalamualaikum…" Seorang gadis terus sahaja masuk dan melabuhkan punggung di hadapan Amyra tanpa menanti salamnya disambut. Wajahnya masam mencuka. Muncungnya panjang sedepa. Amyra tergelak kecil melihat gadis itu.

"Kenapa ni, Ika? Bergaduh dengan siapa lagi hari ni?" soal Amyra dengan suara yang lembut setelah menjawab salam dalam hati. Dia memandang Zulaikha dengan penuh kasih seorang kakak.

"Midah tu, Kak Myra. Dia cakap Ika tak pandai buat kuih. Dia cakap lagi Ika ni kaki bangku sebab tak pandai guna mesin jahit tu. Benci la kak. Dia selalu kutuk Ika," adunya dengan wajah tidak puas hati. Kepalanya tunduk sahaja. Amyra menahan gelak mendengar simpulan bahasa yang digunakan oleh Midah pada tempat yang salah itu.
"Midah tu memang macam tu. Tapi hatinya baik tau? Mungkin sebab Ika baru lagi di sini, jadi Ika rasa tidak selesa. Perlahan-lahan la, nanti lama-lama mesti okey punyalah. Percaya cakap akak." Amyra cuba memujuk. Namun, tiada respon dari gadis tinggi lampai itu. Amyra bangun mengambil tempat di sebelah Zulaikha. Dia menarik tangan gadis itu dan menggenggamnya.

"Ika, pandang akak. Kalau betul Ika tak pandai buat kuih, akak boleh ajarkan. Pasal mesin jahit tu pun akak boleh mintak Mak Yam tolong tunjukkan kat Ika macam mana nak guna. Ika tak payah la risau. Lama-lama nanti mesti Ika mahir buat semua tu." Amyra memandang tepat ke arah gadis itu. Zulaikha sudah boleh dijinakkan. Tidak seperti ketika dia mula-mula ditinggalkan di Sinar Iman dahulu. Bukan main dia mengamuk jika ada sesiapa yang memanggilnya 'Ika'.

Dia lebih suka panggilan 'Zul', tampak berani katanya. 'Ika' terlalu lembut baginya. Tapi kini tidak lagi. Dia sudah mula selesa dengan 'Ika'. Tiba-tiba Ika memeluk Amyra. Amyra tersenyum mengucap syukur dalam hati. Sambil itu tangannya mengusap lembut kepala Ika.

"Jom, kita tolong kawan-kawan buat kuih," usul Amyra. Ika meleraikan pelukan dan lantas matanya menjilat keseluruhan wajah bujur sirih itu. Dia tersenyum sambil menarik tangan Amyra.

Amyra memerhatikan Midah menggoreng donut dalam kuali. Ada gaya. Patutlah dia selalu sahaja mengejek Ika. Amyra merapati gadis itu. Sudah hampir satu tahun Midah dalam jagaan Sinar Iman.

"Midah, nanti dah siap semuanya angkat masuk dalam kereta akak okey?"

"Yelah. Kak Myra, hari ni lebih sikit kuihnya. Semalam Kak Mai restoran tu mintak buat lebih sebab selalu je tak cukup. Pelanggan yang lewat mesti kempunan," Midah memberitahu dengan penuh semangat. Gembira benar nampaknya apabila semua hasil jualan laris.

Sebenarnya, remaja di sini diasuh untuk melakukan pelbagai kerja. Mereka dilatih untuk hidup berdikari. Mereka menyediakan hidangan harian secara bergotong-royong selain mencuci pakaian mereka sendiri. Mereka turut dibantu oleh Mak Yam, seorang wanita 40-an yang turut menguruskan remaja di situ. Mak Yam adalah antara kakitangan yang terpenting. Dia mengajar mereka menjahit, memasak dan membuat kuih. Kuih donut adalah salah satu daripada lima jenis kuih lain yang dipasarkan di kedai dan pasaraya berhampiran Sinar Iman.

Hasil jualan kuih ini adalah bertujuan untuk menampung perbelanjaan harian remaja di sini. Begitu juga dengan pendapatan hasil tempahan baju. Semuanya akan digunakan untuk membeli makanan basah dan kering, pakaian serta kelengkapan yang lain.

"Kak Myra, ingat tak tentang jawatan kosong yang akak suruh Syud iklankan di akhbar beberapa bulan lepas?" Tanya Syuhada yang entah dari mana datangnya. Amyra seperti berfikir seketika sambil mencuci tangannya, kemudian mengangguk. Dia masih ingat jawatan pembantu kaunselor lelaki yang diperlukan.

"Ingat. Tapi, takde respons pun kan? Kenapa Syud tanya?" Syuhada tersenyum senang melihat Amyra yang sudah mula mengerutkan dahinya. Gadis lepasan diploma itu terus merangkul pinggang Amyra dengan lagak manja sekaligus mendorongnya keluar dari dapur.

"Baru ada respons, kak. Tu kat dalam bilik tamu ada orang tunggu nak ditemuduga. Kacak, kak!" Celoteh Syuhada menggeletek tangkai hati Amyra. Dia hanya menggelengkan kepala dengan senyum nipis tika Syuhada membetulkan kebaya ungu yang tersarung di tubuhnya. Amyra sedar Syuhada sengaja ingin mengusiknya. Walhal gadis itu tahu Amyra pasti akan mengemaskan dirinya sendiri nanti.

"Perfect! Dah, cepat kak masuk dalam bilik. Nanti Syud bawa dia masuk."

Amyra mengelap peluh yang merenik di wajah dan membetulkan sedikit make upnya yang agak comot selepas membantu Ika membuat donut di dapur tadi. Bukan apa, dia tidak selesa berbincang empat mata dalam keadaan kurang rapi. Ada sahaja yang akan dijamahnya nanti.

"Yes, Syuhada. Take him in," Amyra memberi arahan selepas mendengar suara Syuhada di corong telefon. Sedetik kemudian, dia ternampak kelibat seseorang berdiri di hadapan mejanya sebaik sahaja Syuhada merapatkan daun pintu.

"Sila duduk," Amyra masih tekun mencatat sesuatu pada organizernya. Kepalanya masih tunduk.

"Assalamualaikum," sepotong doa itu berjaya mengangkat wajah Amyra. Dia terperanjat amat! Mata itu! Ya, mata yang masih terukir jelas pada benaknya dan serupa dengan yang ada di hadapannya tika ini. 'Ya Allah, apakah ini petunjukMu? Berikanlah aku secebis kekuatan untuk berhadapan dengannya,' doa Amyra dalam hati.

"Assalamualaikum, Cik Amyra Najwa Azhar," ulang lelaki itu sekali lagi. Mungkin dia sedar wanita ini belum lagi menyambut huluran salamnya. Amyra menggerakkan bibirnya tanda menjawab salam sekaligus menutup debar di hati tika mendengar sebaris namanya meniti bibir itu. 'Mungkin Syuhada yang memberitahu namaku.' Amyra cuba mengukir senyum.

"Datang untuk temuduga, kan? Nama encik?" Dia benar-benar terlupa untuk meminta profil lengkap tentang lelaki ini dengan Syuhada tadi. Anak  mata Amyra melekat pada kemeja dan tali leher yang dipakai. Seperti pernah dilihatnya sebelum ini.

"Muhamad Hanafi bin Mohd Lotfi," jawabnya sambil menghulurkan fail biru tua. Kali ini Amyra benar-benar terkesima. Akalnya pantas mencari-cari logik nama itu dengan memori silamnya. Akhirnya, fail itu menjelaskan segala-galanya. Lelaki lulusan University of Auckland, New Zealand itu memang teman sibernya dahulu. Amyra memandang Hanafi dan kelihatan dia mengangguk tanda mengiakan apa yang berlaku. Amyra merasa seperti darah menyerbu ke mukanya. Dia masih tersenyum seolah tidak percaya dengan  keajaiban yang berlaku.

"Pasaraya, tasik, Sinar Iman. Boleh tahan jugak sombong awak tu ye?" Perlahan Hanafi menuturkan kata. Sepatah-sepatah suara Hanafi menyerap ke dasar hati Amyra. Dia benar-benar tidak menyangka bahawa lelaki yang tersenyum padanya di pasaraya dan di tasik dahulu adalah orang yang sama dengan lelaki yang melamarnya dalam mimpi tempoh hari. 'Apakah dia yang Kau bayangkan untukku sebelum ini? Berikanlah daku petunjukMu, Ya Rahman, Ya Rahim…'

"Beratnya mulut awak. Dari tadi diam aje. Tak nak interview saya ke?" Hanafi menyoal lembut, tidak senang melihat Amyra begitu. Anak mata Hanafi masih terpaku pada seraut wajah di hadapannya. Langsung tidak percaya dia akan bertemu gadis idamannya hari ini. Hanafi tidak tahu mengapa dia begitu tertarik pada wanita yang baru pertama kali dilihatnya ketika wanita itu sedang leka memilih sayuran. Dan dia sama sekali tidak menyangka yang wanita itu adalah kenalan mayanya. Hanafi hanya tahu ketika dia bertanyakan Syuhada nama pemilik Sinar Iman.  Amyra mengangkat wajah lalu menarik nafas dalam.

"Saya betul-betul tak sangka kita akan jumpa kat sini, dalam keadaan macam ni. Welcome to Sinar Iman, Mr Hanafi Lotfi," mata Amyra bersinar ketika menuturkannya. Hanafi tersenyum mesra.

"Saya tahu awak pasti akan bagi saya kerja ini. Bukan ke kita mempunyai impian yang sama dan saya dah pun berjanji?" Hanafi mengingatkan. Amyra tersenyum dan mengangguk pantas tanda puas yang teramat. Sedikit pun dia tidak pernah lupa dengan janji yang pernah diukir oleh Hanafi dahulu. Dan kini, Hanafi telah mengotakan janjinya. Amyra sebenarnya masih memikirkan mimpinya. Adakah semua itu suratan atau kebetulan?

"Mari, saya kenalkan awak pada kakitangan di sini dan juga adik-adik saya," ajak Amyra sambil bangkit dari kerusinya. Hanafi turut bangun tetapi dia menghalang laluan Amyra. Amyra memandangnya dengan tanda tanya yang bersarang di minda.

"Myra, sudikah awak menjadi raja di hati saya? Permaisuri hidup saya?" Amyra tersentap. Lamaran tulus itu berdesup masuk ke corong telinganya. Seketika, mata mereka bertaut mesra, menghantar kasih terus ke lubuk jiwa. Perlahan otak Amyra berputar memadankan situasi sekarang dengan mimpi yang pernah dialaminya tempoh hari…

'Ya Allah, panjangkanlah jodoh kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaMu. Tuhanku, satukanlah hati kami dengan jambatan cintaMu, agar kami tidak leka dalam dunia ciptaan kami sendiri. Kurniakanlah kesabaran yang tinggi dan perasaan sayang yang berkekalan hingga akhir hayat kami. Temukanlah kami di Taman Firdausi yang abadi. Amin…' Untaian doa yang diaminkan dalam hati itu mengakhiri hari Amyra Najwa. Dia terus terlena dalam dakapan suaminya, Muhamad Hanafi.

Nama itu bermain lagi di fikiran ini buat kesekian kalinya. Di manakah kau abah? Wajahmu.... tutur katamu dan namamu.... tak pernah kukenali. Aku? Siapakah aku ini? Ahh... semua itu menyempitkan fikiranku. Aku sakit hati, terkilan. Apakah ini balasan yang harus aku terima daripada perceraian Mama dan Abah. Tapi kenapa aku? Kenapa kami tiga beradik yang menjadi mangsa, kenapa? Sesungguhnya aku rasakan dunia ini tidak adil bagiku. Lahir ke dunia ini tanpa seorang lelaki yang layak dipanggil abah. Bukannya aku tidak menerima qada’ dan qadar Allah tetapi aku tidak dapat menerima hakikat bahawa abah yang kuanggap selama ini tidak wujud.... yang selama ini kuanggap mati, rupa-rupanya masih hidup dan berada di bumi ini, di tanah Kelantan.

Aku terkilan. Sampai hati dia meninggalkan kami tanpa menunaikan hak kami terlebih dahulu. Kasih sayang seorang abah tak pernah kurasai. Aku sendiri tak tahu bagaimana rasanya mempunyai abah, bagaimana rasanya dibelai oleh abah atau bagaimanakah rasanya dimarahi oleh abah. Sungguh aku tak tahu dan sedikitpun tak dapat aku bayangkan. Aku benci abah! Aku benci!!!!

Sebelum ini tak pernah aku tahu yang aku ada abah. Aku tak tahu yang abah pernah berkahwin dengan Mama dan aku tak tahu yang abah pernah ceraikan Mama. Aku tak tahu bahawa abah sebenarnya telah wujud berbelas-belas tahun dahulu.

Setiap kali mengingatkan peristiwa itu, aku pasti menangis. Hati ini tiba-tiba menjadi pilu. Pilu dengan tindakan abah. Sungguh aku pilu dilahirkan tanpa seorang abah. Bukan abah tak ada. Lelaki itu ada, tetapi tak pernah ada dalam hidup aku, dan tak pernah ada dalam hatiku.

Pada usiaku sembilan tahun aku terkeliru. Semuanya kerana abah. Apabila cikgu tanya apa pekerjaan abah, aku tergamam. Tiada apa yang dapat kuluahkan. Dan aku masih ingat apabila cikgu menyuruh aku balik tanyakan Mama pekerjaan abah. Kenapa soalan itu yang dia tanya, kenapa? Kenapa persoalan tentang abah dibangkitkan, sedangkan aku tidak tahu apa-apa tentang abah. Sebenarnya, aku tak tahu apa yang nak ditanya. Dan segalanya terjawab apabila aku menggeledah almari Mama. Aku baca segala apa yang selama ini tak pernah kupeduli. Ya... aku dah tahu sekarang. Abah seorang ahli perniagaan. Tapi siapa abah? Sehingga kini tak dapat kujawab persoalan itu.

Aku masih lagi terkilan. Dia tinggalkan aku pada ketika aku masih belum lahir lagi di dunia ini. Aku dapat rasa itu semua. Aku dapat rasa betapa pedihnya hatiku dengan tindakan abah. Abah tinggalkan tanpa sebesar kuman pun kasih sayang untukku kenang. Abah kejam. Terlalu kejam. Kerana abahlah aku sering menangis.... kerana abahlah aku selalu disindir dan diejek kawan-kawan. Kerana abahlah aku tidak pernah mengaku bahawa dialah abahku. Bagaimana aku hendak mengakui statusnya sebagai ayahku sedangkan aku tidak pernah mengenali dirinya. Aku tak pernah merasai kasih sayang dan yang lebih memilukan, aku tak pernah kenal wajahnya.

Apakah, ada rasa kasihku untuk abah? Bagiku sama ada abah ada atau tidak semuanya sama. Tapi itu dulu. Itu sewaktu aku kecil, sewaktu aku tidak mengerti apa-apa. Tapi sekarang...walaupun sudah berkali-kali aku katakan yang aku benci abah, hakikat sebenarnya masih ada lagi sedikit perasaan untuk menyayangi seorang abah. Sudah berkurun lamanya aku simpan perasaan ini. Sungguh tak dapat aku nafikan bahawa aku amat dahagakan kasih sayang seorang abah.

Aku berhenti membaca apabila terdengar ketukan di pintu bilikku. Segera kusimpan diari yang selama

ini menyimpan segala rahsia hatiku.

“Boleh akak masuk?”

“Ya... masuklah” jawabku ringkas. Kak Hana masuk dan mendekatiku.

“Kak tak usahlah memujuk Sue lagi. Sue tak akan jumpa dia kak. Sue tak akan terima dia kak,” aku seakan-akan merayu kepada Kak Hana. Kak Hana hanya tersenyum memandangku.

“Sue.... kenapa ni? Dia kan abah kita, kenapa pulak Sue tak nak jumpa abah?” Kak Hana menyoalku lembut.

“Sue tak suka dia kak... Sue benci! Dulu dia yang buang kita kan? Kenapa pula kita harus terima dia kembali?” Air mataku menitis mengenangkan tindakan abah 16 tahun dulu. Kak Hana membelai rambutku lembut. Aku menangis teresak-esak.

“Abah dah insaf, Sue. Dia dah kembali ke pangkal jalan. Mengapa tidak kita beri peluang kepada abah untuk menebus kesalahannya dulu?” Kak Hana tenang.

“Sue ada alasan tak nak jumpa dia, kak. Kak Hana dan Kak Ina pernah merasa kasih sayang abah, tetapi Sue macam mana? Sue tak pernah kak, tak pernah!!! Dia,,, dia sendiri pun tak pernah tahu bahawa Sue wujud kan? Kan! Kak, Sue terkilan kak, antara dia dan Sue tak pernah ada kenangan bersama dan antara kami tak ada apa-apa yang nak dikenang.” Aku meluahkan segala apa yang selama ini terpendam di hatiku kepada Kak Hana.

“Kak Hana tahu. Kak Hana faham keadaan Sue. Kak Hana harap Sue faham keadaan abah ketika itu.... Betul Sue benci abah?” Aku senyap. Memang aku benci abah tapi...

“Sue dah besar, dah tahu fikir yang mana baik dan yang mana buruk. Jadi Kak Hana harap Sue fikirlah baik-baik ye. Abah ada kat luar menunggu Sue dan keputusan ada di tangan Sue.” Kak Hana bangun dan menapak di pintu bilik.

“Satu lagi... jangan nafikan kasih Sue pada abah, hmm?” Kak Hana terus keluar.

Dua minit berlalu...lima minit...10 minit... Aku bangun dan mengesat air mata dan melangkah keluar dengan penuh yakin. Semua mata tertumpu ke arahku termasuk abah.

“Sue dah buat keputusan...” Semua menanti dengan tidak sabar.

"Sue tak boleh terima abah...,” kata-kataku mati di situ tanpa menghiraukan mata-mata yang melihat ke arahku. Aku berpaling untuk berlalu dari situ dan tiba-tiba langkahku terhenti. Aku berpaling semula. Aku pandang wajah mereka semua termasuk abah.

“Melainkan.... abah kahwin semula dengan Mama.” Aku mengakhiri kata-kataku pada pagi yang tenang dengan sebuah sinar yang suci dan aku tahu selepas ini aku akan bahagia hidup bersama Mama, Kak Hana, Kak Ina dan yang terkini..... ABAH! Aku pasti selepas ini aku akan mendapat kenangan dengan abah dan kasih sayang daripada abah. Kasihku pada abah tidakku nafikan.

Kedinginan bumi Switzerland mencengkam sampai ke tulang. Serasa tidak mahu melepaskan selimut yang membalut diri. Tapi tanggungjawab kepada 2 insan teristimewa dalam hidupku perlu diteruskan. Sambil menyediakan sarapan pagi dapat ku lihat hujan renyai dari tingkap kaca dapurku. Rindu pada kenangan lama menggamit memori.

Hujan petang hari ini cukup dingin dan membekukan. Lama sungguh bumi USM tidak dibasahi hujan. Hampir 3 bulan rasanya. Dan hujan hari ini adalah  Rahmat Allah yang tak terhingga. Rindu benar rasanya akan kedinginan dan bau hujan yang menyenangkan.

“Ayunie!! Cepatlah!!” jerit Dalia sebaik sahaja keluar dari dewan kuliah. Hujan-hujan macam ni semua dah tak sabar nak balik ke bilik. Bagaikan ada tilam,bantal dan selimut yang memanggil melambai-lambai minta pulang segera. :senyum:…

“Sabarlah,bukan senang nak dapat hidu bau hujan ni. Wow!!nyamannya” bagaikan gelagat seorang puteri di taman istana sedang menghidu haruman bunga.

“Gila apa budak ni?? Bau hujan dikata nyaman?? Dah buang tebiat lah tu” bebel Qistina sambil melangkah laju menyusuri susur gajah ke asrama perempuan. Tiba di laluan yang tiada susur gajah, kami terpaksa berlari supaya tidak dibasahi hujan. Nasib baik tak jauh. Jadi tak adalah kami basah sangat.

Aku sebilik dengan Dalia. Qistina pula sebilik dengan Arina. Kitaorang 4 orang ni memang kamcing gila. Kebetulan satu course. Pergi mana-mana mesti berempat. Tak pernah berpisah lah.

“Alamak!!macam mana lah aku boleh terlewat pulak ni!!” Hujan semalam memang lebat sangat. Tidur rasa macam tak nak bangun. Lepas sembahyang subuh boleh sambung mimpi balik, itu yang terlajak ke pukul 8.30pg. Dalia kejut aku buat tak tahu, aku siap suruh diaorang pergi kuliah dulu. Gila berani. Ni lah jadinya. Lambat.

Lintang pukang aku berlari. Habis semua orang aku langgar.
“Aduh!!!!” sakit gila kepala aku. Bebel aku sambil mengurut-urut kepala. Habis semua buku berlambak. Lagi dah lambat. Macam-macam pulak jadi.

“Sorry. Did u hurt??” Tanya mamat yang aku langgar. Dia pun tolong kutip buku aku yang bertabur.
“No..no.. I’m okey” balas aku tanpa menoleh ke arahnya. Nak cepat. Dah kutip semua buku aku pun ucap terima kasih dan minta maaf sambil terbongkok-bongkok macam orang Jepun. Belum sempat dia cakap apa-apa aku dan jalan dulu. Tapi sempat juga aku jeling. Hensem.

“Eh, kenapa tak masuk lagi ni??aku rasa aku dah habis lewat dah ni” sambil mengerling jam di tangan. 9.33 pagi. Kuliah sepatutnya pukul 9.00 pagi.

“Kelas di tunda la sayang. Puan Asmalia cuti emergency 2 hari, assistant dia ganti nanti, pukul 11.30” jawab Arina.

“Dah tau kelas tak ada, kenapa tak call aku?? Tak adalah aku berlari macam orang kena kejar hantu. Habis semua orang aku langgar” marah aku sambil termengah-mengah. Penat berlari tadi tak hilang lagi.

“Hey!!” jerkah Arina,Dalia dan Qistina serentak. Terperanjat aku!!

“Orang dah call.Awak yang tak angkat!! Call lagi sekali dah tak dapat pulak. Suka-suka dia je nak marah kita. Dah cukup baik kita tunggu dia setengah jam lebih kat sini. Bukan nak cakap terima kasih ke apa ke, di marah kita lagi ada” marah Arina.

“Dah girls, jom kita pergi makan. Biar minah ni sorang-sorang kat sini” balas Qistina sambil menjeling pada aku. Tangan kanan disilang dengan tangan Arina dan tangan kiri disilang dengan tangan Dalia. Berjalan beriringan bertiga meninggalkan aku yang terkulat-kulat lepas kena marah.

Cepat-cepat aku lari pintas diaorang.
“Sorry..sorry..minta ampun minta maaf. Janji tak buat lagi” sambil menyusun sepuluh jari depan diaorang.

“Aik, takkan sorry je kot??” balas Dalia. Diangguk tanda setuju oleh Qistina dan Arina.

“Okey lah, aku belanja breakfast kat gerai tepi tu. Kat kafe mahal sangat lah”

“Gerai pun gerai lah. Janji orang belanja”balas Arina. Diaorang gelak besar lepas tu. Rupanya diaorang kenakan aku, bukan marah pun, saja buat-buat marah. Geramnya.

Lepas makan kitaorang terus ke dewan kuliah.
“Tak pernah pulak kita belajar dengan assistant Puan Asmalia ni ya. Orang kata dia straight orangnya” cerita Arina. Minah ni semua cerita dalam poket dia. Cuma betul dengan tidak je. Hehehehe..

Sambil mencari pen dalam poket beg baru aku perasan yang phone aku ter’OFF”. Patutlah diorang call tadi tak dapat.
Belum sempat aku nak ON, assistant Puan Asmalia dah masuk.

“Macam pernah jumpa. Kat mana?? Siapa ya??” bisik aku dalam hati,sambil menggaru-garu kepala yang tak gatal di balik tudung bawal hijau yang ibu beli di Kelantan bulan lepas.

“Gila hensem. Macam ni muda dah jadi pensyarah?? Korang agak-agak berapa umur dia ya?? Dah kahwin belum??” bebel Qistina. Minah yang seorang ni pulak pantang tengok mamat macho sedikit dah mula lah nak ambil tahu itu ini. Kalau tak, masakan brader kantin pun dia nak ajak berkenalan. Gatal tak bertempat.

Habis sahaja kuliah, semua pelajar berpusu-pusu keluar. Yang nak pergi makan tengahari lain, yang nak balik lain, yang nak pergi library lain. Macam-macam lah. Kitaorang mestilah nak balik bilik. Tidur.. hehehehe

“Girls” jerit satu suara daripada belakang sebaik sahaja kami hendak melangkah keluar daripada dewan. Serentak kami berempat menoleh ke belakang. En.Zafrul!!!

“Can I talk to the lady with green scarf??”
Kitaorang membelek tudung masing-masing. Mencari siapa antara kami yang memakai tudung hijau.

Aku membeliakkan mata sambil menunding jari telunjuk tepat ke batang hidung sendiri. Just for sure, adakah orang yang dimaksudkan adalah aku.

“Yes you are. Any other girls with green scarf beside you?” Sah-sah lah aku seorang je yang pakai tudung hijau,lagi nak buat-buat tak sure. Aduh!! Kan dah kena.

“Yes, En.Zafrul??” Tanya aku.

“The others, you can wait your buddy out site” tegas En.Zafrul tapi di akhiri dengan senyuman. Gila macho. Sempat lagi aku berangan.

“Boleh saya tengok telefon awak sekejap??” apa hal pulak tiba-tiba minta phone aku ni?? Setahu aku, aku tak pernah simpan apa-apa gambar atau video mengarut dalam phone aku ni. Aduh, makin resah aku di buatnya. Lagi satu,pandai pulak En.Macho ni cakap melayu.Lebih 2 jam kuliah dia bantai cakap Bahasa Inggeris, tak ada sepatah pun bahasa melayu. Respect gila aku kat anak melayu yang boleh cakap BI macam air. Pronouns yang tepat, grammar yang betul. Hebat.

“What are you dreaming girl??”
Terperanjat aku. Aku ni pun satu hal,dalam macam ni boleh mengelamun lagi. Gila-gila.

“Err.. nothing sir.. nothing” gugup gila ah.

“I ask u again, can I see you phone young lady??” lagi sekali terkena. Cepat-cepat aku keluarkan phone dari dalam beg sandang sisi. Alamak, OFF pulak. Cepat-cepat aku ON semula. Tapi bila aku masukkan password tak boleh pulak. Aduh, time macam nil ah dia nak buat hal. Trouble.

“Its ok, just give me the phone” bila dia tengok aku terkial-kial masukkan password tapi tetap tak boleh ON. Dia pulak masukkan password. Tiba-tiba boleh ON. Sambil menunjukkan screen yang dah boleh ON pada aku. Terperanjat tahap karma aku. Macamana dia boleh tahu password aku???

“Don’t be surprised girl.” Sambil mengeluarkan sesuatu dari dalam poket kiri seluar dia.
Phone!! Phone yang sama jenis,warna,bentuk. Senang cerita, sama semuanya.

“Actually, this is your phone” sambil menghulurkan phone di tangan kirinya.
“and, this is mine” sambil menunjukkan screen phone ditangan kanannya. Ada gambar dia dengan seorang perempuan. Cantik.

“Awak tersalah ambil masa awak langgar saya pagi tadi. I have tried to call you many times, tapi tak dapat. Mungkin sebab phone tu ter’OFF’ sendiri bila terjatuh tadi. You really in hurry yeah” Oh..inilah mamat macho yang aku langgar pagi tadi. No wonder lah aku rasa macam kenal aje. Apa punya pelupa lah aku ni.

“Sorry sir. I’m so sorry. I don’t remember you before. Dan kalau phone tu ada apa-apa kerosakan, En.Zafrul bagitahu saya. I’ll paid” balasku tanda bersalah yang amat sangat. Takut pun ada juga sebenarnya. Hehehehe..

Lepas settled semua,aku pun minta diri. Aku berjalan keluar tanpa menoleh kebelakang sedikit pun. Malu.

Gila nervous. Setiap kali nak exam, mesti nervous tahap karma. Study tahap membunuh. Sampai pukul 4-5pagi kitaorang study. Qistina dan Arina pun lepak study dalam bilik aku. Study ramai-ramai tak bosan sangat. Tapi kalau terlalu ramai pun bahaya jugak. Bukan study, borak yang lebih. Setakat kitaorang berempat boleh tahan lagi. Setiap sem pun mesti kejar Anugerah Dekan. Alhamdulillah dah 5 sem kitaorang tak pernah gagal Anugerah Dekan. Itu sebab ramai student cop kitaorang 4B untuk ‘4 Baby Barbie Beautiful Brilliant,’ ada jugak cakap 4B untuk ‘4 beautiful girls’ and macam-macam lagi lah. Tapi kitaorang tak pernah leka dengan semua tu. Buat tak tahu je. Relax and cool. Hehehehe..

Malam sebelum exam aku dapat satu mesej daripada nombor yang aku tak kenali.
Assalamualaikum..
Wish you all the best for tomorrow paper..
Wish Allah bless u with Rahmat and Nur-Nya..
Wish you luck and get the best
Nothing could change until you work for it…
            Assalamualaikum..
             Izhar

Izhar?? Siapa pula la Izahar ni. Seingat akulah, aku tak ada kawan nama Izhar. Salah send lah ni. So aku buat tak tahu je. Sebab memang selalu sangat orang salah hantar mesej. Nak berkenalan lah. Nak kawan lah. Macam-macam lagi.

Habis paper petang tu aku dapat lagi satu mesej.
Assalamualaikum..
How’s your exam today?
Hope everything is fine
         Assalamualaikum..
         Izhar

Mamat ni lagi. Malam tadi boleh lah cakap salah send. Tapi kalau hari ni tak kan salah send lagi?? Siapa dia ni?? Mungkin dia simpan nombor yang salah. Itu yang dia asyik hantar kat aku. Aku pun forward semula mesej dia sebab kesian pulak, send kat orang yang salah.
Assalamualaikum..
How’s your exam today?
Hope everything is fine
         Assalamualaikum..
         Izhar

**sorry sir, you have sent the msg to the wrong person maybe. I don’t know who you are**

Esok kitaorang ada paper lagi. Penat first paper pun tak hilang lagi. Nasib baik ada selang 3 hari. Dapat juga rehatkan kepala. Format balik otak ni. Nak masukkan program baru pula. Malam sebelum second paper aku dapat lagi mesej.

Assalamualaikum..
I’m not sent to wrong person, I sent to you Miss Ayunie Iryanie..
Wish you all the best again for 2nd paper tomorrow..
Hope bless Allah always be with you..
Remember one thing..
Nothing could change until you work for it…
            Assalamualaikum..
             Izhar

Dia tahu nama penuh aku?? Dia tahu schedule exam aku. Siapa dia sebenarnya?? Ligat kotak fikiran aku memikirkan siapa empunya nama. Mungkin ada antara kenalan yang mempunyai nama yang hampir sama. Tapi gagal. Ingin aku tanya pada ketiga-tiga sahabat karibku. Tak sampai hati pula. Maing-masing sedang leka mengulang kaji pelajaran. Argh, yang aku sibuk-sibuk pening kepala buat apa. Bukan dapat apa pun. Baik aku terus ulang kaji pelajaran daripada memikirkan manusia yang tak pernah wujud dalam hidup aku. Abaikan.

Seperti selalu, setiap ada paper esoknya, malam itu pasti aku akan dapat mesej pembakar semangat. Setiap kali keluar dari dewan peperiksaan juga aku akan dapat mesej mendoakan segalanya mudah bagiku. Sampailah sehingga tamat semua paper.

Kami ramai-ramai menjerit keseronokan. Tiada lagi kuliah. Tiada lagi assignment. Tiada lagi test. Tiada lagi exam. Semuanya telah TAMAT. Semoga semuanya berjaya dengan cemerlang. Terutama buat 3 rakan karibku, Dalia,Qistina dan Arina. Wish u always be the best omong the best. Nothing could change until you work for it.
Tiba-tiba aku teringat akan si dia. Siapa dia?? Diman dia?? Adakah dia sentiasa memerhatikan aku?? Hadirlah..muncullah walau dimana kau berada..segunung harapan ku panjatkan di dalam hati.

Hari ini kitaorang semua pergi bercuti di Melaka. Bukan sahaja kami berempat, tapi boleh dikatakan hampir sekelas yang mengikuti percutian kali ini. Yang kami tak sangka, pensyarah-pensyarah tahun akhir kami pun ikut serta. Bersama keluarga masing-masing. Kira rombongan percutian lah. Melibatkan 2 buah bas menuju ke Negeri Bersejarah,Melaka. Seronok sangat.

Semasa dalam bas aku dapat lagi mesej daripada orang yang sama.

Assalamualaikum..
You are so happy today..
Nice to see you with that face and beautiful green scarf..
Really love to see you with the green scraf..
Hope you’ll enjoyed with this trip..
               Assalamualaikum..
               Izhar

This trip??? Dia tahu aku pakai tudung hijau?? Mesti dia salah seorang yang berada dalam rombongan ni. Bingkas aku bangun mencari siapa sahaja yang memegang handset.
Tapi terlalu ramai. Kecewa.

Sepanjang percutian kali ini memang tiada satu pun perkara yang tidak menggembirakan. Semuanya akan kusimpan dalam kotak memori aku sebagai kengan terindah. Dan sepanjang percutian ini juga, setiap masa aku akan menerima mesej dari Izhar. Namanya cukup sinonim dengan nada dering mesej handset aku. Tapi orangnya belum pernah ku temui. Siapa dia sebenarnya??

Semasa sedang menyaksikan pelajar dan pensyarah lelaki bermain bola tamper pantai, tiba-tiba aku terdengar seseorang menjerit memberi semangat dengan kata-kata semangat yang taka sing lagi bagi aku.
“Hey guys!! Keep it up!! I know you can change the board mark!!! Nothing could change until you work for it!! ”
Bila aku berpaling mencari gerangan suara, terlalu ramai orang di tepi pantai tersebut. Sekali lagi..Hampa..

Malam terakhir kami di Melaka, pihak hotel menyediakan makan malam barbeque. Tiba-tiba En.Zafrul, assistant Puan Asmalia menghulurkan sepiring udang dan ayam yang telah dipanggang kepada aku. Dia terus berlalu sebaik sahaja menghulurkan piring tersebut. Sebelum berlalu dia sempat membisikkan sesuatu kecuping telinga aku,
“You are really beautiful with this green scarf” Terperanjat gila aku. Belum sempat aku membalas apa-apa dia dah berlalu pergi berbual bersama kelompok pensyarah yang lain.

Malam itu aku tak dapat tidur langsung. Aku lihat Dalia.Qistina dan Arina begitu nyenyak sekali diulit mimpi. Masing-masing kepenatan bersukan siang tadi. Kitaorang menang besar. Semuanya jasa Arina. Yelah,bekas pemain bola tampar wanita Negara.

Tapi mata aku asyik terkebil-kebil memikirkan siapa dia Izhar dan adakah dia ada kaitan dengan En.Zafrul. seribu pertanyaan menerjah ke benakku. Tiba-tiba satu mesej masuk kedalam kotak inbox handset aku.

U are not sleep yet??
Why?? Is that because of me??
I’m really sorry if my massage make you feel uncomfortable..
 I cant straight forward to you because you are 1 of my student
From bottom of my heart..
I really falling in love with you..

Since 1st time I see u I already in love with you
I really thanks to God when you bump on me
I really thanks to God when you take my phone
I really thanks to God because this is your last semester
So I don’t have to wait long to tell you what is my feelings towards you
Will you be apart of my life?
Will you be apart of my heart?
Will you be apart of my strength?

I have send something in front of the door..
If u will apart of all that, please use that thing tomorrow morning to go back to USM.
And if you can’t, just take it as a gift from Melaka.
 I’ll wait you answer tomorrow.

I accept everything as ketentuan Allah s.w.t

Have a nice sleep my green lady..

               Assalamualaikum..
               Salam sayang,
               Zafrul Izhar

Astarghfirullahalazim..sambil ku meraup muka dengan kedu-dua belah telapak tangan. Tiba-tiba aku teringat akan sesuatu yang dikirim kepadaku. Pantas aku berlaki menuju ke pintu. Sebaik sahaja pintu bilik ku buka, ada satu kotak kecil besampul dengan pembalut hadiah berwarna hijau bercorak dedaun.

Sehelai tudung berwarna hijau bercorak dedaun. Sama macam sampul pembalut kotak tersebut. Cantik. Terdapat sekeping kad didalamnya
   Cinta yang sejati
   Lahirnya dari hati
   Yang tulus dan suci
   Berbekalkan budi dan pekerti
   Hadiah agung dari Ilahi..

**maaf saya bukan penyajak atau penyair yang baik
            Zafrul Izhar

Malam itu juga aku mohon petunjuk Yang Maha Mengetahui. Aku buat solat istikharah. Mohon Allah beri petunjuk yang terbaik buatku. Selepas solat istikharah, aku tak fakir apa-apa lagi. Terus baca doa tidur dan tidur.

“Ayunie, aku dah siap gosokkan baju dengan tudung kau. Aku sidai kat kerusi meja solek tu” Dalia terus bersuara sebaik sahaja aku keluar dari bilik air.
“Wah, rajinnya sahabat aku ni. Mimpi apa malam tadi??” gurau aku.
“Eh Ayunie,bila kau beli tudung tu??tak pernah nampak kau pakai pun” tiba-tiba Arina bersuara. Terperanjat aku. Rupanya tudung yang di gosok oleh Dalia adalah tudung pemberian En.Zafrul Izhar. Aku terus terduduk, menitik manik jernih dibibir mataku. Adakah ini yang dikatakan ketentuan Yang Maha Agung. Adakah ini yang dikatakan jodoh pertemuan ketentuan Allah. Andai ini semua yang direncanakan oleh-Nya, aku terima dengan hati yang ikhlas.

Sahabat-sahabat aku kehairanan dengan apa yang berlaku. Aku ceritakan semuanya pada mereka bertiga tanpa ada tertinggal seinci pun.Mereka terperanjat besar. Tak pernah terlintas pun difikiran mereka tentang semua ini. Aku apatah lagi.

Dilobi hotel dari jauh aku nampak senyuman En.Zafrul Izhar. Tudung hijau pemberiannya cantik terbentuk dikepalaku. Aku turut tersenyum dalam gementar. Dia dating menghampiriku lalu membisikan ucapan terima kasih. Tiga orang sahabat karibku tersenyum keriangan.

Setelah 2 tahun menjalin cinta jarak jauh. Aku di bumi Malaysia dan dia dibumi Switzerland. Kami setuju hubungan ini dibawa kejinjang pelamin. Ikatan cinta antara Zafrul Izhar bin Zahri Ikram dengan Ayunie Iryanie bt Ahmad Iskandar bersaksikan saudara mara dan sahabat handai berlangsung dengan meriah dan sempurna, berkat keizinan Yang Maha Merencana setiap kejadian.Bersyukur teramat sangat.

“Jauh mengelamun??” sapa suamiku dari belakang mematikan lamunan ku tentang pertemuan cinta kami.
“Sedapnya bau nasi lemak ni. Nasi lemak di bumi Switzerland. Memang mengancam”  sambil menunjukkan ibu jari ke atas tanda sangat bagus.
Selepas berkahwin, aku mengikut dia berhijrah ke Switzerland atas tuntutan kerja sebagai jurutera.
Benarlah kata orang tiada pertemuan pertama tak akan ada pertemuan seterusnya. Dan bagi aku, tiada Zafrul Izhar dan Ayunie Iryanie tiadalah Ain Zulaikha bt Zafrul Izhar.
Dua insan teristimewa dalam hidupku. Hadir atas ketentuan Yang Maha Menjadikan. Allah s.w.t. 


Aku membuntuti langkah Mama menuju ke rumah ibu bapa jiran kami. Rumah kayu lama itu masih teguh biarpun sudah berpuluh tahun usianya. Banyak nostalgia di rumah tu kata Kak Julia, jiran sebelah rumahku. Di situlah mereka dilahir dan dibesarkan. Di rumah itulah, mereka adik beradik mengadakan kenduri majlis perkahwinan secara besar-besaran.

Kak Julia menyambut ketibaan kami apabila Mama memberi salam. Atikah, anak sulung Kak Julia berlari mendapatkan kami. Terus kusambut si anak kecil ke dalam dukunganku.

"Nape acik datang lambat? Ibu masak sedap," tanyanya padaku.

"Acik tunggu Nenek lambat," jawabku pendek. Kami bersalaman dengan keluarga Kak Julia.

Ruang tamu rumah itu agak mudah dekorasinya. Hanya 2 set kerusi kayu jati di tengah-tengah ruang untuk para tetamu dan satu sudut ruang untuk pembacaan dengan almari yang dipenuhi buku-buku ilmiah dan agama.

"Jemputlah duduk. Waktu raya macam ni rumah ni selalu lengang macam ni. Lepas pagi raya, semua balik rumah mentua. Tinggal akak dengan adik akak je. Itu pun sebab Abang Man kamu tu tak ada orang tua. Silap-silap rumah ni pun berbungkus juga tak ada orang," jelas Kak Julia lalu menghidang air minuman yang barangkali sudah lama siap.

Tangisan anak kecil mencepatkan langkah Kak Julia menuju ke dalam bilik di hujung sudut menuju ke ruang tengah rumah itu. Aku menjeling Mama. Bila masa pula Kak Julia ada anak kecil?" bisikku di dalam hati. Anak adik dia agaknya, fikirku lagi. Kak Julia keluar sambil mendukung kanak-kanak perempuan berusia setahun lebih yang kelihatannya seperti baru bangun tidur.

"Anak saudara akak ni. Bapanya baru lepas kemalangan. Tak sihat lagi. Buat sementara ni akak jaga. Sebelum ni, mak mentua dia yang jaga tapi tiba-tiba dia pula nak jaga," jelas Kak Julia lalu duduk di sebelahku. Aku menghulur tangan untuk mengambil anak kecil itu dari pangkuan Kak Julia. Tanpa banyak ragam, si anak kecil sudah berada di ribaanku.

"Siapa nama dia, Kak Julia. Cute!" tegurku.

"Maisarah Afikah. Panggil Mai je." Aku mencium pipi mongel itu. Gelang tanganku yang berloceng dan dihiasi untaian berbentuk hati dimainnya.

"Mak dia mana?" tanya Mama.

"Mereka baru berpisah. Sebulan sebelum puasa. Dua minggu kemudian, bapanya kemalangan. Tak tahulah apa dah jadi sebenarnya. Ayah dia tak cerita pula. Lepas tu, langsung tak dengar berita. Dulu dia tinggal di KL. Lepas bercerai dia minta transfer sini. Budak ni tinggal dengan neneknya sebelah sana. Sebelum balik sini, akak pergi jemput kat rumah neneknya. Dia nak jaga sendiri anaknya ni," cerita Kak Julia. Timbul simpati di hatiku mendengar cerita Kak Julia.

Tidak berperasaankah si ibu apabila melihatkan si anak kecil yang comel ini pergi begitu saja? Aku yang bukan seorang ibu pun rasa meruntun melihatkan wajah comel itu sebenarnya kekurangan kasih sayang seorang ibu.

Mama dan Kak Julia bercerita lagi. Aku tidak ambil pusing. Aku seronok melayan Mai dengan keletahnya. Alangkah seronoknya kalau aku punya anak kecil sepertinya.

"Dah lama Makcik kat sini. Makcik minta diri dululah. Rumah kakak Makcik pun tengah ramai orang tadi. Kesian pula nanti dia seorang. Pakcik kamu kalau dah jumpa saudara-mara mana nak tolong kat dapur tu." Aku pulangkan Mai pada ribaan Kak Julia.

"Kak Long! Kak Long!" nama Kak Julia dilaung. Kak Julia bergegas ke bilik yang dimasuknya tadi.

"Mama nak pergi tengok sekejap," ujar Mama. Aku hanya menurut langkah Mama menuju ke bilik tersebut. Kelihatan seorang lelaki sedang duduk menundukkan kepalanya sambil meraup mukanya. Rambutnya berserabai.

Kelihatan jelas jambang terbiar tidak dipotong. Berkulit putih cerah. Badannya agak cengkung. Kaki kirinya bersimen sementara kaki kanannya berbalut di buku lali. Kemalangan yang dialaminya seperti agak teruk.

"Kamal nak apa-apa ke?" tanya Kak Julia. Dia mendongakkan kepalanya. Ada tangisan di wajahnya. Sedih berkeadaan begitu di pagi raya agaknya, tekaku.

"Kamal nak makan, kak. Kamal lapar," pintanya. Kak Julia meletakkan Mai di atas katil lalu memeluk adiknya erat. Ada tangisan di wajah Kak Julia.

Sebak aku dan Mama melihatkan mereka.

"Syukur alhamdulillah, Kamal. Tak sia-sia akak berdoa siang malam suapaya kamu nak makan dan minum." Patutlah badannya kurus. Barangkali kecewa yang ditanggungnya menjadikan hidupnya seperti mati biarpun masih bernafas.

"Akak siapkan makanan sekejap," pohon Kak Julia lalu memberi laluan kepada kami untuk menjenguk adiknya. Kama menekup wajahnya kembali. Aku tatap wajah itu walaupun agak berserabut dengan janggut dan jambang. Wajah itu seperti amat kukenali. Aku cuba memutarkan ingatan agar sebaris nama milik lelaki itu dapat kuingat.

Tanpa sedarku, mata kami bertentangan. Ternyata wajah itu terkejut melihatku. Mama sudah duduk di kerusi bersebelahan katil lelaki itu.

"Fatin!" namaku disebutnya. Kali ini aku terduduk di hujung birai katilnya. Suara itu sudah memberi jawapan pada soalanku.

"Abang Kamal?" tanyaku pula ingin memastikan apa yang kufikirkan adalah benar. Dia hanya mengangguk lemah lalu menundukkan kepalanya. Ada tangisan di wajahnya.

"Fatin kenal Kamal ke?" soal Mama. Aku hanya mengiakan sahaja. Dialah cinta pertama Fatin, Mama. Sayangnya kata-kata itu hanya terucap di hatiku.

"Suami Sarah, Mama," ucapku. Mama memandangku tajam. Aku tahu apa yang ada di fikiran Mama. Mama keluar dari bilik meninggalkan kami berdua.

"Kenapa boleh jadi macam ni? Apa dah jadi dengan Sarah? Setahu Fatin abang cukup bahagia dengan Sarah dulu. Sarah selalu mengagungkan abang. Bagi Sarah, abang segalanya. Fatin tak sangka jadi macam ni pula," kesalku.

Abang Kamal mengeluh perlahan. "Sedangkan pantai lagi berubah inikan pula manusia, Fatin. Abang tak salahkan Sarah. Abang pun salah juga tapi bagi abang semua ini adalah takdir dan abang pasrah," luahnya.

"Abang pasrah tapi dari apa yang Kak Julia bagi tahu nampak macam abang terlalu mengikut perasaan abang tanpa berfikir panjang," sindirku geram.

Kasihan Maisarah. Aku bangun untuk keluar dari biliknya.

"Fatin," panggil Abang Kamal lembut. Dulu, begitulah caranya memanggilku hingga aku adakalanya terperasan dia suka padaku.

"Maafkan abang. Abang tak hargai permata di hadapan abang dulu," lafaznya tanpa kuduga. Aku hanya tersenyum. Semuanya sudah terlambat untuk dikenang kembali. Aku hanya tersenyum.

"Fatin minta diri dulu. Jangan persiakan Mai. Dia perlukan abang sepenuhnya," pesanku lalu meninggalkan Abang Kamal sendirian di biliknya.

~~~~~~~~~~~~~~~

Langkahku laju menuju ke farmasi Watson's di Midvalley Megamall. Tiba-tiba aku terlanggar seseorang. Barang di tanganku jatuh. Aku mendongak sewaktu hendak bangun setelah mengutip barangku. Masing-masing terkedu. Aku renung wajah seraut wajah yang semakin kalut di hadapanku.

"Kak Fatin!" akhirnya namaku meniti di bibirnya.

"Apa khabar, Sarah?" tegurku tenang. Bertahun kami membawa diri rupanya masih ada sedikit rasa hormatnya padaku biarpun ada sejarah di sebalik perhubungan kami.

"Baik. Kak Fatin sihat?" tanyanya pula bagaikan tiada soalan lain yang menarik untuk ditanya.

"Alhamdulillah. Keluarga sihat?" Sengaja aku menduganya. Sarah menunduk lalu mengangguk.

"Ye ke? Keluarga mana yang sihat? Anak apa khabar? Bagaimana dengan suami?" ingin saja aku menanyanya begitu tapi aku masih waras untuk tidak menyakiti hati sesiapa pun meskipun hatiku telah dilukai.

"Tinggal mana sekarang?"

"Rumah mak. Akak dah kahwin?" Kali ini dia sudah mampu bersikap tenang.

"Insya-Allah. Anak berapa orang?" aku cuba mengorek rahsia.

"Seorang. Perempuan." Kami kembali senyap. Aku lihat Sarah menjeling jam di lengannya beberapa kali. Gelisah sekali kelakuannya.

"Hargai apa yang telah jadi milik kita, Sarah. Kita takkan dapat barang yang sama walaupun kita telah gantikan dengan yang baru. Sekali kita silap, tak bermakna kita tak boleh silap sekali lagi. Akak pergi dulu," pesanku. Sarah hanya membatu. Barangkali benar apa yang Kak Julia katakan.

Sarah telah berubah tapi aku tidak tahu apa yang membuatkannya menjadi begitu. Aku berpaling sejenak melihat langkah Sarah. Patutlah dia gelisah. Ada yang sedang menanti di sana. Wajah Sarah ceria merangkul lengan si jejaka.

Semoga kau tidak silap memilih, adikku.

~~~~~~~~~~~~~~~

Aku sedang menonton cd sewaktu kudengar ada orang memberi salam. Aku menjenguk ke pintu lalu menjawab salam yang diberi. Kelihatan Abang Kamal sedang mendukung Maisarah.

"Maaf, Fatin tak boleh ajak abang masuk. Fatin tinggal seorang je kat rumah. Abang tunggu kat luar sekejap ye," pintaku lalu menutup tv dan cd sebelum melangkah ke dapur. Aku keluar semula membawa dulang yang berisi air dan sedikit biskut.

Kami duduk di kerusi di taman mini ilham Mama. Maisarah sudah berada di pangkuanku. Abang Kamal hanya memandang sayu. Aku layan Maisarah sepenuhnya.

"Bila abang sampai? Abang dah sihat sepenuhnya?" tanyaku mengisi kesunyian di antara kami.

"Alhamdulillah. Malam tadi abang datang. Kebetulan Abang Ngah ada kerja kat sini. Abang saja ikut sementara nak habiskan cuti sakit. Lagipun Abang Ngah datang seorang. Dapat juga buat temankan dia," jelasnya.

"Nanti abang dah kerja, siapa jaga Mai?" tanyaku ambil berat.

"Insya-Allah, Kak Ngah nak tolong jagakan. Anak-anak dia pun dah besar. Semua dah sekolah. Ada juga dia kawan duduk kat rumah."

Aku hanya mengangguk. Maisarah mula merengek apabila biskut di tangannya sudah habis. Abang Kamal hulurkan biskut lagi ke tangan Maisarah.

"Abang datang ni ada hajat," tanpa kuduga Abang Kamal membuka cerita.

"Hajat apa?" tanyaku hairan.

"Abang nak lakukan sesuatu yang abang tak tunaikan dulu," jelasnya namun agak samar padaku.

"Apa dia? Rasanya abang tak pernah janji apa-apa dengan Fatin."

"Abang perlukan Fatin dalam hidup abang," akhirnya kata-kata itu terbit dari bibirnya. Sayangnya, aku terlewat menerima ungkapan bermakna itu. Aku hanya tersenyum.

"Fatin setuju?" tanyanya tanpa kuduga.

"Fatin senyum tak bermakna Fatin setuju. Kenapa pula abang perlukan Fatin? Bukankah abang anggap Fatin adik abang? Abang tak rasa pelik ke bila orang yang abang anggap adik tiba-tiba jadi isteri abang," sindirku.

"Tapi, abang sayangkan Fatin," dia separuh merayu.

"Sayang tak bermakna harus memiliki, abang. Fatin sayangkan abang tapi sayang Fatin tak ke mana. Fatin sedar siapa Fatin pada abang. Hanya adik. Fatin tak pernah lupa hakikat itu. Abang juga pernah cakap, dalam hati abang cuma ada Sarah. Dia paling layak untuk abang. Abang dah lupa?" aku sengaja mengungkit kisah lama. Abang Kamal mengeluh kesal.

Dari belakang Abang Kamal aku lihat sebuah kereta Wira berwarna kelabu sedang menuju ke arah rumahku. Aku tahu siapa yang datang.

"Abang, cinta macam sebuah pasu kristal. Sekali ia jatuh, berderai kaca di lantai. Lepas tu, kaca-kaca tu takkan jadi sebiji pasu seperti asalnya sebab walaupun kita cuba cantum semula ia dah cacat. Macam tu juga dengan cinta. Sekali kita kecewa dengan cinta tu, tentu kita tak mengharapkan pada cinta yang sama. Kita akan lupakan cinta itu ataupun kita akan beralih ke cinta lain. Fatin minta maaf sebab tak dapat tunaikan permintaan abang."

"Kenapa tidak? Belum cuba belum tahu. Tidak semua cinta macam tu, Fatin atau sebenarnya Fatin sudah jumpa orang lain?" tanyanya tidak puas hati.

Aku hanya tersenyum apabila melihat kelibat seorang jejaka keluar dari kereta lalu menghampiri kami.

"Assalamualaikum," dia memberi salam. Aku menghampirinya lalu menyalami tangannya. Abang Kamal menoleh. Tergamam.

"Waalaikumsalam. Kenalkan ini Abang Kamal. Adik Kak Julia. Yang cute ni, Mai, anak Abang Kamal. Abang Kamal, ini suami Fatin. Insya-Allah, kalau tiada aral melintang minggu depan kami akan bersanding." Mereka saling bersalaman. Aku tahu Abang Kamal kecewa tapi itu lebih baik dari memberi harapan yang tidak pernah ada. Aku mengangguk kepada Abang Amirul.

Mengiakan apa yang sedang bermain di fikirannya.

"Abang masuk sekejap, ye?" pinta Abang Amirul. Aku hanya membiarkannya.

"Abang," lembut aku memanggil Abang Kamal.

"Fatin minta maaf. Fatin tak boleh terima abang. Dari dulu sampai sekarang pun Fatin memang tak boleh terima abang. Cinta Fatin pada abang macam pasu kristal. Fatin tak mampu nak kembalikannya kepada bentuk yang asal.

”Kecacatan tu akan kekal macam tu. Sampai bila-bila pun. Fatin tak nak merampas hak orang lain. Carilah orang lain yang lebih berhak," putusku.

Abang Kamal mengambil Maisarah dari ribaanku.

"Maafkan abang. Abang sangka abang takkan tersilap lagi."

"Semua orang buat silap tapi kita kena belajar dari kesilapan yang pernah kita buat."

"Abang minta diri dulu, Fatin. Abang doakan semoga Fatin bahagia." Aku hanya mengangguk lemah.

"Terima kasih. Fatin juga berdoa abang akan lebih bahagia dari hari ini."

Abang Kamal berlalu meninggalkan aku. Lemah langkahnya menuju ke rumah Kak Julia selang tiga rumah dari rumahku.

"Amboi! Seronoknya dapat jumpa mata air lama, ye sayang," sindir Abang Amirul lalu duduk di sebelahku. Aku mencubit pinggangnya.

"Pasu kristal sayang dia dah pecahkan. Kalau digantikan dengan yang baru pun mungkin tak sama dengan yang lama. Tapi mangkuk kristal abang masih elok sayang simpan. Nanti kalau pecah, sayang cari pinggan kristal pula," balasku selamba.

"Amboi! Ada hati nampak," usiknya lagi.

"Siapa yang mulakan dulu? Abang ke sayang?" balasku tidak mahu kalah.

"Yelah, yelah. Dia je nak menang. Bertuah betul sayang abang ni," Abang Amirul mengalah. Aku tergelak.

"Memanglah sayang bertuah. Semuanya kena kristal," sambutku lalu berlari masuk ke rumah sebelum disakat dek Abang Amirul.

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini