rss


Bibir tak perlu lagi berbicara…bila hati telah mula berkata-kata…
Aku cinta padamu…

  
   “Ana nak jumpa nti malam nanti di blik gerakan.” Tegas suaranya di telingaku. Sedetik itu, hatiku bersuara, siapa dia untuk memberikan kata berbaur arahan padaku? Dia bukan Presiden yang ku hormati, dia juga bukan ahli Exco yang mengepalai biro di mana aku ditugaskan.

   “Nti dengar tak?” ah, suara itu lagi.

   “Ana dengar.” Ringkas jawapanku, mengharapkan dia terus menamatkan panggilan itu.

   “Kita jumpa malam nanti.” Serentak itu, tanpa salam mahupun kata tamat, dia mematikan talian. Aku termanggu, benarkah ini Faqih Sufiyyan yang aku kenali?

   Aku mengenali Faqih Sufiyyan bin Fauzi sewaktu aku masih di bangku sekolah. Dia antara mujahid yang disegani di sekolahku tika itu. Perjuangannya bersama sahabat-sahabat yang lain sangat dikagumi. Siapa yang tidak mengenali ahli usrah Ustaz Hadi. Nama-nama itu terus gah meniti di tiap bait bibir sesiapa sahaja yang berada di sekolah itu. Faqih Sufiyyan, Abu Khair, Khairuddin, Khairul Hidayat, Muharram…dan aku hanyalah seorang insan yang hanya mampu memandang mereka dari jauh. Bukan tidak pernah sahabat-sahabat ku yang lain mengajak aku menyertai mereka, namun tika itu, tidak pernah terdetik walau sekali di hatiku untuk bersama mereka, sama-sama memartabatkan syiar Islam di sekolah. Ah, aku masih terlalu muda waktu itu…masih terlalu naif…tambahan pula bila aku baru sahaja menjejaki sekolah itu. Setelah aku kehilangan umi dan abuya di dalam sebuah kemalangan jalan raya, aku dipindahkan ke sekolah ini oleh ibu saudaraku. Katanya aku perlukan pembaharuan. Katanya jua aku perlu mencari diriku sendiri yang telah hilang, bersama-sama perginya umi dan abuya. Tuhan…aku rindukan mereka…

   “Woi, mengelamun!” patung Patrick yang dibaling Fai, teman sebilikku mengenai kepalaku. Aduh…

   “Kau ni kan, Fai…memang takleh tengok orang senang…” Fai mengambil tempat di sebelahku.

   “Kau teringatkan sape, Faseh?”

   “Aku…aku teringatkan umi dan abuya…” serentak itu, air mataku gugur satu persatu…

“Isk…ni yang aku lomah ni. Den tak reti pujuk orang nangis ni. Kang aku panggil dak Faqih kang..” Tuhan, berderau darahku mendengarkan nama itu. Fai… air mata yang semakin laju mengalir aku sapu perlahan. Fai tergelak kecil dan aku hanya tersenyum memandangnya. Kalau bukan kerana Fai, sudah pasti aku tidak mampu tersenyum lagi.

“Tengok tu…asal aku sebut nama tu, mesti kau diam. Kau ni ada apa-apa ke ngan dak Faqih tu, Faseh?” Tuhan…nama itu lagi…

“Fai…cubalah kau usik aku dengan nama lain pulak…cuba kaitkan aku dengan Muaz ke…Dolah tu ke…Fiqri tu ke…”

“Yang tu sume tak pakai…Faqih je layak untuk kau”. Fai memotong ayatku. Dia ketawa lagi. Dan aku, entah buat ke berapa kalinya, terasa jantungku berdegup kencang…


“Ana tak reti buat semua ni.” Suaraku lemah. Dia hanya membisu memandangku.

“Ana tak kira. Ana nak nti siapkan malam ni jugak.” Ya Allah…kenapa perlu lelaki ini menemuiku…kenapa perlu aku mengenali lelaki ini…

“Ana cakap…ana tak reti…” aku merenung kosong skrin komputer di hadapanku. Faqih menyuruhku menemuinya di bilik gerakan untuk menyiapkan kertas kerja program anak angkat yang terbengkalai sekian lama. Walhal itu bukan tugasku. Aku hanyalah bendahari, yang tugasku hanya menguruskan bahagian kewangan. Air mataku mula mengalir. Ah, kenapa mesti waktu-waktu begini kau ingin membasahi wajahku?

“Eh, ana suruh nti buat kertas kerja tu. Bukan nangis.” Faqih mula bersuara cemas. Dia mundar-mandir di belakangku.

“Nta kan ada setiausaha…kenapa mesti ana…” aku menangis lagi. Entah kenapa air mata ini begitu murah kala aku berada di hadapannya. Luruh tembok ego yang aku pertahankan selama ini.

“Asma’ mintak ana cari orang lain. Dia sibuk dengan program lain.”

“Kenapa mesti ana…” soalan itu dia jawab dengan sebuah kebisuan. Dia mengeluh kecil. Aku mencapai telefon tanganku lantas dengan pantas nombor telefon Fai aku dail.

“Nti call sape?” aku tidak menjawab soalan itu. Pada Fai, aku memintanya agar segera ke bilik gerakan dan menemaniku. Bimbang jua akan fitnah yang bakal timbul andainya orang lain melihat kami di sini berdua. Isk, kenapalah dari tadi aku tak terfikirkan hal itu?

Belum pun sampai sepuluh minit seperti yang dimintanya, Fai sudah berada di hadapanku. Muharram, sahabat yang sentiasa bersama Faqih juga tiba serentak. Faqih berundur sedikit, menjauhi kami dan mendapatkan Muharram.

“Kau buat apa kat Faseh ni, Faqih?” Fai bersuara, garang. Faqih terkesima. Dia mungkin tidak biasa dengan perempuan sekasar Fai.

“Er…ana tak buat apa-apa pun.”

“Tak yah ana nti dengan aku. Aku tak biasa semua tu. Maaflah. Aku bukan dari stok sekolah agama macam korang ni. Tapi aku roomate Faseh. Dia takkan nangis kalau takde ape-ape. Ape yang dah ko buat ni?”

Hampir saja aku tergelak mendengar Fai memarahi Faqih. Tuhan, syukur aku dikurniakan sahabat seperti Fai…

   “Ana…eh, aku…urm…saya…” Faqih gagal menyusun ayat. Muharram berdehem kecil.

“Apa aku, ana, saya? Nak bercakap pun kau tak reti, macam mana kau nak jadi presiden ni? Aku dengar bukan main lagi nama kau bakal dinaikkan jadi presiden tahun depan. Apa yang dia suruh kau buat, Faseh?”

“Dia mintak aku siapkan kertas kerja…” aku menjawab perlahan. Terasa seolah-olah aku masih anak kecil di sisi Fai…Faqih memandangku, buntang…

“La…itu pun kau nak nangis? Kau ni pun satu, Faqih. Kau kan ada secretary kau sendiri. Buat apa kau nak kacau bendahari ni? Kau tak reti ke bidang tugas masing-masing?” Fai masih terus membebel bila dia menyuruhku bangun dari tempat dudukku.

“Setiausaha dia ada kerja. Tadi baru dia khabarkan pada Faqih melalui ana.” Muharram menjawab bagi pihak Faqih.

“Ha, dia ada kerja pastu kau nak kerjakan pulak bendahari kau?” Fai tidak mempedulikan ‘kesopanan’ Faqih dan Muharram.

“Fai…dahla tu…”

“Kau nak bela pulak jantan yang buat kau nangis ni?” eh, aku pulak yang kena marah?

“Nti nak buat apa?” Faqih bersuara, bila melihat Fai mula menekan papan kekunci di hadapannya.

“Aku pernah jadi setiausaha. Kalau roomate aku sampai nangis dikerjakan kau, jangan harap aku pun nak nangis sama. Aku tahu kau ni special di mata roomate aku ni. So, biarlah aku tolong dia tolong kau.” Jawapan Fai itu mengejutkan aku dan Faqih. Dia memandangku dan aku…aku memalingkan muka ku ke arah lain. Fai…kenapa kau cakap macam tu?

“Wei, takde masa nak buat drama ni. Bagi tau la apa objektif korang ni. Kau nak aku isi ape dalam paperwork korang ni?” dan suara Fai itu membuatkan kami sama-sama kembali memandang antara satu sama lain!


“Korang ni kelakar la!” Fai menghempaskan tubuhnya di katil. Dia ketawa lagi. Sepanjang perjalanan kami pulang ke blok asrama, tidak habis-habis aku ditertawakannya. Lewat juga kami pulang malam itu. Mujur ada Fai. Jika tidak, aku lah yang akan sengsara dipaksa menyiapkan kertas kerja itu. Syukur, Ya Allah…hujungnya, aku dapat melihat senyuman Faqih…senyuman yang bisa melemahkan iman wanita seumpamaku yang melihatnya…

“Dah la tu, Fai…dah semalaman kau gelakkan aku…” Aku akhirnya cuba meredakan tawanya yang masih belum berhenti. Telefon tanganku tiba-tiba berbunyi, menandakan ada mesej yang tiba.

‘Salam. Syukran jazilan. Sampaikan salam ana pada sahabat nti yang banyak menolong ana. Ana belum biasa dengan orang seperti itu. Ingin mengenalinya. Nti jadi orang tengah?’

Ringkas ayat itu, namun penuh maksud. Aku memandang wajah Fai yang keletihan. Benar, wajah itu memang istimewa…dia tidak seperti orang lain. Biarpun dia bukan dari sekolah-sekolah agama seperti kami, dia tetap menjaga batas auratnya dengan sempurna. Dia pandai membawa diri di khalayak ramai. Cuma dia terbiasa berbicara seperti itu dengan sesiapa sahaja. Dia anak bongsu, daripada tujuh adik beradik yang semuanya terdiri dari lelaki. Tidak hairanlah dia sedikit kasar jika ingin dibandingkan dengan perempuan lain. Aku menghormatinya kerana itu.

“Fai…” aku tidak jadi meneruskan kata-kataku bila memandang dirinya yang telah terlena. Mujur juga kami berhenti menunaikan solat Isya’ di masjid sebentar tadi. Aku membaca kembali mesej Faqih sebentar tadi. Entah mengapa, ada rasa gembira di sebalik kekecewaanku. Ah, aku mahu kecewa atas dasar apa? Gilakah aku ini?

‘InsyaAllah…ana sudi.’ Itu sahaja jawabku. Moga dia mengerti…

Ya Allah…Kau berilah hambaMu ini petunjuk dan inayahMu…lorongkan aku ke jalan yang benar…amin…


Hari itu kami tidak ke mana-mana. Aku hanya menemani Fai ke Jaya Jusco mencari baju untuk dihadiahkan pada ayahnya. Selepas itu, kami terus pulang ke asrama. Kata Fai, terlalu banyak tugasan untuk dia siapkan. Tibanya kami di bilik, ada sepucuk surat diselitkan di bawah pintu. Aku mengambilnya. Tertera dengan cantik tulisan khat di sampulnya, ‘Ukht Faizah Husna’. Tulisan khat ini…aku kira aku pernah melihatnya…baru sahaja aku ingin serahkan pada Fai, dia sudah berkata.

“Kau baca jelah. Pastu kau bagitau aku apa isinya. Aku sibuk.” Lantas dia terus duduk di hadapan komputer ribanya. Aku kelu, hanya memandangnya bisu. Tanganku laju membuka sampul surat itu. Aku membacanya sekuat hati, agar Fai mendengar…Ah, Faqih…

Assalamualaikum.
Ukhti, ana nak ucapkan terima kasih atas bantuan nti.
Ana tak pandai berkata-kata.
Ana nak mengenali nti lagi.
Ana harap nti sudi.
         Faqih Sufiyyan.

“Aku tak nak.” Ringkas jawapannya. Aku mengambil tempat di sisinya, cuba mencari kepastian.

   “Aku tak nak.” Diulang ayat yang sama seperti tadi. Aku masih diam memandangnya.

“Aku cakap, aku tak nak, Faseh. Kau bagitau dia aku tak nak. Aku tak nak.” Daripada getar suaranya, aku dapat menjejak rahsia di sebaliknya. Namun aku tidak tahu apa rahsia yang cuba dia sembunyikan. Ada air mata di hujung kata-kata itu. Fai…

“Aku tak nak, Faseh. Aku tak nak kenal lelaki macam tu. Cukuplah apa yang Zikri buat pada aku.” Akhirnya Fai bersuara. Aku menggenggam erat tangannya, cuba menenangkan dia.

“Zikri…”

“Zikri mainkan hati aku. Kau pun kenal Zikri tu orang yang macam mana. Dia pun sama macam Faqih. Orangnya sama seperti itu. Berkopiah, berbaju melayu ke mana saja. Tapi Zikri mainkan aku.” Belum sempat aku bertanya lanjut, dia sudah mula bercerita.

“Tapi mungkin Faqih takkan buat macam tu, Fai.”

“Ah, aku dah jelak dengan lelaki seperti itu. Cukuplah sekali.”

“Tapi aku kenal Faqih. Dia disegani di sekolah kami dulu, Fai. Dia baik.”

“Kau sukakan Faqih, kan?” aku terkejut dengan soalannya.

“Kau sukakan dia kan, Faseh?” aku diam.

“Kau nak aku berkawan dengan Faqih sedangkan kau sukakan dia, Faseh? Kau ingat aku ni kejam sangat ke?”

“Fai…kalau ya pun aku sukakan dia, dia sukakan kau, Fai.” Aku bersuara,lemah. Fai melepaskan tangannya dari genggamanku.

“Aku tak nak!” serentak itu, dia bangun meninggalkan aku.

Fai…


‘Ukht dah cuba pujuk dia?’ sms itu ku pandang bisu.

Faqih telah berulang kali menghantar mesej padaku, menanyakan Fai sedangkan sahabatku yang seorang itu telah hampir seminggu tidak bertutur denganku. Aku sendiri tidak tahu di mana silapnya aku. Surat yang Faqih kirimkan itu pun bukannya melalui aku, sebaliknya melalui sahabat usrahnya, Hayati yang kebetulan tinggal di bilik bersebelahan denganku. Fai masih tidak dapat menerima hakikat itu…hakikat yang Faqih terlalu ingin mengenali dirinya yang istimewa. Fai tidak pernah menyedari hakikat itu. Dia masih dibayangi kenangan silam yang mengheretnya ke lembah kekecewaan. Barulah ku tahu, Zikri terlalu kejam memainkan perasaannya. Di saat Fai mulai yakin dengan hubungan yang terbina, setelah Fai membawanya bertemu ibu dan bapanya dan setelah Zikri memperkenalkan Fai pada ibunya, Zikri mula menjauhkan diri. Mulanya Fai masih tidak bersangka buruk, sehinggalah ada perempuan yang menghubungi Fai, mengaku bahawa dia adalah tunangan Zikri. Hati mana yang tidak remuk dihadapkan hukuman seberat itu. Sedikit sebanyak, aku memahami jiwa Fai. Aku tahu, di sebalik kegagahannya, dia sebenarnya seorang wanita yang lembut…Fai…

Pada Faqih, telahpun aku khabarkan cerita itu. Bukan niat ku untuk membuka aibnya, tapi untuk memahamkan Faqih akan situasi Fai.

‘Ana tak kisah. Jika Zikri mengecewakan dia, ana ingin mengubatinya. Ana nak halalkan hubungan ana dengannya.’

Ah, mana mungkin Fai akan menerima Faqih semudah itu…hatinya remuk, jiwanya hancur. Aku pun pelik akan kesungguhan Faqih. Setahu ku ramai lagi yang mengkagumi lelaki ini (termasuk aku). Tapi mengapa Fai yang menjadi pilihannya. Mengapa tidak dicari sahibah-sahibah dalam perjuangannya? Mengapa tidak dicari sahaja rakan-rakan usrahnya yang sama-sama berjuang di landasan yang sama? Mengapa mesti Fai? Dan adakalanya, syaitan berbisik di telingaku…mengapa bukan aku? Astaghfirullah…

Hampir setahun perkara itu dibiarkan beku begitu sahaja. Hubungan aku dan Fai kembali seperti biasa, setelah aku janjikan padanya yang aku tidak akan lagi menyentuh tentang soal itu. Faqih pun telah kembali seperti biasa (aku harap). Kami di tahun akhir, bila sekali lagi, Faqih menghantar warkah pada Fai…sekali lagi, Fai memintaku untuk membacanya.

Assalamualaikum…
Bismillah…

Ukht,
Ana tahu, ukht pasti ingat ana dah lupakan tentang semuanya. Ana takkan lupa.
Samada ukht sudi atau tidak, ana akan hantar rombongan ke rumah nti sebaik selepas peperiksaan akhir nanti. Ana nak nti bersama ana, menjadi sayap kiri ana. Ana tekad, dan ana nekad. Nti istimewa di mata ana. Dan nti jawapan pada istikharah ana selama ni…

Ya Allah…
Faqih…bukan aku tidak tahu, selepas aku khabarkan padanya yang Fai menolaknya kerana masih kecewa kerana Zikri suatu ketika dulu, dia terus ke masjid, memohon taubat pada Allah kerana telah membuat hambaNya bersedih hati. Dan bukan aku tidak tahu, dia tidak pernah jemu mengajukan istikharah pada Allah, memohon yang terbaik buat dirinya. Bukan juga aku tidak tahu, Faqih banyak menghantarkan pesanan ringkas buat Fai melalui telefon tangannya selama ini. (aku pun tak tahu dari mana dia menjumpai nombor telefon Fai. Puas aku cuba terangkan pada Fai yang aku tidak bersalah)

Aku mencapai telefon tangan Fai yang berada di sebelahku. Fai telah lama dibuai mimpi indah. Maafkan aku , sahabat…aku ingin sekali mengetahui apa yang dihantar Faqih kepadamu…

‘Salam. Ukht, ana kagum dengan nti. Kegagahan seorang wanita bukan pada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan (macam nti). Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan. Perempuan yang tabah menanggung rindu setelah ditinggalkan.(macam nti). Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan. Kegagahan perempuan berdiri atas teguh iman…’

‘Ukht, ana cuba guna bahasa nti. Aku nak kau jadi sayap kiri aku. Err…ana kekok. Maafkan ana. (ana tahu nti tersenyum)’

‘Renunglah dengan mata hati kerana pandangan mata selalu menipu. Pandangan akal selalu tersalah. Pandangan nafsu selalu melulu. Pandangan hati itu yang hakiki.’

‘Salam. Aku dengar kau sakit. Aku tak nak kau sakit lagi. Ok? (Muharram paksa ana guna cara nti lagi. Ana kekok…) –ana tahu nti tersenyum lagi. Syukran. ’

   “Faseh…” panggilan itu mengejutkan aku. Hampir saja telefon itu terlepas dari genggamanku.

   “Kau marahkan aku?” suara Fai lemah sekali di telingaku. Aku menghampirinya.

   “Untuk apa, Fai?” tangannya ku genggan lembut. Wajahnya ku usap, penuh sayang. Tuhan, benar, aku sayangkan sahabatku ini.

   “Faqih…” ah, nama itu lagi…

“Shh…aku tak pernah menyimpan perasaan itu. Malah aku bahagia bila dia bahagia.” Air mata Fai mula mengalir perlahan…

“Aku minta maaf.” Dia bangun dan memelukku. Aku membalas, erat. Tak akan aku lepaskan kau pergi, sahabatku!

“Aku tak nak…”

“Apa lagi yang kau tak nak ni, Fai? Dia dah cukup baik untuk kau. Siap belajar cakap cara kau lagi. Kau tahu, dia tak pernah cakap macam tu. Dia tu baik, Fai…dia sesuai untuk kau. Terimalah dia, Fai…dah lama sangat kau buat dia tertunggu-tunggu…” Fai diam, suasana hening seketika…

“Dia skema…” tawaku pecah mendengarkan ayat itu. Akhirnya, kami tertawa bersama, dalam satu suasana yang hanya Allah mengerti…ya Allah, Kau hadiahkanlah kebahagiaan pada sahabatku ini…sungguh, YA Allah…aku bahagia andai mereka bahagia!



Panggilan yang aku terima sebentar tadi membuatkan hatiku berbunga. Fai telah sah diijabkabulkan dengan Faqih! Alhamdulillah…aku tak dapat menghadiri majlis pernikahannya, lantaran aku sedang berada di United Kingdom, menyambung perjuanganku mengutip segulung sarjana untuk dihadiahkan pada umi dan abuya sebaik sahaja aku menamatkan sarjana muda ku. Perkhabaran tadi benar-benar melegakan aku. Hmm, Faqih bukan milikku…biarpun aku yang dulu mengenalinya. Mungkin telah tersurat, aku adalah jambatan yang menemukan Faqih dan Fai…syukur, Alhamdulillah!

Aku tak berhak untuk kecewa, apatah lagi berpatah hati. Aku bukanlah semulia Fai untuk menerima Faqih dalam hidupku. Sungguh, aku gembira! (walaupun aku menangis…)

Telefon tanganku bingit berbunyi, meminta aku untuk menjawabnya. Eh, mak long…

“Assalamualaikum Mak Long…” salam ku hulur.

“Alaikumussalam…Faseh sihat?” suara Mak Long ku dengar bahagia.

“Alhamdulillah. Mak Long ni…kan Faseh dah pesan, jangan call. Biar Faseh je yang call Mak Long. Kan mahal ni…”

“Mak Long ada berita untuk Faseh…” jantungku berdegup, kencang…

“Ustaz Muharram hantar rombongan meminang…Mak Long terima…katanya majlis nanti bila Faseh balik ke Malaysia…”

Ya Tuhan……………..Muharram??

Ya Allah………………………….bahagia itu milikku jua akhirnya!!!

"Alamak hujanlah pulak," Amri merungut. Namun dia mengagahkan diri mengharungi hujan yang turun semakin lebat dengan basikal tuanya.

"Tak boleh jadi ni, hujan makin lebatlah pula," Amri mengayuh basikalnya dengan lebih laju. Dia memarahi dirinya sendiri yang berdegil mahu keluar juga malam ini ke rumah kawannya yang terletak dikampung sebelah.

"Macam ada pondok kat sana tu, baik aku kesana tumpang berteduh kejap," Amri berkata sendirian sebaik sahaja matanya terlihat sebuah pondok kecil ditepi jalan. Amri mempercepatkan lagi kayuhan basikalnya meredah hujan berserta angin yang menggila.

"Sampai pun, habis basah baju aku. Ada orang ke tak ni? Tadi aku tengok macam ada cahaya kat dalam," Amri memanjangkan lehernya menjenguk ke dalam pondok.

'Bukan ke pondok ni orang cakap keras? Ah…pedulilah dengan cakap orang, orang lain tu penakut sangat, selalu sangat memomokkan diri dengan cerita karut marut,' Amri bermonolog sendirian didalam hatinya.

Hujan yang semakin lebat tidak menampakkan tanda-tanda hujan akan reda. Angin hujan menampar tubuhnya yang kurus itu, Amri memeluk tubuhnya dengan lebih kejap lagi, tiba-tiba terdengar bunyi pintu pondok itu terbuka. Amri tersentak, dan dengan spontannya dia memalingkan mukanya menghadap ke pintu.

"Apa yang anak buat dekat depan tu, marilah naik. Hujan lebat tu," pelawa suara lelaki tua pemilik pondok ini barangkalinya.

"Assalammualaikum pak cik, maaf mengganggu, saya tumpang berteduh kejap," ujar Amri dengan sopan.

"Marilah naik dulu, lambat lagi hujan nak berhenti tu, basah badan anak tu nanti, mari naik dulu," ajak orang tua itu sekali lagi. Amri serba salah untuk naik ke dalam, khuatir mengganggu pemilik pondok itu.

"Takpelah pak cik, saya berteduh diluar ni pun dah cukup," Amri menolak lembut.

"Janganlah begitu, pak cik seorang je tinggal dalampondok ni pun, mari naik, jangan malu-malu dengan pak cik nak," sekali lagi lelaki tua itu mempelawa Amri untuk naik kepondoknya.

"Baiklah pak cik," akhirnya Amri mengalah dan masuk ke dalam.

"Duduklah nak, maaflah, rumah pak cik ni kecil je, lagipun pak cik tinggal seorang diri je dekat sini," tutur lelaki tua itu.

"Oh,begitu, dah lama ke pak cik tinggal dekat sini?" soal Amri.

"Dah hampir 70 tahun pak cik tinggal dekat sini. Siapa nama anak ni?"

"Nama saya Amri pak cik. Pak cik ni siapa nama?" soal Amri pula.

"Panggil saja pak cik ni Pak Tua, maklumlah pak cik dah tua," seloroh orang tua itu.

"Anak-anak pak cik duduk dimana?"

"Pak cik ni manalah ada anak, kahwin pun tak pernah. Pak cik duduk seorang diri je dekat sini sebatang kara," ujar Pak Tua sambil menghembuskan asap rokok daunnya.

"Pak cik, maaf kalau pertanyaan saya ni menyinggung pak cik, kenapa orang kampung semua kata pondok pak cik ni 'keras' tempatnya?" soal Amri bertapis.

"Keras ke? Rasanya rumah pak cik ni diperbuat dari kayu," kata Pak Tua separuh bergurau.

'Main-main pula pak cik ni, aku cepuk juga nanti.' Amri mengomel dalam hati.

"Entahlah nak, pak cik pun tak tahu kenapa orang kat sini cakap macam tu, sedangkan pondok pak cik ni berpenghuni. Anak tak usah dengar omongan mereka semua tu, diaorang semua tu dah dimomokkan dengan cerita tahyul. Jadilah macam tu," Pak Tua menarik muka.

"Hujan hampir reda ni, saya pun nak beransur dululah pak cik, nanti tercari-cari pula mak saya," Amri meminta diri dengan sopannya.

"Nak balik dah ke? Tak puas rasanya berborak dengan anak. Kalau sudi datanglah lagi ke mari teman pak cik berbual," balas Pak Tua.

"InsyaAllah pak cik. Kalau ada kesempatan saya ke mari lagi," Amri bersalaman dengan Pak Tua. Dia menaiki basikal tuanya dan memulakan kayuhan perlahan. Amri mengayuh basikalnya menempuh angin malam.

"Assalammualaikum, mak...oooo...mak..bukapintu ni mak. Am dah balik ni," Amri memberi salam.

"Waalaikumsalam, kenapa balik lambat ni Am? Risau mak," Mak Timah menutup daun pintu rumahnya.

"Maaflah mak, Am buat mak risau, hujan lebat sangat tadi sampaikan Am terpaksa berteduh dekat pondok tepi jalan tu," ujar Amri sambil menguap menahan kantuk.

"Hujan? Pondok?" Mak Timah seakan terkejut mendengar kata-kata anaknya. Baru hendak membuka mulut bertanya lebih lanjut, dilihat anaknya sudah tertidur diatas kerusi. Perlahan-lahan dibangunkan anaknya untuk masuk ke dalam bilik. Amri bangun dan menuju ke dalam biliknya

"Amri, berani kau ye?" sapa Riduan, anak Pak Said.

"Apa yang beraninya ni?" Amri menyambut salam yang dihulurkan oleh Riduan.

"Semalam aku nampak kau berhenti depan pondok tepi jalan tu, apa kau buat kat situ? Bukan ke orang kata pondok tu 'keras' sikit," ujar Riduan lagi.

"Apa kau merepek ni? Semalamkan hujan lebat, kalau tak disebabkan hujan lebat, takde maknanya aku nak tumpang berteduh kat pondok tu," balas Amri.

"Hujan? Bila masa hujan pula ni? Elok je semalam aku lalu," sangkal Riduan.

"Hujanlah, habis basah baju aku, nasib baik Pak Tua pelawa aku masuk dalam pondok dia," giliran Amri pula menyangkal dakwaan Riduan.

"Kau ni mimpi ke apa? Semalam cuaca elok je, ada pun hujan renyai-renyai je, itupun kejap sahaja," tegas Riduan dan membuatkan Amri berang kerana merasakan Riduan tidak mempercayai kata-katanya.

"Aku pergi dululah, susah betul bercakap dengan orang yang tak percayakan kata-kata orang lain ni," Amri bangun dan meletakkan beberapa keping duit seringgit di atas meja dan terus berlalu ke basikal tuanya yang dipakir tepi warung Wak Seman.

Riduan terkebil-kebil melihat gelagat temannya itu, fikirannya melayang mengingati peristiwa yang berlaku pada malam semalam. Ketika itu, dia dalam perjalanan untuk pulang ke rumah menaiki motornya, dalam perjalanan itu, dia terpandang sesusuk tubuh manusia yang berdiri didepan pondok buruk yang terletak tepi jalan.

Setelah hampir dengan pondok itu, barulah dia perasan susuk tubuh yang dilihatnya dari jauh ialah Amri, anak Mak Timah. Dia memperlahankan motornya, hajat dihati ingin bertanyakan anak Mak Timah itu, apa yang sedang dibuatnya depan pondok buruk itu. Mungkinkah basikalnya rosak?

Dia semakin hampir dengan pondok itu, lalu diberhentikan motornya sebentar, dia melangkah setapak menuju kearah Amri. Amri seolah-olah tidak perasan akan kehadirannya, malah dia melihat Amri seperti sedang bercakap dengan seseorang dimuka pintu pondok itu.

Langkahnya terhenti sebentar, namun disangkal apa yang dilihatnya. Niatnya baik, untuk membantu temannya jika dalam kesusahan. Dia melangkah setapak lagi, tiba-tiba angion menderu menampar mukanya dengan kuat. Sekonyong-konyong angin berlalu, dia terlihat suatu kelibat berwarna hitam sedang menyeringai ke arahnya.

Dia yang terkejut terus membuka langkah seribu, segera dihidupkan enjin motornya dan memecut dengan lajunya membelah angin malam. Hatinya tidak putus berdoa agar dirinya serta temannya, Amri selamat dari berlaku apa-apa yang tidak elok.


"Am, dah balik ya...mari makan sekali dengan mak," pelawa Mak Timah yang sedang menghidangkan lauk pauk yang dimasaknya diatas meja.

"Em...boleh juga tu mak. Sedapnya bau masakan mak ni, tiba-tiba perut Am rasa lapar pula," Amri tersengih menayangkan giginya.

"Marilah, mak sendukkan nasi," Mak Timah menyendukkan nasi ke dalam pinggan dan diberikan pada Amri.
"Am...mak nak tanya sikit kamu ni, boleh?" soal Mak Timah hati-hati.

"Mak nak tanya apa? Tanyalah," balas Amri yang sedang sibuk mencapai lauk.

"Semalam lepas balik dari rumah Kojan, kamu ke mana?"

"Kemana mak, lepas ke rumah Kojan semalam. Am terus balik rumahlah mak, tapi tak sangka pula Am, hujan turun tiba-tiba, lebat pula tu mak," Am menceritakan serba sedikit hal semalamnya.

"Betul ke ni nak?" soal Mak Timah sekali lagi.

"Betul mak, kenapa? Mak tak percaya ke dengan cakap Am ni?" Amri merengus perlahan, rasa marah bertandang tiba-tiba. Namun segera ditepis perasaan marah itu agar tidak menguasai akal fikiran jahatnya.

"Baiklah macam tu, mak percaya dengan apa yang Am cakapkan," balas Mak Timah.

"Mak, boleh tak mak masak lebih sikit malam nanti?" soal Amri tiba-tiba.

"Am nak buat apa?"

"Am ingat, malam ni Am nak pergi melawat Pak Tualah," balas Amri sambil menyuap kembali nasi ke dalam mulutnya.

"Pak Tua yang mana ni Am?"

"Pak Tua, nama orang yang tinggal kat pondok tepi jalan tu," tutur Amri.

"Setahu mak, pondok tepi jalan tu tak berpenghunilah Am," tukas Mak Timah.

"Kalau tak berpenghuni, macam mana Am boleh bercakap dengan Pak Tua semalam?"

"Entah-entah kamu ni bercakap dengan hantunya tak?" dengan lancang sekali Mak Timah berkata membuatkan Amri tersentak lalu terhenti selera makannya.

"Am dah kenyanglah mak, Am masuk bilik dulu," Amri menolak kerusi kebelakang dan membasuh tangannya disinki lalu naik ke atas dan masuk ke dalam biliknya. Mak Timah terdiam, salah dia juga, siapa suruh mulutnya gatal-gatal mengatakan yang bukan-bukan.

"Aku tak fahamlah, kenapa semua orang cakap pondok Pak Tua tu 'keras'?" fikiran Amri bercelaru mengingati semua itu.

Hatinya kuat menyangkal kata-kata orang kampungnya yang mengatakan pondok ditepi jalan itu 'keras'. Fikiran orang sekarang senang saja disaluti oleh cerita tahyul, apa-apa pun hatinya berkeras untuk melawat Pak Tua yang kesepian duduk seorang diri dipondoh usang itu.

"Mak, Am nak keluar ni. Mak buat tak apa yang Am pesan siang tadi?" soal Amri pada Mak Timah yang sedang melipat pakaian.

"Dah, mak dah siapkan makanan yang Am nak tu, ada atas meja tu. Ambillah," ujar Mak Timah, hati tuanya merasakan tidak sedap hati untuk melepaskan anak bujangnya yang seorang, satu-satu waris yang dia ada.

Namun disedapkan sendiri hatinya, mendoakan mudah-mudahan anaknya itu selamat selalu.Bukan dia tidak mahu menahan keinginan anaknya untuk ke pondok buruk itu, cuma dia tidak mahu anak terunanya itu bermasam muka dengannya nanti, maklumlah orang berdarah muda ni bukan senang nak menahan keinginannya.

"Mak, Am pergi dulu ya mak," pinta Amri sekaligus mematikan lamunan Mak Timah sebentar tadi.

"Hati-hati ya Amri, jangan balik lambat sangat, risau mak nanti," sempat Mak Timah memesan pada anak terunya. Dia menghantar kelibat anaknya sehingga kelibat Amri hilang ditelan angin malam.

"Assalammualaikum, Pak Tua..." Amri memberi salam. Sepi tiada jawapan.

"Assalammualaikum, Pak Tua..." sekali lagi Amri memberi salam.

"Pak Tua...oooo...Pak Tua.." Amri memanggil Pak Tua. Kedengaran derap kaki berjalan ke arah pintu.

"Oooo...Amri, masuklah. Maaf, tadi Pak Tua ada dekat belakang kejap," ujar Pak Tua.

"Ambillah ni pak cik, saya minta mak saya masakkan lebih untuk pak cik," Amri menghulurkan sebungkus bekas makanan kepada Pak Tua.

"Terima kasihlah nak, buat susah-susah anak je bawa untuk pak cik," dia menyambut huluran dari tangan Amri.

"Duduklah, kebetulan hari ni rezeki anak, siang tadi pak cik ke kebun, adalah sikit ni, bolehlah dihidangkan untuk anak," Pak Tua melangkah ke dapur yang hanya terletak beberapa tapak saja dari ruang tamunya yang sebesar kangkang kera.

"Buat susah-susah je Pak Tua ni, saya datang ni hajat nak melawat Pak Tua, tak sangka saya langkah kanan hari ni," Amri tersenyum melihat Pak Tua yang membawa sepiring ubi kayu yang direbus berserta sedikit gula dan garam.

"Tak susah pun, ni saja pun yang boleh pak cik hidangkan untuk anak, jemputlah makan nak," pelawa Pak Tua.

"Terima kasih pak cik, jemputlah makan sekali pak cik," giliran Amri mempelawa tuan rumah.

"Makanlah nak, pak cik masih kenyang lagi ni," balas Pak Tua.

"Anak dari mana ni?"

"Saya dari rumah, terus datang sini," balas Amri.

"Ooo..begitu," Pak Tua mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Manis sungguh ubi pak cik ni, lembut dan padat isinya," Amri memakan dengan lahapnya.

"Kalau suka, makanlah banyak-banyak," kata Pak Tua sambil tersenyum.

"Dah kenyang ke?" soal Pak Tua setelah Amri selesai makan.

"Kenyang dah pak cik, sedap sungguh ubi pak cik," puji Amri.

"Dah kenyang macam ni, mengantuk pula mata ni, tapi saya kena balik. Nanti risau pula mak saya," ujar Amri yang terbayang wajah tua maknya.

"Tidur jelah disini,apa salahnya. Pak cik tak kisah pun, lagipun pak cik seorang je kat rumah ni," pujuk Pak Tua.

"Baiklah, tapi saya kena balik lepas subuh nanti," Amri mengalah akhirnya. Matanya terasa berat seolah-olah ada beberapa biji besi menindih matanya.

"Ambillah ni, harap anak selesa tidur disini," kata Pak Tua.

"Saya tak kisah pun Pak Tua, saya tidur dulu ya Pak Tua. Mata saya ni dah berat sangat ni," ujar Amri sambil mengatup mulutnya.

"Amri......! Amri.....! Amri......!" terdengar laungan suara orang kampung memanggil nama Amri bertalu-talu.

"Tok! Dekat sini tok," Riduan memanggil Tok Penghulu.

"Mana dia?" soal Tok Penghulu.

"Tu...," Riduan menunjukkan jari telunjuknya ke arah Amri yang sedang lena didalam pondok.

"Amri....bangun nak..." tok Penghulu cuba membangunkan Amri yang masih tidur dengan culas sekali. Amri membuka matanya dengan perlahan-lahan, dia tersentak lalu tersedar apabila melihat beberapa orang mengelilingi dirinya. Mak Timah terus menerpa tubuh Amri dan memeluk anaknya itu.

"Am...kan mak dah cakap," Mak Timah mengusap-ngusap kepala anaknya berkali-kali.

"Apa yang dah jadi ni mak? Tok? Saya kat mana ni?" terpacul soalan dari Amri yang masih terpinga-pinga dengan keadaan sekarang.

"Kau tak ingat ke apa jadi semalam?" soal mak Timah pada Amri, anaknya. Amri menggelengkan kepalanya.

"Kau kata semalam kau nak ke rumah Pak Tua yang duduk dipondok tepi jalan," Amri mengingati semula peristiwa semalam sebaik saja mendengar kata-kata maknya.

"Nilah rumah yang kau nak pergi nak," ujar Tok Penghulu pada Amri. Mak Timah menganggukkan kepalanya.

"Apa yang dah jadi ni nak?" soal Mak Timah sekali lagi.

"Semalam kami berborak sampai ke pagi, kemudian Am rasa ngantuk sangat, Am tidurlah dulu." Ujar Amri. Amri memandang sekelilingnya, pondok semalam yang dilihatnya kini berubah wajah, pondok yang dulu masih teguh berdiri, tapi yang ini, pondoknya hampir roboh dengan daun pintu yang sudah terkopak, dan papan pondok yang sudah berlubang sana sini.

Amri melihat dihadapannya kini, terdapat sebiji cawan dan sebiji piring yang sudah berhabuk dan sebelahnya terdapat bekas makanan yang dibawanya semalam. Masih elok lagi tidak berusik seperti semalam. Dia menjadi keliru. Tiba-tiba perutnya terasa mual dan serentak itu, dia memuntahkan isi perutnya. Sekali lagi semua yang berada disitu terkejut melihat beberapa ekor ulat mayat yang besar-besar keluar dari mulut Amri.

"Ada dia bagi kamu makan apa-apa semalam? Cuba kamu ingat balik?" soal Tok Penghulu. Amri yang sudah berubah pucat bibirnya mengingati semula benda yang dimakannya semalam.

"Pak Tua ada bagi saya makan ubi kayu," tutur Amri dalam payah. Tok Penghulu menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Sudah, mari semua. Angkat Amri pulang kerumahnya," ujar Tok Penghulu. Riduan dan Jamen memapah Amri bersama. Amri kelihatan pucat dan lemah sekali badannya.

"Tok, macam mana sekarang dengan anak saya?" soal Mak Timah yang kelihatan risau dengan keadaan anaknya.

"Macam nilah, kita bagi dia rehat dulu, bila dia dah pulih sikit nanti, kita ubatkan dia," cadang Tok Penghulu.

"Baiklah Tok, terima kasih tolong kami anak beranak," ucap Mak Timah.

"Sama-sama Timah, marilah kita beransur dulu," Tok Penghulu berjalan seiringan dengan Mak Timah serta bebrapa orang pemuda lagi pulang ke rumah Mak Timah.

"Hai Aimi!" tegur Iskandar.

Gadis itu menoleh dan memasamkan muka sebaik sahaja terpandangkan wajah lelaki itu.

"Kau lagi! hari-hari muka engkau! hari-hari pun muka toye yang sama... takde muka lain ke?" rengus Aimi.
Iskandar tersengih panjang.

"Habis tu... dah Allah kasi muka aku toye macam ni.. nak buat macam mana. Kau suggest aku pergi buat plastic surgery? meh wang fulusnya."n seloroh Iskandar sambil menggamit ke arah gadis itu.Aimi memuncung lagi. panjang sedepa.

"Huh! tak kuasa aku!" Aimi lantas mengelap tangannya yang sedikit lembap pada kain apron sebelum mengeluarkan buku nota kecil serta pensil. "Hah! kau nak apa pula hari ni?kedengaran agak kasar suara Aimi menyoal.

Iskandar sedikit pun tidak terusik dengan nada tersebut, senyumannya kian melebar. 'tak kisahlah. asalkan buah hati pengarang jantung sudi melayan kerenahnya.' bisik Iskandar."Macam biasalah. macam tak biasa pula. blueberry cheese cake dengan teh pudina satu!" ujar Iskandar.

Aimi selesai menulis. tulisannya ala kadar sahaja. sekali lihat kalah tulisan doktor. dua kali lihat, kalah tulisan cakar ayam. tulisannya sedikit pun tak membawa makna apa-apa. hanya sekadar seperti satu garisan berombak.

"Cepat sikit ya sayang!" laung Iskandar sedikit kuat tatkala Aimi melangkah ke kaunter. Sempat Aimi menghadiahkan jelingan tajam.

"Tak tahu malu punya lelaki!" bisik Aimi perlahan.

Selesai melayan kerenah Iskandar, Aimi tak tunggu lama. cepat saja dia mengurungkan diri di dapur. Kak Sofea pula disuruh keluar melayan pelanggan. dia bertekad, selagi lelaki miang keladi itu diluar, dia takkan keluar juga.

Aimi menghenyakkan punggung pada kerusi dapur berkaki empat yang tinggi sambil melepaskan nafas keras. Puan Haziqa, iaitu ibu saudara Aimi juga pemilik kafe Serenity Corner, yang sedang asyik mengacau adunan tepung serta merta berhenti bekerja sebaik sahaja melihat muka monyok anak saudara kesayangannya itu.

"Kenapa monyok saja?" soal Puan Haziqa. Aimi masih berdiam tak menjawab. dia kelihatan sedang melamun jauh sambil menongkat dagu. soalan Puan Haziqa bagai tidak terdaftar dalam mindanya yang sedang kusut lagi tertekan.

"Aimi! kamu sihat? kenapa muram saja ni?" Puan haziqa menyentuh bahu anak saudaranya itu. kali ini Aimi tersentak. dia terkebil-kebil memandang ke arah wanita bertudung biru tersebut.

"Apa dia mak long? mak long ada cakap apa-apa ke? Aimi tak dengar."

Puan Haziqa tersenyum sambil tergeleng sedikit. "Laa... tadi mak long cakap kamu sedang berkhayal ye? hmm... budak ni... kamu tak sihat ke? muram saja kenapa?" ulang Puan Haziqa. Aimi tersenyum kelat.

"Takdelah mak long. saya sihat. cuma ada 'ulat bulu' kat depan sana yang buat saya jadi tertekan." tekan Aimi sambil menuding ke arah pintu yang bersambung pada bahagian hadapan kafe.

Puan Haziqa hampir ketawa. faham siapa 'ulat bulu' yang dimaksudkan oleh Aimi. siapa lagi kalau tak lain tak bukan Iskandar. Puan Haziqa sedar, hampir setiap petang dalam seminggu, Iskandar mesti menjenguk kedainya. Puan Haziqa sedia maklum anak muda itu sedang tergila-gilakan anak saudaranya ini, cuma dia sendiri malas hendak masuk campur. hal orang muda. hanya sekira ada perkara yang terlampau sahaja dia akan sekadar menegur.

"Iskandar ganggu kamu lagi? dia ada di luar?" Aimi mengangguk malas.

"Hmmm... mak long, boleh tak kalau kat pintu depan tu kita tulis peraturan baru bahawasanya 'Lelaki bernama Iskandar tidak dibenarkan menjejak masuk ke dalam kafe ini lagi.' boleh tak mak long."

Puan Haziqa tidak dapat menahan tawanya sebaik sahaja mendengar permintaan tidak munasabah Aimi. hampir-hampir sahaja mangkuk dalam pegangannya menjadi habuan lantai dapur. hai Aimi... Aimi...

"Mana boleh macam tu. kalau buat macam tu, nanti semua orang yang bernama Iskandar dah tak mahu masuk ke kafe lagi." kata Puan Haziqa sambil meletakkan mangkuk berisi adunan tepung ke atas meja. Aimi makin muram.

"Lagipun, mak long mana ada hak nak blacklistkan orang dari datang ke kafe mak long. asalkan dia tak bawa kemudaratan pada perjalanan kafe, mak long mengalu-alukan kedatangannya. setakat ni, mak long tak nampak yang Iskandar cuba merosakkan apa-apa barang di kafe mak long." balas Puan Haziqa selamba. Aimi merengus. sedikit kecewa apabila mak longnya tidak menyokong permintaannya. memang patut pun mak long tak sokong, sebab yang kena ngurat aku... bukan dia. yang tertekan aku, mak long tak rasa apa-apa.

"Habis tu macam mana mak long. Aimi rimas lah dengan 'ulat bulu' tu. macam orang melayu yang tak reti bahasa melayu." ujar Aimi perlahan. seolah-olah berputus asa.

"Kenapa kamu benci sangat pada dia? mak cik tengok dia tu elok saja. baik. ada rupa. kenapa kamu tak nak dengan dia?"terbeliak biji mata Aimi mendengar komen mak long.

"Baik? hish! baik apa kalau asyik mengekor Aimi macam anak anjing. buat seram je. lagi satu, dia tu lorat banyak. itu yang mak long kata baik? heee... tolonglah!" Aimi menggeleng kepalanya berkali-kali.
Puan Haziqa tergelak.

"Cakap saja dia bukan taste kamu. kan senang."

"Taste saya? hmmm... kalau dari rupa bolehlah dipertimbangkan. tapi, bila masuk aspek perangai dan tingkahlaku... REJECT!"

Puan Haziqa ketawa lagi. begitu juga dengan Aimi. Lucu dengan kata-kata sendiri. Pada masa itu, Sofea, kakak kedua Aimi muncul dari daun pintu.

"Aimi! Mamat bernama Iskandar tu panggil!" laung Sofea. tawa Aimi serta merta berhenti.

"Ah!?Kata saya sibuk!! sibuk sangat-sangat! Takde masa nak layan dia!" kelam kabut Aimi mencapai mangkuk yang ditinggalkan Puan haziqa diatas meja lalu dikacaunya. berpura-pura sibuk.

Puan Haziqa dan Sofea ketawa terkekeh-kekeh melihat gelagat Aimi yang panik.

**************

Lewat tengah hari itu, tak ramai orang di kafe Serenity Corner. Hanya beberapa orang pelanggan sahaja yang sedang sibuk berbual sambil menikmati kopi dan kek.

Aimi sekadar termenung sendirian di kaunter. Kak Sofea keluar ke Supermarket berhampiran. nak beli barang dapur katanya. Puan haziqa pula, ada kat office belakang kot. entah! Aimi malas nak ambik tahu. yang dia tahu, dia ditugaskan untuk menjaga kaunter. yelah, karang silap-silap ada orang berani-berani curi duit dekat mesin wang ni... mana tak harunya nanti!

Krriiingg!

Bunyi loceng tanda pintu masuk dikuak orang menarik perhatian Aimi. Kelihatan seorang lelaki berbaju kemeja berwarna pink berjalur putih menegak serta berseluar slack hitam melangkah masuk. Di tangannya membimbit sebuah beg laptop berwarna hitam.lelaki itu berjalan menuju ke sebuah kerusi kosong di bahagian sudut. Agaknya lelaki ni seorang lone rider? fikir Aimi membuat persepsi sendiri yang liar.aimi mencapai sebuah buku menu kecil milik kafe dan mahu menuju ke arah lelaki itu. belumpun sempat dia sampai ke lelaki itu, tiba-tiba.

GEDEBUK!!

Lelaki itu terjatuh menyembam lantai kafe. Aimi hampir menjerit terkejut. begitu juga dengan sekumpulan pelajar perempuan yang duduk betul-betul di meja yang terletak bersebelahan dengan tempat lelaki berbaju pink itu jatuh. pantas sahaja Aimi mendapatkan lelaki itu.

"Encik! Encik tak apa-apa?" tanya Aimi sambil cuba membantu lelaki itu berdiri.pada masa itu Aimi terpandang anak mata lelaki itu yang redup. seketika Aimi terpana melihat kecantikan sepasang mata redup itu.

"Err.. saya tak apa-apa. tapi, laptop saya! cermin maata saya!" kata lelaki itu.

cepat-cepat Aimi tersedar. "Oh...!"

Aimi melihat ke kiri dan kanan di lantai mencari kelibat cermin mata milik lelaki itu.

"Kak!" tegur gadis bertudung putih sambil menghulur sepasang cermin mata berbingkai hitam yang agak tebal. Aimi tersenyum sambil mengangguk. dia mengambil sambil mengucapkan terima kasih.

"Encik! ini cermin mata encik?" Aimi menghulurkan cermin mata tersebut.

Berkerut-kerut lelaki itu memandang ke arah Aimi, tampak sangatlah dia rabun tahap serius! seketika kemudian cermin mata itu bertukar tangan dan sudah kembali ke tempat asalnya. hilang segala kerutan di dahi setelah cermin mata berbingkai tebal itu terletak elok pada pangkal hidungnya sedikit mancung.

"Terima kasih." ucap lelaki itu kelihatan sedikit malu-malu. mungkin sebab insiden jatuh seperti nangka busuk tadi agaknya. tak sangka daripada insiden itu dia mendapat pertolongan daripada seorang gadis cantik.

Aimi mengukir senyuman manis. "Sama-sama. Mari saya teman Encik Syed ke meja."

Lelaki itu terkebil-kebil memandang ke arah Aimi. "Bagaimana awak tahu nama saya?"

Aimi hampir tergelak melihat reaksi lelaki itu. "Dari beg laptop encik. kan Encik ada tampal nama encik pada beg."

Aimi menuding ke arah beg laptop yang dipegang lelaki itu. memang benar! tertulis 'HAK MILIK: SYED FIRDAUS SYED AMINUDDIN'.

"oh! ingatkan awak ada kuasa baca fikiran orang tadi." balas Syed Firdaus seperti orang bodoh. Aimi tersenyum sahaja. Manisnya gadis ni! bisik hati naluri Syed Firdaus.

"Awak nak minum apa?" tanya Aimi seperti biasa sambil mengeluarkan buku nota kecilnya. Syed Firdaus masih lagi kelam kabut mengeluarkan perkakas laptopnya. agaknya risau sangat benda tu rosak gara-gara jatuh terjelepuk tadi.

"Aaaa... kasi saya teh O ais limau!" katanya dalam nada dengar tak dengar.

"Err... apa dia? maaf saya tak dengar.." kata Aimi. Syed Firdaus memandang terus ke arah wajah ayu gadis pelayan kafe itu. alamak! ayunya dia. cantiknya. cantik tertarik kau memang D'bomb! eh! apa aku merepek ni!

"Err... err... saya nak teh O ais limau!" tanpa sedar wajah Syed Firdaus mula memerah.

"Eh! Kenapa muka Encik Syed merah? demam ke?" soal Aimi prihatin. Syed Firdaus tersipu. pantas dia menggeleng.

"Tak... tak... saya... saya okey!" ujarnya tergagap-gagap. memang dia selalu begitu bila berhadapan dengan gadis yang sangat cantik. dia jadi tak menentu. malu... segan... semua adalah!

"Betul?" Syed Firdaus mengangguk. tapi wajahnya tunduk menekur meja. "Okey, kalau camtu, Encik Syed nak makan apa?"

"Err...." Syed Firdaus terdiam sejenak.

"Apa yang sedap hantar sahaja ke meja saya. awak... awak... rekomenkan sesuatu pada saya." ujar Syed Firdaus. gagap lagi!

Aimi tersenyum. "Baiklah. itu sahaja?"

Syed Firdaus mengangguk perlahan.

******************

Sebaik sahaja Aimi pergi, Syed Firdaus menghembus nafas lega. ruangnya yang terasa sempit dan panas, terasa lapang kembali. peredaran udara terasa lebih baik. bukan nak kata kehadiran gadis tadi itu menyemak. cuma, dia jadi tak selesa dengan perasaannya yang tiba-tiba bercelaru dengan perasaan malu.
tapi gadis tadi betul-betul cantik. entah apa namanya. tentu secantik wajahnya!

arghh! Syed Firdaus Syed Aminuddin! fokus! kau datang mencari ketenangan! esok kau kena sediakan report! nanti 'Bos Besar' merangkap abah sendiri telan kau hidup-hidup dekat pejabat time meeting esok. nayaaaa~!

Syed Firdaus membuka laptopnya. jari telunjuk kanannya menekan suis laptop.ON!

fuhhh! lega! nasib baik tak rosak. dia lantas mengeluarkan beberapa kertas kerja, insert pendrive lalu mulakan kerjanya. kepala sedikit pening memikirkan ayat yang sesuai digunakan dalam report yang ditaip. hanya tinggal separuh sahaja siap. tinggal sedikit lagi.

"Encik Syed ini... argh!" tanpa sedar Syed Firdaus terlompat sedikit gara-gara terperanjat dengan sapaan Aimi yang entah bila berada di tepi mejanya. tanpa sengaja, tangan kanannya yang berayun terkena gelas air pesanannya. air dalam gelas tersebut tertumpah pada laptopnya.

arghh! laptop aku! kerja aku! the reporrttt!!

skrin laptop tersebut mula berserabut dan akhirnya gelap...

Syed Firdaus cepat-cepat mengelap papan kekunci laptop yang terkena air dengan kain kering yang dihulurkan oleh Aimi. dia gelabah!. Pendrive yang hampir terkena air pantas dicabut dan dimasukkan ke dalam kocek seluar.

Aimi gelabah. terasa dirinya bersalah.

Syed Firdaus menekan suis On pada laptop tersebut. tetapi tidak berfungsi langsung. skrin tetap gelap. Syed Firdaus hampa. jelas laptopnya sudah rosak. hasil kerjanya rosak sama sekali. esok pasti dia akan dimarahi oleh bapanya.

Tatkala Syed Firdaus merenung skrin laptop yang gelap, suara gadis menyapa telinga."Err... maaf encik Syed. saya... tak sengaja." tergagap juga gadis itu bertutur. mendengar suara gadis itu yang kedengaran serba salah Syed Firdaus hanya tersenyum. Entah kenapa hatinya langsung tak rasa berbara rasa marah.mungkin sebab memang bukan salah gadis itu. dia sendiri yang bersalah.

"Takpe. awak tak salah. saya yang salah. " gadis itu terdiam. lama.

"Encik nak buat kerja?" Syed Firdaus memanggung sedikit kepalanya memandang ke arah gadis itu dengan perasaan tertanya-tanya. soalan apa tu?

"Kalau encik mahu teruskan kerja. saya ada laptop di dalam. nanti saya bawa keluar. laptop encik ni... saya simpan dulu. biar saya bawa pergi baiki." tanpa amaran, laptop bewarna kelabu milik Syed Firdaus diangkat dan dibawa pergi. Syed Firdaus tak sempat hendak kata apa-apa. dia cuma membiarkan saja.

Tak lama kemudian, gadis itu mampir kembali dan membawa sebuah laptop berwarna putih lalu diletakkan dihadapnnya.

"Encik Syed gunalah laptop saya untuk buat kerja Encik Syed. biar saya bawa laptop encik ke kedai komputer untuk dibaikpulih."

"Err... tapi kebanyakan kerja saya ada di dalam komputer itu." kata Syed Firdaus. wajah gadis itu kelihatan serba salah kembali.

"Maaf..."

"Er... takpe! saya rasa saya ada backup file dalam pendrive saya." harap-haraplah file report tu ada sikit save dalam ni, doa Syed Firdaus dalam hati. sebenarnya kata-kata tadi sekadar penyedap untuk buat gadis itu tidak lagi dipagut rasa bersalah.

ah! ada! yes! nasib baik ada! walaupun tak lengkap. alhamdullilah.

"ada! awak jangan risau." kata Syed Firdaus sambil menguntum senyuman. Aimi tersenyum. lega...

*****************

Sejak dari peristiwa 'jatuh bak nangka busuk' dan 'laptop rosak'... hubungan Syed Firdaus dan Aimi kian akrab. setiap minggu sekurang-kurangnya seminggu dua kali, Syed Firdaus pasti akan mengunjungi kafe Serenity Corner. dalam diam, Syed Firdaus sudah terjatuh hatin dengan kafe tersebut juga dengan pelayan merangkap anak saudara pemilik kafe tersebut. tapi untuk akuinya dia takut... yelah orang sepertinya layak ke gadis secantik bidadari syurga? hmmm... entahlah.

Dalam masa yang sama, banyak benda yang Aimi tahu fasal lelaki itu. Dia tahu lelaki itu seorang Quantity Surveyor di sebuah syarikat besar tidak jauh dari sini. Dia tahu bapanya iaitu Syed Aminuddin adalah pengasas syarikat tersebut. selain itu, Aimi juga tahu dan sedar, lelaki itu agak nerd yang bukan sahaja dari rupa juga dari kelakuan. buktinya, Syed Firdaus masih lagi tak dapat mengikis sifat malu-malunya apabila berhadapan dengan perempuan. apabila berhadapan dengannya pasti mukanya berona merah. hehehe. kelakar!

"Awak ada blog?" tanya Aimi suatu petang ketika dia duduk menghadap Syed Firdaus yang tekun menghadap laptopnya yang sudah dibaikpulihkan. cermin matanya yang tebal yang terlurut dihidung membuatkan dia kelihatan betul-betul seorang nerd. aimi hanya tersenyum melihatnya.

"Blog?" ulang Syed Firdaus kedengaran janggal. "Takde. kenapa? awak ada?" Aimi pantas mengangguk.

"Ya? mana blog awak? apa url dia?" tanya Syed Firdaus.

"Eh! buat apa awak nak tahu. sibuk je." Aimi mengusik. wajah Syed Firdaus muram. "Alaa... tadi cakap ada blog. macam suruh orang baca. alih-alih kata orang sibuk pula." Syed Firdaus merajuk.

Hehehe.. macam budak-budak! dia memang suka merajuk. menyampah! tapi comel juga kadang-kadang tengok! hehehe!

"Alalala... merajuk pulak dia. macam budak-budak! mehlah saya taipkan url saya." Aimi menarik laptop lelaki itu menghadapnya.

"Takpelah. ada orang tadi tak sudi bagi saya baca, nak buat macam mana..." laptop tersebut ditarik kembali menghadap Syed Firdaus. Aimi tersenyum.

"Elelele... merajuk ke? jangan merajuk sayanng.." usik Aimi. wajah Syed Firdaus automatik bertukar dari putih bersih ke merah kemerahan. malu mendengar panggilan 'sayang' yang digunakan oleh Aimi. sebelum ni tak pernah ada perempuan pun yang panggil dia guna gelaran itu selain daripada gelaran 'nerd-boy!', 'si mata empat' dan macam-macam lagi gelaran yang menyakitkan hati. seolah-olah dia tidak berperasaan. tetapi Aimi berbeza daripada kawan-kawan perempuan seuniversitinya dahulu. aimi baik...bertudung... sopan... lagi cantik...memang muslimah yang sejati. boleh buat jadi bini.. hehehehe.. bisik hati kecil Syed Firdaus. nakal!

"Wah!Wah! Wah! eloknya dia mesra-mesra kat sini. padanlah bila aku telefon tak angkat, ada skandal dengan mamat nerd ni ya!" sergah satu suara. Iskandar sedang berdiri sambil bercekak pinggang memandang mereka berdua. wajahnya penuh dengan rasa amarah lagi cemburu yang berapi-api.

"Hoi Iskandar! kau kenapa? main sergah-sergah orang. tak reti hendak beri salam!" balas Aimi tanpa mengendahkan mata-mata pelanggan yang ada dalam kafe. mujurlah petang itu tak ramai yang datang.

"Woi! si mata empat! kau berani-berani ya nak rampas Aimi dari aku!" herdik Iskandar. Syed Firdaus terkebil-kebil. tidak faham akan situasi. siapa lelaki ini?

"iskandar. stop it! kau kenapa ni! masuk-masuk kafe mak long aku, menempelak orang tak tentu fasal. dah gila agaknya ya?"

"Memang aku dah gila! aku dah naik gila kejar kau. tapi kau... senang-senang bermesra-mesraan dengan mamat empat mata ni. apa! dah takde lelaki lain ke? apa kurangnya aku sampai kau pandang aku sebelah mata!" suara Iskandar meninggi. kecut juga perut Syed Firdaus mendengar suara Iskandar yang ibarat halilintar. tapi Aimi kelihatan tenang sahaja.

"Encik Iskandar... pertama sekali, sebelum ni aku tak pernah suruh kau bagai nak gila... kejar aku. kalau ya pun kau suka aku.. kau nak ngurat aku.. kau tak perlulah sampai hendak mengekor aku macam anak anjing sesat. reti? kau tahu aku tak suka. tapi benda-benda aku tak sukalah yang kau buat. kau tahu aku rimas? aku benci?" balas Aimi meluahkan apa yang tersirat dalam diri.

Iskandar mengetap bibirnya. menahan geram dan sakit mendengar luahan secara langsung yang tak bertapis dari gadis pujaannya selama ini.

"Ini semua salah kau kan? kalau bukan kerna kau! Aimi takkan cakap macam tu pada aku.. kau yang brainwashed dia! tak guna!" tempik Iskandar.

"Saya tak buat apa-apa..." kata Syed Firdaus sedikit takut. rupanya mempamer rasa innocent.

"Dia tak buat apa-apa Iskandar. dia takde kena mengena langsung dengan apa yang aku cakap. kau jangan babitkan dia!" bela Aimi.

"Ohh.. jadi sekarang kau suka lelaki spesis nerd macam ni lah ya? i mean, look at him Aimi... he's in pink! a nerd! a geek! in a pink!" Iskandar menuding jari ke arah Syed Firdaus.

"So? what's wrong kalau dia a nerd? a geek in a pink! i still love him! dengar? saya tetap sukakan dia. saya cintakan dia!" tekan Aimi. syed Firdaus tersandar mendengar pengakuan gadis itu yang tidak semena-mena. gadis itu cintakan dia? dia yang nerd? dia yang geek seperti yang dkatakan?

********************

Hampir setengah jam berbalah, akhirnya Aimi mengajak lelaki yang bernama Iskandar itu berbalah diluar atas arahan 'mem' besar kafe. Syed Firdaus terkaku di kerusi. tak tahu hendak buat apa. telinganya terngiang-ngiang dengan suara Aimi tadi. "Saya cintakan dia!"

Betul aku tak salah dengar? aku tak pekak lagikan? gegendang telinga aku sihat lagikan?

Entah bila, Syed Firdaus tak sedar bila Aimi kembali duduk dihadapannya. wajah gadis itu kelihatan sugul. muram. Syed Firdaus tak suka melihat ekor bibir gadis itu tertarik ke bawah. masam. dia suka ekor bibir gadis itu ke atas. tersenyum. tapi selepas situasi sebegini, Syed Firdaus sedar, memang wajar gadis itu bereaksi sedemikian.

Syed Firdaus berpura-pura sibuk. sedangkan dia berkira-kira hendak berbicara. tapi, takut masa tidak kena.

"Maaf..." Erk?

"maaf sebab babitkan awak dalam hal ini." tutur Aimi. Syed Firdaus tersenyum takut-takut.

"Takpe. tapi... siapa dia?"

"Orang gila saja. nama dia Iskandar. dia dah lama suka saya, tapi saya tak layan dia. sebab saya tak suka dia." jujur Aimi. ohh...

"Tahu kenapa saya tak suka dia?" Syed Firdaus menjungkit keningnya.

Kenapa? ayat itu terbit cuma di hatinya tidak dibibir. entah kenapa bibirnya terasa berat.

"Sebab saya dah jatuh hati pada awak..."

Hampir terbeliak mata Syed Firdaus mendengar ayat yang ditutur gadis itu. kedengaran selamba saja. kalau dia mahu tutur ayat itu, mahu 30 hari 30 malam practice takkan berjaya dapat ungkapkan dihadapan seorang gadis. tapi kini seorang gadis yang mengungkapkan perasaannya pada dia. buat julung julung kalinya tiada orang pernah buat begitu.

Syed Firdaus menelan air liur. dia cuba berlagak tenang. tapi agak sukar apabila dia dapat merasakan panahan pandangan gadis itu menikam wajahnya.

"Awak tak nak cakap apa-apa?" tanya Aimi. peluh dingin membasahi telapak tangan Syed Firdaus. cemas. malu. hatinya ingin akui, tapi itulah... malu pulak lebih-lebih.

"Awak tak suka saya?"

Syed Firdaus diam. cemas lagi.

Aimi menanti agak lama. tetapi kecewanya, tiada jawapan...

"Takpelah. maafkan saya sebab cakap yang bukan-bukan." Aimi mula berdiri. alamak! kiris! dia dah nak blah! nak beritahu atau tak. peluang ni takkan tiba dengan mudah.

"bye."

Syed Firdaus tunduk menekur meja sambil memejam matanya. tangannya dikepalkan. "Nanti!"

****************

keletak! keletuk!

Bunyi papan kekunci laptop. sesekali Syed Firdaus menraup dagunya yang sedikit dihiasi dengan jambang. kini dia tak lagi nerd. cermin mata berbingkai tebal sudah lama tidak diguna. kini dia guna kata sentuh untuk melihat. kini pandangannya kembali terang. Syed Firdaus kini sudah berlainan dengan Syed Firdaus dahulu.

Kalau dahulu dia geek... dialah nerd... dia lah si mata empat.. yang masih bujang dan hidup cuma digelumangi dengan buku dan komputer... kini dia tak lagi geek... tak lagi nerd... dah pakai contact lens... yang punyai seorang suri hidup secantik bidadari dan cahaya mata yang amat comel. senang cerita hidupnya kini bahagia.

"Abang..." sapa satu suara gemersik dari belakang. tanpa notis sepasang tangan melingkari lehernya. Syed Firdaus tersenyum. gadis pelayan dari kafe Serenity corner... satu-satu gadis yang menerimanya seadanya... wanita yang melengkapkan hidupnya.. juga wanita yang kini suri hidupnya dan juga ibu kepada anak sulungnya, Syed Fareez Amran... dan paling penting wanita yang telah mengubah hidupnya, siapa lagi kalau bukan.. jeng jeng jeng...cik.. eh silap.. patutnya Puan Nurul Aimi Syakirin.

"Hmm.."

"Tengah buat apa ni?" tanya Aimi.

"blog." balas Syed Firdaus pendek.

"Blog fasal?"

"Fasal kita..."

"Kita? Abang tulis apa tentang kita? nak baca!"

"opp! tak boleh. buat apa nak tahu. sibuk je!" pantas tangan Syed Firdaus menutup laptopnya. Aimi memuncung. "Kenapa?"

"Takde paper. saje je." Syed Firdaus ketawa. Aimi menampar bahagian belakang badan suaminya lembut.

 "kedekut."

"Alaa.. merajuk ke, sayang?" usik Syed Firdaus. Aimi buat-buat tak tahu. pura-pura merajuk.

"Okeylah-okeylah... ni abang buat entri fasal kita sekeluarga... masa pergi bercuti hari tu. nah! bacalah."

"Takpelah. ada orang tadi tu... tadi tak kasi orang baca... jadi takpelah.... takpe.." Aimi berpura-pura mengalihkan kepalanya ke arah lain. Syed Firdaus ketawa.

"Macam mainkan abang je."

"Mana ada." Aimi cuba menyembunyikan senyumannnya.

"eleh. tipu. tengok tu dah nak ketawa." terkekeh-kekeh Syed Firdaus ketawa. Aimi tak dapat tahan lalu ikut ketawa. mereka sama-sama melihat entri blog milik Syed Firdaus.

"Agaknya kalau hari tu abang tak ngaku yang abang pun sukakan saya... agaknya kita takde macam ni kan? agaknya saya dengan orang lain. itulah abang.. penakut sangat. pemalu sangat. kan senang kalau mengaku camtu je." Aimi mencuit hidung mancung suaminya. Syed Firdaus tersenyum.

"Abang masa tu kan nerd lagi sayang."

"Hmmm... mujurlah Aimi tetapi cintakan nerd tu seadanya..." Aimi gelak mengusik. sampai sekarang dia masih ingat lagi perkataan yang dijeritkan oleh Syed Firdaus ketika pada hari itu. kata-kata keramat yang menyatukan mereka.

"Aimi! aku cintakan kau juga!"

-TamaT-

Bila kau nak kahwin ni Pian?Tak sabar la aku nak melihat kau naik jinjang pelamin,nak juga aku merasa nasi minyak nanti

!Ish,kau ni Zaid,ada jodoh,aku kahwin la!Ha,yang kau dok sibuk pasal jodoh aku,bila pula kau nak pergi Jordan?soal sambil menyuapkan sedikit nasi lemak ke mulutnya yang berada di atas mejanya.

Menurut surat itu,lagi 3 bulan dari sekarang,tapi aku kena buat persediaan yang rapi.Macam-macam kena selesaikan,passport,kelas intensif bahasa arab, dan banyak lagilah..tapi sebelum aku pergi sana,aku nak lihat kau berkahwin dulu,baru tenang hati aku.

Ke situ pula kau ni Zaid,kau tu bila pula?

“Aku target kahwin kat sana la Pian! baru la seronok.Haha,melawak ja,ha makan la cepat,kita ada kelas lagi ni.”

Diambil beg yang diletakkan di atas meja tadi dan Zaid terus melangkah pergi dari café kelate yang terletak berhampiran dengan universiti mereka yang memang terkenal sejak dahulu lagi terutamanya nasi lemak dagingnya.Hubungan Zaid dan Pian ibarat adik beradik.Faktor rumah kediaman mereka berdua yang dekat menjadikan hubungan mereka mempunyai seribu cerita gembira dan sedih.Pernah satu ketika Zaid pernah lemas di sungai sewaktu kecil,Pian yang kebetulan berada di situ tanpa memikirkan soal nyawanya terus terjun menyelamatkan Zaid dan menariknya hingga ke tebing.Sejak dari peristiwa itu,Zaid menganggap Pian sebagai abangnya tambahan pula Zaid adalah anak tunggal dalam keluarganya.

“Baiklah,memandangkan minggu ini adalah minggu terakhir pelajar sekalian berada di sini,saya ingin meminta maaf atas segala tingkah laku saya sepanjang pembelajaran kita di sini dan saya juga memaafkan kesalahan kamu semua.” nada sedih Profesor Tajuddin menghabiskan ayat terakhirnya.Pelajar kuliahnya juga mengambil kesempatan untuk meminta maaf dan saling bersalaman.Jelas dari riak wajahnya, beliau agak keberatan untuk meninggalkan anak murid kelasnya.

Tapi,apakan daya,setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Baginya,inilah antara anak murid yang terbaik pernah diterimanya sepanjang 15 tahun mengajar di universiti ini. “Err, Zaid saya nak jumpa awak di bilik saya nanti pukul 5 petang," Profesor Tajuddin sempat bercakap dengan Zaid sebelum melangkah keluar dari dewan kuliah.

Baiklah Prof,balas Zaid sambil melontarkan senyuman kepada Profesor Perbandingan Agama itu.

“Eh,Zaid ada apa Prof nak jumpa kau?soal Pian dengan muka yang agak risau di wajahnya."

“Aku rasa kan mesti Prof nak kahwinkan anak perempuan dia dengan Zaid," sampuk Bob rakan sekuliah mereka.

Ishh,kau ni Bob,memandai saja,mana kau tahu yang Prof kita itu ada anak perempuan yang sebaya dengan kita.

"Apa la kau ni Pian,zaman sekarang dah maju la,dah zaman informasi di hujung jari la,guna facebook saja,kebetulan hari tu aku search nama Prof dan ada juga profil anak dia kat wall Prof,apa lagi,aku terus add dia la,cantik tau!” jawab Bob dengan wajah yang yakin.

“Dah2,mengarut saja kau ni Bob!” balas Zaid dari tadi yang mendiamkan diri sejak disoal Pian tadi.

“Ha Bob,anak Profesor itu accept tak request kau tu?”tanya Pian lagi. “Ermm takpun,aku rasa dia sibuk la Pian,” balas Bob sambil menundukkan kepalanya tersimpul malu.Hahaaha,Zaid dan Pian masing-masing ketawa sejurus mendengar jawapan dari mulut Bob.

Tombol pintu bilik D502 dibuka perlahan-lahan.Berdebar-debar rasanya jantung Zaid.Bermacam-macam perkara yang melayang di fikirannya.Apa yang aku dah buat?Setahu aku assignment semua sudah dihantar.Ishh,risaunya aku. “Ya Allah,kabarkanlah kepadaku berita yang gembira.” Sempat juga Zaid berdoa dalam hatinya.

“Ha,yang kamu tercegat di situ buat apa!Mari duduk sini,sambil menunjukkan ke arah kerusi chairman yang berwarna hijau,” kata Profesor Tajuddin.

“Apa halnya Prof panggil saya ke sini?Degupan jantungnya semakin berkencang ibarat pahlawan berkuda berlari mengejar musuh.Direnung wajah Profesor Tajuddin dengan teliti.Ada saya gagal paper Prof ka?”semakin berserabut persoalan yang bermain di mindanya.Semua ini perlu dijawab dengan secepat mungkin supaya hilang kegelisahan di hatinya.

“Hurm,sebenarnya kamu tiada buat-buat apa-apa kesalahan ataupun fail paper saya.Cuma saya ada satu tawaran pada kamu.” jawab Profesor Tajuddin dengan nada yang gembira.

“Alhamdulillah,lega rasanya mendengar jawapan yang keluar di mulut Prof,” kata-kata itu terus keluar dari mulut Zaid.Matanya liar melihat apa-apa fail ataupun surat yang berada di atas meja.Tawaran apa pula Prof?Tak sabar pula nak mendengar tawaran yang diberikan kepadanya.Buat kali kedua jantungnya bernadi kencang.

“Memandangkan awak sudah berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian Master dalam bidang Perbandingan Agama di Jordan,saya ingin mencadangkan seorang wanita kepada awak untuk dikahwini,”
jawab Profesor Tajuddin yang menggunakan terus menggunakan perkataan kahwin tanpa mahu bermadah lagi.

Alangkah terkejutnya Zaid.Kelu seketika lidahnya…Memang terkejut mendengar kata-kata Profesor Tajuddin yang memang menjadi rakan baik ayah Zaid ketika mereka sama-sama belajar dahulu di Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Mesti awak terkejut kan?Begini,saya rasa awak perlu berkahwin sebelum awak menyambung pelajaran awak di sana dan calon yang saya cadangkan ini bukan calang-calang orang.Saya ada bercakap dengan ayah awak hal ini dan dia menyokong.Wanita itu ada keistimewaannya yang tersendiri dan InsyaAllah seorang yang solehah!” Profesor Tajuddin menghabiskan ayat terakhirnya.

“Err,saya bukan apa Prof,pertama saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak pada Prof atas cadangan itu tetapi saya rasa belum bersedia lagi dan andaikata saya ingin membina mahligai,saya perlu menyelidik dulu latar belakangnya.” jawab Zaid dengan suara yang rendah hati.

“Hurm,tak mengapa saya boleh beri awak masa untuk memikirkan dulu cadangan saya ini.Kalau awak ada apa-apa hal, awak boleh terus menghubungi saya.Owh,saya hampir terlupa,satu lagi wanita ini juga akan melanjutkan pengajiannya di Jordan dalam pengajian syariah.”

Baiklah Prof,saya akan fikirkan dulu.Apa pun terima kasih sekali lagi atas pelawaan sambil tangannya dihulur bersalaman dengan Profesornya yang sudah berusia 50-an itu.Kakinya melangkah keluar dari bilik itu dengan meninggalkan seribu persoalan di mindanya.Pertemuan petang itu yang sememangnya singkat tapi bermakna!
Sesampainya di biliknya,dia terus menghempas badannya ke tilam yang sudah berusia 3 tahun itu.Matanya merenung kipas di siling yang ligat berputar.Terngiang-ngiang kata-kata Profesor Tajuddin siang tadi:

“saya ingin mencadangkan seorang wanita kepada awak untuk dikahwini dan InsyaAllah dia seorang yang solehah”

Adakah ini saatnya?Siapa wanita itu yang Profesor Tajuddin teria-ia mahu memperkenalkan kepada aku?Apa yang istimewanya dia?

Aduh,banyaknya persoalan?

Hah!

“Huh,terkejut aku!kenapa masuk tak bagi salam dulu,”ngomel Zaid pada rakannya Pian.

Saja nak menyergah kau,aku tengok kau seperti serius memikirkan sesuatu,ni mesti bab kahwin kan? Pian meneka perkara yang sememangnya melayang-layang di fikiran rakan baiknya itu.

“Entahlah,aku jadi pening memikirkan saat bahagia aku,maksud aku perkahwinan…” belum sempat Zaid menghabiskan ayatnya Pian cuba mencelah.

“Cuba kau ceritakan kepadaku apa masalah yang sebenarnya,mungkin aku boleh bantu apa yang termampu.”

Aku nak tanya kau sesuatu,andaikata ada orang yang pelawa kau mengahwini seorang wanita yang jelas sekali kau tidak mengenalinya langsung,walaupun katanya dia seorang yang solehah,apa respon kau?

“Owh,ni mesti pasal kejadian di bilik Profesor Tajuddin kan?Tekaannya benar sekali.Kalau aku,mestilah nak kena selidik latar belakang dulu!

Tak kan kau tak ingat panduan yang Nabi Muhammad bagi pada kita kalau nak kahwini seseorang itu,lihatlah pada harta,keturunan,kecantikan dan agamanya,tetapi yang terbaik lihat pada agamanyalah.Kau tak taaruf dulu ka?”Tanya Pian lagi.

Perkataan taaruf yang keluar dari mulut Pian seolah-olah merungkai sedikit kekusutan yang dilandanya.

 “Betul juga cakap kau,aku boleh merisik dahulu supaya aku dapat tahu latar belakangnya.”Terima kasih Pian.Dipeluk erat badan rakannya itu.

Salam.Saya dah fikirkan cadangan Prof tempoh hari dan kalau boleh saya nak minta tolong Prof aturkan pertemuan saya dengan keluarga wanita itu secepat mungkin!

Mesej yang terpapar di skrin telefon Profesor Tajuddin membawa khabar yang positif.Namun ayat terakhir Zaid itu membuatkan Profesor Tajuddin sedikit risau memikirkannya.

Esok,pukul 5 petang awak datang rumah saya,kita akan bertaaruf dengan wanita itu.Jangan lupa pula
Profesor Tajuddin membalasnya dengan jawapan yang cukup ringkas.

Saya minta tolong jasa baik Profesor untuk carikan calon yang sesuai kepada Fatimah.Kesian saya tengok dia.Saya takut dia akan selalu memikirkan perkara ituLagipun Prof pun dah mengenalinya sejak kecil lagi dan banyak membantunya,ujar Pak Salih kepada Profesor Tajudin.

“InsyaAllah, saya akan cuba apa yang termampu.” balas Profesor Tajuddin.

Perbualan dengan Pak Salih itu sering mengingatkan amanah yang diberikan kepadanya.Kalau boleh,dia mahu menyelesaikan masalah Fatimah itu dengan secepat mungkin.Tapi adakah ada orang yang sanggup…Ishh …Astaghfirullah,ke situ pula aku memikir,dah masuk waktu maghrib dah pun.

Pertemuan Yang Dinanti-nantikan!

Seperti yang kita rancang,saya akan memberikan dahulu gambar yang saya cadangkan pada awak.Ini dia wanita yang saya sebutkan tempoh hari.

Direnung wajah di foto itu dengan teliti.Kelihatannya dia memang seorang yang cantik,bergaya dan ada sinar nur diwajahnya.Bisik hati Zaid.

“Err,sebelum itu perkenalkan dahulu di sebelah saya ini,Pak Salih dan Mak Cik Leha.Mereka berdua ini penjaga kepada perempuan ini.Saya rasa elok kalau Pak Salih sendiri yang perkenalkan wanita itu pada kam,”sambung Profesor Tajuddin lagi.

“Nama penuh wanita itu Fatimah binti Abdullah,dia merupakan anak angkat kepada kami berdua sejak dilahirkan.”

Zaid mendengar dengan teliti setiap ungkapan yang keluar dari mulut Pak Salih.

“Err,boleh saya tahu di mana ayah dan ibu Fatimah.” soal Zaid.

Saya akan beritahu perkara yang sebenar kepada kamu tanpa berselindung apa-apa,kata Pak Salih.Pak cik harap kamu boleh terima dengan hati yang terbuka penjelasan pak cik ini.

Bunyinya macam ada rahsia yang tersembunyi yang hendak disampaikan Pak Salih di sebalik kisah anak angkat mereka.Zaid kehairanan melihat riak wajah Pak Salih yang mula menitiskan air mata malah Profesor Tajuddin dan Mak Leha turut berkelakuan sedemikian.Semakin kusut fikirannya!

KIsah Sebenar

Sebenarnya,Fatimah itu dilahirkan hasil perzinaan emaknya dan teman lelaki dia 23 tahun dahulu.Dia ditinggalkan di masjid di kampung kami.Identiti ibunya dan ayahnya tidak diketahui hingga sekarang.Kebetulan pak cik yang menjumpai bayi itu dalam keadaan menangis ketika ingin menunaikan solat dan kami mengambil keputusan untuk menjadikan Fatimah sebagai anak angkat kami memandangkan kami tiada mempunyai zuriat.

Kami mendidiknya penuh dengan kasih sayang dan memberikannya ilmu agama yang secukupnya agar apabila dewasa kelak Fatimah mengetahui statusnya yang sebenar,dia mampu menerima takdir ini dengan sebaiknya.

Astaghfirullah halazim,alangkah terkejutnya Zaid apabila mendengar penjelasan yang diberikan Pak Salih.Fikirannya menjadi tepu seketika.Bagaimana aku mahu menerima pelawaan sebegini rupa.Tak terlintas langsung di fikirannya akan perkara sedemikian.Mengapa aku harus mendengar kisah sebegini!
Layakkah seorang anak luar nikah mengahwini aku?Semua persoalan itu bermain di mindanya.

Melihatkan Zaid yang terdiam seketika,Mak Leha yang dari awal tadi hanya membisu mula bersuara."

Mak cik sangat kesian melihat Fatimah.Satu kampung mengetahui statusnya sehingga ada yang mencemuhnya sepanjang dia berada dalam jagaan kami tetapi Fatimah tabah dan sanggup menerima kejian orang kampung dengan sabar sekali.Mak cik sedar orang seperti Fatimah ini mesti sangat susah orang nak jadikannya sebagai isteri tetapi percayalah kami sudah mendidiknya agar menjadi muslimat yang bertakwa”Air mata yang keluar pantas di kesatnya.

“Prof harap sangat pada kamu agar dapat menerimanya.Dia mendapat pendidikan agama yang sempurna dan Alhamdulillah dia akan melanjutkan pengajiannya di bidang syariah tak lama lagi.Dan menurut perkiraan Prof,kamulah calon yang sesuai untuk diisi dalam hati wanita yang bernama Fatimah yang nyata sangat sukar ada orang yang sanggup mengahwininya kerana statusnya,”pujuk Profesor Tajuddin cuba meyakinkan Zaid.

“Beginilah,saya sangat simpati terhadap apa yang berlaku kepada Fatimah dan sesungguhnya ini ketetapan dari Tuhan dan saya meminta ruang masa yang secukupnya agar saya mampu membuat keputusan yang terakhir.” Jawapan yang keluar dari mulut Zaid nyata memberi satu sinar harapan.

Sememangnya Zaid seorang yang tenang apabila berhadapan situasi yang rumit sebegini.

Jauh di sebalik langsir ruang tamu milik Profesor Tajuddin, kelihatan seorang wanita yang berdiri di belakang langsir itu.Fatimah!Rupa-rupanya dia sedang mendengar perbualan mereka.Terpampang di wajahnya air mata yang sukar mengungkap segalanya.

“Baiklah rasanya kita sudah mencapai kata sepakat setakat ini,pihak kami akan menunggu jawapan dari awak,”ulas Professor Tajuddin yang menjadi orang tengah antara pertemuan itu.Air dan beberapa cucur jemput yang disediakan langsung tidak disentuh oleh Zaid.

Kata Putus

Kau kata nak bagi kata putus 2 minggu lagi? Tanya Pian.Eloklah kau buat solat istikharah dulu dan berdoa banyak-banyak minta petunjuk Ilahi.InsyaAllah akan ditetapkan hati kau.Kau dah bagitahu emak dan ayah kau?

Dah,mereka memberi kuasa sepenuhnya pada aku,asalkan aku bahagia nanti,mereka turut tumpang gembira.

Kini keputusan untuk menerima pelawaan itu terletak sepenuhnya pada Zaid.

Saat malam yang penuh dengan langit di sinari bulan dan bintang menjadikan pemandangan yang indah.Bait-bait zikir sentiasa diungkapkan tak kira siang atau malam.Direnung langit yang luas itu.Subhanallah,tiada arkitek di dunia ini yang mampu menjadikan sebegini.

Kelihatan muka Zaid dibasahi dengan titisan air.Wuduk untuk solat malam!Inilah saat yang indah untuk Zaid bertemu Tuhannya.Saat ketika manusia dibuai mimpi indah digunakan sepenuhnya untuk mengadu sebarang masalah dengan Tuhan.

“Ya Allah,kau berilah kekuatan pada hambamu yang lemah ini untuk membuat keputusan yang terbaik.Andai kata dia adalah untukku,aku redha dan andaikata dia bukan untukku juga aku redha”

“Kau dah pasti dengan keputusan kau ni,” soal Pian serius.

Aku yakin dengan keputusan ini!

Bila?Hujung bulan depan.Di kampung Permata Hijrah.Baiklah nanti saya akan maklumkan kepada mereka.
Perbualan dengan Zaid petang itu amat bermakna buat Profesor Tajuddin.Dia seolah-olah mendapat suntikan semangat.Alhamdulillah,semoga mereka berdua bahagia dunia dan akhirat.

Kamu bertuah Fatimah..Dia dah setuju.

Alhamdulillah,kedengaran ucapan tahmid di bibirnya.Riak wajahnya juga berbeza.Ternyata gembira.Masih ada insan di muka bumi ini yang sanggup menerima golongan seperti aku,getus hati kecilnya..

Inilah rahmat dan kasih sayang daripada Allah.Dia sentiasa Maha Adil.Kamu kena ingat semulia-mulia manusia di sisi Allah, adalah orang yang bertakwa..hatta sekalipun orang itu hanya bekerja sebagai tukang kebun..tambah Mak leha lagi..

InsyaAllah..saya akan ingat pesan itu Mak,balas Fatimah yang sejak kecil lagi memanggil Mak Leha sebagai Mak.

Penerbangan

Tahniah,lepas ni kamu nak berbulan madu dimana?soal Bob.Mestilah di Jordan!jawab Pian mencelah..Wah,seronoknya..kata Bob..Kamu berdua ni ada-ada saja,apalagi cepat-cepatkanlah kamu berdua selesaikan.InsyaAllah.

Majlis pagi itu berjalan dengan lancar.Tetamu jemputan juga hanya dari rakan kenalan Zaid dan Fatimah serta sanak saudara Mak Leha.Ringkas dan sederhana.Tiada ‘dj’ yang diundang untuk menghangatkan suasana dengan lagu-lagu yang lagho.

Tiada kompang,tiada pelamin dan hadiah tetamu juga bukannya bunga telur tetapi sengaja dihadiahkan mathurat kecil.Amat jarang sekali suasana sebegini dapat disaksikan di tanah air ini!

Kelihatan dari jauh Profesor Tajuddin dan keluarganya berjalan menuju ke meja pengantin.
Bila kamu berdua akan pergi ke Jordan!soal Profesor Tajuddin.

“InsyaAllah minggu depan,lagipun semua urusan dokumen dah selesai,”balas Zaid dengan nada gembira.
Prof nak ingatkan kamu berdua supaya sentiasa saling menasihati antara satu sama lain dalam melakukan kebaikan dan yang penting jadi mukmin yang bertakwa.
InsyaAllah…sahut Zaid dan Fatimah.

Assalamualaikum and good afternoon,my name is captain Haris,this flight will departure just in few minutes.For muslim,follow me to recite this prayer:Subhanallazi Sakkaralana Ha za Wama kunna lahu mukrinin...

Pesawat jenis Airbus A380 milik syarikat MAS Airlines mula berlepas meninggalkan landasannya.Bagaimana perasaan sayang sehingga saat ini?soal Zaid mahu menguji perasaan isterinya.
Alhamdulillah,bersyukur sangat-sangat pada Allah.Dia Maha Mengaturkan segalanya.Dia Maha Kuasa atas segalanya.

Walaupun sayang ditakdirkan untuk dilahirkan atas tiket anak luar nikah dan dibuang ibu yang tidak bertanggungjawab tetapi itu bukan penamat segala-galanya dalam kehidupan sayang.Itu juga ujian buat kita.Kadang-kadang bila difikirkan nasib yang menimpa diri ini,bagaimanakah pula dengan berjuta anak luar yang terhasil?

Mereka pasti tertanya-tanya susur galur mereka.Di mana ayah?Di mana ibu?Bagaimana mereka mahu membina kehidupan mereka?Apa pula pandangan masyarakat terhadap golongan seperti kami yang ditinggalkan ibu begitu sahaja.Titisan air mata mula membasahi pipi Fatimah.

Pantas Zaid mengambil hujung tudung Fatimah untuk mengesat air mata hidayah seorang hamba yang diuji kehidupannya.
Sudahlah,jangan dikenang sangat peristiwa lalu,janganlah kita suka menyalahkan Tuhan atas apa yang terjadi,tapi atas kesilapan manusia sendiri yang tak mahu mengikut petunjuk Ilahi.

Semua ini ada hikmahnya,yang penting kita perlu berusaha untuk menjadi orang yang bertakwa dan selalu meminta keampunan darinya.Tapi ingat tugas kita nanti untuk mendidik masyarakat..Malam itu dalam perjalanan yang penuh mencabar di bumi anbia itu Fatimah terlena dalam dakapan suaminya yang tercinta.

Ini Iklan.Silakn Tgk.

Tinggalkan Link Anda Disini